Konsep dan definisi kurikulum
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Konsep dan definisi kurikulum

on

  • 21,998 views

 

Statistics

Views

Total Views
21,998
Views on SlideShare
21,997
Embed Views
1

Actions

Likes
4
Downloads
699
Comments
6

1 Embed 1

https://twitter.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Konsep dan definisi kurikulum Konsep dan definisi kurikulum Document Transcript

  • 1 KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM 1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98) 2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995) 3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek. 4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. 5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) 6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:- a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri- ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian. b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan. d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman. e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.
  • 2 KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF) 1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. 2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu. 3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini. 4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum. 5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. 6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. 7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
  • 3 HALA TUJU KURIKULUM 1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. 2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. 3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi 4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat perlu diperkukuhkan. 5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi perhatian. 6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
  • 4 PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK) 1. Pembangun kurikulum perlu mengkaji a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum b) Falsafah pembentukan kurikulum c) Kriteria pembentukan kurikulum 2. Teori berkaitan dengan kurikulum : Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:- a) Teori tradisional - Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull dan lain-lain. - Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan sama ada tercapai atau tidak. - Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan - Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan dan dikawal. - Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku. Pengajar bertindak sbg penyampai maklumat dan ditatih dlm melaksanakan kurikulum dgn berkesan. b) Teori konseptual - Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain. - Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan mudah. - Member fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum. - Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan apa-apa yang berlaku di sekolah.
  • 5 c) Teori rekonseptual - Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dan lain-lain. - Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika membuat keputusan. - Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan kebijaksanaan sendiri. - Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat. - Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi kehidupan.
  • 6 FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM 1. Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara 2. Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan 3. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum 4. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum. Antaranya: a) Idealisme - Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir - Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran b) Realisme - Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa- apa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan lengkap. - Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia. c) Paramatism - Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan. - Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. - Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman hidup. - Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi menggunakan ilmu. - Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia yang berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan pemikiran.
  • 7 d) Perialisme - Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel. - Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap. - Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup. - Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengujian berstruktur. - Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat. - Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan kurikulum terbina adalah muktamad. e) Essentialisme - Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam pembelajaran. - Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan tidak perlu dalam pendidikan. - Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksanaan masa hadapan. f) Progressivesme - Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan dan bukan ketekalan. - Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar. - Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional - Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada kecenderungan dan minat pelajar. - Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung menjadi pengetahuan. - Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana manusia terus hidup dan berfikir.
  • 8 g) Rekonstrutionalisme - Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat berilmu. - Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat. h) Eksistensialisme - Mementingkan pendidikan melalui persekitaran. - Guru membantu murid dalam proses penerokaan. - Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan. - Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara individu.
  • 9 KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM 1. Dikategorikan kepada tiga kaedah : a) Berpusatkan subjek b) Berpusatkan pelajar c) Berpusatkan masalah 2. Reka bentuk berpusatkan subjek - Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran yang terdiri daripada:- reka bentuk mata pelajaran reka bentuk disiplin reka bentuk bersepadu reka bentuk korelasi a) Reka bentuk mata pelajaran - Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. - Merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. - Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sebagai subjek. - Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun daripada ringkas ke kompleks. - Tumpuan pelajaran tertumpu kepada proses mengingat dan memahami. b) Reka bentuk disiplin - Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses. - Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. c) Reka bentuk bersepadu - Menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran yang bersepadu. - Membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing - Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin - Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.
  • 10 d) Reka bentuk korelasi - Mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan untuk mengurangkan pemisahan antara subjek. 3. Reka bentuk berpusatkan pelajar - Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalm bidang pendidikan. - Berdasarkan kepada falsafah progressivesme. - Terbahagi kepada 3 kategori Reka bentuk berpusatkan pelajar Reka bentuk berpusatkan pengalaman Reka bentuk berpusatkan humanistik a) Reka bentuk berpusatkan pelajar - Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar. - Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran. b) Reka bentuk berpusatkan pengalaman - Sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar. - Penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. - Ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh itu kurikulum tidak akan dirancang dengan awal. - Kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar. c) Reka bentuk berpusatkan humanistik - Mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri. - Menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap). - Memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif pengalaman dan perasaan. - Menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan.
  • 11 - Menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan. 4. Reka bentuk berpusatkan masalah - Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. - Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada tiga : reka bentuk situasi – kehidupan reka bentuk semula masyarakat i. Reka bentuk situasi – kehidupan b. lebih mirip kepada teori konseptual. c. berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh di aplikasikan dalam kehidupan secara terus. d. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk diri. b) Reka bentuk semula masyarakat - berorientasikan masyarakat. - mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat daripada aspek sosial, politik dan ekonomi. - dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat. - menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti
  • 12 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH 1. Selaras dengan kehendak FPK. Tujuan penggubalan adalah untuk : a) Meningkatkan pengetahuan kesihatan b) Memupuk sikap positif terhadap kesihatan c) Mengamalkan gaya hidup sihat 2. Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR Tiga Tunjang a) Kesihatan diri dan keluarga Kesihatan diri Perasaan Kekeluargaan b) Gaya Hidup Sihat Pemakanan Pengurusan Konflik dan Stress Penyalahgunaan bahan c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Keselamatan Penyakit berjangkit Pertolongan cemas 3. Penilaian Pendidikan Kesihatan a) Penilaian Formatif Menilai program utk perbaiki kurikulum, p&p, dan perkembang kanak- kanak Membentuk maklumat dan objektif program. Pembelajaran kanak-kanak yg berterusan Pengumpulan bukti secara sistematik Memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak. b) Penilaian Sumatif Akhir pelajaran PK – samada setiap akhir unit atau akhir semester Ujian yang standard
  • 13 Menentukan tahap pancapaian murid Menentukan keberkesanan kurikulum, pengajaranguru dan pembelajaran murid. c) Penilaian berterusan dan tidak formal Penilaian tentang apa yang telah dilaksanakan Maklumbalas semasa terhadap tindakan/ kerja murid. Maklumbalas secara spontan melalui pemerhatian.