P3120 undang undang syarikat-bab 8

4,305
-1

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,305
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
126
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

P3120 undang undang syarikat-bab 8

  1. 1. Bab 8 : Syer & Dividen8.1 Syer8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syerDalam kes Borland’s Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkansyer sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang manaianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : - • Liability / tanggungan • Kepentingan • Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter seSesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal norminal yangdibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah merupakan kepentinganterhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam sesebuah syarikat. Ertinya, iaadalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia menunjukkan kepentingan pemegang syerdan liability/ kepentingan semasa syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulunganberlaku. Menurut Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syermodal sesebuah perbadanan, termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dansyer dinyatakan/ disiratkan.Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta Syarikat, syer2/ lain2kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah merupakan harta alih, bolehdipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh artikel2 persatuan dan tidak bolehmerupakan sifat harta tidak alih.Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2 syer di dalam syarikathendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau bagaimanapun terdapatpengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di dalam syarikat ataukesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang tertentu adalah dibayarsepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.
  2. 2. Terdapat beberapa syarat berhubung dengan bentuk sijil syer yang diperuntukkan olehAkta Syarikat 1965. Sek 100 (2) iaitu : -  Sijil syer mestilah di bawah meterai biasa syarikat/ rasmi syarikat / cawangan syarikat  Bertarikh bila sijil dikeluarkan  Nama syarikat dan kuasa di bawah mana syarikat itu ditubuhkan  Alamat pejabat berdaftar syarikat di Malaysia/ di mana sijil dikeluarkan oleh pejabat cawangan, alamat pejabat cawangan tersebut, dan  Nilai2 nominal dan kelas syer2 dan had di mana syer2 dibayarWalau bagaimanapun kegagalan mematuhi sub-Sek (2) di atas tidaklah bolehmempengaruhi hak mana2 pemegang syer2. Hanya syarikat dan tiap2 pegawai syarikatyang ingkar pematuhan syarat bentuk sijil syer hendaklah didapati bersalah terhadapkesalahan di atas mengikut Akta Syarikat 1965.8.1.1 Jenis-jenis syerSyer boleh diklasifikasikan kepada jenis2 berikut : - • Syer biasa • Syer terutama • Syer tertunda/ penaja  Syer biasaMenurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syer ekuiti ertinya sebarang syer yang bukannya syerkeutamaan. Ia merupakan yang paling lazim dikeluarkan oleh syarikat.Pemegang syer biasa berhak mengundi dan mengawal polisi syarikat. Kadar dividenuntuk pemegang syer biasa bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi olehsyarikat dan mengikut cadangan Lembaga Pengarah. Pembayaran dividen kepadapemegang syer biasa hanya akan dibuat setelah dividen dibayar kepada pemegang syerterutama. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer biasa adalah yang terakhirakan menerima pembahagian asset (dari tanggungan/ liability)  Syer terutamaSek 4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syer terutama sebagai syer dengan apa2 punnamanya dipanggil, yang tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk mengundi dimesyuarat agung/ kepada apa2 hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkandalam apa2 pembahagian samada secara dividen/ ke atas penebusan, dalam sesuatupenggulungan/ selainnya.
  3. 3. Ciri-ciri syer terutama : - a. Pemegang syer terutama berhak menerima kadar dividen yang tetap b. Peratus dividen ditetapkan pada masa syer diterbitkan dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat c. Pemegang syer terutama mempunyai keutamaan di dalam membuat tuntutan pembayaran dividen d. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer terutama mempunyai keutamaan tuntutan ke atas pembahagian asset syarikat (liability/ tanggungan) e. Pemegang syer terutama bukan pemilik syarikat dan tidak berhak untuk mengundi/ campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran syarikatMenurut Sek 66 Akta Syarikat1965, tiada mana2 syarikat boleh menguntukkan mana2syer terutama/ mengubah mana2 syer terbitan kepada syer2 terutama melainkandinyatakan dalam memorandum/ artikel2 hak2 pemegang syer tersebut berhubungdengan pembayaran modal, penyertaan dalam asset lebihan dan keuntungan, dividen2terkumpul/ tidak terkumpul, mengundi dan terutama pembayaran modal dan dividenberhubung dengan lain2 syer atau lain kelas syer terutama.Jika keingkaran dilakukan dalam mematuhi Sek ini maka syarikat dan setiap pegawaisyarikat itu yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965.Penalty : RM2000Sekiranya syer terutama diterbitkan perkara2 berikut perlu diambil perhatian : - i. Pembayaran semula modal ii. Kuasa penyertaan dalam lebihan asset dan keuntungan iii. Samada dividen kumulatif/ tidak iv. Kuasa pengundian v. Terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer/ kelas bagi syer terutamaJenis-jenis syer terutama ialah : - • Syer terutama penyertaan • Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif • Syer terutama boleh tebus • Syer terutama boleh tukar • Syer terutama pernyertaanSyer ini memberikan hak bukan sahaja untuk menerima dividen yang telah ditetapkanjumlahnya tetapi juga dividen tambahan jika sekiranya terdapat baki lebihan keuntunganselepas dividen dibayarkan kepada pemegang syer biasa.
  4. 4. • Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatifSyer terutama kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapatkandividen pada kadar tetap sepanjang hayat syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikatitu mengalami penurunan keuntungan pada tahun tersebut dan jumlah/ kadar sebenarpembayaran dividen tidak dapat dibayar. Kekurangan tertunggak ini boleh dibayar padatahun berikutnya.Will lwn United Lankat Plantation Co. Ltd. (1914) AC 11Prinsip : pemegang syer terutama kumulatif dengan hak untuk mendapatkan kumulatifdividen sebanyak 10% setahunSyer terutama bukan kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untukmendapat pembayaran dividen pada kadar yang tetap hanya pada tahun di manakeuntungan diperolehi. Sekiranya terdapat penurunan keuntungan pada satu tahun,pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan membawa kepada liability/tanggungan pada tahun hadapannya. • Syer terutama boleh tebusMenurut Sek 61 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat yang mempunyai syer modalboleh jika dibenarkan sedemikian oleh artikel2nya, menerbitkan syer2 terutama yangmerupakan/ atas opsyen kena tebus dan penebusan hendaklah dibuat hanya atas terma2dan secara yang diperuntukkan oleh artikel2Penebusan boleh dibuat atas opsyen syarikat/ pada waktu yang telah ditetapkan padamasa hadapan dan hendaklah dibuat atas terma2 yang diperuntukan olehartikel.penebusan hendaklah tidak disifatkan sebagai mengurangkan amaun syer modalyang dibenarkan bagi syarikat itu dan syer2 hendaklah ditebus : a. Daripada keuntungan2 yang mana selainnya boleh diperuntukkan bagi dividen, atau daripada hasil2 terbitan syer yang baru yang dibuat bagi tujuan2 penebusan, dan b. Syer-syer itu berbayar penuhSekiranya mana2 syer tersebut selain daripada hasil terbitan baru, maka hendaklahdipindahkan daripada keuntungan2 yang sepatutnya diperuntukkan bagi dividen kepadasuatu simpanan yang di panggil ‘ simpanan penebusan modal’ suatu jumlah yang samadengan amaun nominal syer2 yang ditebus. Pengurangan syer modal syarikat hendaklahterpakai seolah2 simpanan penebusan modal adalah syer modal berbayar bagi syarikatitu.
  5. 5. • Syer terutama boleh tukarSyer terutama boleh tukar merupakan syer yang boleh ditukarkan kepada kelas syer yangberbeza. Kebiasaan penukaran kepada syer biasa mengikut opsyen pemegang syer.  Syer penaja / tertundaSyer ini dikeluarkan hanya kepada pengasas syarikat/ mereka yang memberi sumbangandalam pembentukan sesebuah syarikat. Pemegang syer ini berhak menerima dividenhanya apabila syarikat memperolehi lebihan keuntungan iaitu setelah kadar dividen yangtertentu telah dibayar kepada pemegang syer terutama dan syer biasa.8.1.2 Lain-lain jenis syer • Syer untuk kakitanganSek 67Akta Syarikat 1965, pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2,selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat atausubsidiary syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayarpenuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaanbeneficial.8.1.3 Pembahagian syer / pengisuan syerPembahagian syer (allotment) dan pengisuan (issue) adalah merupakan tindakan yangberbeza iaitu : -Pembahagian syer merupakan satu tindakan oleh syarikat membahagikan syer2 yangtidak diisukan kepada pihak tertentu dan syer tersebut adalah terhad kepada jumlah yangtertentu sahaja. Apabila pembahaian syer dilaksanakan oleh sesebuah syarikat kepadapihak tertentu tersebut, tidaklah menjadi pihak itu secara automatic ahli di daialamsyarikat tersebut.Pengisuan syer merupakan perjanjian yang mengikat iaitu syarikat mestilah memenuhikeseluruhan/ semua jumlah syer yang telah ditetapkan untuk tidakan pembahagian danpihak yang telah membuat cadangan untuk membeli syer tersebut adalah terikat apabilapenerimaan telah dibuat oleh syarikat. Apabila penerimaan telah berlaku, peringkat keduatindakan syarikat ialah mengisukan syer tersebut. Apabila syer dilaksanakan ia adalahmelibatkan pengawalan sepenuhnya oleh pemegang syer terhadap jumlah syer yangdimiliki olehnya.
  6. 6. • Kesan-kesan pembahagaian dan pengisuan syerApabila pemberitahuan berhubung dengan pembahagian dan pengisuan syer telahberkuatkuasa, pemohon (alootee) : - a) Menjadi ahli syarikat jika syernya telah didaftarkan b) Adalah terikat dengan artikel dan memorandum syarikat c) Adalah mempunyai liability untuk membayar baki kepada nilai nominal syer yang dibahagikan kepadanya8.1.4 Bentuk pembayaran syerKaedah am menyatakan bahawa syarikat mestilah menerima jumlah penuh nilai nominalsyer apabila syer diisukan. Sesebuah syarikat tidak boleh mengisukan syer kurangdaripada nilai nominal dengan syarat pemegang syer tidak mempunyai liability untukmembayar jumlah kekurangan tersebut. Tujuannya untuk memberikan perlindungan hakkreditor2 kepada syarikat yang hanya mempunyai tabung simpanan/ dana untukmembayar pinjaman kepada kreditor. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannyaterhadap kaedah am ini apabila penerbitan syer dilakukan secara diskaun. Bentuk2pembayaran syer : - i. penerbitan syer secara diskaun ii. penerbitan syer secara premium • penerbitan syer secara diskaunSek 59 Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa sesebuah syarikat boleh menerbitkansyer2 secara diskaun dari kelas2 yang telah diterbitkan jika : a. terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalaui resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah b. resolusi itu menetapkan kadar maksimum diskaun di mana syer itu akan diterbitkan c. pada tarikh terbitan itu tidak kurang dari satu tahun telah berlalu semenjak tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaan ; dan d. syer2 itu diterbitkan dalam masa satu bulan selepas tarikh di mana terbitan itu disahkan oleh perintah mahkamah/ dalam masa lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamahSek 59 (3) memperuntukkan setiap prospectus berkaitan dengan terbitan syer hendaklahmengandungi butir diskaun yang dibenarkan atau sejumlah diskaun tersebut yang tidakdihapuskaira pada tarikh terbitan prospectus.
  7. 7. Sek 59 (4) pula memperuntukkan walau apa pun peruntuka2 artikel2nya, sesebuahsyarikat tidak boleh menerbitkan secara diskaun mana2 kelas syer melainkan ia terlebihdahulu menawarkan ayer2 itu kepada setiap pemegang2 syer kelas tersebut dalamsyarikat itu mengikut kadar bilangan syer yang dipegang olehnya. Setiap tawaran tersebuthendaklah dibuat secara notis menyatakan bilangan syer yang ahli itu berhak danmenghadkan masa tidak kurang dari 21 hari dalam masa tawaran itu boleh diterima [Sek59 (5)] • penerbitan syer pada kadar premiumNilai premium minimum bererti amaun (jika ada) dengan mana nilai asas syer yagdipindahmilik melebihi nilai agregat nominal syer2 yang diuntukkan sebagai balasankepada pindahmilik. Lebihan ini yang dikatakan sebagai kadar premium. Menurut Sek 60(2), sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer pada kadar premium dengan syarat bahawasemua premium yang diterima sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain sebagaibalasan bernilai suatu jumlah sama dengan amaun agregat atau nilai premium2 ke atassyer2 tersebut hendaklah dipindahmilik kepada suatu akaun yang dipanggil ‘akaunpremium syer’Sek 60 (3) memperuntukkan tujuan kegunaan akaun premium syer yang dibenarkan olehundang2 iaitu : - a. bagi membayar syer2 yang tidak diterbitkan kepada ahli2 syarikat sebagai syer2 bonus berbayar penuh b. bagi membeyar kesemua atau sebahagian baki yang belum dibayar ke atas syer2 yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli2 syarikat c. bagi membayar dividen2 jika dividen2 tersebut dipenuhi secara terbitan syer2 kepada ahli2 syarikat d. dalam hal syarikat yang mejalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui penggunaan atau pindahmilik kepada mana2 tabung berkanun yang ditubuhkan dan disenggara menurut mana2 undang2 Malaysia berkaitan insurans e. bagi menghapus kira i. perbelanjaan2 permulaan syarikat ; atau ii. perbelanjaan/ komisen/ brokeraj yang dibayar/ diskaun yang dibenarkan ke atas apa2 duti, fee / cukai yang kena dibayar bagi / berhubung dengan mana2 terbitan syer syarikat f. bagi menyediakan premium yang kena dibayar ke atas penebusan syer2 keutamaan yang boleh ditebus
  8. 8. walau bagaimanapun premium tidak perlu dipindahmilik ke dalam akaun premium syerdalam kes2 relief percantuman- Sek 60 (4), relief bagi kumpulan pembentukan semula-Sek 60 (5) dan relief kebelakangan dalam keadaan2 tertentu – Sek 60 (6)8.1.5 Pemindahan syerMenurut Sek 98 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa syer2/ lain2 kepentingan mana2ahli di dalam syarikat hendaklah nerupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan carayang diperuntukan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidakalih.Ertinya, syer2 boleh dipindahkan secara bebas oleh pemegang2 syer yang berdaftarkecuali terdapat peruntukkan yang spesifik telah dinyatakan di dalam artikel persatuansyarikat. Pemindahan syer bagi syarikat persendirian mestilah menepati peruntukkan Sek15 (1) (a) yang mengehadkan hak untuk memindahmilik syer. (sila rujuk kes Lim OwGoik lqn Sangsi Merah Bus Co. Ltd (1969) 2 MLJ 122)Menurut Sek 103 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mengenai keperluan suratcarapemindahan iaitu syarikat tidak boleh mendaftar pemindahan syer2/ debenture melainkansuratcara pemindahan yang betul di dalam bentuk yang ditetapkan telah diserah hantarkepada syarikat walau bagaimanapun ia tidaklah boleh memudaratkan apa2 kuasa untukmendaftar sebagai pemegang2 syer atau pemegang debenture mana2 orang kepada siapa,hak terhadap apa2 syer didalam/ denbentur syarikat telah dipindahkan oleh operasiundang2.8.1.6 Kelas-kelas syer dan variasi (pelbagaian) hak kelas syerSyer modal bagi sesebuah syarikat boleh dibahagikan kepada beberapa kelas. Kelas2 iniada dinyatakan di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat. Setiap kelasmempunyai hak yang berbeza dari segi dividen oengundian, keutamaan untuk mendapatpembayaran bila syarikat digulungkan dan sebagainya. Walau bagaimanapun inibukanlah sesuatu yang wajib bagi semua syarikat untuk melaksanakannya. LembagaPengarah kebiasaanya mempunyai kuasa untuk menentukan hak bagi kelas2 ini tetapimestilah kuasa diluluskan oleh resolusi yang dipersetujui. Jika sekiranya hak bagi kelassyer ini wujud di dalam memorandum persatuan syarikat, maka hak ini tidak bolehdiubah kerana memorandum hanya boleh dipinda mengikut peruntukkan yang dibenarkanoleh Akta Syarikat 1965.Walau bagaimanapun sekiranya hak bagi kelas syer ini dinyatakan di dalam artikelpersatuan syarikat maka ianya boleh diubah dengan membuat pindaan terhadap artikelpersatuan syarikat
  9. 9. Adalah juga dibenarkan, jika hak kelas syer ini terkandung di dalam memorandum/artikel persatuan syarikat dengan mengenakan syarat atau memasukkan fasal ubahsuaianiaitu perubahan terhadap hak kelas syer ini hanya boleh dilaksanakan dengan mengikutkesenua prosedur yang dinyatakan dalam fasal variasi / fasal ubahsuaian hak tersebut. Didalam keadaan wujudnya fasal modifikasi/ ubahsuaian ini maka sebarang pindaanterhadap hak kelas syer itu mestilah mengikut prosedur itu. Prinsip ini dapat dinyatakandi dalam kes berikut : -Crumpton lwn Momne Hall Pty. Ltd. (1965) 82 WN (Supreme Ct)Fakta : Aset milik syarikat adalah hanya sebuah bangunan yang dibahagikan kepada 6unit tempat kediaman. Di dalam artikel persatuan syarikat, ada meperuntukan fasal yangmenyatakan bahawa syer modal syarikat dibahagikan mengikut kelas2 yang berbeza.Hakmilikan terhadap syer bagi setiap kelas itu memberikan hak secara ekslusif kepadapemegangnya untuk menggunakan blok/ unit tempat kediaman itu. Disamping itu,terdapat juga fasal ubahsuaian hak yang dimasukkan di dalam artikel yang berbunyi‘persetujuan majority pemegang kelas syer adalah diperlukan apabila hal2 berhubungdengan hak pemegang kelas syer tersebut hendak dibuat sebarang pindaan’Satu resolusi telah diluluskan bagi meminda artikel persatuan dengan memasukkan satuperuntukan yang menghalang hak penyewaan unti tempat kediaman. Plaintif di dalam kesini telah membuat bantahan terhadap resolusi yang diluluskan itu kerana menurutnyabeliau tidak pernah bersetuju berhunbung dengan pindaan artikel yang mengehadkan hakbeliau sebagai salah seorang pemegang kelas syer yang kuasa eksklusif penggunaan unittempat kediamanKeputusan mahkamah : apabile wujudnya fasal ubahsuaian hak di dalam sesebuah artikelpersatuan syarikat maka sebarang hak yang ada bagi pemegang kelas syer tersebuttidaklah boleh dipinda kecuali mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu resolusi yangmeluluskan pindaan artikel persatuan syarikat tidak akan memberi kesan kepada hakplaintif kerana pematuhan tidak dilaksanakan sepertimana yang tercatat di dalam fasalubahsuaian hak oleh syarikatWalaupun di dalam keadaan syarikat telah mengikut semua prosedur fasal ubahsuaianhak, tetapi jika ada pemegang syer yang memegang syer yang jumlahnya tidak kurangdari 10% syer2 yang diterbitkan mereka boleh memohon kepada mahkamah untukmembatalkan pelbagaian (variation)/ pembatalan (abrogation) itu dan permohonan ituakan hanya berkuatkuasaan sehinggan ianya disahkan oleh mahkamah.Pemegang2 syer masih mempunyai hak walaupun mungkin mereka pernah bersetujuterhadap pelbagaian/ pembatalan itu dengan syarat persetujuan diberi kerana beberapafakta material telah tidak didedahkan terlebih dahulu kepada mereka. Mengikut Sek 65(2), jika mahkamah berpuashati bahawa beberapa fakta material telah tidak dijelaskansebelum mereka beersetuju atau mengundi, mereka boleh memohon untuk tidakmenguatkuasakan selepas tarikh di mana persetujuan telah diberikan atau dalam masa
  10. 10. lanjutan yang dibenarkan oleh mahkamah. Permohonan juga boleh dibuat oleh wakilkepada pemegang2 syer dengan syrat perlantikannya sebagai wakil telah dibuat secarabertulis.Sek 65 (4) pula memperuntukkan juka mahkamah berpuashati yang pembatalan itu akanmemudaratkan mana2 pemegang syer dari kelas yang diwakili oleh permohon, bolehlahtidak membenarkan pembatalan itu dan keputusan mahkamah adalah muktamad.8.1.7 Hakmilikan terhadap syerHakmilikan yang sah di sisi undang2 terhadap syer adalah wujud kepada sesiapa yangtelah dibahagikan (allocated) syer atau dipindahmilikkan syer dan namanya telahdidaftarkan sebagai ahli bagi syer tersebut.Di Malaysia, sijil yang di bawah meterai biasa atau rasmi syarikat menetapkan bahawamana2 syer dipegang oleh mana2 ahli syarikat hendaklah merupakan keterangan primafacie hak milik ahli terhadap syer2. (Sek 100 Akta Syarikat 1965)EG Tan & Co. (Pte.) lwn Lim & Tan (Pte.) (1987) 2 MLJ 149Prinsip : pembeli bona facie dengan nilai tanpa notis mempunyai keutamaan dan pembeliyang tidak mendaftar diri sebagai pemegang syerTerdapat juga keadaan di mana seseorang itu mendaftarkan pihak lain sebagaipenamanya yang mana pihak lain bertindak sebagai pemegang amanah beliau. Walaubagaimanpun apabila syer telah didaftarkan degan nama penama untuk tujuan yangmenyalahi undang2/ tujuan untuk mengelirukan pihak awam maka kesannya pemilikadalah tidak berhak untuk membuat tuntutan kepentingan beneficial hak milik terhadapsyer tersebut. (sila rujuk kes : Suntoso Jacob lwn Kong Miao Ming)8.1.8 Urusniaga oleh syarikat dalam syernya sendiriMenurut Sek 67 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat tidak bolehmemberi, samada secara langsung atau tidak langsung dan samda secara pinjaman gerentiatau peruntukan sekuriti/ selainnya. Apa2 bantuan kewangan bagi maksud/ berhubungdengan pembelian dan langganan yang dibuat/ akan dibuta oleh mana2 orang atau bagimana2 syer dalam syarikat / jika syarikat itu subsidiary, dalam syarikat induknya / dalammana2 cara membeli, berurusan / memberi pinjaman wang ke atas syer2nya sendiri.Trevor lwn Whitworth (1887) 12 APP Cas 409Prinsip : syarikat tidak dibenarkan membeli syernya sendiri walaupun artikelnya mungkinmembenarkan perbuatan sedemikian
  11. 11. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya di bawah Sek 67 (2) iaitu : - a. sekiranya pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat, pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam urusan perjalanan perniagaan. b. Wujudnya peruntukkan oleh sesebuah syarikat, menurut apa2 skim yang pada itu berkuatkuasa, wang bagi pembelian atau langganan bagi syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya, iaitu pembelian atau langganan oleh pemegang2 amanah / bagi syer2 yang akan dipegang bagi faedah pekerja2 syarikat, atau subsidiary syarikat itu termasuk mana2 pengarah yang menjadi pekerja/ berjwatan bergaji dalam syarikat / subsidiary syarikat itu ; atau c. Pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat / subsudiari syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficialJika sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Sek ini, syarikat tidak bersalah tetapi setiappegawai yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahn terhadap Akta ini. Penalty :penjara 5 tahun/ Rm 100000Walau bagaimanapun disebabkan ketidakstabilan pasaran saham, Sek 67 A telahdimasukkan dalam Akta Syarikat, yang mana memberi kebenaran kepada semua syarikatuntuk mmeberi bantuan kewangan bagi maksud pembelian ke atas sahamnya sendiri. Sekini berkuatkuasa pada bulan September 19678.2 Dividen8.2.0 Definisi dividenDefinisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer dan ianya adalah sejumlahamaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah syarikat apabila sesebuah syarikat itumemperolehi keuntungan yang secara sahnya wujud untuk pembahagian dividenMenurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiada dividen boleh dibayarkepada pemegang2 syer mana2 syaarikat kecuali dari keuntungan/ menurut Sek 60 AktaSyarikatDividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu faedah adalah merupakanhutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu dibayar dengan menggunakanasset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan hutang syarikat sehinggalah iadiisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping itu, dividen tidaklah boleh dibayar denganmenggunakan asset syarikat secara amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahajaprinsip pembayaran dividen dibenarkan
  12. 12. 8.2.1 Bentuk pembayaran dividenFasal berhubung dengan pembayaran dividen adalah tertakluk kepada artikel persatuansesebuah syarikat. Pembahagian keuntungan sesebuah syarikat adalah merupakan urusandalaman sesebuah syarikat. Kebiasaannya mahkamah tidak akan cmpr tgn did lm isu inikecualilah timbul soal2 ketdkadilan/ slh byr / perbuatan/ tindakan yang tidak mematuhimana2 peruntukan undang2Burland lwn EarlePrinsip : Ahli syarikat dan mahkamah tidak boleh campurtangan dalam pengisytiharkandividen kecuali berlakunya penindasan dan ketidakadilanSesebuah syarikat di dalam mesyuarat agungnya boleh mengisytiharkan dividen, tetapidividen hendaklah tidak melebihi junlah yang disyorkan oleh pengarah. Pengarah2 bolehsebelum mengesyorkan mana2 dividen, mengenepikan keuntungan2 syarikat, apa2jumlah yang difikirkan perlu sebagai : i. Simpanan ;atau ii. Untuk kegunaan apa2 tujuan di mana keuntungan2 syarikat ; atau iii. Dilaburkan dalam pelaburan2 tertentu (selaindaripada syer2 dalam syarikat) yang difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pengarah2 ; atau iv. Membawa ke hadapan mana2 keuntungan yang mereka fikirkan lebih jimat kalau tidak dibahagikan • Bentuk-bentuk pembayaran dividen ialah : - a. wang tunai b. pembahagian dalam bentuk aset2 khusus/ tertentu c. debenture d. stok debenture / lain2 cara mengikut kelulusan resolusi / ketetapan di dalam artikel persatuan syarikat tersebutbagi mana2 dividen yang dibayar secara tunai berhubung dengan syer2 boleh dibayardengan cek atau waran yang dihantar secara pos ditujukan kepada alamat berdaftarpemegang.
  13. 13. 8.2.2 Jenis-jenis dividenDividen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : - a. dividen interim b. dividen terakhir c. dividen terkumpul (cumulative) d. dividen tidak terkumpul (non cumulative) • Dividen interimadalah merupakan dividen yang diisytiharkan dan dibayar sebelum berakhir/ tamattempoh tahun keuntungan tersebut/ sebelum mesyuarat tahunan diadakan. Dividen jenisini kebiasaannya diisytiharkan oleh pengarah2 apabila yakni bahawa kewangan syarikatadalah menyakinkan harga syer dalam pasaran syer. Pengarah2 boleh dari masa kesemasa membayar kepada ahli2 dividen interim ini sebagaimana didapati oleh pengarah2sebagai berpatutan dari keuntungan syarikat. Dividen ini dibayar dari untung yang telahterakru dari baki untung tertahan yang dibawa ke hadapan dari tempoh perakauanandahulunya. • Dividen terakhirPengisytiharkan terhadap dividen ini adalah selepas keuntungan diperolehi bagi satutempoh tahun keuntungan tamat • Dividen terkumpulJumlah bagi pembayaran dividen bagi satu tahun keuntungan yang di bawa ke tahunhadapan dan tahun seterusnya. Jumlah dividen yang tertunggak ini dikenali sebagaidividen terkumpul • Dividen tidak terkumpulJumlah dividen bagi satu tahun keuntungan sahaja (satu tempoh perakaunan)
  14. 14. 8.3 Prinsip undang-undang pembayaran dividenKaedah pembayaran dividen yang dibenarkan oleh undang-undang adalah sperti berikut : 1. Keperntingan syarikat mestilah wujud diperolehi sesebuah syarikat ketika syarikat membuat pengisytiharkan pembayaran dividenKaedah2 undang2 menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat untuktujuan pembayaran dividen mestilah wujud ketika pengisytiharan dibuat oleh syarikat.Setelah pengisytiharan dibuat dividen tersebut merupakan hutng syarikat yang mestidijelaskan kepada ahli2/ pemegang syer syarikatjika sekiranya, pada masa pembayaran dividen hendaklah dibuat syarikat mengalamikerugian, syarikat masih bertanggungan mengikut undang2 membayar jumlah dividenyang telah diisytiharkanKes : Marra Development Ltd lwn BW Rofe Pty Ltd (1977) Supreme Ct.Fakta : Marra Development telah mengisytiharkan dividen dan ketika pengisytiharan ituMarra Development mempunyai keuntungan. Apabila tiba masa pembayaran dividen,pengarah syarikat tidak mahu mmebuat pembayaran kerana pada masa itu tiada lagikeuntungan yang wujud. Ini disebabkan di dalam jangkamasa tarikh pengisytiharan dantarikh pembayaran dividen, Marra telah membuat penilaian semula aset2nya yang manamenyebabkan keuntungan yang diperolehi telah berhapus kira.Keputusan Mahkamah : mahkmah mendapati memanglah benar bahawa pada masatuntutan dividen dibuat itu, Marra tidak mempunyai keuntungan tetapi semasapengisytiharan dibuat Marra mempunyai keuntungan tersebut. Oleh itu, Marra hendaklahmembayar dividen tersebut kerana ia merupakan hutang terhadap syarikat selepaspengisytiharannya. 2. Keuntungan bagi pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharanKeuntungan yang akan digunakan untuk membuat pembayaran dividen mestilah daripadakeuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan dividen.Walaupun wujud keadaan di mana perhubungan antara syarikat induk dan anak syarikat,tetapi dari segi undang2 syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan bagi tujuanpembayaran dividen.
  15. 15. Kes : Industrial Equity Ltd lwn BlackBurn (1977) 3 ACLR 89Fakta : industrial Equity bercadang untuk mengisytiharkan dividen dalam bentuksebahagian tunai dan sebahagian lagi bentuk syer dalam Syarikat Minerva Centre Ltd(anak syarikat) di mana Industrial Equity adalah merupakan syarikat induknya. Jumlahyang untuk pembayaran dividen ialah A$900,000 tetapi akaun untung rugi bagi IdustrialEquity menunjukkan untung bersih hanya A$200,000 dengan keuntungan yangdibahagikan kepada tahun2 yang lalu sebanyak A$100,000 Industrial Equity. IdustrialEquity cuba menggunakan keuntungan kumpulan syarikat sebagai memenuhi jumlahuntuk pembayaran dividen.Isu : samada keuntungan syarikat subsidiary yang dikuasai oleh syarikat induk bolehdianggap sebagai keuntungan syarikat induk?Keputusan Mahkamah : keuntungan yang akan digunakan mestilah diperolehi olehsyarikat yang mengisytiharkan dividend an oleh itu, dividen dalam bentuk syer Minervatidak boleh dibayar kerana Industrial Equity tidak memperolehi keuntungan yang bolehdibayar. 3. Dividen boleh dibayar walaupun jumlah asset syarikat kurang daripada modal asset selagi syarikat membuat keuntungan hasil iaitu pendapatan melebihi perbelanjaanDividen juga boleh dibayar walaupun jumlah nilai asset syarikat adalah berkurangandaripada jumlah asal modal yang disumbangakn oleh pemegang syer. Ini boleh dilakukanselagi syarikat dapat menunjukkan untungn dalam Akaun Untung Rugi nya iaitupendapatan melebihi perbelanjaan.Kes : Lee lwn Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 Ch. D1Fakta : syarikat mendapat satu konsensi melombong asphalt. Konsensi itu hanya untukjangkamasa yang terhad, oleh itu nilainya telah menurun setelah beberapa tahun. Syarikatmengisytiharkan dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi tanpa mengambilkirapenurunan nilai lombong asfaltnya.Keputusan mahkamah : mahkamah membenarkan pembayaran dividen walaupun berlakupengurangan pada harta syarikat.Kes : Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1894) 2 CH 239, Ct OfAppealPrinsip : keuntungan yang didapati daripada modal pusingan (circulating capital) bolehdiagihkan sebagai dividen walaupun terdapat pengurangan nilai asset tetap syarikat
  16. 16. 4. Keuntungan hasil (revenue) juga boleh dibahagikan sebagai dividen tanpa kemestian untuk menggantikan kehilangan modal atau kehilangan asset modalSesebuah syarikat tidak dimestikan untuk memperuntukkan hasil perolehan bagimenggantikan semula kerugian yang terkumpul atau berlaku susutnilai asset. Ertinya,selagi terdapat untung dalam sesuatu tahun, dividen boleh diisytiharkan walaupunterdapat kerugian dalam tahun sebelumnya atau berlaku pengurangan nilai asset syarikatRujuk kes : - Lee lwn Neuchatel asphalte Co. (1889) 41 CHD 1 - Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1994) 5. Dividen tidak semestinya dibayar daripada keuntungan pada tahun di mana keuntungan itu diperolehi kecuali artikel mempunyai peruntukkan tersebutDividen boleh dibawa ke tahun2 hadapan/ dipindahkan ke dalam simpanan syarikat. (silarujuk kes : Re Hume Industries (FE) Ltd (1974) 1 MLJ 167) 6. Dividen boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil (revenue)Dividen juga boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapatkeuntungan hasil dengan syarat terdapat penambahan dalam nilai2 aset modalnya.Dividen boleh diisytiharkan berdasarkan kepada untung modal yang direalis. Akan tetapi,tidak wujudnya untung modal untuk tujuan ini kecuali modal syarikat terdapatpertambahan (accretion)Kes : Lubbock lwn British Bank Of South America (1892) 2 CH 198Fakta : sesebuah syarikat bank dengan modal berbayar sebanyak $ 500,000 menjualsebahagian daripada modalnya dengan harga $875,000 memberikan pertambahan modalsebanyak $375,000Pengarah syarikat bercadang menyimpan sebanyak $70,000 untuk perbelanjaan syarikatdan mengisytiharkan lebihan iaitu $205,000 atas modal berbayar sebagai keuntunganuntuk tujuan dividenKeputusan mahkamah : dividen boleh dibayar oleh kerana $205,000 mewakili untungmodal bukan modal itu sendiri
  17. 17. 7. Lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh dibahagikan sebagai dividenDi dalam keadaan yang tertentu, untung yang belum direaliskan (untung yangdijangkakan tetapi belum ada) boleh dipergunakan bagi tujuan pembayaran dividen. Olehitu, lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh diagih2kan sebagai dividen.Walau bagaimanapun, penilaian semuala asset mestilah dibuat oleh pihak yang pakaruntuk membuat penilaian dan nilai itu tidak akan terjejas dengan perubahan semasaKes : Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. Ltd lwn Laurie (1961) CHDFakta : syarikat mempunyai artikel yang dipanggil ‘capitalization article’ iaitumembenarkan syarikat dalam sebarang masa meluluskan resolusi mempermodalkanuntung yang tidak diagihkanIsu : adakah syarikat secara sah dalam mempermodalkan satu tabungan akibat daripadapenilaian semua asset modal syarikat?Keputusan mahkamah : kecuali bercanggah dengan hak pemegang syer terutama, artikelpersatuan syarikat memberi kuasa kepada permodalan tabung yang berpunca daripadapenilaian semula asset modal. Mahkamah juga memutuskan bahawa syarikat boleh secarasah mengagihkan untung/ tambahan modal sebegini dengan cara membayar dividenkepada pemegang syer terutama syer biasa. 8. Artikel persatuan sesebuah syarikat boleh mengehadkan jenis keuntungan untuk dibahagikan sebagai pembayaran dividenMengikut kaedah undang2, sungguhpun keuntungan adalah didapati keputusan untukmengisytiharkan dividen adalah bergantung kepada urusan perniagaan dan bukan isuperundangan. Oleh itu, artikel persatuan syarikat boleh menghadkan jenis keuntunganyang boleh/ tidak boleh dibuat pembayaran dividen

×