Langkah 8
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Langkah 8

on

  • 3,600 views

teknik gelungan

teknik gelungan

Statistics

Views

Total Views
3,600
Views on SlideShare
3,599
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
63
Comments
0

1 Embed 1

http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Langkah 8 Langkah 8 Presentation Transcript

  • TAJUK : GERKO PERMAINAN (PING PONG) NAMA PELAJAR : MUHAMMAD BIN OTHMAN (800327-03-5017) MOHD FAIZAL BIN ABDUL RAHMAN (781027-11-5321) (PRA SEKOLAH KPLI AMBILAN JANUARI 2008)
    • Pengenalan
    • Gelungan adalah satu dari kaedah dalam permainan ping pong. Ia adalah pukulan keras putaran atas yang dilakukan dengan meragut bola keatas dan ke depan. Dengan serangan putaran ini dan menggelung ia akan membantu pemain mematikan servis servis dan seterusnya mendapat mata. Sebagai seorang pemain ia harus tahu mengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan.
    • Langkah 8
    • Pengenalan
    • Gelungan adalah satu dari kaedah dalam permainan ping pong. Ia adalah pukulan keras putaran atas yang dilakukan dengan meragut bola keatas dan ke depan. Dengan serangan putaran ini dan menggelung ia akan membantu pemain mematikan servis servis dan seterusnya mendapat mata. Sebagai seorang pemain ia harus tahu mengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan.
    • Putaran atas suatu gelungan meliputi tiga perkara :
    • Pertama : Membuat bola melompat sebaik ia mencecah meja
    • Kedua : Membuat lawan (yang tidak tahu melakukan penyesuaian ke atas putaran atas) mengembalikan bola tinggi atau jauh melepasi hujung meja.
    • Ketiga : Menarik bola ke bawah semasa ia bergerak bagi membolehkan anda memukul bola lebih pantas tetapi masih boleh jatuh ke meja sebelah lawan.
    • Menggelung ini ada tiga jenis tahap kelajuan:
    • Pertama : Perlahan
    • Kedua : Sederhana
    • Tiga : Laju
    • Kepentingan Gelungan :
    • Dengan menggunakan kaedah gelungan, putaran yang dihasilkan amat laju dan boleh menghasilkan kesan yang maksimum.
    • Dengan sedikit putaran atas, apa jua bola boleh dipukul dengan keras. Bagaimanapun ketepatan diperlukan ke atas pukulan kencang dan pemain mudah melakukan kesilapan.
    • Walaupun pukulan itu menjadi, lawan yang bertindak balas dengan cukup pantas berkemungkinan dapat mengembalikan bola.
    • Gelungan memberikan lebih banyak ruang untuk melakukan kesilapan. Putaran atas yang ekstrem akan menarik bola ke bawah. Jadi walaupun pukulan anda tersasar, bola masih boleh jatuh ke bawah meja.
    • Lawan anda terpaksa menangani bukan sahaja kelajuan bola tetapi putaran bola tersebut.
    • Melakukan Gelungan Pukulan Depan
    • Bagi melakukan gelungan pukulan depan adalah seperti berikut :
    • 1- Berdiri manghadap meja, kaki kanan sedikit ke belakang. Pusing pinggang , pinggul dan bahu ke belakang sambil mambawa raket dan lengan ke belakang.
    • 2- Lurus lengan sehingga sehingga ia menunjuk ke belakang dan ke bawah ambil membengkokan pergelangan tangan.
    • 3- Bagi melawan putaran belakang, lengan perlu perlu menunjuk lebih ke bawah dan lutu perlu lebih dibengkokan.
    • 4- Jatuhkan bahu untuk menghadapi putaran atas
    • 5- Arahkan lengan lebih ke belakang dan sedikit ke bawah.
    • 6- Anjak berat badan anda ke kaki kanan.
    • 7- Mulakan pukulan depan dengan memusingkan pinggul dan pinggang ke depan.
    • 8- Pusingkan bahu dengan menaraknya dengan bahu kiri.
    • 9- Sentap lengan atas ke dalam bola dengan lembut tetapi bertenaga.
    • 10- Sentuh bola semasa ia jatuh untuk mendapat putaran dan kawalan maksimun, sebaik-baiknya pada lantunan tertnggi untuk melakukan gelungan yang lebih laju dan agresif.
    • 11- Sentuhan dilakukan di depan dan ke kanan badan.
    • 12- Libas raket di sekeliling luar bola dan menutupnya untuk menghasilkan putaran.
    • 13- Lengan harus di hayun terus ke atas dan ke depan dan berakhir raket diparas dahi atau lebih tinggi untuk menghasilkan pukulan yang baik.
    • Melakukan Gelungan Pukulan Kilas
    • Cara melakukan gelungan pukulan kilas :
    • 1- Menghadap meja dngan kedua-dua kaki dijarakan lebih jauh dari meja dari biasa.
    • 2- Hayun ke belakang hampir lurus ke bawah diuantara kedua-dua kaki. Dengan hujung atas raket ke bawah.
    • 3- Kedua-dua lutut dibengkokan hayun ke belakang ke pinggul kiri.
    • 4- Jatuh sedikit bahu kanan. Pusingkan pinggul ke kiri untuk mengalihkan sebahagian berat badan ke kaki kiri. Condongkan bahagian atas badan sedikit ke depan. Bengkokkan pergelangan tangan ke belakang.
    • 6- Tarik raket ke depan, mula-mula dengan menggunakan bahu dan kemudian siku.
    • 7- Sentap pergelangan tangan ke dalam bila semasa sentuhan.Pusingkan raket sekta bola, dan ketika melakukan tutup raket untuk menghasilkan putaran.
    • 8- Lakukan sentuhan di bahagian separuh atas raket.
    • 9- Anjakkan berat badan ke kaki kanan.
    • 10- Bagi melawam purtaran belakang, sentuh belakang bola.
    • 11- Bagi melawan putaran atas, sentuh belakang atas bola.
    • Melakukan Gelungan Pukulan Balas
    • Gelungan pukulan balas adalah pukulan gelung melawan pukulan gelung. Ia amt sukar dipeljari dan banyak digunakan diperingat tertinggi permainan. Di lakukan dengan pukulan depan atau kilas tetapi pukula kilas adalah lebih sukar. Jika anda menyentuh bola lebih jauh dari meja daripada kebiasaan, putaran atas dan tarikan graviti mempunyai lebih masa untuk menarik bola ke bawah. Ini meningkatakan ketekalan anda tetapi memberikan laan lebih banyak masa untuk bertindak balas.
    • Untuk permulaan, pukul bola semasa ia sedang jatuh. Hasil putaran selaju yang bolah. Apabila permainan anda semakin meningkat, cuba sentuh bla lebih dekat dengan meja kerana lebih sukarlah lawan untuk mengembalikanya. Sesetengah pemain malahan telah menguasai sepenunya cara melakukan gelungan sejurus selepas lantunan.
    • Mengesan Kesilapan Gelungan
    • Gelungan adalah antara pukulan yang paling kompleks dalam permainan ping pong. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pemain dan perlu perbetulkan sebagaimana jadual dibawah :
    Bengkokkan kedua-dua lutut, rendahkan badan dan tujukan kuasa keatas dengan raket yang lebih terbuka. Rilekskan otot –otot. Anda menghadapi masalah mengembalikan pukulan putaran belakang dg melakukanan mengangkat bola melepasi jaring. Datangi bola dengan raket yang agak terbuka, tutup raket semasa sentuhan atau memukul bola Anda memukul bola dengan tepi raket Disebabkan gerakanragutan bola, ini kadangkala berlaku. Pastikan gerakkan ragutan itu tidak tepat. Sentiasa perhatikan bola Anda terlepas sama sekali ketika hendak memukul bola. Pastikan anda meragut bola. Tambah kelajuan ke dalam bola dengan menggunakan kesenua bahagian pukulan. Rilekskan lengan untuk lebih menambah kelajuan. Kurang putaran pada bola Bergerak kearah bola, bukan cuba menjangkau Anda hilang imbangan Membaca putaran bola dan sesuaikan dan sesuaikan sudut raket. Pukul lebih keatas untuk melawan putaran asas Bola menuju ke jarring atau melepasi hujung meja. PEMBETULAN KESILAPAN
    • Gerakkan Silang
    • Penggelung biasanya berada beberapa langkah jauhnya dari meja dan biasanya terpaksa meliputi kawasan yang lebih luas. Biasanya penggelung melakukan gelungan pukulan depan dan penjuru sangga belakang dan pukulan mengadangnya dan mengembalikan bola ke sisi jauh sangga depan pinggang.
    • Mengadang Pukulan Gelung
    • Jenis-jenis pukulan gelungan pula terbahagi kepada tiga jenis:
    • Menggelung : Serangan Putaran Atas
    • Gelungan menentang putaran atas dan belakang
    • Gelungan balas (gelungan menetang gelungan)
    • Ada tiga jenis kelajuan menggelung :
    • 1-Menggelung Perlahan
    • 2-Gelungan Paling Perlahan Dan Paling Banyak Berputar.
    • 3-Menggelung Sederhana
    • 4- Menggelung Laju.
    • Secara kesimpulanya gelungan adalah satu dari kaedah dalam permainan ping pong dan amat penting bagi seorang pemain mengetahui teknik ini. Sebagai seorang pemain ia harus tahu mengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan bagi mendapatkan mata seterusnya memenangi perlawanan.