Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

on

  • 703 views

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Statistics

Views

Total Views
703
Views on SlideShare
703
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
103
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham Document Transcript

    • RAHSIA WEB EFEKTIF Hakcipta Terpelihara © 1
    • PENAFIAN / DISCLAIMER Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkanmaklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagaimengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individudan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi didalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Olehitu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketikaanda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalambuku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secarakhususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secaraperibadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduanini, secara langsung atau tidak langsung. Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa banyaktentang perniagaan internet dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat inidalam keperluan diri anda sendiri.Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas. Ribuan terima kasih. 2
    • BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusanKejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis danmempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga duniaperniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkatsekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaanmelalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakanparadigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaibandunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligusmembuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untukmemberikan yang terbaik. 3
    • Sepatah dua kata dari penulis….. Selamat sejahtera pembaca budiman. Saban hari kita melihat makin ramai yang menceburi bidang perniagaaninternet. Ini adalah kerana internet merupakan salah satu medium perniagaanyang terbukti berkesan dan memudahkan sehingga ramai yang berjayamendapat lima angka sebulan, dengan hanya berniaga menggunakan internet. Namun, tak semua yang menceburi bidang perniagaan internet berjaya.Ada yang hanya cukup – cukup makan sahaja dan tak kurang juga yang gagalserta terus berputus asa. Kenapa? Salah satunya ialah, laman web jualan yangdihasilkan tidak efektif iaitu tidak mampu menarik pelawat dan menukarkanmereka kepada pembeli. Maka, diharap dengan kelahiran ebook ini akan memberikan panduankepada para pembaca untuk menghasilkan laman web yang mampu menarikramai pelawat dan pembeli. Panduan – panduan yang diterangkan adalah hasilrujukan daripada pelbagai sumber bertulis serta orang sumber yang telah lamabergiat dalam industri ini. Selamat membaca. 4
    • RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan Sebelum anda memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, andaharuslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Andaboleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital ataumempromosikan perkhidmatan anda.Produk Fizikal – Produk seperti buku, pakaian, peralatan elektrik, makanan,aksesori, penggera keselamatan, peta, jam antik dan sebagainya. Namun tidaksemua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makananyang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketikaproses penghantaran dilakukan.Produk Digital – Produk seperti ebook, kad viral, grafik ataupun perisiankomputer. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kospenghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya,pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlumembayar yuran pos untuk penghantaran.Perkhidmatan – Anda mempromosikan kepakaran anda kepada orang ramaisupaya mereka akan meminta perkhidmatan anda. Dengan itu, anda akanmendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatanialah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan,fotografi, membina kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dansebagainya.Tips: Saya amat menggalakkan anda menjual berdasarkan pengetahuan dankepakaran anda. Jika anda pakar dalam bidang fotografi, anda seharusnyamenawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan anda. Kemudian anda bolehubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips –tips mengambil foto ataupun menjual foto – foto yang telah anda ambil. Padamasa yang sama, anda telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus. Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah denganmendapat produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR)atau Private Label Rights (PLR).MRR – Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang anda tetapkansendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100%keuntungan milik anda. Cuma anda tidak dibenarkan mengedit kandungannya. 5
    • PLR – Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah anda bolehmengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama anda sebagaipenulisnya / penciptanya. Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk MRR / PLR inidengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar – benarberkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sanaturut menjual produk yang sama. Kelebihan produk MRR / PLR ialah anda tidak perlu pening kepalamencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan suratjualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi anda membina laman web. 6
    • RAHSIA #2: Sistem Bayaran Anda juga harus menyediakan sistem bayaran yang memudahkan untukpara pelanggan anda. Jika sistem pembayaran anda terlalu leceh atau terlalubanyak prosedur seperti perlu mengklik banyak butang, para pelanggan akanmerasa terbeban atau merasa tidak selamat untuk membeli dari anda. Ini akanmengakibatkan mereka membatalkan niat mereka untuk membeli dari andawalaupun pada mulanya mereka sangat teruja untuk memiliki produk anda. Sistem bayaran anda juga seharusnya selamat, iaitu tidak mendedahkanmaklumat akaun atau menyelewengkan pembayaran pelanggan anda kepadapihak tertentu. Oleh itu, gunakan „merchant service‟ yang diakui sah sepertiPayPal, 2checkout (2CO) ataupun World Pay. Ini sangat penting khususnyabagi menerima pembayaran melalui kad kredit / kad debit, dan umumnya untuksemua transaksi perbankan seperti bank transfer, cash deposit, maybank2u,CIMB Clicks dan sebagainya. Selain itu, seharusnya juga anda menyediakan pilihan cara pembayarankepada pelanggan anda. Jika anda hanya menetapkan satu cara bayaran sahaja,tidak semua pelanggan akan boleh menggunakannya. Contohnya, anda hanyamenyediakan pembayaran melalui Maybank sahaja. Bagaimana pula jikapelanggan anda tinggal di kawasan yang tiada Maybank? Tentu menyusahkanmereka kan…semestinya mereka tidak akan membeli dari anda dan beralih kepesaing anda yang menyediakan sistem bayaran yang lebih sesuai. Oleh itu,cuba pelbagaikan sistem bayaran anda. Contohnya:Untuk memesan, sila depositkan RM100 ke salah satu akaun berikut:Maybank: 1111 1111 1111CIMB: 2222 2222 2222BSN: 3333 3333 3333Kemudian faxkan atau scan slip pembayaran anda kepada saya melalui fax:07-8888888 atau email: email@saya.com ATAUJika menggunakan kad kredit / kad debit, klik butang PayPal dibawah danemailkan kepada saya butir – butir pembayaran anda. *Butang PayPal Disini* Lihat, pelanggan anda memiliki pilihan sistem pembayaran yangmemudahkan mereka. Sudah tentu mereka merasa selesa membeli dari anda.Itulah rahsianya, sediakan sistem bayaran yang memudahkan. 7
    • RAHSIA #3: Informasi Cuba anda fikirkan, mengapa ramai orang melayari internet? Adakahhanya untuk berchatting melalui MIRC, Friendster dan sebagainya? Mungkinya, tetapi lebih dari 70% pengguna internet menggunakan internet untukmencari maklumat ataupun informasi samada untuk keperluan sendiri ataukeperluan syarikat dimana mereka bekerja. Sebab itu juga internet dianggapInformation Technology (IT), kerana fungsinya yang banyak memberimaklumat tentang apa sahaja. Oleh itu, laman web anda juga harus mempunyai informasi yang banyakdan memenuhi kehendak para pelayar internet. Walaupun anda berniatmenggunakan laman web sebagai surat jualan untuk perniagaan anda, janganlupa bahawa pengguna memerlukan informasi sebelum membeli dari anda.Laman web yang tiada informasi, hanya penuh dengan ayat promosi produksahaja tidak akan dilayan oleh pengguna internet kerana beranggapan tiada ilmuatau pengetahuan yang boleh mereka dapat di laman web anda. Anda juga akandilihat sebagai seorang yang ingin mengaut keuntungan semata – mata dan tidakprofesional. Untuk menjadikan laman web anda digemari ramai dan sering dilawati,sediakan informasi yang banyak di laman web anda. Contohnya anda menjualbuku „Tips Membaiki Kereta‟, anda boleh letakkan informasi mengenai punca –punca kerosakan kereta, tips bagaimana menjaga enjin kereta ataupun cara –cara memandu yang akan mengurangkan kerosakan pada kereta. Bagi merekayang meminati dunia permotoran, informasi seperti inilah yang akan dicari olehmereka dan laman web anda pasti akan menjadi tumpuan. Apabila menjaditumpuan, peluang untuk anda menjual buku anda adalah besar kerana merekaberanggapan anda pakar dalam bidang tersebut. Dengan meletakkan banyak informasi di laman web, anda akan kelihatanprofesional dan pakar dalam apa yang anda bincangkan di laman web anda. Iniakan membuatkan rasa percaya dan yakin di kalangan pelawat untuk membelidaripada anda. Laman web anda juga akan sentiasa diingati. Contohnya:seorang kawan bertanya,“Mana kau dapat informasi ni?” lalu kawan yangseorang lagi menjawab, ”Ala..kat motor.com la”. Laman web anda akan disebutselalu dan perniagaan anda akan kelihatan besar walaupun dilakukan andaseorang sahaja. Anda boleh merancang secara harian atau mingguan untuk menambahinformasi di laman web anda, kerana para pelawat gemar dengan informasiyang sentiasa dikemaskini dan terbaru. Jika anda merancang secara mingguan, 8
    • iaitu mengemaskini atau menambah informasi setiap minggu, dalam sebulananda telah menyediakan 4 informasi terbaru. Dalam setahun, anda memiliki 48informasi di laman web anda. Laman web anda pasti penuh dengan informasiyang terkini, sudah tentu menjadi tumpuan ramai. 9
    • RAHSIA #4: Domain Name Domain Name ataupun nama domain merupakan nama laman web anda.Contohnya, www.yahoo.com, www.google.com,www.rahsiaautoresponder.com, www.plr.com dan sebagainya. Anda bolehmembeli nama domain ini dari syarikat penyedia hosting, harganya dalamlingkungan RM20 – RM50 setahun. Ada juga penyedia hosting yangmemberikan nama domain percuma jika membeli hosting dari mereka. Anda harus bijak memilih nama domain untuk laman web anda. Namadomain yang pendek, ringkas dan bermakna akan mudah diingati serta ditaip.Elakkan menggunakan nama domain yang panjang atau menyebabkankekeliruan kepada pengguna.Contoh nama domain yang ringkas dan pendek (digalakkan):www.yahoo.comwww.google.comwww.cayalah.comwww.mudah.com.mywww.lelong.com.myContoh nama domain yang panjang (tidak digalakkan)www.perusahaanmembinabangunan.com (boleh dipendekkan kepadawww.bina.com)www.teknikmembaikimotorsikal.com (boleh dipendekkan kepadawww.baikimotor.com)www.panduan-menanam-kelapa-sawit.com (boleh dipendekkan kepadawww.sawit.com)Contoh nama domain yang mengelirukanwww.product2u.com  Mungkin ditaip www.product2you.com  Mungkin ditaip www.producttoyou.com  Mungkin juga ditaip www.product-two-u.com Kecuali anda mempunyai modal besar untuk mempromosi laman webanda seperti Maybank yang mempromosikan maybank2u.com, anda bolehlahmeletakkan nama domain anda seperti ini. Nama domain seharusnya mempunyai kaitan dengan laman web anda.Contohnya anda menjual kain batik, maka nama domain anda ialahwww.batik.com. Jangan pula anda letakkan www.bungacantik.com, walaupunbunga ada kaitan dengan corak batik. Ini akan memesongkan perhatian parapenggemar batik kerana beranggapan anda menjual bunga. 10
    • Oleh itu, anda harus bijak memilih nama domain agar laman web andasentiasa dikunjungi, diingat seterusnya menghasilkan jualan. Saya ucapkanselamat berjaya dalam memilih nama domain! 11
    • RAHSIA #5: Hosting Berbayar Hosting ialah tempat dimana anda meletakkan laman web anda. Jikadiumpamakan dengan perniagaan fizikal biasa, hosting ibarat tanah dimanaanda menyewa untuk kedai anda. Nama domain pula umpama papan tandakedai anda. Ada 2 jenis hosting iaitu berbayar dan percuma. Bagi para newbie atauyang masih baru dalam perniagaan internet, ramai yang berfikir untuk memilihhosting percuma untuk menjimatkan kos. Antara hosting percuma ialahGeocities, 007sites, CEDhost dan TopCities. Anda boleh lihat banyak lagidengan menaip „free web hosting‟ di enjin pencari. Namun, penggunaan hosting percuma tidak digalakkan. Terdapatbeberapa kekurangan yang akan menurunkan reputasi laman web anda. Apabilaanda menggunakan hosting percuma ini, anda dikehendaki menayangkan iklan– iklan mereka di laman web anda. Kadang kala, server yang digunakan turutmengalami masalah dan agak sukar untuk dibaiki selain bantuan teknikal yanglambat. Apabila laman web anda dibanjiri dengan iklan, fokus pelawat webanda akan beralih, daripada menumpukan perhatian terhadap apa yang andatawarkan mereka mungkin tertarik dengan iklan yang dipaparkan. Selain itu, laman web anda juga akan kelihatan begini:www.geocities.com/lamanwebanda atau www.lamanwebanda.net007.net. Inimenyebabkan perniagaan anda seolah – olah tidak serius. Bayangkan andaseorang jurutera yang membina pejabatnya diatas tanah setinggan. Adakah itukelihatan profesional? Oleh itu, gunakan hosting berbayar agar laman web anda kelihatanprofesional dan berprofil tinggi. Contohnya: www.webanda.com,www.webanda.com.my, www.webanda.net. Harga untuk mendapatkan hostingberbayar ini tidaklah begitu mahal iaitu antara RM60 – RM100 untuk setahun.Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan oleh penyedia hosting sebelummembuat pembelian. Saya mencadangkan anda mendapatkan hosting daripenyedia hosting tempatan seperti www.sempoihosting.com,www.maxhosting.com ataupun www.ecommercemastery.com. Bantuan teknikalmereka pun sangat memuaskan disamping harga yang ditawarkan adalahberpatutan. Jika anda benar – benar serius menjadi usahawan internet, hostingberbayar adalah pilihan yang tepat. Cuba anda lihat disekeliling, tidak adaseorang pun usahawan internet yang berjaya menggunakan hosting percuma.Mungkin sebagai permulaan atau percubaan, anda boleh menggunakan hosting 12
    • percuma ini. Namun jika perniagaan anda mula berkembang, eloklah bertukarkepada hosting berbayar. RAHSIA #6: Fokus Salah satu ciri laman web yang efektif ialah laman web yang fokus.Maksudnya ialah laman web tersebut hanya menjual satu produk atauperkhidmatan sahaja. Ramai peniaga di internet cuba mempelbagaikan produk mereka didalamsatu laman web dengan harapan akan mengaut banyak keuntungan danmenjimatkan kos. Tetapi anggapan ini tidak 100% betul, malah ada yangmengalami kerugian yang teruk. Hmm..kenapa? Jika laman web anda mempelbagaikan produk, fokus para pelawat webanda akan hilang. Mungkin mereka melihat produk A sangat sesuai untukmereka, tetapi tiba – tiba mereka ternampak produk B yang lebih baik. Padamasa itu, fokus utama mereka terhadap produk A telah hilang. Pada masa yangsama mereka kekeliruan untuk memilih mana satu yang terbaik untuk merekadan kemungkinan mereka menangguhkan hasrat untuk membeli atau beralih kepesaing anda. Nah, anda sudahpun kehilangan seorang pelanggan Kebaikannya jika anda memfokuskan satu produk untuk satu laman webanda, pelawat yang datang akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apayang anda tawarkan. Dengan menumpukan perhatian, secara tidak langsung iamembangkitkan rasa teruja terhadap produk anda dan tidak mustahil merekaakan membeli dari anda Bayangkan, laman web anda menjual buku tetapi pada masa yang samaanda menjual baju batik di laman web yang sama. Laman web anda mungkinhanya dikunjungi oleh mereka yang ingin membeli buku sahaja. Bagi peminatbaju batik, mereka akan lebih suka melawat laman web yang menjual baju batikdaripada laman web anda. Perniagaan buku anda mungkin maju, tetapi bajubatik anda tidak mendapat permintaan yang tinggi. Anda ada 2 produk, tetapihanya 1 produk yang menguntungkan. Jika anda ada 2 laman web, satu menjualbuku manakala satu lagi menjual baju batik, anda akan mendapat keuntungandari kedua – dua perniagaan ini. Ingat, keuntungan yang kecil jika digandakan akan mendatangkankeuntungan yang besar. Menggabungkan pelbagai produk dalam satu lamanweb bukanlah satu tindakan yang terbaik, sebaliknya laman web yang fokuskepada 1 produk akan menghasilkan keuntungan. 1 laman web, 1 produk! 13
    • RAHSIA #7: Autoresponder Salah satu rahsia laman web yang efektif atau banyak menghasilkanjualan ialah laman web yang lengkap dengan sistem Autoresponder.Penggunaan autoresponder banyak diaplikasikan oleh usahawan – usahawaninternet untuk mempromosi, menyampaikan maklumat ataupun membuatpengumuman kepada para pelanggan mereka. Autoresponder merupakan satu sistem yang akan menghantar emailsecara automatik kepada prospek atau pelanggan anda mengikut jangka masayang anda tetapkan. Selalunya ia dipasang pada „Landing Page‟, namun ia tetapmemberi impak yang maksima juga jika dipasang pada web jualan anda. Mungkin kali pertama pelawat melawat laman web anda, mereka tidakdapat membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak pada masa itu.Oleh itu, sediakan borang Opt In beserta sistem autoresponder. Dapatkan emailmereka dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk mereka. Contohnyasebegini:Dapatkan Ebook Rahsia Web Efektif secara PERCUMA dengan mengisi borangdibawahNamaEmail HANTAR Setelah mendapatkan email mereka, mulakan kempen email andamenggunakan autoresponder. Anda boleh setkan email – email follow up andamengikut jangka masa yang anda tetapkan seperti 1 hari, 3 hari, 4 hari atau 6hari selepas prospek mengisi email mereka. Ini adalah kerana biasanya prospekanda membeli selepas email follow up yang ke lima atau ke enam. Anda juga boleh menggunakan autoresponder untuk mengendalikankursus melalui email. Dengan mengendalikan kursus, anda akan dilihat sebagaipakar dalam apa yang anda promosikan. Contohnya, anda boleh mengendalikankursus „Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Efektif Dalam Masa 7Hari‟. Apapun, gunakan kreativiti anda untuk mengoptimakan autoresponder. 14
    • RAHSIA #8: Tagline dan Logo Apakah yang terbayang difikiran anda apabila seseorang menyebut“Sedap Hingga Menjilat Jari”? Saya pasti anda akan teringatkan KFC.Bagaimana pula dengan tagline “Just Do It”? Tentu anda teringat jenama Nike.Inilah tagline yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk menggalakkan orangramai mengingati mereka. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda bersedia dengan tagline anda?Jika belum, cuba dapatkan. Tagline anda tidak perlu panjang, tetapi ringkas,mudah diingati dan memberi makna. Contohnya, anda menjual batik. Jaditagline anda mungkin boleh jadi begini: “Batik Terbaik Untuk Anda” atau“Anggun Ibarat Puteri”. Paparkan tagline anda disetiap halaman web anda,produk anda, risalah – risalah ataupun kad bisnes anda. Dengan cara ini,perniagaan anda akan mudah diingati. Begitu juga dengan logo. Anda seharusnya meletakkan logo perniagaananda disetiap halaman web anda. Logo merupakan lambang perniagaan anda.Logo anda juga tidak semestinya mengandungi unsur grafik yang rumit.Sebaliknya logo yang ringkas akan mudah diingati. Anda boleh lihat logoMacDonalds, Nike, Adidas mahupun Microsoft. Adakah logo mereka terlalurumit? Tidak, tetapi ianya tetap segar diingati semua orang! Inilah rahsiabagaimana laman web anda akan sentiasa diingati dan dilawati! Baiklah, jika anda belum lagi mempunyai logo atau tagline, dapatkansekarang! Kemudian, paparkan logo dan tagline anda di laman web anda, kadbisnes, risalah dan letterhead. Logo dan tagline yang kecil atau ringkas mampumenjadikan laman web anda kelihatan seperti perniagaan yang besar danprofesional. 15
    • RAHSIA #9: Grafik Yang Minimum Jika anda mahu laman web anda menjual dengan banyak, sediakan satulaman web yang ringkas tetapi padat dengan informasi disamping surat jualanyang memukau. Dengan memenuhkan laman web anda dengan grafik, iabukanlah jaminan untuk laman web anda akan laku. Namun anda boleh abaikannasihat ini jika perniagaan anda menjual atau merekabentuk grafik. Ramai orang beranggapan dengan meletakkan grafik yang canggih akanmembuatkan laman web tersebut menjadi laku. Dengan grafik yangberterbangan kesana – kesini, perkataan yang berkelip – kelip serta muzik yangberkumandang, ianya akan mengganggu konsentrasi pengunjung yang melayarilaman web anda. Walau bagaimanapun, laman web yang tiada grafik juga akanmenjejaskan perniagaan anda. Oleh itu, sediakan grafik yang sederhana tetapimenarik. Sediakan grafik untuk Header, Footer, Background dan Ecover. Itusudah memadai, kerana apa yang penting ialah kemahuan pelanggan; informasiatau penyelesaian kepada masalah mereka. Contohnya, jika anda menjual ubatuntuk menyuburkan rambut, sediakan gambar seorang lelaki yang berkepalabotak dan gambar beliau dengan rambut selepas menggunakan produk anda. Itusudah cukup untuk memberitahu pelawat anda bahawa produk anda memangberkesan! Secara peribadi, grafik Header, Footer, Background, ecover dan sedikitgrafik berkenaan perniagaan anda sudah mencukupi untuk laman web anda.Grafik tak perlulah canggih sangat, yang penting informasi perlu banyak.NOTA: Abaikan nasihat ini jika perniagaan anda berasaskan grafik dan audio. 16
    • RAHSIA #10: Testimoni Testimoni merupakan pandangan ataupun pendapat para pengguna yangtelah mendapatkan produk anda. Mereka akan komen mengenai kebaikanproduk anda. Komen – komen mereka ini anda boleh letak di laman web andauntuk mempengaruhi pelawat lain untuk membeli produk anda. Cara untuk mendapatkan testimoni adalah sangat mudah, kebiasaannyamelalui 2 kaedah yang simple:Langkah1:Email para pelanggan yang telah mendapatkan produk anda, minta merekamenulis pendapat mereka tentang produk anda selepas menggunakannya. Mintamereka memberi testimoni yang baik serta ikhlas. Kemudian, letakkan testimonimereka di laman web anda. Adalah lebih baik jika anda meminta pemberitestimoni tersebut menyertakan sekali gambar serta alamat URL mereka.Dengan ini, testimoni anda akan nampak kukuh.Langkah 2:Anda ingin meletakkan testimoni sebelum laman web anda dilancarkan,bagaimana nak buat? Senang, edarkan produk anda secara percuma kepadakenalan anda dan mintalah mereka memberikan pendapat mereka tentangproduk anda. Minta juga mereka menyertakan gambar serta alamat URL (jikaada). Cara ini juga amat sesuai jika anda ingin meminta usahawan – usahawaninternet yang mempunyai reputasi yang besar untuk memberikan testimoni. Kebaikan meletakkan testimoni di laman web anda ialah ianya akanmenguatkan lagi bahawa produk anda berkualiti kerana ada yang sangatgembira dengan produk anda itu. Secara tidak langsung, pelawat yang melawatlaman web anda tidak akan ragu – ragu akan kualiti produk anda.NOTA: Jangan meletakkan testimoni palsu. Cara ini amatlah tidak beretika danberniat menipu orang ramai. Ada sesetengah laman web memaparkan testimonipalsu, dengan meletakkan gambar yang diambil dari ruangan Friendster. Andajuga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh privasiseseorang tanpa kebenaran disamping memusnahkan reputasi anda sebagaiusahawan internet. Oleh itu, dapatkan testimoni dengan cara yang sah danberetika. 17
    • RAHSIA #11: Percuma Hmm..apa yang percuma ya? Habislah perniagaan saya jika semuanyapercuma! Jangan salah anggap tajuk perbincangan ini. Maksud saya ialahsediakan sesuatu yang percuma untuk pelanggan anda, jika mereka membelidari anda. Ada sesetengah kes dimana ada pelanggan yang membeli produk hanyauntuk mendapatkan hadiah percuma sahaja. Jika anda menawarkan sesuatu yangistimewa untuk mereka, mereka akan merasa apa yang mereka laburkan adalahberbaloi…senang cerita, mereka dapat lebih daripada apa yang mereka bayar.Akhirnya, laman web anda menjadi tumpuan. Jika anda menjual buku „Panduan Membaiki Kereta‟, anda boleh berikanpembeli anda sebuah buku „Bagaimana Memilih Kereta Idaman‟ atau berikanmereka percuma alat penjimatan minyak. Bonus atau pemberian percuma andatidak terhad kepada produk digital atau fizikal sahaja, malah anda bolehtawarkan kepada mereka voucher pembelian untuk produk anda yang lain ataumembeli belah di Giant, Carrefour atau apa sahaja. Tawarkan juga khidmatpelanggan secara percuma agar mereka melihat anda seorang peniaga yangbenar – benar ikhlas dan profesional. Harus diingat juga, jangan berikan pelanggan anda bonus „sampah‟ yangtidak berkualiti dan lapuk. Contohnya, anda menjual „Panduan MembaikiKereta‟, jangan pula anda berikan „Resepi Masakan Melayu‟ kepada pelanggananda, kerana bonus yang anda tawarkan tiada kaitan langsung dengan produkanda. Ini menyebabkan anda kelihatan „hentam keromo‟ sahaja dalamperniagaan. Oleh itu, sediakan bonus yang benar – benar berkualiti dan dapatmembantu pelanggan anda. Dengan menyediakan bonus yang berkualiti, jualanlaman web anda akan meningkat sekurang – kurangnya 50%. Berikan lebihkepada pelanggan anda! 18
    • RAHSIA #12: Khidmat Pelanggan Ramai orang mengeluh dengan khidmat pelanggan yang teruk! Setelahmembeli, segala pertanyaan para pelanggan diabaikan dan langsung tidakdijawab. Akhirnya, reputasi perniagaan tersebut jatuh merudum kerana parapelanggan tidak lagi mempercayai peniaga tersebut dan menganggap dirimereka ditipu! Jadi, untuk memastikan perniagaan anda sentiasa diingati sediakankhidmat pelanggan yang tiada tolok bandingnya. Jawab semua pertanyaan daripelanggan dengan cepat, sekurang – kurangnya dalam masa 24 jam. Janganbiarkan pelanggan anda tertunggu – tunggu. Disamping itu, jawapan yang andaberikan juga harus memenuhi pertanyaan pelanggan anda. Berikan tunjuk ajaryang sepatutnya, sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan selalulahmeng‟update‟ perkembangan terbaru perniagaan anda. Dengan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan,perniagaan anda akan sentiasa diingati dan laman web anda sering menjaditumpuan. Walaupun laman web anda tidak canggih, seperti laman web yang lainyang menyediakan „live chat‟, anda tetap mampu menjadi seorang usahawaninternet yang berjaya dengan menyediakan khidmat pelanggan yang tiada tolokbandingnya. Luangkan sedikit masa dalam 1 hingga ke 2 jam sehari untuk membalasemail para pelanggan anda. Ianya tidaklah sesusah mana…kerana hasil kerjakeras anda menyediakan khidmat pelanggan yang baik akan membuatkanperniagaan anda mengalami keuntungan yang tiada hadnya!Penutup… Terima kasih sekali lagi kerana sudi mendapatkan Ebook Rahsia WebEfektif. Semoga topik yang dibincangkan akan membantu anda untukmemajukan lagi perniagaan anda. Apa yang penting ialah, anda lakukan segalatips – tips dan panduan yang dibincangkan untuk melihat hasilnya. Sekadarmengetahui sahaja tidak memadai jika tidak melakukannya. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda.Perniagaan internet mampu mengubah kehidupan anda jika dilaksanakandengan bersungguh – sungguh dan penuh keikhlasan.Terima kasih. 19
    • Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percayaanda seorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmatnasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan keranamenghabiskan membaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.info 20
    • http://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.com 21