Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

24,479 views
23,964 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
24,479
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
97
Actions
Shares
0
Downloads
1,531
Comments
1
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

  1. 1. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON DAN THORNDIKE DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTEORI IVAN PETROVICH PAVLOV Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripadarangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterimapula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedarbahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan ataudipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkanmelalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberipujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupuntiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untukmemperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnyadengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yangdikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guruboleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsanguntuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasimurid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yangmenyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan setinduksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam prosespengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projekdan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebihberkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan danpengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di manamurid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelasketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidakdiberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
  2. 2. ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorangguru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkankeberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untukmeningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.TEORI JOHN BROADUS WATSON Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yangdipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turutmenjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusiamewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapatbahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melaluipelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsipkebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorangmenunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggikemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadaprangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahamidan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagimengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pulamenegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan,semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balasterhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kajidengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan merekamengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lamatidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatanmurid.
  3. 3. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yangmengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktivitiakan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnyamenyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajarmereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangansekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baikbagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikanrangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaankeseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru jugaperlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid sepertimewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagimendorong mereka berminat untuk belajar.TEORI EDWARD LEE THORNDIKE Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trialand error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Prosescuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secaraberulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkatpermulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangandan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiridan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Inibermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang keranasudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerakbalas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakanpelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkanagar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya denganmenggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalaniproses pembelajaran dengan berkesan. Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga
  4. 4. hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliaupercaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadimudah dan berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelumseseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyaipersiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Muridperlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial danpsikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalammewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justerukesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannyamereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnyaobjektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakanmotivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaanmurid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalahsebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untukbelajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubunganantara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan.Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkankeberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuhikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jikaseseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadisemakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebutsemakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran daningatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlusentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supayamurid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangandengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
  5. 5. menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkanperhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranyaseseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akanmendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jikaseseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akansemakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yangdiberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperananmewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran,motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supayamereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberitidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hatiseterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guruboleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehidalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadapkejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untukmencapai kejayaan yang mereka ingini. Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan perananpersekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnyaperkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teoriini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yangmenarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yangmenarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dangerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhanperlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yangseimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

×