Garisan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Garisan

on

  • 9,473 views

form 1

form 1

Statistics

Views

Total Views
9,473
Views on SlideShare
9,461
Embed Views
12

Actions

Likes
1
Downloads
145
Comments
2

2 Embeds 12

http://bea8601.1bestarinet.net 9
http://bea4626.1bestarinet.net 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Garisan Garisan Document Transcript

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011 Garisan Ciri-ciri fizikal garisan.1. Garisan mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu. Garisan boleh diukir2. Ciri-ciri fizikal garisan ialah tinggi atau rendah, besar atau kecil, panjang atau pendek, dan tebal atau nipis.3. Contoh-contoh lain ialah kasar, halus, lurus, bengkok, terang, gelap, terputus, dan sebagainya. Jenis-jenis garisan1. Terdapat pelbagai jenis sifat dan identiti pada garisan.2. Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat dan cirri fizikalnya.3. Jenis-jenis garisan yang terdapat pada alam semulajadi dan buatan manusia adalah seperti garisan berpancar, garisan beralun, garisan bergerigi, dan sebagainya. Watak Garisan1. Garisan-garisan yang dihasilkan dengan media berlainan boleh melahirkan kesan pelbagai ekspresi.2. Setiap alat lukisan akan menghasilkan kesan garisan yang berlainan sifat.3. Kesan-kesan itu akan menghasilkan garisan halus, tebal, nipis, terang, gelap dan sebagainya.4. Kesan garisan yang menggunakan pena akan kelihatan lebih jelas, terang dan menarik.5. Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan pelbagai saiz, ekspresif, bebas dan pelbagai ton terkawal.6. Garisan menggunakan berus akan mewujudkan kesan pelbagai ragam dan artistik.7. Garisan menggunakan pastel menimbulkan kejelasan imej dan bebas.8. Garisan menggunakan arang menghasilkan kesan yang berkontra, jelas dan gelap. 1
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011 Garisan dan nilai ekspresif1. Garisan boleh melahirkan nilai-nilai ekspresis berdasarkan kedudukan dan olahan garisan berkenaan.2. Garisan-garisan itu dapat menimbulkan perasaan, mood, dan emosi dalam lukisan.3. Garisan melengkung ke atas memberi gambaran gembira, riang dan selesa ☺4. Garisan melengkung ke bawah memberi gambaran sedih atau kesayuan. Fungsi garisan Hubungan garisan dengan unsur seni1. Garisan menghasilkan rupa - Melalui cantuman garisan dipenghujungnya. - Melalui kontur garisan2. Garisan menghasilkan ton - Garis-garis yang disusun berdekatan akan mewujudkan ton gelap, manakala garis-garis yang mempunyai ruang berjauhan mewujudkan ton cerah. - Perbezaan tebal atau nipis garisan juga menimbulkan ton. Lebih nipis garisan yang dilukis maka lebih cerah penghasilan tonnya dan lebih tebal garisan itu lebih gelap tonnya. - Garisan menegak dan melintang digunakan untuk melukis ton berbentuk permukaan rata. - Garisan melengkung digunakan untuk menghasilkan bentuk permukaan bulat.3. Garisan dan jalinan - Garisan dapat menunjukkan jalinan - Setiap objek semulajadi dan buatan manusia mempunyai jalinan tertentu - Kebanyakkan jalinan berupa garisan yang beraneka ragam.4. Garisan dan ruang - Garisan dapat menimbulkan ilusi ruang - Ruang dihasilkan oleh garisan melalui penggunaan garisan yang berlainan saiz, kegelapan jarak, dan berpandukan grid perspektif. - Garis-garis yang tebal serta panjang kelihatan mara ke hadapan. - Garis-garis yang halus dan pendek kelihatan jauh ke belakang. 2
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 20115. Garisan dan warna - Garisan dapat menghasilkan ton warna - Kontra warna juga boleh membezakan garisan - Warna mempengaruhi nilai garisan yang melahirkan perasaan tertentu dalam jiwa pemerhati.6. Garisan dan bentuk - Garisan dapat menghasilkan bentuk ilusi - Garisan mewujudkan bentuk melalui jarak kekerapan garis-garis berulang, garisan bersilang, atau melalui saiz ukuran garisan, ilusi cahaya dan pembayangan. - Garisan yang rapat menghasilkan ton gelap manakala garisan yang jaraknya jarang menimbulkan ton cerah. - Kesan ini menjelaskan isipadu serta berat sesuatu objek. Garisan dan lambang1. Garisan boleh melambangkan sesuatu mesej dan benda.2. Reka bentuk logo, lencana, simbol, dan isyarat-isyarat jalan raya banyak menggunakan unsur seni. Garisan dan corak1. Dengan menggunakan elemen garisan, corak boleh dihasilkan melalui perbezaan saiz garisan, kepelbagaian media dan garisan membentuk rupa pelbagai saiz.2. Garisan menghasilkan motif reka corak yang dibuat secara berulang-ulang.3. corak-corak biasanya terhasil melalui panduan garisan grid. 3