Laporan Akhir
Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014
MOHD IKMAL BIN ASMUNI
A145513
HHHC9801 – KEMAHIRAN K...
Rofazlin Bin Jusoh selaku Pegawai Operasi Aqsa Syarif Negeri Johor. Pameran berkaitan Palestin juga
telah diadakan di peka...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Laporan akhir (autosaved)

170

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
170
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
1
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan akhir (autosaved)

  1. 1. Laporan Akhir Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014 MOHD IKMAL BIN ASMUNI A145513 HHHC9801 – KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF Program Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014 telah diadakan pada 17 Januari 2014 hingga 22 Januari 2014. Program ini dijalankan secara serentak di 8 buah kawasan di negeri Johor. Kampung Gersik merupakan salah sebuah kawasan yang terpilih untuk dijalankan program ini. Kampung Gersik turut bekerjasama dengan dua buah kampong lagi iaitu Kampung Hujung Tambak dan Kampung Semandar. Program OPKIM 10 Penjuru Darul Ta’zim ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ). Program ini bertemakan “Cemerlang Bersama Johor”. Program ini bermatlamat untuk Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jati diri mahasiswa yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat. Manakala objektifnya pula adalah untuk Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Memberi peluang kepada mahasiswa khususnya anak Johor untuk melibatkan diri dalam program berbentuk khidmat kemasyarakatan. Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam berorganisasi dan juga berinteraksi dengan masyarakat. Pada 17 Januari 2014, majlis perasmian telah diadakan di Pusanika. Dirasmikan oleh YB Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, merangkap Ahli Parlimen Sri Gading. Selepas selesai majlis perasmian, semua ahli jawatankuasa bertolak ke Pagoh, Johor dengan menaiki bas yang disewa khas pada pukul 11.50 malam. Pada keesokan harinya, 18 Januari 2014 kami semua tiba di Pagoh dan bersiap sedia untuk majlis pembukaan Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim(Pagoh) 2014. - (Elemen kreatif dan inovatif – membuat ikatan reben sebagai simbolik perasmian memandangkan tiada reben bersaiz besar yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu, AJK bertindak menghasilkan sendiri reben tersebut mengikut kreativiti sendiri. ) - (Gimik perasmian dengan membuat lakonan pendek sebagai simbolik penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat) Majlis perasmian diikuti dengan sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Pada 19 Januari 2014 diadakan slot bersama wanita dengan kerjasama KEMAS. Slot ini diikuti oleh semua AJK siswi. Mereka diajar cara-cara pembuatan roti jala dan memasak jemput-jemput. AJK siswa pula menganjurkan pertandingan futsal wanita, ping pong dan karom. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Belia Daerah Ledang. Pada waktu petang, kami telah beramai-ramai bekerjasama menyiapkan masakan untuk jamuan pada malam tersebut. Pada waktu malam selepas solat maghrib telah diadakan ceramah berkaitan Palestin yang disampaikan oleh Ustaz
  2. 2. Rofazlin Bin Jusoh selaku Pegawai Operasi Aqsa Syarif Negeri Johor. Pameran berkaitan Palestin juga telah diadakan di pekarangan masjid. Pada 20 Januari 2014, telah diadakan sesi gotong royong di Kampung Hujung Tambak dan juga Kampung Gersik. Saya telah ditugaskan untuk mengecat pintu pagar masjid lama supaya kembali cantik. Dengan daya kreativiti yang ada, pintu pagar tersebut dapat dicat dengan cantik dan sempurna dan kelihatan seolah-olah baharu. Pada waktu petang, kami semua telah dibawa untuk melawat kawasan sekitar kampung dan melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung. Pada 21 Januari 2014 telah diadakan program motivasi dan pameran robotik yang didatangkan khas dari FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program motivasi ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Gersik, Pagoh. Dalam bengkel motivasi ini kami telah menerapkan elemen-elemen yakin diri, berani dan membantu pelajar-pelajar membina wawasan dan menetapkan cita-cita mereka. Ketika program motivasi ini dijalankan, saya telah ditugaskan sebagai salah seorang fasilitator. Dalam LDK yang pertama, saya dikehendaki membimbing pelaja-pelajar untuk menghasilkan satu sorak kumpulan dengan kreatif dan inovatif. Hasilnya, kebanyakan kumpulan dapat menghasilkan sorakan kumpulan yang menarik. Pada waktu petang pula, kami semua telah bergabung tenaga membantu dalam persiapan sempena majlis Maulidurrasul yang akan diadakan di Masjid Jamek Pekan Gersik, Pagoh. Pada 22 Januari 2014, merupakan hari terakhir kami semua berkampung di Gersik, Pagoh. Majlis perasmian penutupan dan penyerahan semula anak angkat telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Senator Dato’ Hajah Noriah binti Mahat, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Pagoh. Dalam majlis ini, saya ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknikal membantu tugas ketua pengarah bahagian teknikal. Saya juga diarahkan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan slaid MS Powerpoint untuk menggantikan backdrop program yang sudah tidak boleh digunakan memandangkan perasmi penutupan telah bertukar. Selepas majlis selesai, kami semua telah berangkat pulang ke kawasan tempat tinggal masing-masing dan juga ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan daya kreatif dan inovatif, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga sangat memuaskan. Melalui pelaksanaan projek ini juga, kemahiran kreatif dan inovatif dapat dipertingkatkan. Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan cara hidup masyarakat di kampung dan aktiviti yang mereka lakukan. Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan permasalahan yang timbul. Sebagai contohnya pada majlis perasmian, tetamu jemputan tidak dapat hadir disebabkan masalah komunikasi antara pegawai yang dijemput dengan keraninya dan juga masalah berkaitan bajet dan peruntukan untuk program. Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan dan saranan saya agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan saya juga menyarankan supaya program seperti ini dapat diberikan dana dan tajaan yang lebih banyak memandangkan program ini sangat berguna kepada mahasiswa dan masyarakat.

×