Your SlideShare is downloading. ×
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21011. Pendahuluan   Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke ling...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012.   CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU     Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks mem...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukansahaj...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dantidak ...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premisperniagaan ...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012.5 Bidang PolitikApa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegaw...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspekpengaj...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminatioleh ...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyaktekanan be...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini,benar-b...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa banggadengan...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarangmasalah w...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasadunia. Ja...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasakebangsaan semel...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101            dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina  ...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapatdiperluask...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101    menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk  ...
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris ataubahas...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

MASA HADAPAN BAHASA MELAYU

9,574

Published on

Published in: Education
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
9,574
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
512
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "MASA HADAPAN BAHASA MELAYU"

  1. 1. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21011. Pendahuluan Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke lingua franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah Negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA). Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan. [1]
  2. 2. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa Melayu terbahagi kepada lima perkara utama iaitu: 2.1 Bidang Pendidikan Setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar .Sehubungan itu,pengiftirafan Institusi Pendidikan Swasta(IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen 17 Akta uberkenaan.Dengan perkataan lain IPS mempunyai kebebasan seluas- luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Pada tahun 2003 pula, penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di dalam semua peringkat.Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki [2]
  3. 3. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukansahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan, penguasaan BahasaInggeris pelajar . Malah dikuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua matapelajaran itu.Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkanmata-mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalambahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan pada waktu yang sama muriddan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris.Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsisebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan peranan-peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akanmelemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantungpada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.Apabila fungsi suatu bahasa terhad padafungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincangkerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidangilmu,pemikiran,teknologi,ekonomi,undang-undang dan sebagainya.2.2 Bidang Teknologi Maklumat(ICT) Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telahmendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat.Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominant bagi bahasateknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap ict pada era globalisasi [3]
  4. 4. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dantidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasaInggeris mengiringi kelahiran pertama internat dunia di Amerika Syarikat.Cabarankepada bahasa melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita bolehmemperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber ekonomi, bahasasumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untukmembuka pintu gerbang ilmu,mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligaipendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan , sekaliguspeningkatan taraf hidup.2.3 Bidang Media Masa dan EletronikKebelakangan ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan denganpenggunaan bahasa Melayu di mana pengaruh media elektronik telah merosakkanpenggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dansebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakanpenggunaan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat iaitupenggunaan telefon bimbit.Untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadarakan-rakan mereka . Mereka menggunakan bahasa ringkas. Menurut Prof. Dr HashimHj.Musa kerosakan Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikutperaturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dansebagainya. [4]
  5. 5. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premisperniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis peniagaanmereka.Kita juga pernah melancarkan operasi kesalahan ejaan dan tatabahasa padapapan tanda premis perniagaan,lebuhraya dan sebagainya dan mencadangkan ditukarkesalahan tersebut.2.4 Bidang SosialDi samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasaibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalamdiri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akanterkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidakmengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karimdalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakanbahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegangoleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasainggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat ataudigugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgiamereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagaibahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lainyang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysiatimbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadibahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996) [5]
  6. 6. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012.5 Bidang PolitikApa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegawai-pegawaitinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siarantelevisyen , mesyuarat, hatta sesame mereka di mana-mana pun.Pada masa kepimpinanmantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak danTunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi . Jarang sekali kitamendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris.Para cendikiawan Melayu (lebih50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongresiaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu,Kongres Agenda Melayu. KongresBahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu,akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yangdikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet.3.PENDEKATAN MEMARTABATKAN DAN MEMANTAPKAN BAHASAMELAYU PADA MASA HADAPAN.Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayudi luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapatdilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah [6]
  7. 7. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspekpengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersamaantarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ AsiaTenggara.Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu diBenua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik diperingkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan,penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratanMelayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasaMelayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripadapemimpin pentadbiran negara.Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuantentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi perananbaharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif daninovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluanpelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasakebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasaInggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasaInggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalamkalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan [7]
  8. 8. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminatioleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan alirandan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayukursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yangterbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.Keadaan ini memerlukan gurumenyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalamiilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Denganpengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayuakan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasaMelayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golonganyang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajibdan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untukmengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayuke peringkat yang lebih tinggi.Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalammemartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengankedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakisdengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelasmenunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, AbdullahAyob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawapara siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana [8]
  9. 9. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyaktekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakanbahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagimemastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng danmenggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukansebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-matauntuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambiltempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyakmembawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduandikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepadakemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di sampingitu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda .sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diripenutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur.Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidakmengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karimdalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakanbahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yangSesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalampenggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayuperlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai [9]
  10. 10. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini,benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologimaklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap danpantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing denganteknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasaMelayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagaibidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam erateknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadibahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasasumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumberkewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalamteknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanyalebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selainitu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendakgenerasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data danportal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasakebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa danPustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengankata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secaraaktif.Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satucabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin [10]
  11. 11. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa banggadengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasakebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendakmenggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugatoleh bahasa Inggeris.Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu danmemperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkatantarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia denganmenggunakan bahasa rasmi tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpamenjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan sepertibiasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alatbantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malahterdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan AgungPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan bahasakebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahanatau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadanganyang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawaacara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikanmenggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selaridengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah PresidenIndonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang [11]
  12. 12. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarangmasalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara.Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antarabahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEANtermasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantauini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besardengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakanpenterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan padaperingkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India danSepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalahbahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinyaia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kitaberharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olekKementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agarmenjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan danmesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu,adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasakebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokongusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat ™, internet,ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah [12]
  13. 13. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasadunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dankekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan danstatus bahasa ke empat besarnya di dunia.Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannyadikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasaTuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politikdan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbuktipada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaumselepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadibahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orangbukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semuarakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi danliberalisasi.Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalammemartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu diperingkat yang lebih tinggi.Antaranya: 1.Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan. [13]
  14. 14. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP21012.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasakebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalammenjayakan gagasan 1 Malaysia.3.Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokongusaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masihjauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.MalahJemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakanbahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dankonvensyen.4.Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa keratsahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalamnegeri pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggerismengetepikan sahaja bahasa Melayu.5.Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagaisaluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudahdijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.6.Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian PeneranganKomunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang [14]
  15. 15. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya.4. KESIMPULAN/PENUTUP Masa depan dan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap bangga dan komitmen kita untuk memperjuangkannya.Penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat kita untuk menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi merentasi pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu Tinggi tidak hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu sahaja,tetapi meliputi bidang- bidang lain termasuk sains tulen. Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai ilmu yang berwibawa. Akademik Pengajian Melayu dan resolusi Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia pada 2009 di Johor Bahru, anjuran Akademi Pengajian Melayu , Fakulti Bahasa UPSI,DBP dan Yayasan Warisan Johor, yang mencadangkan satu secretariat atau jawatankuasa kebangsaan bersama mengantarabangsa BM di dunia. APM kini memfokuskan pengantarabangsaan BM di China dan Thailand. Adalah difahamkan bahawa terdapat 160 Pusat Pengajian Melayu dan Indonesia di dunia. APM tidak mampu untuk merealisasikan usaha ini secara sendirian . USM sudah ada hubungan [15]
  16. 16. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapatdiperluaskan keseluruhan Eropah, Rusia, dan lain-lain wilayah. SPESBAM juga perlubekerjasama dengan IPTA/IPTS di Indonesia dan Brunei untuk memperluaskanperanan BM sebagai bahasa antarabangsa.Bertitik tolak daripada dapatan Kajian Penggunaan Bahasa di IPTA itu. Kementeriantelah mengambil daya usaha menyediakan Pelan Tindakan Memartabatkan BahasaMelayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT yang akan disaksikan pelancarannya tidak lamalagi. Untuk makluman semua, pelan tindakan ini mempunyai EMPAT STRATEGIiaitu Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pembelajaran dan Pengajaran,MengukuhkanBahasa Melayu dalam Penyelidikan dan penerbitan, Meningkatkan PengiktirafanAkademia Bahasa Melayu dalam pelbagai Disiplin ilmu dan MeningkatkanPengantarabangsaan Bahasa Melayu.Berasaskan empat strategi yang dikenal pasti itu, KPT telah menyenaraikan 25 inisiatifstrategik bagi IPT menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan. Ia termasuklahmeningkatkan usaha menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu danmenambah bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu. Selain itu, satulagi pendekatan penting yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan‘jurnal tempatan’ berbahasa Melayu berkualiti sehingga dapat diindekskan dalamScopus dan ISI. Jika misalnya kita boleh menetapkan 100 buah jurnal tempatan dalampelbagai bidang ilmu diindekskan melalui Scopus dan 50 buah pula dalam ISI [16]
  17. 17. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan diiktiraf global. Selain memperkukuhkan Bahasa Melayu dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran serta Penyelidikan,Pelan Tindakan ini juga mengambil kira soal pengiktirafan, pembangunan dan kemajuan karier ahli-ahli akademik. Antara lain Pelan Tindakan ini mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat, mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang. Beberapa langkah dan strategi yang akan kita laksanakan ke arah memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi ialah : -Pertama, mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan Tamadunan dalam Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia,Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain;- Kedua, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian juga meletakkan sasaran 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains social dan kemanusiaan; Ketiga, mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi; [17]
  18. 18. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris ataubahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan padasetiap IPT danKelima,mengenai pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ,UniversitiKebangsaan Malaysia sebagai focul point – yang bakal mewujudkan hubungan denganintitusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukanstrategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu.Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan yang akan mempertahankannyaatau tidak adalah kehendak kita sendiri dalam usaha kita membina, tidak perlu adausaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia.Bahasa Melayuperlu terus dipertahankan agar tidak pupus.Bahasa Melayu perlu terus dikembangkansupaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita. [18]

×