MASLAN BINTI SALLEHPengenalan      Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.Sebagai suatu unsur y...
MASLAN BINTI SALLEHOrang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalambukunya semantics : studies ...
MASLAN BINTI SALLEHkonotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahanmakna dan bentuk-bentuk makna...
MASLAN BINTI SALLEHOgden dan Richard (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pulamenunjukkan hubungan antara kata, ...
MASLAN BINTI SALLEHJenis-jenis maknaMakna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-   i.         Makna denotatif/ tersurat ...
MASLAN BINTI SALLEHMakna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembacaterhadap penggunaan kata atau...
MASLAN BINTI SALLEHContoh:-Gaya     penulisan      Shahnon   Ahmad   boleh   dikenali,   misalnya   beliau   gemarmengguna...
MASLAN BINTI SALLEH  Lelaki                  teruna  Perempuan              daraDalam peranggu perkataan di atas, kita dap...
MASLAN BINTI SALLEH                                        Jadual 1Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lar...
MASLAN BINTI SALLEHkita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaranyang kita dengar.Perkataan lari, ...
MASLAN BINTI SALLEHtidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu maknaayat boleh dibahagikan kepada ...
MASLAN BINTI SALLEH(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurungDalam ayat (1) kiasan ...
MASLAN BINTI SALLEHtengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (KamusDewan,2004). Makna konotatif ...
MASLAN BINTI SALLEHmembawa dua makna, iaitu „orang yang berubat‟ atau orang yang mengubati oranglain. Ayat (6) perlu diper...
MASLAN BINTI SALLEHnama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan demikian,struktur dalam bagi ayat (...
MASLAN BINTI SALLEH                                                   beragama Islam.                                     ...
MASLAN BINTI SALLEH
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Semantik

3,113 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
3,113
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
244
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Semantik

  1. 1. MASLAN BINTI SALLEHPengenalan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati denganmenggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yangdapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang maknaatau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini,menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akansempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian inimenumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan duniarujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutursesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka danmenghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untukmemahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yangmembentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabungmenjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikanmakna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.2. Definisi SemantikKata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemantickos yang membawa makna „penting‟ atau „bererti‟. Semantik pula, secararingkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataandan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti daripelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dariaspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahanmakna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yangbererti “tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikansebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yangmenghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
  2. 2. MASLAN BINTI SALLEHOrang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalambukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad MahmoodMusanif).Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang maknaperkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentangmakna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia(O‟Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialahbidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkansebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lainperkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistikyang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atauwacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagaimaksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenuturmengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripadapendengar.Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II –mendefinisikan semantik ialahkajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuklogiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialahbahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem danpenyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistikyang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatubidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan
  3. 3. MASLAN BINTI SALLEHkonotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahanmakna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.Konsep dan MaknaSebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapijuga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita tentang maknamembolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayatyang kita dengar atau yang kita baca.Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tigakomponen iaitu:- i. Komponen kata. Komponen kata merujuk kepada aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan. ii. Komponen makna . Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia. iii. Komponen rujukan. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat.Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara katadengan benda yang dirujuk ( rujukan), iaitu kata yang diertikan dan kata yangdimengertikan. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussuredan pendapat Ogden dan Richards dalam buku Bahasa Malaysia kertas 1.Menurut Ferdinand de Saussure, (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1)setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur ,iaitu “yang diertikan” dan “yang mengertikan”. “Yang diertikan” bermaksud konsep atau makna yang didukungoleh kata” manakala “yang mengertikan” ialah “kata yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan”.Ferdinand de Saussure, berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antarakata ( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau,apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata. Secara psikologi dia menggambarkanbenda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Contohnya apabilaseseorang itu menyebut kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akanterbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.
  4. 4. MASLAN BINTI SALLEHOgden dan Richard (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pulamenunjukkan hubungan antara kata, konsep dan benda yang dirujuk (rujukan)nelalui segi tiga semantik seperti yang berikut: Konsep/Makna( referens) Kata/leksem Rujukan /referen kucing Benda yang dirujuk Rajah 1Dalam rajah 1 di atas, kata atau leksem kucing melambangkan konsep makna“sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus”. Konsep atau makna kucing yangbersifat umum ini mempunyai rujukan haiwan kucing sebenarnya secara khusus didunia nyata. Hal ini ditunjukkan oleh garis merah yang menghubungkan katadengan rujukan.Selain itu, hubungan antara kata dengan makna serta benda yang dirujuk bersifatarbitari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta bendayang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi[haus] membawa makna yang berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penuturbahasa inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi [haus] bermakna“dahaga” atau “berkurangan tebalnya” sedangkan [haus] bagi penutur bahasaInggeris bermaksud”rumah”.Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga hubunganantara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya hubungan antara kata denganbenda yang dirujuk bersifat tidak lansung.
  5. 5. MASLAN BINTI SALLEHJenis-jenis maknaMakna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:- i. Makna denotatif/ tersurat ii. Makna konotatif/tersirat iii. Makna afektif iv. Makna emotif v. Makna luas vi. Makna sempit vii. Makna gaya viii. Makna tekanani.Makna denotatif/ tersuratMakna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau maknakamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan ataupemerhatian alat indera atau makna yang nyata.Contoh ayat- - Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air,tetapi boleh juga naik ke darat.ii.Makna KonotatifMakna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur berdasarkan konteks.Contoh ayat:- - Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipuperempuan.iii. Makna Efektif
  6. 6. MASLAN BINTI SALLEHMakna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembacaterhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan.Contoh:-Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna afektif ialah orangyang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.iv.Makna emotifMakna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalahmakna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataanyang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza.v. Makna luasMakna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luasdari makna sebenar.ContohUniversiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmudan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor,bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa.vi. Makna SempitMakna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.Contoh:- - Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi. - Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja.vii.Makna GayaMakna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorangpengarang dalam karyanya.
  7. 7. MASLAN BINTI SALLEHContoh:-Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemarmenggunakan dialek kedah dalam penulisannya.viii. Makna TekananMakna tekananFitur maknaSatu lagi cara untuk memperlihatkan elemen semantik adalah dengan menganalisafitur atau ciri-ciri semantik. Kaedah lazim digunakan bagi melihat kehadiran atauketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Fitur atau ciri semantikmerupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyaiciri-ciri tersendiri.Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Maknaperkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilihdan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain.Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kitamenentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatuperkataan itu, tetapi memang para pengkaji makna dapat menyakan makna fitur-fituryang dikaji setakat ini.Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tandatersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda +membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisismaknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyaifitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagibenda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batukita berikan fitur – bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebutbagi menentukan makna sesuatu perkataan.Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambilsatu peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut:
  8. 8. MASLAN BINTI SALLEH Lelaki teruna Perempuan daraDalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut,manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai +manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan – dewasa.Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikianperkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan[+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara[+manusia, -jantan,-dewasa].Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkanfitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,-jantan,-dewasa].Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur ataukomponen maknya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen. Lihat jadualdibawah . Makhluk Bernyawa Tidak bernyawa Manusia Binatang Lelaki Perempuan Betina Jantandewasa Anak dewasa Anak Dewasa Anak Dewasa Anak
  9. 9. MASLAN BINTI SALLEH Jadual 1Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakanfitur-fitur seperti transitif, objek, dan pelaku. Contohnya, pukul itu transitif, mempunyaipelaku, menerima objek dan ada gerak. Kata kerja duduk pula adalah tak transitif,ada pelaku, tidak menerima objek dan tidak bergerak. Kata kerja lari pula tak transitif,ada pelaku, tidak menerima objek dan ada gerak. Semua fitur-fitue ini diberi tanda +dan - bagi menunjukkan ada atau tidak ada sesuatu fitur itu dalam mana-manaperkataan. Ada konteksnya apabila menyatakan fitur-fitur ini ada fitur yang bertindih.Contohnya fitur transitif tidak perlu disebut apabila fitur berobjek dinyatakan, sebabkedua-duanya bermaksud sama.Oleh kerana kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataa- perkataanmaka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Sebagaikesimpulannya, adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapanyang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana.Makna LeksikalMakna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau katamerupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yangditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepadasesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsepyang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakan.Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitumakna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamusmenjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Selain itu kitajuga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagibahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan
  10. 10. MASLAN BINTI SALLEHkita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaranyang kita dengar.Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memilikimakna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+,ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkanmemiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebutdigabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.Makna AyatMakna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpaunsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberisebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yangmembaca sesuatu yang ditulis.Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiapperkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satumakna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untukmembentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkanmakna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyaitiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawaapa-apa makna.Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dankata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataanyang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.Dalam kita berbahasa, adakalnya kita tidak menyebut atau menulis beberapaperkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami maknayang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kitaucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulismemehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun
  11. 11. MASLAN BINTI SALLEHtidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu maknaayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut.Makna Konotatif ( Tersirat)Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulisatau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayukerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Maknaini lebih mengutamakan nilai komunikatif.Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupunnegatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifatperkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataanperempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-duaperkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyainilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawamaksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan olehpengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantikatau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh kontekspengguna.Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan denganperibahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanyasatu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain,makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasaitu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar,pagar makan padi”.Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungankata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literaltetapi secara kiasan. Contohnya,(1) Puteri lilin(2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
  12. 12. MASLAN BINTI SALLEH(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurungDalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna “puteri yang diperbuat daripada lilin”,tetapi ayat ini membawa maksud “ seorang yang tidak boleh tahan dengan panas “.Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpamajari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentukkiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya inginmenyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang denganseorang yang lain.Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihatiseseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupanseseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alamsekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. SepertiPerumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yangtujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia.Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif initidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti senivisual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyentidak sama seperti produk yang diilustrasikan.Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masadan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, danberpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu ataumemberikan pendapat.Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secarameluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untukmenggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitukudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yangdimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan
  13. 13. MASLAN BINTI SALLEHtengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (KamusDewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.Makna Tersurat (DENOTATIF)Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis ataumakna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Maknadenotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai denganpemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalamanlainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat denganpenerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut „maknasebenar‟ , „makna asal‟ , „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟.Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betulkerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaanayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasaMelayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik(4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.(6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandungdalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , “ mereka-mereka” dalam ayat (1)merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan dimana ianya tidak diperlukan.Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibukepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementaraitu dalam ayat (3) , perkataan “merasa” membawa makna „mengalami sesuatumenggunakan indera‟ dan bukannya „ mengalami sesuatu dengan hati‟.Perkataan “berdukun” pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh
  14. 14. MASLAN BINTI SALLEHmembawa dua makna, iaitu „orang yang berubat‟ atau orang yang mengubati oranglain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi “ Ayah menghadiahkan sebuah jam tangankepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”, kerana dalam ayatini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasaMelayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruanmakna. Perhatikan contoh yang berikut:-(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa sayamemhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahumembeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:-(8) Kakak baharu sahaja membeli enam ekor ketam.Persoalan yang timbul di sini adakah penjodoh bilangan bagi ketam ialah ekor.Jikapenjodoh bilangannya ekor, benarkah ketam mempunyai ekor?. Ini bermakna, jikasesuatu kata nama tersebut tidak ada penjodoh bilangannya maka penjodohbilangan tersebut tidak seharusnya dinyatakan.Makna TerselindungMakna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat keranaperkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapidapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Perhatikan contoh yang berikut:-(1) Adik ke kedai Pak Ali.Ayat di atas tidak menghadirkan sebarang kata kerja tetapi si penerima ( pendengaratau pembaca) memahami perbuatan adik ialah pergi. Perhatikan lagi contohdibawah:-(2) Siti di rumah Mak Cik Bibah.Dalam ayat (2) juga tidak dihadirkan kata kerja, namunm si penerima ( pendengaratau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Katasendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi
  15. 15. MASLAN BINTI SALLEHnama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan demikian,struktur dalam bagi ayat (1) ialah contoh ayat (3) dan struktur dalam bagi ayat (2)ialah contoh (4).(3) Adik pergi ke kedai Pak Ali.(4) Siti ada / berada di rumah mak Cik Bibah.Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayukata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat.Perubahan MaknaPada tempoh tertentu, makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi setelahbeberapa lama makna perkataan boleh berubah. Bahasa sebagai sesuatu yangdinamik, sentiasa berubah dan fenomena perubahan ini melibatkan maknaperkataan. Umumnya, makna perkataan menjadi luas atau lebih sempit .Perubahan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti pertemuan idea,kemajuan Sains dan Teknologi, pengaruh bahasa-bahasa lain dan jugapertembungan budaya.Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan telah mengalami perubahan. Di sampingitu, pemindahan(anjakan) makna juga berlaku seperti yang berlaku bagi maknaperkataan dalam peribahasa. Perkataan mungkin mengalami perubahan maknamelalui perkembangan makna, penyempitan makna atau anjakan makna.Perkembangan MaknaPerkembangan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung maknatertentu memiliki makna-makna yang lain.Contoh perkataaan:Perkataan Makna lesikal Dahulu Cakupan Makna sekarang1.Pelayaran Mengelilingi lautan dengan Mengelilingi lautan dengan perahu layar. kapal bermesin.2.Saudara Orang yang sama ayah dan 1.Orang yang ada hubungan sama ibu kekeluargaan. 2.Orang yang sama-sama
  16. 16. MASLAN BINTI SALLEH beragama Islam. 3.Orang yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur . 4. Rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis untuk menimbulkan rasa kemesraan.Ibu Wanita( ibu kandung) Wanita yang bertaraf lebih tinggi .Putera dan Anak raja-raja Anak lelaki dan anakPuteri perempuan.Rawat Menjaga dan merawat orang merawat sisa kumbahan, pokok sakit. (nurseri).Tangan salah satu anggota badan „menguruskan‟, mengendalikan‟ sesuatu perkaraTaman kebun bunga‟ „kawasan perumahan‟, kawasan perindustrian‟ dan „kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu‟datuk bapa ayah atau ibu seseorang gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.orang gaji pembantu rumah, pelayan pejabatPenyempitan makna
  17. 17. MASLAN BINTI SALLEH

×