Waj3104 literasi bahasa

1,937 views
1,806 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,937
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
180
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Waj3104 literasi bahasa

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUHIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL WAJ3104 LITERASI BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  2. 2. Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  3. 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia ii
  4. 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Melaksanakan Aktiviti Prabacaan 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul
  5. 5. PANDUAN PELAJARPENGENALANModul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskanpembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkinkembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arahkendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.PEMBELAJARAN ARAH KENDIRIPembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.SASARAN KURSUSPelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1: vi
  6. 6. Agihan Jam pembelajaranAktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3)Membaca modulpembelajaran danmenyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65tugasan terarah / amaliMenghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5bersemuka (5 kali)Latihan Amali* - 10 - 8 - 5Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15Ulangkaji 10 10 10 10 5 5Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.SUSUNAN TAJUK MODULModul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapatmasalah berhubung dengan modul ini.IKONAnda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  7. 7. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRANAnda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan jugaperbincanganTip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  8. 8. PengenalanMemberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajukdipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspekyang berikut: 1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
  9. 9. AGIHAN TAJUKKod & Nama Kursus: _______________________________________________Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskanagihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS 1. Melaksanakan Aktiviti Prabacaan  Pengamatan Penglihatan  Pengamatan Pendengaran 1  Pergerakan Tangan dan Mata 2 2. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonik 3. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
  10. 10. 4. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Pandang dan Sebut2 5. Bengkel Aktiviti Pratulisan 2 6. Bengkel Aktiviti Mekanis 7. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik 8. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran3 Pendidikan Seni Visual 2 9. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 10. Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bukan Elektronik 11. Bengkel Pengajaran Menggunakan4 2 Boneka 12. Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan 13. Bengkel Pembinaan Bahan Pemulihan dengan Power Point 14. Membuat Rakaman Bunyi-bunyi dengan Menggunakan Alat Perakam5 2 Digital 15. Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu JUMLAH 10
  11. 11. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN  SINOPSIS  HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)  KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)  KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)------------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14 SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12 c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
  12. 12. WAJ 3104 LITERASI BAHASATAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN1.1 SINOPSISTajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  Konsep Prabacaan  Bentuk Aktiviti Prabacaan  Aktiviti-Aktiviti PrabacaanKesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerimapengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yangmelibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membacadan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihatsebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu danberkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosidikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama adamembelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminatmendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepadakemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkanbunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaanatau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagaibunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadidan buatan). Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaanmembaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebihdahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaansemula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuhmereka.
  13. 13. WAJ 3104 LITERASI BAHASAPeringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah. Meniarap (aktiviti Merangkak (aktiviti kesediaan mendirikan kemahiran membaca) asas membaca) Berjalan (kemahiran Berdiri (aktiviti pengukuhan membaca peringkat rendah) kemahiran asas membaca) Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi) Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaanmembaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiranpengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dantangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkanbahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untukmembaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membacaadalah sama. Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaanmembaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelumbacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secarakhusus dan berterusan.
  14. 14. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia(1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. IV. Kemahiran mengenal semua huruf. V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.1.2 HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:1. Menjelaskan konsep prabacaan.2. Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan.3. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.4. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
  15. 15. WAJ 3104 LITERASI BAHASA1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUKUntuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Pengamatan Penglihatan BENTUK Pengamatan Membina dan PRABACAAN Pendengaran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Pergerakan Tangan dan Mata Laksanakan Latihan Rajah 1.2 Kerangka Tajuk1.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentangkonsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiappengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan.1.4.1 Konsep PengamatanPengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindakbalas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabilawujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organderia, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukankonsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971). Menerima Merakam Rangsangan Maklumat Bertindak Balas Memproses (Respon) Maklumat Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner
  16. 16. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan maknakepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman laluyang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagaiproses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalamhati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera(Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.1.4.2 Komponen dan Bentuk PengamatanBerikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapatdiaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasivisual-motor dan visual-kinestetik)II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasivisual-pendengaran)III. Pergerakan tangan dan mata.1.4.3 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan.1.4.3.1 Bentuk Pengamatan Penglihatan. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyaitujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasipenglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan ataumelengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalianjarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri,pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.(a) Diskriminasi Penglihatan.
  17. 17. WAJ 3104 LITERASI BAHASAAktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamatipersamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf danperkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama
  18. 18. WAJ 3104 LITERASI BAHASA(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama. Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil
  19. 19. WAJ 3104 LITERASI BAHASA(b) Ingat Kembali.Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati.Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Muridmeneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guruboleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar danmurid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar(c) Orientasi Kedudukan.Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar.Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama,murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan
  20. 20. WAJ 3104 LITERASI BAHASA(d) Mazing atau Cari Jalan KeluarDalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibumencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalahuntuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiranmenyelesaikan masalah. Latihan Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya.1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran.Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatanpendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran,perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran danpercantuman bunyi.(a) Diskriminasi PendengaranTujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali danmengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan
  21. 21. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata.Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asaspergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat duayang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik danmenyalin corak.(a) Menyambung Titik.Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atauabjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuahgambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahanpertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali,kurang titik. BUAT BBM 1. HURUF 2. GAMBAR(b) Menyalin Corak.
  22. 22. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK 2.1 SINOPSISSecara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetikmenekankan beberapa aspek berikut:  Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.  Latihan membatang suku kata dan perkataan.  Latihan membaca frasa dan ayat.  Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik.Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihanmembunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf.Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasadan ayat.Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendakimenggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.2.2 HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:1. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas KIA2M.2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.
  23. 23. WAJ 3104 LITERASI BAHASAArahan Pembelajaran:1. Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.2. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam portfolio anda.3. Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut: KAEDAH FONETIK Latihan Latihan membatang membunyikan huruf suku kata dan Latihan membaca dan asosiasi benda perkataan frasa dan ayat dengan bunyi huruf Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik
  24. 24. WAJ 3104 LITERASI BAHASA2.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dandiikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yangdisediakan.2.4.1 Konsep Membaca Kaedah FonetikKaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadaphubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanyamensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpamengingat nama huruf.Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkankebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yangdilihat.Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapatdalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjadyang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid,diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut: Bunyi vokal a aaaa e eeee i iiiii o oooo u uuuu
  25. 25. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bunyi konsonan b beh n en c ceh p peh d deh q qeh f feh r rer g geh s sss h heh t the j jeh v vev k keh w weh l el y yeh m em z zezKemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata,dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambarsebagai sokongan. Contoh: Perkataan “baju” dieja dengan bunyi huruf: [ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ] [ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ] = [ ba ] + [ ju ] = [ baju ]Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
  26. 26. WAJ 3104 LITERASI BAHASAdibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan.Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yangmenggunakan perkataan-perkataan ini. Contoh: Ini baju sayaBerikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:Kelebihan  Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang bersifat fonemik.  Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik.  Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.  Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.Kelemahan:  Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.  Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.  Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna  Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf
  27. 27. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Perbincangan Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIKDalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapalatihan/aktiviti berikut:2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi HurufDengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakanlatihan/aktiviti berikut:(a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a – z Contoh: i. Membunyikan huruf vokal: a e o e i u ii. Membunyikan huruf konsonan b f h d g j
  28. 28. WAJ 3104 LITERASI BAHASAKemudian, selesai membunyikan kesemua huruf, pelajar dikehendakimelaksanakan latihan/aktiviti berikut:(b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf . Contoh: a i u2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan PerkataanDengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendakimelaksanakan latihan/aktiviti berikut:(a) Latihan membatang suku kata Contoh: a e i o u d da de di do du g ga ge gi go gu k ka ke ki ko ku(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contoh: dada dadu daki kaki kaku gigi kuku dagu kuda duka
  29. 29. WAJ 3104 LITERASI BAHASA2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan AyatDengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendakimelaksanakan latihan/aktiviti berikut:(a) Latihan membaca frasa. Contoh: ini kuda kuda Ali lari laju(b) Latihan membaca ayat yang lengkap. Contoh: Ini kuda Ali Kuda Ali lari laju2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk Melaksanakan Kaedah FonetikSetelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedahfonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki:(a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik
  30. 30. WAJ 3104 LITERASI BAHASA(b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari. Latihan 1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut. 2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah. http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah- mengajar-membaca-sukukata/ . http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do _pdf=1&id=56 www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca
  31. 31. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD3.1 SINOPSISTajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yangmemerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:  Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.  Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.  Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.  Latihan membaca ayat3.2 HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:1. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad.2. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca kaedah abjad.3. Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan murid.4. Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.
  32. 32. WAJ 3104 LITERASI BAHASA3.3 KERANGKA TAJUKUntuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangkatajuk di bawah. Kaedah Abjad Menyebut nama Latihan menyebut Latihan mengeja Latihan huruf abjad a pola suku kata v suku kata, perkataan membaca hingga z: huruf kecil dan kv. dan huruf besar. dan frasa. ayat Menggunakan Bahan Bantu B l j Laksana Latihan3.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dandiikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yangdisediakan.3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayudan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Setelah itudiperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-muridtidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapahuruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut JuriahLong et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yangterkandung dalam suku kata dan perkataan.
  33. 33. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan olehmanusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemarioleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besardiperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, RaminahHaji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-duabentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebutnama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaandan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjadberpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapahuruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebihdahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan.Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelumdidedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:Kelebihan  Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.  Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.  Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.  Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.Kelemahan:  Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
  34. 34. WAJ 3104 LITERASI BAHASA  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.  Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.  Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z. (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah A B C D E F G H I J K L M N O a b c d e f g h i j k l m n o P Q R S T U V W X Y Z (b) Menyebut nama-nama huruf x y z p q r s t u v w Contoh 1: Sebut nama-nama huruf. Aa =e Jj = jay Ss = es Bb = bi Ky = kay Tt = ti Cc = si Ll = el Uu = yu Dd = di Mm = em Vv = vi Ee = ei Nn = en Ww = dabliu Ff = ef Oo =o Xx = ex Gg = gi Pp = pi Yy = wai Hh = ech Qq = kiu Yy = zek Ii = ai Rr = ar3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV. (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn Huruf Vokal Huruf Konsonan Aa Ee Ii Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Oo Uu Ee Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz
  35. 35. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Contoh 1: Sebut suku kata di bawah bu ji bu da bi na a ci u da i tu lu lu sa ya3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa. (a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa i.....ni a ..... bu i .....bu sa ...... ni ku ......ku ka ...... ki ma ....... na na ....... si na ...... ni sa..... na a....bu i....bu na.....si na.....ni ku....ku ka....ki sa....ni ini abu ibu nasi nani kuku kaki sani ini ibu nasi kuku abu sani nani kaki ini abu ibu sani nasi nani kuku kaki
  36. 36. WAJ 3104 LITERASI BAHASA3.4.5 Latihan Membaca Ayat. (a) Membaca ayat ini mana ini ibu nasi kuku abu sani kaki ini ibu abu. ibu sani mana mana nasi sani ibu. ini kuku kaki sani ibu ini abu nasi sani sani mana ibu abu, sani. ini nasi nani.
  37. 37. BIBLIOGRAFI( IKUT FORMAT APA)
  38. 38. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKANSHEIKH ROSLAM SHEIKH ABDULLAH Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian MelayuPENSYARAH (dengan kepujian) Universiti MalayaJABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU, Diploma Pendidikan - Pengajian Melayu InstitutKAMPUS KOTA BHARU. BahasaEMEL: sheikhroslam@gmail.com Sarjana Pendidikan - Kesusasteraan Melayu (UPSI) PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu - 14 Tahun Pensyarah - 5 TahunAMINUDDIN BIN MAMAT KELULUSAN: Bacelor Pendidikan (PBMP) UPMPENSYARAH,JABATAN PENGAJIAN MELAYU Master Sastera UPMINSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS KOTA BHARU Sijil Perguruan IBKLEMEL: aminsal1362@yahoo.com.my PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu/Sastera Melayu - 21 Tahun Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu - 5 Tahun(NAMA) (KELULUSAN)(JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL(EMEL) (PENGALAMAN KERJA)
  39. 39. IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat

×