Bmm3111

18,646 views
18,428 views

Published on

3 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
18,646
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
779
Comments
3
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bmm3111

  1. 1. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUTAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU • SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. 2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik. • KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.1 Semantik dan Makna Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. 1
  2. 2. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti ‘suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. 1.2 Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah- tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik. 2
  3. 3. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU 1.3 Semantik dan Sejarah Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu. Aktiviti Kendiri 1.3.1 (a) Apakah maksud istilah semantik? (b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti Kendiri 1.3.2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut? 3
  4. 4. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUTAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Membezakan antara sinonim dan antonim. 2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. • TAJUK-TAJUK 2.1 Sinonim dan Antonim 2.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. 4
  5. 5. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. 2.1.1.1 Sinonim Pinjaman ‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’. Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’. 2.1.1.2 Sinonim Konteks Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni. 2.1.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.” “Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh- tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. 5
  6. 6. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU 2.1.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira- sedih dan sebagainya. Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. 2.1.2.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus- gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. 6
  7. 7. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU 2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu. 2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 2.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. 2.2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepada kereta api. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 2.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. 7
  8. 8. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Aktiviti Kendiri 2.2.3.1 (a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya (b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem. 8
  9. 9. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUTAJUK 3 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi makna ayat. 2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian. 3.1 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. 9
  10. 10. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU 3.2 Kerangka Generatif Chomsky Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan. Aktiviti kendiri 3.2.1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat? (b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky. 10
  11. 11. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUTAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK • SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan proses pengembangan makna. 2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna. • KERANGKA TAJUK-TAJUK 4.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut ‘saudara’. 4.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. 11
  12. 12. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 12
  13. 13. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU TAJUK 5 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU • SINOPSIS Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa hadapan. Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu • HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat : 1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu; 2. Prinsip – prinsip pembentukan istilah; 3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM; 4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu; 5. Cabaran dan masa depan peristilahan.5.1 PengenalanWalaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politikdan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkankepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyaikaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segiperistilahan, Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya MajlisBahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkanperanan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragamsejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarianbahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabunganbeberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunankonsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh 13
  14. 14. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUsekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilaikomunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting keranamempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melaluiistilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikankepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains danteknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang samadengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori UmumPeristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori inidikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebihkhusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahaniaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster(1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitulambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasaMelayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalambahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilahdalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untukmemartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi danbertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaatjika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbanganbadan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasayang maju di rantau ini dan dunia umumnya.Latihan 5.1 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan 2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 14
  15. 15. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU5.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat didalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yangtepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah BahasaMelayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pulamerupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurutperaturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telahdibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturanuntuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yangdihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa ataukata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum bolehmenjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khususpada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon,alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar danimbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilahBahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.5.2.1.1 Kata akarKata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.5.2.1.2 Imbuhan dan PengimbuhanImbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui prosespengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).5.2.1.3 PenggandaanPenggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atauseluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.5.2.1.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melaluiproses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha,warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antaraistilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004),menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh 15
  16. 16. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUmasyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa.Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam danbelanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan),sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaanbahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepastertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduandan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkanpermintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahliakademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa IstilahEkonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusidan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. UngkuA. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilahekonomi yang tidak menyenangkan beliau. 1. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di Latihan 5.2 negara kita? 2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia.5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkapsekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakansatu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasaMelayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukanbahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanansebagaimana yang dimainkannya. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalampembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperananmembina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa danperkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawabmembina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan danmenyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawalpenggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektorawam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkanpada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasaMelayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah,taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan 16
  17. 17. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUbahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” danmengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas,pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian -bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakankerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan MajlisBahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi denganmemasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilahbaharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat BahagianPeristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;  Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dandiluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan ParlimenPersekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan danditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedomanpembentukan ini dalam tahun 1950-an. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalambahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmupengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlahdiambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayuhendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuaiatau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakaioleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapatditerjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabilamembentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian,istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran ataukeadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid - asid (bukan acid) b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi) c) Acidic - berasid (bukan asidik) 17
  18. 18. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnyaseperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainandengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semulasatu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedomanyang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segidasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden, ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menujukearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah,penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnyajika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayuhendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kataterjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut: a) Biology - kajihayat b) Anthropology - kajimanusia c) Sociology - kajimasyarakat d) Archeology - kajipurba e) Phonology - kajibunyi f) Geology - kajibumi g) Psychology - kajijiwa h) Climatology - kajiiklim 18
  19. 19. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUBerdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana iaseragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasaMelayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga,kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi.Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasaMelayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kataistilah baharu dalam bahasa Melayu. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendakmempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sediaada, tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasaasing juga? Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, makaditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dankita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi,filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagidasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesiaberakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannyasangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahanyang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula adapengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumberyang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan ituakan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapatmeningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmupengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasaMelayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsayang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsaseperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilahdaripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis,Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan makaDBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:Bagi istilah pinjam-terjemah. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: i. Fixed price - harga tetap ii. Market price - harga pasaran iii. Price list - senarai harga iv. Cost price - harga kos 19
  20. 20. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU v. Cost section - bahagian kos Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomidan ilmiah, maka (mengikut keutamaan): i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: 20
  21. 21. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada katanama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsuratau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kataatomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripadanuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyaipengertian yang khas.Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah katayang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinyadan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkaradan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedomanini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yangdimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata; ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: 21
  22. 22. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai, d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, e) Kata dalam bahasa Inggeris, f) Kata dalam bahasa asing lain, h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.5.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiganegara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan inidinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh AllahyarhamTun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. MenteriPendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIMmenjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlissehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasarasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendekkata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat BahasaMelayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebihmantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasimaklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya. 1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakahLatihan 5.4.1 dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa? 2. Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. 1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan perananLatihan 5.4.2 DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu. 22
  23. 23. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYULayari Internet 1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dandiluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan ParlimenPersekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan danditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedomanpembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembaranganbentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk –bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telahdisusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan sertadiperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan 23
  24. 24. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itudibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kataberakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakaikata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalambahasa Melayu.5.6 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBPdengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan JawatankuasaPedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkanistilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini jugabertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebihkhusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat diMalaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakanasas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan.Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapaprinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan.5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti katanama, kata kerja, dan kata adjektif.Contoh:Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light 24
  25. 25. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUKata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka inventKata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekanyang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapaperkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS5.6.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhanawalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasaryang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.a. Paradigma kata dengan imbuhan ber- Contoh: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanianb. Paradigma dengan Penambah me(N)- Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran - mengubah pengubah pengubahan - mengairi - pengairan -c. Paradigma dengan me(N)-, ber- 25
  26. 26. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Contoh: memberhentikan - pemberhentian perhentian - perkecualian - - pembelajar pelajarand. Paradigma kata dengan me(N)-, per- Contoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajarane. Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaianf. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in- Contoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung5.6.3. Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasarsepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.a. Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-gurub. Ganda Suku Kata Awal Contoh: 26
  27. 27. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Tetikus rerongga Cecair Rerambut gegua jejaric. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejariand. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir Pupu poyang rempah ratus5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsurdalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhanatau tanpa imbuhan.i. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalamii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai 27
  28. 28. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU penerima janji gelombang melintangiii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasiLatihan 5.4 1. Berdasarkan contoh – contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 28
  29. 29. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU• SINOPSISTopik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkanperbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun,perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah(ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasaMelayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untukdijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; 29
  30. 30. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU  kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpundengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripadabahasa Melayu,Contoh – contoh seperti:  gambut (daripada bahasa Banjar) – peat  nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut  dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf  dening (daripada dialek Kelantan) – yoke6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu danbahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripadabahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentukejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklahmengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggerisyang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsepyang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.Contoh – contoh seperti: 30
  31. 31. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu  Atom  Electron  Atom  Professional  Elektron  Psychology  Profesional  Structure  Psikologi  Radio  Struktur  Television  Radio  Radiography  Televisyen  Radiografi6.4 Penyerapan Istilah AsingIstilah asing boleh dipinjam atas dasar;  Sesuai maknanya;  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atauterbitannya. Hal ini bergantung pada:  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;  Kemudahan belajar bahasa; dan  Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecualikalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 31
  32. 32. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun adakalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untukmenjauhkan kekacauan dan kekeliruan.Contoh – contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu  Campaign  Custom  Kempen  Dengue  Kastam  Grant  Denggi  Pension  Geran  Pencen6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalamsemua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawahatau dicetak miring.Contoh: a. bona fide b. esprit de corps c. fait accompli c. weltanschauung d. cal de sac Latihan 6.1 1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh? 2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia? 32
  33. 33. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagaicontoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAudioconferencing Sidang audioAutosave AutosimpanBroadcast Siaran;siarClient-server Pelanggan-pelayanConnection-oriented network Rangkaian berorientasikan sambunganData scrambler Pengarau dataDigital camera Kamera digitalDigital certificate Sijil digitalDigital purse Dompet digitalDigital signature Tandatangan digital b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAdministrative order Perintah pentadbiranCivil disorder Gangguan awamCivil rights Hak sivilDouble jeopardy Pendakwaan dua kaliDiplomatic immunity Kekebalan diplomatikExtradiction EkstradisiFraud FraudFugitive offender Pesalah buruanFundamental rights Hak asasiJudicial review Kajian semula kehakimanLegitimacy Kesahan 33
  34. 34. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUMala fide Mala fideMandatory procedure Tatacara mandatoryNative Anak negeriNatural justice Keadilan asasi c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAccess CapaianBench mark Tanda arasCursor KursorData base Pangkalan dataDownload Muat turunEnd user Pengguna akhirFont FonHardware PerkakasanIntegrated circuit Litar bersepaduLocal area network Rangkaian kawasan setempat d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBalance sheet Kunci kira-kiraBridging loan Pinjaman penyambungBuy out Beli habisBuy-back price Harga beli balikBy-product Keluaran sampinganCapital gain Laba modal / keuntungan modalCash flow Aliran tunaiCertificate of authorization Perakuan kuasaChief executive officer Ketua pegawai eksekutifDeed of trust Surat ikatan amanahInvestment climate Iklim pelaburanLong term debt Hutang jangka pendek 34
  35. 35. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUShort-term financing Pembiayaan jangka pendekSole agent Ejen tunggalSteering committee Jawatankuasa pemandu e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBallroom Dewan besarBanquet BankuetBudget hotel Hotel jimat / hotel kelas ekonomiBuffet BufetBusiness centre Pusat khidmat urusanCheck-in Daftar masukCheck-out Daftar keluarCocktail KoktelDay use Guna siangDeluxe room Bilik mewahDouble room Bilik kelaminFunction room Bilik majlisLuncheon Jamuan tengah hariTwin bed Katil-kembarWaiter (L); waitress (P) Pramusaji f) Fotografi Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAbstract photography Fotografi abstrakBetween-the-lens shutter Pengatup antara kantaCamera angle Sudut kameraDaylight film Filem warna cahaya siangEffective aperture Apertur berkesanFlash DengarGround-angle view Pandangan sudut bawahHalf-length portrait Potret separuhInvisible light Cahaya halimunanLatitude of exposure Latitude dedahanMain lighting Pencahayaan indukOut of focus Luar fokusPeriscopic lens PeriskopQuartz lens Kanta kuarzaReflect camera Kamera reflex 35
  36. 36. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU g) Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAerial cable Kabel aerialAffine AfinAffine geometry Geometri afinAffine variety Aneka afinAggregate AgregatAggregation PengagregatanAggregative Berdaya agregat; pengagregatanAggregative index Indeks pengagregatanAggregative model Model berdaya agregat6.6 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yangdilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yangkurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis inisering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik,mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yangtelah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidakmemahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalampembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yangdilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerjayang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)Latihan 6.2 1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa 36
  37. 37. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan? Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum PembentukanBuku rujukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar Press. Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26). Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman. 37
  38. 38. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYUTAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang. • HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang dalam bahasa Melayu. 7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7.1.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. 38
  39. 39. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: sin - sinus cm - sentimeter cos - konsinus hab - habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya: Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak – kanak Cerpen - cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya: JKR - Jabatan Kerja Raya TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia 39
  40. 40. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia 7.1.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah - K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G Latihan 7.1 1. Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri pendapat anda? Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. 40
  41. 41. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Tamat. Semoga anda berjaya.TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU • SINOPSIS • HASIL PEMBELAJARANTopik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkantranskripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasaMelayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut.Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasasumber yang lain. Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani,bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain.8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu 41
  42. 42. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yangselaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasiatau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233)atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad lafaz solat iman imam talak lian sujud kiam 8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau - biro police - polis ambulance - ambulans Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: 42
  43. 43. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8.1 1. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu. 2. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan. 3. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia. Tamat. Semoga anda terus berjaya. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. 43
  44. 44. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 44

×