Perancangan ujian

6,852 views
6,550 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,852
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
399
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perancangan ujian

  1. 1. PERANCANGAN UJIAN
  2. 2. P E R A N C A N G A N U J I A N Melapor Analisis item Memeriksa item Mentadbir ujian Membina dan menyemak skema Membina dan menyemak item Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU) Menentukan tujuan dan isi ujian
  3. 3. TUJUAN UJIAN  Mengukur- kecerdasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi  Mengukur tahap pemahaman pelajar tentang pembelajaran  Menentukurkan (prauji)  Mengukur pencapaian  Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)  Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)  Memotivasikan pelajar  Menyedikan maklum balas kepada pelajar  Menyediakan maklum balas kepada guru dan ibu bapa  Mengukur keberkesanan pengajaran
  4. 4. ISI UJIAN  Merangkumi isi-isi pelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar.  Terikat dengan sukatan mata pelajaran ini bagi memastikan soalan/item tidak terkeluar dari sukatan mata pelajaran.  Kandungan soalan boleh mengandungi kemahiran kognitif dan psikomotor.  Penilaian yang dilakukan mestilah selari dengan kurikulum, wajaran dan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
  5. 5. Contoh Mata pelajaran : Biokimia Hasil pembelajaran kursus: Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:  CLO 1:  Menerangkan dengan jelas kepentingan biokimia, tindakbalas pemerangan, komponen phenol dan minyak perlu (C4)  CLO 2:  Menunjukkan kemahiran bekerja dalam kumpulan sewaktu amali (P3)  CLO 3:  Mengikut prosedur dan teknik yang diberikan dalam menjalankan amali (A3)
  6. 6. JADUAL SPESIFIKASI PENILAIAN Kandungan CLO Tugasan 1 2 3 Ujian (5%) Peperiksaan pertengahan tahun (15%) Kerja amali (30%) Peperiksaan akhir (40%) Penilaian rakan (5%) Projek (5%) Pengenalan kepada biokimia √ √ √ Biokimia pada makanan √ √ √ √ √ √ √ Respirasi sel √ √ √ Pemerangan √ √ √ √ √ √ √ √ Komponon phenol √ √ √ Minyak perlu √ √ √ √ √ √ √ Isu-isu biokimia √ √ √
  7. 7. MEMBENTUK JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)  JPU adalah jadual dua hala yang menyenaraikan objektif di bahagian jalur dan domain pencapaian yang hendak diujur ke atas pelajar di bahagian baris (Kubiszyn dan Borich, 1996).  JPU adalah sebagai satu rancangan bertulis yang menyatakan agihan item-item mengikut kandungan pelajaran, objektif pembelajaran dan tingkatan relatif pentingnya setiap kandungan dan objektif (Nordin, 2002)
  8. 8. SIAPA YANG MENYEDIAKAN JPU?  Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran  Guru-guru yang mengajar mata pelajaran  Panel atau pakar subjek di pusat kemahiran  Wakil daripada industri
  9. 9. TUJUAN JPU/JSU  Untuk mengelakkan ujian dibina secara tidak teratur dan sistematik.  Mendapat jaminan kesahan dan kebolehpercayaan ujian  Panduan kepada penggubal soalan  Menetapkan taraf dan aras kesukaran ujian  Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang (bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan kepentingan tajuk atau objektif pelajaran)  Mengkaji semula kertas soalan.  Perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.  Memastikan ketekalan ujian untuk tempoh masa tertentu
  10. 10. LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU 1)Memilih dan menyenaraikan isi kandungan atau topik yang hendak diuji 2)Menentukan format ujian yang hendak dijalankan. 3)Menentukan pemberat bagi soalan 4)Menentukan aras kemahiran dan kesukaran 5)Menentukan bilangan item/soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran ujian 6) Menyemak soalan
  11. 11. 1) MEMILIH DAN MENYENARAIKAN ISI KANDUNGAN ATAU TOPIK YANG HENDAK DIUJI Aspek yang perlu dikaji adalah seperti:  Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk  Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk  Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain  Kompleksiti sesuatu tajuk  Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk
  12. 12. BAB TOPIK SUB TOPIK NO. SOALAN ARAS 1 2 3 1 Sejarah Dan Kita Pengertian Sejarah Pencerna minda Ciri-ciri Sejarah Sumber Sejarah Kaedah Pengkajian Sejarah Pentafsiran Sejarah -Kepentingan Sejarah -Faedah mempelajari Sejarah 2. Zaman Pra- Sejarah Zaman Paleolitik -Ciri-ciri -Kegiatan dan Peralatan -Kepercayaan -Lokasi di Malaysia Zaman Neolitik -Ciri-ciri -Kegiatan dan peralatan -Kepercayaan -Lokasi di Malaysia Zaman Logam -Ciri-ciri -Kegiatan dan peralatan -Kepercayaan -Lokasi di Malaysia
  13. 13. 2) MENENTUKAN FORMAT UJIAN YANG HENDAK DIJALANKAN  Guru perlulah menentukan format ujian guru perlu peka dengan jangka masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan, panjang soalan dan kemampuan bahasa pelajar bagi memastikan pelajar mampu menjawab ujian yang diberikan.
  14. 14. Jenis Ujian Aras perkemban gan kognitif Aras kebolehan pelajar Panjang dan kompleksny a item Kemahiran yang diuji Komputasi PENENTUAN MASA UJIAN
  15. 15. CONTOH FORMAT UJIAN  Mata pelajaran : Biologi  Tajuk : Sturktur sel dan fungsinya  Masa : 2 jam  Format soalan: Objektif dan subjektif  Jumlah markah: 100
  16. 16. Format item Objektif Subjektif Masa 1 jam 1 jam Markah 40 60 Bilangan item 40 3 Markah pada setiap item 1 20 Masa yang diperlukan pada setiap item 1.5 minit 20.minit
  17. 17. 3) MENENTUKAN WAJARAN BAGI SETIAP TOPIK YANG DIUJI  Wajaran digunakan untuk menentukan keseimbangan bagi setiap topik yang diajar.  Wajaran ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan tajuk yang akan dimasukkan dalam ujian dan tempoh masa interaksi yang diperuntukkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
  18. 18. Bil Topik Masa interaksi yang diperuntukkan 1 Stuktur sel dan fungsinya 20 2 Pergerakan bahan 9 3 Kandungan komposisi dalam sel 12 4 Pembahagian sel 5 5 Organisasi sel 8 Jumlah jam 54
  19. 19. JUMLAH JAM UNTUK INTERAKSI X 100 JUMLAH MASA KESELURUHAN Bil Topik Jam Peratusan (%) Bil soalan 1 Stuktur sel dan fungsinya 20 37 15 2 Pergerakan bahan 9 16.7 7 3 Kandungan komposisi dalam sel 12 22 8 4 Pembahagian sel 5 9.3 4 5 Organisasi sel 8 14.8 6 Jumlah masa 54 100 40
  20. 20.  Aras kemahiran dan kesukaran disusun secara mengufuk dalam JPU.  Domain aras kemahiran boleh disediakan dengan mengikut aras taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 4) MENENTUKAN ARAS KEMAHIRAN DAN KESUKARAN
  21. 21. CONTOH ARAS KEMAHIRAN Bil Topik/item ARAS KEMAHIRAN JUMLAH JUMLAH BESAR PENGETAHUA N KEFAHAMAN APLIKASI ANALIS IS SINTESI S PENILAIA N R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T 1 2 3 4 5 6 7 8
  22. 22. ARAS KESUKARAN  Mudah: aras pengetahuan dan kefahaman (dianggarkan lebih 60 % calon dapat menjawab )  Sederhana : aras aplikasi dan analisis (dianggarkan lebih 40% calon dapat menjawab)  Sukar: aras sintesis dan penilaian (dianggarkan 20% calon dapat menjawab)  Nisbah bagi kesukaran item : 5:3:2
  23. 23.  Aras rendah: Item berkaitan “apa” (what)-fakta  Aras sederhana: Item berkaitan “bagaimana” (how)- prosedur  Aras tinggi : Item berkaitan “mengenai” (about)- teori ARAS KESUKARAN
  24. 24. Aras Contoh Rendah Namakan organel pada rajah 1? Sederhana Nyatakan fungsi organel pada Rajah 1? Tinggi Sel manakah yang mengandungi organel seperti dalam Rajah 1?
  25. 25. 5) MENENTUKAN BILANGAN ITEM/SOALAN BERDASARKAN ISI DAN ARAS KEMAHIRAN UJIAN  Jumlah soalan yang digubal perlulah mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain, objektif pengajaran dan peringkat pengajaran yang hendak diukur  Merangkumi kebolehpercayaan dan kesahan item.
  26. 26.  Jumlah soalan yang hendak dibina bergantung kepada wajaran yang telah ditetapkan. Bilangan soalan yang hendak di masukkan dalam kotak yang merentasi isi kandungan dan aras kesukaran bagi sesuatu ujian. CONTOH
  27. 27.  Menyemak bilangan soalan dengan menjumlahkan semua soalan dalam setiap baris menegak dan mengufuk dan mencukupi seperti yang dikehendaki.  Penyemakan adalah untuk memastikan item yang selaras dengan kehendak objektif kurikulum. 6) MENYEMAK ITEM CONTOH JPU Contoh JPU 2
  28. 28. MEMBINA DAN MENYEMAK ITEM
  29. 29. ANTARA LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBINA DAN MENYEMAK ITEM IALAH: 1 • Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji 2 • Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran 3 • Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran (menggunakan taksonomi Bloom) 4 • Tentukan bilangan item mencukupi untuk mengukur pencapaian murid. 5 • Semak semula jenis item yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum.
  30. 30. 6 •Kandungan ujian mestilah berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan meliputi: •i – skop atau kedalamannya •ii – bilangan item untuk setiap tajuk •iii –wajaran 7 • Jenis dan jumlah item adalah berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan samada item objektif atau subjektif dan aras kesukaran 8 • Peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk
  31. 31. JENIS-JENIS ITEM Item objektif Item subjektif
  32. 32. Item objektif Item objektif pelbagai pilihan Item betul/salah Item padanan
  33. 33. ITEM OBJEKTIF PELBAGAI PILIHAN Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah? A Ammeter B Voltmeter C Meter pH D Multi meter
  34. 34. ITEM BETUL-SALAH  Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.
  35. 35. 1. Gunung yang paling tinggi di Malaysia terletak di negeri Pahang A. Betul B. Salah 2. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah dalam kotak yang disediakan. Pemindahan embrio ialah proses memindahkan ovum dari Rahim haiwan penderma ke dalam Rahim haiwan penerima. Bakteria Bacillus thungiensis berupaya menghasilkan toksin untuk membunuh ulat Plutella Bakteria rhizobium dalam modul akar kekacang boleh mengikat nitrogen dari udara bagi menambahkan bahan nitrat dalam tanah. Antibiotik ialah ampaian mikrob yang lemah digunakan untuk mencegah penyakit.
  36. 36. ITEM PADANAN  item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Simpulan Bahasa Makna A Tangkai jering Bersiar-siar B Ayam tambatan Suka menolong orang lain C Makan angin Orang yang boleh diharap D Ringan tulang Orang yang kedekut
  37. 37. ITEM JENIS SUBJEKTIF  Bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik.  Digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki  Sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir  Memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut.
  38. 38. KATA TUGAS ITEM SUBJEKTIF  suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item.  mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
  39. 39. Kata tugas Huraian Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. Bagaimanakah Memperihalkan atau memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. Berapakah Menyatakan kuantiti. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. Bilakah Menyatakan masa atau waktu. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.
  40. 40. Item subjektif Item esei berjawapan pendek • memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) • Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Item esei berjawapan terbuka • membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, • item ini memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
  41. 41. MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA
  42. 42. MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA  Skema merupakan pandu arah, peraturan atau rujukan permarkahan bagi setiap soalan. Markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah konsisten Bagi soalan objektif, hanya 1 markah diberikan kepada setiap jawapan yang betul
  43. 43. Beri 1 markah bagi setiap fakta dan 1 hingga 3 markah untuk huraian dan ilustrasi/rajah setiap fakta Maksimum 1% markah ditolak kerana kesilapan bahasa Bagi soalan objektif, hanya 1 markah diberikan kepada setiap jawapan yang betul
  44. 44.  Contoh pemarkahan adalah seperti berikut dan dituliskan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan  5 fakta/isi ˣ 1 markah = 5 markah  5 huraian ˣ 2 markah = 10 markah Jumlah =15 MARKAH
  45. 45. MENTADBIR UJIAN
  46. 46. LANGKAH- LANGKAH DALAM PENTADBI RAN UJIAN SEBELUM PEPERIKSAA N BERMULA SEBELUM TAMAT PEPERIKSAA N SELEPAS PEPERIKSAA N TAMAT
  47. 47. PERANCANGAN UJIAN ●Memeriksa item ● Analisis item PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 ● Melapor
  48. 48. Memeriksa item • Item ujian akan diperiksa selepas ujian dijalankan • Tugas memeriksa item ujian akan dilaksana oleh panel pemeriksa yang dilantik • Item jawapan terbahagi kepada dua iaitu dalam bentuk objektif atau dalam bentuk esei. • Skrip jawapan perlu disediakan sebagai panduan kepada guru • Skor diperolehi oleh seseorang murid adalah bergantung kepada prestasi jawapan yang diberikan dalam soalan yang dijawab.
  49. 49. ANALISIS ITEM PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pendai daripada pelajar lemah.
  50. 50. ANALISIS ITEM PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Hasil item analisis boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item berkenaan. Menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian Dan Indeks Kesahan Ujian. Perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
  51. 51. INDEKS KESUKARAN  Indeks kesukaran item (item difficulty index) (P).  Menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703  Aras kesukaran soalan objektif dan subjektif  Nilai P ialah antara 0.00 hingga 1.00.
  52. 52. INDEKS KESUKARAN  Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Soalan Objektif  Indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut.  P = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab.
  53. 53. INDEKS KESUKARAN  Bagi ujian berbentuk subjektif indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Soalan Subjektif  P = Markah purata ( Jumlah markah / Jumlah pelajar ) Julat markah penuh ( Markah maksimum – Markah minimum )
  54. 54. INDEKS KESUKARAN PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Aras Kesukaran
  55. 55. INDEKS DISKRIMINASI  Ialah satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu.  Dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan terhadap sesuatu item dengan sesuatu kriteria. PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703  Skor keseluruhan ujian dijadikan kriteria.
  56. 56. INDEKS DISKRIMINASI   PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703  Tujuan Untuk mengenalpasti pelajar yang berkeupayaan tinggi untuk matlamat tertentu. Item Item yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi Indek s Digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item.
  57. 57. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Item mendiskriminasi Item tidak mendiskrimi nasi Indeks Diskriminasi Item
  58. 58. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Item mendiskriminasi • menunjukkan bahawa item itu dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah rendah Positif • menunjukkan bahawa item itu dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah rendah dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah tinggi Negatif
  59. 59. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Item tidak mendiskriminasi Adalah item yang tidak menunjukkan perbezaan kadar menjawab betul antara kumpulan pelajar yang mendapat markah tinggi dengan kumpulan pelajar yang mendapat markah rendah
  60. 60. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Prosedur untuk Menentukan Indeks Diskriminasi • Periksa semua kertas jawapan untuk semua pelajar • Susun kertas jawapan mengikut skor ujian dari tinggi ke rendah • Bahagikan kertas jawapan kepada kumpulan atas (A) dan kumpulan bawah (B), setiap kumpulan mempunyai bilangan kertas jawapan yang sama. (Sekiranya bilangan kertas jawapan adalah nombor ganjil, kertas jawapan tunggal yang terdapat di tengah-tengah boleh ditinggalkan)
  61. 61. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Prosedur untuk Menentukan Indeks Diskriminasi • Hitungkan kadar pelajar (PA) dalam kumpulan atas (A) yang dapat menjawab dengan betul • Hitungkan kadar pelajar (PB) dalam kumpulan bawah (B) yang dapat menjawab dengan betul • Hitungkan Indek Diskriminasi (D) dgn formula berikut: D = PA - PB
  62. 62. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Contoh • Hitungkan kadar pelajar (PA) dalam kumpulan atas (A) yang dapat menjawab dengan betul • Hitungkan kadar pelajar (PB) dalam kumpulan bawah (B) yang dapat menjawab dengan betul • Hitungkan Indek Diskriminasi (D) dgn formula berikut: D = PA - PB
  63. 63. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Contoh • 30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar. • Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan betul; manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang menjawab item itu dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:
  64. 64. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Contoh PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40; D = PA - PB = .80 - .40 = 0.40 Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.
  65. 65. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Aras diskriminasi dan pengelasan item Indeks Diskriminasi Penilaian Item 0.4 ke atas Dapat mendiskriminasi dengan baik; suatu item yang baik 0.3 – 0.39 Kebolehan utk mendiskriminasi adalah sederhana; kualiti item adalah sederhana. 0.2 – 0.29 Kualiti item boleh diterima; biasanya memperlukan penambahbaikan
  66. 66. INDEKS DISKRIMINASI PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703 Ujian Rujukan Norma • Item yang baik adalah item yang dapat mendiskriminasi pelajar secara positif • Item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang kurang baik dan perlu diubahsuai • Item yang mendiskriminasi secara negatif adalah item yang TIDAK baik dan TIDAK sesuai dimasukkan dalam mana-mana jenis ujian
  67. 67. PELAPORA N • Pelaporan penilaian merujuk kepada markah atau skor dan penilaian terhadapnya dilaporkan. • Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.
  68. 68. Tujuan pelaporan • Penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru • Sebagai alat mencari kelemahan punca kelemahan murid • Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru • Menilai prestasi dan kemajuan pelajar • Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar • Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan • Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar • Bagi membuat klasifikasi/ pembahagian murid • Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah- sekolah terbaik • Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan
  69. 69. Kepentingan pelaporan • Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajarisetiap konsep dan kemahiran. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran • Mengekalkan suatu paras pencapaian pelajar • Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu • Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif
  70. 70. Penerimaan pelaporan Penerimaan pelaporan Tujuan Guru • Membuat keputusan tentang sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran • Mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar Pelajar • Mengulangkaji tajuk yang tidak dikuasai • Mengetahui kemajuan akademik dari masa ke semasa • Menunjukkan kelemahan/ kemahuan pelajar. Ibu bapa • Membantu anak- anak dalam pelajaran seperti menghantar kelas tambahan, mengubah pelakuan anak. • Mengeratkan hubungan dengan sekolah Kaunselor • Memberi bimbingan dan kaunseling
  71. 71. Penerima pelaporan Tujuan Guru Besar/ Pengetua • Merancang program sahsiah kepada pelajar PPD • Meningkatkan program kecemerlangan sahsiah pelajar antara sekolah- sekolah Bakal Majikan • Mendapat Penerima pelaporan
  72. 72. Bentuk pelaporan penilaian i. Gred/ peratus yang berbentuk nombor 0-100% ii. Gred abjad iaitu A,B,C,D,E iii. Gred lulus/gagal:contohnya markah 50% ke atas adalah markah lulus iv. Senarai semak: contohnya gred E adalah sangat lemah, gred D adalah lemah, gred C adalah memuaskan, Gred B adalah adalah baik dan Gred A adalah sangat baik/cemerlang. v. Penjelasan bertulis : contohnya memberi gred dan membuat penjelasan serta komen berdasarkan gred yang diberikan. vi. Perjumpaan ibu bapa dimana perbincangan yang melibatkan guru, murid dan ibu bapa berkait dengan pencapaian yang diperolehi semasa penilaian atau peperiksaan.

×