Teknologi Makanan

44,785 views

Published on

Tentang teknologi makanan yang makin berkembang

2 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
44,785
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
84
Actions
Shares
0
Downloads
780
Comments
2
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teknologi Makanan

  1. 1. Sila klik pada tajuk!!! • Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan • Contoh
  2. 2. Sila klik pada tajuk!!! • Perkembangan Teknologi Makanan • Usaha Meningkatkan Kualiti Makanan • Tanpa Makanan • Pilihan Bijak
  3. 3. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN * Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :- • mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. • memudahkan pencernaan. • memperbaiki rupa makanan dan • mencegah jangkitan penyakit. • Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah.
  4. 4. CONTOH KAEDAH CARA KEBAIKAN KELEMAHAN MAKANAN Tin mahal dan jika tin kemek boleh Makanan diletakkan Makanan boleh menyebabkan makanan PENGETINAN dalam tin dan dipanaskan Kari Daging, Ayam dan disimpan lama dan terdedah kepada [CANNING] pada suhu 116oC - 121oC, tuna. senang dibawa jangkitan ditutup dan dipateri. kemana-mana. mikroorganisma serta bahan toksik dari tin. Kemusnahan Waktu simpanan vitamin adalah Pemanasan cecair pada adalah tidak lama dan PEMPASTEURAN sedikit dan suhu 63oC selama 30 min Susu, Wain dan Jus pemprosesan jenis ini [PASTEURIZATION] kebanyakan atau 72oC selama 15 s adalah khas untuk mikroorganisma cecair sahaja. berbahaya dibunuh Sama maksud dengan Jisim makanan "pengeringan". Makanan kurang dan senang dijemur dibawah cahaya dibawa. Makanan Rasa berubah dan PENDEHIDRATAN matahari atau Ikan Masin, Bunga tahan lama dan kebanyakan vitamin [DEHYDRATION] meletakkan makanan Kekwa, Teh dan Sayur tidak mudah termusnah. dalam garam. dijangkiti Penggunaan oven juga mikroorganisma. boleh dilakukan.
  5. 5. CONTOH KAEDAH CARA KEBAIKAN KELEMAHAN MAKANAN Makanan susah untuk PENYEJUKBEKUAN Simpanan dalam peti Ikan, Daging Lembu, Makanan boleh dibawa dan sejuk dibawah -18oC Sosej dan Ais krim disimpan lama. memerlukan kos yang [FREEZING] tinggi. Simpanan dalam peti Sayur-sayuran, Buah- Vitamin boleh Susah dibawa dan PENDINGINAN [CHILLING] sejuk bersuhu 0oC - buahan, Mentega dan dikekalkan dan tahan memerlukan kos yang 5oC Telur lebih lama tinggi Makanan disimpan Kos yang mahal dan dalam plastik kedap Kacang tanah, Sosej, Tahan lama dan PEMBUNGKUSAN VAKUM memerlukan mesin udara setelah udara Keropok dan Daging mengurangkan ruang [VACUM PACKAGING] pemvakuman yang didalamnya disedut disejukbeku simpanan. mahal. keluar. Makanan didedahkan Mungkin kepada sinaran mendatangkan kesan radioaktif untuk Biji Benih, Bawang dan Vitamin tidak PENYINARAN [RADIATION] sampingan dan membunuh serangga kentang termusnah. memerlukan kos yang dan memperlahankan mahal. percambahan.
  6. 6. Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :- BAHAN KIMIA FUNGSI CONTOH BAHAN KIMIA CONTOH MAKANAN Menyebabkan makanan Buah-buahan kering Bahan Awet Garam dan Gula tahan lama dan sos Menyebabkan makanan pandan (hijau), karamel Pewarna Kaya dan kicap kelihatan sedap (Coklat) Monosodium glutamat Menambahkan rasa supaya Makanan ringan dan Perisa (MSG) nama pasaran lebih sedap mee ialah "ajinomoto" Mencegah makanan dari Penstabil gam akasia Sos dan mayonis termendap ke bawah Mencegah makanan Pengantiokida Vitamin E dan BHT Minyak masak berlemak menjadi busuk
  7. 7. • Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang- undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.
  8. 8. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN • Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.
  9. 9. Penggunaan baka bermutu • Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.
  10. 10. Penggunaan Teknologi Moden • Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.
  11. 11. Makanan "Gergasi" [Monster Food] • Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar. • Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.
  12. 12. TANPA MAKANAN ? • Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis- saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.
  13. 13. PILIHAN BIJAK • Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. • Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

×