Panduan Promosi Di Facebook oleh Neal Izham
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Panduan Promosi Di Facebook oleh Neal Izham

on

  • 2,638 views

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Statistics

Views

Total Views
2,638
Views on SlideShare
2,633
Embed Views
5

Actions

Likes
1
Downloads
211
Comments
0

1 Embed 5

http://tone-excel.net 5

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Panduan Promosi Di Facebook oleh Neal Izham Panduan Promosi Di Facebook oleh Neal Izham Document Transcript

  • Panduan promosi di Facebook.
  • NOTIS & HAKPenulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkane-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiapfakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlakudi dunia internet kini.Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendirioleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasiyang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yangterasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akandiambil perhatian.Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama sepertipenulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehaninformasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untukmenjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yangprofessional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan halkewangan.Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalammembuat bacaan.
  • BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyaiminat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernahberjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliaumula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milikayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telahmenjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban duniaICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliaubertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
  • Bahagian Pertama: Promosi di Facebook.Facebook! Facebook! Facebook! Itulah perkataan yang meniti di bibirkebanyakan manusia di dunia ini. Setiap hari, berebut-rebut akaunFacebook di buka. Baik individu atau badan korporat, semuanyamenggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi.Sehingga ebook ini di tulis, penggunaan Facebook telah mengatasipenggunaan google di Malaysia. Ini di sebabkan platform Facebook itusendiri yang senang untuk di gunakan kerana ia boleh dicapai melaluihandphone dan komputer. Jadi, Facebook seolah-olah menjadikeperluan bagi setiap individu yang memiliki komputer danhandphone.Pencapaian Facebook ini telah menarik lebih ramai individu atau badankorporat untuk melakukan pengiklanan di Facebook.Sama juga sepertidi Yahoo dan Google, anda perlu ada strategi pengiklanan untukmemastikan kempen anda berjalan dengan lancar.Di dalam ebook ringkas ini, anda akan di bawa untuk mengetahui tipsdan teknik melakukan pengiklanan di Facebook.
  • Jangan berharap pada…….Untuk pengetahuan anda, ebook ini tidak akan membincangkan teknikuntuk menghasilkan iklan yang kreatif melalui Facebook Ads, tetapi ialebih kepada teknik yang luar dari biasa.Anda akan lebih faham…Anda akan lebih faham teknik promosi di Facebook ini melalui kajiankes yang di jalankan ke atas syarikat Zynga iaitu syarikat yangmenjana ratusan juta ringgit melalui permainan Farmville. Sebelumitu, mari kita lihat bagaimana Facebook Ads boleh membantu dalamperniagaan anda.Pengenalan pada Facebook Ads…Ali berminat dengan permainan futsal dan meletakkan maklumattersebut di dalam profailnya. Oleh kerana Ali berminat dengan futsal,kebanyakan kawan Ali di dalam Facebook juga meminati futsal.Mereka selalu berbincang mengenai permainan futsal di dindingmereka.
  • Abu pula adalah seorang ahli perniagaan, beliau baru sahajamengimport kasut dan bola futsal dari Jerman. Di sebabkan cadangandari rakan, beliau mula melakukan promosinya produknya diFacebook.Oleh itu, beliau mula menulis iklan di Facebook Ads. Kehebatanteknologi Insight yang ada pada Facebook, membolehkan iklannyamencapai pada prospek yang tepat. Oleh kerana Ali menyatakanminatnya pada futsal, iklan yang di buat oleh Abu akan di paparkan dilaman Facebook Ali.Ali yang ternampak iklan tersebut terus menekan pada iklan tersebutdan oleh kerana cintanya pada sukan Futsal, beliau juga menekanbutang ‘Like’ di iklan tersebut. Aktiviti itu dapat di kesan olehFacebook dan mula memaparkan iklan tersebut pada rakan-rakan Ali.Oleh kerana ada nama Ali pada iklan tersebut yang menyatakan Alimenekan ‘Like’, kawan Ali lebih yakin akan iklan tersebut dan klik padaiklan tersebut. Kebetulan, kawan Ali pun berminat dan menekanbutang ‘Like’ pada iklan tersebut. Jadi, iklan tersebut mula di paparkanpada kawan kepada kawan Ali. Begitulah seterusnya.
  • Kajian Kes: Teknik Pengiklanan Farmville.Untuk pengetahuan anda, Farmville telah menjana jutaan ringgitdengan hanya menggunakan platform Facebook semata-mata. Padapermulaan, syarikat Zynga melihat Facebook adalah sesuatuberpotensi untuk buat duit, lalu mereka mencipta permainan yang...  Ringkas dan mampu membuatkan si pemainnya ketagih  Ada penggunaan barang di dalam permainan seperti bangunan, binatang, tumbuhan dan barang-barang lain.  Ada dua bahagian iaitu percuma dan berbayar. Pemain di minta untuk melakukan pembayaran jika mereka mahu memiliki barangan atau kemahiran tertentu.  Membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain yang lain seperti ‘Add Neighbour’ atau invite.  Memastikan fungsi Neighbour senang untuk di gunakan.Permainan tersebut adalah Farmville. Sekarang mari kita lihatbagaimana Farmville di popularkan melalui Facebook Ads.
  • Farmville di Facebook Ads….Mereka tidak menulis iklan tentang aktiviti berbayar yang ada padapermainan tersebut. Tetapi mereka menulis iklan mengenai permainanpercuma tersebut. Pada permulaan, mereka menarik perhatianpengguna Facebook yang sukakan permainan online dan mereka yangberminat dengan aktiviti berkebun.Permainan Farmville sungguh menarik dan menyebabkan kumpulanpertama ini mula melakukan pembayaran menggunakan duit sebenaruntuk memperoleh barangan yang lebih bagus. Mereka mula ketagihdan mula mengajak rakan-rakan mereka untuk bermain sama.Fungsi Invite yang ada pada Farmville menjadikan permainan initersebar dengan sungguh pantas. Permainan Farmville mara setapaklagi dalam pemasaran viral ini apabila mereka meletakkan fungsiuntuk memaksa pemain mempunyai neighbor jika mereka inginmengembangkan permainan mereka.Kini, Farmville telah menjadi antara permainan utama yang ada diFacebook dan telah menjana jutaan ringgit melalui jualan barang didalamnya. Facebook juga mempunyai fungsi Fan dan ia di manfaatkansepenuhnya oleh Farmville untuk menjadikan ia lebih viral. Sehinggakini Farmville Fans telah mengjangkau lebih 20 juta.
  • Kepentingan untuk merancang….Jika anda perhatikan syarikat Zynga telah melakukan kajian danmengenal pasti fungsi Facebook sepenuhnya sebelum merekamelancarkan perniagaan. Mereka juga telah merancang teknikpengiklanan yang sempurna di Facebook.Seperti mereka, anda juga perlu kaji pasaran dan pesaing anda diFacebook sebelum mempromosikan produk anda di sana. Gunakanaplikasi Fans, Group dan Facebook Ads itu sendiri untuk memviralkanlagi pengiklanan anda.Sebelum anda beriklan di Facebook, anda perlu ingat. Facebook adalahpusat sosial dan kebanyakan mereka di sini suka akan hiburan.Pastikan iklan anda mempunyai ciri seperti ini.
  • Bahagian Kedua: Beriklan di Facebook.Platform Facebook.Untuk pengetahuan anda, pihak Facebook membenarkan sesiapasahaja untuk mencipta widgets atau applikasi untuk di gunakan olehpengguna facebook menerusi direktori aplikasi. Jadi, anda juga bolehmencipta satu aplikasi untuk perniagaan anda.Jika ada pengguna yang berminat dengan aplikasi anda, mereka akangunakannya dan akan di pamerkan di dinding mereka. Seterusnya,kawan mereka akan nampak aplikasi anda, dan mereka juga akangunakannya. Begitulah seterusnya.Mereka juga boleh meletakkan aplikasi dan widget di laman merekadan mereka juga boleh membuangnya. Jika mereka suka akan aplikasianda, mereka akan menekan like dan ini akan menaikkan reputasianda dan jika mereka dapati aplikasi anda mengarut dan tidakmembawa kebaikan, mereka boleh report.Begitu juga dengan pengiklanan di sebelah kanan laman profailmereka. Jika ada iklan yang mereka tidak suka, mereka boleh memilih
  • untuk tidak menerima iklan itu lagi. Jika mereka tekan like, iklan yangdalam kategori yang sama akan keluar berkali-kali lagi ke lamanmereka.Ini membantu anda sebagai Internet Marketer kerana Facebookmembantu anda untuk mencari prospek yang benar-benar kenadengan anda. Melalui teknologi Insight, mereka dapat melihat kategorimana atau topik mana yang menjadi perhatian bagi setiap profail.Tiga perkara penting.Ada tiga perkara yang anda perlu perhatikan ketika beriklan diFacebook iaitu iklan anda haruslah bercirikan...  Sosial dan mesra pengguna.  Seronok bagi pengguna Facebook.  Ada daya minat yang tinggi.Anda perlu peka, Facebook adalah tempat manusia untuk bersosial.Mereka menggunakan Facebook secara santai, jadi mereka tidaksukakan sesuatu yang terlalu serius. Mereka takkan menggunakanFacebook untuk membeli kasut bola kerana mereka akan guna googleuntuk mencari kedai kasut bukannya Facebook.
  • Maka, promosi yang anda akan jalankan haruslah bercirikan 3 di atas.Jika anda perasa strategi Farmville, mereka tidak melakukan iklansecara langsung, tetapi tidak langsung. Beri pengguna Facebooksesuatu yang anda senang untuk di perkatakan kerana ia bakalmemberi penyebaran viral kepada anda.Facebook membenarkan anda untuk mewujudkan komuniti andasendiri menerusi aplikasi Group. Anda juga boleh membuka Fan Pageuntuk diri sendiri, syarikat atau apa sahaja organisasi yang andasertai. Menarik bukan?
  • Membina iklan di Facebook Ads.Fokus utama di bahagian ini adalah untuk membimbing andabagaimana hendak menulis dan membina kempen pengiklanan diFacebook Ads.Untuk membina kempen pengiklanan di Facebook Ads, ia tidaklahsukar, malah sesenang 123 sahaja. Sebelum itu, saya ingin ingatkananda, pengiklanan di Facebook Ads memerlukan masa untuk andamengetahui teknik apa yang berkesan bagi produk anda.Situasi ini adalah sama dengan adwords, di mana anda perlumembelanjakan sejumlah wang dahulu sebelum benar-benar menemuirentak dalam kempen pengiklanan anda. Rancang kempen andadahulu. Kaji pesaing anda dan lihat bagaimana mereka menulis ayatiklan.Pertama, anda lawat laman pengiklanan Facebook Advertising atau klikpada ‘Create an Ad’ untuk di bawa ke laman pengiklanan. Di sanaanda akan lihat seperti laman di bawah.
  • Di sini anda dapat lihat ada empat Tab iaitu overview, prepare, step bystep dan case studies. Untuk permulaan, anda lawat setiap tabmengikut urutan. Anda baca maklumat yang di beri dan fahamkan. Disini terdapat tips dan panduan untuk anda ikut ketika beriklan diFacebook.Maklumat di sana adalah Up to date dan tidak dapat saya huraikan disini. Di sana, anda fahamkan faktor-faktor yang akan bolehmemperngaruhi iklan anda. Kalau boleh catat nota. Yang penting,
  • maklumat di sini boleh membantu anda untuk membina iklan yangconvert.Kos pengiklanan di Facebook Ads.Kos pengiklanan di sini tidaklah terlalu murah dan juga tidaklah terlalumahal. Anda ada dua pilihan iaitu membayar secara  Pay per Click Anda perlu bayar bagi setiap iklan yang di klik.  Pay per 1000 impression. Anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan iklan yang anda terima.
  • Pengiklanan di sini memang boleh memberi keuntungan kepada andakerana Facebook juga boleh di layari menerusi Handphone dan iklananda juga akan tersebar di sana. Untuk untung besar, anda perluberani untuk melabur dan saya rasa Facebook Ads tidak akanmenghampakan anda.Anda boleh pilih sama ada untuk menolak terus dari akaun kad kreditanda ataupun membayar dahulu kredit iklan. Pastikan anda periksalimit iklan anda. Anda boleh lihat di bahagian daily budget dan setkanpada angka yang anda mampu. Awas! Jika anda terlewat bayar, akaunanda akan di tutup serta merta.Biasanya saya akan setkan pada angka yang tinggi iaitu 0.30 USD bagisetiap 1000 paparan dan saya setkan pada 10 USD sehari. Dari 1000paparan ini, biasanya saya akan menerima 5 hingga 7 klik. Saya letakbudget yang agak tinggi kerana mengikut pengalaman saya, iklananda akan lebih cepat di approve jika anda membayar pada hargayang tinggi.Selepas dua hingga tiga hari, saya akan rendahkan harga iklan sayakepada 0.20 USD sehari. Selama sebulan, saya akan biarkan iklansaya berjalan di Facebook Ads tanpa di selia. Jika anda bertanyakepada saya adakah saya perlu ada modal yang besar untuk beriklan
  • di Facebook Ads, saya akan jawab ya. Untuk permulaan, andaperlukan modal dari RM 1000 hingga RM 2000 untuk membolehkanpelaburan anda berbaloi. Ini kerana pada awalnya, anda perlu sedikitwang untuk cuba dan lihat.Sistem tracking iklan di Facebook.Di Facebook Ads, anda boleh gunakan sepenuhnya sistem FacebookInsights.Di Facebook Insight, anda boleh lihat berapa paparan atau impressionyang anda terima dan juga berapa click yang anda terima mengikutkeadaan semasa. Setiap hari anda periksa prestasi klik anda supayaanda tidak mengalami kerugian. Pada permulaan, jumlah klik yang diterima mungkin kurang. Selalunya selepas seminggu jumlah klik yangdi terima anda akan mulai stabil.Satu lagi perkara yang anda perlu tahu.Sebelum anda ingin memulakan kempen iklan anda di Facebook,pastikan anda menimbang perkara berikut.
  • Di Facebook Ads, anda boleh pilih golongan mana yang akanmenerima iklan dari anda. Pilih negara yang betul. Jika produk andauntuk golongan umur pertengahan, pastikan anda set umur pada jarakyang betul.Kalau anda ingin menjual barangan lelaki, pastikan anda setkanjantinnya. Di sini pemilihan keywords adalah berlainan dari Pay perClick yang lain kerana di sini bukanlah concentrated targeted iaitumereka di Facebook tidak mencari sesuatu menggunakan Facebook,berbeza dengan Google di mana kita gunakan ia untuk mencarisesuatu.Jika produk yang anda ingin promosikan adalah berkisar untuk pelajaruniversiti, anda boleh masukkan semua nama IPTA dan IPTS dannegara ini dalam bahagian keyword. Jikalau ada Fan Page atau groupyang mempunyai keyword sama dengan anda Iklan anda akan munculdi sana. Begitu juga dengan individu yang menulis maklumateducation di profail mereka.
  • Kategori lain-lain anda boleh lihat dengan sendiri. Selalunya saya akanmembuat beberapa kempen dan setkan setting yang berbeza-beza.Kemudian saya akan utamakan setting yang memberi conversion yangtinggi.Bagaimana pihak Facebook meluluskan Iklan?Biasanya, iklan anda akan di luluskan dalam masa 24 jam. Merekaakan lihat iklan anda secara menyeluruh dan akan menentukan samaada iklan anda layak untuk di tayangkan atau tidak. Jika iklan anda diluluskan, anda akan di maklumkan menerusi emel dan akan disertakan sebabnya.Facebook Fans.Jika di laman web internet biasa. Untuk anda mengumpul list, andaperlu ada squeeze page. Jika di Facebook, untuk kumpul list, andaperlu ada Facebook Fans. Anda cipta satu Fans, dan penggunaFacebook akan masuk dalam data feed Fans anda jika merekamenekan butang ‘Become a Fan’.Namun, pengguna facebook bebas untuk memilih sama ada merekaakan menerima data dari anda atau tidak. Biasanya mereka tidak
  • kisah untuk menerima sesuatu dari anda kerana mereka yang sendirimemilih untuk menjadi Fans anda.Apa yang boleh anda iklankan di Facebook Ads?Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda sukaasalah tidak menganggu terms dan condition Facebook. Pastikan linkyang anda beri adalah link direct bukannya redirect link.Contoh perkara yang anda boleh iklankan di Facebook Ads:  Laman web anda.  Facebook Group page yang anda cipta.  Facebook page anda sendiri.  Aplikasi anda.  Produk AffliateDi sini, anda jangan iklankan sesuatu yang berbentuk direct keranaseperti yang saya selalu katakan, Facebook bukan tempat orang caribarang.
  • Bahagian Ketiga: Promosi di Facebook menggunakan teknik brandingDi facebook terdapat banyak cara untuk beriklan selain menggunakanFacebook Ads itu sendiri. Berdasarkan kajian kes yang di buatmenerusi Zynga, anda dapat tahu bahawa mereka tidak hanyaberiklan di Facebook Ads sahaja tetapi mereka menggunakansepenuhnya platform Facebook itu sendiri iaitu:  Mewujudkan Fan page.  Membolehkan pengguna facebook menggunakan function invite di dalam aplikasi mereka.  Menggalakkan pengguna Facebook untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan function Add Neighbour.Branding di Facebook.Jika anda perhatikan, syarikat Zynga mempopularkan permainanFarmville melalui aktiviti branding. Sehinggakan sesiapa yang tidaktahu mengenai Farmville di Facebook, mereka akan di ketawakan.
  • Anda juga perlu berfikiran seperti itu. Anda perlu brandingkanperniagaan anda. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan seseorangdi Facebook untuk berbangga berkata mengenai produk anda. Katakananda menjual ebook kuruskan badan. Anda brandingkan produk andadengan Formula 7 Hari. Anda buat group dan reka fan pages denganmenggunakan nama itu dan InsyaAllah, produk anda akan terkenalnanti.Pastikan branding anda mengandungi ramuan berikut  Tulen dan tidak ada orang gunakannya lagi.  Telus, maksudnya tiada agenda tersembunyi.  Boleh buat orang percaya  Orang mahu tahu mengenai anda.Sebagai panduan, anda boleh lawat Facebook Marketing Solutions.Di Facebook Marketing Solutions, terdapat maklumat terbaru yangberlaku dalam dunia Facebook. Jadi, anda dapat lihat trend dan apaperkara terbaru yang menjadi ikutan pengguna Facebook. Pagetersebut di kawal oleh pihak Facebook sendiri dan segala maklumat didalamnya adalah betul dan tepat.Antara perkara yang terdapat di Facebook Marketing Solutions adalah:
  •  Aktiviti syarikat korporat di Facebook.  Idea pemasaran.  Apa pesaing anda sedang lakukan.  Trend semasa di Facebook.  Tip pemasaran dari pihak Facebook sendiri.Teknik Utama Branding di Facebook.Teknik pertama untuk brandingkan produk anda adalah denganmenggunakan Facebook Fan Page. Perkara utama yang anda perlutahu ketika membina brand produk anda melalui Fan Page adalahmemberi sesuatu kepada mereka yang menekan butang ‚‘Becoma aFan‘. Anda boleh beri mereka:  Ebook percuma  Diskaun percuma  Komuniti percuma  Maklumat percuma  Aplikasi percuma  Apa sahaja yang dapat anda fikirkan.
  • Tujuh tip untuk branding melalui Facebook Fan Page. 1. Fikirkan tema perbualan – Pilih sama ada Fan Page adalah berbentuk serius, jenaka, perbincangan santai, untuk remaja, untuk ibu bapa atau apa sahaja. 2. Gunakan media interaktif – Masukkan video, permainan bergambar, gambar atau apa sahaja yang boleh menghiburkan fan anda. Facebook adalah laman hiburan, jadi, bina branding anda secara santai. 3. Masukkan Function Like – Fan anda boleh tekan butang like jika mereka suka akan sesuatu di dalam Fan Page anda. Ini akan memberi satu aktiviti pada mereka. 4. Beri ganjaran pada Fan – Beri ganjaran pada fan yang sudi menyebarkan Fan Page anda. 5. Update setiap hari – Update data di dalam Fan page anda setiap hari supaya setiap hari juga Fan anda akan melawat page anda. 6. Beri peluang pada Fan anda untuk post sesuatu pada Fan page anda– Cara ini anda perlu ada seseorang untuk mengawasi Fan Page supaya isi di dalam Fan Page anda adalah bersesuaian dengan Fan Page anda. 7. Letakkan Fan Page anda dalam kategori yang betul – Perkara ini akan menjadikan Fan Page lebih targeted pada pengguna Facebook.
  • Fan Page adalah segala-galanya dalam pengiklanan di Facebookkerana ia adalah ibu pada pemasaran viral di Facebook. GabungkanFacebook Ads dan Fan page. Promosikan Fan Page anda denganmenggunakan Facebook Ads.Apabila Fan Page anda sudah cukup kredibiliti dan pertambahan ahliyang konsisten, anda sudah boleh hentikan promosi di Facebook Adsdan biarkan sahaja Fan Page tersebar secara viral dan anda bolehtumpukan pada perniagaan yang lain pula.Facebook Group.Satu lagi cara untuk branding di Facebook adalah melalui FacebookGroup. Facebook group sesuai untuk perbincangan serius kerana andaada kebenaran untuk menghantar mesej terus pada inbox penggunaFacebook.
  • Bahagiaan Keempat: Apa lagi yang anda perlu tahu mengenai Facebook.Apa yang anda tidak patut lakukan.Untuk mengelakkan anda daripada di ban oleh Facebook, eloklah andapatuhi guidelines yang telah di sediakan oleh Facebook sendiri. Untukperaturan promosi anda boleh lihat di Promotion Guidelines.Sebenarnya, anda tidak perlu takut untuk melakukan sesuatu promosi.Jika anda ragu-ragu mengenai promosi yang anda sedang lakukan,hubungi sahaja pihak Facebook dan beritahu teknik promosi yanganda rancang. Jika mereka bersetuju, berita baik untuk anda. Jikatidak, minta mereka memberi jalan terbaik untuk anda.Pihak Facebook memang akan menolong anda kerana anda adalahpelanggan mereka.
  • Kesimpulan.Dalam pemasaran Facebook, kempen anda haruslah bersikap ceriadan santai. Beri keceriaan kepada pengguna Facebook dan merekaakan menyokong anda. Gunakan segala kelengkapan yang di sediakanpihak Facebook sendiri untuk mendirikan kempen pengiklanan Anda.Selamat berjaya.
  • Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya andaseorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihatsecara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskanmembaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.info
  • http://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.com