Your SlideShare is downloading. ×
Sosiologi-Pelacuran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sosiologi-Pelacuran

1,206
views

Published on


0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,206
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
31
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. DISEDIAKAN OLEH: NOOR AZRINA TUAH 110821 FARAH MD KASSIM 110772 NURUL LIZANI AZMI 110729 MUHAMAD RAZAAQ RIDWAN 110--- DISEDIAKAN UNTUK: CIM FARRAH WAHIDAH MUSTAFA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA KAUNSELING (DPIK 2F)
  • 2.  Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan.  Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk mendapatkan wang, namun kadang-kadang ianya juga semata-mata untuk mendapatkan dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut sebagai pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun terdapat juga pelacur lelaki.  Aktiviti pelacuran adalah aktiviti yang paling tua di dunia, dan menjadi satu aktiviti yang tidak boleh dihapuskan malah di warisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.
  • 3.  Pelacuran boleh dikategorikan dalam seks haram. Seks haram dalam bahasa mudahnya adalah seks luar nikah atau seks sebelum kahwin. Hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah.  Seks haram boleh dikategorikan kepada 6 bahagian iaitu sumbang mahram, rogol, pelacuran,seks bebas, nimfomania(gila syahwat),satiriasi.  Dari segi Islam pula, seks haram boleh diertikan sebagai perilaku percabulan kemaluan perempuan yang diharamkan melalui persetubuhan yang diharamkan yakni diistilahkan sebagai zina oleh para ulama.
  • 4.  Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat.  Pelacur Pasar  Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lain.  Pelacur Jalanan  Golongan mendapatkan ini pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Golongan ini terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebih.  Pelacur bermajikan  Dikenali sebagai call girl. Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan.  Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar  Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan.  Pelacur Bebas  Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/IPTS, gadis pejabat, artis, peragawati. Mereka mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit. Mererka boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti. Boleh dihubungi semula melalui telefon.  Pelacur Kehormat  Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya. Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentu. Biasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.  Bohsia  Kegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata-mata untuk berseronok.
  • 5.  Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina.  Hukum ke atas penzina yg belum berkahwin dan sudah berkahwin adalah berbeza. Jika belum berkahwin, hukumannya sebat 100 kali dan dibuang negeri selama 1 tahun. Hukum penzina yang telah berkahwin adalah sebat 100 kali dan rejam sampai mati.  Perundangan sivil pula tidak menganggap setiap persetubuhan haram itu zina. Selain itu ia dianggap sebagai pencabulan kehormatan.
  • 6.  Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah  Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)  Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988 Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)
  • 7.  SEKSYEN 22 & 23(2)  Kesalahan pelacuran bermakna mana-mana individu yang melacurkan dirinya ataupun melacurkan, membenarkan, menyebabkan anak-anak atau isterinya mahupun kanak- kanak yang dalam jagaannya.  Mana-mana orang yang terbukti melacurkan diri akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi
  • 8.  Hadis daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :  Maksudnya : "Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata : " Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah." Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: "Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara." Bersabda Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam "Berbicaralah." Katanya : "Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaja perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam : "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaja dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !" Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina)." Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu."  (Hadits riwayat Muslim)
  • 9.  Tafsirnya : "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang- orang yang beriman."  (Surah an-Nur : 2)
  • 10. Faktor Ekonomi  Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.  Selain itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa. Faktor Sosial  Keruntuhan moral.  keruntuhan rumah tangga.  Kezaliman keluarga dan ibu tunggal hilang punca pendapatan akibat kematian suami dan penceraian. Faktor Persekitaran  pengaruh rakan sebaya  Media massa
  • 11.  kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimana-mana sahaja.  Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali.
  • 12.  Dua saudara yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan tidak menghiraukan larangan agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.
  • 13.  Kurangnya pendidikan agama menyebabkan sesetengah keluarga langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam dimana mereka lebih bermegah dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju  Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak- anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu-waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.  Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa. Namun jika tidak ada batasan yang berlandaskan keislaman maka akan mudahlah kejadian ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.
  • 14.  Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
  • 15.  Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf :  “Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda- tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”.  Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu
  • 16. Kesan Ke atas Individu  Akhlak merupakan cermin dan peribadi seorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling  Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya- budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. Kesan Ke atas Keluarga  Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.  Akibat wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.  Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.  Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
  • 17. Kesan Ke atas Masyarakat  Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.  Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.  Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.  Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.  Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. Kesan Ke atas Negara  Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.  Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.  Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.  Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.  Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.  Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita
  • 18.  Antara langkah-langkah yang dapat kita dilakukan segera oleh umat Islam ialah:  Sebaiknya kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan membaca Al-Quran dan menghidupkan budaya ilmu dalam kalangan umat islam.  Pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi melahirkan kesedaran dan kefahaman yang boleh memandu generasi pelajar ke arah mencapai kehidupan yang berlandaskan agama.Forum dan pengajian agama di masjid dan surau hendaklah dihadiri demi membentuk jati diri insan yang mulia disisi Allah.  Setiap individu hendaklah berperanan membendung gejala pergaulan bebas dalam kalangan remaja dan semua peringkat umur.Konsep Ad-Din Nasihah• iaitu (Agama Itu Nasihat).Penyusunan aktiviti dan program hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala ini.  Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan pelacuran segala bentuk jenayah syariah akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa.  Mengamalkan cara hidup Islam dengan menggalakkan pasangan belia yang telah cukup syarat untuk berkahwin kerana hanya sistem perkahwinan dapat membendung pelakuan zina, homoseks dan lesbian. Dengan cara inilah mereka akan mendapat nikmat perhubungan suami isteri yang sah dan zuriat yang suci untuk menyambung keturunan mereka.  Pihak kerajaan juga disarankan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan gejala seks bebas daripada terus berleluasa, antaranya;  Membenarkan pihak polis memeriksa telefon bimbit remaja atau pelajar sekolah untuk mengelakkan mereka daripada menyimpan bahan-bahan lucah.  Menguatkuasakan peraturan bagi menghalang remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam.  Menyekat laman web lucah, mengawal siber kafe dan penjualan perisian tidak bermoral.
  • 19.  Memandangkan perbuatan zina tersangat keji lagi terkutuk, maka Allah memerintahkan kepada kerajaan Islam supaya mereka yang melakukannya hendaklah dihukum dengan seratus sebatan.   Firman Allah yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya dipukul masing-masing seratus pukulan. Janganlah sayang terhadap keduanya dalam menjalankan agama (undang-undang) Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.Hendaklah hadir ketika hukuman dijalankan keduanya satu golongan daripada orang beriman." (Surah An-Nur, ayat 2)  Di dunia ini saja sudah begitu hebat deraan yang akan diterima orang yang berzina itu, apatah lagi hukuman, kutukan dan balasan Allah di akhirat kelak. Gambaran hukuman itu sudah diperlihatkan kepada Nabi SAW sewaktu Israk dan Mikraj.  Pada masa Israk dan Mikraj, Nabi SAW melihat beberapa manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, di hadapan mereka terletak dua bekas berisi daging.Satu bekas berisi daging sudah dimasak lagi bersih dan satu bekas lagi berisi daging busuk lagi berulat.  Bagi manusia itu dengan pantas terus mengambil lalu memakan daging yang busuk lagi berulat dengan sedikit pun tidak berasa geli dan kotor.Sebaliknya daging bersih itu langsung tidak disentuhnya.  Inilah gambaran kepada mereka yang sudah mempunyai isteri atau suami yang halal, tetapi masih suka melakukan persetubuhan haram dengan pelacur, perempuan atau lelaki bukan muhrimnya.  Nabi SAW juga diperlihatkan dengan satu kumpulan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan keazaban ditimpakan Tuhan terhadapnya. Mereka ini digantung dengan rantai api neraka pada buah dadanya.  Sedangkan pada farajnya keluar nanah dan darah yang sangat busuk sehingga isi (penghuni) neraka sendiri mengeluh dan mengharapkan mereka ini dipindahkan (dijauhkan) daripadanya.Demikianlah balasan bagi mereka yang ketika hidupnya menjadi pelacur dan berzina.
  • 20.  Nabi SAW juga menerangkan bagaimana dahsyatnya seksaan bagi orang melakukan zina dengan sabdanya yang bermaksud: "Jauhilah kamu akan zina kerana kecelakaan empat macam: hilang cahaya pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kecelakaan di dalam neraka." (Hadis riwayat At- Thabarani)  Pada akhirat kelak, Tuhan sangat murka ke atas orang ini dan mereka akan diseret ke neraka dengan rantai. Sesungguhnya hadis di atas menggambarkan betapa ngeri dan azabnya seksaan yang akan diterima orang melakukan perbuatan durjana itu.  Oleh itu, wajiblah kita menjauhi dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang tidak disukai lagi terkutuk ini.Sama-samalah kita menjauhi sebab musabab atau punca perbuatan zina antaranya pergaulan bebas.  Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi dari seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan di antara keduanya.Dan bahawa bersentuhan seorang lelaki akan bayi yang berkubang dengan tanah lumpur lebih baik baginya daripada bersentuh bahu dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat At-Thabarani)  Menyedari hakikat azab dan seksanya orang melakukan perbuatan zina, maka wajib bagi setiap orang Muslim menjauhinya.Bagi ibu bapa, mereka hendaklah memberikan didikan keagamaan secukupnya kepada anak dan keluarga.  Firman Allah yang bermaksud: "Pada hari ini akan dikuncikan mulut mereka dan akan berbicara serta bersaksilah tangan mereka (kira-kira katanya: Akulah yang memegang perempuan itu) dan menyaksikan kaki-kaki mereka, “Katanya, akulah yang berjalan pergi ke tempat pelacuran itu), dengan apa -apa yang dilakukan masing-masing."
  • 21.  Berdasarkan kupasan isu pelacuran yang telah dikaji terdapat beberapa mekanisme yang menyebabkan gejala ini berleluasa.Tidak ramai diantara kita sanggup menyelami dan mengupas isu ini dengan lebih mapan.Masyarakat hari ini memandang jelik terhadap golongan ini tanpa sedar akan satu hakikat bahawa setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.  Namun,setiap manusia di atas muka bumi ini mempunyai satu tanggungjawab sebagai khalifah.Seorang khalifah dalam konteks kepimpinan perlulah menegur atau menasihati anak buahnya jika melakukan kesilapan di sampimg memberi contoh tauladan yang baik.Begitulah hendaknya sifat yang perlu ada pada setiap lapisan masyarakat dalam usaha kita membanteras gejala ini daripada berleluasa.Tidak salah kiranya kita menegur golongan ini dengan cara berhemah akan kepincangan mereka dengan menjadi pelacur.Janganlah kita mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka hal ini akan menaikkan kemarahan mereka disamping menjatuhkan martabat kita dihadapan mereka.  Mereka perlu menyedari bahawa perlakuan mereka memerdagangkan tubuh akan memberi kemudaratan kepada mereka dari aspek kesihatan.Satu kajian telah dilakukan mengenai kanser rahim yang menjadi pembunuh utama dalam kalangan wanita mendapati bahawa golongan yang melakukan seks bebas tanpa mengambil langkah pencegahan adalah golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini.  Disamping itu, golongan ini juga menerima kutukan dari Allah s.w.t. dan masyarakat memandang serong akan golongan ini.Selain itu,aktiviti pelacuran ini telah tergelincir daripada landasan norma kehidupan budaya timur yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia.Sesungguhnya semua agama di dunia ini menuntut penganutnya untuk berperibadi mulia dan menjaga maruah diri mereka dengan baik.

×