Your SlideShare is downloading. ×
Analisis petikan cerpen
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Analisis petikan cerpen

2,668
views

Published on

Published in: Education

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
2,668
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
97
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Analisis petikan cerpen bertajuk “Apabila Ibu Pulang II” adalah berasakan Teoriimejan.Teori imejanMenurut Siti Hajar Abdul Aziz , Bahasa Melayu II (2009), teori imejan merujuk maknasesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penuturatau pendengar. Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidakdapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada.Misalnya, kereta buruk itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapandan dalam keadaan yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yangberkongsi imej yang sama. Imej yang dirujuk tentang sesuatu perkara bergantungpada pengetahuan dan pengalaman yang berbeza bagi seseorang. Misalnya, imejkata „kopek‟ bagi masyarakat di Johor bermaksud memisahkan isi daripada tulangikan bilis, manakala kata „kopek‟ bagi masyarakat Kelantan bermaksud payudara.Namun demikian, terdapat segolongan perkataan yang tidak dapat dikaitkan dengansebarang imej seperti perkataan dan, atau, tetapi, manakala dan sebagainya. Hal inikerana perkataan sedemikian secara konsepnya tidak mempunyai sebarang makna.Sebaliknya, dari segi penggunaan dan konteks yang tertentu, perkataan tersebutmampu memberikan makna kepada ayat dan tidak boleh digunakan secarasewenang-wenang.Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakansecara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawasetiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan ditafsirkan secaraautomatik oleh fikiran masing-masing.Teori ini juga dikenali sebagai Teori Imej Makna. Dapat didefinisikan sebagai imejmakna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu bendaatau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkangambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca,didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan diinterpretasi sehingga memberimakna yang abstrakImej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidakmenepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung
  • 2. kepada keluasan, pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri.Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itubetul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapanatau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yangberkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebihdaripada satu pengertian dan juga sebaliknya.Misalnya frasa „bunga. Ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa kuntumbunga. Sebaliknya ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyaidua maksud, iaitu beberapa kuntum bunga dan anak gadis yang diibaratkan sepertibunga dalam masyarakat Melayu.Contoh kedua ialah „doktor gigi‟. Bagi golongan orang dewasa khususnya, doktor gigimerupakan seorang lepasan ijazah yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi,dan tugasnya adalah mecabut atau memeriksa gigi pesakit, situasi berbeza berlakuapabila panggilan ini disebut kepada kanak-kanak, mereka akan terbayangkandalam fikiran mereka seorang doktor yang serba putih akan memegang jarum yangbesar serta alat-alat untuk mencabut gigi yang menyeramkan.Alasan, membesarkan aku hingga menara gading. (Perenggan4 : baris 4)Perkataan gading boleh diterangakan dan diandaikan mengikut konteks ayatmengikut situasi dan keadaan. Bagi mereka yang kurang mahir dengan bahasamereka akan menganggap bahawa gading dalam ayat di atas bermaksud gadingyang terdapat pada seekor binatang iaitu taring gajah. Mereka akan beranggapanbahawa kakak membesarkan aku hingga ke taring gajah. Dalam cerpen di ataspenulis menggambarkan gading itu ialah sebuah pusat pengajian tinggi atauuniversiti. Dalam konteks ayat di atas penulis menggambarkan bahawa kakak akanmembesarkan dan memberi pendidikan kepada adiknya sehingga dapat memasukiuniversiti atau Pusat Pengajian Tinggi.
  • 3. Tiba-tiba dari sebelah tirai kamar kakak muncul seorang wanita tua. . (Perenggan 5: baris 2)Menerusi perkataan kamar, pelbagai teori imejan boleh mengandaikan perkataantersebut mengikut konteks ayat dan penggunaan perkataan mereka sendiri. Bagikerabat diraja kamar itu ialah tempat beradu raja dan permaisurinya, tetapi mengikutkonteks rakyat biasa kamar itu merupakan bilik tidur atau suatu tempat dimanaukuran dan saiz tempat itu tidak terlalu besar. Mengikut kamus Dewan edisi keempatkamar ialah bilik atau ruang tempat membaca, berbincang atau berunding. Dalamkonteks ayat di atas penulis menggambarkan seorang tua keluar dari sebelah bilikyang ditutupi oleh langsir.Dapatlah aku dilenturkan dengan petua daripada kitab rujuk yang dibacanya. (Perenggan 7 : baris 4)Ayat di atas dapat digambarkan dengan pelbagai tafsiran atau makna oleh segelintirpembaca dan individu berdasarkan gambaran pemikiran mereka. Perkataandilenturkan boleh dianalisis dengan pelbagai gambaran seperti dibengkokkan,dilengkungkan atau dilentokkan . Murid-murid sekolah rendah akan membuatgambaran ayat di atas ialah aku dapat dibengkok dengan ajaran dari kitab-kitabagama yang dibaca oleh kakak. Menerusi gambaran penulis dalam cerpen di atasbermaksud kakak telah mendidik adiknya dengan ajaran yang baik seperti yangterdapat dalam bahan bacaan yang telah dibacanya seperti buku yang berkaitandengan agama.Kakak menjatuhkan wajahnya ke bahu ibu. ( Perenggan14 : baris 1)Perkataan di atas boleh digambarkan oleh individu melalui pelbagai gambaran dantafsiran masing-masing. Perkataan menjatuhkan merupakan perkataan yang telahmengalami imbuhan apitan iaitu men-…-kan. Apabila imbuhan apitan itu digugurkania akan menjadi kata akar iaitu jatuh. Bagi murid sekolah rendah mereka mungkinmentafsiran bahawa perkataan jatuh / gugur atau turun ke bawah dengancepat.Bagi sesetengah individu pula mereka akan beranggapan bahawa perkataanmenjatuhkan itu melemparkan atau menguggurkan ke bawah. Mereka mungkin
  • 4. beranggapan yang kakak mengugurkan mukanya ke bahu ibu. Namun begitumaksud yang ingin disampaikan oleh penulis dalam cerpen di atas ialah kakakmelepaskan rindunya dengan memeluk ibu sambil memeluk bahu ibu.Mata ibu mula berkaca-kaca. ( Perenggan 19 : baris 3)Menerusi perkataan berkaca-kaca, banyak imejan digambarkan di dalam mindapembaca. Perkataan berkaca-kaca adalah perkataan yang digandakan. Asalperkataan ialah kaca. Bagi murid tahap satu, mereka akan berandaian bahawa kacaitu ialah bahan yang lut sinar atau lut cahaya ataupun cermin. Mereka akanmentafsirkan ayat di atas ialah mata ibu mula bercermin. Namun begitu bagi merekayang berpendidikan tinggi akan memberi maksud yang cuba disampaikan olehpenulis ialah air mata mula mengenangi mata ibu.Warna langit hitam kelabu berbaur perang cair disimbah cahaya lampu kapal peraihnikmat kehidupan.( Perenggan26 : baris 2 )Kata akar disimbah ialah simbah. Perkataan disimbah membawa banyak maksud .Ada yang bermaksud basah kerana disiram air atau peluh. Ada diantara kalanganpembaca akan mentafsirkan maksud ayat di atas ialah langit yang hitam kelabu telahdisiram oleh cahaya lampu kapal peraih. Maksud penulis dalam cerpen di atas ialahcahaya yang datang dari kapal perahi telah menerangi malam yang gelap danmembolehkan mereka dapat menangkap ikan tembakul yang tidak kelihatan keranasuasana malam yang gelap gelita.Kita takluki pulau ini. .( Perenggan28 : baris 3 )Menerusi perkataan takluki, banyak imejan boleh tergambar diminda pembaca. Bagimereka yang kurang membaca buku cerita atau novel, mereka akan menganalisisperkataan takluki ini sebagai satu keadaan merujuk kepada pemerintah, menyerangatau menumpaskan. Mereka mengandaikan ayat di atas sebagai mereka akanmenyerang atau menumpaskan pulau itu dari penjajahan. Maksud yang cubadisampaikan oleh penulis cerpen itu ialah mereka cuba menjadikan pulau yangmempunyai batu belah itu sebagai pulau yang menarik kedatangan para pelancong.
  • 5. Mereka cuba menjadikan pulau itu sebagai tempat mempamerkan karya-karya senidan sejarah.Sebagai kesimpulannya, apa yang diterangkan dalam kajian-kajian semantik terdiridaripada pelbagai teori seperti teori imejan, teori analisis komponen, teoribehaviorisme dan teori lojik sembolik.Teori –teori ini amat penting kerana setiap teoriada hubung kaitnya dengan makna. Ilmu semantik amat penting untuk dipelajari danketahui bagi membantu penutur memilih kata dan ayat betul dalam berkomunikasisama ada dalam bentuk lisan ataupun dalam bentuk bertulis. Kadangkalanyaterdapat struktur ayat mempunyai makna yang tersurat atau makna konatasi danboleh mendatangkan pelbagai respon yang diinterprasikan oleh individu berdasarkanayat tersebut dan mungkin ada individu yang salah menginterprasikan maksud ayattersebut sehingga menimbulkan faham yang lain dari makna sebenar.