Your SlideShare is downloading. ×
0
Ketaksamaan Peluang         Pendidikan                   PengenalanKementerian Pelajaran berusaha menangani jurangperbezaa...
Kelas Sosial• Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan  kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.• Kelas Sosial wujud apabila...
• (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca-  punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.• (b) Proletariat: Masyar...
• Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses  perubahan individu atau Kelompok Sosial dari  satu Lapisan Sosial yang lai...
• Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula  ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan  kepercayaan Negatif oleh sese...
• Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk  sama ada berbentuk individu atau kumpulan  Etnik dan mencapai tahap tertinggi ...
• Diskriminasi    dan    Ketaksamaan    peluang  pendidikan masyarakat telah wujud sejak  munculnya Kelas Sosial masyaraka...
• Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality)  merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang  merujuk Ketidaksamaan peluang-peluan...
• Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial   iatu:-   i. Golongan Bangsawan (Aristokrat)  ii. Golongan Pertengahan Atasan (...
• Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya  mendapati bahawa terdapat hubungan yang  signifikan antara pencapaian aka...
• Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio-  Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian  akademik murid.• Tahap    Kesiha...
• Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli  keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian,  tahap pendidikan ibu bapa...
• Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah  sekolah menengah yang masih belum mempunyai  bekalan elektrik 24 jam.• Jan...
• Terdapat juga sekolah yang mengalami  masalah kekurangan murid.• Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%)  sekolah ren...
• Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ ini  berada dalam keadaan daif dan menghadapi  masalah kekurangan peruntukan, kemu...
• Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar  infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan  yang mencukupi diberi kepada ...
• Kementerian           Pelajaran      Malaysia  memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga  miskin dan golongan kurang up...
• Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:   i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)  ii. Kumpulan Wang ...
• Kita perlu mengurangkan pendekatan yang  hanya memberi penekanan kepada aspek  membaca, menulis dan mengira.• Rakyat di ...
• Selain Budaya pembelajaran, masyarakat  Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan  dalam ‘Budaya Analitikal’.• Murid ...
• Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi  menjadi perhatian utama dalam kebanyakan  masyarakat termasuklah negara-n...
Jantina• Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan  pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.• Golongan wanita seolah-o...
• Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara  Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses  pembangunan.• Faktor Pertam...
• Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan  penglibatan wanita dalam pendidikan sangat  menggalakkan tetapi masih wujud ...
Kumpulan Minoriti• Kumpulan      Minoriti   merupakan     sesuatu  kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat yang  mempunya...
• Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai  alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya  mereka tidak terus mengalami k...
Murid Berkeperluan Khas• Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua  Tee Tee (1982) merupakan satu program  pendidikan yang...
• Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang mana  kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada rakan  sebaya mereka.•...
• Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang  memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;• i. Kerencatan Mental• ii. Berm...
• Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga  menghadapi kecelaruan tingkah laku.• Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka  m...
• Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapi  tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara.• Mereka tidak berminat bel...
• Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan  Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental  (kognitif), Fizikal (k...
• Murid akan ditempatkan berdekatan dengan  guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka  untuk mengurangkan kesempatannya ber...
• Guru disarankan sering memberikan Peneguhan Positif  daripada Negatif.• Guru perlu menyediakan program latihan sosial ba...
• Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada  tahun 2004.• Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas  Integra...
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga  menyediakan pendidikan kepada pelajar  kurang upaya dengan lebih daripada sat...
Orang Asli• Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid  orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara  bersam...
• Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun  bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.• Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli...
• Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan  dengan latar belakang akademik yang rendah  (Mustaffa Omar, 2004).• Menurut JHEOA...
• Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli  juga adalah rendah.• Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti  ...
Indigenous• Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di  pedalaman Sabah dan Sarawak.• Mereka dibezakan dari segi kawasan tempa...
• Masyarakat Indigenous masih belum bersedia  menerima perubahan dalam dunia pendidikan  kerana masih berpegang kepada Bud...
Masyarakat Pedalaman• Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang  pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana  kurangnya ...
• Usaha untuk menangani jurang ni terus  mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan  Malaysia Ke-3.• “…merapatkan jurang ...
• Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak  mementingkan pelajaran.• Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid,  secara t...
• Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard  minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam  Sistem Pendi...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Ketaksamaan peluang-pendidikan

6,452

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,452
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
359
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Ketaksamaan peluang-pendidikan"

  1. 1. Ketaksamaan Peluang Pendidikan PengenalanKementerian Pelajaran berusaha menangani jurangperbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini.Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalamperancangan pelaksanaan pendidikan.
  2. 2. Kelas Sosial• Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.• Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.• Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2 Golongan iaitu:-
  3. 3. • (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca- punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.• (b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.• Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam memahami masyarakat dan Kebudayaan.• Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi Pelajaran, dll.
  4. 4. • Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses perubahan individu atau Kelompok Sosial dari satu Lapisan Sosial yang lain dalam satu Sistem Stratifikasi Sosial.• Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang untuk Mobiliti Sosial adalah lebih terbuka.• Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi, Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku.
  5. 5. • Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh seseorang atau Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik yang lain.• Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
  6. 6. • Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan Etnik.• Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.
  7. 7. • Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi.• Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza.• Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.
  8. 8. • Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial.• Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.
  9. 9. • Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:- i. Golongan Bangsawan (Aristokrat) ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional) iii. Golongan Pertengahan Bawahan iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru) v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)
  10. 10. • Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.• Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga.• Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
  11. 11. • Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio- Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid.• Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.• Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran (Environment) turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.
  12. 12. • Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat.• Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3), kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menerima peluang pendidikan yang sama.
  13. 13. • Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.• Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan Teknologi Maklumat (ICT).• Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa.
  14. 14. • Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid.• Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai ‘Sekolah Kekurangan Murid’.• Sekolah yang mempunyai kurang daripada 250 orang murid dikategorikan sebagai ‘Sekolah Kekurangan Murid’.
  15. 15. • Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.• Penempatan guru di kawasan pedalaman sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman.• Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan ‘Sekolah Kekurangan Murid’ mengamalkan pengajaran Kelas Bercantum atau ‘Multigrade Teaching’.
  16. 16. • Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.• Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan Akses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat akses akan dibina.
  17. 17. • Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat di negara ini.• Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita menanam nilai dan kepercayaan dalam mempromosikan pembelajaran dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa membataskan mengikut Kelas Sosial Masyarakat.
  18. 18. • Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut: i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) iii. Bantuan Makanan Asrama iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. v. Jaket Keselamatan vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT) ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan x. Asrama Harian.
  19. 19. • Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira.• Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’ maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja.• Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.
  20. 20. • Selain Budaya pembelajaran, masyarakat Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan dalam ‘Budaya Analitikal’.• Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita lakukan.• Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuat akan menimbulkan pelbagai pandangan dan prejudis berbanding logik dan bersebab.
  21. 21. • Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi menjadi perhatian utama dalam kebanyakan masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang kelihatan enggan menyokong Budaya tersebut.• Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.
  22. 22. Jantina• Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.• Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu.• Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian murid perempuan di Pengajian Tinggi telah meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).• Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.
  23. 23. • Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses pembangunan.• Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.• Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.• Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar.
  24. 24. • Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.• Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.
  25. 25. Kumpulan Minoriti• Kumpulan Minoriti merupakan sesuatu kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil.• Faktor Geografi mempengaruhi Budaya sesebuah kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya.• Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka.
  26. 26. • Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya mereka tidak terus mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.• Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan.• Dasar kerajaan yang telah mewajibkan pendidikan wajib kepada semua warganegara merupakan salah satu cara untuk mengelakkan keciciran berlaku.
  27. 27. Murid Berkeperluan Khas• Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.• Murid Berkeperluan Khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah serta menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan dalam program sekolah biasa.
  28. 28. • Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang mana kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada rakan sebaya mereka.• Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju.• Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi ialah seperi phobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
  29. 29. • Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;• i. Kerencatan Mental• ii. Bermasalah Pembelajaran• iii. Kecelaruan Tingkah Laku• iv. Cacat Pendengaran dan Masalah Komunikasi.• v. Cacat Penglihatan• vi. Cacat Fizikal• vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa
  30. 30. • Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku.• Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi undang- undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang lain.• Kanak-kanak golongan ini adalah ‘Hiperaktif’ atau ‘Hiperkinetik’.• Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung.
  31. 31. • Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara.• Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanak- kanak ini juga mempunyai tingkah laku anti- sosial.• Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng, dll.
  32. 32. • Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental (kognitif), Fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), Sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan Emosi (keupayaan menangani perasaan).• Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).• Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan yang diberikan.
  33. 33. • Murid akan ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku negatif.• Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan yang tertentu sahaja.• Guru perlu mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tugasan kepada beberapa unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan.
  34. 34. • Guru disarankan sering memberikan Peneguhan Positif daripada Negatif.• Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing dengan murid normal yang lain.• Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta lain-lain tindakan bagi mengembangkan Pendidikan Khas.
  35. 35. • Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004.• Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.• Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 tahun.• Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  36. 36. • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995.
  37. 37. Orang Asli• Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan.• Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.• Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
  38. 38. • Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.• Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141, 230 orang.• Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri.• Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal.
  39. 39. • Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004).• Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana kecicicran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%).
  40. 40. • Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah.• Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka.• Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.
  41. 41. Indigenous• Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak.• Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.• Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum Etnik.• Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  42. 42. • Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning).• Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu.• Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga.
  43. 43. Masyarakat Pedalaman• Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu- satu bidang.• Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT.• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
  44. 44. • Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-3.• “…merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber- sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).
  45. 45. • Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran.• Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri.• Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran.• Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik.
  46. 46. • Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam Sistem Pendidikan.• Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran.• Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×