Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Rahsia Pemasaran Artikel oleh Neal Izham
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Rahsia Pemasaran Artikel oleh Neal Izham

  • 800 views
Published

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Published in Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
800
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
91
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. RAHSIA PEMASARAN ARTIKEL“Teknik Pemasaran Artikel Terhebat Masa Kini Ke Laman Web Anda” M/S 1
  • 2. NOTISPenulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkane-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiapfakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlakudi dunia internet kini.Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendirioleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasiyang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yangterasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akandiambil perhatian.Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama sepertipenulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehaninformasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untukmenjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yangprofessional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan halkewangan. Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam membuat bacaan. M/S 2
  • 3. BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyaiminat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolahlagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaanmilik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakanparadigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban duniaICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliaubertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik. M/S 3
  • 4. ISI KANDUNGANTopik Muka SuratNotis 2Pengenalan 5Tujuh Teori Asas Penulisan Artikel 8Penggunaan Private Label Rights Artikel 14Rahsia Pemasaran Artikel 17Artikel Untuk Membina Kempen Pemasaran Emel 18Artikel Untuk Kandungan Blog 20Bina Artikel Berangkai 23Artikel Dengan Gambar & Video 25Hantar Artikel Ke Direktori Artikel 26Kesan Keberkesanan Artikel 32Kesimpulan 33Sumber Artikel 34 M/S 4
  • 5. BAB 1: PengenalanPada permulaan saya berkecimpung dalam perniagaan internet, saya berperasaansedikit keliru berkenaan pemasaran artikel. Saya keliru disebabkan persoalan-persoalan seperti ini:Apakah faedahnya jika saya pasarkan artikel yang ditulis? Tulis dan pasarkan. Hmm..Boleh buat duit ke? Adakah teknik ini berkesan untuk perniagaan saya?Tetapi, setelah mencecah hampir lima bulan saya berniaga di internet ini. Saya mulamemahami dan mendapat jawapan kepada soalan-soalan di atas.Pada pendapat saya, teknik pemasaran artikel adalah sangat efektif dan terbaik dalammenjana traffik ke laman web atau blog sesiapa pun. Sebab itulah kebanyakanusahawan internet yang baru memulakan perniagaan internet memilih teknik ini dalammendapatkan traffik.Saya mengatakan sedemikian kerana apabila anda publish sesebuah artikel berkenaansesuatu topik, para pembaca yang membaca artikel anda pasti akan berkunjung kelaman web atau blog anda untuk mengetahui topik yang dibincangkan dengan lebihlanjut.Pada masa yang sama juga, para pembaca akan menilai dan percaya si penulis adalahseorang pakar terhadap topik yang diutarakan. Tidak kiralah penulis tersebut menulisdan publish artikel ke direktori artikel, mahupun di majalah-majalah atau suratkhabar.Pembaca pasti akan berfikiran sedemikian.Kesannya, jika anda selitkan link laman jualan dalam artikel yang ditulis itu, dan jikapembaca berkunjung ke sana, saya percaya mereka pasti akan membuat belian disana. Sudah tentu mereka akan membeli sesebuah produk yang anda promosikankerana mereka kini sudah mempercayai anda! M/S 5
  • 6. Apabila berlakunya kunjungan pembaca-pembaca tersebut ke laman jualan anda,secara langsungnya anda berjaya mendapatkan traffik. Bukankah ini yang andamahukan? Mendapatkan traffik yang banyak ke laman jualan supaya anda dapatmenjana keuntungan.Jika hal ini tidak berlaku kepada anda lagi, berusahalah untuk menulis artikel yangmenyakinkan dan mampu membuatkan pembaca anda terpegun.Melalui penulisan artikel juga, anda bukan sahaja dapat menarik traffik ke laman webatau blog anda semata-mata. Tetapi, anda juga boleh menulis artikel untuk: 1. Mempromosikan link affiliate bagi sesuatu produk. 2. Memperkayakan isi kandungan laman web atau blog dengan artikel berkualiti untuk menarik pembaca klik pada link adsense anda. 3. Mencipta sebuah e-book dengan meng‟e-book‟kan artikel-artikel berkualiti yang berkaitan.Dengan membaca artikel, pembaca bukan sahaja percaya kepada anda, tetapi andajuga telah berjaya menonjolkan diri anda sebagai seorang yang hebat danberpengetahuan tinggi. Bahkan, anda bakal berjaya menjenamakan diri anda sepertiusahawan internet yang lain.Selain daripada itu, dengan membuat pemasaran artikel, anda juga dapat memperbaikikedudukan laman web atau blog anda di enjin carian. Kuncinya, anda perlu menulissebanyak mungkin artikel yang berinformasi dan berkualiti.Syaratnya pula, anda perlu selitkan link laman web atau blog anda dalam artikeltersebut untuk membina backlink. Apabila terdapat pembaca yang berminat dengantulisan anda, mereka pasti akan mengambil artikel anda itu dan meletakkanya di lamanweb atau blog mereka pula. M/S 6
  • 7. Kemudian, apabila enjin carian mengemaskini data-data yang bertaburan di internet,dan apabila mereka menjumpai banyak link-link ke laman web atau blog anda. Enjincarian akan menganugerahkan laman web atau blog anda itu di kedudukan teratas bagisesetengah kata kunci.Hal ini penting supaya peluang untuk anda mendapat traffik yang tinggi pada setiap harisemakin mudah. Jika anda berbincang dengan mana-mana usahawan internet pun,mereka pasti mengatakan bahawa mendapatkan kedudukan tertinggi di enjin carianadalah penting.Oleh itu, dalam e-book ini, saya akan bincangkan berkenaan pemasaran artikel yangberkesan dalam mendapatkan traffik ke laman web atau blog anda. Selepas ini, sayaakan gantikan istilah laman web atau blog kepada laman jualan. Saya ingin lebih fokuskepada jualan produk dari mempromosikan laman web atau blog anda.Saya yakin, belum ramai usahawan internet yang tahu keberkesanan teknik ini . Jadi,sediakan nota kecil anda untuk menyenaraikan beberapa perkara penting tentangpemasaran artikel. M/S 7
  • 8. BAB 2: Tujuh Teori Asas Penulisan ArtikelUntuk bab ini, saya tidak akan bincangkan dengan mendalam kerana saya telahterangkan secara terperinci ketujuh-tujuh asas penulisan artikel dalam e-book ‟10 TipsPenulisan Artikel‟. Dalam e-book tersebut, saya nyatakan dengan jelas bahawa semuaorang pun tahu menulis.Sebab itulah saya mengajak anda untuk turut menggunakan pemasaran artikel sebagaimedium pemasaran perniagaan anda. Tambahan pula, ia adalah percuma. Anda tidakperlu keluarkan satu sen pun dalam meluaskan perniagaan anda. Itupun, jika andasendiri menulis artikel yang berkaitan.Oleh itu, saya ingin menambah sedikit tips-tips yang tidak saya bongkarkan dalam e-book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟. Di bawah adalah tips tambahan bagi tujuh asas dalampenulisan artikel: 1. TujuanAnda perlu tetapkan tujuan atau objektif dalam menulis sesebuah artikel. Untukmenjadikan objektif artikel anda tidak tersasar, binalah peta minda supaya penulisananda lebih berobjektif. Ya.. Peta minda sememangnya membantu dalam menulisdengan berobjektif.Semasa menulis artikel, pasti anda akan kerap merujuk kepada peta minda yang telahdirangka. Apabila anda banyak merujuk kepada peta minda itu, secara tidak sedar,minda anda akan sentiasa ingin menulis berkenaan hal-hal yang telah dirangka.Tanpa tujuan yang jelas, anda akan dinilai sebagai tidak pakar, amatur, tidak ikhlas danhanya pentingkan diri sendiri. M/S 8
  • 9. 2. IdeaSecara kasar, dalam menulis artikel, idea yang perlu dimasukkan adalah:  Kehendak pembaca melalui kajian yang dibuat.  Memberi jalan penyelesaian.  Beritahu perkara wajib yang perlu mereka ketahui.  Bongkarkan rahsia yang tidak pernah mereka tahu dan berikan rahsia yang betul-betul membantu mereka untuk berjaya.Selepas itu, untuk memantapkan lagi idea-idea anda, gunakan kata kunci yang segar,hangat dan dicari-cari oleh para pembaca. Buat sedikit kajian di Google AdwordsKeyword Tool atau Free Keywords.Jika anda ingin menulis artikel berkaitan buat duit di internet, masukkan kata kunci yangdifikirkan sesuai seperti „perniagaan internet‟ atau „pendapatan internet‟ dalam kotakanalisis yang disediakan oleh tool di atas.Kemudian, lihat hasil analisis sama ada kata kunci tersebut mendapat hit yang tinggiatau tidak. Jika kata kunci yang dipilih mendapat hit yang tinggi, gunakanlah kata kuncitersebut semaksimumnya dalam isi artikel anda kelak. Masukkan kata kunci tersebutdalam:  Tajuk artikel.  Ayat pertama artikel anda.  Setiap 100-150 patah perkataan yang ditulis.  Ayat terakhir artikel anda.  Anchor text atau link ke laman jualan anda. M/S 9
  • 10. Tetapi, jangan diletakkan terlalu banyak kata kunci ke dalam artikel anda. Ini kerana,enjin carian akan menyampah dengan artikel tersebut dan menendang keluar artikelanda dari senarai mereka.p/s: Jika anda begitu kering idea dan malas mencarinya, buatlah satu temuramahdengan usahawan internet pilihan anda. Dapatkan idea daripada mereka dan jadikanhasil temuramah itu sebagai artikel anda. 3. TajukSaya katakan tajuk adalah perkara paling penting dalam penulisan artikel. Tajuklahyang menentukan sama ada artikel anda akan dibaca atau tidak. Untuk mengetahuisama ada tajuk yang dipilih berkesan atau tidak, tanya diri anda sendiri dan rakanterdekat.Jika tajuk yang dipilih tidak juga memberi kesan kepada emosi pembaca, anda harusmenukar tajuk artikel menjadi lebih spesifik. Tulis tajuk anda sespesifik yang mungkin.Contoh: „Buat Duit Di Internet‟ kepada „Buat Duit Sebanyak RM 999 Sehari MelaluiInternet‟.Tambahkan nombor dalam tajuk artikel supaya ia kelihatan spesifik seperti „7 Cara BuatDuit…‟ atau „5 Teknik Buat Duit…‟ atau „RM 500 Sehari Dengan Internet…‟ dan banyaklagi yang difikirkan sesuai.Dengan membuat tajuk yang spesifik, pembaca pasti akan tertarik dan teruja untukmembaca keseluruhan artikel anda. Melalui tajuk yang dibaca, pembaca tahu merekaakan mendapat satu informasi yang sangat bernilai hanya dengan membaca artikelanda. M/S 10
  • 11. Untuk mendapatkan tajuk yang spesifik, senaraikan seberapa banyak tajuk untuksesuatu artikel terlebih dahulu. Kemudian, anda pilihlah tajuk yang terbaik dari kalangantajuk tersebut. 4. Pengenalan ArtikelTajuk artikel adalah janji-janji anda kepada pembaca. Manakala, pengenalan artikeladalah ayat yang perlu ditulis untuk menunjukkan anda bakal tunaikan janji-janji andaitu.Dalam erti kata lain, objektif pengenalan adalah bagi memastikan pembaca telahmembuat pilihan yang bijak dan tepat untuk membaca artikel anda. Objektif pengenalanjuga adalah untuk memberitahu bahawa terdapat informasi yang dicari dalam isi artikelyang bakal dibaca oleh pembaca.Jika pengenalan anda tersasar dari tajuk artikel, bila-bila masa sahaja pembaca akanmeninggalkan tulisan anda itu. Oleh yang demikian, susun dan tulislah pengenalananda sebaik yang mungkin dalam memberi jawapan kepada tajuk artikel.Salah satu kaedah yang baik dalam memulakan pengenalan adalah dengan memberipembaca satu soalan cepu emas ataupun fakta yang berkaitan. Soalan cepu emas ataufakta itu mestilah sesuatu yang dapat menarik lagi perhatian para pembaca.Contohnya: „Mahukah anda percaya jika saya katakan bahawa buat duit di internetadalah suatu kerja yang sangat mudah?‟ atau „Baru-baru ini, saya telah dikejutkandengan dari pihak Google bahawa saya berjaya meraih USD 500 melalui iklanadsense‟.Tetapi, jangan pula lupa untuk masukkan kata kunci dalam ayat pengenalan. Supayaenjin carian mudah mengesan bahawa terdapat perhubungan antara tajuk danpengenalan. M/S 11
  • 12. 5. Isi ArtikelSeperti yang diberitahu dalam e-book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟, isi artikel adalahsegala-galanya dalam penulisan artikel. Sentiasa sematkan dalam minda anda bahawa„content is king‟.Untuk memastikan pembaca mudah membaca artikel anda, tuliskan ayat yang pendek-pendek dan jadikan setiap perenggan seringkas yang mungkin tetapi padat denganinformasi.Gunakanlah nombor atau titik dalam penerangan topik yang dibincangkan. Denganberbuat demikian, mata pembaca tidak akan melilau dalam mencari informasi penting.Mata mereka juga akan lebih relaks dalam menghabiskan bacaan yang dibuat.Adakah anda dapat merasa perbezaan antara penulisan saya terhadap e-book ini dane-book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟? Dalam e-book ini, saya kerap menggunakanperenggan supaya anda merasakan lebih mudah untuk membaca  6. Penutup ArtikelDua perkara wajib yang perlu anda masukkan dalam penutup artikel yang berkesanadalah:  Buat rumusan atau kesimpulan tentang faedah atau keuntungan yang pembaca dapat setelah habis membaca artikel anda.  Berikan satu arahan kepada pembaca supaya bertindak.  Pastikan juga anda tulis dengan membuat pembaca merasa bimbang dengan sesuatu perkara. Kemudian, berikan jalan penyelesaian dengan meminta mereka mengunjungi laman jualan untuk membeli produk yang telah anda siapkan. M/S 12
  • 13. Untuk mengarah pembaca supaya membaca artikel anda hingga ke perengganpenutup, tulis artikel anda seperti membuat satu surat jualan untuk sesuatu produk.Wujudkan satu tekanan supaya pembaca membaca dan akhirnya membuat tindakanseperti yang dicadangkan. 7. Sumber ArtikelSejurus pembaca selesai membaca artikel anda, temukan mereka dengan sumberartikel yang telah dibaca. Jika anda ingin publish sesuatu artikel ke direktori artikel,pihak direktori artikel akan meminta anda untuk mengisi resource box yang disediakan.Resource box inilah anda perlu isikan dengan nama, laman jualan dan arahanbertindak. Sebab itulah saya meminta anda menyediakan satu penutup artikel yangberkesan. Jika anda menulis penutup dengan tidak menyatakan keuntungan yangdiperolehi, besar kemungkinan pembaca tidak mengikut arahan yang anda berikan.Saya ambil contoh tajuk artikel ‟5 Cara Buat Duit Di Internet‟. Saya akan tulis informasidalam resource box seperti ini; Penulis adalah seorang usahawan yang bertapak diwww.lamanjualan.com, oleh itu, jika anda serius untuk menjana pendapatan dariinternet, sila layari www.lamanjualan.com.Bagi saya, tidak kisahlah dinyatakan nama penulis terlebih dahulu ataupun lamanjualan anda. Apa yang penting? Letakkan link laman jualan anda supaya pembacamengambil tindakan dan jualan turut berlaku di sana. Seperkara lagi, gunakan ayat„maut‟ dalam memberi arahan supaya pembaca tidak menolak arahan yang diberikan. M/S 13
  • 14. BAB 2: Penggunaan Private Label Rights ArtikelSaya ingin berterus terang kepada anda. Saya sangat suka dan cinta kepada semuaproduk dan artikel yang berlesenkan Private Label Rights (PLR). Adakah anda tahuapakah maksud PLR?Private Label Rights atau PLR adalah sebuah lesen yang dikeluarkan oleh penciptabagi sesuatu produk ataupun artikel. Lesen PLR tersebut memberi 100% hak kepadapembeli untuk menjadikan produk atau artikel yang dibeli menjadi milik merekasepenuhnya.Sebab itulah saya sangat suka dan cinta kepada produk atau artikel PLR. Denganproduk PLR, saya boleh: 1. Jual semula produk tersebut dan mengaut keuntungan sepenuhnya. 2. Saya boleh jual produk berkenaan dengan memberikan lesen Resell Rights (RR) atau Master Resell Rights (MRR) sahaja. 3. Saya boleh letakkan nama saya sebagai pencipta produk tersebut. 4. Saya boleh cerai-ceraikan produk tersebut menjadi artikel untuk isi laman web atau blog saya. 5. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan produk PLR ini.Manakala, dengan artikel PLR, saya boleh: 1. Jual semula di forum-forum atau membina laman jualan sendiri. 2. Saya boleh letakkan nama saya sebagai penulis. 3. Saya boleh gabungkan artikel-artikel tersebut menjadi sebuah e-book. 4. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan artikel PLR ini. M/S 14
  • 15. Anda juga telah mendapat lesen PLR untuk e-book ini. Jadi, anda juga berhak untuklakukan apa sahaja terhadap e-book ini. Tetapi, sila rujuk dahulu lesen PLR yang sayasertakan sebelum mengambil tindakan seterusnya.Dengan mendapatkan artikel PLR, masalah dalam mendapatkan idea juga dapatdiselesaikan. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membuat kajian. Hanya denganmendapatkan artikel seperti ini, dalam sekelip mata artikel anda telah siap ditulis.Cuma satu sahaja masalah yang timbul, produk atau artikel dalam bahasa Melayuadalah sesuatu yang sukar untuk didapatkan. Produk atau artikel PLR bahasa Inggerissememangnya mudah untuk dicari. Dengan menggunakan enjin carian, taipkan sahaja„Free PLR Products‟. Nah.. Beratus-ratus senarai laman web yang menjadi sumber PLRakan diberikan.Jika laman web atau blog anda fokus kepada bahasa Inggeris, tiada masalah buat andadalam menggunakan terus produk atau artikel PLR ini. Jika laman web atau blog andadalam bahasa Melayu, anda harus terjemahkan dahulu kepada bahasa ibunda supayadapat digunakan.Walaupun begitu, terdapat kelemahan dalam menggunakan produk atau artikel PLR ini.Jika anda tidak mengubah langsung isi produk atau artikel PLR yang ingin digunakan,anda mungkin menghadapi masalah ketika menghantarnya ke direktori artikel.Pihak direktori artikel mungkin menolak artikel tersebut kerana artikel anda telah punwujud dalam direktori mereka. Oleh itu, cara terbaik untuk menggunakan produk atauartikel PLR ini, ubahkan susunan ayat yang asal supaya ia menjadi sebuah artikeloriginal.Artikel dari direktori artikel bukan berlesenkan PLR. Jangan di copy & paste sesuka hatiartikel dari sana untuk kegunaan laman web atau blog anda. Saya juga tidak M/S 15
  • 16. menggalakkan anda gunakan artikel dari direktori artikel untuk tujuan perkongsian dilaman web atau blog kerana:  Anda bakal hilang kredibiliti sebagai seorang penulis.  Anda bakal hilang sedikit hasil jualan di laman jualan.  Anda bakal hilang pembaca berkualiti terhadap laman anda.Gunakan artikel dari direktori artikel untuk mendapatkan idea sahaja. Lain-lainkegunaan adalah tidak digalakkan sepenuhnya. M/S 16
  • 17. BAB 3: Rahsia Pemasaran ArtikelTopik perbincangan seterusnya dalam e-book ini adalah perkara yang paling pentingsekali. Oleh itu, sebelum anda teruskan proses penggalian ilmu di sini, saya sarankansupaya anda bancuh secawan kopi kegemaran untuk menyegarkan minda anda.Sudah berkali-kali saya membuat pernyataan ini. Menulis sebuah artikel adalah suatukerja yang sangat mudah dilakukan. Penulisan artikel hanya melibatkan kerja memilihkata kunci yang betul, menggunakan tajuk yang baik, menulis isi artikel dengan teraturdan beremosi, membuat satu kesimpulan yang dapat membuatkan pembaca mengikutarahan, hasilnya anda berjaya menulis artikel yang unik dan berkualiti.Perkara yang masih belum difahami oleh kebanyakan usahawan internet adalah: 1. Apakah cara terbaik dalam menggunakan artikel tulisan mereka? 2. Bagaimana menggunakan artikel dengan betul untuk menjana pendapatan? dan 3. Bagaimana mempromosikan artikel supaya berjaya membuat jualan?Saya akan bincangkan ketiga-tiga perkara di atas dengan lebih terperinci. Supaya andadapat gunakan artikel yang ditulis semaksimum mungkin dalam menghasilkan jualan.Ya.. Di sinilah bermulanya pelajaran pemasaran artikel.Saya harap anda sudah bersedia untuk mencerna ilmu-ilmu di bawah. Jika belum,habiskan dahulu kopi kegemaran yang anda bancuh sebentar tadi  M/S 17
  • 18. Rahsia Pemasaran Artikel #1: Artikel Untuk Membina Kempen Pemasaran EmelTidak ramai usahawan internet tempatan yang menggunakan artikel-artikel yang telahmereka tulis untuk dijadikan kempen pemasaran emel. Kebanyakan daripada merekahanya menggunakan e-book sebagai umpan untuk mendapatkan senarai pelanggan.Oleh itu, jika anda ingin membuat sedikit kelainan, tuliskan sebanyak mungkin artikelberkenaan perniagaan internet. Kemudian, jadikan ia sebagai bonus bagi pelangganyang berminat menjadi subscribers anda.Setelah anda berjaya mengumpul senarai pelanggan lebih dari 500 orang, inilahmasanya untuk mencipta sebuah e-book blueprint berkaitan kejayaan anda hanyadengan menggunakan artikel. Dengan menghasilkan e-book blueprint anda itu, sayayakin, pasti ramai yang berebut-rebut untuk membaca hasil kejayaan anda itu.Secara tidak langsung, anda bakal berjaya menambah bilangan pelanggan danmenjenamakan diri anda sebagai penulis artikel yang berkredibiliti.Selepas berjaya mengumpul senarai pelanggan untuk perniagaan anda, hantarkanbeberapa siri artikel berkaitan perniagaan internet kepada mereka. Benarkan merekamenggunakan artikel yang dihantar melalui emel itu untuk dijadikan bahan perniagaanmereka juga.Apabila berbuat demikian, mereka pasti bertukar menjadi pelanggan yang ternanti-nantisesuatu daripada anda. Pada masa inilah, anda mempromosikan produk-produk yangtelah anda cipta untuk mereka.Saya memberikan cadangan sebegini kerana saya amat rimas terhadap sikapsesetengah usahawan internet tempatan. Mereka menghantar emel hanya untukmempromosi produk sendiri atau affiliate sahaja. Sebab itulah saya telah unsubscribe M/S 18
  • 19. dari senarai pelanggan mereka. Nasihat saya, anda juga jangan berbuat begini apabilamempunyai senarai pelanggan kelak. Lain pelanggan, lain hatinya.Untuk mula membina kempen pemasaran emel, anda perlukan sistem autoresponder(AR). Antara AR yang terbaik pada masa kini adalah: 1. GetResponse 2. Aweber 3. Trafficwave 4. NorabotsSelepas anda melanggan dengan salah satu AR di atas, jangan bertangguh, mulakankempen anda. Berikan informasi-informasi berkualiti kepada pelanggan anda. Janganlupa, jagalah hati mereka dengan memberikan beberapa artikel dan e-book percumauntuk membina hubungan baik antara dua hala. M/S 19
  • 20. Rahsia Pemasaran Artikel #2: Artikel Untuk Kandungan BlogUsahawan internet selalu membincangkan hal-hal berkaitan enjin carian dengan artikelyang ditulis tetapi di copy & paste. Hal ini dibincangkan kerana kerap kali sesetengahusahawan merungut tidak mendapat kedudukan teratas enjin carian disebabkan artikelmereka telah di copy & paste.Hal sebegini terjadi apabila anda tidak melindungi artikel yang ditulis. Apabila andabersikap endah tak endah terhadap sesetengah pembaca yang suka mengambil artikelanda tanpa kebenaran, anda pasti tidak akan dianggap sebagai sumber asal bagisesebuah artikel yang ditulis.Oleh itu, untuk mengelakkan perkara di atas daripada berlaku, setelah anda siapmenulis sesebuah artikel, jangan dihantar terus artikel tersebut ke direktori artikel.Postkan terlebih dahulu di blog anda. Perkara ini dibuat untuk membiarkan enjin cariansedar tentang kewujudan artikel anda terlebih dahulu.Berikan masa kepada enjin carian untuk melabelkan anda sebagai sumber bagi artikelyang berkenaan. Untuk itu, saya cadangkan supaya anda menggunakan Copyspacesebagai pelindung kepada artikel-artikel yang ditulis.Dengan menggunakan Copyspace, sistem ini akan sedikit sebanyak melindungi artikelanda daripada digunakan sesuka hati oleh pihak lain. Pelajari Copyspace dengan lebihlanjut di sini.Jika anda dapati terdapat penulis lain yang menggunakan artikel anda tetapi tidakmemberikan kredit kepada tulisan anda itu, tuliskan satu laporan dan buatlah laporankepada pihak direktori artikel. Jika penulis berkenaan masih tidak berikan juga kreditkepada anda, laporkan pula kepada pihak enjin carian. M/S 20
  • 21. Dengan melaporkan kejadian copy & paste ini kepada enjin carian, pihak enjin carianakan memastikan artikel yang di copy & paste itu tidak muncul dalam senarai enjincarian mereka. Dalam bahasa mudahnya, laman penulis copy & paste itu akandiblacklist oleh mereka.Kemudian, selepas tiga ke tujuh hari, barulah anda hantarkan artikel ditulis ke direktoriartikel. Dengan berbuat begini, enjin carian dapat mengenal pasti dari manakah sumbersesebuah artikel yang berkenaan.Hal ini sekaligus dapat mengurangkan persaingan dengan penulis copy & paste dalammerebut tempat teratas enjin carian.Penulis copy & paste yang dimaksudkan di sini ialah seseorang yang mengambil artikelanda tetapi tidak mengakui anda sebagai penulis asal. Penulis seperti ini akanmengaku bahawa artikel itu adalah artikel mereka. Anda jangan menjadi penulis sepertiini ya!Bagi artikel yang hendak dipostkan ke blog, ubahlah sedikit bahagian pengenalan danpenutup. Jangan dipost artikel yang berformatkan ciri-ciri formal seperti dikehendakioleh direktori artikel. Isi blog adalah hak anda. Andalah yang tentukan format bagikandungan blog persendirian.Jangan dilupa untuk selitkan link-link affiliate ke dalam artikel yang dipost ke blog anda.Buatkan link-link affiliate itu dalam bentuk anchor text supaya link-link berkenaan tidakterdedah begitu sahaja.Satu lagi sebab saya meminta anda supaya post artikel di blog dahulu adalah keranauntuk mewujudkan permintaan. Baik, pada mulanya anda menulis artikel untukmenjawab sesuatu permintaan berdasarkan kajian yang telah dibuat. M/S 21
  • 22. Tetapi, jika anda tulis dan post artikel di blog dahulu, pasti terdapat pembaca yangmemberi komen seperti bertanyakan soalan dan berbagai lagi. Dengan timbulnyasoalan, telah wujud permintaan yang meminta anda untuk menjawab soalan-soalanyang berkenaan.Dengan wujudnya soalan-soalan itu, anda tidak perlu membuat kajian di merata-ratatempat lagi. Anda hanya perlu fokus kepada soalan-soalan tersebut. Bahkan, melaluisoalan-soalan itu juga, idea untuk menulis artikel baru telah sedia untuk digunakan.Apabila anda menjawab soalan-soalan atau permintaan yang diajukan, pasti pembacasemakin suka kepada tulisan anda. Hal ini jelas menunjukkan, pemasaran artikel yangdibuat bergerak lancar dan berkesan. Sekaligus, anda bakal dipandang sebagaiseorang usahawan internet yang berkredibiliti! M/S 22
  • 23. Rahsia Pemasaran Artikel #3: Bina Artikel BerangkaiKebiasannya, apabila idea anda terlalu banyak, artikel yang ditulis juga tersangatlahpanjang. Oleh itu, untuk kurangkan kepanjangan artikel yang ditulis, saya cadangkansupaya anda membina artikel berangkai.Maksud artikel berangkai di sini ialah artikel-artikel yang ditulis mempunyai hubungkaitdan bersambung-sambung. Contohnya: Artikel bertajuk „Bahagian 1: Buat Duit DiInternet‟ mestilah mempunyai sambungan artikel dengan tajuk „Bahagian 2: Buat Duit Diinternet‟.Ianya bagaikan sebuah cerita drama yang bermain di kebanyakan siaran TV. Hari inianda keluarkan cara satu buat duit di internet. Minggu depan anda buat sambungannyadan berikan kepada pembaca untuk menghabiskan cerita yang dibaca.Dengan berbuat begini, pembaca pasti merasa tidak sabar untuk mengetahui episodseterusnya. Tetapi dengan syarat, anda harus menulis episod pertama penuh dengankeraguan, pertanyaan dan lain-lain emosi lagi kepada pembaca. Apabila timbulnyaemosi seperti itu, sudah pasti pembaca ternanti-nanti tulisan anda yang seterusnya.Jika anda mempunyai idea untuk artikel sebegini, tuliskan di akhir ayat dan katakankepada mereka bahawa terdapat sambungan bagi topik yang dibaca. Untuk artikel yangdihantar ke direktori artikel, letakkan link bagi artikel sambungan dalam resource boxanda.Tetapi, jangan berikan link yang terus membawa pembaca untuk membaca episodseterusnya. Taktiknya, anda bawa mereka ke laman squeeze atau minisite anda. Mintamereka untuk mengisikan borang opt-in anda jika ingin membaca episod-episod yanglain. M/S 23
  • 24. Dengan berbuat sedemikian, anda bakal berjaya dalam mengumpul emel pembaca dansekaligus menjadikan mereka pelanggan anda. Mudah bukan untuk menarik pembacamenjadi pelanggan? Untuk hal ini, anda hanya perlu kreatif dan bijak dalam mengambilpeluang.Selepas mereka mengisi borang opt-in anda, barulah berikan kepada pembaca artikelsambungan yang dinanti-nantikan itu. Dalam artikel sambungan tersebut, selitkan jugalink-link affiliate anda.Nyatakan sekali sebab-sebab mereka harus dapatkan produk-produk yang disyorkan.Supaya promosi anda berjaya menghasilkan jualan dan tidak menjadi sia-sia. M/S 24
  • 25. Rahsia Pemasaran Artikel #4: Artikel Dengan Gambar & VideoJika anda sering berkunjung ke blog-blog perniagaan internet masa kini, ramai di antarablogger telah mula meletakkan gambar dan video pada setiap artikel yang di publish.Jadi, saya juga mencadangkan supaya anda turut menggunakan gambar dan videountuk artikel perniagaan anda.Tetapi kebiasaannya, direktori artikel tidak menerima sebarang gambar atau videodalam artikel yang ingin dihantar. Oleh itu, masukkan link-link gambar atau video yangingin anda tunjukkan kepada pembaca dalam resource box. Tuliskan begini:„Layari www.lamanvideoartikelanda.com untuk menonton satu video tutorial berkenaanpenggunaan noktah yang berkesan dalam menulis artikel‟.Kesan dan tujuan penggunaan gambar atau video dalam sesebuah artikel adalah samaiaitu untuk menambahkan lagi keberkesanan tulisan anda. Gambar atau videosememangnya terbukti memberi impak yang kekal terhadap minda pembaca.Fakta ini memang tidak dapat disanggah lagi. Hal ini kerana, perasaan manusiasememangnya cepat penat untuk membaca teks yang penuh dengan tulisan sahaja.Jadi, mereka akan lebih terhibur jika dapat membaca sambil melihat gambar-gambaratau video yang berkaitan dengan artikel anda. M/S 25
  • 26. Rahsia Pemasaran Artikel #5: Hantar Artikel Ke Direktori ArtikelIngat! Hantar artikel anda ke direktori artikel selepas hari ketiga atau ketujuh setelahartikel berkenaan berada di blog anda.Baiklah, saya terus berikan kepada anda direktori-direktori yang menjadi tumpuanpembaca dari seluruh dunia. Berikut adalah direktori artikel yang saya maksudkan: 1. Ezine Articles 2. GoArticles 3. Article City 4. Isnare 5. Idea Marketers 6. Article Central 7. Article Hub 8. Article Warehouse 9. Author Connection 10. Zongoo 11. Content Desk 12. Article Emporium 13. Reprint ArticlesHantarlah artikel-artikel anda kesemua direktori artikel yang saya senaraikan di atas.Hal ini membolehkan dan memudahkan umum mengetahui tentang kewujudan anda dialam maya ini.Untuk menghantar artikel ke direktori-direktori di atas, anda perlu mendaftar terlebihdahulu. Selepas itu, barulah anda dibenarkan untuk menghantar artikel anda supayadapat dibaca oleh orang lain. Jangan lupa untuk isi resource box anda nanti ya! M/S 26
  • 27. Antara 13 direktori artikel di atas, Ezine Articles adalah direktori yang paling disukaioleh enjin carian khususnya Google. Ini adalah fakta yang wajib anda tahu!Google sukakan Ezine Articles kerana ramai penulis yang suka publishkan artikelmereka di sana. Oleh kerana Ezine Articles padat dengan informasi-informasi yangterkini, Google telah memilih direktori ini sebagai pusat pertama untuk diindeks olehmereka.Dengan menghantar artikel ke Ezine Articles jugalah, jika anda memilih danmenggunakan kata kunci yang betul, artikel anda pasti diletakkan di senarai tertinggioleh enjin carian.Terdapat satu perkara sahaja yang saya tidak suka terhadap Ezine Articles. Direktori initidak menerima artikel yang ditulis selain dari bahasa Inggeris. Leceh bukan? Tetapi, itutidak mengapa. Tidak semua direktori di atas hanya menerima artikel dalam bahasaInggeris.Jika anda mempunyai banyak artikel yang ingin dihantar ke direktori-direktori pilihan,untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran anda, gunakan software article submitteryang disertakan sekali dengan e-book ini.Laman-Laman SosialSaya dapat rasakan anda sedikit resah selepas saya mengatakan Ezine Articles hanyamenerima artikel dalam bahasa Inggeris sahaja. Jangan anda bimbang, sayamempunyai satu rahsia yang sangat besar untuk anda. Sebab itulah anda beruntungkerana dapatkan e-book „Rahsia Pemasaran Artikel‟ ini.Kini, laman-laman sosial telah menjadi satu medium yang amat luas dalam berinteraksidengan rakan-rakan anda. Tidak kiralah anda menggunakan Facebook, Friendster, M/S 27
  • 28. MySpace, Social Bookmark seperti Digg, Technorati, Squidoo, del.ici.ous, StumbleUpon dan banyak lagi.Jika anda bertanya kepada 10 rakan anda sama ada mereka mempunyai akaun untuklaman-laman tersebut, saya pasti, sembilan daripada mereka akan menjawab „mestilahaku ada, nanti engkau add aku ya!‟.Lihatlah, betapa berkuasanya laman-laman sosial tersebut pada masa sekarang. Olehitu, saya cadangkan kepada anda supaya gunakanlah laman-laman itu dalammenonjolkan artikel anda sekaligus menarik traffik yang tinggi ke laman jualan anda.Sebab itu saya mengatakan kepada anda jangan dibimbang dengan polisi EzineArticles itu. Ini kerana, Google juga sukakan kepada laman-laman sosial seperti yangdisebut. Antara laman sosial yang digemari oleh Google ialah Squidoo.Squidoo ialah sebuah Social Bookmark yang lebih berkonsepkan kepada perkongsianilmu. Interfacenya pula lebih menyerupai laman utama blog anda. Sesebuah artikelyang dikongsi di Squidoo dikenali sebagai „lens‟ atau „lensa‟. M/S 28
  • 29. Lihat contoh lensa di bawah: Tajuk Lensa/Artikel Lensa/Artikel AndaBahkan, dengan mempublish artikel anda ke Squidoo, lensa anda mampu menendangdan merampas kedudukan tertinggi dari pesaing-pesaing anda. Bagaimana untuk andamaksimumkan penggunaan Squidoo ini? Untuk itu, dapatkan produk Squidoo Assasinyang dikeluarkan oleh sahabat digital saya iaitu saudara Aurora Ice di sini.Satu lagi Social Bookmark yang juga digemari oleh Google ialah laman Digg. Diggmerupakan sebuah laman yang berkonsepkan perkongsian ilmu juga. Jika andaberkongsikan artikel di sana, Digg turut memberikan backlink kepada laman web ataublog anda.Untuk mendapat perhatian dari warga Digg, anda perlu menyediakan sebuah artikeldengan tajuk yang sangat panas! Jika artikel anda disukai oleh para pembaca, merekaakan memberi rating kepada artikel tersebut. Konsep rating diberi adalah melalui jumlahDigg yang ditekan oleh pembaca-pembaca.Semakin banyak artikel anda mendapat Digg, semakin cerahlah artikel anda untukterpapar di muka hadapan laman Digg itu. Lihat contoh di bawah: M/S 29
  • 30. Jumlah Digg!!Walaubagaimanapun, laman Digg ini masih belum mendapat tempat di hati rakyatMalaysia. Tetapi, bilangan rakyat Malaysia menggunakan laman ini semakin harisemakin meningkat. Jangan pula anda memandang rendah terhadap Digg pula ya!Oleh itu, untuk permulaan, saya cadangkan supaya anda menggunakan MalaysianDigg terlebih dahulu. Konsepnya juga sama seperti laman Digg antarabangsa. DenganMalaysian Digg, anda dapat fokus kepada pasaran tempatan 100%.Selain dari kedua-dua laman Social Bookmark di atas, laman sosial Facebook jugadapat digunakan untuk menonjolkan artikel tulisan anda. Dalam masa yang sama, andajuga bakal memperolehi traffik dari sana. M/S 30
  • 31. Untuk meletakkan artikel anda di Facebook, anda perlukan function „Notes‟ di profileanda. Lihat contoh di bawah: Anda perlu mempunyai function ‘Notes’ ini!!Jika pada asalnya anda tidak mempunyai function „Notes‟ itu, sila klik pada simbol (+)untuk paparkan function „Notes‟ dari pilihan yang diberikan.Selepas anda letakkan artikel di „Notes‟ tersebut, tagkan artikel anda itu kepada rakan-rakan anda. Untuk membuat tag, gunakan function tag seperti di bawah: Gunakan function tag ini dan taglah seramai mungkin rakan-rakan anda!Pada hujung artikel tersebut, jangan lupa untuk letakkan link ke laman jualan anda. Jikaterdapat rakan atau pembaca yang berminat, mereka pasti akan klik dan berkunjung kesana.Oleh itu, applikasikan laman-laman sosial ini untuk tujuan promosi melalui artikel yangditulis. Jangan mendaftar di laman-laman sosial itu untuk bersosial sahaja. Gunakanpeluang seperti ini untuk memajukan perniagaan internet anda! M/S 31
  • 32. Rahsia Pemasaran Artikel #6: Kesan Keberkesanan ArtikelBaik, ini adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan selepas anda menghantar artikelke direktori-direktori yang dibincangkan di atas.Anda WAJIB kesan keberkesanan tulisan anda! Adakah tulisan anda telah dibaca olehpara pembaca yang anda khususkan? Adakah pembaca tertarik dengan tulisan anda?Adakah pembaca mengambil tindakan selepas membaca artikel anda? Cara untukmengesan keberkesanan artikel anda adalah seperti berikut: 1. Jika anda menghantar artikel ke direktori artikel seperti Ezine Articles, perhatikan jumlah „View‟ yang anda terima dari pengunjung-pengunjung direktori artikel. 2. Jika anda meletakkan artikel anda di Squidoo, pihak Squidoo telah menyediakan „Tools‟ untuk anda kesan bilangan „View‟ yang diterima dalam masa-masa tertentu. 3. Jika anda letakkan artikel di laman Digg, perhatikan jumlah Digg yang anda terima. 4. Periksa traffik laman web atau blog anda melalui tool yang disediakan di Cpanel. 5. Periksa jumlah pelanggan yang telah subscribe melalui autoresponder anda.Seandainya artikel anda mendapat „View‟, Digg, jumlah pengunjung dan pelangganyang rendah, jangan berlengah lagi! Ambil tindakan segera dengan mengubah artikel-artikel anda supaya menjadi lebih menarik dan berinformasi.Jika anda tidak membuat sebarang perubahan, saya pasti, para pembaca tidak akanmembaca langsung artikel-artikel anda yang lain. Oleh itu, buatlah perubahan untukmenaikkan ranking laman jualan anda di enjin carian. M/S 32
  • 33. BAB 4: KesimpulanSelepas anda baca dan fahami teknik-teknik pemasaran artikel yang terkandung dalame-book ini, pastikan anda bertindak. Dengan bertindak sahajalah anda dapat merubaharus perniagaan internet yang dijalankan!Selepas anda bertindak, anda bakal menyaksikan perubahan mendadak terhadapjumlah traffik ke laman jualan anda. Untuk menambah lagi traffik ke laman jualan anda,banyakkan lagi artikel yang unik dan berkualiti.Semakin banyak anda tulis artikel dan publish, semakin bertambahlah pengunjung danpelanggan ke laman jualan anda!Saya suka mengingatkan kepada anda bahawa teknik pemasaran artikel adalah sangatefektif dan berkesan dalam mendapatkan traffik yang banyak ke sesebuah lamanjualan. Tambah-tambah lagi, teknik ini adalah percuma! Mengapa anda inginmengabaikan teknik ini pula?Oleh itu, manfaatkan teknik-teknik yang ditunjukkan dalam e-book ini dan akhir kata darisaya, „Selamat Mencuba & Berusahalah Untuk Sampai Ke Puncak Kejayaan!‟.Sekian, terima kasih. M/S 33
  • 34. Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya andaseorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihatsecara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskanmembaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.info M/S 34
  • 35. http://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.com M/S 35