Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet oleh Neal Izham

1,897
-1

Published on

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,897
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
148
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet oleh Neal Izham

  1. 1. Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari RumahPanduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 1
  2. 2. NOTIS & HAK Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku di dunia internet kini. Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e- book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan diambil perhatian. Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan. Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal kewangan. Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam membuat bacaan.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 2
  3. 3. BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 3
  4. 4. Kandungan Perniagaan Internet....................................................................................................................... Perkara yang perlu anda timbang sebelum memulakan perniagaan internet............................... Perancangan membina perniagaan internet.................................................................................. Penutup..........................................................................................................................................Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 4
  5. 5. Perniagaan internet. Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang. Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas. Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda. Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar. Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 5
  6. 6. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memulakan perniagaan internet. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut : Jenis perniagaan di internet. Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda. Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula. Rancangan perniagaan. Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda? Persediaan tempat kerja dan alatan. Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 6
  7. 7. Adakah perniagaan anda halal atau haram? Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 7
  8. 8. Perancangan membina perniagaan internet Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet. 1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda. Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi. Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain. 2. Dapatkan produk. Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak lain ( jual melalui affiliate) 3. Pengurusan produk. Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang bagi anda. 4. Cari nama jenama perniagaan anda. Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 8
  9. 9. 5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan anda. 6. Dapatkan hosting. Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda. 7. Bina mailing list. Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda. 8. Pasarkan laman web anda. Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 9
  10. 10. Penutup Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet. Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet anda akan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika anda tidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusia yang sama.Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 10
  11. 11. Tawaran Istimewa Dapatkan khidmat nasihat Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda seorang yang serius untuk menambah ilmu. Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan membaca ebook ini. Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com. Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar. Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham” Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya. http://www.BlogMudah.infoPanduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 11
  12. 12. http://www.Affiliate-Malaysia.info http://www.MLM-Malaysia.comPanduan Asas Memulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Page 12

×