Peraturan sekolah

• 2,804 views
Uploaded on

• Full Name Full Name Comment goes here.
Are you sure you want to
Your message goes here
Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,804
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
154
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1. Peraturan-Peraturan Sekolah
Peraturan AM
1.1 Pelajar-pelajar perlulah bekerjasama dan tolong-menolong dengan rakan-rakan, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, pengawas-pengawas dan pelawat-pelawat.
1.2 Pelajar-pelajar mestilah menghormati guru-guru dan memberi pertolongan yang diperlukan.
1.3 Setiap pelajar dikehendaki berkhidmat dengan taat kepada rumah sukan masing-masing dan juga sekolah dan mengambil bahagian di dalam semua kegiatan sukan dengan semangat kesukanan.
1.4 Pelaiar-pelajar perlulah bersih dari segi tingkah laku, dan pemikiran serta menjadi DUTA sekolah yang bersopan pada setiap masa.
1.5 Pelajar-pelajar perlulah menyedari bahawa peraturan sekolah adalah untuk kebaikan semua dan mestilah dipatuhi.
1.6 Perhimpunan
1.6.1 Apabila loceng pertama dibunyikan, peiajar-pelajar hendaklah masuk beratur di dalam dewan dengan SENYAP.
1.6.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan selepas loceng kedua dibunyikan, sebaliknya mereka dikehendaki beratur di gelanggang tenis.
1.6.3 Sebelum Lagu Kebangsaan dinyanyikan, semua beg, buku dan fail hendaklah diletakkan dan pelajar-pelajar hendaklah berdiri tegak.
1.6.4 Pelajar-pelajar tidak boleh bercakap, bermain atau membaca semasa perhimpunan dijalankan dan juga semasa dalam perjalanan ke kelas masing-masing.
1.7 Pakaian Seragam Sekolah
1.7.1 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pakaian seragam yang lengkap mestilah dipakai oleh pelajar-pelajar setiap masa di sekolah. Untuk memakai pakaian~pakaian lain, kebenaran khas mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengetua .
1.7.2 Bagi 'pinafore', labuh skirt tidak boleh melebihi 2 inci (4 cm) di atas atau di bawah lutut. Skirt mestilah berbentuk A dan tidak ketat.
1.7.3 Bagi mereka yang memakai baju kurung pula, hanya baju kurung tradisional sahaja dibenarkan. Butang baju kurung mesti sentiasa dilekatkan kecuali ketika rehat. Butang baju kurung mestilah kecil (1 cm), butang cangkok dan butang katup dibenarkan. Lipatan lengan baju kurung tidak dibenarkan melebihi paras siku. Hanya serkup dan skarf putih dibenarkan. Tudung putih mestilah tidak bercorak. Baju dalam mestilah berwarna putih atau warna kulit.Baju dalam yang bercorak, berwarna-warni, berenda, pendek dan menjolok mata tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang memakai baju kurung mesti memakai 'camisole' yang boleh diselit sepenuhnya ke dalam kain baju kurung. Baju kurung daripada kain kapas sahaja dibenarkan.
1.7.4 Sarung kaki putih sahaja dibenarkan. Sarung kaki mesti dilipat hingga ke paras buku lali. Pelajar-pelajar yang berbaju kurung tidak perlu bersarung kaki. Stokin nilon tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Pengetua.
1.7.5 Kasut kanvas putih tanpa sebarang corak sahaja yang dibenarkan. Kasut mesti sentiasa bersih. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengikat tali kasut mengelilingi pergelangan kaki dan memakai kasut 'high-cut'.
1.7.6 Lencana sekolah mestilah dijahit atau digosokkan di sebelah kiri 'pinafore', baju kurung atau tudung. Lencana yang rosak atau telah pudar warnanya tidak dibenarkan. Semua pelajar (kecuali pelajar Tingkatan 6 dan bekas pengawas) mesti memakai lencana kain. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima mesti memakai tanda nama mengikut warna dan saiz yang dibenarkan. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan memakai satu lenchana sahaja pada kolar baju.
1.7.7 Rambut dikehendaki sentiasa kemas. Rambut yang panjang hingga mencecah bahu mestilah diikat. Hanya riben (tidak melebihi 2.5 cm) dan klip (tidak melebihi 2 cm) yang berwarna hitam, biru atau putih sahaja dibenarkan. Warna biru hijau (turqoise) tidak dibenarkan. (Hanya 2 hingga 4 klip dibenarkan). Lebar bagi 'comb' dan hair band tidak boleh melebihi 2 cm. Fesyen rambut yang keterlaluan tidak dibenarkan. Rambut tidak boleh diwarnakan. Penggunaan gel, mousse dan hair spray tidak dibenarkan. Riben, klip rambut dan hair band rambut yang beraneka corak tidak dibenarkan.
1.7.8 Hanya 'sweatshirt' dan cardigan dengan slogan yang tidak keterlaluan sahaja dibenarkan. Jaket, wind breaker dan track top (kecuali track top MSSM, MSSWP Sekolah dan Malaysia) tidak dibenarkan. Cardigan yang 'body hugging' tidak dibenarkan. Panjang 'sweatshirt' dan cardigan hanya sehingga paras pinggang. Warna pada 'sweatshirt' dan cardigan tidak lebih daripada 3 warna. Jenama dan logonya bersaiz kecil.
1.7.9 Pemakaian barang kemas tidak dibenarkan kecuali subang yang tidak melebibi 0.5 cm besarnya. Subang yang sama mestilah digunakan di kedua-dua belah telinga. Hanya sepasang subang dibenarkan. Subang mestilah dipakai di bahagian cuping telinga.
1.7.10 Muka jam tangan mestilah tidak melebibi saiz pergelangan tangan.
1.7.11 Hanya seluar pendek berwarna hitam, putih dan biru dibenarkan dipakai. 'Cycling shorts' tidak dibenarkan.
1.7.12 Pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang memakai skirt dan blaus dikehendaki memakai tali leher semasa Perhimpunan Pertama.
1.7.13 Peiajar-pelajar yang datang ke sekolah pada hari Sabtu atau hari-hari cuti lain mesti berpakaian seragam sekolah atau dengan T-shirt sekolah dan seluar panjang. Lencana sekolah mesti dipakai pada setiap masa.
1.7.14 Pemakaian gelang besi bagi pelajar beragama Sikh dibenarkan.
1.7.15 Rantai benang tangan untuk tujuan keagamaan hanya berwama kuning/hitam dibenarkan dengan surat kebenaran ibu bapa.
1.7.16 Hanya topi rumah sukan dan yang berwarna putih serta hitam tanpa logo dan tulisan besar dibenarkan.
Disiplin
2.1 Ketepatan Masa
2.1.2 Semua pelajar dikehendaki berada di sekolah sebelum loceng berbunyi. Selepas loceng kedua berbunyi, pelajar-pelajar yang lewat masuk ke dewan dikehendaki beratur di gelanggang tenis dan nama-nama mereka akan dicatat oleh pengawas bertugas. Pelajar-pelajar yang lewat sebanyak 5 kali dalam sebulan diperlukan menghadiri temuduga dengan Lembaga Pengawas. Pelajar-pelajar yang datang lewat daripada 7.45 pagi dikehendaki mengambil 'slip' di pejabat. Mereka ini yang datang lewat 3 kaii dalam sebulan juga dikehendaki menghadiri temuduga dengan Lembaga Pengawas.
2.1.3 Pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan tugas-tugas berikut dengan tegas dan tepat pada waktunya:
2.1.3.1 Pembayaran Yuran
2.1.3.2 MeMastikan kad laporan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dan diserahkan kepada guru tingkatan selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh penerimaan daripada guru tingkatan
2.1.3.3 Memberi surat doktor atau surat alasan yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga jika tidak hadir ke sekolah .
2.1.3.4 Memastikan semua pekeliling sekolah yang ditujukan kepada ibu bapa/penjaga, ditunjukkan dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga.
2.2 Pulang Awal Dalam Waktu Sekolah
2.2.1 Peiajar-pelajar hanya dibenarkan balik awal sekiranya membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau jika ibu bapa datang sendiri untuk mengambil mereka dan mendapat kebenaran Pengetua.
2.2.2 Surat kebenaran balik awal yang boleh didapati dari pejabat dan mestilah ditandatangani oleh Pengetua dalam 2 salinan. Satu salinan dikepilkan dengan jadual kehadiran kelas dan satu salinan lagi disimpan oleh pelajar berkenaan. Pelajar juga mestilah membuat catatan di dalam buku 'Balik Awal-Pelajar' yang terdapat di Pejabat.
2.3 Perkara/kawasan Larangan
2.3.1 Kawasan Sekolah Rendah dan Menengah
2.3.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau dan mengotori kawasan sekolah rendah.
2.3.1.2 Babagian Sekolah Rendah yang boleh digunakan ialah, 'Red Passage' apabila hujan, paip di luar bilik sembahyang, tangga di belakang Pejabat Sekolah pada waktu kecemasan dan kaki lima yang menuju ke Jambatan Jalan Ampang. Padang dan kantin sekolah rendah serta pintu masuk dari Asrama Cahaya adalah kawasan larangan. Begitu juga dengan Bangunan Nazareth kecuali untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 atau dengan kebenaran. Pelajar-peiajar petang tidak dibenarkan berada di Pink Dorm, tangga di belakang dewan dan tangga Tingkatan 5 sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.
2.3.2 Papan Kenyataan tidak boleh diusik oleh pihak yang tidak berkenaan.
2.3.3 Piano di dewan hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran Pengetua.
2.3.4 Telefon di luar bilik guru dan di kantin hanya boleh digunakan sebelum dan selepas sekolah bermula dan semasa rehat. Telefon di Sekolah Rendah dan di luar sekolah tidak dibenarkan.
2.3.5 Dewan Sekolah hanya boleh digunakan setelah tempahan dibuat di Pejabat Sekolah.
2.3.6 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan
2.3.6.1 berkuku panjang (kecuali Ting. 6) dan mewarnakan kuku. Saiz panjang kuku tidak melebihi 2mm
2.3.6.2 bercermin mata gelap atau membawanya ke sekolah
2.3.6.3 membawa 'liquid paper' dan 'chewing gum'
2.3.6.4 membawa sebarang bahan lucah, sama ada buku, majalah, poster dan lain-lain. Pelajar juga tidak dibenarkan membawa radio, pita, pita video, rokok dan DADAH
2.3.6.5 Pakaian biasa tidak boleh dibawa kecuali mendapat kebenaran khas daripada Pengetua.
2.3.6.6 Hutan Simpanan jugn menjadi kawasan larangan kepada pelajar-peiajar (kecuali dengan kebenaran guru bertugas).
Kemudahan Sekolah
3.1 Bilik Darjah
3.1.1 Semua bilik darjah mestilah bersih dan bilik darjah terbersih diberi piala pusingan setiap bulan. Kelas paling kotor akan diumumkan.
3.1.2 Semua gambar, notis dan artikel di papan kenyataan hendaklah dikemaskini pada setiap masa dan dipaparkan setelah ditandatangani oleh guru tingkatan. Poster-poster mestilah berkaitan dengan pendidikan.
3.1.3 Meja dan kerusi mesti sentiasa teratur dan sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam meja-meja tersebut.
3.1.4 Kipas hanya boleh dipasang selepas rehat kecuali dengan kebenaran guru. Pastikan suiz lampu dan kipas ditutup apabila tidak digunakan.
3.1.5 Kelas-kelas bertanggungjawab terhadap kawasan kaki lima dan longkang di sekitarnya.
3.1.6 Papan hitam tidak boleh diconteng sebarangan dan mesti dibersihkan selepas setiap mata pelajaran.
3.1.7 Pelajar-peiajar tidak boleh berada di dalam kelas semasa Pendidikan Jasmani dan rehat (kecuali mereka yang bertugas selama 10 minit) dan sebelum sekolah bermula (kecuali pada hari hujan).
3.2 Kantin Sekolah
3.2.1 Pelajar-pelajar dibenarkan ke kantin hanya sebelum dan selepas sekolah serta pada waktu rehat. Penggunaan kantin pada masa lain hanya dengan kebenaran khas.
3.2.2 Pelajar-pelajar hendaklah beratur semasa membeli makanan
3.2.3 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan makan di kantin dan alat-alat yang digunakan seperti mangkuk, pinggan, sudu, garfu, gelas dan sebagainya mestilah diletakkan di tempat yang dikhaskan. Sisa makanan mesti dibuangkan ke dalam tempat yang disediakan. Makanan dan minuman yang dibeli dari kantin tidak boleh dibawa masuk ke dewan kecuali makanan kering.
3.2.4 Segala kertas/pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. langan buang sampah ke dalam pasu bunga.
3.2.5 Kebersihan kantin hendaklah dijaga pada setiap masa.
3.3 Bilik Sakit
3.3.1 Seseorang pelajar yang kurang sihat boleh ke bilik sakit setelah mengisi borang kebenaran ke bilik sakit yang boleh didapati dari pejabat sekolah. Surat ini mestilah ditandatangani oleh guru bertugas dalam 2 salinan, satu salinan dikepilkan dengan Jadual Kehadiran Kelas dan satu lagi disimpan oleh pelajar. Buku Bilik Sakit yang terdapat di Pejabat Sekolah juga mesti diisi oleh Kapten Kelas berkenaan. Pelajar tidak boleh berada di Bilik Sakit lebih daripada 2 masa. Jika keadaannya serius, ibu bapa akan dipanggil atau dia akan dibawa ke hospital oleh guru bertugas.
3.4 Bilik Sembahyang mestilah sentiasa dijaga kebersihan dan kekemasannya. Jadual tugas yang disediakan mestilah dipatuhi oleh pelajar-pelajar berkenaan.
3.5 Dewan Kolej mestilah dibersih dan dikemas semula selepas digunakan. Semua alat yang diambil mesti disimpan balik di tempat berkenaan.
3.6 Tandas mesti dijaga kebersihannya. Tuala wanita yang telah digunakan mestilah dimasukkan ke dalam tong-tong 'Sanitact'.
3.7 Papan-papan kenyataan, perabot-perabot dan gambar-gambar mestilah sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur. Semua poster yang hendak ditampal mesti mendapat tandatangan Pengetua.
Kegiatan Ko-kurikulum
4.1 Setiap pelajar perlu menyertai sekurang-kurangnya satu permainan dan satu persatuan.
4.2 Kad Ko-kurikulum
4.2.1 Semua pelajar mesti mempunyai kad ko-kurikulum yang boleh dibeli mengikut rumah sukan masing-masing. Kad-kad ini boleh dibeli daripada guru setiausaha sukan melalui Kapten Kelas.
4.2.2 Kad-kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat apabila menghadiri sesuatu kegiatan ko-kurikulum untuk ditandatangani dan diambil kembali setelah kegiatan tersebut tamat pada setiap hari.
4.2.3 Kad-kad ko-kurikulum tidak holeh diserahkan atau dikutip daripada guru penasihat oleh orang lain.
4.2.4 Kad-kad ini perlu disimpan hingga akhir masa persekolahan untuk dijadikan bukti keaktifan pelajar-peiajar di dalam kegiatan ko-kurikulum bagi tujuan-tujuan surat berhenti sekolah dan surat akuan .
4.3 Kebenaran Ibu Bapa
4.3.1 Ahli-ahli persatuan mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran ibu bapa mereka sebelum menyertai aktiviti selepas sekolah, atau di luar kawasan sekolah selain daripada mesyuarat biasa. Ini termasukiah lawatan, perjumpaan, permainan dan pertandingan.
4.3.2 Borang kebenaran menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum boleh didapati dari pejabat hanya oleh Guru Penasihat.
4.3.3 Menandatangani Borang Kebenaran
4.3.3.1 Pelajar-pelajar mengisi butir-butir lawatan
4.3.3.2 Guru bertugas/penasihat menandatanganinya.
4.3.3.3 Borang-borang tersebut dihantar kepada Pengetua untuk ditandatangani dan dikembalikan kepada guru penasihat.
4.3.3.4 Pelajar-pelajar berkenaan membawa borang-borang tersebut kepada ibu bapa untuk mendapat tandatangan.
4.3.3.5 Semua borang yang telah ditandatangani mesti dipulangkan kepada guru penasihat sebelum lawatan dibuat. Tanpa surat/borang tersebut pelajar berkenaan tidak dibenarkan mengikut rombongan lawatan.
4.4 Surat-Menyurat
4.4.1 Semua surat-menyurat mestilah melalui Pengetua yang dibuat dalam tiga salinan iaitu satu untuk dikirimkan, satu untuk simpanan sekolah dan satu lagi untuk fail persatuan.
4.4.2 Apabila sesuatu jemputan dibuat (untuk mengadakan ceramah, majiis-majlis dll), surat kebenaran ibu bapa untuk pelajar-pelajar menghadiri upacara tersebut mestilah diedarkan.
4.4.3 Sekiranya upacara/majlis tersebut melebihi jam 6:00 petang, penjaga sekolah hendaklah diberitahu untuk mengawal keselamatan.
4.5 Pertandingan dan Keputusan
4.5.1 Program pertandingan mestilah ditulis pada papan kenyataan guru bertugas harian sebelum pertandingan bermula.
4.5.2 Guru penasihat akan mengumunkan keputusannya pada keesokan harinya pada perhimpunan pertama dan memasukkan butiran tersebut di dalam Buku Gerakerja Ko-kurikulum di Pejabat.
Peraturan bagi Pelajar-Pelajar Lepasan STPM/SPM/SRP
5.1 Pelajar-peiajar dikehendaki menyimpan keratan keputusan dengan baik. Jangan meletakkan sebarang tanda atau Cop ke atasnya kerana keratan itu dianggap salinan asal hingga sijil asal dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan/Lembaga Peperiksaan.
5.2 Apabila mengambil Sijil Berhenti Sekolah, pelajar hendaklah menandatangani di borang berkenaan.
5.3 Mengesahkan Salinan Sijii-Sijil
5.3.1 Bawa sijil-sijil asal
5.3.2 Kembarkan sijil-sijil asal bersama-sama Salinan Sijil bagi setiap jenis sijil dan letakkan sijil asal di atas salinan sijil- sijil.
5.3.3 Tinggalkan salinan-salinan sijil bersama-sama sijil-sijil asalnya sekali di Pejabat. Susun ke semua sijil dalam fail atau sampul surat. Tulis nama dan alamat di alas fail atau sampul itu.
5.3.4 Nyatakan tujuan untuk meminta tandatangan itu (JPA/UPU/) di sudut kanan sampul surat berkenaan.
5.3.5 Sijil-sijil itu boleh diambil keesokan harinya di Pejabat.
5.3.6 Jika peraturan ini tidak dipatuhi, salinan-salinan sijil tidak akan ditandatangani.
5.4 Kes-Kes Mengulang
5.4.1 Ambil borang-borang untuk mengulang dari Pejabat Sekolah.
5.4.2 Semak sama ada pelajar-pelajar mempunyai syarat-syarat yang diperlukan. Maklumat ini boleh didapati dari Surat Pekeliling berkenaan.
5.4.3 Bawa salinan-salinan keputusan asal untuk pengesahan.
5.4.4 Tulis nombor telefon rumah di sebelah belakang borang dengan menggunakan pensel.
5.5 Kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah
5.5.1 Pelajar-pelajar berkenaan dikehendaki datang kesekolah untuk menyemak dan menandatangani nama mereka lebih kurang 4 minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Sekiranya seseorang pelajar itu terpilih masuk ke Tingkatan 6 Rendah tetapi telah membuat keputusan untuk monolak, beritahu pihak sekolah segera.
5.6 Bimbangan dan Kaunseling
5.6.1 Jumpa Guru Bimbingan untuk mendapat maklumat lanjut atau rujuk Papan Kenyataan Bimbingan dan Kaunseling.