• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Online Anda oleh Neal Izham
 

Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Online Anda oleh Neal Izham

on

  • 762 views

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Statistics

Views

Total Views
762
Views on SlideShare
762
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
91
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Online Anda oleh Neal Izham Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Online Anda oleh Neal Izham Document Transcript

    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Panduan Cepat Dan Senang Untuk Menambah Pendapatan Perniagaan Internet Anda “Pelajari Teknik Mudah Dan Berkesan Untuk Anda – AtauSesiapa Sahaja – Dalam Menjana Keuntungan Tinggi Secara Drastik!!” 1
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan NOTISPenulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkane-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiapfakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlakudi dunia internet kini.Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendirioleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasiyang diberi. Juga, jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yangterasa dihina dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan diambilperhatian.Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama sepertipenulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehaninformasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untukmenjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.Para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang professional,cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal kewangan.Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalammembuat bacaan 2
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyaiminat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolahlagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaanmilik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakanparadigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban duniaICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliaubertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik. 3
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan ISI KANDUNGANBAB TAJUK/SUBTAJUK MUKA SURAT 1 Pengenalan 4 Perubahan Kecil Mampu Memberi IMPAK yang 4 Besar! 2 Penjenamaan 7 Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan Anda 7 yang Tersendiri! Sasarkan Kepada Bidang yang Lebih Fokus 9 Testimoni 11 3 Grafik 12 Mengubah E-Cover 12 Banner Untuk Minisite 13 Gambar Produk 14 4 Surat Jualan 16 Menggunakan Pelbagai Warna Untuk Headline 16 Menggunakan Gambar Untuk Tarik Perhatian 18 5 Video 19 Mengajar Pelanggan Langkah Demi Langkah 19 Minta Pelanggan Segera Bertindak 20 6 Kesimpulan 21 Jangan Berhenti Mencuba! 21 4
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 1: Pengenalan Perubahan Kecil Mampu Memberi IMPAK yang BESAR!Secara kasar, terdapat berjuta produk digital yang dijual atau diberi percuma di duniainternet kini. Bilangan itu juga merujuk kepada jumlah pengguna internet yang semakinmeningkat dari hari ke hari. Apabila semakin banyak produk digital bersepah di alammaya, semakin kuatlah persaingan yang perlu anda hadapi. Malah, semakin ramai yangcelik dalam hal perniagaan internet, semakin kurang jugalah pelanggan anda.Tahukah anda bahawa terdapat banyak perubahan kecil boleh dibuat terhadap lamanweb, blog, surat jualan (minisite) atau produk anda, yang kemudiannya mampumeledakkan kembali akaun bank atau paypal anda?Cuba anda fikirkan perkara ini, bagaimanakah seorang usahawan internet dapatbertahan di arena perniagaan internet walaupun mempunyai satu produk sahaja?Sebabnya mudah, sudah tentu usahawan itu sentiasa membuat perubahan keciltehadap produk ciptaan mereka. Contohnya suadara Jamal dengan e-booknya yangbertajuk „Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ dan saudara Munawar dengan e-book bertajuk „Jana Wang Adesense‟. 5
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanApabila mereka membuat perubahan kecil ini dan mereka stabilkan sumber traffik kelaman jualan produk tersebut, dan apabila mereka mampu mencapai jumlahpengunjung ke laman jualan mereka hingga ratusan dan ribuan dalam sehari. HasilnyaBOOM! Usahawan ini serta merta menjana keuntungan dengan drastik disebabkanperubahan yang telah dibuat.Contoh: Di bawah, saya sekadar menggambarkan kemungkinan yang bakal berlakuapabila anda membuat sedikit perubahan kecil terhadap pemasaran emel.Saya andaikan anda mempunyai jumlah pelanggan melalui emel sebanyak 50,000orang. Apabila anda ingin memasarkan sesuatu produk melalui emel, anda akanmembina satu siri emel pujukan supaya penerima emel membeli produk yangdiniagakan. Pada masa itu, „kadar penerima membuka emel‟ adalah sebanyak 10%sahaja.Tetapi, jika anda mengubah tajuk emel anda menjadi lebih anggun dan bergaya,peratusan itu akan bertambah sebanyak 2%. Kenaikan kadar kepada 2% adalahberbaloi kerana anda hanya mengubah tajuk emel sahaja. 2% di sini bersamaansebanyak 1000 penerima tambahan yang akan membuka emel anda. Secara tidaklangsung, jualan anda juga pasti akan mendapat sambutan yang mendadak.Perkiraan di atas hanya menyentuh aspek pemasaran emel sahaja. Tetapi, apa yangsaya mahu tunjukkan adalah menukar laman jualan anda menjadi lubuk pendapatandengan melakukan perubahan kecil. Bayangkan jika pertambahan 1000 penerima emelseperti di atas berlaku juga terhadap jumlah pengunjung ke laman jualan anda, sayayakin anda pasti dapat menjana keuntungan yang tidak pernah disangka-sangka.Apa yang anda perlu buat? Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kecilterhadap rupa bentuk produk dan laman jualan anda. 6
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanSekali lagi, cuba bayangkan, anda lakukan perubahan kecil ini berulang-ulangkali?PEMBERITAHUAN: E-book ini akan suap anda terus menerus dengan informasi-informasi berkenaan cara cepat dan senang dalam menjana keuntungan denganmembuat perubahan kecil terhadap produk digital anda.Dalam e-book ini, anda akan pelajari:  Bagaimana membuat perubahan kecil yang mantap dengan menjenamakan produk anda? Melalui penjenamaan ini, bakal pelanggan akan mencari anda hingga ke tangga rumah anda.  Dengan membuat sedikit perubahan kecil terhadap grafik, anda dapat menukar suspek atau prospek menjadi pembeli atau pelanggan kepada produk anda.  Bagaimana mengubah sedikit ayat jualan dan memaksimumkan keuntungan anda tanpa membazir dalam mengupah copywriter?  Bagaimana menggunakan pemasaran video dalam meningkatkan keuntungan anda?Ayuh!! Kita mulakan pelajaran kita sekarang! 7
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 2: Penjenamaan 1. Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan Anda yang Tersendiri!Dalam perniagaan internet, anda tidak boleh sama sekali terlalu merendah diriwalaupun anda seorang „newbie‟. Saya mengatakan begitu kerana produk dan lamanjualan anda umpama setitis air yang terkandung dalam sebuah laut.Maksudnya, anda berada bersama-sama dengan usahawan (otai mahupun newbie) laindan terpaksa bersaing dalam melariskan produk yang dijual. Kesannya jika anda terlalumerendah diri; anda bakal dipandang rendah dan produk anda pasti tidak akanmendapat sambutan yang luar biasa.Saya ingin mencipta satu situasi jualan di sini:Seorang usahawan A telah mencipta dan memasarkan sebuah produk hebat dansangat bermutu. Usahawan A juga memberi peluang kepada para usahawan lain untukturut menjual kembali produk tersebut dengan memberi lesen hak jualan semula tanpahad iaitu Private Label Rights (PLR). 8
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanPada masa yang sama, usahawan B (otai) dan usahawan C (newbie) telah membeliproduk itu dan ingin menjual semula. Lalu mereka membina laman jualan danmemulakan promosi. Hal yang berlaku selepas itu, usahawan B telah berjaya menjualsemula produk itu hingga menjadi reseller terbaik bagi produk berkenaan. Manakalausahawan C hanya mendapat pulangan balik modal sahaja.Perkara sebegini berlaku kerana usahawan B telah bergiat lama dalam perniagaaninternet. Usahawan C pula baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Para suspek atauprospek atau pelanggan lama pasti akan dapatkan produk itu daripada usahawan B. Inikerana usahawan B lebih dikenali dan dipercayai melalui produk yang pernah dijualoleh beliau. Betapa ruginya usahawan C kerana terpaksa bersaing dengan usahawan Byang sememangnya mempunyai kredibiliti yang sangat disegani.Padahal, usahawan C boleh mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Caranyabegini: 1. Berikan bonus produk yang lebih gempak dan berbaloi-baloi berbanding menjual produk itu semata-mata. 2. Menggunakan sistem pemasaran yang lebih efisien dan menjamin keuntungan seperti pemasaran emel. 3. Mengubah produk asal supaya menjadi lebih unggul dan diyakini untuk memberi sedikit kelainan daripada yang lain.Bagi perkara ketiga di atas, saya maksudkan anda perlu menjenamakan produkberkenaan menjadi lebih berjenama daripada sebelumnya. Dengan berbuat demikian,hal itu dapat menonjolkan usahawan C dan menjadikan beliau berbeza daripadausahawan B. Mudah bukan?Saya tekankan di sini, perkara terpenting harus dilakukan untuk terus berjayadalam perniagaan internet, anda perlu keluar daripada kelompok usahawan yangsedia ada! 9
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanSeterusnya, jika anda sudah berjaya dalam meraih jualan yang tinggi terhadap sesuatuproduk yang dijual, pastikan anda dedahkan atau tunjukkan „screenshot‟ akaun bankatau paypal kepada bakal pelanggan atau pelanggan anda. Jika anda lakukan perkarasebegini, ia adalah sesuatu yang mengagumkan apabila dilihat dan dibaca oleh oranglain.Hal ini bertujuan untuk buktikan bahawa betapa hebat dan uniknya cara anda berniagadi internet. Hal ini juga bertujuan untuk membezakan antara anda dan usahawan yanglain. Kesannya, diri anda bakal menjadi buah mulut dalam kalangan usahawan internetdan pelayar internet. 2. Sasarkan Kepada Bidang yang Lebih KhususSatu perkara yang perlu diambil perhatian dalam membina jenama adalah; anda perlumewar-warkan kepada orang lain bahawa anda adalah seorang pakar dalam bidangatau niche yang dipromosikan. Untuk menjadi seorang pakar, anda tidak perlu tahukesemua proses yang terlibat dalam bidang pilihan anda. Cukup dengan mempunyaipengetahuan yang tertentu anda sudah dianggap pakar.Contohnya: Blog perniagaan internet. Jika anda membuat carian di enjin carian (e.g.:google) berkenaan blog perniagaan internet, beratus senarai blog yang bertemakandengan nama ini akan disenaraikan. Disebabkan blog-blog ini mempunyai tujuan yangsama, andai anda turut serta dalam membina blog dengan nama yang sama, saya pastiblog anda bakal tenggelam dalam kalangan blog-blog yang telah wujud itu. Oleh itu,saya cadangkan supaya anda bina sebuah blog yang lebih khusus berkenaanperniagaan internet (e.g.: Adsense Blog, Affiliate Blog dan lain-lain). 10
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanKatakan anda berminat dalam bidang pemasaran internet, jangan anda tunggu untukletakkan diri anda sebagai pakar, terus anggap diri anda pakar bagi pandangan oranglain. Caranya begini:Pada suatu hari, anda telah berjaya menyiapkan sebuah produk berkaitan teknikpemasaran internet yang berkesan. Anda sedar bahawa situasi perniagaan internetsekarang adalah begitu kompetitif dan sangat berdaya saing.Oleh itu, anda buatlah pengumuman (di blog, di forum atau di mana sahaja yangdifikirkan sesuai) terlebih dahulu berkenaan produk ciptaan anda itu. Anda cuma perlukatakan bahawa teknik yang ingin anda persembahkan itu sudah berjaya anda gunakanuntuk menarik ramai pelanggan. Tunjukkan anda sememangnya pakar semasamembuat pengumuman itu.Perhatikan!! Hanya dengan menonjolkan diri anda adalah pakar, anda bakal berjayauntuk menarik perhatian orang lain (inilah perubahan kecil itu). Apa yang penting, andaperlu kecilkan lagi skop bidang yang diceburi. Anda juga perlu mencipta satu gayapemasaran yang belum pernah dibuat oleh usahawan lain. Untuk tingkatkan lagi carapemasaran yang berkesan dan lain dari yang lain, berikan gelaran kepada diri andasendiri untuk merujuk terhadap bidang anda.Contohnya: Raja Tembus Pasaran atau Tukang Pasar Produk. Walaupun sedikit pelikbunyinya, tetapi anda bakal menjadi tumpuan dengan menggunakan kaedah ini.Oleh itu, untuk menjadi lebih unik dan mendapat tumpuan, anda perlu kuat berimaginasidan kreatif dalam membina jenama. 11
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan 3. TestimoniSaya percaya, di luar sana, kesemua laman jualan produk digital mempunyai testimonidaripada para pelanggan ataupun testimoni daripada pengreview produk anda.Mengapa testimoni di laman jualan adalah penting? Jawapannya, testimoni dapatmenguatkan ayat jualan anda. Testimoni juga sedikit sebanyak dapat memberi sedikitkuasa psiko kepada para pelanggan untuk menyuruh mereka bertindak membuat belianketika singgah di laman jualan anda.Untuk hal testimoni ini, saya ingin anda meletakkan testimoni dari pakar dalam bidangyang anda ceburi sahaja. Jangan diminta testimoni daripada pakar dalam bidang lain.Hal ini dapat menjejaskan hasil jualan anda. Ini kerana, para pelanggan produk digitalpada masa kini sudah semakin bijak dalam membuat pilihan. Oleh itu, buat sedikitperubahan terhadap ruangan testimoni dalam laman jualan anda.Kotak-kotak untuk ruangan testimoni juga anda patut ubahkan. Binalah frame yangcantik atau bungakan sahaja kotak-kotak testimoni anda. Mungkin anda boleh mintapemberi testimoni supaya memberi gambar dengan memegang duit yang banyak ditangan mereka. Dan pelbagai aspek lagi yang boleh anda fikirkan untuk diubah bagiruangan testimoni ini. 12
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 3: Grafik 1. Mengubah E-CoverCuba anda perhatikan e-cover di atas, diantara e-cover itu, e-cover manakah lebihmembantu dalam mendapatkan jualan yang tinggi? Saya pasti anda tahu jawapannya.Kebanyakkan usahawan internet kini tidak begitu mempedulikan rupa paras produkmereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dan duit kepada freelancer, rupalaman jualan, autoresponder dan lain-lain. Tetapi, e-cover produk mereka pula akandibuat sambil lewa sahaja. Usahawan seperti ini menganggap e-cover tidak memberiimpak yang besar terhadap jualan mereka. Apa yang penting adalah isi kandunganproduk mereka.Padahal, mereka tidak sedar bahawa e-cover yang dibuat sambil lewa itu telahmenyebabkan mereka kehilangan banyak pendapatan. Ini kerana, e-cover itu langsungtidak mencetuskan perasaan untuk membeli kepada bakal pelanggan terhadap produkberupa seperti itu. 13
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanHal ini mungkin mengejutkan anda – ramai pembeli pada zaman sekarang suka menilaisesuatu produk itu dengan menilik cover terlebih dahulu. Tiada lagi istilah „Don‟t judgethe book by its cover‟. TIADA LAGI!!Oleh itu, laburlah sedikit dalam membuat e-cover untuk produk anda. Jika anda sudahmula membuat jualan tetapi jualan sekarang tidak begitu memberansangkan, mungkinanda perlu mengubah e-cover produk anda sekarang supaya mendapat lebih ramaipelanggan. 2. Banner Untuk MinisiteBanner bagi sesebuah minisite (laman jualan), juga sama penting seperti e-cover. Cubaanda pergi ke mana-mana minisite, pada bahagian atas sekali adalah banner dankemudian barulah „headline‟ minisite tersebut. Selain pengunjung minisite anda inginmembaca „headline‟ yang ditulis, mata mereka pasti terfokus juga kepada bannerminisite anda.Jika banner anda kelihatan muram dan tidak menarik, pengunjung itu tadi mungkin tidakberada lama di minisite anda. Seterusnya, mereka langsung tidak tertarik untukmembuat belian. Akhirnya, mereka tidak lagi berminat untuk mencari anda dalammendapatkan produk yang dijual.Tetapi, jangan pula anda gunakan banner yang tiada kaitan dengan produk anda! 14
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanOleh itu, dapatkan produk-produk PLR yang berlambak di luar sana. Produk PLRbiasanya didatangkan dengan surat jualan beserta banner. Gunakan sahaja banneryang telah tersedia. Anda mungkin perlu mengubah sedikit banner tersebut mengikutkesesuaian promosi anda. 3. Gambar ProdukAnda juga boleh menggabungkan beberapa gambar produk anda untukmenggambarkan ia akan diberi dalam bentuk pakej. Hal ini juga mampu menarik bakalpelanggan untuk membeli selepas mendapati terdapat banyak produk yang merekabakal dapat dalam satu harga: 15
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanProduk yang boleh dimuatkan dalam pakej penuh produk anda termasuklah: 1. Sebuah e-book utama 2. Modul-modul e-book 3. Produk dalam bentuk CD atau DVD 4. Produk dalam bentuk video 5. Produk dalam bentuk audio 6. Kad keahlian seumur hidup 7. Dan lain-lain yang difikirkan sesuaiIngin saya nyatakan di sini, anda tidak perlu sediakan kesemua produk seperti di atas.Cukuplah dua atau tiga sahaja sudah memadai. 16
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 4: Surat Jualan 1. Menggunakan Pelbagai Warna Untuk HeadlineDalam sesebuah surat jualan, aspek paling utama dalam proses mendapatkan jualanadalah untuk mencuri perhatian bakal pelanggan anda. Maka, „headline‟ adalah perkarayang paling kritikal daripada keseluruhan surat jualan.Oleh itu, jika „headline‟ yang digunakan tidak menarik pembaca untuk membacakesemua ayat jualan anda, pekerjaan anda dalam membina laman jualan akan menjadisatu usaha yang sia-sia.Sila perhatikan „headline‟ di bawah. Pada pandangan anda, yang mana satu lebihmembuka mata pengunjung laman jualan bagi sebuah produk PLR? "Secure Your Instant Access To A Mammoth Collection Of Constantly Adding Resell Rights, Private Label Rights, Graphics, And More... And Jumpstart Your Online Marketing Career Starting This Second!" 17
    • Teknik Tambah Pendapatan PerniagaanAtau ini: “Secure Your INSTANT Access To A *MAMMOTH* Collection Of Constantly Adding Resell Rights, Private Label Rights, Graphics, And More... And JUMPSTART Your Online Marketing Career STARTING THIS SECOND!”Nota: Maaf kerana saya menggunakan contoh dalam bahasa Inggeris di atas.Jadi, hanya dengan mengubah beberapa aspek terhadap „headline‟, anda akan berjayabermain dengan pemikiran pengunjung dan psiko pembaca supaya membaca suratjualan anda hingga habis.Aspek yang saya ubahkan terhadap headline di atas adalah: 1. Menukar beberapa perkataan kepada warna merah. 2. Membuat underline atau highlight kepada perkataan yang saya rasakan ianya adalah perkataan killer. 18
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan 2. Menggunakan Grafik Untuk Tarik PerhatianKebiasaannya, pengunjung yang melawat ke laman jualan anda, kebanyakkan daripadamereka tidak akan membaca setiap patah perkataan dan setiap ayat yang andatuliskan.Mereka akan „skim reading‟ atau „skip‟ atau „scan‟ sahaja ayat-ayat jualan anda itu.Mereka akan terus ke bahagian paling bawah untuk melihat harga produk yang andaletakkan. Oleh itu, untuk menarik perhatian pengunjung seperti ini, meletakkan gambaryang menarik di tengah-tengah surat jualan adalah jalan terbaik. Apabila mereka terlihatgambar itu, mereka pasti berhenti daripada „scan‟ dan akan baca setiap perkara yangcuba anda ingin sampaikan.Contoh: Jika anda seorang usahawan yang membuka sebuah laman keahlian denganmenyediakan pelbagai produk terbaik untuk ahli, anda mungkin boleh berbuat seperti dibawah:“Adakah anda sanggup menangkap ikan kecil dengan apa cara sekalipun atauanda sanggup mendaftar menjadi ahli di sini supaya perniagaan anda nanti dapatmembantu anda dalam mendapatkan ikan yang lebih besar?”Pada pendapat saya, dengan selitkan gambar seperti di atas, anda bakal berjayamenukarkan prospek menjadi pelanggan! 19
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 5: Video 1. Mengajar Pelanggan Langkah Demi LangkahAdakah anda tahu bahawa video yang anda rakamkan dan diupload ke YouTubemampu meningkatkan „conversion rate‟ terhadap laman jualan? Bukan itu sahaja, videoitu tadi turut membantu anda dalam mendapatkan keuntungan secara mendadak.Kita ambil contoh terbaik pada masa kini. Anda pasti mengenali saudara Zamri Nanyaniaitu seorang usahawan internet yang fokus terhadap bidang perniagaan MLM internet.Pernahkah anda melawat ke laman jualan beliau berkaitan dengan sistemautoviralnya? Jika anda pernah ke sana, saya pasti anda telah teruja dengan kata-katabeliau melalui video yang ditepekkan di lamannya itu.Pada pendapat saya, untuk permulaan membuat promosi melalui video, anda tidakperlu muncul di skrin video itu. Cukuplah dengan membuat sebuah slide show yangmenarik perhatian pengunjung laman anda. Masa untuk slide show itu juga tidak perlulama, cukuplah dalam jangka masa kurang dari LIMA minit sahaja. Jika perlu,sumbatkan lagu-lagu atau animasi untuk memberi perasaan santai kepada penonton.Seperkara lagi, jika anda ingin meyakinkan pengunjung supaya melabur denganmembeli produk anda, binalah video yang mengajar bukannya video yang memaksapengunjung untuk terus membuat belian. Kenyataannya, membuat video adalahperkara yang lebih mudah dari menulis surat jualan panjang berjela  dan perubahanini membuatkan anda lain dari yang lain. 20
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan 2. Minta Pelanggan Segera BertindakSeorang lagi usahawan internet yang berjaya dalam menggunakan video untukmengumpul senarai pelanggan ialah saudara Ammar Zahar.Dalam videonya di laman jualan ZeroKeHero, saudara Ammar menunjukkan kepadaanda bagaimana beliau menjana pendapatan melalui internet sehingga berjaya sepertisekarang. Melalui video itu jugalah saudara Ammar meminta para pengunjung supayabertindak dengan membuat belian untuk mempelajari rahsia-rahsia beliau.Bagaimana saudara Ammar dapat mengaut pendapatan hanya melalui video itu?Apa yang saudara Ammar buat adalah: 1. Bina video yang menarik dan menyakinkan untuk diletakkan di laman jualan. 2. Kemudian, beliau meminta para pelanggan dan pengunjung untuk menonton video tersebut. 3. Seterusnya, beliau sediakan satu sistem mudah untuk pengunjung dapatkan preview awal produk tersebut. 4. Pengunjung itu tadi telah berminat dengan produk yang dinyatakan. Lalu pengunjung menyuruh rakan-rakannya turut menonton video di laman jualan itu. 5. Akhir sekali, pengunjung dan rakan-rakannya telah dapatkan produk yang dijual di laman jualan itu.Saudara Ammar telah berjaya dalam membuat jualan kerana beliau menyediakansebuah video yang begitu berkuasa dalam menyuruh penonton supaya terus bertindak. 21
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Bab 6: KesimpulanJangan Berhenti Mencuba!Dalam ringkasan ini, saya ingin ingatkan kembali bahawa dalam perniagaan internet,produk digital dan pesaing anda semakin bertambah tetapi pelanggan anda pulamungkin makin berkurang.Jangan anda lupa untuk dapatkan traffik yang tinggi ke laman jualan anda. Tiada gunaanda buat perubahan andai tiada traffik yang baik ke laman anda.Saya tidak akan sentuh hal-hal menjana traffik ke laman jualan. Tetapi, traffik perludiketahui dan dipelajari kerana ianya penting dalam mendapat jualan. Apabila andaberjaya menarik traffik yang tinggi ke laman jualan, kerja-kerja mencuba dan mengubahtidak akan menjadi sia-sia. Malah perkara itu akan membuatkan pendapatan andabertambah secara drastik.Akhir kata saya, teruskan mencuba dalam mengubah seperti yang telah dibincangkandi atas. Kenapa perlu membuat perubahan kecil ini? Ini adalah untuk pastikan andamendapat keuntungan yang maksimum daripada laman jualan anda. Sekian, Untuk Kejayaan Bersama! 22
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya andaseorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihatsecara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskanmembaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.info 23
    • Teknik Tambah Pendapatan Perniagaanhttp://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.com 24