• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Note modul 5 metal fabrication
 

Note modul 5 metal fabrication

on

  • 578 views

 

Statistics

Views

Total Views
578
Views on SlideShare
578
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
12
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Note modul 5 metal fabrication Note modul 5 metal fabrication Document Transcript

    • KOD DAN NAMAPROGRAM/ C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONINGPROGRAM CODE ANDNAMETAHAP / LEVEL LEVEL 1NO DAN TAJUK MODUL / M05 – METAL FABRICATIONMODULE NO AND TITLENO. DAN PERNYATAANTUGASAN / TASK(S) NO. 6.01 – IDENTFY TNE TYPE OF FABRICATION REQUIREDAND STATEMENT IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /OBJEKTIF MODUL / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THATMODULE OBJECTIVE CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLYNAMA PELATIHNO I/C / I/C NO.NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka : 1 Drpd : 6TARIKH / DATETAJUK : PENYAMBUNGAN LOGAMKertas penerangan ini menerangkan :- 1. Simbol-simbol dalam lukisan projek
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 2 Drpd: 6PENGENALAN:Mengenal pasti simbol-simbol yang sering digunakan dalam asas sesebuah lukisan projekadalah penting di ketahui oleh setiap pelatih. Ini kerana kebanyakan lukisan projek pada hariini menggunakan simbol-simbol bagi memudahkan kerja dan kekemasan sesebuah lukisanitu. Kesalahan mengenal pasti simbol menyebabkan projek yang dibuat tidak tepat dan laridari projek sebenar.Sesuatu penyambungan logam yang baik adalah bergantung bagaimana seseorang itudapat memenuhi beberapa perkara: a) Dapat membaca gambar projeknya dengan baik. b) Mengetahui jenis logam yang hendak disambung. c) Cara penyambungan yang hendak digunakan seperti cara brazing, bolt dan nut, kimpalan arka dan lain-lain. d) Peralatan penyambungan yang digunakan.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 3 Drpd: 6Berikut adalah beberapa kaedah untuk membaca dan melukis sebuah lukisan dengan carayang betul. Gambarajah: Asas dimension Gambarajah: Dimensioning Systems.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 4 Drpd: 6 Dimensioning diameters Center Line ApplicationModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 5 Drpd: 6 Gambarajah: Cara menanda saiz Iubang yang banyak. Gambarajah: Dimensioning radii Gambarajah: Dimensioning cylindrical holesModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 6 Drpd: 6 EXTERNAL THREADS INTERNAL THREADS (c). SIMPLIFIED REPRESENTATION USED WHEN EVER IT CONVEYS THE INFORMATION WITH OUT LOSS OF CLARITY Gambarajah: standard thread convention (ANSI)Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • KOD DAN NAMAPROGRAM/ C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONINGPROGRAM CODE ANDNAMETAHAP / LEVEL LEVEL 1NO DAN TAJUK MODUL / M05 – METAL FABRICATIONMODULE NO AND TITLE 6.02 - MARK PROJECT ANDA CARRY OUT CUTTING,NO. DAN PERNYATAAN FILLING, DRILLING AND TAPINGTUGASAN / TASK(S) NO. 6.03 – CUT METAL TO THE REQUIRED SHAPE ANDAND STATEMENT DIMENSION IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /OBJEKTIF MODUL / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THATMODULE OBJECTIVE CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLYNAMA PELATIHNO I/C / I/C NO.NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka : 1 Drpd : 13TARIKH / DATETAJUK : GERUDI DAN PEMBENANGKertas penerangan ini menerangkan :- 1. Kegunaan mesin gerudi 2. Jenis-jenis gerudi “tap” dan “die”
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 2 Drpd: 13PENERANGAN a) MATA GERUDIGerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Prosesmenggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin pelarik.Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida. Jenis-jenis mata gerudi a) Gerudi pintal d) Gerudi benam b) Gerudi Iurah Iurus e) Gerudi pusat c) Gerudi rata f) Gerudi melubang senggatGerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyaidua Iurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujungmatanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudutkelegaan.Jenis-jenis gerudi pintal 1) Gerudi pintal tiga Iurah atau empat lurah Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat. 2) Gerudi pintal lubang minyak Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ketepi pemotong. Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran. 3) Gerudi pintal pendek dan gerudi panjang Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua- dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 3 Drpd: 13 4) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya samada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30°. Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan- bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan Iogam-logam tiruan yang lain. b) Gerudi Lurah Lurus Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium dan juga logam nipis kerana ia tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 4 Drpd: 13Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 5 Drpd: 13 c) Gerudi rata Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai, sudut pemotongnya dicanai 90° dan sudut kelegaan pula antara 5° hingga 12° bergantung pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak dapat kekurangan, antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar dikeluarkan. d) Gerudi benam Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90° hingga 120°. Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh dipasang. Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 6 Drpd: 13 e) Gerudi pusat Mata gerudi ini terdapat di kedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasa mempunyai sudut pemotong 60° sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 60° hingga 120° di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm keatas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi. f) Gerudi melubang senggat Gerudi ini digunakan untuk membuat Iubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru allen serta untuk melicinkan permukaan bintik (spot face) dan juga untuk menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau lekangnya.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 7 Drpd: 13 Bahagian-bahagian gerudi pintal i) Badan Badan terletak diantara hujung mata dengan batang, ia terdiri daripada: a) Hujung mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 118°, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59° dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garispusat gerudi. b) Pusat mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. c) Bibir pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 8 Drpd: 13 d) Lurah Lurah terdapat disepanjang bahagian badan, Fungsinya ialah: 1) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon, 2) Untuk membentuk Iorong-lorong bagi tatal keluar. 3) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata 4) Untuk rnemudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit. e) Lengkang Iurah Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap. 2) Batang Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis: a) Batang Iurus Batang Iurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam b) Batang tirus Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 1.3 mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukanya sendiri. Ia boleh dipasang pada spindal mesin rnelalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta Iubang liang sendi masing-masing mempunyai tirus morse.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 9 Drpd: 13 TAPTap mempunyai tiga atau empat Iurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagianhujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong, disamping berfungsi sebagai loronguntuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepipemotong. Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segi empat sama supaya boleh diputardengan peringkuh (tap wrench). Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagianbatangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskandan dibaja. Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inch.Jenis-jenis TapTap dibuat dalam bentuk set dan setiap set mengandungi tiga jenis tap. 1. Tap tirus (tapper tap) 2. Tap palam (intermidiate tap) 3. Tap bottoming (bottom tap)Tap TirusBahagian hujung iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tapmudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan iaberada dalam kedudukan tegak.Tap PalamHanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus,bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.Tap BottomingJenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottomingboleh memotong ulir hingga kedasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalamlubang buntu.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 10 Drpd: 13 Saiz gerudi tapSebelurn mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu digerudi. Lubang lebih kecildaripada saiz tap supaya bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jikasaiz lubang terlalu kecil, akan menyukarkan tap untuk memotong mengakibatkannya patah.Jika saiz lubang terlalu besar, bahan yang diperlukan membentuk ulir tidak mencukupi,akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir langsung.Saiz lubang untuk mengulir dalam dikenali sebagai saiz gerudi tap. Saiz ini sama garispusatkecil ulir, tetapi pada amalanya ia dibuat Iebih besar sedikit supaya dapat memotong dengan lebihlicin dan tidak tersepit dalam bahan.Ada tiga cara untuk mendapatkan saiz gerudi tap iaitu: 1. Mengira dengan menggunakan formula 2. Mengambil bacaan daripada jadual 3. Mengambil bacaan daripada tanda pada batang tap.Mengira dengan menggunakan formulaSaiz gerudi tap (SGT) = Garispusat ulir (mm) - Pic ulir (mm)Contoh 1,Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong benang M 22 x 2.5.SGT = Garispusat ulir - Pic ulir = 22 mm - 2.5 mm = 19.5 mmModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 11 Drpd: 13Contoh 2,Kira saiz gerudi tap untuk memotong benang 7/8 inci - 9 BSWSGT = Garis pusat ulir - = 7/8 inci - 119 inci = 0.875 inci - 0.111 inci = 0.764 inciSaiz gerudi tap yang terdekat ialah 0.765 inci atau 49/64 inci.Mengambil Bacaan daripada Jadual.Jadual saiz gerudi tap ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembuat tap. Sebagaicontoh lihat jadual dibawah. Garis pusat Pic ulir Saiz gerudi (mm) (mm) (mm) 1.6 0.35 1.20 2.00 0.40 1.60 2.40 0.45 2.05 3.00 0.50 2.50 3.50 0.60 2.90 4.00 0.70 3.30 5.00 0.80 4.20 6.30 1.00 5.30 8.00 1.25 6.80 10.00 1.50 8.50 12.00 1.75 10.20 14.00 2.00 12.00 16.00 2.00 14.00 20.00 2.50 17.50 24.00 3.00 21.00 36.00 4.00 32.00 42.00 4.50 3750 48.00 5.00 43.00 56.00 5.50 50.50 64.00 6.00 58.00 72.00 6.00 66.00 80.00 6.00 74.00 90.00 6.00 84.00 100.00 6.00 95.00Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 12 Drpd: 13Perengkuh TapFungsi perengkuh ialah untuk memutar masuk atau memutar keluar tap. Perengkuhterbahagi kepada dua jenis iaitu, 1. Perengkuh biasa 2. Perengkuh jenis cuk.Perengkuh BiasaTerdapat dua jenis perengkuh biasa, iaitu perengkuh padu dan perengkuh boleh laras.Perengkuh Jenis CukBentuknya seperti cuk tetapi saiznya kecil. Ia sesuai digunakan untuk memegang tap yangbersaiz kecil.DIEDie digunakan untuk memotong benang luar, Sebagai mana tap, alat ini juga digunakanbersama-sama perengkuh. Terdapat tiga jenis die yang biasa digunakan dalam bengkeliaitu: 1. Die jenis padu. 2. Die jenis belah. 3. Die jenis bercerai.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 13 Drpd: 13Die Jenis Padu,Die jenis padu sesuai digunakan untuk membaiki atau memotong semula benang yang telahrosak. Walau bagaimanapun ia juga digunakan untuk membuat benang baru.Die Jenis BelahDie jenis ini berbentuk bulat tetapi terbelah hingga kebahagian pusat. Tujuannya ialahsupaya saiznya boleh dibesarkan atau dikecilkan dengan cara mengetatkan ataumelonggarkan nat pelaras.Die Jenis BerceraiDie jenis ini dibuat berasingan (terpisah). Ia dicantumkan kedalam plat pemandu dandipasangkan pada kolet. Untuk memudahkan pemasangan tiap-tiap keping, ia ditandakandengan nombor siri saiznya supaya dapat dipasang dengan betul. Alat ini boleh didapatidalam bentuk bulat atau segi empat. Jenis segi empat dipasang terus kedaIam perengkuh,ia sesuai untuk benang yang lebih besar saiznya.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • KOD DAN NAMAPROGRAM/ C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONINGPROGRAM CODE ANDNAMETAHAP / LEVEL LEVEL 1NO DAN TAJUK MODUL / M05 – METAL FABRICATIONMODULE NO AND TITLENO. DAN PERNYATAANTUGASAN / TASK(S) NO. 6.04 – JOIN METAL BRAZINGAND STATEMENT IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /OBJEKTIF MODUL / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THATMODULE OBJECTIVE CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLYNAMA PELATIHNO I/C / I/C NO.NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka : 1 Drpd : 8TARIKH / DATE TAJUK : KIMPAL LOYANG (Brazing) 1. Kertas penerangan ini menerangkan :- 2. Pematrian, kimpalan dan bahan pelakuran. 3. Kod warna hos dan bahagian-bahagian set kimpalan gas. 4. Penentuan saiz muncung dan melaras nyalaan 5. Langkah-langkah keselamatan
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 2 Drpd: 8PENERANGAN: Pematerian ialah proses menyambungkan dua logam ketiga tanpa mencairkanlogam asas. Logam ketiga cair pada suhu dibawah 417°C. Contohnya menyambung duapunca dawai elektrik dengan menggunakan campuran timah dan plumbum sebagai logamketiga. Kerja-kerja kepingan logam banyak melibatkan proses pematerian. Pemateriandapat dibahagikan kepada keras dan pematerian lembut. Pematerian keras ialah proses menyambungkan dua logam dengan menggunakanlogam ketiga tanpa mencairkan logam asas. Logam ketiga cair pada kadar suhu 427°C keatas. Contohnya keluli lembut disambungkan dengan tiub kuprum dengan menggunakanrod loyang. Proses silfosing juga tergolong dalam proses meloyang. Proses silfosing ialahproses menyambungkan dua tiub kuprum dengan menggunakan rod silfos. Pematerian lembut selalunya digunakan bagi kerja-kerja menyambung kepinganlogam dan juga kerja-kerja pemaipan. Pematerian lembut selalunya menggunakan timahdan plumbum bagi menyambungkan dua kepingan logam tetapi kekuatannya tidak begitukukuh. Pada kebiasanya, pematerian lembut menggunakan 50 peratus timah 50 peratusplumbum. Takat lebur ialah pada 244°C. Kimpalan pula ialah proses mencairkan dua logam bagi tujuan menyamhung. Dalamproses ini, kedua-dua logam yang hendak disambungkan menjadi lebur. Rod pengisidigunakan bagi tujuan menambahkan kumai dalam kerja mengimpal.Bahan Pelakuran: Bahan lakur digunakan bagi tujuan mengelakkan pengoksidaan dan memudahkanpematerian. Bahan lakur yang selalu digunakan ialah asid muriatik dan zink klorida. Zinkklorida adalah bahan lakur yang boleh berkarat. Bahan lakur pengakis resin adalah daribahan yang tidak berkarat.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 3 Drpd: 8Set Kimpalan Gas dan Bahagian-bahagianya:A: Tolok tekanan alir keluar G: Tangki asetilenaB: Tolok kandungan selinder H: Tangki oksigenC: Pengatur tekanan I : Sumpitan apiD: Perengkoh injap selinder J: Penangkap cegah balikE: Injap K: Hos oksigenF: Hos asetilenaModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 4 Drpd: 8Kod Warna Hos Dan Arah Mengetatkan Bebenang Pengatur Tekanan Oksigen -Asetilena: Hos oksigen dan asetilena mempunyai warna hos yang berasingan. Bebenang padapengatur tekanannya juga berbeza. Oksigen: Hosnya berwarna hijau. Jenis benang pengatur tekanan adalah mengikut arah pusingan jam. Arah mengetatkan skru pengetat pada pengatur tekanan oksigen. Asetilena: Hosnya berwama merah. Jenis benang pengatur tekanan adalah berlawanan dengan arah pusingan jam Arab mengetatkan skru pengetat pada pengatur tekanan astelina.Penentuan Saiz Muncung Sumpitan Api:Data kimpalan: 1. Data kimpalan hanyalah sebagi garisan panduan sahaja dan mungkin akan berbeza dalam keadaan operasi, bahan-bahan yang digunakan dan sebagainya. 2. Tekanan gas ditunjukkan dalam BAR - 1 bar 14.505 1b/in2 Ω 0.689 bar. 3. Penggunaan gas adalah dalam liter sejam (liter/j) - 1 kaki/j Ω 28.316 (Iiter/j).Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 5 Drpd: 8Portapak dan sumpitan api tekanan tinggi: Tekanan operasi Penggunaan gasKetebalan Saizbesi dalam muncung Asetelina Oksigenmm Asetelina Oksigen 1/h ft/h 1/h bar 1bf/in bar 1bf/in ft/h0.9-20 1 0.14 2 0.14 2 28 1 28 11.2-18 2 0.14 2 0.14 2 57 2 57 22 -14 3 0.14 2 0.14 2 86 3 86 32.6-l2 5 0.14 2 0.14 2 140 5 140 53.2-10 7 0.14 2 0.14 2 200 7 200 74-8 10 0.21 3 0.21 3 280 10 280 105-6 13 0.28 4 0.28 4 370 13 370 136.5-3 18 0.28 4 0.28 4 520 18 520 188.2-0 25 0.42 6 0.42 6 710 25 710 2510-4/0 35 0.63 9 0.63 9 1000 35 1000 3513-7/0 45* 0.35 5 0.35 5 1300 45 1300 4519 - 55* 0.43 6 0.43 6 1600 55 1600 5525 - 70* 0.49 7 0.49 7 2000 70 2000 7025+1+ - 90* 0.63 9 0.63 9 2500 90 2500 90 * Gunakan pembancuh kuasa berat bagi sumpitan api 3.Jadual penentuan saiz muncung sumpitan apiModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 6 Drpd: 8Melaras Nyalaan:Cara-cara melaraskan nyalaan kimpalan gas: 1. Periksa semua bahagian supaya berada dalam keadaan yang baik terutamanya hos, pengatur tekanan serta sumpitan api. 2. Pastikan iniap pengatur tekanan terbuka luas bagi mengelakkan gegendang rosak. 3. Buka injap selinder oksigen setengah pusingan jam dengan menggunakan perengkoh injap silinder perlahan-lahan. 4. Buka injap selinder asetilena setengah pusingan jam dengan menggunakan perengkoh injap selinder perlahan-lahan dan tinggalkan perengkoh pada injap tersebut bagi memudahkan untuk menutup injap jika berlaku kekemasan. 5. Laraskan pengatur tekanan oksigen serta asetilena pada tekanan yang dikehendaki. 6. Buka injap asetilena sedikit, nyalakan asetilena dengan menggunakan pemetik bunga api, buka injap asetilena disumpitan api lebih luas sehingga api bergelora. 7. Buka injap oksigen di sumpitan api perlahan dan dapatkan campuran dan oksigen secukupnya seperti mana yang dikehendakinya.Cara-cara mematikan nyalaan: 1. Tutup injap asetilena di sumpitan api terlebih dahulu. 2. Kemudian, tutup injap oksigen di sumpitan api. 3. Tutup kedua-dua injap selinder gas. 4. Buka injap di sumpitan api bagi tujuan melepaskan gas yang ada di dalam hos. 5. Loggarkan (buka) injap di pengatur tekanan. 6. Tunggu sebentar. Pastikan jarum tolok pengatur tekanan berada pada sifar (0). Kemudian tutup injap pada sumpitan api.Sifat-sifat Nyalaan:Terdapat tiga jenis nyalaan bagi kimpalan gas. 1. Nyalaan neutral; Nyalaan neutral dapat diperoleh dengan mencampurkan oksigen dan asetilena samabanyak. Kon di bahagian dalam neutral berbentuk bulat. Nyalaan ini sesuai untukmengimpal keluli, kuprum, besi tuang dan aluminium.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 7 Drpd: 8 2. Nyalaan pengoksidanan; Nyalaan jenis ini dapat diperoleh apabila oksigen lebih banyak daripada asetilena. Kondi bahagian dalam nyalaan jenis ini berbentuk tajam dan sesuai bagi mengimpal loyangkuning. 3. Nyalaan penyusukkarbonan; Nyalaan jenis ini dapat diperoleh apabila asetilena Iebih banyak daripada oksigen.Nyalaan ini berbentuk kon dan sesuai untuk pemukaan yang keras. Biasanya terdapat tigabahagian nyalaan ini.Langkah-langkah keselamatan menggunakan kimpalan gas: 1. Gunakan pelindung mata (goggle) semasa kerja-kerja mengimpal dijalankan. 2. Pakaian mesti sentiasa kemas bagi mengelakkan pakaian daripada terbakar, sebaiknya gunakan pelapik dada (apron). 3. Sentiasa bersedia, sihat dan mempunyai keyakinan untuk membuat kerja. 4. Memakai sarung tangan (glove) ketika mengimpal, iaitu sarung tangan dan jenis kulit. 5. Kawasan tempat kerja perlulah sentiasa kemas dan bersih. 6. Kawasan tempat kerja juga mestilah jauh dari bahan-bahan mudah terbakar seperti minyak, sampah-sarap atau kayu. 7. Kawasan tempat kerja hendaklah terbuka bagi peredaran udara yang baik. 8. Hujung rod hendaklah dibengkokkan bagi mengelakkan mata tercucuk. 9. Pastikan buih sabun digunakan bagi mengesan kebocoran pada alat-alat kimpalan gas. Jangan menggunakan minyak bagi tujuan rnengesan kebocoran pada alat -alat kimpalan kerana ini boleh menyebabkan letupan. 10. Jika sumpitan api terlalu panas kerana terlalu lama digunakan, sejukkan dahulu. Matikan nyalaannya dan rendam sumpitan api kedalam air seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Pastikan injapkan oksigen di sumpitan api dibuka sedikit bagi mengelakkan air masuk kedalam muncung sumpitan api.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 8 Drpd: 8 11. Jika muncung sumpitan api tersumbat, bersihkan dengan menggunakan alat pembersih muncung sumpitan api seperti yang di tunjukkan pada gambarajah dibawah.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • KOD DAN NAMAPROGRAM/ C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONINGPROGRAM CODE ANDNAMETAHAP / LEVEL LEVEL 1NO DAN TAJUK MODUL / M05 – METAL FABRICATIONMODULE NO AND TITLENO. DAN PERNYATAANTUGASAN / TASK(S) NO. 6.05 – JOIN METAL BY RIVETAND STATEMENT IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /OBJEKTIF MODUL / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THATMODULE OBJECTIVE CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLYNAMA PELATIHNO I/C / I/C NO.NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka : 1 Drpd : 5TARIKH / DATETAJUK : RIVETKertas penerangan ini menerangkan :- 1. Kegunaan rivet 2. Peralatan merivet 3. Kaedah merivet
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 2 Drpd: 5PENERANGAN:Selain dari menyambung 2 kepingan logam dengan kaedah pateri lembut (solder). paterikeras (brazing), kimpal gas (welding) atau kimpal arka yang memerlukan penggunaanbahan pengisi (filler) dan pamanasan (heat), menyambung dengan kaedah merivetmerupakan satu lagi cara untuk menyambung 2 kepingan logam yang nipis tanpamenggunakan rod pengisi dan juga pemanasan.Kaedah penyambungan rivet merupakan kaedah yang mudah, murah dan senangdikendalikan, walaupun sambunganya tidak mempunyai ciri-ciri seperti kekuatan dan kalisbocor seperti kaedah kimpal namun untuk kerja sambungan ringan ianya amat sesuai.Kelebihan rivet ialah ia boleh dijalankan ke atas bahan-bahan lain seperti plastik,alluminium, kulit, kain dan kepinqan lain yang tidak boleh dibuat oleh kimpal.1.1.1. Apakah kerja-kerja rivetingKaedah riveting boleh menyambungkan 2 kepingan logam yang nipis dengan menggunakanbahan ketiga yang dinamakan mata rivet (blind rivet). Walaupun kaedah ini tidak memberisambungan yang sekukuh atau kalis bocor seperti brazing atau welding namun sambunganrivet tidak kurang pentingnya dalam kerja-kerja fabrikasi kepingan logam dan sebagainya.Dua keping logam yang disambungkansecara bertindih (overlap) dan akan di-pegang/dikapit oleh mata rivet yang dikembangkan di kedua-dua hujungnyaseperti di Iakaran sebelah kanan.1.1.2. Keperluan kerja-kerja rivetingDalam semua kerja-kerja riveting perkakasan seperti berikut diperlukan, i. Riveter - mesin rivet. v. Mata rivet (Blind River). ii. Drill machine. vi. Pengukur. iii. Mata gerudi yang sesuai saiznya. vii. Scriber. iv. Center punch1.1.3. Peralatan rivet yang ada di bengkel.Rivet Tool: Digunakan untuk menarik mata rivet (blindrivet) supaya mengapit kepingan kerja. Pada masa initerdapat 2 jenis rivet tool yang digunakan di bengkel PPUdomestik seperti berikut, i. Jenis mekanikal. ii. Jenis penumaticModul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 3 Drpd: 5Blind Rivet: Mata rivet digunakan untuk mengapitkepingan kerja seperti di gambarajah kepitan rivet diatas. Sebuah atau sebatang blind rivet adalah sepertidi rajah sebelah kanan. Size rivet dikenali dengandiameter Ø dan panjang mata rivet L. Mata rivet yangdiperpuat dari bahan alluminum dan juga bronzebiasa digunakan dalam kerja-kerja rivet kerana tidakmudah karat dan sedikit lembut dari bahan-bahan lain.1.1.4. Peralatan tambahan dalam kerja-kerja rivetingSelain daripada peralatan rivet tool dan blind rivet terdapat beberapa peralatan tangan lainyang diperlukan untuk membolehkan kerja-kerja merivet dapat dijalankan dengansempurna, diantara peralatan-peralatan tersebut adalah seperti berikut, i. Drill machine. iv. Mata drill (drill bit) dengan saiz yang sesuai. ii. Pembaris. v. Penanda kepingan logam. iii. Kepingan-kepingan logam nipis. vi. Pemotong kepingan logam.1.2. Maklumat teknikal peralatan kerja merivetWalaupun peralatan rivet hanya sebuah alat yang mudah dan senang dikendalikan namununtuk mendapatkan hasil kerja rivet yang baik beberapa peraturan kendalianya harusdipatuhi.1.2.1. Cara penggunaan rivet toolMechanical rivet: untuk mengguna dan membuat kerja rivet dengan menggunakan mesinrivet jenis mekanikal hendaklah mengikut langkah-langkah seperti berikut,Langkah 1: Kenal pasti terlebih dahulu bahan yang hendakdijalankan kerja-kerja rivet, dalam penyejukan bahan yangbiasa diperlukan ialah kepingan logam. Untuk tujuan kertaspenerangan ini 2 keping plat keluli lembut dengan ukuranseperti dirajah contoh plat di sebelah kanan digunakan. Langkah 2: Kenal pasti saiz mata rivet yang hendak digunakan bagi kerja-kerja merivet bahan kepingan di atas. Panjang rivet hendaklah melebihi dari ketebalan kedua-dua kepingan plat, jika tidak kerja rivet tidak dapat dilakukan seperti di lakaran saiz rivet dan plat di sebelah kiri.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 4 Drpd: 5Langkah 3: Kenal pasti dan dapatkan mata drill (drill bit)dengan saiz diameternya sama dengan diameter rivet.Langkah 4: Jalankan kerja-kerja mengenal pasti susunansambungan kedua-dua plat, ukur, tanda dan punchtempat-tempat yang sesuai untuk digerudi bagimenempatkan rivet seperti di lakaran ukur dan tandasebelah kanan.Langkah 5: Dapatkan mata drill yang telah dikenal pasti dengan saiz diameter nya samadengan diameter mata rivet dan gerudi kedua-dua kepingan plat di tempat-tempat yangtelah ditanda/punch.Langkah 6: Dapatkan rivet tool dan pastikan saiz nose piece hendaklah bersesuaiandengan saiz blind rivet yang hendak digunakan. Langkah 7: Masukan blind rivet ke dalam nose-piece seperti di lakaran sebalah kanan dengan terlebih dahulu melepaskan handle supaya terbuka. Langkah 8: Masukan mata rivet kedalam lubang pada kepingan kerja yang telah digerudi dengan tepat, kemas dan 900 tegak diantara mata rivet dan plat seperti di lakaran posisi mata rivet di bawah sebelah kiri.Langkah 9: Langkah seterusnya ialahpicit handle lever atas ke arah bawahseperti di lakaran atas sebelah kanandan blind rivet akan ditarik dan mengapitplat seperti di lakaran kedudukan rivetsebelah kanan.Kaedah merivetProses 1: Apabila mata rivet telahdimasukan ke dalam lubang yangdisediakan pada kepingan seperti dilakaran posisi rivet disebelah kanan,dengan menarik trigger/handle padariveter ia akan menggerakan rahang(jaws) yang akan memegang danrnenarik rivet stem ke arah dalam.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
    • NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 5 Drpd: 5 Proses 2: Seperti di lakaran fungsi stem di sebelah kiri, rivet tool akan memegang hujung rivet stem, apabila handle lever ditekan clamp akan menarik valve stem kearah dalam dan head juga akan ditarik dengan paksa untuk mengembang dan merapatkan blind rivet kearah stopper nya.Proses 3: Bahagian hujung blind rivet dansaiz diameternya akan mengembangapabila head bergerak ke arah dalam tiubblind rivet kerana valve stemnya ditarik.Pengembangan ini akan berterusansehingga kekuatan valve stem tidak dapatmenampung kekuatan rintangan head didalam tiub blind rivet.Valve stem akan terputus apabila kekuatanya tidak dapat menampung rintangan oleh headdan blind rivet akan berada di dalam lubang plat dalam keadaan yang mengapit kedua-duaplat kearah stopper untuk membuat satu sambungan kepingan mengepit yang agak kukuhseperti di lakaran pegembangan rivet di sebelah kanan.Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)