SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
1
LAMPIRAN 2
MAKLUMAT TAMBAHAN
PEMARKAHAN PAJSK
1.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:
1.1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Bahagian-
bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK),
Bahagian Sukan (BS), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK),
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian
Pendidikan Khas (BP Khas) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BP Swasta)
1.2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi
bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.
1.3. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar
negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian-bahagian di KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan
Antarabangsa, KPM.
1.4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara
yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan
Antarabangsa, KPM.
1.5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
1.6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
2
2.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:
2.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM
2.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM.
Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri)
TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan aktiviti
yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum
2.3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira
markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.
2.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
2.5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
3.0 Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri:
3.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
3.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3
buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan
hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai
3
keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh
JPN bagi tahun semasa.
3.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan
syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD.
3.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
4.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah:
4.1 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.
4.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran
Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah
4.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat
Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.
4.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
4
5.0. HURAIAN PEMBERIAN MARKAH
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
1. Program-program Khas Kebangsaan, contoh:
i. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
ii. Pertandingan Menulis Surat kepada
Perdana Menteri.
iii. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):
iv. Gotong Royong Kebangsaan.
v. Bulan Kecergasan Malaysia.
vi. Sambutan Hari Habitat Sedunia
vii. Perhimpunan Sejuta Belia .
viii. Minggu Alam Sekitar
ix. Hari Sukan Negara
x. Bulan Kecergasan Negara
Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan
a. Sekolah Sekolah
b. Daerah Daerah
c. Bahagian Bahagian
d. Negeri Negeri
e. Kebangsaan Kebangsaan
Catatan: Pemberian markah penglibatan murid bergantung kepada jenis
Penglibatan (penglibatan 1, 2 atau 3)
5
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
2. Program-program Khas Negeri, contoh:
i. Perkhemahan Pengakap Daerah
Jengka 30 tahun Peringkat
Antarabangsa.
ii. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI”
iii. ”One Contemporary Art Competition”
anjuran Kementerian Pelancongan.
iv. ”HHH Run” / Sunset Run
v. Pesta Tanglong Perdana (Perak)
vi. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau
Pinang
vii. Kuala Lumpur International Marathon
viii. Klang 10K Run
Peringkat Kelulusan/
Pengurusan (Rujuk takrif
antarabangsa/kebangsaan)
Markah Penyertaan
a. Sekolah Sekolah
b. Daerah Daerah
c. Bahagian Bahagian
d. Negeri Negeri
e. Kebangsaan Kebangsaan
f. Antarabangsa Antarabangsa
Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat
antarabangsa adalah seperti berikut:
i. Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat sekolah
sahaja.
ii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD)
dikira penyertaan peringkat Daerah
iii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia –
(MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira
penyertaan peringkat negeri.
Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.
6
Bil. Isu/ Perkara berbangkit
Huraian/ penjelasan
3. Program-program berkembar sekolah
Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi
Tinggi dan SBP
i. Program berkembar antara sekolah
dengan universiti/kolej/sekolah luar
negara
i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf
sebagai peringkat antarabangsa.
ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah
4. Pengujian secara terus (On-Line
Assessment) bagi program Ko-Akademik
Penglibatan murid-murid dalam Kuiz
Matematik dan seumpamanya, secara
individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)
Contoh:
i. International Competititions and
Assessments for School),
Penganjur: Educational
Assessment Australia, The
University of New South Wales,
Sydney, Australia
ii. “Essay writing”/Penulisan
sajak/pertandingan melukis /cipta
laman blog
iii. Skor A
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah
kokurikulum, kerana:
i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian/KPM.
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan
mempunyai kemudahan IT.
iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak
jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan
diragui.
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan
bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi
pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan
Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, KPM.
7
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti:
i. International Mathematics Olympiad (IMO)
ii. International Physics Olympiad (IPHO)
iii. International Junior Science Olympiad
(IJSO)
iv. National Science Challenge
v. Kuiz Kimia Kebangsaan
i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai
khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).
ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk
menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat
markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan
markah pencapaian sekiranya berjaya.
iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat
antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat
antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya
berjaya.
6. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan
i. Kebangsaan
ii. Antarabangsa
i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat
kelulusan BKK, KPM
ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu
selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM
7. Penglibatan murid-murid dalam Program
Kerajaan Negeri seperti:
i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi,
Sumatera, Indonesia
ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesia
iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”,
pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh
jawatankuasa khas yang dilantik.
8
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang
berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO),
contoh aktiviti:
i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty
ii. Perkhemahan
iii. Pertandingan Kawad Kaki
iv. Pertandingan Seni Bela Diri
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah
penglibatan dan pencapaian tidak dikira.
9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang
tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah
Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada
KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh
diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat
sekolah.
10. Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan
dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:
i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis
ii. Festival Kebudayaan
iii. Hari Kebangsaan
iv. Hari Pahlawan
v. Hari Koperasi
vi. Larian Bomba
vii. Hari Belia Kebangsaan
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
9
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan
Kerajaan Negeri
Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan
Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.
12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum)
i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti
ii. Aktiviti Alam Sekitar
iii. Aktiviti Bencana Alam
iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi
v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi
vi. Aktiviti Kerohanian
vii. Aktiviti Insaniah
# Pengenalan Khidmat Masyarakat
Sebagai Syarat Graduat Pendidkan
Menengah
Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan
maklumat seperti berikut:
a. Nama aktiviti
b. Rekod kehadiran / penglibatan
c. Ulasan pencapaian / hasil
d. Pengesahan dan perakuan
# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti
sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan
Beruniform tidak dikira sebagai markah ekstra kurikulum.
Disediakan oleh:
Urus setia PAJSK, BKK, KPM
Aras 3, Blok B9, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03-88721649, 1645 & 1747

More Related Content

What's hot

Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015
Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015
Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015Kamarudin Jaafar
 
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017veera vasu
 
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Eja Jaafar
 
3671552 program-kokurikulum-di-sekolah
3671552 program-kokurikulum-di-sekolah3671552 program-kokurikulum-di-sekolah
3671552 program-kokurikulum-di-sekolahHaryati Ismail
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumChon Seong Hoo
 
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018jeyastars
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)PutraKedah1
 
Minit mesyuarat kurikulum bil 1
Minit mesyuarat kurikulum bil 1Minit mesyuarat kurikulum bil 1
Minit mesyuarat kurikulum bil 1Adrizal Adnan
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumNurul Husna
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Jeya Kumar
 
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015samttar
 
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Pendeta Qassam
 
Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Mahani Mahmud
 
pelaksanaan rintis nbos
pelaksanaan rintis nbospelaksanaan rintis nbos
pelaksanaan rintis nbosNazrul Ahmad
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besarMok Pey Weng
 

What's hot (20)

Fail meja gpk t6
Fail meja gpk t6Fail meja gpk t6
Fail meja gpk t6
 
Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015
Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015
Instrumen pemantauan aktiviti dakwah 2015
 
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017
kertas kerja-bengkel-kerjaya-2017
 
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
 
3671552 program-kokurikulum-di-sekolah
3671552 program-kokurikulum-di-sekolah3671552 program-kokurikulum-di-sekolah
3671552 program-kokurikulum-di-sekolah
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018
PENGURUSAN KOKURIKULUM PUSAT TINGKATAN ENAM STAR 2018
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)
Kump4 srut6 buku kerja pengurusan kokurikulum npqel sr (1)
 
Minit mesyuarat kurikulum bil 1
Minit mesyuarat kurikulum bil 1Minit mesyuarat kurikulum bil 1
Minit mesyuarat kurikulum bil 1
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017
 
Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015
Panduan pelaksanaan program bulan dakwah sekolah sekolah kpm 2015
 
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
 
Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6
 
pelaksanaan rintis nbos
pelaksanaan rintis nbospelaksanaan rintis nbos
pelaksanaan rintis nbos
 
Peraturan 2 pendidikan 1997
Peraturan 2  pendidikan 1997Peraturan 2  pendidikan 1997
Peraturan 2 pendidikan 1997
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
 
Tajuk 15 penilaian kokurikulum
Tajuk 15 penilaian kokurikulumTajuk 15 penilaian kokurikulum
Tajuk 15 penilaian kokurikulum
 

Similar to Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdf
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdfMaklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdf
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdfEjiinLim
 
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian KokurikulumTajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulumkokurikulumbainun
 
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.docNORZARINABTMOHAMADMo
 
Pelan strategik kokurikulum 2017 (terkini) (1)
Pelan strategik kokurikulum 2017  (terkini) (1)Pelan strategik kokurikulum 2017  (terkini) (1)
Pelan strategik kokurikulum 2017 (terkini) (1)John TeeCube
 
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1eija johari
 
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM 2022.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM  2022.docxANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM  2022.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM 2022.docxNORLELABINTIAHMADMoe
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatAsri Wahab
 
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxMesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxnizam126912
 
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docx
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docxPORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docx
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docxMyraRahman
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021HarisAzmin
 
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan murid
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan muridSlaid taklimat 2019 2020 pengurusan murid
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan muridciedz
 
Ppb kandungan
Ppb kandunganPpb kandungan
Ppb kandunganAnn Abbas
 
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docxANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docxwanpuad74
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah SHAHIBOL
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPauling Chia
 
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdf
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdfPERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdf
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdfYAP FUI YEE
 
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdf
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdfBahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdf
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdfEMPARANAKSILAKPMGuru
 
pelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.docpelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.doceddyazmi1
 

Similar to Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015 (20)

Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdf
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdfMaklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdf
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.pdf
 
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian KokurikulumTajuk 15 Penilaian Kokurikulum
Tajuk 15 Penilaian Kokurikulum
 
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc
4 KATEGORI - BORANG CALON SEKTOR PEMBELAJARAN.doc
 
Pelan strategik kokurikulum 2017 (terkini) (1)
Pelan strategik kokurikulum 2017  (terkini) (1)Pelan strategik kokurikulum 2017  (terkini) (1)
Pelan strategik kokurikulum 2017 (terkini) (1)
 
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
Dasar dan pelaksanaan kokurikulum 1
 
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM 2022.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM  2022.docxANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM  2022.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUM 2022.docx
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxMesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
 
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docx
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docxPORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docx
PORTFOLIO LINUS 19.11 (1).docx
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
 
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan murid
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan muridSlaid taklimat 2019 2020 pengurusan murid
Slaid taklimat 2019 2020 pengurusan murid
 
Ppb kandungan
Ppb kandunganPpb kandungan
Ppb kandungan
 
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docxANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docx
ANALISIS SWOT BIDANG KOKURIKULUmmmM.docx
 
Ko kum
Ko kumKo kum
Ko kum
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
 
Panduankoko
PanduankokoPanduankoko
Panduankoko
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdf
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdfPERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdf
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2021-2023.pdf
 
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdf
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdfBahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdf
Bahan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 1 202324.pdf
 
pelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.docpelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.doc
 

Recently uploaded

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 

Recently uploaded (7)

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 

Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

  • 1. 1 LAMPIRAN 2 MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK 1.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa: 1.1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Bahagian- bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Bahagian Sukan (BS), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BP Swasta) 1.2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.3. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian-bahagian di KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja. 1.6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
  • 2. 2 2.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan: 2.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM 2.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri) TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum 2.3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat sekolah sahaja. 2.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja. 2.5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS. 3.0 Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri: 3.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 3.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3 buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai
  • 3. 3 keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa. 3.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD. 3.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja. 4.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah: 4.1 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 4.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah 4.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja. 4.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
  • 4. 4 5.0. HURAIAN PEMBERIAN MARKAH Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 1. Program-program Khas Kebangsaan, contoh: i. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ii. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri. iii. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S): iv. Gotong Royong Kebangsaan. v. Bulan Kecergasan Malaysia. vi. Sambutan Hari Habitat Sedunia vii. Perhimpunan Sejuta Belia . viii. Minggu Alam Sekitar ix. Hari Sukan Negara x. Bulan Kecergasan Negara Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan a. Sekolah Sekolah b. Daerah Daerah c. Bahagian Bahagian d. Negeri Negeri e. Kebangsaan Kebangsaan Catatan: Pemberian markah penglibatan murid bergantung kepada jenis Penglibatan (penglibatan 1, 2 atau 3)
  • 5. 5 Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 2. Program-program Khas Negeri, contoh: i. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun Peringkat Antarabangsa. ii. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI” iii. ”One Contemporary Art Competition” anjuran Kementerian Pelancongan. iv. ”HHH Run” / Sunset Run v. Pesta Tanglong Perdana (Perak) vi. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang vii. Kuala Lumpur International Marathon viii. Klang 10K Run Peringkat Kelulusan/ Pengurusan (Rujuk takrif antarabangsa/kebangsaan) Markah Penyertaan a. Sekolah Sekolah b. Daerah Daerah c. Bahagian Bahagian d. Negeri Negeri e. Kebangsaan Kebangsaan f. Antarabangsa Antarabangsa Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat antarabangsa adalah seperti berikut: i. Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat sekolah sahaja. ii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dikira penyertaan peringkat Daerah iii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri. Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.
  • 6. 6 Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 3. Program-program berkembar sekolah Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan SBP i. Program berkembar antara sekolah dengan universiti/kolej/sekolah luar negara i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf sebagai peringkat antarabangsa. ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah 4. Pengujian secara terus (On-Line Assessment) bagi program Ko-Akademik Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa) Contoh: i. International Competititions and Assessments for School), Penganjur: Educational Assessment Australia, The University of New South Wales, Sydney, Australia ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog iii. Skor A Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana: i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian/KPM. ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT. iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui. iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit. v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
  • 7. 7 Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 5. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti: i. International Mathematics Olympiad (IMO) ii. International Physics Olympiad (IPHO) iii. International Junior Science Olympiad (IJSO) iv. National Science Challenge v. Kuiz Kimia Kebangsaan i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah). ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya. iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya. 6. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan i. Kebangsaan ii. Antarabangsa i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat kelulusan BKK, KPM ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM 7. Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti: i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesia iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.
  • 8. 8 Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), contoh aktiviti: i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty ii. Perkhemahan iii. Pertandingan Kawad Kaki iv. Pertandingan Seni Bela Diri Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon. Peringkat penglibatan : a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira. 9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah. 10. Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh: i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis ii. Festival Kebudayaan iii. Hari Kebangsaan iv. Hari Pahlawan v. Hari Koperasi vi. Larian Bomba vii. Hari Belia Kebangsaan Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon. Peringkat penglibatan : a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
  • 9. 9 Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan 11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Kerajaan Negeri Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri. 12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum) i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti ii. Aktiviti Alam Sekitar iii. Aktiviti Bencana Alam iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi vi. Aktiviti Kerohanian vii. Aktiviti Insaniah # Pengenalan Khidmat Masyarakat Sebagai Syarat Graduat Pendidkan Menengah Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan maklumat seperti berikut: a. Nama aktiviti b. Rekod kehadiran / penglibatan c. Ulasan pencapaian / hasil d. Pengesahan dan perakuan # Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform tidak dikira sebagai markah ekstra kurikulum. Disediakan oleh: Urus setia PAJSK, BKK, KPM Aras 3, Blok B9, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88721649, 1645 & 1747