Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi

  • 4,736 views
Uploaded on

Dari Sudut Kepenjaraan

Dari Sudut Kepenjaraan

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
4,736
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHPENGENALAN Kita sering bercakap tentang pelbagai masalah tingkah laku yang melanda banduan padamasa kini. Semua menuding jari ke arah banduan seolah-olah merekalah yang silap merencanakehidupan mereka. Sebut saja masalah tingkah laku banduan seperti pergaulan bebas, dadah,vandalisme, melepak dan pelbagai masalah negatif, semua kesalahan diletakkan di bahubanduan. Sebenarnya bukan semua tingkah laku tersebut adalah kesilapan banduan semata-mata.Kita hidup dalam dunia tanpa sempadan. Pembangunan teknologi terutamanya dalam bidangteknologi maklumat begitu pesat sehinggakan kadang kala kita ditinggalkan tanpa kita sedari.Banduan boleh mendapat maklumat yang baik mahupun negative di hujung jari sahaja.Hubungan menjadi semakin dekat walaupun jarak fizikal adalah ribuan batu. Kehidupanberkeluarga juga semakin rapuh dan ikatan dalam masyarakat lebih menjurus kepadaindividualisme berbanding kolektivisme pada suatu ketika dahulu. Manusia memandangkebendaan sebagai kayu ukur kejayaan individu.Di sinilah nilai keagamaan dan moral telahdiketepikan. Keluarga berpecah belah, anak-anak dibiar tanpa haluan ditokok lagi dengankehidupan yang penuh cabaran. Di gelanggang inilah punca sebenar banduan bermula sama adabaik ataupun buruk. Pengaruh keluarga, persekitaran, rakan sebaya, sekolah, masyarakat,kemajuan kebendaan dan sebagainya lagi akan menekan jiwa seseorang banduan. Gordon (2001), menyatakan masalah tingkah laku pelajar secara global ada kaitan dengan keganasan dalam masyarakat, peranan media massa yang terlalu bebas memuatkan berita mengenai masalah seks, pembunuhan dan keganasan, situasi rumah yang tidak stabil, kepelbagaian perangai yang begitu ketara dalam kalangan kanak- kanak. Yang mana dapat bertahan dan dapat menapis unsur-unsur yang positif akan meloloskan diri dengan berjaya. NIKHAZIM ABDULLAH 1
  • 2. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Bagaimana pula yang gagal? Jadilah mereka penagih dadah, sampah masyarakat,melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan agama dan kehendak masyarakat. Untukmembantu banduan, masyarakat perlu memahami mereka. Walaubagaimanapun pemahaman mengenai teori-teori berkaitan merupakan salah satucara untuk memahami permasalahan tingkah laku banduan.Jabatan Penjara perlu melihatpelbagai sudut cara dan pendekatan dalam menerangkan tentang pelbagai perkara yangmenyentuh tingkah laku bermasalah dalam kalangan banduan dalam konteks diskriminasidengan cara mengubah tingkahlaku banduan yang bersifat diskriminasi. NIKHAZIM ABDULLAH 2
  • 3. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHPEMBELAJARAN TINGKAHLAKU SEBAGAI PEMBELAJARAN Para ahli psikologi telah mengkaji bagaimana proses pembelajaran berlaku dan telahmenghasilkan tiga pembelajaran iaitu pemebelajaran tingkah laku ataubehaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif. Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalahsatu proses perubahan terhadap tingkah laku manusia yang dipengaruhi oleh pengalaman.Behavioris memenekankan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh dinilai dandiukur .Walaupun kita tidak dapat membaca fikiran manusia, tapi ia dapat digambarkanmelalui tingkahlaku secara zahiriah.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang popular ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) Teori pelaziman klasik Pavlov telah terhasil setelah membuat kajian terhadap peranan airliur dalam proses penghadam anjing. Dengan mengaitkan hasil kajian tadi, Pavlov membuatkesimpulan bahawa tindak balas itu ada kaitanya dengan proses peneguhan. Ini berlaku apabilaransangan semulajadi akan menjadi satu kebiasaan apabila ia kerap diberikan ransangan. Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Teori pelaziman klasik Watson pula menyatakan bahawa emosi manusia juga bolehdilazimkan secara klasik. Beliau telah membuat kajian terhadap seorang kanak-kanak dan seekortikus putih. NIKHAZIM ABDULLAH 3
  • 4. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH John B. Watson (1913) yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman.Contohnya; Sebagai contoh seorang Pegawai Penjara, pegawai penjara akan mengaplikasikan kedua- dua teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Penjara. Salah salah satu caranya ialah dengan memberikan pujian, ganjaran sebagai motivasi dan dorongan kepada banduan untuk meningkatkan prestasi dan memperbaiki disiplin dalam blok.Contohnya; Sebagai contoh, sekiranya banduan tidak dapat mengubah tingkahlaku selama menjalani proses hukuman, Pegawai Penjara akan menjanjikan ganjaran sekiranya mereka mendapat dapat mengubah keadaan itu. Tindakan banduan untuk mencapai keputusan cemerlang adalah gerak balas manakala ganjaran yang Pegawai Penjara berikan pula ialah ransangan. Ransangan dan gerak balas ini akan dapat membentuk untuk meningkatkan prestasi disiplin tingkahlaku dan menjadikan suasana hukuman pemenjaraan menyeronokkan kerana ada unsur give and take antara Pegawai Penjara dan banduan. Teori pelaziman operan yang diperkenalkan oleh Skinner dan Thorndike pulamenyatakan bahawa tingkah laku adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor yang adadalam persekitaran dan bukan dari pemikiran, perasaan ataupun persepesi. Dalam teori ini kedua-dua ahli psikilogi ini telah menggunakan prinsip peneguhan positif dan peneguhan negatif.Kedua-dua peneguhan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku.Dalam teori NIKHAZIM ABDULLAH 4
  • 5. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHpelaziman terdapat dua bentuk peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.Terdapat sedikit perbezaan antra peneguhan positif dan peneguhan negatif.Contohnya; Peneguhan positif contohnya apabila seseorang banduan mengemukakan soalan yang baik dan bernas, maka Pegawai Penjara akan memuji dan ini akan menjadi motivasi dan dorongan untuk banduan mengulanginya lagi. Berbeza dengan peneguhan negatif, banduan akan mendapat teguran sekiranya melakukan sesuatu tingkah laku yang salah, contohnya bergaduh. Pegawai Penjara akan menegur perbuatan banduan itu dan ini akan menyebabkanperubahan yang positif.Seterusnya pegawai Penjara akan mengaplikasikan teori ini dalam prosespengajaran dan pembelajaran dalam blok. Sekiranya banduan-banduan dalam blok melakukantingkahlaku yang tepat, contohnya tidak bergaduh, maka mereka akan mendapat kepuasan sertakeseronokan apabila mendapat pujian dan penghargaan daripada seorang pegawai penjara . Peneguhan ini secara tidak langsung akan memperkuatkan dan mengukuhkan lagi tingkahlaku tadi dan mereka cenderung untuk mengulanginya lagi.Jika tadi pegawai penjara akanmemberikan pujian dan penghargaan terhadap tingkah laku yang tepat kepada banduan-banduan,pegawai penjara juga akan memberikan denda atau teguran terhadap banduan yang melakukantindakan yang bertentangan. Hukuman hanya akan berlaku apabila operan atau tingkah lakuyang mengikutinya. Dengan kata lain, hukuman adalah akibat negatif yang akan membawakepada pengurangan dalam kekerapan sesuatu tingkah laku. Thorndike juga telah membahagikan hukum pembelajaran kepada tiga bahagianiaitu,hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan ialah merujuk NIKHAZIM ABDULLAH 5
  • 6. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHkepada kesediaan dan persiapan yang perlu ada sebelum seseorang bertindak, iaitubelajar.Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu kesedian psikomotor, afektif dankognitif.Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melaluiaplikasi dan akan dilemahkan tanpa ada pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakandalam latihan hafalan. Manakala hukum kesan pula ialah menyatakan bahawa kesan yangmenyeronokkan akan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.Berdasarkankepada tiga hukum pembelajaran tadi,dengan mengaplikasikannya kepada mengadakan pelbagairansangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya,memberikan ganjaran dan peneguhan untuk respon yang betul ,menentukan persekitaran yangsesuai untuk belajar, sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar dan memulakan pengajaran denganmemastikan pelajar bersedia dari pelbagai aspek. NIKHAZIM ABDULLAH 6
  • 7. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHTEORI KAUNSELING MODIFIKASI TINGKAH LAKU Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasaspendekatan tingkah laku ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan pada tahun1904 di Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang kawalan tingkah laku yangketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai trikan kepada benda-benda yang mekanikal. Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alat-alat. Beliau berpendapatbahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu dan yangada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman. Beliau juga berpendapatbahawa pakar psikologi patut memberi perhatian kepada tingkah laku yang dilihat danditerangkan. Mereka yang bertanggungjawab dan memperluaskan terhadap teori kaunseling tingkahlaku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann & Krasner, 1965; Phillips& Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968; Bandura, 1969; Krumboltz & Thoresen,1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini bersandarkan kepada teori pembelajaran yang mana iamemberi tumpuan kepada tingkah laku berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaranmanusia. Bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang manakah yang tidak bolehdiubahsuaikan dan dalam setuasi bagaimana pula tingkah laku begitu boleh berlaku. Kebanyakanperangai salah laku mempunyai perasaan resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaantakut ataupun resah adalah merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balasterhadap penggerak nuteral yang diberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali denganrasa kesakitan. NIKHAZIM ABDULLAH 7
  • 8. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah padakelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang lebih bersaingan.Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas resah boleh dibuat dandiwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya keresahan, ini mungkin akan melemahkantindak balas penggerak kebimbangan itu sendiri. Ada beberapa tindak balas yang bolehdigunakan dalam proses kaunseling mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973).  Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah dan salah laku berikutnya.  Klien diajarkan merelekskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk bersemuka dan melemahkan tindak balas penggerak-resah.  Dalam satu keadaan releks kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan urutan kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah.  Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah.  Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula bersama releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.3.1 Teknik Kaunseling Modifikasi Tingkah Laku Dalam Konteks Kepenjaraan Kaunseling tingkah laku adalah suatu proses yang memerlukan pengenepianpembelajaran yang tidak diterima serta “mengilatkan” lagi pengalaman pembelajaran yangmembolehkan banduan mempelajari tindak balas yang tepat. NIKHAZIM ABDULLAH 8
  • 9. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Tujuan tingkah laku kaunseling ini adalah menolong manusia sama ada memiliki tingkahlaku yang telah diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu agardia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku ketewasan-kendirinya sebagai hasilnya.Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi patut memberikan perhatian dan penumpuan kepadatingkah laku yang dapat dilihat dan boleh diterangkan. Teori kaunseling tingkah laku ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yangberkandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal sebagaifahaman tingkah laku. Berdasarkan teori pembelajaran inilah tingkah laku pada dasarnyamempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku banduan. Selagi tidak mengetepikan cara banduan merasai dan memikirkannya, pegawai penjaraperlu menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan bahawa iaadalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan merasai tentang diri. Pendekatan ini berbeza sama sekali dengan pendekatan psikoanalisis yang begitu kuatdan meluas digunakan di Barat. Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkah laku dan personalitiadalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa lalu dan juga kejadian yang terjadimengubah tingkah laku yang tidak terselindung banduan. Matlamat utama pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih; kadang-kadang diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa berselindung itu akanmengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi pegawai penjara yang tidak memikirkan tentangtingkah laku subjektif banduannya. Tanda-tanda peralihan dirujukkan kepada penghapusanmasalah tingkah laku banduan. NIKHAZIM ABDULLAH 9
  • 10. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada dimensikognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan dalam mengambil langkahtertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak wajar. NIKHAZIM ABDULLAH 10
  • 11. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHMENGUBAH TINGKAH LAKUModifikasi Tingkah Laku adalah proses analisis gunaan tingkalaku atau ‘applied behaviouranalysis’ adalah pengunaan sistematik prinsip-prinsip psiklogi ke atas individu untuk fahaman &mengubah tingkah laku. RR Bodzin (dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987); MTL adalah “… usaha menggunakan prinsip-prinsip psikologi dan juga prinsip-prinsip psikologi eksperimental yg lain utk tingkah laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap tingkah laku yg dpt dilihat dan memerlukan pemerhatian yg konkrit ttg masalah yg perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah diubah.”Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) Modifikasi Tingkah Laku adalah pengunaan jadualpeneguhan untuk mengubahsuai tingkah laku orang atau kumpulan tertentu. Sharifah AlwiahAlsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.Secara unggulModifikasi Tingkah Laku memerlukan:i. Perincian yang jelas tentang tingkah laku yang hendak diubah -Pengunduran diri.Banduan malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya -Pengasingan diri.Banduan tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawanii. Pemerhatian dan ukuran teliti tentang tingkah laku yang hendak diubah NIKHAZIM ABDULLAH 11
  • 12. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH -Memastikan dengan tepat dan jelas tentang tingkahlaku yang hendak diubah dan catatkan tahap terkini. Contoh ; Jika banduan cuai adakah ini bermakna ia melakukan 2, 3 atau lebih kesalahan pengiraan dalam komputer bagi setiap 10 masalah yang dilakukannya?iii. Penganalisaan tentang peneguhan yang mungkin sedang mengekalkan tingkah laku yang tidak diingini. -Melihat sikap dan perwatakkan banduan yang telah dibantu oleh Pegawai Penjara sama ada perubahan tersbut berlaku atau tidak pada diri banduan.Jika berlaku perubahan maka teknik kaunseling ini berjaya melalui penganalisaan tentang peneguhan yang dibuativ. Kajian tentang celahan yang boleh mengubah tingkah laku yang tidak diingini -Rancang suatu celahan (intervention) khas dengan sediakan keadaan yg boleh mengakibatkan perubahan tingkahlaku. Contohnya; Benarkan banduan berkenaan beriadah lebih seminit bagi setiap masalah yang diselesaikannya tanpa sebarang kekecohan.v. Pemerhatian dan ukuran terperinci tentang perubahan tingkah laku yang telah berlaku. -Memerhati dan awasi dengan teliti setiap akibat atau keputusan dan ubah suai perancangan jika perlu. NIKHAZIM ABDULLAH 12
  • 13. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH4.1 Huraian Teknik Yang DigunakanModifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah lakumelalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian teknik yang sesuai digunakan untuk modifikasitingkah laku banduan di Penjara.PeneguhanPositif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.Peneguhan PositifPeneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong banduan mengulangi tingkah lakuberulang-ulang.Peneguhan NegatifPeneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku banduan yang tidak diinginiberulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.Denda dan PeneguhanDenda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku banduan yang tidak diingini berulang. Denganerti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik dari padadilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila banduan terlupa,ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. NIKHAZIM ABDULLAH 13
  • 14. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHPeneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknyaberfungsi dengan sebaiknya.Reverse PsychologyIa adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif banduankepada positif. Ia bertujuan agar banduan-banduan dapat melupakan tingkah laku negatif danberalih kepada tingkah laku positif.ShapingShaping meupakan proses pembentukan tingkah laku banduan yang diingini melalui beberapapeneguhan diberi secara beransur-ansur.Token EconomyIa merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akanditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus.Kebiasaannya ia digunakan di Sekolah Henry Gurney bagi pengukuhan disiplin banduan.Kontrak ( Lisan atau Bertulis )Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif banduan kepada positif secaraperjanjian lisan atau bertulis. NIKHAZIM ABDULLAH 14
  • 15. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHTEKNIK KAUNSELING MODIFIKASI TINGKAH LAKU BANDUAN5.1 Tujuan Kaunseling Tujuan utama proses kaunseling adalah untuk menghapus atau menghilangkan tingkahlaku maldaptif (masalah) untuk digantikan dengan tingkah laku baru yaitu tingkah laku adaptifyang diinginkan banduan. Tujuan yang sifatnya umum harus dijabarkan ke dalam perilaku yangspesifik seperti diinginkan oleh banduan,pegawai penjara mampu dan bersedia membantumencapai tujuan tersebut,banduan dapat mencapai tujuan tersebut serta dirumuskan secaraspesifik.Dalam pada itu,pegawai Penjara dan banduan bersama-sama (bekerja sama)menetapkan atau merumuskan tujuan-tujuan khusus kaunseling.5.2 Proses Kaunseling Proses kaunseling dibingkai oleh kerangka kerja untuk mengajar banduan dalammengubah tingkah lakunya. Kaunseling juga adalah proses belajar,pegawai Penjara membantuterjadinya proses belajar tersebut. Pegawai Penjara mendorong banduan untuk mengemukakankeadaan yang benar-benar dialaminya pada waktu itu. Assesment diperlukan untukmengidentifikasi motode atau teknik mana yang akan dipilih sesuai dengan tingkah laku yangingin diubah. Berdasarkan informasi yang diperoleh dari langkah assessment pegawai penjaradan banduan menyusun dan merumuskan tujuan yang ingin dicapai dalam kaunseling.Perumusantujuan kaunseling dilakukan dengan tahapan sebagai berikut : a. Pegawai Penjara dan banduan mendifinisikan masalah yang dihadapi banduan b. Banduan mengkhususkan perubahan positif yang dikehendaki sbg hasil kaunseling Pegawai Penjara dan banduan mendiskusikan tujuan yang telah ditetapkan banduan : NIKHAZIM ABDULLAH 15
  • 16. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH 1) apakah tujuan benar-benar diinginkan banduan 2) apakah tujuan itu realistik 3) kemungkinan manfaatnya 4) kemungkinan kerugiannya. Pegawai Penjara dan banduan membuat keputusan apakah : 1) melanjutkan kaunseling dengan menetapkan teknik yang akan dilaksanakan 2) mempertimbangkan kembali tujuan yang akan dicapai 3) melakukan referal5.3 Contoh Spesifik Teknik kaunseling diarahkan pada penghapusan respon yang telah dipelajari (yangmembentuk tingkah laku bermasalah) terhadap perangsang, dengan demikian respon-responyang baru (sebagai tujuan kaunseling) akan dapat dibentuk contohnya; a.Memodifikasi tingkah laku banduan melalui pemberian penguatan agar banduan terdorong untuk merubah tingkah lakunya, penguatan tersebut hendaknya mempunyai daya yang cukup kuat dan dilaksanakan secara sistematis dan nyata-nyata ditampilkan melalui tingkah laku banduan. b.Mengurangi frekuensi tingkah laku banduan yang tidak diinginkan c.Memberikan penguatan terhadap suatu respon yang akan mengakibatkan terhambatnya kemunculan tingkah laku banduan yang tidak diinginkan NIKHAZIM ABDULLAH 16
  • 17. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH d.Mengkondisikan pengubahan tingkah laku banduan melalui pemberian contoh atau model (film, tape recorder, atau contoh nyata langsung) e.Merencanakan prosedur pemberian penguatan terhadap tingkah laku banduan yang diinginkan dengan sistem kontrak Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistemkaunseling yang lain. Pegawai Penjara mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara berikut seperti ; Pegawai Penjara perlu membina satu perhubungan yang posit if denganbanduan supaya dapat memastikan ia benar-benar memahami masalah banduan sebelumm e m u l a k a n s e s u a t u s t r a t e g i t e r h a d a p b a n d u a n . P e r h u b u n g a n p o s it i f j u g a ak a n membolehkan banduan lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat perubahan terhadaptingkah laku adaptif. Dalam hal ini banduan akan di libatkan bersama dalam menganalisis,merancang,memproses dan manilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Pegawai Penjaraakan mencuba melupuskan bermacam-macam t ingkah laku yang selama ini dianggapmaladapt if dan disamping it u, banduan pula mempelajari t ingkahlaku yang adaptifyang akan berterusan sebagaimana yang telah dirancang.Tugas Pegawai Penjara ialah menggalakdan membantu banduan membuat perubahan. NIKHAZIM ABDULLAH 17
  • 18. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHP e g a w a i P e n j a r a p e r l u m e m b a n t u b a n d u a n d a n bersama-sama menganalisis tingkahlakunya, kedua untuk mentaksir masalah dans e t e r u s n y a m e m i l i h s a t u m a t l a m a t y a n g i n g i n d i c a p a i. P r o s e s k a u n s e l i n ga k a n menjadi lebih mudah dan membantu sekiranya pegawai Penjara dan banduan dapatme wu ju dka n car a berko mu nik a si ya ng berke sa n a nt ara sat u sa ma la in,s a l i n g mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan yang baik ini harus berterusanselama banduan dan pegawai penjara mencari jalan menolong banduan membuat perubahan Pegawai Penjara bo leh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuanmenggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yangtidak dikehendaki. Yang ditekankan disini ialah penglibatan dan kerjasama antarabanduan dan pegawai Penjara secara berterusan antaranya seperti ;Role play Strategi menggunakan role play digunakan oleh pegawai penjara untuk melatih banduandalam pelbagai perlakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan. Ini bo leh dikatakan, satulako nan dan lat ihan yang dibimbing o leh pegawai penjara dengan mempunyaitujuan yang khusus. Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran banduan danmenunjukkan bahawa ada banyak alternat if melakukan t ingkah laku lain. Contohnya; Bagi seorang banduan yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara role-play, dimana banduan itu diminta mengeluarkan pendapat NIKHAZIM ABDULLAH 18
  • 19. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH kepada pegawai Penjara. Rasionalnya ialah banduan berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan s u a s a n a y a n g s e l a m a t . A p a b i l a p e g a wa i penjara m e r a s a k a n b a n d u a n s u d a h m e m p u n y a i keyakinan diri, barulah banduan itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Pegawai Penjara tersebut perlu memberi kerjasama dengan tidak memaksa banduan, kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan diri banduan terancam. Contoh di atas boleh digunakan dengan banduan lain supaya dia menjadi lebih asertifapabila mendapati dirinya sukar bertindak balas setiap kali orang lain mengambil kesempatanterhadapnya. Role-play memberi peluang kepada banduan tersebutu n t u k m e n c u b a m e n g e l u a r k a n s a t u t i n g k a h l a k u b a r u d a l a m s it u a s i y a n gl e b i h selamat sebelum digunakan diluar atau di tempat-tempat yang selalu menimbulkanmasalah. NIKHAZIM ABDULLAH 19
  • 20. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHPEGAWAI PENJARA MENGUBAH TINGKAHLAKU BANDUAN DALAM KONTEKSDISKRIMINASI – TEKNIK KAUNSELING TINGKAHLAKU6.1 Definisi Diskriminasi Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap banduan tertentu, dimana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh banduan berkenaan.Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam Penjara. Ia berpunca daripadakecenderungan banduan untuk membeza-bezakan banduan lain. Diskriminasi juga dianggapsebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluangyang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity).Selain dari itu,diskriminasi adalah perlakuanburuk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Dalam pada itu,diskriminasi juga merujuk kepada perlakuan membeza-bezakan sesuatuhal (kerana keturunan, warna kulit dll).Di penjara pun ada juga timbul sifat diskriminasi.contohnya kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapanbahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak yangsebagainya.Dalam konteks kepenjaraan diskriminasi juga membeza-bezakan antara satu samalain seperti memberikan layanan yg istimewa (berlainan) kpd golongan,terdapat golongan rendahyg didiskriminasikan oleh pihak tertentu dan sebagainya. Menurut Theodorson & Theodorson, diskriminasi adalah ketidak seimbangan atau ketidak adilan yang ditujukan oleh orang atau kelompok lain yang biasanya bersifat kategorikal, atau atribut-atribut khas, seperti berdasarkan ras, agama, atau dalam sosial. Hal tersebut terjadi kerana adanya penggambaran dari pihak mayoritas yang dominan dalam hubungannya dengan minoritas yang lemah, sehingga dapat dikatakan bahwa perilaku mereka itu bersifat tidak bermoral dan tidak demokrasi. NIKHAZIM ABDULLAH 20
  • 21. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Minoritas menurut Theodorson & Theodorson, kelompok minoritas(minority groups) adalah kelompok-kelompok yang diakui berdasarkan perbezaan ras,agama, atau sukubangsa, yang mengalami kerugian sebagai akibat diskriminasi. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia akan dilakukan oleh banduan. Terdapatpelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketaraadalah seperti berikut: Seorang banduan enggan berurusan dengan seorang banduan lain berdasarkan kumpulan yang diwakillinya. Seorang banduan member catuan makanan yang tidak setimpal yang sepatutnya diterima kepada banduan lain berdasarkan kumpulan yang diwakilinya. Sebuah kaum lain enggan menerima seorang banduan dalam sel, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam sel berkenaan, disebabkan banduan berkenaan mewakili kumpulan tertentu.6.2 Faktor lain timbulnya diskriminasi di kalangan banduan adalah seperti :  Berlatar belakang sejarah banduan  Latarbelakang oleh perkembangan sosio-kultural dan situasional banduan  Bersumber dari factor keperibadian banduan  Berlatar belakang perbedaan keyakinan, kepercayaan dan agama banduan itu sendiri NIKHAZIM ABDULLAH 21
  • 22. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH6.3 Jenis-jenis Diskriminasi Banduan Diskriminasi bersifat aktif dari prasangka yang bersifat negatif (negative prejudice) terhadap seorangbanduan atau suatu kelompok.Diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis sebagaimanakekerapan majoriti yang berlaku di Penjara seluruh Malaysia adalah seperti dibawah:6.3.1 Diskriminasi Umur Banduan (Ageism) Banduan diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia banduan sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah banduan".Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.6.3.2 Diskriminasi Jantina Banduan (Sexism) Banduan diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, Penjara Wanita seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan banduanita yang sama kesnya, walaupun mereka adalah sama.Prejudis ke atas banduan-banduan berdasarkan kepada jantina, ataupun gender.6.3.3 Diskriminasi Kesihatan Banduan Banduan diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya banduan yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.6.3.4 Diskriminasi Agama Banduan Banduan diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.6.3.5 Diskriminasi Kaum Banduan ( Racism ) NIKHAZIM ABDULLAH 22
  • 23. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dan sebagainya. Prejudis terhadap kaum yang terdapat di dalam Penjara secara langsung, ataupun tidak langsung, dan disokong pula oleh struktur pengaruh kes berprofile tinggi seperti seksyen 302 Akta K.K Membunuh tanpa niat untuk mempengaruhi banduan lain.6.4 Antara teknik yang boleh digunakan dalam teknik kaunseling terapi perlakuan bagimengatasi sifat diskriminasi banduan adalah seperti:  Penilaian  Desensitisasi bersistem.  Latihan Asertif  Gambaran imej NIKHAZIM ABDULLAH 23
  • 24. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH6.5 Teknik Kaunseling - PenilaianDiskriminasi AgamaBanduan diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.Permasalahan yang berlaku Di blok,kebanyakkan banduan sering kali mengasingkan diri sendiri secaraberkelompok.Pekara sebegini kebiasaannya melibatkan agama majority sepertiislam,buddha,kristian dan sebagainya.Persepsi banduan beranggapan bahawa agama yangberbeza tidak dapat di campurkan oleh kerana agama yang lain tidak layak bergaul sesamaagama yang lain,walhalnya Malaysia kini mengamalkan konsep 1 Malaysia.Pekara sebegini akanmenimbulakan masalah yang besar dalam sesebuah institusi kepenjaraan terutamnnya di dalamblok.Sentimen keagamaan ini menyebabkan pergaulan serta perhubungan sesama banduan amatterhad memandangkan banduan islam hanya bergaul sesama banduan islam.Begitu juga agamakristian bergaul sesama banduan yang beragaman kristian.Maka layanan dari segi keagamaanakan lebih kepada islam memandangkan agama islam.Maka agama lain akan ditindas dari segilayanan yang berunsur berat sebelah atau tidak adil.Dalam masalah sedemikian,agama kristianakan ditindas dari segi layanan yang tidak adil.Teknik Mengatasi Diskriminasi Agama Dalam konteks diskriminasi agama cara untuk mengubah tingkahlaku banduan diskriminasiagama dengan cara teknik kaunseling modifikasi perlakuan.Antara teknik yang boleh digunadalam terapi perlakuan adalah seperti berikut:  Penilaian NIKHAZIM ABDULLAH 24
  • 25. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Teknik kaunseling perlakuan berasaskan pada maklumat data asas yang terkumpul olehpegawai penjara. Data asas adalah penting bagi memulakan satu rancangan struktur terapi yangberkesan. Hubungan interaksi antara pegawai penjara dengan banduan juga memerlukan pegawaipenjara bersifat berempati untuk mendapat kefahaman yang dikemukakan oleh banduan. Teknikkaunselingnya juga memerlukan kemahiran kaunseling yang tepat, di samping pegawai penjaraberupaya mengguna kaedah klinikal yang jitu serta peka dengan kehendak perubahantingkahlaku banduan.Proses penilian memerlukan pegawai penjara mendapatkan segalamaklumat tentang masalah yang dialami oleh banduan sebab membezakan agama,punca berlakupergaulan terhadnya dan sebagainya. Pegawai Penjara perlu mengumpul maklumat tentangmasa, cara masalah berlaku, cara yang diusaha oleh banduan bagi mengatasi masalah, tempat,pengalaman banduan dan berbagai lagi ciri maklumat tentang masalah yang dihadapi olehbanduan.Cara pegawai penjara menyoal dalam proses temuduga bagi mendapat maklumat adalahpenting. Soalan yang bermula dengan perkataan mengapa sentimen keagamaan wajar dihindar;manakala soalan yang bermula dengan bagaimana, apakah, bilakah, dan dimana wajardigalakkan. Walaupun hasil dari persoalan yang dikemukan, pegawai penjara akan mendapatmaklumat tetapi pegawai penjara tidak semestinya akan menerima sepenuhnya jawapan yangdiberi oleh banduan. Kepekaan pegawai penjara dalam mengenalpasti dan mencerap carabanduan menjawab juga penting.Pegawai penjara sentiasa akan peka pada gerak geri dan carabanduan menjawab bagi mencerap ciri yang tidak konsisten, cuba mengelak sesuatu ataumembuat sesuatu yang terpesong dari yang benar. Satu cara bagi mendapat penilaian daribanduan adalah dengan menggunakan perwatakkan yang dibuat oleh banduan. Laporan sepertiini pada biasanya lebih baik bagi pengumpulan maklumat tentang khayalan banduan, NIKHAZIM ABDULLAH 25
  • 26. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHpemikirannya dan juga perasaan mereka. Di samping ini, peranan pegawai penjara sebagaipembimbing memang terserlah dalam terapi perlakuan kerana keperluan secara terarah bagimendapat maklumat.Kaedah  Membuat percampuran agama dalam sesebuah sel  Mengadakan aktiviti atau riadah supaya semua agama dapat disatukan tetapi berbeza dari segi ibadah sesebuah agama NIKHAZIM ABDULLAH 26
  • 27. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH6.6 Teknik kaunseling - Desensitisasi bersistemDiskriminasi KesihatanBanduan diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatantertentu. Misalnya banduan yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk menjadi ketuablok banduan, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.Permasalahan yang berlaku Diskriminasi kesihatan ini kerap kali berlaku di blok penempatan bagi pesakit-pesakit jiwaataupun mental.Akan tetapi banduan lain beranggapan banduan yang sakit jiwa tidak bolehmengetuai apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh pegawai penjara sebagai contoh sukan secaraberkumpulan,riadah,catuan makanan,ketua blok dan sebagainya.Apabila keadaan sebeginiberlaku,banduan lain kurang percaya dan kurang yakin dengan kemampuan banduan yang sakitjiwa.Memandangkan banduan tersebut sakit jiwa maka dari segi corak layanan jugakurang,terasa dipinggirkan dan diketepikan oeh banduan-banduan yang lain.Teknik Mengatasi Diskriminasi KesihatanCara Pegawai penjara mengatasi masalah diskriminasi kesihatan dengan menggunakan teknikkaunseling modifikasi perlakuan seperti:  Desensitisasi bersistem. Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagimenghasilkan suasana selesa yang boleh diterima banduan. Desensitisasi bersistem biasanya NIKHAZIM ABDULLAH 27
  • 28. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHdiguna sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan kesihatan yang dialami banduan.Proses permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu masalah kesihatan yangmenjadi pemangkin keresahan kesihatan atau kegelisahan yang sedang dialami banduan.Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara acara yang meresahkan hingga satupenghujung yang sangat menyusahkan banduan lain. Latihan relaksasi secara beransur biasanyaditerap sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahanatau kegelisahan. Pegawai penjara akan mengasuh banduan membayangkan atau mengambarkandalam bentuk satu hairaki imej bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransur-ansur bergerak ke arah hairaki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling meresahan banduantersebut dgn penyakit jiwanya. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej banduan semasabanduan mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa, sehingga imej tersebut bertukarmenjadi selesa pada pandangan dan pemikiran banduan lain. Proses in diulang dan pegawaipenjara akan hanya memimpin banduan bergerak ke tahap hairaki lebih tinggi apabila banduansudah mampu menangani keadaan keresahan kesihatan yang baru dilalui dalam latihannya.Kaedah  Memfokukskan bantuan untuk menenangkan banduan dari ketegangan yang dialami dengan cara mengajarkan banduan untuk rileks  Esensi teknik ini adalah menghilangkan tingkah laku yang diperkuat secara negatif dan menyertakan respon yang berlawanan dengan tingkah laku yang akan dihilangkan  Dengan pengkondisian klasik respon-respon yang tidak dikehendaki dapat dihilangkan secara bertahap  Tingkah laku yang diperkuat secara negatif biasanya merupakan kecemasan, dan ia menyertakan respon yang berlawanan dengan tingkah laku yang akan dihilangkan. NIKHAZIM ABDULLAH 28
  • 29. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH6.7 Teknik Kaunseling - Latihan Asertif ( Permainan Peranan )Diskriminasi Kaum atau Ras( Racism )Layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapatkeadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dan sebagainya.Prejudis terhadap kaum yang terdapat di dalam Penjara secara langsung, ataupun tidak langsung,dan disokong pula oleh struktur pengaruh kes berprofile tinggi seperti seksyen 302 Akta K.KMembunuh tanpa niat untuk mempengaruhi banduan lain.Permasalahan yang berlaku Isu perkauman yang berlaku di kalangan banduan sudah menjadi pekara biasa dan perludiatasi dengan segera.Permasalahan ini berlaku terbahagi kepada kaum bumiputera dan bukanbumiputera.Kaum bumiputera ini adalah seperti melayu,iban,kenyah,asli dan sebagainya.Bagikaum bukan bumiputera adalah seperti cina,india,singh dan sebaginya.Apabila wujudnyasentimen perkauman di dalam blok iaitu dikalangan banduan akan menjadi masalah kepadapengurusan blok terutamanya dalam aktiviti seperti riadah,catuan makanan.Banduan lain akanhidup berkelompok bersama banduan yang sama kaum.Misalnya dalam sukan pingpong,banduan melayu tidak akan bermain bersama-sama banduan cina.Apabila banduan melayudapat bermain ping pong,maka banduan cina akan duduk dalam wing mereka yang tidakmenpunyai apa-apa aktviti yang menyebabkan hak layanan yang kurang pada kaum cina.Pekarasebegini menimbulkan satu gejala yang kurang baik.Pada fikiran banduan melayu,kaum cina iniadalah kaum pendatang dan tidak layak mendapat hak keistimewaan di tanah melayu.Teknik Mengatasi Diskriminasi Kaum atau Ras NIKHAZIM ABDULLAH 29
  • 30. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHPeranan pegawai penjara dalam mengubah tingkahlaku banduan yang bersifat diskriminasi kaumadalah dengan cara menggunakan cara seperti teknik kaunseling modifikasi perlakuan caramainan peranan seperti berikut;  Latihan Asertif ( Permainan Peranan ) Digunakan untuk melatih banduan yang mengalami kesulitan untuk menyatakan diri bahwatindakannya adalah layak atau benar.Terutama berguna di antaranya untuk membantu individuyang tidak mampu mengungkapkan perasaan tersinggung, kesulitan menyatakan tidak,mengungkapkan afeksi dan respon posistif lainnya.Satu teknik yang diguna dalam terapiperlakuan ialah mainan peranan.Cara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi bersamakaum yang lain.Biasanya pegawai penjara bersetuju untuk mengambil atau memainkan perananorang yang banduan menghadapi bermasalah untuk berinteraksi dengan kaum yang lain. Dengancara ini, pegawai penjara dapat mengenalpasti masalah induk yang banduan hadapi dalaminteraksinya dengan orang tersebut. Selanjutnya, pegawai penjara akan mampu untuk cubamengubah tingkahlaku celaru yang dialami oleh banduan dengan menggunakan tekniksampingan seperti Latihan Penegasan diri. Latihan penegasan dan penyataan ini lazimnyadijalankan dalam kelompok, iaitu menekankan kepada pengajaran terhadap banduan supayategak dengan hak-hak peribadinya tanpa memusnahkan pula hak-hak banduan lain. Tingkah lakupenyataan ini mengandungi pelahiran perasaan dan pemikiran seseorang secara terus-terang,jujur dan cara yang berpatutan. Ia melibatkan mempertahankan hak seseorang sebagai individuapabila seseorang itu merasakan dia mula dipergunakan atau diperalatkan. Ini bermakna, melahirkan kehendak-kehendak seseorang atau kehendak orang lain tanpamengandaikan orang lain itu, belum tentu boleh menerima atau mencapai kehendak-kehendak NIKHAZIM ABDULLAH 30
  • 31. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHtadi. Seseorang yang terlatih dalam penrnyataan ini selalunya berasa senang terhadap dirinya,menyedari yang mereka mempunyai ‘keyakinan diri’ tanpa menjatuhkan orang lain.Kaedah  Membasmi pembesaran rasa takut dan kepercayaan yang tidak rasional.  Menerima hak peribadi seseorang  Melatih tingkah laku pernyataan sendirian.  Mendorong individu memainkan peranan dengan orang lain dalam keadaan kesusahan.  Pernyataan dalam keadaan sebenar. NIKHAZIM ABDULLAH 31
  • 32. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH6.8 Teknik Kaunseling – Gambaran ImejDiskriminasi Umur (Ageism)Banduan diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu.Misalnya, di penjara banduan sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehinggatimbul istilah "masalah banduan". Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.Permasalahan yang berlaku Permasalah diskriminasi umur ini kerap kali berlaku di kalangan banduan muda bawahumur dan banduan sabitan yang berumur.Ataupun lebih mudah dilihat bagi banduan sabitan yangduduk di dalam wing yang berlainan usia.Ini lebih menjurus kepada aktiviti seperti catuanmakanan,riadah dan sebagainya.Sebagai contoh banduan yang muda tidak mempunyai penyakitdan diluluskan untuk aktiviti riadah di luar blok semata-sama hendak mendapatkan cahayamatahari.Dalam masa yang sama banduan tersebut mengambil kesempatan dengan untuk tujuanlain.Akan tetapi bagi banduan yang berumur mencecah 50 tahun tidak diberikan keistimewaanuntuk berriadah di luar atas alasan memerlukan cahaya matahari atas factor kesihatan.Inimenyebabkan layanan yang tidak adil menyebabkan diskriminasi umur dan banduan berumurakan rasa terpinggir oleh kerana riadah seperti tadi memihak kepada banduan yang muda dariberumur.Teknik Mengatasi Diskriminasi UmurPegawai penjara dalam aspek mengubah tingkahlaku banduan bersifat diskriminasi dalamkonteks teknik kaunseling modifikasi tingkahlaku dalam konteks gambaran imej;  Gambaran Imej NIKHAZIM ABDULLAH 32
  • 33. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAH Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada banduan tentangusia atau pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau, sekarang atau yang akan datang. Caraini dapat menyenangkan banduan secara menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkarayang menjadi kerumitannya seperti faktor umur. Di samping ini,pegawai penjara juga akandapat persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah banduan setelah banduanmenghuraikan masalah umur atau usia yang telah dialaminya dalam gambaran imej secaralisan.Dengan cara ini banduan tersebut lebih yakin menjalani kehidupan seharian ketikamenjalani proses hukuman tanpa rasa terasing dan diasing oleh banduan lain.Kaedah  Membuat aktiviti di blok tanpa mengasingkan banduan jika difikir perlu.  Melibatkan semua banduan dalam aktiviti seperti riadah dan sukan melainkan atas factor masalah kesihatan yang amat kritikal.  Mengadakan aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan semua banduan seperti kebersihan seluruh wing blok penempatan blok banduan.Ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat sesama banduan yang lain. NIKHAZIM ABDULLAH 33
  • 34. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHKESIMPULAN Berdasarkan pelbagai perspektif tentang pembentukan tingkah laku bermasalah dalamkalangan banduan,pegawai penjara boleh membantu banduan membentuk tingkah laku positifyang dapat diterima oleh masyarakat. Di penjara, tugas pegawai penjara bukan sekadar inginmemenuhi hasrat Jabatan daripada aspek pemulihan semata-mata tetapi yang lebih pentingadalah untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang seimbang daripada aspek intelek,emosi,rohani dan jasmani. Ini bertepatan dengan kehendak Piagam Jabatan Penjara Malaysia. PegawaiPenjara dan masyarakat perlu menggembeling tenaga secara berpadu agar masalah tingkah lakubanduan yang masih menjalani hukuman dapat dibentuk dan dikawal agar mereka ini berdisiplindalam acuan yang mementingkan kesejahteraan umum daripada memikirkan kepentinganperibadi. Berdasarkan pelbagai perspektif teori, pembentukan tingkah laku negatif kadangkalaadalah tanpa kesedaran banduan itu sendiri. Persepsi mereka mungkin beranggapan nilai danworld view mereka adalah sama dengan orang di sekeliling mereka. Pegawai penjara danmasyarakat perlu sedar bahawa tanpa bimbingan, banduan tidak akan sedar nilai dan world viewmereka kadangkala adalah bertentangan dan tidak selari dengan kehendak masyarakat. Banduanperlu dibantu untuk membaiki tingkah laku mereka kerana mereka merupakan modal insan yangperlu digilap dan diasuh agar menjadi asset yang berguna kepada negara. Masa untuk menudingjari kepada banduan atas kesalahan tingkah laku yang mereka lakukan sudah berlalu dan tidakmemberi faedah kepada mana-mana pihak malah ia memberi implikasi kepada kita semua betapakita tidak mempunyai ilmu dan daya untuk memulihkan keadaan. Berdasarkan justifikasi tersebut, Jabatan Penjara Malaysia telah mengorak langkahdengan mengadakan pelbagai program seperti Program Pemasyarakatan, Program RumahPerantaraan,Program Parol dan lain-lain lagi bagi mencari jalan untuk mendekati golongan NIKHAZIM ABDULLAH 34
  • 35. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHbanduan agar mereka dapat difahami dan dibantu. Tambahan pula Malaysia merupakan sebuahnegara yang mempunyai pelbagai etnik dan memerlukan tahap toleransi yang tinggi. Di bahubanduanlah hasrat tersebut perlu digalas dan komponen penting yang perlu dimiliki oleh banduanadalah tingkah laku yang bersesuaian dengan sifat majmuk tersebut dan bukannya tingkah lakubermasalah. NIKHAZIM ABDULLAH 35
  • 36. MODIFIKASI TINGKAHLAKU NIKHAZIM ABDULLAHBIBLIOGRAFI1. Bandura,A,Ross,D & Ross,S.A ( 1963 ) Vicarious reinforcement and imitative lerning.Jurnal of Abnormal and Social Psyhology,67,601-6072. Bartlett,F.C ( 1934 ) Remembering : A study in experimental and social psychology.Cambridge:Cambridge Universiti Press3. Bouton ,M.E ( 1994 ).Contact,ambiguity and classical conditioning,current Directions in Psychological Science,13,148-1514. Cattel,R.B (1950) Personality :A systematic,theoretical and factual study.New York : McGraw-Hill5. Cattel,R.B (1965) The Scientific analysis of personality.Baltimore.MD:penguin NIKHAZIM ABDULLAH 36