Your SlideShare is downloading. ×
Kaedah membaca
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Kaedah membaca

1,857
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,857
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
99
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 3.0 Menghuraikan Langkah-langkah pengajaran kemahiran membaca berdasarkan kaedah dan pendekatan berikut : a) Kaedah Pandang Sebut. Menggunakan bahan bantu mengajar Rajah 1: langkah pengajaran kaedah pandang dan sebut Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), melalui kaedah pandang sebut perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005), kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kamaruddin Hj Husin (1988), kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.
  • 2. Langkah-langkah pengajaran kaedah pandang sebut : 1. Menyebut perkataan Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Murid –murid mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.Setelahperkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadahini disertakan dengangambar. 2. Mencerakinkan perkataan Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata.Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai- ceraikansatu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. 3. Membina dan membaca ayat
  • 3. Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat- ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pada peringkat ini guru seharusnya membuat pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. 4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut a. Kad perkataan atau huruf. Guru menampal kad huruf atau perkataan dan menyebut nama huruf atau memcaba perkataan dan murid dikehendaki untuk mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya b. Kad gambar Guru menunjukkan kad gambar dan murid menyatakan nama objek tersebut. kemudian guru memperkenalkan kad perkataan berdasarkan gambar. Apabila sudah mahir, guru menyuruh murid memadankan kad gambar dan kad perkataan. c. Kad suku kata
  • 4. Guru menunjukkan kad suku kata terbuka terlebih dahulu. Apabila murid sudah mahir, guru menggunakan kad suku kata tertutup dan diikuti oleh diftong dan digraf. Kelebihan Kaedah Pandang Sebut Kebaikan Kaedah Pandang Sebut. Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan. Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya. Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca Rajah 2 : Kebaikan kaedah pandang sebut Kesimpulannya, melalui kaedah ini guru lebih mudah untuk mengajar murid-murid degan menggunakan kad-kad imbasan. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan jangka panjang dengan bantuan gambar.
  • 5. (b) Kaedah Abjad Rajah 3 : Langkah Pengajaran Kaedah Abjad Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan Greek dan Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada
  • 6. murid-murid. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005) menyatakan kaedah abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu. Langkah-langkah pengajaran kaedah abjad : 1. Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d.Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal namaabjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar.
  • 7. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar. i. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti contoh berikut : ayam, api, adik, awan j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan huruf konsonan seperti contoh berikut : · Bola · Buku · Batu · Besi Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 2. Penggabungan bunyi vokal dan konsonan
  • 8. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyihuruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata. Contohnya seperti berikut: · ba be bi bo bu · ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu 3. Membentuk perkataan mudah Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata. Contoh seperti di bawah : · Bu bu · Ba ba 4. Seterusnya, murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu 5. Membentuk Ayat Mudah
  • 9. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contohnya seperti di bawah : · Bibi buka buku · Bibi baca buku · Buku Bibi baru Keburukan kaedah abjad Murid-murid tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia dalam Bahasa Inggeris Murid-murid terpaksa menghafal perkataan Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya Kanak-kanak tidak menguasai kesemua bunyi abjad, menegaskan hafalan yang agak kurang bermakna
  • 10. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Rajah 4 : Keburukan kaedah abjad Kelebihan kaedah abjad Kelebihan Kaedah Abjad. Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu. Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu. Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca. Rajah 5 : Kelebihan kaedah abjad c) Pendekatan Binaan
  • 11. Rajah 6 : Langkah pengajaran pendekatan binaan Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid-murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam membaca abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pembacaan.
  • 12. d) Pendekatan Cerakinkan Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), pendekatan cerakinkan adalah pendekatan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut . Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Rajah 7 : Langkah pengajaran pendekatan cerakinkan Langkah-langkah pengajaran pendekatan cerakinkan adalah :
  • 13. 1. Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid- murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. Contoh : Ayat : buku saya tebal Perkataan-perkataan : “buku”, “saya”, “tebal” Suku kata : “bu + ku”, “sa + ya”, “te + bal” Huruf-huruf : “b”, “u”, “k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”, “l” 2. Empat peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-murid adalah : · Latihan menyebut perkataan · Latihan memisah perkataan kepada suku kata · Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama
  • 14. · Latihan membina dan membaca ayat sempurna.