Your SlideShare is downloading. ×
Kolukium contoh
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Kolukium contoh

299
views

Published on

Published in: Education, Technology

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
299
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DANINOVASIFriday, 18 May 2012 11:17 KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI FOKUS PEMADANAN KLUSTER PENYELIDIKANKolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan pada 5 Mei 2012 di Dewan TunkuIbrahim Ismail (DTII) telah berjaya mencapai objektif utama yang ditetapkan iaitu ke arah mewujudkanmedium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasa penyelidikan dan inovasi di UTHMserta mensasarkan usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan khasnya melibatkanpara penyelidik muda dengan Pusat-Pusat Kecemerlangan dan Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM.Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly, TimbalanNaib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi YBhg. Dato‟ Naib Canselor UTHM. Beliaujuga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM‟.Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk bersama-sama bergandingbahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usaha mewujudkan pemadanankluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geran penyelidikan swasta dan antarabangsa,berusaha mempergiatkan aktiviti pengkomersilan dan sebagainya.Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antara para penyelidikdan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Antarapenceramah yang diundang ialah YBhg. Prof. Dr. Ruzairi Hj. Abdul Rahim, Pengarah PusatPengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah berkongsi pengalamandengan para peserta melalui ceramah yang disampaikan bertajuk „Universiti Penyelidikan:Pengalaman dan Strategi‟.Pada kolokium kali ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan mengenengahkanisu berkaitan “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum ini telah melibatkanbeberapa panel jemputan iaitu Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin (Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilandan Perundingan), Dr. Maimunah bt Mohd Said (Malay Chamber of Commerce Malaysia, NegeriJohor), En. Norazman Hussein (Senior Vice President MTDC) dan Prof. Dr. Maizam bt Alias (DekanPusat Penyelidikan dan Pembangunan). Dalam forum tersebut itu juga, Prof Dr. Maizam telahberkongsi maklumat mengenai usaha-usaha pengkomersilan oleh institusi penyelidikan di UnitedKingdom hasil lawatan beliau ke Negara berkenaan awal tahun ini. Institusi yang dilawati iaitu, WolfsonCentre di Universiti Brunel, Tun Abdul Razak Research Centre, Nanoscience Centre dan Institute ofManufacturing di Universiti Cambridge rata-ratanya mempunyai kerjasama universiti-industri yang rapatdalam menjayakan usaha pengkomersilan mereka.Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik dan Pusat-PusatKecemerlangan serta Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf-staf akademik yangbalik cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untuk berkongsi maklumat berkaitan kepakaranmereka dan juga peluang melaksanakan kolaborasi penyelidikan peringkat antarabangsa khasnyamelibatkan institusi pengajian tinggi di tempat mereka belajar sebelum ini.Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasilpenyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX 2012 pada17-19 Mei ini telah dibentangkan kepada wakil industri yang terdiri daripada Malay Chamber ofCommerce Malaysia Negeri Johor, untuk dinilai dan seterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke
  • 2. arah mewujudkan peluang dan kerjasama pengkomersilan. Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagi membantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. PERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 05 MEI 2012 (SABTU) / DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL 08.30 pagi - Ketibaan peserta dan tetamu jemputan 08.45 pagi - Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin Naib Canselor UTHM 09.00 pagi - Ucapan Aluan Oleh ; YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM 09.15 pagi - Ucapan Perasmian Oleh ; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin Naib Canselor UTHM 09.45 pagi - Ucaptama 1 : Halatuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM Oleh : YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 10.15 pagi - Minum pagi10.45 pagi - Ucaptama 2 : Strategi Memperkasa Penyelidikan,Inovasi, Pengkomersilan dan Penerbitan : Perkongsian Pengalaman Oleh : Penceramah Jemputan11.30 pagi - Model Perlaksanaan Central Research Lab : Pengalaman di United Kingdom’ Oleh ; YBhg. Prof. Dr. Maizam bt Alias Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan UTHM11.45 pagi - Forum : “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA : Isu & Cabaran” Panel : i) YBhg. Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan ii) Dr. Maimunah bt Mohd Said Malay Chamber of Commerce Malaysia Johor State iii) Wakil MTDC - Lawatan ke ruang pameran : Perkongsian Maklumat Staf Tamat Cuti Belajar - “Kepakaran dan Peluang Kolaborasi Antarabangsa” (Kerjasama bersama Staf Tamat Cuti Belajar UTHM)
  • 3. 1.30 t/hari - Makan tengahari2.15 petang - Sesi Pembentangan Produk ITEX Bersama Wakil Industri Sesi temuduga calon Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)4.00 petang - Minum petang / bersuraifakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah mengadakan sesi taklimat OutcomeBased Education (OBE) pelajar siri 1 dengan jayanya pada minggu lalu.Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang pelajar tahun satu hingga empat ini dimulakan dengankata-kata aluan daripada Dr. Shahruddin Mahzan, Timbalan Dekan Akademik danPengantarabangsaan (TDA). Beliau mewakili pihak fakuti menyatakan rasa terima kasih kepada parapelajar yang memberikan sokongan padu dalam agenda melahirkan warga fakulti yang celik OBE.Ceramah OBE telah disampaikan oleh mantan TDA FKMP, Profesor Madya Dr. Hj. Badrul Omar.Beliau menarik perhatian hadirin terhadap peri pentingnya sesebuah sistem pendidikan berkesan,yang mampu mencetuskan perubahan terhadap sikap (attitude), perilaku (behavior), dan tanggapan(perception) seseorang pelajar. Dua unsur penting dalam OBE, iaitu Programme EducationalObjectives (PEO) dan Programme Learning Outcomes (PLO) pula menjadi kayu pengukur dalammempraktikkan sistem pendidikan berkesan.Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab di antara pelajar dengan penceramah. Semoga intisari taklimatOutcome Based Education (OBE) pelajar siri 1 dapat difahami dan dihayati oleh seluruh pelajar FKMPsebagai sebuah garis panduan penting, bukan sahaja selama mereka berada di fakulti ini, bahkanjuga dalam kehidupan mereka selepas bergraduat suatu hari nanti.Last Updated ( Tuesday, 10 April 2012 08:29 )imbalan Menteri Sempurnakan Seminar Transformasi Profesionalisme Kaunseling
  • 4. Zon SelatanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerimakunjungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr.Hou Kok Chung bagi menyempurnakan Seminar TransformasiProfesionalisme Kaunseling Zon Selatan yang diadakanpada 22 Mei lalu.Seminar yang telah diadakan di Dewan Tunku IbrahimIsmail, UTHM ini dianjurkan bertujuan bagimenghimpunkan para kaunselor sekolah dan pengamalkaunseling daripada zon selatan untuk berkongsipandangan dan pengetahuan mengenai profesion
  • 5. kaunseling.Dato Dr. Hou Kok Chung dalam ucapan perasmiannyaberkata dengan perkembangan dunia maklumat yang semakinpantas dan gaya hidup masyarakat yang semakin rencam,gejala negatif mudah menular dalam masyarakat. Justeru,peranan kaunselor menjadi lebih penting dalam membantumereka yang kurang daya tahan diri menghadapi pelbagaicabaran dan permasalahan hidup."Menyedari pentingnya peranan kaunselor dalammasyarakat, adalah menjadi kewajiban kepada pengamalkaunseling untuk mempersiapkan diri dengan seberapabanyak ilmu agar tahap profesionalisme masing-masingdapat ditingkatkan," katanya.Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 500 peserta itudimulakan dengan ucaptama bertajuk "Kaunselor danCabaran Profesionalisme" oleh Presiden PersatuanKaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA), Tan Sri Dr.Nordin Kardi.Beberapa sesi pembentangan telah diadakan dalam seminaranjuran UTHM dan PERKAMA ini. Pembentangan dimulakandengan pengenalan kepada PERKAMA iaitu sebuah badanakreditasi yang menjalankan perkhidmatan kaunseling dirantau ini. Tajuk pembentangan "Tiga Dekad PerjuanganPERKAMA untuk Profesion Kaunseling" telah disampaikanoleh Setiausaha Agung PERKAMA, Profesor Madya Dr. AbdulHalim Mohd Hussin.
  • 6. Peserta seminar turut disajikan dengan pembentanganbeberapa kertas kerja antaranya bertajuk "ManagingStress Using Our Five Senses" yang disampaikan oleh CikHana Halim dari Biosential Malaysia, "Pendekatan PlayTheraphy Dalam Membantu Mengenalpasti PersonalitiPelajar" oleh Ku Suhaila Ku Johari dari UniversitiKebangsaan Malaysia dan "Peranan PencegahanBerlandaskan Model Risiko dan Pelindung" oleh Dr. MohdMuzafar Shah Mohd Razali dari Universiti PerguruanSultan Idris.
  • 7. Turut hadir Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajardan Alumni) UTHM, Profesor Ir. Dr. Amir Hashim MohdKassim, Dekan Pusat Pembangunan dan PengembanganPelajar, Prof. Madya Dr. Asri Selamat serta beberapapegawai kanan universiti.Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi – penyelidik UTHM kongsikepakaranBagi mewujudkan medium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasakan lagipenyelidikan dan inovasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu programKolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 5 Mei 2012 lalubertempat di kampus induk UTHM.Kolokium ini merupakan antara usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikankhasnya melibatkan para penyelidik muda dengan pusat-pusat kecemerlangan dan pusat-pusat Penyelidikan di UTHM.Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Wahid Razzaly,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib CanselorUTHM. Beliau juga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala TujuPenyelidikan dan Inovasi UTHM‟.Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk turut samaberganding bahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usahamewujudkan pemadanan kluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geranpenyelidikan swasta dan antarabangsa dan mempergiatkan lagi aktiviti pengkomersilan.Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antarapara penyelidik dan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidangmasing-masing. Antara penceramah yang diundang ialah Profesor Dr. Ruzairi Haji AbdulRahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Beliau telah berkongsi pengalaman dengan para peserta melalui ceramah yang disampaikanbertajuk „Universiti Penyelidikan: Pengalaman dan Strategi‟.Dalam kolokium ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan
  • 8. membincangkan tajuk “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum initelah melibatkan beberapa panel jemputan iaitu Profesor Ir. Dr. Saparudin Ariffin, DekanPusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan UTHM, Dr. Maimunah Mohd Said dariMalay Chamber of Commerce Malaysia Johor, Encik Norazman Hussein, Timbalan PresidenKanan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Profesor Dr. MaizamAlias, Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan,UTHM.Dalam forum itu, Profesor Dr. Maizam telah berkongsi maklumat mengenai usaha-usahapengkomersilan oleh institusi penyelidikan yang terdapat di United Kingdom. Maklumattersebut merupakan hasil daripada lawatan beliau ke negara berkenaan awal tahun ini.Institusi yang dilawati beliau ialah Wolfson Centre di Universiti Brunel, Tun Abdul RazakResearch Centre, Nanoscience Centre dan Institute of Manufacturing di UniversitiCambridge.Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik danpusat-pusat kecemerlangan serta pusat-pusat penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf-staf akademik yang pulang daripada cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untukberkongsi maklumat berkaitan kepakaran mereka dan berpeluang melaksanakan kolaborasipenyelidikan di peringkat antarabangsa.Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasilpenyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX2012 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mei telah dibentangkan kepada wakil industriyang terdiri daripada Malay Chamber of Commerce Malaysia, Johor untuk dinilai danseterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke arah mewujudkan peluang dan kerjasamapengkomersilan.Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagimembantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan daninovasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telahmembantu menjayakan program ini.January 12, 2010 12:28 PMDr Mahathir Sampai Ucaptama Di Kolokium Pendidikan Negeri KedahALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akanmenyampaikan ucaptama pada Kolokium Pendidikan Negeri, yang bakal disertai lebih 1,000 gurubesar dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), di Universiti Utara Malaysia (UUM), pada25 Jan ini.Pengerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah (Cerdik) Datuk Abd Aziz SheikhFadzir berkata Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Pendidikan di Masa Hadapan",yang akan menyentuh pelbagai isu berkaitan sistem pendidikan negara pada masa akan datang."Ucaptama itu akan menyentuh tentang cabaran era globalisasi dan teknologi maklumat dalam sistempendidikan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.Beliau berkata kolokium sehari anjuran Cerdik dengan kerjasama UUM itu juga membolehkan gurubesar dan pengerusi PIBG menyuarakan masalah yang mereka hadapi, terutama membabitkansekolah di kawasan luar bandar."Pada akhir kolokium satu resolusi akan dibentangkan dan diserahkan kepada Kementerian
  • 9. Pelajaran, yang diharap akan mendapat tindakan segera pihak kementerian," katanya.Abd Aziz yang juga Pengerusi Biro Pelajaran Umno Kedah berkata Timbalan Menteri Pelajaran DatukDr Mohd Puad Zarkashi akan menutup program itu dan beliau akan menerima resolusi yangdibentangkan bagi pihak kementerian.Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai kolokium berkenaan bolehmenghubungi urusetia, Haidar Zofrain Mohd Daud di talian 019-5707711.-- BERNAMAKolokium Kebangsaan Kepimpinan Instuksional (2011),Anjuran InstitutAminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran Malaysia, BandarDarulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman/170KOLOKIUM Kebangsaan Kepimpinan Instuksional ke-7 di adakan pada 2 Hingga 5 Mei2011, bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian PelajaranMalaysia, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tema kolokium pada kali iniialah “Kepimpinan Instruksional Penggerak Transformasi Pendidikan”. Antara sub-temayang dibincangkan i. Hala tuju pendidikan: Perubahan kurikulum dan sistem pentaksiran,ii.Peningkatan Kualiti Guru Melalui Kepimpinan Instruksional, iii.Inovasi dalam pendidikan kearah pembentukan modal insan cemerlang dan iv.Kemenjadian murid melalui kepimpinaninstruksional. Peserta seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar,Pegawai JPN dan PPD serta pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara. Berikut adalahsenarai kertas kerja yang telah dibentangkan.1. Ucaptama Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-72. Kepimpinan Berimpak Tinggi Menjana Kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi3. Pengaruh Amalan Pengurusan Pemimpin Sekolah Terhadap Komitmen Dan Tingkah LakuInovatif Guru
  • 10. 4. Kepimpinan Instruksional: Satu Transformasi Kepimpinan Atau Mengekal Status-Quo5. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan PembelajaranDalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Di Pulau Pinang6. Penggunaan Model Berfasa Kursus Kajian Tindakan (MBKKT) Untuk MeningkatkanKualiti Pendidik Dalam Membentuk Modal Insan Cemerlang7. Keberkesanan Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Kebangsaan8. Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah : Satu Perkongsian Pengalaman