• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham
 

Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

on

  • 2,224 views

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Statistics

Views

Total Views
2,224
Views on SlideShare
2,224
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
254
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham Document Transcript

    • Strategi Pemasaran EfektifHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 1
    • Strategi Pemasaran Efektif NOTIS PENAFIAN :Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumatumum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagaimengandungi nasihat pemasaran atau segala yang berkaitan dengannya.Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dantidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi didalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat.Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidaktepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dankandungan.Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam bukupanduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secarakhususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko sama ada secara peribadi atautidak, yang berlaku akibat penggunaan atau aplikasi kandungan buku panduan ini,secara langsung atau tidak langsung.Anda dirayu supaya merujuk kepada pihak yang bertauliah dan profesional untukmendapatkan nasihat berkaitan strategi pemasaran dan segala yang berkaitan.Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 2
    • Strategi Pemasaran Efektif BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis danmempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga duniaperniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkatsekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaanmelalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakanparadigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaibandunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligusmembuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untukmemberikan yang terbaik.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 3
    • Strategi Pemasaran Efektif KandunganTopik MukasuratBAB 1 Pengenalan 5BAB 2 Mitos Pemasaran Yang Popular 7BAB 3 Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran 15BAB 4 Strategi Efektif Sepanjang Zaman 18Penutup 21Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 4
    • Strategi Pemasaran Efektif Strategi Pemasaran Efektif Bagaimana Untuk Memacu Perniagaan Online dan Offline Sehingga meledakkan JualanHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 5
    • Strategi Pemasaran Efektif Bab 1: PengenalanSelamat datang ke “Strategi Pemasaran Efektif”Didalam ebook ini, anda akan mempelajari keseluruhan idea yang digunakan olehpenjual super untuk berjaya dan bagaimana anda boleh mengikuti jejak langkahmereka.Di dalam abad ke 21 ini, masa sudah banyak berubah dan semestinya bukan mudahuntuk memenuhi kehendak para pelanggan anda.Kami memahaminya kerana kami juga „turun padang‟ dan mengkaji bagaimanasukarnya memenuhi permintaan mereka samada secara online ataupun offline.Kaedah melawat atau bersua muka dengan pelanggan, ataupun menggunakan promosimelalui telefon mungkin sudah tidak begitu relevan lagi.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 6
    • Strategi Pemasaran EfektifJika anda merenung kembali sejarah, banyak negara telah dijajah oleh penjajah asingyang menggunakan senjata canggih seperti senapang dan meriam. Pedang dan perisaitidak akan mampu mengalahkan senjata canggih ini walaupun memiliki semangat yangberkobar – kobar.Begitu jugalah halnya dengan pemasaran. Anda tidak boleh mengaplikasikan teknikpemasaran yang diamalkan pada tahun 70an kepada pelanggan anda sekarang,pelanggan di abad ke 21.Tapi, saya akan buatkan anda lebih memahaminya sebentar lagi.Jadi, teruskan bacaan anda.Semoga teori ini akan membuka minda anda dan membuka jalan juga untuk andaberjaya dalam kempen pemasaran anda.Demi kejayaan anda.Terima kasih.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 7
    • Strategi Pemasaran Efektif Bab 2: Mitos Pemasaran Yang PopularPertama sekali, kita akan menyelesaikan beberapa mitos mengenai pemasaran danbagaimana kita harus mengubah pandangan minda kita dengan membuang idea – ideayang salah dari minda kita.Produk yang baik tidak akan terjual secara automatik!Tidak semestinya anda memiliki produk yang sangat baik, ia akan membuatkan andamenjadi kaya raya.Mungkin anda pernah mendengar perumpamaan ini : Bina produk yang canggih,dan semua orang akan datang kepada andaMungkin perumpamaan tersebut ada kebenarannya, kerana beberapa dekad yang lalutidak banyak produk canggih yang dicipta. Mungkin pada masa tersebut, ada jugaproduk yang dikira canggih namun tidaklah sampai menerima anugerah Nobel. Apayang pasti, ianya tidaklah seperti hari ini dimana teknologi dan innovasi bergerak pantasseiring dengan perkembangan semasa.Dengan pertumbuhan teknologi, istilah produk canggih tidak lagi menjadi banyakkerana ia tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.Pada abad ke 21 ini, setiap hari ada sahaja produk canggih yang diciptakan. Maka,dengan hanya memiliki produk yang baik tidak bermakna ia akan boleh memasarkandirinya sendiri dan membuatkan anda kaya.Pada masa sebelum ini, orang ramai kurang didedahkan dengan iklan – iklan. Apa –apa sahaja yang dianggap baru akan senang diketahui ramai kerana kurangnyapersaingan.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 8
    • Strategi Pemasaran EfektifTapi hari ini, walaupun anda memiliki pembersih vakum yang canggih, pelan insuransataupun kereta yang boleh terbang, anda tetap akan bersusah payah jugamempromosikannya kerana anda akan bertarung dengan lambakan iklan diluar sana.Tambahan pula, anda harus meyakinkan para pelanggan bahawa produk anda bolehmemberikan kepuasan kepada mereka.Anda harus menyampaikannya kepada para pelanggan anda secara langsung. Andatidak boleh duduk sahaja, tetapi secara konsisten memberikan maklumat. Anda harusmenyampaikan faedah – faedah produk anda agar dengan kaedah ini, agar lebih ramaiyang membeli dari anda berbanding ribuan pesaing anda diluar sana.Apa yang penting ialah anda harus berani menonjolkan diri. Tunjukkan kepada merekabahawa anda adalah sangat berbeza, lebih baik dan luarbiasa. Anda perlu memilikikaedah pemasaran yang unik, dan umumkannya kepada semua orang.Lakukan tindakan yang boleh „mengejutkan‟ mereka dan berikan mereka sesuatu yangboleh diingati. Memang banyak kaedah untuk menjana wang pada hari ini, namunhakikatnya kejayaan individu mahupun syarikat telah menarik minat ramai untukbersaing dalam sesebuah pasaran.Sebagai contoh:Jika anda menyertai pemasaran rangkaian (network marketing), ia sebenarnya tidakmembantu sekiranya anda berterusan bercerita tentang kehebatan syarikat pemasaranrangkaian anda. Tidak kisahlah, samada produk mereka canggih atau berapa hebatnyalatar belakang syarikat tersebut.Jika anda menyertai syarikat yang baik, secara umumnya mereka mengetahui akankelebihan syarikat anda. Namun, persoalannya sekarang – jika mereka mahumemulakan bisnes pemasaran rangkaian, kenapa mereka harus menyertai ANDA danbukannya pemimpin yang penuh karisma, yang berdiri di atas pentans dengan ribuanpengikut (downline)? Dengan kata lain, apa yang anda boleh tawarkan menyebabkananda berbeza dari yang lain? (mereka bukan hanya menyertai syarikat, tetapi ANDAjuga).Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 9
    • Strategi Pemasaran EfektifPanggilan Rambang?Pernahkan anda mendengar istilah panggilan rambang? Pernahkah anda tahu,mengapa panggilan rambang ini sering diabaikan? Ini disebabkan anda akan sentiasamenerima reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak yang satu lagi.Biarlah kita bersikap jujur dengan diri sendiri. Anda pasti kurang senang untukmenerima panggilan daripada orang yang anda tidak dikenali (kecualilah anda seorangyang sangat mesra atau ianya panggilan untuk memberitahu anda bahawa andamemenangi loteri). Tiada seorang pun yang suka menerima panggilan dari „orang asing‟– terutamanya orang yang cuba menjual sesuatu kepada anda.Panggilan rambang merupakan salah satu kaedah yang tidak efektif dalammemasarkan sesuatu – dengan membuat panggilan yang mengganggu privasiseseorang. Disamping itu, anda juga perlu „tahan telinga‟ dan bersedia untuk menerimapenolakan terhadap apa yang anda tawarkan. Ianya juga langsung tidak membantuuntuk memberikan didikan kepada pelanggan anda mengenai produk anda. Dengankaedah „paksaan‟, anda tidak akan kemana.Pada masa kini, para penjual tidak lagi bertemu dengan pelanggan sebaliknyapelanggan pula yang mencari penjual. Jika pelanggan tersebut bersikap seperti diktator,beliau akan memandang rendah para penjual dan ini akan menyukarkan usaha penjualuntuk menyampaikan kelebihan produk kerana mereka ini bersikap „minda tertutup‟.Orang ramai sekarang lebih selesa untuk mencari sendiri peniaga ataupun penjual yangboleh memenuhi keperluan mereka. Apa yang akan mereka lakukan ialah denganmenggunakan enjin pencari, Google – taipkan sahaja apa yang mereka inginkan.Mereka tidak perlukan para penjual untuk menghubungi mereka dan memberikaninformasi tentang produk terbaru dipasaran.Bertemu pelanggan. Berbaloikah?Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 10
    • Strategi Pemasaran EfektifJika anda menyertai sesetengah organisasi pemasaran atau syarikat pemasaranrangkaian, selalunya anda akan sering ditekankan untuk sentiasa bertemu denganprospek atau pelanggan anda. Tetapi, pernahkah anda membayangkan apakahperasaan prospek anda? Bayangkan pula diri anda di pihak mereka.Jika anda seorang jurujual dan anda memandu sepanjang hari hanya untuk cubabertemu dengan prospek anda setiap kali makan tengahari, ada kemungkinan jugaanda akan berasa kecewa atau berputus asa, terutamanya jika para prospek anda tidakbegitu gembira untuk berjumpa dengan anda.Seperti juga dengan panggilan rambang, berjumpa dengan para prospek juga bukanlahsatu kaedah yang baik untuk berkomunikasi mengenai promosi walaupun ianyadilakukan secara bersemuka. Sekali lagi, anda pergi kepada mereka tetapi mereka pulamenjauhkan diri dari anda.Ramai agen syarikat pemasaran rangkaian bergerak ke sana dan ke sini cuba untukmemperkenalkan pelan mereka, tetapi akhirnya ditolak dan tidak dilayan dengan baik.Mereka memikirkan bahawa mereka mempunyai masa didepan prospek mereka, danberharap boleh mendapatkan hasil lumayan sekiranya mereka melakukannya berulangkali.Perhatikan, bahawa ianya amat sukar kerana pelanggan tidak akan melayan andaseperti seorang pakar dan juga tidak akan menghormati anda. Pelanggan juga tidakbegitu didedahkan dengan produk / servis anda; oleh itu anda akan bertarung untukmendapatkan perhatian mereka. Kadang kala anda juga boleh kelam kabut juga keranamereka bersedia dengan soalan – soalan „maut‟, sedangkan anda tidak bersediadengan soalan – soalan diluar jangkaan. Anda juga mungkin lebih risau tentang kosuntuk anda bergerak dan „conversion rate‟ iaitu kadar pertukaran prospek kepadapembeli kerana anda mengambil masa yang lama untuk menerima penolakan sebelummampu membuatkan prospek anda bersetuju dengan anda.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 11
    • Strategi Pemasaran EfektifPemasaran tidak sama dengan jualan, dan jualan juga bukan bermakna pemasaran.Jangan terkeliru kerana ramai yang beranggapan pemasaran dan jualan adalah perkarayang sama. Memulakan perniagaan tanpa kaedah pemasaran yang betul akan berakhirdengan kekecewaan dan kegagalan.Pengiklanan Secara Rambang!Ramai diluar sana yang meletakkan pelbagai iklan seperti flyer, brosur, kad nama,papan tanda dan objek pengiklanan lain di merata – rata tempat dengan harapan adaseseorang yang akan membuat panggilan atau membuat pesanan.Ini adalah kaedah yang kuno.Tanyakan pada diri anda sendiri…jika seorang yang pakar didalam perniagaan internetmeletakkan iklan beliau pada papan tanda dan menggantungkannya pada pokok –adakah anda fikir prospek beliau akan menghormati beliau sekiranya ternampak iklanbeliau di pokok tersebut? Tentulah tidak! Sama juga dengan anda, sekiranya andaberbuat demikian prospek anda juga tidak akan menghormati anda.Sia – sia juga untuk anda meletakkan kad nama atau brosur anda diseluruh kawasandengan harapan sesiapa yang ternampak brosur / kad nama anda akan merasa tertarikdan bersedia untuk menelefon anda, dengan kad kredit ditangan bersedia untukmembuat pesanan.Sejarah turut menunjukkan walau apapun jenis teknik pengiklanan yang digunakan,tanpa kaedah yang betul untuk menarik pembeli akhirnya akan membawa kepadabentuk pemasaran yang tidak efektif. Malah lebih teruk lagi, ianya adalah satuPEMBAZIRAN!Kecualilah perniagaan anda sangat besar seperti Coca Cola, teknik pengiklanan yangtidak mengandungi unsur – unsur „respon secara langsung‟ (direct response)merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan keuntungan.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 12
    • Strategi Pemasaran EfektifDesakan Tidak Akan Membantu PemasaranRamai jurujual rela untuk memanjakan para pelanggan mereka dalam usaha untukmemenangi hati pelanggan agar memilih produk mereka. Jurujual ini akan merayu danmemujuk pelanggan untuk membeli produk / servis mereka tetapi pada masa yangsama para pelanggan ini sedang mengambil kesempatan sahaja. Sebaik sahajatawaran atau janji – janji ini tidak lagi ditawarkan, mereka akan menolak anda.Jangan lakukan kesilapan ini. Jika anda sanggup melakukan apa sahaja demimemenangi hati pelanggan, anda sebenarnya menuju kearah kekecewaan sekiranyaanda meletakkan pelanggan anda terlalu tinggi.Walaupun kita amat menghormati para penjual yang sanggup memberikan nombortelefon, nombor fax dan sanggup juga memberikan alamat rumah mereka semata –mata untuk menunjukkan bahawa mereka menawarkan khidmat pelanggan yang „tip –top‟, sebenarnya ia tetap siri percubaan untuk mendapatkan jualan.Para pelanggan juga tidak mudah diperdaya dan mereka sangat bijak. Mereka tahu,perkara pertama yang mereka lakukan sebaik sahaja mereka menandatangani boranganda, mereka akan terus „bersembunyi‟ dan mengelakkan diri dari panggilan anda.Jika anda ingin benar – benar efektif dalam perniagaan, anda harus bijak membezakanantara padi dan hampas.Bukan semua prospek anda adalah pelanggan yang berkualiti. Jika anda berhempaspulas untuk menyenangkan semua mereka, perniagaan anda akan sengsara di akhirnanti. Anda sepatutnya berusaha meyakinkan pelanggan yang berkualiti, walaupundalam kuantiti yang sedikit berbanding cuba meyakinkan semua termasuk prospekyang tidak berminat. Ini akan mendatangkan pelbagai masalah seperti isu khidmatpelanggan, aduan dan informasi yang tidak baik yang disebarkan dari mulut ke mulutdisebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan hati.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 13
    • Strategi Pemasaran EfektifKisah Benar Disebalik Putus Asa.Anda akan mengalami keadaan ini dengan kerap apabila anda menyertai syarikatpemasaran rangkaian (atau ketika latihan pemasaran).Bayangkan situasi ini – anda, sebagai agen pemasaran rangkaian dan menyertaisyarikat. Mereka mendorong anda ke arah kebebasan kewangan dan menyatakankesetiaan kepada agen yang mereka lantik, dimana mahu mereka melakukan apasahaja demi mejayakan perniagaan.Jangan salah anggap…Tidak ada salahnya untuk memiliki kemahuan yang tinggi dan mengejar matlamat untukberjaya. Malah, ianya amat digalakkan agar kita lebih kuat lagi dalam menghadapicabaran di alam perniagaan.Tetapi masalahnya ialah, ianya tidak mampu untuk direalisasikan. Ada sesetengahperniagaan pemasaran rangkaian (sebenarnya banyak lagi diluar sana) memiliki sistemyang baik, manakala selebihnya tidak. Jika pihak pengurusan tidak melaksanakantanggungjawab mereka, melakukan perbuatan yang tak beretika atau menggunakantaktik kotor, maka ia merupakan alasan yang baik untuk anda meninggalkan syarikattersebut. Terutamanya, apabila anda tidak mendapat hasil atau anda berterusanmelabur…namun, tiada perubahan sehinggakan nak bayar bil pun susah!Ada juga senario yang lebih teruk lagi, dimana sesetengah orang akan cubamemanipulasikan anda dengan mengungkapkan „pemenang takkan mudah mengalah‟dan „si pengalah takkan pernah berjaya‟.Baiklah, terdapat 2 cara bagaimana anda memerhatikan keadaan ini: 1. Anda tidak mengendahkan nasihat upline anda atau tidak melakukan apa yang perlu untuk berjaya. Anda tidak melakukan apa – apa untuk memperbaiki diri anda atau situasi kewangan anda. Perniagaan anda gagal ataupun bertahan sekerat jalan sahaja. Akhirnya, anda keluar kerana tidak mahu situasi menjadiHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 14
    • Strategi Pemasaran Efektif lebih genting. Kesilapan ini adalah disebabkan anda sendiri dan anda sememangnya layak untuk gagal. 2. Anda mengikuti sistem, melakukan segalanya untuk meningkatkan diri, membina minda berjaya dan sanggup berbuat apa sahaja demi kejayaan. Dalam kes ini, anda harus keluar dengan segera jika anda menemui peluang lain yang akan memberikan kejayaan dengan lebih pantas kerana ianya adalah sia – sia sahaja untuk anda terus berada disana jika ianya statik sahaja.Ok, saya rasa anda faham tentang 2 penyataan di atas. Persoalannya ialah di kategorimanakah anda sekarang?Anda harus tahu tentang karier anda. Memang penting untuk bekerja keras, tetapi andajuga seharusnya bekerja dengan bijaksana. Jika anda tidak berusaha gigih, andamemilih untuk gagal dan ini adalah fakta kehidupan. Namun, jika anda telah berusahabersungguh – sungguh tetapi tidak berhasil, maka tukarlah strategi dan pendekatananda!Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 15
    • Strategi Pemasaran Efektif Bab 3: Faktor Penyumbang Kepada PemasaranSebelum ini kita telah membincangkan tentang mitos – mitos yang popular dalampemasaran. Sekarang, mari kita lihat apakah aspek yang paling penting sebagai faktorpenyumbang di dalam pemasaran.Jenamakan Diri Anda Sebagai PakarPenjenamaan adalah sangat – sangat penting. Hari ini, rata – rata pengguna bijakmemilih dan hanya yang terbaik akan menjadi pilihan. Sekarang, anda mungkin tidakmemiliki produk yang terbaik di dunia, dan belum lagi menempatkan diri anda sebagaiyang terbaik dalam strategi pemasaran.Apakah yang membezakan diri anda dengan yang lain? Untuk berjaya dalam mana –mana bidang, tahukah anda bahawa anda perlu mempersiapkan diri untuk menjadipakar dalam produk atau servis yang anda sediakan?Para pelanggan sekarang agak cerewet dan terlalu memilih, disebabkan terdapatbanyak jenama lain di luar sana. Ianya memang susah untuk mendapatkan seorangpelanggan baru berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.Jika anda dikenali sebagai pakar, orang ramai akan lebih senang menganggap andasebagai seorang yang berwibawa dan mendengar setiap patah perkataan yang andasampaikan daripada mendengar seorang penjual yang cuba menghabiskan duitmereka.Menjenamakan diri anda juga mampu menaikkan keyakinan diri anda. Apabila orangramai mula mendengar anda, anda tahu bahawa peluang telah tiba!Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 16
    • Strategi Pemasaran EfektifMembina KredibilitiKredibiliti seakan – akan sama dengan penjenamaan. Penjenamaan mungkinmembantu anda untuk mendapatkan jualan pertama, tetapi kredibiliti akan membuatkanorang ramai sentiasa mengikuti anda selalu. Jika anda telah membina kredibiliti didalamperniagaan anda dan menjadi jenama yang dipercayai, anda tidak memerlukan masayang lama untuk mendapatkan tempahan yang berulang – ulang dari pelanggan sediaada dan rakan – rakan mereka berbanding untuk meyakinkan mereka dari mula.Janganlah memandang rendah kepada pelanggan yang melabur hanya sedikit amaunsahaja. Pelanggan yang melaburkan amaun yang sedikit ini dalam tempoh 2 tahun,sudah tentu menghasilkan pulangan yang besar buat anda. Tambahan pula, merekabiasanya akan mencadangkan pelanggan lain juga untuk menjadi pelanggan anda.Terdapat satu cerita dimana seorang penjual susu yang tidak mahu memberikanperkhidmatan kepada seorang remaja kerana merasakan perkhidmatan yangditawarkan kepada remaja tersebut tidak berbaloi. Namun, dia tidak menyedari bahawaremaja tersebut akan berkahwin dan mempunyai 5 – 6 orang anak serta menjadiseorang yang memerlukan susu dengan banyak untuk anak – anaknya. Jadi, jangansesekali mengabaikan pelanggan anda.Bukan itu sahaja, apabila anda memiliki kredibiliti, anda akan menjadi „sasaran‟ apabilaorang ramai memerlukan produk atau servis yang anda tawarkan (dengan itu, andamenjimatkan masa untuk mencari pelanggan baru).Adakah Perniagaan Anda Dapat Bertahan?Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 17
    • Strategi Pemasaran EfektifKetahanan sesebuah perniagaan amat penting. Anda tidak mungkin dapatmelakukannya seorang diri kerana anda hanya memiliki 24 jam sahaja sehari. Bolehkahanda mengagihkan tugasan anda?Di dalam mana – mana model perniagaan, anda harus mampu mencari sebuah modelperniagaan yang sentiasa meningkat dari hari ke hari. Dengan kata lain, model yangdimaksudkan ialah model perniagaan yang semakin menguntungkan semakin lamaanda berada disana.Jika perniagaan tersebut memerlukan anda untuk bekerja dengan lebih lama lagi tetapimemberikan keuntungan yang sama sahaja, samada anda perlu lebih inovatif lagi darisegi idea ataupun tinggalkan sahaja perniagaan tersebut.Bina Perniagaan Yang FleksibelTidak ada yang berkekalan pada zaman ini. Ianya bukan tentang siapa yang kuat untukterus bertahan, tetapi siapa yang mampu menyesuaikan diri.Anda harus cepat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran seperti kenaikan kosdan perubahan terhadap permintaan pelanggan. Jika anda tidak dapat menyesuaikandiri, anda akan kehilangan banyak peluang.Janganlah hanya mula berubah apabila anda mengalami kesusahan atau tunggusehingga semua pelanggan anda beralih kepada pesaing anda. Ketika itu, nasi sudahmenjadi bubur.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 18
    • Strategi Pemasaran Efektif Bab 4: Strategi Efektif Sepanjang ZamanDisini terdapat beberapa strategi yang masih lagi berkesan walaupun masa terus silihberganti. Anda boleh praktikkan di mana – mana perniagaan yang anda miliki.Cari Mereka Yang Memerlukan AndaIni adalah salah satu daripada prinsip mudah yang jarang difahami oleh kebanyakanjurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda harus menumpukan kepadapelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih dahulu.Didalam pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik sasaran (targeted traffic)Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk meyakinkan parapelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak jualan.Perhatikan prinsip ini ketika anda berurusan dengan pelanggan anda:Jangan cuba menjual sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut!Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang betul.Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek / ListMencari prospek / list adalah sangat penting. Ini disebabkan orang ramai tidak akanmembeli produk anda apabila pertama kali melihatnya. Statistik menunjukkan bahawaorang ramai hanya akan mula serius memikirkan untuk mendapatkan produk andaHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 19
    • Strategi Pemasaran Efektifsetelah mereka melihatnya, atau mengenalinya lebih dari 7 kali. Dalam perniagaanonline, ianya berlaku sekurang – kurangnya selepas 7 emel follow up dilancarkan.Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan anda ataupun senarailist.Ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda berpeluang untuk menghantarinformasi follow up sehingga 7 kali atau lebih, sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan –iklan yang lain.Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya…Bina Perhubungan Yang KukuhJualan baru ataupun jualan yang berulang – ulang biasanya di akibatkan olehperhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli produk anda,anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda. Untukmemastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak langsung(pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala perkataan„jaminan‟ sahaja sudah cukup untuk „menyentuh‟ seseorang).Jangan biarkan prospek anda beralih arah! Ambillah masa bersama mereka danlayanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika anda menghabiskan masamelayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut prospek atau tidak – andabakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus!Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh dengan prospek andadan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.Lakukan Kajian Terhadap Statistik PelangganHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 20
    • Strategi Pemasaran EfektifApabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambilberat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikajiserta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikanstatistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannyaakan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian danjumlah pelawat yang datang.Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikahyang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggananda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsiinformasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka.Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk andawalaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pastiakan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja.Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untukberada didalam bidang sasaran pasaran anda.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 21
    • Strategi Pemasaran Efektif PenutupDi dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasibdengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untukmenjadi seorang peniaga.Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadipeniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selokbelok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakangkeluarga yang menjalankan perniagaan.Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakatatau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategiyang digunapakai.Dengan maklumat yang dikongsikan didalam ebook ini, walaupun nampak ringkastetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagitentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang danmenjadikan anda seorang jutawan nanti.Salam hormat.Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 22
    • Strategi Pemasaran Efektif Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya andaseorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihatsecara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskanmembaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.infoHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 23
    • Strategi Pemasaran Efektifhttp://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.comHakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 24