• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
1 aktiviti-kognitif-dalam-buku-teks-bahasa-arab-tingkatan-satu-dan-kesesuaiannya-dengan-kurikulum-bahasa-arab
 

1 aktiviti-kognitif-dalam-buku-teks-bahasa-arab-tingkatan-satu-dan-kesesuaiannya-dengan-kurikulum-bahasa-arab

on

  • 1,326 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,326
Views on SlideShare
1,326
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
35
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    1 aktiviti-kognitif-dalam-buku-teks-bahasa-arab-tingkatan-satu-dan-kesesuaiannya-dengan-kurikulum-bahasa-arab 1 aktiviti-kognitif-dalam-buku-teks-bahasa-arab-tingkatan-satu-dan-kesesuaiannya-dengan-kurikulum-bahasa-arab Document Transcript

    • AKTIVITI KOGNITIF DALAM BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN SATU DAN KESESUAIANNYA DENGAN KURIKULUM BAHASA ARAB HJ MUHAMAD SHUBKI BIN HUSSIN ( IPGM KPI ) 1 DR. NIK RAHIMI BIN NIK YUSOF ( UKM ) 2Kajian ini bertujuan mengenalpasti aktiviti kognitif yang terdapat dalam objektif KurikulumBahasa Arab Tingkatan Satu, buku teks Bahasa Arab tingkatan satu dan kesesuaian antarakeduanya, serta mengenalpasti pandangan guru berkenaan jenis-jenis latihan yang terdapatdalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu. Kajian ini menggunakan buku teks Bahasa Arabtingkatan satu, Sukatan Pelajaran Bahasa Arab tingkatan satu yang mewakili Kurikulum BahasaArab, serta dua orang guru Bahasa Arab sebagai sampel dan responden kajian. Sebanyak duaset borang analisis aktiviti kognitif digunakan untuk menganalisis aktiviti kognitif yang terdapatdalam buku teks dan Kurikulum Bahasa Arab serta satu set soalan temu bual digunakan untukmengenalpasti pandangan guru tentang latihan-latihan yang terdapat dalam buku teks. Dapatankajian menunjukkan aktiviti kognitif menyepadu/integrasi mendominasi bilangan aktiviti kognitifdalam Kurikulum Bahasa Arab sebanyak 66.2% manakala dalam buku teks Bahasa Arab jugadidominasi oleh aktiviti kognitif menyepadu/integrasi sebanyak 31.3%. Pandangan guruberkenaan jenis-jenis latihan dalam buku teks merumuskan lima kategori utama iaitu kualitibuku teks, kemahiran berbahasa, keperluan pelajar, bahan bantu mengajar dan kualiti guru.Kesimpulan kajian ini menunjukkan terdapat kesesuaian aktiviti kognitif yang terdapat dalambuku teks Bahasa Arab tingkatan satu dengan Kurikulum Bahasa Arab 2006 dengan kedua-duanya menjurus kepada aktiviti kognitif menyepadu/integrasi yang mewakili pemikiran tahaptinggi.The implementation of this study is in order to identify the cognitive activity in the ArabicCurriculum and Arabic Textbook for form one, the suitability between two and at the same timeto know the view from teacher relating to the types of activities/exercise provided in the textbook.This study used the Arabic Textbook, Syllabus for form one that represented the ArabicCurriculum and two teachers as sample and respondents. Two sets of analysis form used inorder to analyse cognitive activity that have in the textbook and in the Arabic Curriculum andone set of questionnaire used to get the view from teachers about activity/exercise in thetextbook. The study shown that integrated cognitive activity dominate the numbers of cognitiveactivity in both Arabic Curriculum and Arabic Textbook by percentage of 66.2% and 31.3%.Teachers as respondents opined that types of activities/exercise in the textbook depend on fivemain categories i.e quality of textbook, language proficiency, the need of students, teaching aidinstrument and quality of the teacher. As conclusion, the finding of the study prove the suitabilityof cognitive activity in Arabic Textbook for form one and Arabic Curriculum 2006, whereby bothlead to the integrated cognitive activity that represented the higher level of thinking. 1. Beliau merupakan pensyarah Bahasa Arab di Jabatan Bahasa Arab IPGM KPI,Bangi. 2. Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Perkaedahan, Fakulti Pendidikan UKM 1
    • PENDAHULUANBuku teks memainkan peranan yang besar dalam implementasi kurikulum. Apabila perubahanberlaku dalam kurikulum maka buku teks juga akan berubah dan disesuaikan mengikutperubahan tersebut. Kajian berkenaan aktiviti kognitif yang terdapat di dalam buku teks masih kurangdijalankan di negara ini terutama yang berkaitan dengan buku teks Bahasa Arab. Kajian Nisa (2008 ) mengkaji aktiviti kognitif yang terdapat di dalam buku teks Matematik di Indonesia.Menurut Orlich et. al ( 2001 ), domain kognitif merangkakan proses-proses belajar yangberhubungkait dengan ingatan, pengetahuan serta kebolehan dan kemahiran intelektual. MenurutValverde dan Schmidt ( 2000 ), dimensi yang penting untuk menilai keutamaan daripada sesuatukurikulum adalah kemahiran kognitif yang dituntut daripada kurikulum tersebut yangdipersembahkan melalui buku teks. Justeru itu, penyelidikan dan kajian berkenaan aktiviti kognitif yang terdapat di dalambuku teks perlulah dilakukan oleh agensi kerajaan dan individu serta pelajar-pelajar di InstitusiPengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk mengenalpasti jenis-jenis aktiviti kognitif di dalamsesebuah buku teks bagi tujuan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.PERNYATAAN MASALAHIkhsan dan Norila ( 2005 ), menyatakan buku teks termasuk dalam bahan pengajaran danpembelajaran yang asas yang digunakan oleh guru. Kementerian Pendidikan Malaysia melaluiPekeliling Ikhtisas Bil.12/1999, menyatakan hanya buku teks yang diperakui oleh KementerianPendidikan Malaysia adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. Oleh kerana buku teks merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran asas di sekolah-sekolah, sebarang kelemahan dan kesilapan yang berlaku dalam buku teks tersebut akanmemberi kesan kepada murid-murid di sekolah-sekolah. Di samping penguasaan mereka yanglemah ia juga akan memberi kesan kepada penilaian yang dijalankan oleh pihak berwajib.Kajian-kajian tentang aktiviti kognitif dalam buku teks banyak dijalankan di luar negara sepertikajian Nicely ( 1985 ) yang mengkaji tentang pemikiran tahap tinggi buku teks Matematik diAmerika Syarikat. Begitu juga kajian Henson ( 2004 ) yang mengkaji aktiviti kognitif tahap 2
    • rendah dalam buku teks. Kajian David dan Hunkins ( 2004 ) yang mengkaji aktiviti kognitifdalam buku teks Sejarah di Amerika Syarikat. Tidak banyak kajian dilakukan dalam negara terutama sekali dalam buku teks BahasaArab. Nisa ( 2008 ) mengkaji aktiviti kognitif dalam buku teks Matematik di Indonesia.Memandangkan kepentingan aktiviti kognitif yang besar dalam merangsang dan membentukminda pelajar, seperti mana pendapat seorang sarjana iaitu Raths ( 1996 ) yang menyatakanberfikir adalah cara seseorang belajar serta pandangan Orlich ( 2001 ) yang menyatakan kognitifmerangkakan proses-proses belajar yang berhubungkait dengan ingatan, pengetahuan sertakebolehan dan kemahiran intelektual, bersandarkan pandangan tersebut, pengkaji terpanggiluntuk menjalankan kajian tentang aktiviti kognitif dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan Satuserta kesesuaiannya dengan kurikulum terkini.TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini adalah : i. Mengenal pasti aktiviti kognitif yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Arab, buku teks Bahasa Arab dan kaitan antara keduanya.OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah : i. Mengenal pasti jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu. ii. Mengenal pasti jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu. iii. Mengenal pasti kesesuaian jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu dengan kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu. iv. Mengenal pasti pandangan guru tentang jenis-jenis latihan yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu.SOALAN KAJIAN 3
    • Persoalan kajian yang menjadi panduan dalam kajian ini adalah : i. Apakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu? ii. Apakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu? iii. Adakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan Satu bersesuaian dengan kurikulum Bahasa Arab Tingkatan Satu ? iv. Apakah pandangan guru tentang jenis-jenis latihan yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu?ULASAN KEPUSTAKAANUlasan kepustakaan akan menyoroti teori-teori berkenaan aktiviti kognitif dan peranannya dalampendidikan serta pandangan para sarjana berkenaan latihan-latihan yang terdapat dalam bukuteks.Tahap Pemikiran Mengikut Taksonomi BloomTaksonomi Bloom menjadi rujukan penting dalam bidang pendidikan khususnya yang berkaitrapat dengan aktiviti kognitif. Kajian ini mengambil Taksonomi Bloom sebagai asas kajianmengenai aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab. Menurut Nisa ( 2008 ), pada tahun 1956 Benjamin Bloom menjalankan kajian bersamadengan sekumpulan pakar-pakar psikologi dan membina klasifikasi tahap kecerdasan yangpenting dalam proses pembelajaran. Tahap tersebut berkembang menjadi satu taksonomi yangmeliputi tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Orlich et al. ( 2001), domaintersebut digunakan apabila pelajar berinteraksi dengan media pembelajaran, termasuk buku teks. Orlich et al. ( 2001 ), berpendapat domain kognitif Taksonomi Bloom tertumpu padakemahiran seseorang untuk memperoleh, menyimpan dan menggunakan maklumat. Bloommenumpukan kepada enam tahap iaitu bermula dengan yang paling asas iaitu mengingat semulafakta dan maklumat sehingga yang paling tinggi iaitu mengklasifikasi, evaluasi dan mensintesis.Keenam-enam kategori tersebut adalah : 4
    • i. Pengetahuan. ii. Kefahaman. iii. Aplikasi. iv. Analisis. v. Sintesis. vi. Evaluasi. Pakar-pakar pendidikan telah mengkaji Taksonomi Bloom dan melakukan beberapapengubahsuaian antaranya membahagikan enam tahap kognitif tersebut kepada dua tahap yanglebih besar iaitu pemikiran tahap rendah atau asas dan pemikiran tahap tinggi ( Orlich et al. 2001; Raths 1986 ; Woolfolk 2007 ). Menurut Raths dan rakan-rakan ( 1986 ), pemikiran tahap rendah meliputi dua tahapterendah daripada taksonomi tersebut iaitu pengetahuan dan pemahaman. Aktiviti-aktiviti yangdikenal pasti antaranya adalah mengingat semula, mengenal pasti dan menyelesaikan soalan-soalan lazim. Sementara pemikiran tahap tinggi adalah proses kognitif seseorang apabila iamelakukan proses penyelesaian masalah, menyusun konsep dan fakta untuk membentuk suatukesimpulan, melakukan penilaian atau mencipta sesuatu yang baru berasaskan kepadapengetahuan dan pemahamannya.Kategori Aktiviti KognitifKategori aktiviti kognitif yang ditetapkan dalam kajian ini telah digunakan dalam kajian sebelumini. Kategori mendengar-memahami, membaca-memahami, menyelesaikan masalah berdasarkancontoh telah digunakan oleh Nisa ( 2008 ) dalam kajiannya berkenaan aktiviti kognitif. Manakalakategori memilih, menyusun dan membanding-membeza telah digunakan oleh Schunk ( 2004 ),manakala kategori menyepadukan / integrasi telah digunakan oleh Kellough dan Kellough ( 2003). Menurut teori kognitif Bloom yang telah diubah suai oleh Orlich dan rakan-rakan ( 2001 )mengklasifikasikan aktiviti kognitif kepada dua kelompok iaitu : i. Pemikiran tahap rendah ii. Pemikiran tahap tinggiNisa ( 2008 ), menggunakan pendapat Orlich et.al ( 2001 ) untuk membahagikan kategori aktivitikognitif berikut iaitu mendengar-memahami, membaca-memahami, menyelesaikan masalah 5
    • berdasarkan contoh kepada pemikiran tahap rendah manakala kategori aktiviti kognitif memilih,menyusun, menyepadukan / integrasi, membanding-membeza kepada pemikiran tahap tinggi.Menurut Johansson ( 2003 ) dalam kajiannya di Sweden membahagikan aktiviti kognitif kepadatiga kategori iaitu : i. Menyelesaikan masalah menggunakan tatacara rutin ii. Menyelesaikan masalah iii. Menyatakan alasan / hujahan atau menunjukkan bukti Menurut Pressley et. al ( 1990 ) memilih dan menyusun adalah aktiviti kognitif yangterkandung dalam strategi pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajarandan pembelajaran. Selain daripada itu ia juga mengandungi aktiviti kognitif menghadirkan objekyang ingin dipelajari ke dalam minda, mengaitkan objek-objek baharu ke dalam minda danmeningkatkan pemahaman terhadap sesuatu objek. Strategi pembelajaran ini juga mengandungiteknik-teknik tertentu yang bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang baik dan berkesan.Melalui strategi ini ia membantu mengkodkan maklumat melalui fasa-fasa tertentu. Contohnyapelajar memperolehi maklumat baru dan disimpan dalam sensori. Selepas itu ia dipindahkan keSTM / Working Memory. Pelajar juga mengaktifkan perkaitan maklumat tersebut ke dalamLTM. Dalam WM / STM pelajar membina hubungan antara maklumat yang baharu didapati tadidengan maklumat yang sedia ada dan seterusnya kedua-dua perkaitan tadi diintegrasikan dalamLong Term Memory ( LTM ).Kajian daripada teori Gestalt menunjukkan objek-objek yang dipilih dan disusun dengan telitidan rapi adalah mudah untuk dipelajari dan diingati ( Katona 1940 ). Objek-objek yang dipilihdan disusun mengikut kategori tertentu meningkatkan daya ingatan kita. Kajian menunjukkan iabegitu berfaedah kepada golongan kanak-kanak dan dewasa ( Basden, Derecchio dan Anders1991 ). Menurut Shahabudin dan Rohizani ( 2003 ), membanding dan membeza melibatkankeupayaan mengesan pelbagai bentuk persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri,sifat, kualiti dan unsure di antara dua atau lebih objek, perkara, organisma, institusi atau idea.Kemahiran ini penting bagi mencapai tujuan yang spesifik. Membanding dan membezamenyebabkan kita sentiasa terlibat dalam menganalisis ciri-ciri yang sepadan dengan ciri-ciriyang tidak sepadan, membandingkan di antara ciri-ciri yang ada persamaan dan perbezaandengan sesuatu item atau objek dan cuba merangka implikasi dari analisis tersebut. Selain itu, 6
    • dalam proses membanding dan membezakan tersebut, kita sebenarnya terlibat dalam tugasanpemikiran yang kompleks seperti memberi definisi, membuat pengelasan, membuat analogi danmemberi sebab. Menurut Shahabudin dan Rohizani ( 2003 ), seseorang yang cuba menyelesaikan masalahakan mengenal pasti beberapa cadangan pelan tindakan untuk tujuan penyelesaian, manakalaseseorang yang membuat keputusan pula menilai cadangan pelan tindakan tersebut dan memilihyang terbaik dan sesuai untuk memenuhi tujuannya.Aspek Latihan Dalam Buku TeksMenurut Seguin ( 1989 ) dan Hoven dan Garelick ( 2007 ), latihan adalah penting dalam prosesbelajar. Latihan mempunyai dua fungsi utama : i. Mengukuhkan dan membaiki kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep ii. Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran serta mengesan kemajuan pelajarSeguin ( 1989 ) juga menyatakan kepelbagaian soalan dalam buku teks perlu memerhatikantahap-tahap kesukaran soalan. Soalan juga bertahap dari mudah kepada sukar. Menurut Nisa (2008 ) soalan adalah bahagian yang penting dalam buku teks dan sebahagian daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Menurut Redfield dan Rousseau ( 1981 ) kajian menunjukkan soalan-soalan yang bertaraf tinggimampu meningkatkan kecemerlangan jika guru menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Menurut David Miller dan Karen Zittleman ( 2007 ), kebanyakan buku teks di AmerikaSyarikat telah datang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar, latihan-latihan yang telahdisertakan dengan buku teks. Latihan-latihan di dalam buku teks jika hendak dilaksanakanmestilah sepadan dengan objektif pengajaran guru. Keputusan menggunakan latihan dalam bukuteks hendaklah dibuat selepas guru menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran terlebihdahulu. Cara untuk menghakimi kecekapan latihan-latihan yang terdapat dalam buku teks adalahmelalui jawapan kepada soalan-soalan berikut : i. Adakah soalannya sesuai dengan objektif p&p? ii. Adakah soalannya dapat mengubah tingkah laku pelajar yang diharapkan dalam objektif? 7
    • iii. Adakah soalannya meliputi keseluruhan objektif yang dirangka? iv. Adakah bahasanya dan terminologi yang digunakan sesuai untuk semua pelajar? v. Adakah item-itemnya apabila dilaksanakan mempunyai sampel yang cukup menggambarkan pencapaian dan kebolehan pelajar? Menurut Amelia E. Kreitzer ( 1992 ) mendapati kajian tentang penggunaan latihan danujian Matematik dalam buku teks adalah seperti berikut : i. Penggunaannya memberi kesan kepada pelajar. ii. Guru menggunakannya untuk membuat keputusan tentang gred pelajar dan sebagainya. iii. Latihan dalam buku teks memberi kesan terhadap latihan yang berstruktur dan tingkah laku pelajar. iv. Guru merasa yakin dengan penggunaan latihan dalam buku teks untuk membuat keputusan tentang gred, grouping dan lain-lain.METODOLOGI KAJIANBab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrumen kajian dan sampel kajian.Reka Bentuk KajianKajian ini adalah berkenaan dengan aktiviti kognitif dalam buku teks Bahasa Arab TingkatanSatu dan ia menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Menurut Silverman ( 2001 ),analisis kandungan adalah merupakan kaedah penyelidikan yang menghubungkan pelbagaibentuk teks. Manakala Weber ( 2001 ), menyatakan analisis kandungan adalah merupakankaedah penyelidikan yang menggunakan satu set tatacara tertentu untuk membuat kesimpulandari teks yang telah dipilih.Menurut Neuman ( 2006 ), kajian yang ingin menjelaskan secara terperinci tentang isikandungan sesuatu teks yang dipilih maka kaedah analisis kandungan adalah sesuai digunakanuntuk tujuan tersebut. Ia akan menganalisis teks dengan lebih terperinci dan mendalam 8
    • berbanding kaedah-kaedah yang lain. Teks meliputi sebarang bahan bertulis, visual ataupercakapan yang berfungsi sebagai media komunikasi manakala kandungan merujuk kepadaperkataan, makna, gambar-gambar, simbol-simbol, idea-idea, tema atau sebarang mesej yangterkandung dalam teks tertentu. Analisis kandungan biasanya digunakan untuk : i. Mengkaji masalah tentang teks yang bersiri. ii. Mengkaji satu-satu topik yang telah berlalu seperti dokumen sejarah. iii. Mengkaji mesej dalam sesuatu teks yang sukar dikaji sekiranya menggunakan pemerhatian kerana kewujudan elemen emosi, pemikiran, bias penulis yang mungkin tidak dapat dilihat secara visual tetapi boleh dianalisis melalui bahan penulisannya ( Bahagian Pendidikan Guru 2000 ).Instrumen KajianKajian ini menggunakan instrumen borang analisis yang dibahagikan kepada dua jenis boranganalisis iaitu : i. Borang analisis buku teks Bahasa Arab Tingkatan Satu. ii. Borang analisis kandungan Kurikulum Bahasa Arab KBSM.Borang analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti bilangan aktiviti kognitif dalam setiap blokkajian. Instrumen kajian ini merupakan pengubahsuaian instrumen kajian yang telah digunakanTIMSS 2003 ( Mullis et al. 2004 ) dan Johansson ( 2003 ), dan Nisa ( 2008 ). Untukmenggunakan instrumen kajian ini beberapa prosedur harus dijalankan terlebih dahulu. Pertamanya harus ditetapkan unit analisis ( disebut sebagai blok ) dan kategori aktivitikognitif serta bilangannya ( merujuk kepada kata kerja yang digunakan ). Seterusnya ujiankesahan dan kebolehpercayaan serta kajian rintis instrumen perlu dilakukan. Laporan terperincitentang ujian kesahan dan kebolehpercayaan serta kajian rintis akan dilaporkan pada sub topikyang seterusnya dalam bab ini.Kajian ini juga menggunakan temubual untuk mengenal pasti pandangan guru tentang jenislatihan yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu. Kaedah ini semenghendaki 9
    • penyelidik dan responden hadir dalam proses memperolehi maklumat. Dengan itu maklumatpenyelidikan diperolehi secara langsung secara interaksi dua hala ( Majid Konting 1998 ).Kaedah temubual dipilih adalah kerana beberapa sebab seperti berikut: i. Temubual sangat praktikal digunakan kerana ia melibatkan bilangan sampel yang sedikit ii. Maklumat yang diperolehi lebih tepat dan lengkap iii. Hubungan yang erat dapat diwujudkan antara penyelidik dengan responden dan dapat membantu memudahkan proses pengumpulan maklumatSampel KajianSampel kajian ini adalah buku teks Bahasa Arab Tingkatan Satu dan kandungan kurikulumBahasa Arab KBSM, ia bertepatan dengan apa yang digambarkan oleh Gall dan rakan-rakan (2005 ), yang menyatakan analisis kandungan adalah suatu kaedah yang mengumpulkan danmenganalisis data berdasarkan kepada pemerhatian yang mendalam terhadap dokumen yangdijadikan sampel kajian.Sampel-sampel yang telah dikenal pasti kemudiannya dianalisis satu persatu menggunakanborang analisis yang telah disediakan. Pertama sekali buku teks Bahasa Arab tingkatan satudianalisis dan data diperolehi. Selepas data daripada sampel pertama dianalisis, sampel keduapula iaitu kandungan Kurikulum Bahasa Arab KBSM dianalisis dan datanya akan dibandingkandengan data sampel pertama untuk mengenal pasti kesesuaian kedua-duanya dari segi aspekaktiviti kognitif. Bagi mengenal pasti pandangan guru tentang jenis-jenis latihan yang terdapat dalam bukuteks Bahasa Arab tingkatan satu, dua orang responden dalam kalangan guru-guru yang mengajarsubjek Bahasa Arab tingkatan satu telah dipilih di Negeri Sembilan dan Kedah. Kedua-duanyatelah ditemubual menggunakan satu set soalan temubual yang telah dirangka terlebih dahulu.DAPATAN KAJIAN 10
    • Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang dijalankan mengenai corak aktiviti kognitifyang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab tingkatan satu dan kesesuaiannya dengankurikulum bahasa Arab. Di samping itu bab ini juga membincangkan tentang pandangan guruberkenaan dengan jenis-jenis latihan yang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab tingkatansatu.Analisis Aktiviti Kognitif Dalam Kurikulum Bahasa ArabSecara keseluruhannya hasil analisis menunjukkan jumlah aktiviti kognitif bagi mendengar-memahami adalah sebanyak 4 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 83 bersamaan 4.8%,membaca-memahami adalah sebanyak 20 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 83 bersamaan24%, menyelesaikan masalah berdasarkan contoh adalah 0 daripada jumlah keseluruhansebanyak 83 bersamaan 0%, memilih adalah sebanyak 2 daripada jumlah keseluruhan sebanyak83 bersamaan 2.4%, menyusun adalah sebanyak 1 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 83bersamaan 1.2%, menyepadukan/integrasi adalah sebanyak 55 daripada jumlah keseluruhansebanyak 83 bersamaan 66.2% dan membanding-membeza adalah sebanyak 1 daripada jumlahkeseluruhan sebanyak 83 bersamaan 1.2%. Hasil analisis keseluruhan aktiviti kognitif dalamkurikulum bahasa Arab tingkatan satu ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah. Jadual 1 Aktiviti Kognitif Dalam Kurikulum Bahasa Arab AKTIVITI KOGNITIF JUMLAH PERATUSMendengar-memahami 4/83 4.8%Membaca-memahami 20/83 24%Menyelesaikan masalah berdasarkan contoh 0/83 0%Memilih 2/83 2.4%Menyusun 1/83 1.2%Menyepadukan/integrasi 55/83 66.2% 11
    • Membanding-membeza 1/83 1.2% Aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi paling banyak digunakan dalam sukatanpelajaran bahasa Arab tingkatan satu sebanyak 66.2% diikuti aktiviti kognitif membaca-memahami sebanyak 24%. Aktiviti kognitif menyelesaikan masalah berdasarkan contoh tidakdigunakan manakala aktiviti kognitif menyusun dan membanding-membeza berkongsi peratusansebanyak 1.2%.Analisis Aktiviti Kognitif Dalam Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan SatuSecara keseluruhannya hasil analisis menunjukkan jumlah aktiviti kognitif mendengar-memahami adalah sebanyak 49 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 476 bersamaan 10.2% ,aktiviti kognitif membaca-memahami adalah sebanyak 147 daripada jumlah keseluruhansebanyak 476 bersamaan 31% , aktiviti kognitif menyelesaikan masalah berdasarkan contohadalah sebanyak 37 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 476 bersamaan 8% , aktiviti kognitifmemilih adalah sebanyak 60 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 476 bersamaan 13% ,aktiviti kognitif menyusun adalah sebanyak 19 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 476bersamaan 4% , aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi adalah sebanyak 149 daripada jumlahkeseluruhan sebanyak 476 bersamaan 31.3% dan aktiviti kognitif membanding-membeza adalahsebanyak 15 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 476 bersamaan 3.1%. Hasil analisiskeseluruhan aktiviti kognitif dalam buku teks bahasa Arab tingkatan satu ditunjukkan dalamjadual 2 di bawah. Jadual 2 Aktiviti Kognitif Dalam Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Satu AKTIVITI KOGNITIF JUMLAH PERATUSMendengar-memahami 49/476 10.2%Membaca-memahami 147/476 31% 12
    • Menyelesaikan masalah berdasarkan contoh 37/476 8%Memilih 60/476 13%Menyusun 19/476 4%Menyepadukan/integrasi 149/476 31.3%Membanding-membeza 15/476 3.1% Aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi paling banyak digunakan dengan peratusansebanyak 31.3% diikuti oleh aktiviti kognitif membaca-memahami dengan peratusan sebanyak31%. Aktiviti kognitif membanding-membeza paling sedikit digunakan dengan peratusansebanyak 3.1%.Kesesuaian Aktiviti Kognitif Antara Buku Teks Bahasa Arab Dengan Kurikulum BahasaArab Tingkatan SatuPenelitian terhadap kesesuaian aktiviti kognitif antara kurikulum bahasa Arab yang diwakili olehsukatan pelajarannya dengan buku teks bahasa Arab tingkatan satu menjurus kepadaperbandingan peratus antara kedua-duanya. Jadual 3 menerangkan lebih lanjut tentangperbandingan peratus tersebut.Jadual 3 Perbandingan Peratus Aktiviti Kognitif Antara Sukatan Pelajaran Dengan Buku TeksBahasa Arab Tingkatan Satu AKTIVITI KOGNITIF BUKU TEKS SUKATAN BAHASA PELAJARAN ARAB BAHASA ARABMendengar-memahami 10.2% > 4.8% 13
    • Membaca-memahami 31% > 24%Menyelesaikan masalah berdasarkan contoh 8% > 0%Memilih 13% > 2.4%Menyusun 4% > 1.2%Menyepadukan/integrasi 31.3% < 66.2%Membanding-membeza 3.1% > 1.2%Berdasarkan kepada jadual di atas didapati aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi membentukperatusan paling banyak pada kedua-dua bahagian iaitu buku teks sebanyak 31.3% manakalasukatan pelajaran sebanyak 66.2%. Walau bagaimanapun aktiviti kognitif membaca-memahamimembentuk peratusan kedua terbanyak bagi kedua-dua bahagian iaitu buku teks sebanyak 31%manakala sukatan pelajaran sebanyak 24%. Menurut Orlich et.al ( 2001 ) yang mengubah suaitaksonomi Bloom telah membahagikan aktiviti kognitif tersebut kepada dua bahagian iaitupemikiran tahap rendah yang terkandung di dalamnya aktiviti kognitif seperti mendengar-memahami, membaca-memahami dan menyelesaikan masalah berdasarkan contoh. Manakalapemikiran tahap tinggi diwakili oleh aktiviti kognitif seperti memilih, menyusun,menyepadukan/integrasi dan membanding-membeza. Hasil analisis menunjukkan kedua-duasampel mencatatkan peratusan yang berbeza bagi kedua-dua pembahagian tersebut. Jadual 4menerangkan tentang perbezaan tersebut. Jadual 4 Peratusan Pemikiran Tahap Tinggi Dan Rendah Bagi Kedua-dua Sampel SAMPEL PERATUS PEMIKIRAN TAHAP PERATUS PEMIKIRAN TAHAP TINGGI RENDAHSukatan 71.0% 28.8%PelajaranBahasa Arab 14
    • Buku Teks 51.4% 49.2%Bahasa ArabSampel sukatan pelajaran mencatatkan perbezaan yang ketara antara pemikiran tahap tinggi danrendah manakala sampel buku teks mencatatkan perbezaan yang rendah antara pemikiran tahaptinggi dan rendah walau bagaimanapun kedua-dua sampel masih mengungguli pemikiran tahaptinggi berbanding pemikiran tahap rendah.PERBINCANGANBab ini akan membincangkan ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi-implikasikajian, cadangan-cadangan kajian dan rumusan. Ringkasan kajian akan menjelaskan tentangtujuan kajian, prosedur kajian dan dapatan kajian. Perbincangan dapatan kajian pula menjawabpersoalan kajian pada bab satu dan disokong oleh teori-teori dan kajian-kajian lepas. Manakalaimplikasi kajian pula membuat cadangan daripada dapatan kajian. Seterusnya cadangan-cadangan kajian lanjutan diketengahkan untuk manfaat para pengkaji yang akan datang.Akhirnya rumusan keseluruhan akan dilakukan terhadap kajian ini.Apakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam objektif kurikulum bahasa Arabtingkatan satu?Secara keseluruhan kajian ini mendapati bahawa jumlah aktiviti kognitif yang terbanyak adalahmenyepadukan/integrasi dengan peratusan sebanyak 66.2% dan kemudiannya diikuti membaca-memahami dengan peratusan sebanyak 24%. Menurut Kellough dan Kellough ( 2003 ),menyepadukan/integrasi memerlukan pelajar menggunakan kemahiran merekamenghubungkaitkan beberapa fakta atau konsep dan mengintegrasikannya menjadi fakta yangbaharu. Justeru itu ia dikelompokkan sebagai aktiviti kognitif yang menuntut pemikiran tahaptinggi ( Orlich et.al 2001 ). Peratusan yang tinggi pada aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi menunjukkanobjektif kurikulum Bahasa Arab memberi perhatian yang besar kepada aspek pembentukanpemikiran tahap tinggi. Ini seharusnya tidak disalah ertikan seolah-olah mengabaikan pemikirantahap rendah. Menurut Kellough dan Kellough ( 2003 ), untuk mencapai pemikiran tahap tinggi, 15
    • pelajar perlu menguasai aktiviti kognitif tahap rendah yang terkandung dalam taksonomi Bloomseperti pengetahuan dan pemahaman. Setelah menguasai aktiviti kognitif seperti pengetahuandan pemahaman, pelajar mula membentuk keberkesanan tahap-tahap pemikiran yang seterusnya.Raths ( 1986 ), juga menyatakan pandangan yang sama. Justeru itu dapatan kajian ini yangmenunjukkan aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi mendominasi peratusan dalam kurikulumBahasa Arab perlu dilihat dari konteks yang lebih luas iaitu ia juga merangkumi aktiviti kognitiftahap rendah secara tidak langsung. Dapatan kajian ini juga menunjukkan aktiviti kognitif yang lain seperti mendengar-memahami, menyelesaikan masalah berdasarkan contoh, memilih, menyusun dan membanding-membeza memperolehi peratusan yang kecil. Oleh sebab objektif kurikulum Bahasa Arabadalah sebuah dokumen yang menghuraikan matlamat dan objektif secara umum maka ia lebihtertumpu pada aktiviti kognitif yang bersifat merangkumi keseluruhan aktiviti kognitif yang lain.Ia juga bertepatan dengan kajian Nisa ( 2008 ) yang mendapati kurikulum Matematik 2004 yangdigubal di negara Indonesia juga menjurus kepada pembinaan pemikiran tahap tinggi. Aktivitikognitif juga memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaranyang berkesan justeru itu ia perlu disusun dengan sebaiknya dalam sesebuah kurikulumpendidikan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian Sow Lee Sun, Zaidatun Tasir dan JamalludinHarun ( 2007 ), yang mengkaji modul pembelajaran komputer berdasarkan teori beban kognitif.Apakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks bahasa Arab tingkatan satu?Secara keseluruhannya kajian ini mendapati aktiviti kognitif menyepadukan/integrasi danmembaca-memahami memperoleh peratusan yang hampir sama. Aktiviti kognitifmenyepadukan/integrasi memperoleh peratusan sebanyak 31.3% manakala membaca-memahamimemperoleh peratusan sebanyak 31%. Seterusnya aktiviti kognitif mendengar-memahamimemperoleh peratusan sebanyak 10.2% manakala aktiviti kognitif yang lain membentukperatusan yang kecil. Peratusan terbanyak yang diperolehi oleh aktiviti kognitif menyepadukan/integrasimenunjukkan ia selari dengan tuntutan yang terdapat dalam objektif kurikulum Bahasa Arabyang menjurus kepada orientasi pemikiran tahap tinggi. Walau bagaimanapun peratusannya 16
    • adalah rasional dan tidak terlalu tinggi dan hampir-hampir sama dengan peratusan yangdiperolehi oleh aktiviti kognitif membaca-memahami. Kajian lepas yang dilaksanakan oleh Johansson ( 2003a ) di Sweden juga menghasilkanjawapan yang sama iaitu aktiviti membaca untuk memahami pelajaran adalah aktiviti yangpaling banyak dituntut apabila pelajar menggunakan buku teks Matematik. Begitu juga kajianyang dijalankan oleh Karhami ( 2004 ), mengenai buku teks pelajaran di Indonesia yangmendapati bahawa kegiatan yang ditawarkan dalam buku teks sangat bertumpu kepada kegiatanmembaca. Aktiviti kognitif memilih pula menduduki peratusan ketiga dalam buku teks. Iabersesuaian dengan hasrat objektif kurikulum Bahasa Arab 2006 yang berhasrat melatih pelajarmenguasai pemikiran tahap tinggi. Seterusnya aktiviti kognitif mendengar-memahamimenduduki peratusan keempat tertinggi dalam buku teks. Ini tidak bermakna ia tidak pentingdalam pembelajaran bahasa tetapi ia telah diserapkan ke dalam aktiviti kognitif yang lain secaratidak langsung. Sebagai contoh apabila kita ingin menganalisis struktur sesuatu perkataan makakita perlu mendengar dan memahami bunyi perkataan tersebut serta menyebutnya berulang kali,seterusnya kita perlu membaca dan memahami teori-teori mengenai aspek sebutannya,makhrajnya dan lain-lain lagi. Atas dasar tersebut usaha menganalisis struktur perkataan tersebutmemerlukan kita menekuni aktiviti kognitif yang rendah sebelum sampai kepada peringkataktiviti kognitif yang lebih tinggi. Ketika mengulas taksonomi Bloom, Orlich et.al ( 2001 )berpendapat interaksi antara aktiviti kognitif tersebut sangat berkait rapat dan penting.Adakah jenis aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satubersesuaian dengan objektif kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu?Hasil pengamatan yang mendalam terhadap peratusan aktiviti kognitif yang terdapat dalam bukuteks Bahasa Arab tingkatan satu dan objektif kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu, yang manaperatusannya menunjukkan aktiviti kognitif tahap tinggi dalam objektif kurikulum Bahasa Arabmendominasi sebanyak 71.0% berbanding 28.8% bagi aktiviti kognitif tahap rendah. Manakalabagi buku teks pula aktiviti kognitif tahap tinggi mengungguli dengan peratusan sebanyak 51.4%berbanding 49.2% bagi aktiviti kognitif tahap rendah. Berdasarkan kepada data-data tersebutbolehlah dibuat rumusan bahawa aktiviti kognitif tahap tinggi mendominasi kedua-dua dokumen 17
    • tersebut. Jurang antara aktiviti kognitif tahap tinggi dengan aktiviti kognitif tahap rendah dalamobjektif kurikulum Bahasa Arab agak tinggi iaitu sebanyak 42.2% berbanding buku teks yangmembentuk jurang yang agak rendah iaitu sebanyak 2.2%. Namun begitu dengan mengambilkira pandangan Kellough dan Kellough ( 2003 ) yang menyatakan dalam mencapai pemikirantahap tinggi pelajar perlu menguasai pemikiran tahap rendah dengan baik, bolehlah dibuatrumusan bahawa peratusan yang tinggi dalam aktiviti kognitif tahap tinggi objektif kurikulumBahasa Arab secara tidak langsung mengandungi aktiviti kognitif tahap rendah juga. Manakalabuku teks pula ia menggambarkan peratusan yang hampir sama antara aktiviti kognitif tahaptinggi dengan aktiviti kognitif tahap rendah. Ini menunjukkan bahawa penggubal buku teks perlumengambil kira perbezaan kecerdasan pemikiran yang terdapat dalam kalangan pelajar-pelajarBahasa Arab. Justeru itu aktiviti kognitif yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arabbersesuaian dengan objektif kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu yang digubal oleh JAPIMpada tahun 2006.Apakah pandangan guru tentang jenis-jenis latihan yang terdapat dalam buku teks BahasaArab tingkatan satu?Analisis terhadap dapatan temu bual untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap jenis-jenislatihan yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab telah dilakukan dengan terperinci. Sebanyak95 tema, 25 konstruk dan 5 kategori telah dikenal pasti melalui dua sesi temu bual yangdijalankan terhadap dua orang guru di lokasi berbeza. Hasilnya guru-guru telah memberikan pandangan mereka berkenaan dengan jenis-jenislatihan tersebut kepada lima kategori utama yang terkandung di dalamnya konstruk dan tematertentu iaitu pertamanya mengenai kualiti buku teks dan latihan yang terdapat di dalamnya.Latihan tersebut ada kalanya mempunyai reka bentuk menarik dari segi grafik, ringkas dan padatserta menyeronokkan. Ia juga memperkaya dan menguji aspek perbendaharaan kata satu tema.Pemilihan teks dialog ternyata lebih praktikal kerana ia mudah difahami, boleh diaplikasi dalamkelas, ayat yang ringkas dan melatih pelajar bercakap. Namun begitu terdapat latihan yangmempunyai tahap kesukaran yang tinggi iaitu menggunakan laras bahasa yang tinggi, arahanyang sukar difahami, memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakannya, rumit dan sukar. 18
    • Pemilihan petikan yang tidak sesuai dan kadangkala terdapat dialog yang diketengahkan tidaksesuai dengan situasi pelajar dan terlalu panjang. Tarikan unsur ICT juga menyebabkan pelajarberminat dengan latihan tersebut di samping ilustrasinya yang menggabungkan pelbagai warnadan kelihatan menarik. Ini bertepatan dengan saranan Miller dan Zittleman ( 2007 ) yangmenyatakan buku teks dan segala isi kandungannya haruslah menggunakan bahasa yang jelas,mempunyai grafik yang menarik dan mengetengahkan latihan yang menggilap skil pelajar lantasmembantu guru membentuk idea yang baharu di dalam kelas. Kategori kedua adalah latihan yang terdapat dalam buku teks tersebut telah melatihkemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran lisan bagi membolehkan pelajar bercakap,kemahiran membaca yang menitik beratkan bacaan teks dengan intonasi suara yang baikmanakala kemahiran menulis pula melatih pelajar menyalin teks dengan tulisan yang baik.Kemahiran-kemahiran ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Menurut Owens ( 2005 ) pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak adalah bermuladengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan ia berkait rapat dengankaedah pembelajaran bahasa melalui kaedah komunikasi. Pengajaran bahasa secara komunikatifmenurut Richards dan Rogers ( 1986 ) adalah satu kaedah yang bermatlamat untuk menjadikankeupayaan komunikatif adalah matlamat pengajaran bahasa dan membina prosedur yang dapatmengajar empat kemahiran bahasa yang melibatkan perkaitan antara bahasa dan komunikasi. Kategori ketiga adalah latihan yang berkait rapat dengan keperluan pelajar dan memberimanfaat kepada pelajar seperti menambah kefahaman pelajar melalui teknik soal jawab denganguru, pemahaman yang jelas tentang laras Bahasa Arab, memahami konsep Bahasa Arab, sertaarahan yang mudah difahami. Selain itu pelajar memperoleh pengalaman baharu apabilamembuat latihan terutama aspek pengetahuan am dan melancarkan aspek sebutan bahasa. Disamping itu pelajar amat berminat dengan bentuk latihan yang ideal seperti permainan dan lain-lain yang boleh merehatkan minda mereka. Selain itu, guru-guru berpendapat latihan-latihanyang menekankan aspek tajwid, melakonkan watak tertentu di hadapan kelas dan pengulanganlatihan yang sama hendaklah dikurangkan. Kajian lepas yang dijalankan oleh Hoven danGarelick ( 2007 ) terhadap buku teks di Singapura mendapati antara keunggulan buku teksmereka ialah penjelasannya yang sederhana, ringkas, disertai dengan grafik menarik dan 19
    • membantu pelajar memahami konsep yang dipelajari. Selain itu latihan juga mengukuhkankefahaman pelajar terhadap konsep yang dipelajari.Kategori keempat yang dibincangkan oleh guru-guru tersebut adalah impak latihan yang melatihpelajar menggunakan alat-alat ABM pembelajaran bahasa seperti kamus serta penggunaan audiovideo termasuk internet yang menarik minat pelajar, meransang kecerdasan pelbagai danmenambah minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab. Menurut Richards dan Rogers ( 1991), penggunaan audio video akan dapat memberi manfaat yang baik kepada pelajar. Dalammenggunakan media sebagai bahan bantu mengajar Gagne ( 1987 ) berpendapat fungsi rekabentuk pengajaran dan pembelajaran yang baik perlu mengambil kira ciri-ciri khusus yang adapada media yang akan digunakan untuk menyampaikannya. Menurut Ikhsan dan Norila ( 2005 )penggunaan ABM yang sesuai dapat mewujudkan suasana fizikal dan suasana psikologikal yangkondusif untuk para pelajar dapat meneruskan pembelajarannya. Ini kerana variasi yang wujuddalam aktiviti yang melibatkan pelbagai bahan pembelajaran dapat mengelakkan merekadaripada merasa cepat bosan. Menurut Abdul Raof ( 2005 ) rujukan kepada kamus dalampembelajaran bahasa Arab adalah perlu memandangkan ia adalah sumber yang kukuh yangmenjadikan bahasa Arab terus kuat.Kategori terakhir yang disentuh oleh guru-guru tersebut adalah aspek kualiti guru dalammelaksanakan latihan terhadap para pelajarnya. Guru-guru hendaklah memberi bimbingan yangberterusan kepada pelajarnya cara melaksanakan latihan yang betul supaya mereka dapatmembuat latihan tersebut dengan sistematik. Penerangan tentang arahan latihan perlu diberikandengan tepat dan betul agar para pelajar tidak tersasar dari landasan sebenar. Guru-guru jugaperlu mendedahkan kemahiran tatabahasa dengan cara yang terbaik agar pelajar memahaminyadan mampu membina struktur ayat yang ringkas dalam Bahasa Arab. Kajian Jefridin Pilus ( 2002) menjelaskan kekurangan pengetahuan dalam kalangan guru-guru Bahasa Arab dalammemahami pendekatan pengajaran Bahasa Arab akan menyebabkan kemerosotan prestasiakademik subjek Bahasa Arab. Abdul Raof dan rakan-rakan ( 2005 ) menyatakan guru-guruBahasa Arab kebanyakannya tidak mempunyai ijazah pertama dalam bidang Bahasa Arab dan iniakan menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kemahiran mereka secara optimum untukmembantu para pelajar di sekolah. Selain itu Juriah Long et.al ( 1990 ) menyatakan kemahiranguru terhadap ilmu linguistik dan psikologi amat terbatas dan ternyata kemahiran ini amat 20
    • penting untuk menyelesaikan masalah terutama sekali masalah berkaitan dengan bahasa.Menurut Sohair ( 1990 ) guru kekurangan motivasi untuk membimbing pelajar keranakemudahan pengajaran dan pembelajaran yang tidak mencukupi. Justeru itu guru perlumeningkatkan motivasi mereka dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihakberkenaan dari semasa ke semasa.IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIANDari dapatan kajian yang dijalankan mendapati beberapa implikasi penting perlu diberi perhatiansewajarnya. Ia akan memberikan satu anjakan baru dalam menyediakan buku teks yangberkualiti tinggi serta memberi impak yang maksimum kepada para pelajar. Implikasi-implikasitersebut ialah : a. Penumpuan hendaklah diberikan kepada aktiviti kognitif apabila semakan semula terhadap kurikulum dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Ini adalah kerana aktiviti kognitif memainkan peranan penting dalam menentukan perubahan tingkah laku manusia. b. Satu kajian terperinci haruslah dilakukan untuk menentukan pemilihan aktiviti kognitif yang sesuai mengikut tahap umur pelajar dan peratusannya yang ideal untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik merubah tingkah laku pelajar yang pelbagai latar belakang sosio dan budaya. c. Penggubalan buku teks hendaklah mengambil kira aspek kognitif yang terdapat dalam sukatan pelajaran agar ia seimbang dan sesuai dengan tuntutan objektif kurikulum Bahasa Arab. Kajian yang dijalankan ini adalah kecil dan terbatas. Kajian ini hanya melibatkan duadokumen sahaja iaitu buku teks Bahasa Arab tingkatan satu dan sukatan pelajaran Bahasa Arabtahun 2006 yang mewakili objektif kurikulum Bahasa Arab. Kajian semula bolehlah dilakukandengan menambah dokumen kajian untuk melihat jenis-jenis aktiviti kognitif secara lebihmendalam lagi. Di samping itu responden temu bual perlulah di tambah lagi bagi membolehkanmaklumat-maklumat baharu dikumpulkan dari perspektif berbeza. 21
    • Kajian seterusnya hendaklah melihat aktiviti kognitif dan kesesuaiannya dengan kurikulumbagi tingkatan yang lain pula seperti tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Kajian perbandinganjuga boleh dilakukan dengan membandingkan jenis aktiviti kognitif tingkatan satu dengantingkatan tiga dan kesannya terhadap prestasi pelajar. Kajian tentang isi kandungan buku teks Bahasa Arab boleh juga dilakukan denganmemfokuskan kepada tema dan kedalaman konsep. Ini bagi menjawab persepsi sesetengah pihakyang mengatakan buku teks Bahasa Arab sukar dan tidak membantu pelajar memahami konsepBahasa Arab. Selain itu kajian perbandingan boleh dilakukan antara buku teks Bahasa Arab di Malaysiadan di Indonesia dengan memfokuskan kepada aspek-aspek tertentu seperti aktiviti kognitif,kesepaduan konsep dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai. RUJUKANAbdul Rahim Hussein. 1996. Pemikiran Kritis dan Kreatif Disampaikan Secara Infusi Ke DalamIsi Kandungan Pengajaran. Skudai. UMIDA Industries Sdn Bhd.Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Buku PanduanPenyelidikan. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.Buku teks : ( atas talian )http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/nb_carian_kata_istilah_terperinci.aspx?KODENTRIISTILAH=531609/ ( 25/02/09 ).Ball, Deborah Loewenberg & Cohen, David K. 1996. Reform by the book: what is- might be –the role of curriculum materials in teacher learning and instructional reform? EducationalResearcher. Vol 25 ( 9 ). 6-8. 22
    • Bloom Taxonomy. ( atas talian ) http://www.jchs.edu/media/253_ Bloom Taxonomy.doc. ( 31Mac 2009 ).Cohen, Jacob. 1960. A coefficient of agreement for nominal scales. Educational andPsychological Measurement. Vol 20: ( 1 ). 37-45.Colins J. March dan George Willis.2003. Curriculum Alternative Approach,Ongoing Issues.Merrill Prentice Hall.Creswell, John W. 2005. Educational research : planning, conducting and evaluatingquantitative and qualitative research. Ed ke- 2. New Jersey: Pearson.Dale. H. Schunk. 2004. Learning Theories An Educational Perspective. Ed ke- 4.New Jersey.Pearson Merrill Prentice Hall.David Miller Sadker, Karen R. Zittleman. 2007. Teachers, Schools and Society A BriefIntroduction to Education. New York. McGrawHill Higher Education.Esah Sulaiman. 1992. Penterjemahan spesifikasi kurikulum Alam dan Manusia dalamkandungan buku teks Alam dan Manusia. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia.Gall, J.P, Gall, M.D, Borg, W.R. 2005. Applying educational research: A practical guide. Ed ke-5. Boston: Allyn and Bacon.Harold F. O Neil, JR, Charles D. Spielberger. 1979. Cognitive and Affective Learning Strategies.London. Academic Press.H. Douglas Brown. 2001. Teaching by principles an interactive approach to language pedagogy.New York. Pearson Education 23
    • Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh. 2005. Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah, aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim. Quantum Books.Johansson, Monica. 2003a. Textbook in mathematics education: A study of textbooks as thepotentially implemented curriculum. Department of Mathematics Lulea University ofTechnology. Sweden.John R. Kirby, John B Biggs. 1980. Cognition, Development and Instruction. London. AcademicPress.Kellough, Richard D. & Kellough, Noreen G. 2003. Teaching young adolescents: A guide tomethods and resources. Ed ke-4. New Jersey: Pearson Education.Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur.Penerbit Universiti Terbuka Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSM.Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.Kesesuaian : ( atas talian )http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx/( 25/02/09 ).Kognitif : ( atas talian )http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/nb_carian_kata_istilah_terperinci.aspx?KODENTRIISTILAH=530421/ ( 25/02/09 )Khairul Zaman Ishak. 2004. Pengurusan kurikulum di sekolah-sekolah menengah Petaling Jaya.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohd Daud Hamzah. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur. Dewan BahasaPustaka. 24
    • Muhammad bin Seman, Mohd Afifi Abdullah, Rusli bin Osman, Hasmadi bin Hamdan. 2007.Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Satu. Semenyih. Sinar Jimat Sdn Bhd.Mullis, I.V.S, Martin, M.O, Gonzales, E.J,Chrostowski, S.J. 2004. Findings from IEA’s Trend ininternational mathematics and science study at the fourth and eight grades. Chesnut Hill:TIMSS & PIRLS International Study Center- Boston College.Neuman, W. Lawrence. 2006. Social research methods: qualitative and quantitative approaches.Ed ke-6. Boston: Allyn and Bacon.Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. 2003. Teori Bahasa Implikasinya Terhadap PengajaranTatabahasa. Tanjong Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Nisa Felicia. 2008. Aktiviti kognitif dalam buku teks Matematik Sekolah Menengah Pertama diIndonesia dan kesesuaiannya dengan kurikulum 2004 : suatu analisis kandungan. Tesis SarjanaPendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.Orlich, D.C, Harder, Callahan, Gibson. 2001. Teaching strategies: A guide to better instruction.Ed ke-6. Boston: Houghton Mifflin Company.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan misi.Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepimpinan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. 25
    • Rahimawati Ibrahim. 2005. Penilaian guru terhadap penggunaan buku teks Bahasa Melayutingkatan empat di Daerah Bentong, Pahang. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.Raths, Louis E. 1986. Teaching for Thinking: Theory, Strategies and Activities for theClassroom. New York: Teacher College Press.Richard Hooper. 1971. The Curriculum Context,Design and Development. The Open UniversityPress.Roger H. Bruning, Gregory J. Schraw, Monica M. Norby, Royce R. Ronning. 1999. CognitivePsychology and Instruction. Ed ke-3. New Jersey. Pearson Merrill Prentice Hall.Ropiah Md Nawi dan Rahimi Md Saad. 2006. Penggunaan kata pinjaman dan istilah BahasaArab dalam buku teks Pendidikan Islam di kalangan pelajar tingkatan satu. Prosiding wacanaPendidikan Islam ( Siri 5 ). 4-5 Ogos 2006. Universiti Kebangsaan Malaysia.Silverman, David. 2001. Interpreting qualitative data: Method for analyzing talk, text andinteraction. 2e. London: Sage.Shahabuddin Hashim, Rohizani Ismail. 2003. Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Bentong.Pts Publications and Distribution.Stemler, Steve. 2001. An overview of content analysis. Practical assessment, research andevaluation: A peer- reviewed electronic journal ( 7 ):17. ( atas talian )http://pareonline.net/getvn.asp?v=7&n=17 ( 31 Mac 2009 ).Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Pustaka. 26
    • Sumber rujukan : ( atas talian ) http://www.moe.gov.my/bbt/papar_berita.php?id=117/(23/02/09)TIMSS. 2003. Mathematic framework. 2003. ( atas talian )http://timss.bc.edu/timss2003i/PDF/t03_ AF_math.pdf. ( 31 mac 2009 ).Weber, Robert Phillip. 1990. Basic content analysis. Ed ke-2. London: Sage.Woolfolk, Anita E.2007. Educational psychology. Ed ke-10. Boston: Allyn and Bacon.Zawawi Ismail. 2001. Hubungan antara persekitaran Bahasa Arab dengan kemahiran bertuturdalam Bahasa Arab di kalangan pelajar universiti di Malaysia. Projek Penyelidikan SarjanaPendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.Zawawi Ismail. 2008. Penilaian pelaksanaan kurikulum kemahiran bertutur Bahasa ArabKomunikasi di SMKA. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Zuraini Mohd Ramli. 2007. Pelaksanaan kurikulum Bahasa Arab di sebuah kolej di Kelantan.Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. 27
    • 28