NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR
Pemerkasaan Bahasa Melayu
Melalui Penerapan Pendekatan
Pembelajaran Kontekstual: Satu
Anjaka...
PENGENALAN
Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan
yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengaj...
Perkataan “pembelajaran” didefinisikan sebagai proses atau kegiatan
belajar(KamusDewan,2005:21);atau“pembelajaran”bermaksud...
RASIONAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Pendekatan pembelajaran kontekstual diperlukan dalam pengajaran dan
pembelaja...
yang diterimanya, di samping berupaya untuk menguasai kemahiran dan
memindahkan perkara abstrak melalui pengalaman konkrit...
BENTUK PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
Pendekatan pembelajaran kontekstual ini mengambil kira proses
pembelajaran yang...
bersisi 3M, 4M, dan 5M untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti
mengecat garisan gelanggang permainan (PPK, 2001e:29-...
guru, peranan murid, isi kandungan, kaedah, dan penilaian. Apabila
dianalisis kedua-dua pendekatan pembelajaran itu, nyata...
organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu secara kontekstual. K...
senantiasabersediauntukmengubah-suaibilikdarjahagarmurid-muridnya
boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan.
...
Di samping itu, murid memerlukan pengalaman hands-on. Pengalaman
di industri ini ditimba mereka dengan cara bekerja atau m...
PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001d). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Mal...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

09.nik .hasan .atikan.jun_.111

639 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
639
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

09.nik .hasan .atikan.jun_.111

  1. 1. NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan ABSTRAK:Tiadasatupendekatanpunyangbolehdikatakansebagaipendekatanyang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kertas kerja ini cuba mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan. KATA KUNCI: Pendekatan pembelajaran, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan pembelajaran secara kontekstual dan tradisional. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ialah Pensyarah pada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Alamat emel: nhbupsi@yahoo.com ATIKAN, 1(1) 2011 141
  2. 2. PENGENALAN Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Itulah hakikatnya. Namun begitu, tidaklah boleh dinafikan bahawa setiap pendekatan yang sedia ada, baik pendekatan tradisional mahupun pendekatan moden. Pendekatan moden, yang disenaraikan dalam Kemahiran Bernilai Tambah, mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia global seperti yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Contoh daripada pendekatan moden adalahKemahiranBerfikir,KemahiranTeknologiMaklumatdanKomunikasi, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, dan Pembelajaran Kontekstual, yang semuanyaitumempunyaikekuatandankelemahannyasendiri(PPK,2001a, 2001b, 2001c, 2001d; dan Saedah Siraj, 2011). Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. PENGERTIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual boleh dipisahkan kepada tiga perkataan, iaitu pendekatan, pembelajaran, dan kontekstual. Kalau diperincikan, konsep bagi setiap perkataan itu tentulah akan terhasil maksudnya yang tersendiri. Perkataan “pendekatan” didefinisikan sebagai kaedah atau cara, langkah-langkah, dan sebagainya yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (Kamus Dewan, 2005:328); atau “pendekatan” ialah teori bahasa tentang satu yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian yang tertentu (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005a:229, 2005b:102, dan 2007b:295). NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 142
  3. 3. Perkataan “pembelajaran” didefinisikan sebagai proses atau kegiatan belajar(KamusDewan,2005:21);atau“pembelajaran”bermaksudsatuproses penerimaan oleh seseorang atas satu-satu maklumat yang mengakibatkan perubahan tingkah-lakunya (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005b:105). Perkataan “kontekstual” pula didefinisikan sebagai perkara yang mempunyai kaitannya dengan konteks atau yang menurut konteks (Kamus Dewan, 2005:818). Jadi, “pembelajaran kontekstual” ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, kehidupan masyarakat, dan alam pekerjaan (PPK, 2001e:7). Hal ini bermakna bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual, atau dikenali juga sebagai “pendekatan pragmatik”, ialah langkah-langkah yang diambil oleh murid waima bagi memulakan atau melaksanakan kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada suatu falsafah dan andaian yang menyediakan pembelajaran secara konkrit, iaitu pembelajaran yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Mengikut teori pembelajaran kontekstual bahawa pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses apa-apa maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Hal ini kerana daya fikiran atau minda mereka akan cuba untuk mencari makna dalam konteks, iaitu dengan membuat hubung-kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Malah, pembelajaran yang dilalui oleh murid itu akan menjadi lebih bermakna dan berkesan kalau maklumat yang diterimanya itu dalam konteks yang perbagai-bagai dan yang benar- benar bermakna kepadanya. Konteks yang perbagai itu adalah seperti maklumat yang berhubungan dengan budaya, sosial, psikologi, dan hal-hal yang berkaitan dengan fizikal. Bahkan, untuk menghasilkan pembelajaran yang benar-benar berkesan, guru mestilah peka dan bijak memilih atau penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran, iaitu bilik darjah, hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian, makmal, kantin, perpustakaan, bengkel, tandas, dan tempat kerja. Oleh itu, mengikut teori ini, guru mestilah bersedia untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti sains, teknik dan vokasional, kemanusiaan, komunikasi, teknologi maklumat, matematik, bahasa, dan perbagai pengalaman waima dalam konteks sesama budaya dan kemasyarakatan bagi memperoleh hasil pembelajaran yang diinginkan. Pendeknya, pendekatan pembelajaran kontekstual ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memiliki unsur cabaran, berkesan dan menyeronokkan, dan dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. ATIKAN, 1(1) 2011 143
  4. 4. RASIONAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana beberapa sebab: Pertama, pembelajaran kontekstual menyedari bahawa individu dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Kedua, kebanyakan individu dapat belajar dengan yakin dan berkesan melalui pengalaman yang melibatkan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Ketiga,individuakanmudahbelajarseandainyakonsepyangdisampaikan guru kepadanya itu mempunyai hubungan konteks, bermakna, dan yang tidak asing kepadanya. Keempat, pembelajaran kontekstual menyedari dan mengambil kira sifat individu yang memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Kelima, pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Keenam, kebanyakan individu berupaya belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, berkongsi maklumat, bekerjasama, saling bantu-membantu, maklum balas yang positif, dan belajar secara berkumpulan. Ketujuh,pembelajarankontekstualmenyokongpembelajaranbersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Kedelapan, pembelajaran kontekstual peka bahawa pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Oleh sebab melalui pengalamannya sendiri itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan murid mengekalkan maklumat yang diterimanya dalam konteks yang pelbagai-bagai dan yang benar- benar bermakna kepadanya. Oleh yang demikian, dengan sendirinya murid itu akan ada keyakinan diri. Malahan, oleh sebab setiap individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak, dan belajar adalah sangat berlainan berbanding dengan seorang murid yang lain, maka dengan mudah, melalui pendekatan pembelajaran kontekstual ini, seseorang murid akan dapat dicungkil potensi kecerdasannya dengan lebih berkesan dan mampu untuk membantunya meneroka dan mengaitkan pelajaran NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 144
  5. 5. yang diterimanya, di samping berupaya untuk menguasai kemahiran dan memindahkan perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. Seterusnya, dia akan mampu untuk menyumbangkan sesuatu ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi demi menambah ilmu pengetahuan dan meraih kecemerlangan, keterbilangan, dan kegemilangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Dengan demikian, dapatlah disimpulkan secara ringkasnya bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini menghasilkan faedah bukan sahaja kepada murid dan guru tetapi juga kepada industri (PPK, 2001c:24- 26). Dalam hubung-kaitnya dengan pembelajaran Bahasa Melayu, maka pendekatan pembelajaran kontekstual ini relevan dan selari dengan keperluan semasa. Hal ini kerana beberapa sebab: (1) Murid dapat mengaitkan subjek Bahasa Melayu dengan pekerjaan atau kehidupan; (2) Murid berupaya memindahkan kemahiran; (3) Murid mampu mengaitkan kandungan subjek Bahasa Melayu dengan pengalaman seharian; (4) Murid dapat belajar secara bekerjasama; (5) Murid boleh menguasai hal-hal yang abstrak melalui pengalaman konkrit; (6) Murid berupaya untuk meneroka dan mencari maklumat dan mendapatkan buktinya; (7) Guru Bahasa Melayu dapat menjadikan atau merealisasikan pengajaran Bahasa Melayu sebagai satu pengalaman yang berjaya; (8) Guru Bahasa Melayu mampu mengaitkan prinsip-prinsip subjek Bahasa Melayu dengan dunia pekerjaan; (9) Guru Bahasa Melayu boleh menjadi penghubung antara pihak akdemik dan vokasional atau industri; (10) Industri dapat menerima tenaga kerja yangberpotensiuntukdilatihataudilatihsemulasecaraberkesanmengikut keperluan; dan (11) Industri dapat menjadi rakan kongsi dalam pendidikan Bahasa Melayu. Sebagai kesimpulannya, pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini dapat membina keyakinan diri kerana murid mampu untuk memahami perhubungan antara teori dan amalan. Malahan, pembelajaran secara kontekstual juga mampu membina pendekatan kerja secara kumpulan demi menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan lagi, sehubungan dengan hal ini, sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan. Dengan demikian, peranan yang dimainkan oleh sekolah itu akan mendapat sokongan dan dokongan industri. Hal ini bermakna bahawa pendekatan pembelajaran secara kontekstual akhirnya dapat membina asas yang kukuh bagi sumber tenaga kerja mahir pada masa akan datang demi menguatkan kedudukan negara di pentas dunia. ATIKAN, 1(1) 2011 145
  6. 6. BENTUK PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual ini mengambil kira proses pembelajaran yang dilalui oleh murid. Proses pembelajaran yang baik dan yangterancangakanmelaluisatuataulebihdaripadabentukpembelajaran, iaitu yang dilambangkan dengan lima huruf sebagai berikut : Pertama, R (Relating) bermaksud menghubung-kait, iaitu murid akan belajar dalam konteks menghubung-kaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidupnya. Contohnya: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah. Tujuannya adalah untuk menanam sikap cinta akankebersihan.Melaluipengalamanseumpamaini,muridberupayauntuk mengaitkanaktivitiyangdilakukanolehibubapanyatatkalamembersihkan kawasan halaman atau tempat tinggal mereka pada setiap hari. Kedua, E (Experiencing) bermaksud mengalami, iaitu murid akan belajar dalam konteks penerokaan, penemuan, dan reka cipta. Contohnya: Murid dibawa ke sebuah makmal untuk menyaksikan demontrasi dan membuat latihan amali, iaitu menyambung wayar kepada plig tiga pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug tiga pin sterika tertanggal. Ketiga, A (Applying) bermaksud mengaplikasi, iaitu murid akan belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu dengan situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tetapi tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkannya menukar tayar. Keempat, C (Cooperating) bermaksud bekerjasama, iaitu murid akan belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi. Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperoleh adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama. Kelima, T (Transfering) bermaksud memindahkan, iaitu murid akan belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui. Contohnya: Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi tiga NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 146
  7. 7. bersisi 3M, 4M, dan 5M untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan (PPK, 2001e:29-31). Daripada lima bentuk yang dinyatakan tadi, dapatlah dirumuskan bahawa dalam proses pembelajaran secara kontekstual ini, objektif pembelajaran dapat dicapai sekiranya kelima-lima bentuk itu dihubung- kaitkan oleh murid dengan pengalaman dan persekitaran. Dengan yang demikian, segala yang diajar oleh guru akan dapat dimanfaatkannya dengan cara mengaitkan pelajaran yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. STRATEGI PENDEKATAN DAN PERBANDINGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN YANG TRADISIONAL Dalam pendekatan pembelajaran kontekstual, strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah memenuhi empat keperluan yang berikut, iaitu: i. Motivasi: Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar ii. Pemahaman: Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan Contoh kajian iii. Kemahiran: Aktiviti hands-on dan yang dapat mencetuskan daya fikir (minds-on) Penyelesaian masalah iv. Penilaian: Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan (PPK, 2001e). Kesimpulannya bermakna bahawa strategi pendekatan pembelajaran secara kontekstual perlu melalui empat keperluan tersebut. Kebolehan murid membuat aktiviti hands-on dan minds-on merupakan asas dalam pendekatan ini. Malah, gabungan kedua-dua aktiviti tersebut akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan proses pembelajaran melalui pendekatan kontekstual ini sebagai suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Dalam pada itu, untuk membuat perbandingan antara pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah objektif, peranan ATIKAN, 1(1) 2011 147
  8. 8. guru, peranan murid, isi kandungan, kaedah, dan penilaian. Apabila dianalisis kedua-dua pendekatan pembelajaran itu, nyatalah terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini kerana beberapa sebab: Pertama, pendekatan pembelajaran secara kontekstual memberi tumpuan kepada murid. Hal ini kerana murid aktif mencari dan membina maklumatmelaluiaktivitiyangsebenardalamkehidupanharian.Sedangkan, dalam pendekatan pembelajaran secara tradisional, murid bersifat pasif, iaitu sebagai penerima maklumat melalui syarahan dan pembacaan. Kedua, objektif pembelajaran secara kontekstual dapat dicapai dengan lebih cepat. Hal ini kerana murid mencari, membina, dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Sedangkan, dalam pendekatan pembelajaran secara tradisional, objektifnya hanyalah memindahkan maklumat. Ketiga, peranan guru dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah sebagaipembimbingdanmentor;manakaladalampendekatanpembelajaran tradisional, peranan guru ialah sebagai penyampai maklumat. Keempat, isi kandungan dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai; sebaliknya dalam pendekatan pembelajaran tradisional, isi kandungannya disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik-Matematik. Kelima, kaedah dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang bersifat inkuiri, penemuan, dan aplikasi; tetapi dalam pendekatan pembelajaran tradisional, kaedahnya ialah syarahan dan soal-jawab. Keenam, penilaian dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah, contohnya ialah porfolio; sebaliknya dalam pendekatan pembelajaran tradisional, penilaiannya ialah persoalan yang menguji fakta, contohnya ialah ujian kertas dan pensil. MATLAMAT DALAM PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Setiap pendekatan, baik yang tradisional mahupun yang sedang dibincangkan, yakni pendekatan pembelajaran kontekstual, ada matlamatnya. Matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Jadi, untuk mencapai matlamat itu, beberapa perkara perlu diberi pertimbangan bagi melaksanakan pembelajaran secara kontekstual dengan berkesan. Pertama, semua pihak perlu bersetuju tentang apa yang dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Kedua, sokongan daripada NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 148
  9. 9. organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara kontekstual. Ketiga, sokongan luaran seperti sokongan pentadbir sekolah dan sokongan masyarakat diperlukan bagi memberi galakan, semangat, dan roh untuk membantu pembelajaran murid, pengajaran guru bagi mencapai dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Keempat, antara perkara yang dikira penting dan perlu dipertimbangkan ialah komunikasi. Hal ini kerana pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi yang berterusan pada kalangan murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat. Di samping itu, maklum balas daripada murid ialah satu komponen penting yang dapat mengukur sejauh mana keberkesanannya program pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Demikian juga dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka perlu memahami keadaan dan pendekatan, kaedah pengajaran yang terkini dan bersedia untuk memberi sepenuh-penuh komitmen dan sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran secara kontekstual. Berbalik kepada pengajaran guru, beberapa perkara yang ada hubungannya dengan bidang ini juga perlu diberi pertimbangan. Antaranya ialah kurikulum, suasana bilik darjah, persekitaran luar sekolah, teks dan bahan sokongan, dan penilaian. Sehubungan dengan itu, dalam aspek kurikulum, ada beberapa perkara yang guru Bahasa Melayu perlu memahaminya. Pertama, bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengankaedahpembelajarankontekstual.Kedua,strategipengajaranbaru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. Ketiga, maklumat tentang hubung-kait antara kurikulum dengan individu, masyarakat, khususnya alam pekerjaan, perlu disediakan. Keempat, kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Kelima, disiplin tradisional hendaklah diubah-suai dalam konteks yang bermakna. Dalam aspek teks dan bahan sokongan, guru Bahasa Melayu mestilah bersedia untuk mengadakan teks dan bahan sokongan yang pelbagai- bagai. Seterusnya, dalam aspek suasana bilik darjah, guru Bahasa Melayu hendaklah peka bahawa dia perlu menggalakkan suasana pembelajaran koperatif pada kalangan murid. Malahan, dia mesti jelas bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Jadi, dia patut mengelakkan aktiviti pengajaran yang berpusatkan guru. Seterusnya, dia hendaklah ATIKAN, 1(1) 2011 149
  10. 10. senantiasabersediauntukmengubah-suaibilikdarjahagarmurid-muridnya boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan. Dalam aspek persekitaran luar sekolah, guru Bahasa Melayu hendaklah mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya, jika sekolah yang ditempatkannya itu sekolah luar bandar, maka dalam pengajarannya hendaklah menggunakan konteks yang ada di persekitarannya. Manakala dalam aspek penilaian, guru Bahasa Melayu hendaklah bersedia untuk merangka cara penilaian yang pelbagai-bagai dan adil demi membantu murid untuk menguasai pembelajaran. Pendekatan pembelajaran kontekstual ini menggariskan pula bahawa sokongan pentadbiran sekolah itu penting kerana tanpa sokongan mereka tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Jadi, untuk menjayakannya, maka sokongan pentadbiran sekolah diperlukan dalam beberapa perkara, iaitu perkembanagan staf, kepimpinan, kewangan, infrastruktur, dan masa. Bagi perkembangan staf, guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Malah, guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalamaspekinfrastruktur,kemudahanbilikaktiviti,makmal,biliktayang, perkakasan komputer dan perisian, serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal kewangan pula, peruntukan kewangan yang mencukupi mestilah disediakan. Demikian juga dengan kepimpinan, sokongan, dan dorongan daripada pihak pentadbir amat diperlukan agar guru Bahasa Melayu boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan. Begitu juga dengan masa, jadual waktu perlulah fleksibel supaya masa yang mencukupi dapat menjayakan aktiviti seperti yang dirancangkan. Selainitu,sokonganmasyarakatpentingkeranatanpasokonganmereka tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Sokongan masyarakat ini meliputi sokongan teknikal dan kewangan, penyediaan situasi tempat kerja sebenar, dan kerjasama masyarakat dan sekolah. Sokongan masyarakat sebenarnya dapat mewujudkan dan menjalinkan hubungan rapat antara Kementerian Pelajaran dengan industri. Hubungan ini penting bagi mendapatkan sokongan teknikal, kewangan, dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 150
  11. 11. Di samping itu, murid memerlukan pengalaman hands-on. Pengalaman di industri ini ditimba mereka dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Selain itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum. PENUTUP Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasamasemuapihak,daninteraksiantarakurikulum,kaedahpengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak – sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, dan masyarakat – perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan. Bibliografi Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005a). Citra KOMSAS. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris]. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005b). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris]. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007a). KOMSAS dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007b). KOMSAS Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001a). Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001b). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001c). Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. ATIKAN, 1(1) 2011 151
  12. 12. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001d). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001e). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Saedah Siraj. (2011). Kajian Masa Depan dalam Pengembangan Kurikulum. Bandung, Indonesia: Pustaka Cendekia Utama. NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR 152

×