P3120 undang undang syarikat-bab 11

3,559 views
3,282 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,559
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
109
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

P3120 undang undang syarikat-bab 11

  1. 1. Bab 11 : Pengarah11.0 pengenalanSyarikat adalah entity perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri.Syarikat tidak mempunyai entity fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah.Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yangdiberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri.Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka.11.1 definisi pengarahSek 4 mentakrifkan pengarah sebagai mana2 orang yang menduduki pengarahperbadanan melalui apa2 pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorangmengikut mana2 arahan / perintah pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak danpengarah silih ganti atau pengarah ganti.11.2 perlantikan pengarahSek 122 (1) – setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang2nya dua orangpengarah yang setiapnya prinsipalnya atau hanya tempat tinggal dalam limgkunganMalaysia.Sek 122 (2) - tiada seorang pun selain dari orang sebenar yang cukup umur yangboleh menjadi pengarah syarikat. Cukup umur untuk menjadi seorang pengarah diMalaysia ialah 21 tahun.Sek 122 (3) – pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan di dalammemorandum dan artikel syarikat.Cara2 perlantikan pengarah terdapat di dalam memorandum atau artikel syarikat.Selalunya dibuat oleh ahli2 syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalammesyuarat agung tahunan. Artikel persatuan juga boleh memberi kuasa kepada orang2/ badan2 tertentu untuk melantik pengarah. Walau bagaimanapun artikel tidak dapatdiikuti sekiranya itu bukanlah ahli melainkan satu kontrak telah dimasuki di luarartikel itu yang memberinya kuasa sedemikian rupa
  2. 2. 11.3 kelayakan seorang pengarahTerdapat sesetengah orang yang tidak boleh menjadi pengarah : -1. Sek 125 – seseorang yang tidak menjelaskan hutang (undischarged bankrupt) kecuali mendapat kebenaran daripada mahkamah2. Sek 130 – seseorang yang disabitkan kesalahn (a) berhubung dengan kenaikan pangkat, pembentukan atau pengurusan sesebuah perbadanan (b) melibatkan penipuan atau ketidakjujuran yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 3bulan atau lebih atau (c) dibawah sek 132, 132A atau 303Di dalam tempoh 5 tahun selepas disabitkan kesalahn atau selepas dibebaskan daripenjara. Jika ia dihukum penjara dan tanpa kebenaran mahkamah masih menjadipengarah, ia akan dikenakan denda lima tahun penjara atau seratus ribu ringgit ataukedua2nya sekali.3. Sek 130A – seorang pengarah sebuah syarikat yang telah dikenakan tindakan penyelesaian/ penggulungan dan tidak mampu membayar hutang pada masa itu dan menjadi pengarah syarikat lain yang telah dikenakan tindakan penyelesian telah dalam masa lima tahun bermula dari tarikh syarikat yang pertama itu dikenakan tindakan penyelesaian dan kelakuannya membuatkan dia tidak layak kepada pengurusan sesebuah syarikat; maka mahkamah boleh memerintahkan seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah tanpa kebenaran mahkamah4. Sek 129 – seseorang yang berumur 70 tahun dan keatas tidak boleh menjadi pengarah syarikat awam, tetapi terdapat pengecualian di bawah Sek 129 (6) dimana seorang yang berumur 70tahun boleh menjadi pengarah jika dia memberi notis kepada ahli2 berkenaan resolusi perlantikan dan tiga perempat majority ahli bersetuju.
  3. 3. 11.4 hilang kelayakan sebagai pengarahSek 124 - jika pengarah dikehendaki oleh artikel memenuhi atau memegang sejumlahsyer, dia mesti memenuhi kehendak tersebut dalam masa dua bulan selepasperlantikannya atau jangka masa yang lebih pendek dari itu. Sebagaimana yang telahditetapkan oleh artikel, jika gagal memenuhi syarat tersebut, dia mesti mengosongkanjawantannya.Artikel 72 Jadual 4 - pengarah hendaklah mengosongkan jawatan jika : -I. Berhenti menjadi pengarah dengan kehendak aktaII. Menjadi bankrap atau membuat mana2 perkiraan dengan si piutang secara umumIII. Dilarang menjadi pengarah oleh AktaIV. Menjadi tidak siumanV. Meletak jawatan dengan notis bertulis kepada syarikatVI. Tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarag selama 6 bulan atau lebih tanpa kebenaranVII. Memegang jawatan lain darihal keuntungan di bawah syarikat tanpa izin syarikat kecuali jawatan pengarah urusan atau pengurusVIII.Berminat di dalam mana2 kontrak yang dicadangkan dengan syarikat dan gagal mengisytiharkan kepentingannya seperti yang dikehendai Akta
  4. 4. 11.5 kuasa pengarahLembaga pengarah diberi kuasa untuk menjalankan semua perkara selain dari kuasayang diperuntukkan dalam memorandum dan artikel syarikat. Antara kuasa yang adapada pengarah ialah menguruskan syarikat, mewakilkan tugas kepada orang bawahan,mengisukan syer, memanggil jumlah syer yang belum berbayar, membayar danmenerima hutang bagi pihak syarikat, memanggil mesyuarat dan mengisytiharkandividen. Selalunya lembaga pengarah akan menyerah dan membahagikan kuasakepada orang lain, contohnya pengarah urusan, setiausaha dan lain2.Akta menegaskan bahawa pengarah akan memastikan bahawa syarikat ditabirmengikut undang2 dengan mengkehendaki pengarah mematuhi beberapa sek di dalamakta.Lembaga pengarah ada 3 tugas : -1. membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam bidang yang diperuntukkan2. bertanggungjawab secara am untuk memberi tunjuk ajar kepada agen2 dan pekerja2 syarikat dalam melaksanakan tugas2 mereka3. memastikan syarikat dijalnkan mengikut akta syarikat11.6 kesan sekiranya pengarah tidak dilantik dengan sahSek 127 – tindakan2 pengarah hendaklah menjadi sah walau apa2 kecacatan yangmungkin kemudiannya timbul dalam perlantikan atau kelayakannyaPihak ke-3 ada kuasa untuk menuntut daripada syarikat terhadap tindakan pengarahjika pengarah tidak dilantik dengan sahSesiapa yang berurusan dengan syarikat malalui orang yang berlagak sebagaipengarah dan ianya boleh dilantik secara sah tetapi tidak dilantik, bolehlahmenganggap orang itu sebagai pengarah dan syarikat bertanggungjwab terhadaptindakan ‘pengarah’ tersebut. Walau bagaimanpun seseorang itu mestilahmembuktikan bahawa mereka benar2 mempercayai bahawa orang itu adalahpengarah.
  5. 5. 11.7 upah/ ganjaran/ saran pengarahUpah pengarah boleh dalam berbagai bentuk dan amaun tetapi bergantung kepadaperuntukan artikel. Biasanya terdapat di dalam artikel (Jadual A Artikel 70). Upahboleh dalam bentuk elaun atau saham di dalam syarikat, ianya dinyatakan di dalamartikel. Amaun boleh berubah dari tahun ke tahun atau ia boleh juga tetapRe George NewmanJika tidak ada peruntukan di dalam artikel berkenaan dengan upah, apabila upahdibayar kepada pengarah. Artikel syarikat perlu diubah untuk memasukkan upahtersebut di dalam artikel.Craven Ellis lwn Cannons Ltd. (1936) 2 All ER 1066Jika pengarah tidak dilantik dengan betul, pengarah tersebut tidak boleh menuntutupah walaupun dia percaya dirinya telah dilantik dengan sempurna dan dia telahberkhidmat untuk syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, dia masih boleh menuntutamaun yang munasabah untuk ‘quantum merit’ untuk perkhidmatan yang telahdiberikan kepada syarikatSeorang pengarah yang boleh bersetuju untuk tidak menerima upah. Jika diabersetuju, dia tidak boleh menuntut upah tersebut. Pengarah boleh juga memintaupahnya dikurangkan. Sek 136 memperuntukan larangan upah tanpa cukai kepadapengarah.Tugas-tugas pengarahSeseorang pengarah mempunyai 3 jenis kewajipan : -1. tugas fidusari2. menjalankan tugas dengan berskil, berhati2 dan berusaha sewajarnya3. tugas statutory
  6. 6.  tugas fidusari(a) bertindak untuk kepentingan syarikatperkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam sek 132 (1) telah didefinisikan di dalam kesMarehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepadaperbuatan yang bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakantugas2 sebagai pengarah”bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan syarikattetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuatoleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat.Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247Roith mengawal syarikat dengan memegang majority syer dan dia adalah seorangdaripada 3 orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikatdimana sekiranya dia mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannyameniggal dunia. Apabila isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator.Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarahtidak mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinyaKepentingan siapakah yang dikira kepentingan syarikatPeter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286‘kepentingan ahli2 secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengankepentingan syarikat’Hakim Mason di dalam kes Walker lwn Wimborne mengatakan : “….dalammelaksanakan tugas, pengarah juga mesti mengambil kira kepentingan pemegang syerdan juga pemiutang. Kegagalan untuk mengamibil kira kepentingan pemiutang akanmeyebabkan akibat yang tidak baik kepada syarikat dan juga kepada pemiutangsendiri.”
  7. 7. Winkworth lwn Edward Baron Development Co. Ltd. (1987) 1 All ER 114Lord Templeman menyatakan : “kewajiban itu adalah dipunyai oleh pengarahterhadap pemegang syer dan pemiutang untuk memastikan bahawa segala urusansyarikat diuruskan dengan betul dan supaya harta2 syarikat tidak diekplotasikan untukkepentingan pengarah dan memprejudiskan pemiutang”Bagi syraikat berkumpulan, syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan, jaditidak boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untukkepentingan syarikat2 lain pulaUntuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujianyang akan menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalamsemua keadaan, percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikatsepenuhnya.Mills lwn Mills (1937) 60 CLR 150Persoalan bukan untuk kepentingan syarikat keseluruhannya tapi apa yang adil diantara kelas2 syer yang berbeza. Tetapi ini sukar untuk ditentukan kerana susah untukmemenuhi kehendak semua orang.(b) pengarah tidak meletakkan dirinya dalam keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan di antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diriBoardman lwn Phipps (1967) 2 AC 46“seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalan keadaan di manaberlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya…”Keadaan-keadaan dimana kepentingan boleh bercanggahan(1) pengarah tidak boleh menggunakan harta atau wang syarikat untuk mendapatkan keuntungan individu atau peribadi. Kalau dia melakukannya, dia bukan sahaja telah melanggar tugasnya tetapi keuntungan dari harta atau wang yang diperolehi adalah milik syarikat. Dia juga boleh didapati bersalah dibawah jenayah pecah amanah
  8. 8. Totex-Adon Pty Ltd lwn Marco (1982) 1 ACI. C 228Fakta : Marco adalah pengarah syarikat Totex –Adon iaitu syarikat yang usahasamaantara Totex (Aust) Pty Ltd yang menjalankan perniagaan di NSW dan Adon Pty Ltdsebuah syarikat di Queensland. Marco adalah juga pengarah dan pemegang syerAdon. Dibawah perjanjian usahasama, Totex-Adon akan membeli barangan dari Totexdan menjualnya di Queensland.Totex-Adon menyaman Marco kerana gagal memasukkan pulangan jualan ke dalamakaun syraikat. Ini kerana Marco gagal membuka akaun berasingan bagi syraikatTotex-Adon di Queensland dan kesemu pembayaran dan penerimaan dimasukkan kedalam akaun AdonMahkamah memutuskan yang Marco telah melanggar tugas fidusarinya terhadapTotex-Adon kerana mencampurkan wang kedua2 syarikat tersebutRujuk pada kes PP lwn Tan Koon Swan (1987) 1 MLJ 18(2) Sek 132(2) - seorang pegawai syarikat tidak boleh menyalahgunakan mana2 maklumat yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai pegawai syarikat bagi mendapatkan keuntungan dirinya dan menyebabkan kerugian kepada syarikat secara langsung atai tidak langsung. Keuntungan yang didapati dengan cara ini, mestilah dipulangkan kepad asyarikat. Keuntungan boleh di dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainyaRegal Hastings Ltd lwn Gulliver (1942) 1 All ER 378Pengarah2 mesti membari keuntungan yang didapati kepada syarikat kerana hanyadengan pengetahuan dan kedudukan sebagai pengarah yang menyebabkan merekamendapat keuntunganCook lwn Deek (1916) 1 AC 554Isu kes adalah berkenaan dengan kontrak yang dimasuki oleh pengarah di atasnamanya i.e dengan menubuhkan syarikat baruMahkamah memutuskan bahawa keuntungan kontrak tersebut adalah kepunyaansyarikat dan pengarah dengan sengaja gagal untuk melindungi kepentingan syarikatyang mana menjadi kewajiban mereka untuk berbuat demikian.
  9. 9. (3) tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukan sebagai pengarah untuk mendapatkan kepentingan peribadiMahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society(1987) 1 MLJ 149Fakta : Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat MalaysianGovernment Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialahuntuk menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuahdari Manickam berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah.Manickan membeli tanah dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat denganharga $944,000 dan memberi rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikatboleh membeli tanah tersebut dengan harga $456,000 tetapi mereka terpaksamembayar $944,000Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah ataukerugian daripada perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugiansyarikat adalah lebih besar dari jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayarkerugian yang dialami oleh syarikat akibat daripada rasuah tersebut.(4) pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia atas dasar hubungan fidusari.Sekiranya ada peluang untuk membuat keuntungan atau mendapatkan manfaat darikedudukannya sebagai seorang pengarah, keuntungan atau manfaat tersebut mestilahdiberitahu dan disahkan dalam mesyuarat syarikat.Rujuk kes Regal (Hastings) Ltd. Lwn GilliverUrusniaga di antara syarikat dan pengarahSeorang pengarah yang memasuki kontrak dengan syarikat mestilah memberitahukeuntungan yang diperolehi daripada kontrak tersebut yang mana dia mempunyaikepentingan. Kegagalan memberitahu keuntungan tersebut boleh membuat pengarahbertanggungjawab terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut
  10. 10. Tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, samada langsung atau tidaklangsung berminat dalam kontrak yang dicadangkan oleh syarikat tersebut, hendaklahsecepat mungkin yang pratik selepas fakta2 yang berkaitan telah sampai kepengetahuaanya mengisytiharkan sifat kepentingan itu di mesyuarat pengarah syarikatDibawah sek 131, perkara2 ini mestilah didedahkan. (i) sek 131 (1) - keadaan kepentingan samada secara langsung atau tidak langsung dan samada terlibat kepentingan ahli2 keluarga yang lain dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan (ii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan jawatan mestilah diisytiharkan dalam mesyuarat (iii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan harta oleh pengarahPersaingan dengan syarikatTiada undang2 yang mengatakan seseorang tidak boleh manjadi pengarah kepada duasyarikat yang bersaing asalkan kesemua konflik yang mungkin timbul didedahkan dandisahkan oleh syarikat.Cooks lwn DeeksFakta : Toronto Construction Company mempunyai 4 orang pengarah yang jugapemegang syer. 3 orang pengarah (defenden) berkonflik dengan seorang pengarah(plaintif). Mereka bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan plaintif. Syarikatmembuat perundingan berkenaan dengan kontrak dengan Canadian Pacific Railway.Perundingan itu dibuat oleh kedua2 defenden menubuhkan syarikat baru yangbernama Dominion Construction Company untuk menjalankan kontrak tersebut.Plaintif menyaman bagi pihak syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan yangdibuat oleh defenden.Privy Council memutuskan bahawa ke3,3 defenden telah melanggar kewajibansebagai pengarah, dan membenarkan syarikat untuk mendapatkan kembalikeuntungan tersebut.
  11. 11. Peso Silver Mines Ltd. (NPL) lwn CropperMahkamah Agung Kanada memutuskan bila lembaga pengarah dengan suci hati(bone fide) telah menolak satu peluang untuk syarikat, maka pengarah bolehlahmengambil peluang tersebut tanpa perlu mendedahkan kepada syarikat.(c) mesti menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau yang diperuntukkanseseoang pengarah mungkin telah bertindak secara amanah untuk menentukankepentingan syarikat tetapi beliau masih lagi boleh dikatakan mungkir tanggungjawabfidusarinya jika beliau menggunakan harta syarikat untuk tujuan yang salah.Belmont Finance Corporation Ltd lwn Williams Furniture Ltd (1980) 1 All ER393Jika pengarah menyalahgunakan wang syarikat, mereka telah melakukan pecahamanah.Re Duomatic Ltd (1969) 2 CH 365Fakta : pembayaran telah dibuat kepada bekas pengarah sebagai gantirugi untukkehilangan pekerjaan. Pembayaran ini tidak diberitahu kepada pemegang syersebagaimana yang diperlukan oleh sek 191 Akta Syarikat United Kingdom 1948. jadipembayaran tersebut adalah tidak sah.Mahkamah memutuskan pengarah yang membuat pembayaran tersebut haruslahbertanggungjawab terhadap pembayarn tersebut kerana menyalahgunakan wangsyarikat, walaupun didapati pengarah berkenaan berlaku jujur kerana tidak tahutentang undang2 tersebut.
  12. 12. Kesan-kesan kontrak akibat kemungkiran tanggungjawab fidusariSatu urusniaga syarikat yang intra vires tidak batal walaupun ianya melanggarkewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi bolehbatal.Terdapat 2 perkara yang perlu diambilkira : -(1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan melanggar tugas fidusarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi bolehbatal, dimana syarikat mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut.(2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.Satu urusniaga syarikat yang ultra vires tidak batal walaupun ianya melanggarkewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihaktahu atau sepatutnya tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarahsyarikat.Remedi-remedi untuk kemungkiran tanggungjawab fidusari pengarah(1) syarikat boleh menyaman untuk mendapatkan gantirugi atau pemulangan harta tertentu(2) syarikat boleh menuntut keuntungan rahsia yang diperolehi oleh pengarah(3) kuasa pengarah terhadap perlaksaan kontrak yang menyebabkan kemungkiran tanggungjawab boleh dianggap tidak sah. Syarikat boleh membuat pilihan samada untuk menuntut kerugian syarikat atau menyaman pengarah di atas keuntungan yang diperolehi.
  13. 13.  Menjalankan tugas dengan berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnyaSelalunya kita menganggap orang yang memegang jawatan pengarah mempunyai skilyang berpetutan untuk jawatan itu, tetapi undang2 mengatakan pengarah tidak perluuntuk mempunyai skil2 tertentu, dan sekiranya dia tidak mempunyai skil bukanlahdianggap satu perlanggaran kepada kewajibannya.Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Ltd(19245) 1 Ch 407“ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap skilyang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran ataupengalamannnya”Akta Syarikat tidak penah memberikan syarat2 minimum sebelum seseorang itu bolehmenjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarahdilantik kerana kemahirannya dalam skil tertentu, dan kemudiaanya dia gagalmembuktikannya, disini satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku.Tugas/ tanggungjawab dan tahap hati-hati (Duty and standard of care)Adalah tidak adil untuk mengharapkan orang yang kurang layak untuk menunjukkanskil yang berlebihan. Tetapi tidaklah boleh juga dijadikan satu alasan untuk tidakbersikap hati-hati. Seseorang pengarah adalah tertakluk kepada prinsip hati-hatikepada syarikat selama dia menjadi pengarah.Kes Re City Equitable Fire Insurance Co. Ltd menyarankan bahawa tidak ada satuskala tahap hati2 yang boleh diikuti, jadi pengarah perlu menunjukkan tahap hati2yang munasabah yang ada pada pengalaman dan kelayakannya itu.Dalam kes Re Brazilian Rubber Plantation and Estates Ltd (1911) Ch 425Neville J mengatakan : -“seseorang pengarah tidak tertakluk untuk mengamil bahagian-bahagian tertentudalam menjalankan perniagaan syarikat, tetapi setelah dia menanggungtanggungjawab itu, dia mesti menggunakan tahap hati2 yang munasabah dalammelaksanakan tugasnya.Tahap hati2 itu dikira sebagai tahap sebagaimana orang biasa akan berhati2 untuk
  14. 14. kepentingan sendiri. Dia tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yangdiakibatkan dari salah hukumCadangan-cadangan(1) pengarah mestilah mengambl inisiatif untuk mengetahui apakah hak2 dan tanggungjawab2nya dibawah artikel dan undang2. kedaifan tentang undang2 tidak boleh dijadikan satu alas an kepada perbuatan2 yang bertentangan dengan aktaDia boleh meminta nasihat sekiranya perlu, dia tidak boleh menerima jawatan tetapikemudiannya menegaskan yang dia tidak tahu apa2 peruntukkandi dalam Akta,memorandum atau artikel syarikatRujuk kes Re John Fulton & Co. Ltd (1932) NI 35(2) pengarah mestilah membuat beberapa pertanyaan yang munasabah apabila disuruh mengeluarkan wang syarikatRe Railway & General Light Improvement Co.lwn Marzetti Case (1880) 42 Ltd206Pengarah menandatangani cek tanpa mengetahui untuk tujuan apa duit itu akandigunakan dan tidak membuat pertanyaan sebagaimana seorang yang waras akanbertanyaMahkamah rayuan memutuskan pengarah tersebut telah berlaku cuaiSeorang pengarah yang tidak mengambil tahu sebelum menandatangi cek, dia akanbertanggungjawab terhadap cek tersebut jika terjadi sesuatu ke atas cek tersebut.Tetapi sekiranya jelas bahawa ianya adalah untuk tujuan yang sah, pengarah tidakbertanggungjawab untuk memastikan yang cek tersebut adalah digunakan untuktujuan tersebut, asalkan cek itu datang untuk ditandatangani dalam keadaan biasasyarikat menjalankan perniagaan.(3) pengarah boleh menyerahkan tugas dan kuasa kepada orang lain asalkan tidak dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecurigaanpengarah mestilah memberikan kepercayaan kepada pegawai2 syarikat untukmelakukan tugas dengan jujur dan betulLindley MR di dalam kes Re National Bank Of Wales (1899) 2 Ch 629mengatakan : “ perniagaan tidak dapat dijalankan jika wujudnya prinsip tidak percayaatau tidak mempercayai orang lain, melainkan ada sebab untuk berbuat demikian”
  15. 15. Lord Parker CJ mengatakan dalam kes Huckerby lwn Elliot (1970) 1 All ER 189 :“tidak ada prinsip yang mengatakan setiap pengarah mesti ada had kawalan tertentuke atas perniagaan syarikat. Pengarah boleh menyerahkan sesuatu perkara kepadapengarah lain atau kepada pegawai2 syarikat. Pengarah tidak akan bertanggungkawabsekiramnnya orang yang dipertanggungjawabkan itu tidak amanah lagi”Tugas atau tanggungjawab untuk berusaha sewajarnyaSeorang pengarah mesti berusaha sewajarnya dalam menjalankan tugas. Inidiperuntukkan dalam sek 132 (1), yang mana memerlukan seorang pengarah yangjujur untuk berusaha sewajarnya tahap usaha itu adalah sebagaimana orang biasamelakukannya dan tidak lebih dari ituBerkenaan dengan kewajiban berjada2 (duty of care), tidak ada kaedah tetap yangdapat diberikan. Walaubagaimanapun, dapat dirumuskan sperti berikut : -(1) seseorang pengarah tidak semestinya menghadiri semua mesyuarat lembaga. Jessel MR dalam kes Re Forest Of Dean Coal Mining Co (1879) ChD 450 mengatakan : “seseorang pengarah adalah tertakluk untuk menggunakan usaha sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya, walaupun pengarah biasa, yang hadir kadang2 dalam lembaga, tidak boleh dianggap untuk menghabiskan terlalu banyak masa dan perhatian kepada perniagaan sebagaimana seseorang rakan pengurusan dalam sesebuah perkongsian, mereka adalah tertekluk untuk menggunakan usaha yang sewajarnya dalam pentadbiran atau pengurusan syarikat dan juga untuk bertindak dengan jujur”seseorang pengarah adalah tidak perlu untuk memberi perhatian yang berpanjangandalam hal2 syarikat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan2 sesuatukesDalam kes Marquis Of Butes Case (1892) 2 Ch 100, di mana pengarah hadir hanyasekali sahaja dalam mesyuarat lembaga dalam masa 20 tahun, dia dikatakan tidakbersalah sedangkan dalam kes Re Denham & Co, ketidakhadiran pengarah dalammesyuarat lembaga selama 4 tahun, adalah dikatakan bersalah kerana kecuaian dalammelaksanakan tugasnya.
  16. 16. (2) pengarah tidak akan bertanggungan atas perbuatan atau ketinggalan perbuatan pengarah-pengarah lain kalaupun jika dia tidak menghadiri mesyuarat yang berkenaanpengarah tidak bertanggungan di atas perkara2 yang dilakukan semasaketidakhadirannya dalam mesyuarat. Dia juga tidak bertanggungan ke atas pinjamanyang dibuat tanpa kehadirannya atas kesalah frod yang dibuat oleh pengarah2 lain.Tetapi jika dia mengarahkan perkara2 itu, dia akan dipertanggungjawabkan.Kesan sekiranya pengarah melanggar tugas skil, berhati-hati dan berusahasewajarnyaSyarikat boleh menyaman dan menuntut gantirugi jika seseorang pengarah melanggartugas skil, berhati2 dan berusaha sewajarnya. Sek 132 (3) memperuntukkan bahawaseseorang pengarah adalah bertanggungan atas kerugian yang ditanggung olehsyarikat akibat dari perlanggaran tugasnya untuk berusaha sewajarnya.Memandangkan tugas itu adalah terhadap syarikat, ahli2 syarikat tidak bolehmenyamannya.  Tugas statutorySebagai salah satu dari tugas2 pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapaperkara kepada syarikat : -(1) Sek 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan dengan kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak, harta benda, jawatan dan sebagainya(2) Sek 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam cagaran2 perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk memperolehi maklumat2 sulit.(3) Sek 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam kapasiti rasmi sebagai pengarah(4) Sek 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana2 cadangan atau melaksanakan mana2 transaksi bagi : -(a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi ; atau(b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat,
  17. 17. kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am.(5) Sek 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana2 kuasa syarikat untuk mengeluarkan syer2, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am(6) Sek 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana2 perkiraan atau transaksi dengan mana2 pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah mana2 aset tiada tunai dari nilai2 yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat am(7) Sek 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah syarikat(8) Sek 133A – larangan darihal pinjaman wang kepada orang2 yang berhubung dengan pengarah(9) Sek 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : -(a) butiran2 sperti syer, debenture,faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya(b) mengenai mana2 pertukaran butiran perenggan (a)(c) darihal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya sendiri(d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiary syarikat awam darihal tarikh pada bila ia mencapai umur 70 tahun11.8 gantirugi dan pelepasan tugasSebarang peruntukkan yang menggantirugikan pengarah dari sebarang liabiliti2 untukkecuaian, kemungkiran, perlanggaran kewajiban atau pecah amanah adalah tidak sah.Walaubagaimanapun, ahli2 syarikat boleh melepaskan pengarah dari tugas fidusarinyaSek 354 – mahkamah mempunyai kuasa untuk memberi pelepasan atau membebaskansamada secara sebahagian atau sepenuhnya pelanggaran kewajiban oleh pengarah jikamahkamah merasakan adil untuk berbuat demikian.

×