Your SlideShare is downloading. ×
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

3 upsi qss4013 kelab & persatuan

1,881
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,881
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
119
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. QSS 4013:Pengurusan & PengelolaanKokurikulum
  • 2. Faktor –faktor yang mempengaruhi penubuhan kelab& persatuan 1.Saiz sekolah 2.Sumber kewangan 3.Kemudahan sekolah 4.Sekolah lelaki / perempuan 5.Jurulatih 6.Minat pelajar
  • 3. Definisi • Kelab • Perkumpulan atau persatuan yang berasaskan suatu aktiviti utama yang tertentu dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran, kerjaya atau latar belakang yang sama • Persatuan • Perkumpulan atau gabungan individu yang mempunyai matlamat atau minat yang sama
  • 4. Kelab & Persatuan di Sekolah • Kelab dan persatuan yang dianggotai murid dan guru sekolah • Kategori kelab/persatuan berdasarkan Peraturan 4: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U. (A) 196 tarikh 21 Mei 1998 • Mata pelajaran yang diajar • Hobi & rekreasi • Yang diluluskan Menteri / Pengarah Pelajaran Negeri
  • 5. Mesyuarat AJK Pengurusan Kokurikulum Sekolah Pendaftaran Ahli-Ahli Baru Penubuhan & Pendaftaran Perancangan Aktiviti Pelaksanaan Aktiviti Penyeliaan Penilaian Penghargaan Pelaporan
  • 6. CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH PENANUNG PENGETUA GURU PENASIHAT JK KERJA Pengerusi Naib PengerusiS/U Bendahari Pemeriksa Kira-Kira AJK Ahli Biasa
  • 7. Peraturan Penubuhan Kelab danPersatuan • Perlu mohon secara rasmi kepada pengetua • Pengetua berhak lulus atau bubar • Dianggotai murid dan guru sekolah dan ber-ibu pejabat di sekolah berkenaan sahaja • Pelantikan guru penasihat secara rasmi • JK boleh dilantik/dipilih dan perlu dimaktubkan dalam perlembagaan kelab/persatuan
  • 8. bersambung….• JK kelab/persatuan perlu memohon pengesahan penubuhan dalam masa 14 hari selepas mesyuarat / perjumpaan pertama • Perlembagaan & peraturan kelab/ persatuan, senarai AJK & senarai aktiviti utama• Perubahan perlu disahkan oleh Pengerusi & Setiausaha dan dimajukan kepada Pengetua dalam masa 14 hari untuk kelulusan• Daftar ahli yang kemaskini dan disahkan perlu disimpan dalam tempoh 30 hari untuk pemeriksaan
  • 9. bersambung….• Akaun kelab/persatuan dikawal pengetua/ guru penasihat. Laporan akaun perlu disimpan tidak kurang dari 6 bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan untuk pemeriksaan oleh pendaftar• Tajaan/kutipan derma bagi kelab/ persatuan perlu kelulusan pengetua• Guru penasihat atau mana-mana guru lain yang dilantik mesti hadir dalam semua mesyuarat kelab/persatuan
  • 10. Prosedur Penubuhan Kelab/Persatuan (Pelajar)1. Pelajar bentuk JK penaja utk tetapkan• Tujuan dan matlamat• Aktiviti & kegiatan• Peraturan• Perlembagaan2. Memohon penubuhan dan kelulusan pengetua3. Mendaftar ahli-ahli4. Adakan mesyuarat agung penubuhan setelah menerima surat kelulusan5. Memfailkan perlembagaan & peraturan kelab/persatuan, senarai AJK dan senarai aktiviti utama
  • 11. bersambung …. 6. Mohon dan dapatkan kelulusan kutipan derma (jika berkaitan). 7. Mula kutipan derma dengan mematuhi peraturan kewangan sedia ada 8. Menyediakan akaun kewangan dan majukan untuk pengesahan
  • 12. bersambung….. 13. Simpan dan kemaskini akaun yang telah disahkan 14. Rumus takwim aktiviti tahunan dan majukan untuk pengesahan 15. Sediakan jadual kedatangan ahli bagi aktiviti 16. Menyediakan laporan tahunan
  • 13. Senaraikan tanggungjawab gurupenasihat untuk kelab dan persatuan
  • 14. 1. Mesyuarat Agung -tujuan melantik AJK.2. Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan3. Perlembagaan dan peraturan4. Pastikan aktiviti selaras -objektif sekolah5. AJK jalankan tugas6. Rancang aktiviti tahunan dengan murid7. Aktiviti ikut jadual8. Urus kewangan, harta dan peralatan
  • 15. 9. Urus pendaftaran kelab kepada Pengetua10. Bantu penyertaan ahli aktiviti peringkat sekolah/daerah/negeri dan kebangsaan10. Guru pengiring dalam lawatan atau projek11. Rekod kehadiran ahli12. Kemaskini Papan Kenyataan13. Calonkan penerima Sijil Penghargaan kepada AJK Kokurikulum Sekolah
  • 16. KANDUNGAN FAIL PERTUBUHAN/PERSATUAN /KELAB KOKURIKULUM1. Surat permohonan pertubuhan Persatuan/Kelab dari Guru/Pelajar disertakan : 1.1 Draf Perlembagaan 1.2 Draf Aktiviti Asas 1.3 Senarai Jawatankuasa Penaja2. Surat Kelulusan penubuhan dari Pengetua3. Surat Perlantikan Guru Penasihat (ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan & Penyeliaan)
  • 17. KANDUNGAN FAIL PERTUBUHAN/PERSATUAN /KELAB KOKURIKULUM4. Minit Mesyuarat Agung Penubuhan5. Perlembagaan disahkan6. Senarai AJK disahkan7. Perancangan/Aktiviti disahkan8. Jadual AktivitiTahunan yang disahkan9. Senarai ahli yang disahkan10. Jadual Kehadiran Ahli
  • 18. KANDUNGAN FAIL PERTUBUHAN/PERSATUAN /KELAB KOKURIKULUM11. Surat permohonan mengutip derma ahli dari Guru Penasihat12. Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua13. Akaun Kewangan/Belanjawan yang disahkan14. Surat permohonan menjadi ahli gabungan dari Pengetua15. Surat kelulusan menjadi ahli gabungan dari Pengetua16. Surat permohonan menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk
  • 19. KANDUNGAN FAIL PERTUBUHAN/PERSATUAN /KELAB KOKURIKULUM17. Surat penerimaan menjadi ahli gabungan oleh badan induk18. Rakaman Minit Mesyuarat yang diadakan19. Surat Pekeliling berkaitan dari :• KPM• JPN• PPD• Sekolah
  • 20. Sekian. Terima Kasih
  • 21. LAMPIRANCONTOH PERLEMBAGAAN
  • 22. Contoh Perlembagaan 1. Nama dan Tempat Mesyuarat     i. Persatuan / Kelab ini dikenali dengan nama …………………………………….    ii. Tempat mesyuarat persatuan ialah di ……………………………………………. 2. Tujuan-tujuan dan maksud-maksud (Undang-undang ini hendaklah mengandungi keterangan penuh berkenaan tujuan-tujuan     dan maksud-maksud persatuan/kelab itu ditubuhkan, atau berusaha hendak mencapainya). 3. Keahlian 3.1 Di sini sebutkan syarat-syarat untuk menjadi ahli persatuan/kelab, termasuk keterangan-keterangan berkenaan sekatan umur, jika dikenakan dan sama ada kemasukan menjadi ahli disyaratkan kepada lelaki atau perempuan, dan sebagainya.  Sebutkan juga sama ada bilangan ahli-ahli dihadkan (nyatakan bilangan ahli-ahli dibenarkan) atau tidak. 3.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disokong oleh Guru Penasihat dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mendaftarkan permohonan itu dengan secepat mungkin. 3.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah diterima menjadi ahli persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.
  • 23. 4. Bayaran Masuk, Yuran-Yuran dan Lain-lain Bayaran     4.1 Bayaran masuk dan yuran yang hendak dibayar adalah seperti berikut :- a. Pendaftaran     : ……………………………………..           b. Yuran sebulan  : ……………………………………..     4.2 Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu di dalam masa ………… hari dari awal tiap-tiap bulan. Pembayaran hendaklah diberikan kepada  Bendahari atau kepada Guru Penasihat. 4.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat ingatan yang ditandatangai oleh atau wakil Setiausaha dan hlanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.   4.4 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan, dan Jawatankuasa dengan persetujuan Guru Penasihat boleh memerintahkan supaya tindakan yang diambil terhadapnya, dengan kenyataan hutangnya terlebih dahulu.       4.5 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu  boleh dijalankan denga persetujuan mesyuarat agung dan Guru Penasihat. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. 5.0 Keberhentian Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan/Kelab hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.
  • 24. 6. Jawatankuasa  6.1 Satu Jawatankuasa Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Caranya ialah semua ahli mencalon, memilih dan melantik sesiapa sahaja melalui  pengundian.    6.2 Melalui AJK Penasihat di mana ahli jawatankuasa dilantik oleh Penasihat setelah diadakan perbincangan dengan ahli ataupun melalui ujian tertentu.    6.3 Semua pegawai-pegawai kecuali Bendahari Pertubuhan Pertubuhan/Kelab boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.    6.4 Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian  Persatuan/Kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh  Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak lebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan  Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah membuat laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.    6.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan dan ……………… hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli- ahli. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat  Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan  ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan  mencukupkan koram mesyuarat.
  • 25. 6.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha mendapatkan kelulusan dengan surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum  keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai boleh diterima :       a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat  pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap tahun Jawatankuasa ;       b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah  menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu ; dan       c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang  perolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada  Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatitkan di dalam peringatan mesyuarat.6.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan  jawatan di dalam Jawatankuasa.6.8 Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia, meletakkan jawatan, atau  dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, calon yang kedua mendapat undi  terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan  kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik lain ahli persatuan memenuhkan kekosongan itu  sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  • 26. 6.9 Jawatankuasa dengan persetujuan Guru Penasihat boleh memberi perintah kepada  Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan/Kelab.  Ia boleh melantik pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkannya  mustahak. Ia boleh dengan persetujuan Guru Penasihat menggantungkan atau  melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau  kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan/Kelab.6.10 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang  telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli  adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat  Agung.