• Save
Kecelaruan gender dari perspektif islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kecelaruan gender dari perspektif islam

on

  • 6,573 views

satu pandangan. komen dan cadangan sampaikan melalui email m.nasir@utm.my

satu pandangan. komen dan cadangan sampaikan melalui email m.nasir@utm.my

Statistics

Views

Total Views
6,573
Views on SlideShare
6,573
Embed Views
0

Actions

Likes
5
Downloads
0
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • salams akhi, jazakallah khair atas pencerahannya. kalau boleh ana ingin minta izin untuk download..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Assalamualaikum, terimakasih diatas segala maklumat tentang kecelarun gender ini, walau bagaimanapun sekiranya pihak tuan ada hadith- hadith tentang kecelaruan gender dan hukuman terhadap golngan ini berdasarkan al-sunnah dapat kiranya pihak tuan membantu saya. terimakasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kecelaruan gender dari perspektif islam Kecelaruan gender dari perspektif islam Presentation Transcript

  • KECELARUAN GENDER: INTERVENSI KEROHANIAN
    MOHD NASIR MASROOM
    PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
    UTM, SKUDAI.
  • Tajuk Perbincangan
    Asal Kejadian Manusia
    Jantina Dalam Ilmu Feqah
    Kepentingan Jantina Dalam Islam
    Saranan Islam Untuk Tangani Isu Ini
    Penutup
  • Asal Kejadian Manusia
    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
  • Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
  • Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
  • Jantina Dalam Ilmu Feqah
    Lelaki
    Perempuan
    Khunsa (Musykil / Wadhih)
    Mukhannas / Mukhannis
  • 1. LELAKI:
    Air kecil keluar dari kemaluan lelaki ATAU mempunyai janggut.
    2.PEREMPUAN:
    Air Kecil keluar dari kemaluan perempuan ATAU mengalami haid.
  • 3.KHUNSA:
    Seorang manusia yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan; ATAU tidak mempunyai apa-apa alat kelamin langsung (sekadar lubang untuk membuang air kecil).
    a) KHUNSA WADHIH:
    Seorang manusia yang mempunyai dua alat kelamin (zakar/faraj), yang salah satunya jelas berfungsi ketika buang air kecil.
  • b) KHUNSA MUSYKIL:
    Seorang manusia yang tidak jelas fungsi
    jantinanya disebabkan salah satu dari keadaan berikut..
    i) Kerana mempunyai dua alat kelamin (zakar/faraj), sama ada..
    - Kedua-duanya tidak berfungsi ketika membuang air kecil; ATAU
    - Kedua-duanya sekali berfungsi;
    ii) Tiada langsung alat kelamin;
    iii) Tumbuh payudara dan janggut secara
    serentak.
  • 4. MUKHANNAS / MUKHANNIS
    “Seorang lelaki yang tingkah lakunya seperti tingkah laku perempuan, sama ada gerak gerinya, keadaanya, perasaannya, kesukaannya”
    Terbahagi kepada dua situasi:-
    • Tidak menyuburkan lagi keadaan mereka.
    • Menyuburkan lagi keadaan mereka
  • Penetapan Jantina Khunsa:
    LELAKI:
    a) Jika mempunyai dua alat kelamin dan membuang air kecil melalui zakar; ATAU
    b) Mempunyai janggut.
    • PEREMPUAN:
    a) Jika mempunyai dua alat kelamin dan membuang air kecil melalui faraj; ATAU
    b) Mengalami haid.
    • Pilih LELAKI vs PEREMPUAN:
    a) Jika tiada langsung alat kelamin (zakar/faraj); ATAU
    b) Berjanggut serta mempunyai payudara.
    * Boleh memilih jantina mana yang dominan dan boleh (harus) melakukan pembedahan pemulihan alat kelamin yang dipilih selepas dirujuk kepada pakar untuk mengesahkan jantina yang dominan.* Segala hukum-hakam yang berkaitan dengan mereka adalah berdasarkan kepada “status jantina” yang mereka pilih itu.
  • Kepentingan Jantina Dalam Islam
    Perkahwinan
    Pergaulan
    Solat
    Proses Kehamilan
    Pengurusan Jenazah
    Pakaian
    Tanggungjawab
    Talak
    Harta Pusaka
  • Strategi Pemulihan
    1) Pengenalan
    a. Memahami hakikat kejadian insan
    Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • b. Pembentukan Sahsiah Insan
    JASMANI
    EMOSI
    • Faktor Luaran
    • Jasad / fizikal / biologi
    SAHSIAH
    ROHANI
    INTELEK
    • Faktor Dalaman
    • Ruhhi
  • c. Kajian Kes
  • 2) Langkah Pemulihan Rohani
    i. Fahami Konsep ujian
    • Kenapa aku diuji?
    Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
  • - Kenapa tak dapat yang diidamkan?
    … dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
    - Kenapa susah sangat ujian ini?
    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
  • - Tension.. Sedih?
    Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  • ii. Melaksanakan Taubat
    Taubat:
    “Menyesali kesilapan melakukan kesalahan dan kembali mengikut segala tuntutan syarak”.
    Hadis Rasulullah s.a.w;
    كل ابن آدم خطأ وخير الخطئيين التوابين
    “Semua anak adam (manusia) melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat
  • Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
  • Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim. Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  • Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
  • Cara Bertubat:
    Menyesali segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan
    Meninggalkan terus perbuatan dosa tersebut
    Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu
    Beristgfar kepada Allah dan minta maaf kepada manusia yang terbabit (sekiranya kesalahan melibatkan manusia)
    Melakukan solat sunat taubat
  • Tanda taubat diterima:
    Putus hubungan dengan kawan yang sama-sama melakukan dosa
    Menghentikan maksiat dan melakukan ketaatan
    Hilang rasa kesenangan hati dan ingat pada kesusahan akhirat
    Percaya kepada jaminan Allah s.w.t terhadap rezekinya (tidak takut kehilangan rezeki) lalu menyibukan diri dengan urusan ketaatan kepada Allah s.w.t
  • iii. Menjaga Solat Wajib
    Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
    …dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
  • Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
    Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
  • iv. Memperbanyakkan Baca Al-Quran, Zikir & Doa
    Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
    "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
  • Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
  • "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
    Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
    Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
  • Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
    Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
  • Contoh Zikir dan Doa
    al-Mathurat
    Zikir Munajat
    Asma’ ul Husna
  • Sekian
    Terima Kasih