Asigment pantun sem9

  • 1,659 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,659
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
31
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 1 1.0 PENGENALAN Gunung Tahan nampak berbalam, Indahnya maya ciptaan Ilahi; Pantun warisan tinggalan silam, Mari bersama kita hayati. Pantun merupakan satu genre asli kesusasteraan Melayu menjadi wahana dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat Melayu di zaman silam.Pengucapan pantun menyentuh persoalan masyarakat, adat, agama, kasih-sayang, nasihat dan sebagainya.Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi diseluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Nilai estetik pantun sememangnya tidak boleh diragui,sama ada serangkap pantun itu dibaca daripada wadah bertulis atau disebutkan langsung oleh seseorang, keindahan bunyi pantun itu adalah warnanya yang unik dan istimewa. Namun begitu, ramai yang menganggap pantun sudah hilang kerelevanannya dalam keadaan dunia hari ini. Justeru itu, perbincangan dalam penulisan ini akan menjurus kepada definisi, fungsi dan jenis-jenis pantun serta teknik berbalas pantun diajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi membantu menarik minat remaja kini dalam menghargai dan menghayati pantun Melayu. 1.1 Sejarah Pantun Melayu Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terpenting,kelebihanya menarik minat para sarjana barat dan sarjana tempatan untuk membuat kajian mengenainya.Para pengkaji yakin, suatu karya tradisi masyarakat itu seharusnya mempunyai penciptaan. Begitu jugalah dengan pantun Melayu. Para sarjana Barat dan Melayu telah mengemukakan pendapat masing- masing. Misalnya, Van Ophuijsen berpendapat bahawa orang Mandailing di Sumatera, Indonesia yang menggunakan daun-daun sebagai lambang (simbol) untuk menyatakan perasaan hati. Wilkinson dan Wintedt (1961) berpendapat bahawa kelahiran pantun adalah daripada kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan bahasa berirama atau bersajak. Tradisi atau kebiasaan itu berkembang secara lisan, sebelum dipindah kepada bentuk pantun sedia ada. Wilkinson melahirkan pendapatnya berdasarkan masyarakat yang umum. Beliau tidak merujuk kepada mana-mana masyarakat Melayu seperti yang disuarakan oleh Van Ophuijsen dan R. Hoessein Djadjaningrat (1933/34, hal. 16).
  • 2. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 2 Mengikut Za’ba, pantun tercipta berdasarkan sesuatu peristiwa seharian, misalnya peristiwa pertemuan dua sahabat karib di tepi ladang atau sawah. Kebetulan rumput di sawah lebih tinggi daripada padi.Contohnya seperti situasi di bawah: Pertanyaan : Dari mana hendak ke mana? Jawapan : Hendak melihat sawah. Rumput lebih tinggi daripada padi. Maka terciptalah pantun: Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Hari mana bulan yang mana, Dapat kita bertemu lagi. Menurut Wan Abdul Kadir Wan Yusuf(1996:91) menyatakan pantun berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan , pantun dicipta dengan teliti sehingga dapat melahirkan kata-kata yang indah dan menarik. Nilai keindahan dalam pantun dapat dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Pantun merupakan sastera lisan pertama kali dibukukan oleh Hj Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau , seorang sasterawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji. Antalogi pantun yang pertama berjudul Perhimpunan Pantun-Pantun Melayu. 2.0 DEFINISI Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) , mentakrifkan pantun kepada tiga pengertian pertamanya sebagai puisi lama yang terdiri daripada empat larik/baris dalam tiap-tiap rangkap dua baris pertamanya ialah sampiran/pembayang. Manakala dua baris terakhir mengandungi isi/maksud pantun.Maksud kedua pula, pantun juga adalah sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.Ketiganya pula dianggap sebagai jawapan kepada sesuatu tuduhan. Menurut Muhammad Ariff Ahmad dalam Mari Kita Berpantun (2004), pengkaji Barat, R.O. Windstet mengulaskan bahawa tiada sesiapa dapat menganggarkan skop mental orang
  • 3. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 3 Melayu tanpa terdahulu memahami pantun. Manakala, Mohd Taib Osman (1996:2) menganggappantun, selain daripada menjadi alat komunikasi dalam konteks sosialnya,adalah artifak budaya.Pendeta Zaaba (1965:218), pula berpendapat perkataan pantunpada mulanya dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksanadan kiasan lain. Ia merakam dan sekali gus menggambarkan mindamasyarakat Melayu.Pantun ini pula difahamkan oleh masyarakat sebagai sejenis karangan berangkap yang terbahagi pada dua, iaitu baris-baris yang mengandungi pembayang dan inti maksudnya. Manakala Harun Mat Piah(1989), telah mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.Pertamanya, berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud. Dalam kajian Abdullah Jumain, Pembentukan Kata Selapis Dan Asal-usul Pantun Melayu, Djajadiningrat telah menterjemahkan pandangan Branstetter bahawa “perkataan “pantun‟ Sunda itu akarnya ialah “tun‟ yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga “tuntun‟ , teratur, bahasa Tagalog “tonton‟ , mengucapkan sesuatu menurut sesuatu susunan.” Dia juga berpendapat bahawa oleh sebab pantun yang berasal dari Sunda itu dinyanyikan, maka lahirlah perkataan Melayu “pantun‟ yang bererti sajak liri. Namun demikian, Abdullah Jumain menyifatkan perkataan “pantun‟ itu adalah asli sebagai perkataan Melayu.Perkataan “pantun‟ dianggap sebagai satu bentuk akronim yang berasal daripada dua perkataan iaitu “pangkal‟ dan “tunjuk‟ .Istilah “pangkal‟ ini kita fahamkan sebagai pembayang maksud dan menunjuk pula maksudnya. 2.1 KANDUNGAN PANTUN MELAYU
  • 4. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 4 Pantun mempunyai pembayangatau sampiran yang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.Pantun mempunyai rangkap yang berasingan.Maksud atau isiterdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).Setiap pantun mempunyai kesatuan fikiran dengan sempurna. Perkataan pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.Suku kata tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyisama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berirama a,a,a,a. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris. Da/un / te/rap/ di/a/tas /du/lang/, A/nak/ u/dang/ ma/ti/ di/tu/ba/, Da/lam/ ki/tab/ a/da/ ter/la/rang, Yang/ ha/ram/ ja/ngan/ di/cu/ba/. 2.2 CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
  • 5. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 5 Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap.Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataanjumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . Bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.Contoh pantun yang baik: Sayang selasih/ saya lurutkan, Nasi lemak/ buah bidara, Kerana kasih /saya turutkan, Buang emak/ buang saudara. 2.3 BENTUK DAN JENIS-JENIS PANTUN Pantun terdiri daripada beberapa jenis, iaitu pantun dua baris atau bait,pantun empat baris,pantun enam baris,pantun lapan baris,pantun sepuluh baris,pantun dua belas baris,pantun empat belas baris,pantun seloka,pantun berkait, pantun yang berbalas atau berbalas pantun, dan pantun rejang.Walaupun terdapat pelbagai jenis pantun pantun empat rangkap paling popular dan amat menarik kerana mempunyai dua rangkap sampiran dan dua rangkap maksud pantun. Contoh pantun yang jarang kita dengar iaitu pantun 10 kerat:
  • 6. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 6 Pantun Sepuluh Kerat Turun hujan hari dah petang, Bunga mawar tumbuhnya subur, Ditiup angin habis tunduk, Dipetik jangan dicabutkan, Tanaman puteri dari Jawa; Telah habis rokok sebatang, Telah punah sirih sekapur, Pasar sudah tempat duduk, Penatlah sahaya menantikan, Buah hati tak muncul jua. (Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 26) Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikankepada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.ManakalaZa’ba (1964, hal.73-173), membahagikan pantun kepada lapan puluh tiga pokok persoalan (tema), antaranya ialah : 1. Mari Kita Berpantun 2. Pantun Anak-anak (kanak-kanak) 3. Pantun Teka-teki 4. Pantun Nasib anak 5. Berbalas pantun 6. Kesukaan Berpantun 7. Lagu Dondang Sayang
  • 7. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 7 Manakala Effendi (1983:29), pantun dapat dikelompokkan menjadi bermacam-macam jenis bergantung kepada isinya iaitu: I. Pantun kanak-kanak, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi: a) Pantun sukacita contohnya: Naik ke bukit membeli lada, Lada sebiji dibelah tujuh, Apanya sakit berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. b) Pantun berdukacita contohnya: Memetik manggis di Kota Kedu, Membeli tebu wangnya hilang, Menangis adik tersedu-sedu, Mencari ibu belum juga pulang. c) Pantun jenaka atau teka-teki contoh seperti di bawah: Orang Sasak pergi ke Bali, Membawa pelita semuanya, Berbisik pekak dengan tuli, Tertawa si buta melihatnya. II. Pantun orang muda,berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi: a) Pantun dagang atau pantun nasib contoh seperti di bawah: Tuai padi setelah masak, Sireh junjung buat pinangan, Kucuba intai tapi tak nampak, Jadilah hamba rindu bayangan.
  • 8. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 8 b) Pantun perkenalan: Waktu dinihari hati gelisah, Mata masih tak boleh lena, Duhai saudari nampaknya resah, Mungkinkah masih belum berpunya? c) Pantun kasih-sayang Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Dua tiga boleh kucari, Mana nak sama adik seorang. d) Pantun penceraian/perpisahan: Batang selasih mainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda, Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga. III. Pantun orang tua,berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi: a) Pantun Nasihat contohnya: Parang dibaja besi laksana, Belah buluh taruhlah temu, Barang dikerja takkan sempurna, Bila tak penuh menimba ilmu
  • 9. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 9 b) Pantun adatcontohnya: Lebat daun bunga tanjung. Berbau harum bunga cempaka, Adat dijaga budaya disanjung, Baru terpelihara adat pusaka. c) Pantun agama : Banyak bulan perkara bulan Tidak semulia bulan puasa Banyak tuhan perkara tuhan Tidak semulia Tuhan Yang Esa 2.4 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis pantun tema berkaitan dengan kehidupan,tema disisipkan dengan keindahan alam.Unsur-unsur alam menjadi penyedap sesebuah pantun,segala pengalaman ,falsafah hidup dikemukan dan diserikan dengan pembayang unsur alam.Ini menunjukkan masyarakat lama menghayati dan menghargai keindahan alam semulajadi. Abdullah Hassan (2005), Penggunaan pantun juga tidak hanya terbatas pada mana- mana golongan manusia Melayu, dalam majlis perkahwinan, majlis kenduri, upacara merisik dan sebagainya pantun menjadi pembuka bicara dan penyampaian hajat. Secara keseluruhannya, beliau menjelaskan bahawa selain daripadadiutarakan untuk menyerikan majlis, pantun diungkapkan untuk mengungkapkan norma dan falsafah atau pemikiran melalui bahasa yang indah. Dalamtata-cara adat perkawinan suku Melayu, berbalas pantun sering dilakukan antara pihak mempelailaki-laki dengan pihak mempelai perempuan sebelum acara pernikahan ataupun bersanding dipelaminan tersedia. Dalam bukunya Mari Kita Berpantun (2004), Muhammad Ariff juga mengungkap pendapat dan pandangan pengkaji Barat terdahulu tentang fungsi pantun yang sebenar. Sarjana Belanda, Klinkert dan Pinappel menganggap bahawa pantun adalah lagu cinta orang muda. Ini kerana , pantun menjadi satu wadah generasi zaman dahulu mengungkapkan kasih-sayang.
  • 10. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 10 Muhammad Ariff Ahmad(2004), mempercayai bahawa pantun itu mempunyai kegunaan yang luas dan fungsinya tidak terbatas pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Pantun kerap digunakan dalam lagu-lagu asli Pantun sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperanansebagai penjaga fungsi kata dan kemampuanmenjaga alur berfikir.Pantun melahirkan nasihat ,suruhan dan tegahan, Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum diungkapkan. Pantun juga melatih seseorang berfikir asosiatif, bahawa suatu perkataan mampu memiliki kaitan dengan kata yang lain.Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat. Zaman sekarang, kemampuan berpantun amat dihargai.Pantun menunjukkan kecepatanseseorang dalam berfikir dan bermain-main dengan kata.Berbalas pantun merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu, dimana dua pihak atau lebihsaling melemparkan pantun (jual - beli) yang mengandung isi atau maksud tujuan tertentu Contohnya dalam pertandingan berbalas pantun, seorang pemantun perlu cekap untuk menjual dan membeli pantun. Dalam masa yang sama menguji kecekapan seseorang tentang kemampuan berbahasa dan kecekapan mengaitkan pembayang dengan maksud. Namun demikian, secara umum peranan sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaianpesan.Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampingan terutama menyiapkan rima dan irama untukmempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat difahami kerana pantun merupakan sastera lisan.. Sebagai contoh dalam pantun ini: Air dalam/ bertambah dalam Hujan di hulu/ belum lagi teduh Hati dendam/ bertambah dendam Dendam dahulu/ belum lagi sembuh 2.4.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih Masyarakat Melayu lama sangat menghargai orang yang berbudi dan orang yang menghargai budi orang lain.Budi yang dihulurkan sangat berharga dianggap seperti emas , tidak ternilaikan dan akan dikenang sehingga mati.Oleh sebab itu , masyarakat Melayu lama memberi nasihat supaya tidak terlalu bergantung kepada budi orang kerana dibimbangi terikat kepada orang yang menabur budi.Berikut merupakan contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan terima kasih:
  • 11. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 11 Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pantun budi telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun , masyarakat Melayu silam memandang tinggi orang yang berbudi lebih dari segalanya. Pantun dicipta untuk menzahirkan ungkapan terima kasih dan penghargaan serta nasihat cara lembut tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Pantun adalah wadah untuk menyampaikan pesanan penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional. 2.4.2 Tujuan adat istiadat Pantun sering kali digunakan dalam adat perkahwinan, adat pusaka atau memulakan sesuatu majlis. Pantun dicipta juga untuk memberi nasihat , mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan berumahtangga.Pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi dan nasihat.Pantun menunjukkan adat peminangan perlu dilakukan jika seseorang lelaki menyukai seorang gadis. Contohnya: Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda, Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Pantun adat bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamnya masyarakat Melayu . Ini kerana masyarakat Melayu sangat teguh dengan adat sehingga lahir ungkapan biar mati anak , jangan mati adat.
  • 12. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 12 2.4.3 Meluahkan rasa kasih sayang Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kesantunan berbahasa , untuk meluahkan persaan saying , rindu dendam , cinta dan kasih saying mereka menciptakan pantun.Pantun ini diselitkan kata-kata indah serta puji-pujian.Ini menunjukkan masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutama dalam berkasih saying Berikut merupakan contoh pantun berkasih sayang: Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung, Selama tuan tidak kupandang, Putus sudah pengarang jantung. Pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat . Pantun mempengaruhi masyarakat Melayu lama dari segi pemikiran , tingkahlaku, adat dan budaya mereka dalam kehidupan seharian. Kerana itu masyarakat silam hidup penuh dengan keharmonian dan kasih sayang sesama sendiri.Masyarakat dahulu mengawal perlakuan tidak baik remajanya dengan teguran berkias. 2.4.4 Untuk sindiran dan tempelak Masyarakat Melayu tidak suka berterus terang , kesopanan mereka lahir dari sikap malu dan segan yang menebal dalam diri masing-masing. Dalam membuat teguran, lahirlah pelbagai bentuk kiasan yang menggambarkan sikap rendah diri yang penuh kesopanan. Sindiran berfungsi sebagai senjata untuk mengubah perlakuan negatif anggota masyarakat atau memberi pesanan supaya perkara tidak baik dielakkan.Contoh pantunnya: Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri, Usah ditepuk air di dulang, Kelak terpercik muka sendiri.
  • 13. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 13 Pantun memberi nasihat supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang rapat dengan kita . Penggunaan kias dan ibarat menjadi pelindung sesuatu perkara yang yang ingin dinyatakan tidak secara nyata tetapi menyindir seseorang. Oleh itu , masyarakat tidak akan mennceritakan tentang keburukan orang atau ahli keluarga perkara yang memalukan atau tidak manis didengar orang dapat disembunyikan. 2.4.5 Menyampaikan masej berbentuk keagamaan Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah,hokum dan keimanan kepada Allah.Pantun ini menerangkan tentang dosa, pahala, tanggungjawab , kehidupan,kematian dan alam barzah.Pantun ini memberitahu setiap kebaikkan balasannya syurga dan kejahatan pula dibalas neraka. Berikut ilah contohnya: Redup bulan Nampak nak hujan, Pasang pelita sampai berjelaga, Hidup mati di tangan tuhan, Tiada siapa dapat menduga. Pantun agama adalah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan , diselitkan unsur- unsur nasihat serta pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup.Pantun agama dapat membina jati diri dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Di dalam pantun agama diselitkan pengajaran serta mendidik dan mengajar seseorang berkaitan ilmu agama yang perlu diamalkan di dunia sehingga ke akhirat.
  • 14. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 14 3.0 RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 6 Amanah Bilangan Murid : 35 orang Hari : Khamis Tarikh : 10 Oktober 2013 Masa : 7.50 – 8.50 pagi Tajuk : Puisi –Pantun (tema bebas) Fokus Utama: 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Aras 3 i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Fokus Sampingan: 6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan. Aras 2 i. Menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre. Aras 3 ii. Memberikan pandangan tentang ciri-ciri penulisan genre. Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menerangkan bentuk pantun empat kerat. 2. Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  • 15. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 15 3. Menulis padanan pembayang dan maksud pantun yang tepat berdasarkan pantun yang diberi. Pengetahuan sedia ada: i. Murid pernah sudah mengetahui ciri-ciri pantun empat kerat. ii. Murid telah mengetahui cara melapazkan pantun. Sistem bahasa : i. Tatabahasa – Sebutan dan intonasi ii. Morforlogi – Kata Sendi Nama Pengisian Kurikulum: Ilmu: kajian tempatan , moral dan kasih sayang Nilai:Cintai Alam sekitar,bertatasusila,bersyukur dan bertanggungjawab. Kemahiran Nilai Tambah: a. Kemahiran Berfikir : Menjana idea b. Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan Emosi c. Strategi : Konstuktivisme dan kontekstual Bahan Bantu Pengajaran: a. Klip Video(Pertandingan Pantun) b. Persembahan PPT(Pengenalan Pantun) c. Lembaran kerja 1( padanan 1) (35 helai) d. Lembaran kerja2( isi tempat kosong) (35 helai)
  • 16. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 16 Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan Induksi Set 7.50-7.55 (5 minit) 1. Video Pertandingan pantun. Pantun berbentuk empat kerat. 1. Guru memulakan P&P denganmenayangkan video. 2.Murid menonton Video Klip:Pertandingan pantun Nilai: 1.Semangat kerjasama BBM: Video Klip Langkah 1 7.55-8.00 (5 minit) Jenis pantun empat kerat: Pembayang Maksud pantun Jeda Rima akhir abab 1. Guru memilih murid secara rawak menjelaskan ciri-ciri pantun. 2.Guru meminta wakil pelajar memberikan maksud pantun. 4.Murid lain dipilih melapazkan pantun yang tersebut dengan intonasi yang betul. PPT pantun empat kerat yang dikosongkan bahagian maksudnya. Langkah 2 8.00-8.15 (15 minit) 1. Bentuk Pantun empat kerat 1.Guru memilih murid secara rawak membaca pantun yang diedarkan. 2.Guru membantu murid menyebut dengan intonasi yang betul. 3.Guru menerangkan ciri- ciri pantun.(ulangan sahaja) a. Ada berapa bariskah dalam pantun ini? b. Ada berapa perkataankah dalam tiap-tiap baris? c. Apakah rima akhir Nilai: 1.Bekerjasama 2.Interpersonal 3.Menghargai alam BBM: 1.Lembaran kerja KBT: 1.Mencirikan 2.Membuat pengkelasan 3.Menganalisis 4.Membanding
  • 17. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 17 yang terdapat dalam pantun ini? beza Langkah 3 8.15-8.25 (10 minit) Pantun Empat Kerat memadankan jawapan dengan pembayang dan pembayang dengan isi. 1.Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. 2.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka membincangkan dan melengkapkan rangkap pantun yang diberikan mengikut kumpulan masing –masing. 2. Setiap kumpulan memilih seorang wakil untuk menyertai pertandingan berbalas pantun. Nilai: 1.Berani 2.Yakin diri 3.Bekerjasama 4.Kerajinan BBM: Lembaran kerja 1 (padanan) KBT: 1.Mencirikan 2.Menghubungkan Langkah 4 8.25-8.45 (20 minit) Pertandingan berbalas pantun 1. Enam orang pelajar diminta melakonkan aksi berbalas pantun. 2.Menggunakan lembaran kerja yang telah dibincangkan dalam kumpulan: Pelajar A menjualkan pantun kepada pelajar B . Kemudian pelajar B menjualkan pantun kepada pelajar A. 2.Aktiviti tamat setelah Nilai: 1.Berani 2.Yakin diri 3.Bekerjasama 4.Kerajinan BBM: Lembaran kerja 1 (padanan) KBT: 1.Mencirikan 2.Menghubungkan
  • 18. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 18 keenam-enam pelajar selesai berpantun. 3.Penegasan kepada intonasi dan sebutan. Penutup 8.45-8.50 (5 minit) 1.Membuat rumusan dan penilaian tugasan diberi. Tugasan di rumah : Menyiapkan pembayang dan maksud pantun dilembaran kerja 2. 1.Guru murid secara rawak (tidak menyertai pertandingan pantun) menjawab soalan berkaitan pembelajaran hari ini. a. Pembayang pantun boleh terdiri daripada apa? b. Apakah fungsi pembayang? c. Di bahagian manakah letaknya isi di dalam pantun? d. Nyatakan ciri-ciri pantun yang baik? Nilai: 1.Berani 2.Yakin diri 3.Bekerjasama 4.Kerajinan BBM: Lembaran kerja 2 KBT: 1.Mencirikan 2.Menghubungkan 3. Menganalisis Refleksi: ___/35 orang pelajar menguasai kemahairan diajar. ___/35 memerlukan pemulihan. 4.0 KEKUATAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAH
  • 19. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 19 Aktiviti berpantun di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai kebaikkan antaranya dapat melatih murid sentiasa bersedia. Berfikir lebih cekap dan kreatif untuk mencipta pantun dan membalas pantun secara cekap dan tepat.Untuk mendapat kecekapan berpantun dengan sendirinya murid juga akan menjadi lebih rajin membaca dan mencari maklumat serta menambah perbendaharan kata. Mereka mempunyai daya saing yang sihat sesama sendiri , kerana masing-masing ingin membuktikan keupayaan diri sendiri. Apabila berpantun di dalam kelas , di hadapan rakan dan guru akan lahirlah sikap yakin diri , berani seterusnya aktiviti ini mampu membentuk ketrampilan murid di dalam kelas. Berpantun memerlukan semangan berpasukan yang tinggi , aktiviti ini melatih murid berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan. Kebiasaan bekerjasama akan membantu murid mengatasi masalah malu dan tidak pandai bergaul semasa diberi tugasan kumpulan. Murid akan belajar memberikan pendapat dan menerima pandangan rakan sebaya. Murid yang kurang bersedia akan mempelajari cara menerima kegagalan. Penerapan teknik didik hibur di dalam kelas, murid menghayati pembelajaran pantun dalam keadaan yang menyeronokkan kerana melihat rakan berpantun atau mengalami sendiri situasi sebagai pemantun. Pengalaman ini akan membantu murid mengingati apa yang mereka pelajari. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang selama ini dianggap membosankan oleh sesetengah pelajar. Berpantun di dalam bilik darjah akan menjadikan murid yang tidak pernah melihat pertandingan berbalas pantun memahami bagaimana pertandingan iti dijalankan. Seterusnya aktiviti akan membentuk sikap menghargai puisi warisan silam itu. Berpantun juga dapat melahirkan perasaan sayang terhadap puisi lama yang semakin hilang fungsinya kini.Anak- anak di zaman moden perlu diberi pendedahan supaya mereka tidak melupai pusaka warisan bangsa. Sehubungan dangan itu , aktiviti berpantun dapat menarik minat pelajar pelbagai kecerdasan yang berada di dalam kelas. Pelajar visual dan kinestetik menyukai aktiviti ini kerana mereka dapat bergerak dari tempat duduk masing-masing. Pelajar bahasa juga dapat meningkatkan kemahiran verbal mereka , kehendak pembelajaran murid dapat dipenuhi dengan adanya aktiviti di dalam bilik darjah seperti ini,murid tidak mudah merasa bosan dengan pengajaran guru yang dipelbagaikan. 5.0 KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAH
  • 20. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 20 Setiap aktiviti yang dijalankan pasti mempunyai kelemahannya, begitu juga dengan berbalas pantun di dalam kelas.Jika ingin menjalankan aktiviti ini guru perlu mengambil banyak masa untuk membuat persediaan dengan memberi pendedahan awal, melatih pelajar dan memyediakan bahan-bahan sampingan kepada pelajar yang tidak terlibat. Jika pelajar yang tidak terlibat hanya menjadi penonton, guru akan menghadapi masalah kawalan kelas terutamanya pelajar kelas terakhir. Mereka akan menjadi kurang tumpuan dan membuat bising serta menganggu kelas. Memandangkan hanya sebilangan kecil pelajar yangterlibat , guru perlu menyediakan tugasan untuk mereka berkaitan aktiviti dalam pertandingan pantun. Guru perlu meminta pelajar yang dipilih untuk berpantun telah membuat persediaan mencipta soalan dan jawapan untuk berpantun. Murid tersebut perlu dilatih menyediakan banyak pembayang yang mudah dipadankan dengan apa sahaja maksud. Guru perlu melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti supaya mereka tidak bosan dan membuat gangguan kelas. Aktiviti berbalas pantun mengambil banyak masa pengajaran , jika tidak dirancang dengan betul akan membuang masa . Kerana objektif pembelajaran tidak tercapai , justeru guru perlu membuat persediaan awal yang mungkin mengambil banyak masa sehingga mengganggu tugasan yang lain.Pelajar yang tidak terlibat , tidak menghayati pantun mereka hanya berseronok dan membuang masa sahaja, Aktiviti ini , menyebabkan pelajar yang terlibat dengan pertandingan mencipta pantun dengan melanggar ciri-ciriyang sepatutnya ada dalam sesebuah pantun kerana mereka terikat dengan waktu. Hanya memikirkan untuk memberi jawapan tanpa menilai rima pantun ,suku kata , baris dan jedanya . Maka jadilah pantun itu pantun caca merba yang mengabungkan pelbagai jenis puisi. Oleh itu , objektif sebenar pengajaran tidak tercapai seperti dirancang. 6.0 RUMUSAN
  • 21. ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 21 Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam. Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini. Menjadi tanggungjawab generasi muda hari inimemupuk kembali rasa cinta terhadap puisi pusaka bangsa itu supaya ia tidak pupus ditelan zaman. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Guru berperanan membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.