TEORI Skinner and pavlov

10,141 views
10,015 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
10,141
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
398
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

TEORI Skinner and pavlov

  1. 1. 1 PENDAHULUAN Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan.Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov serta ahli-ahli pelaziman operan Skinner. Teori Behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku. Oleh itu tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of Pharmacology di Military Medical Academy. Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkkepujian Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.
  2. 2. 2 ISI Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.
  3. 3. 3 Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.
  4. 4. 4 Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.
  5. 5. 5 Konsep penting Pelaziman Klasik Rangsangan Gerakbalas Neutral Semulajadi Terlazim Semulajadi Terlazim Konsep Penting Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Teori Pelaziman Klasik Pavlov Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa- apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu (a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual di bawah.
  6. 6. 6 Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b)diskriminasi (c) penghapusan. (a) Generalisasi pelajaran (biologi). Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata
  7. 7. 7 Jadual : Eksperimen Pavlov (b) Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains. (c) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
  8. 8. 8 Kesimpulan Kajian Pavlov Implikasi Teori Pavlov Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran. Guru hendaklah menyedari bahawa : 1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru. 2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan. 3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. 4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman. Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. 5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B. Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.
  9. 9. 9 6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. 7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi penumpuan. Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya yang ,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.Sekiranya perhatian murid- murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang, tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku. Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran berkesan. 8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot. Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid
  10. 10. 10 Teori Pelaziman Operasi Skinner B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
  11. 11. 11 Jadual : Peneguhan Positif Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar kemukakan soalan dengan baik Curu memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. (b) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negative Jadual Peneguhan Negatif Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya
  12. 12. 12 Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah di bawah menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah be (c) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh dendaan. Jadual : Dendaan Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar membuat bising dalam kelas Gurumemberi amaran kepada pelajar Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). • Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, system demerit, guru memberi kerja tambahan. • Dendaan Penyingkiran Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan
  13. 13. 13 mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: • Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. • Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. • Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya. • Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang. (d) Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan. (e) Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
  14. 14. 14 • Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. • Peneguhan itu tidak lagi digunakan. • Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidakdatang dengan serta merta. APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: • Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. • Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. • Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. • Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. • Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
  15. 15. 15 Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operasi (Shaping Behaviour) Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia.Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi.Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang. Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar- pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila diberjenaka. Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas. Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan gerak balas yang sama. Diskriminasi: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap peneguhan lain. Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi. Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)
  16. 16. 16 Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement). Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran atau peneguhan. Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa. Menurut Nisbah a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan. b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1. Menurut Masa a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.
  17. 17. 17 Perbezaan Antara Pelaziman Operasi Dengan Pelazimam Klasik Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan. Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada 1-Peneguhan Positif 2- Peneguhan Negatif. b) Denda (punishment) Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:- (1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).
  18. 18. 18 Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh:- (1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik. Denda (Punishment) Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. Contoh:- (1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan keseronokkan).
  19. 19. 19 KESIMPULAN Kesimpulannya, kedua dua tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. . Hubungan antara rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik. Manakala pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan itu. Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Bagi menghentikan tingkah laku yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan hukuman negatif dilaksanakan.. Sebaik-baiknya ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan pertimbangan etika yang sewajarnya.
  20. 20. 20 RUJUKAN Ab. Fatah Hassan. (1994). Tentang penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihami Zakaria dan Fawziah Yahza. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Derek Torrington dan Jane Weighvman. (1989). Effective Management : people and Organisation .New York : Prentice-Hall, Inc. Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. LAMPIRAN
  21. 21. 21 Figure 1 Teori Peazim Pavlov Figure 2 Teori Pelaziman Pavlov
  22. 22. 22 Figure 4 Teori Pavlo Figure 3 Teori Pavlov
  23. 23. 23 Latar Belakang Pavlov Dan Skinner 1. Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich Pavlov yang merupakan seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal- bakal paderi. Setelah beliau membaca buku „The Origin Of The Species‟ yang ditulis oleh Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg. Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakan-rakannya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul „The physiology Of The Pancreatic Nerves‟ yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga, beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The Centrifugal Nerves of The Heart.
  24. 24. 24 2. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak. Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm. Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai “bohemian”. Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939. Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner.

×