Kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al quran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al quran

on

  • 6,091 views

teknologi pendidikan

teknologi pendidikan

Statistics

Views

Total Views
6,091
Views on SlideShare
6,091
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
306
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al quran Kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al quran Document Transcript

  • Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al Quran1. Huraikan kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi hasil pembelajaran aras satu, aras dua dan aras tiga di dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al- Qur’an.1.0 Pendahuluan. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran danpembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajardapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz danmemahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai,guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedahyang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz danmemahami al-Quran.2.0 Talaqqi musyafahah. Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepadaRasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAWmembacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudiandiminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.2.1 Talaqqi. Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atauberhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan danhafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guruberhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas. Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyaikebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yanglemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat
  • memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajaryang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.2.2 Musyafahah. Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yangdiambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayatal-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yangdiperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untukmenyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutanguru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulangsebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan gurumembetulkan sebutan tersebut. Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakanbibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambilmemerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya,pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaanpelajar2.3 Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah. Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan denganpelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaancontoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelahbacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan gurumendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhrajdan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikutrancangan mengajar guru pada hari itu.
  • Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimanapelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf,sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.2.4 Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayatbacaan) Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam kelas,merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapaihasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakanpengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran. - Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru. - Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru. - Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan. - Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid. Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesankerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru jugadapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan
  • pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajardapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat bacaan) Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat denganbetul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berpandukankepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. - Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD. - Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid. - Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas. - Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih. - Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di hadapan guru.Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat bacaan). Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajarmampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran danpembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu. - Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan secara perlahan.
  • - Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan individu. - Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.3.0 Kaedah Latih Tubi Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yangdipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaandan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebutdengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yangdemikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malahkaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina ’Aisyahtelah meriwayatkan hadis yang bermaksud : Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat sertamenghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebihberkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedahlatih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah r.a.meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud: Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya. Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapatmengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesanuntuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktivitipemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga
  • dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayatyang diajar guru.3.1 Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran.Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan) - Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru. - Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat. - Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar - Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan) - Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum tersebut. - Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak tiga kali. - Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
  • Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan) - Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar. - Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkat- peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih. - Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca. - Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.4.0 Kaedah Tasmik Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar.Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengarbacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajarandan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajardalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran. Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukanoleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazanpelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalambacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untukmenentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atauhukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.4.1 Pelaksanaan kaedah Tasmik. - Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.
  • Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat. - Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar. - Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.4.2 Kelebihan kaedah tasmik.- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat. - Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat. - Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar - Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan. - Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan. Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quranbahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajarterhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guruperlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.4.3 Aplikasi kaedah Tasmik dalam pengajaran.Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)- Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring. - Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan pelajar.
  • - Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara individu. - Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar. - Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan) - Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid. - Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru. - Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar. - Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek. - Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat. - Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan) - Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti. - Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru. - Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar. - Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
  • - Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat. - Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid5.0 Kaedah Soal jawab. Kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang melibatkan pelajardanguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman pelajar terhadap topik atau pelajaranyang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjutmengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedahini meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalanyang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberitumpuan terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikirtentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al Quran, guru bolehmenggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh menyoal pelajar tentangcara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dipelajari. Sebelum menyoalpelajar, guru perlu memberikan masa kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat denganbetul. Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan carabacaan terlebih dahulu.5.1 Aplikasi kaedah soal jawab dalam pengajaran.Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan) - Guru mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap. - Guru membaca ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
  • - Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru secara kumpulan. - Guru meminta pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat untuk aktiviti menghafaz ayat. - Bersoal jawab tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca. - Guru membaca permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk menarik minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat. - Guru perlu memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan) - Guru memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal. Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut. - Guru meminta pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut. - Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat kesalahan bacaan rakan mereka. - Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat. - Guru memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar. - Pada aras ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
  • - Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara yang nyaring. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.- Pelajar menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan fasih.- Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum tajwid yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.- Pada aras tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan fasih serta bertajwid.