SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Tuesday, 11 December 2012
Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
1. Pencalonan Murid:
Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru
kelas,guru mata
pelajaran,guru besar, dan ibu bapa atau penjaga.
a) Guru Kelas:
Boleh mencalonkan murid-murid mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam
kemahiran
asas (menulis dan membaca),hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti
seperti
ujian bulanan,semester atau ujian setiap kemahiran.
b) Guru Mata Pelajaran:
Boleh mencadangkan berdasarkan pemerhatian dan pencapaian murid yang didapati semasa
proses
pengajaran dan pembelajaran.
c) Guru Besar:
Boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan
pemerhatian
secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
d) Ibu bapa atau penjaga:
Boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan
masalah pembelajaran anak mereka.
2. Pengumpulan Maklumat:
Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami
murid yang
dicalonkan.Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan
mengikuti
program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi,guru pemulihan khas dapat
mengetahui
tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid.
Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat:
a) Guru Besar: berdasarkan rekod murid,pemerhatian dan perhubungan.
b) Guru Kelas: boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan
kehadiran,ketepan
masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibu Bapa: boleh memberitahu tentang tingkah laku umum,kegemaran dan perkara-perkara
yang tidak
digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibu bapa amat
digalakkan
bagi membolehkan pelaksanaan Program Pemulihan Khas berjalan lancar.
3. Ujian Saringan:
a) Ujian saringan ialah satu instrument pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan
kelemahan
dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu.Ujian ini dapat
mengesan
murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
b) Ujian ini dijalankan oleh guru Pemulihan Khas pada awal bulan Januari (Tahun 2)
menggunakan IPP2M
(Bahasa Melayu) dan IKAM (Matematik).
c) Sebelum wujud program LINUS(2010),murid-murid tahun 1 yang gagal ujian KIA2M pada
bulan
Oktober akan dimasukkan ke Program Pemulihan Khas pada tahun berikutnya (tahun 2). Walau
bagaimanapun,murid-murid yang mendapat skor 0 hingga 9 akan dicadangkan ke Program
Pendidikan
Khas. Penempatan ke Program Pendidikan Khas hanya boleh di buat apabila ada pengesahan
dari
pegawai perubatan dan Jabatan Pelajaran Negeri.
d) Bagi murid-murid tahun 2 dan 3,pencalonan hendaklah menjalani ujian saringan IPP2M yang
dilakukan
oleh Guru Pemulihan Khas.
4. Ujian Diagnostik:
a) Ujian diagnostik adalah ujian terpenting dalam Program Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan
untuk
membantu guru pemulihan khas mengesan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap
murid.
b) Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-
masalah
yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai
sesuatu
kemahiran.
c) Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan kelemahan dan kekuatan seseorang
murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran.cara ini dapat membantu guru pemulihan khas mengenal pasti
kumpulan
tertentu mengikut kebolehan dan kesukaran yang dihadapi.
d) Analisis keputusan ujian tersebut dapat membantu guru merancang sesuatu program
pengajaran yang
khusus kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Rancangan Pengajaran:
Dua perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru pemulihan khas sebelum
merancang
pengajaran:
a) Apa yang diketahui oleh muri sebelum P&P dimulakan.
b) Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas P&P dilakukan.
6. Penilaian:
a) Dilakukan selepas P&P kepada murid.
b) Diberi kepada murid yang dikenalpasti telah menguasai kemahiran yang diajar.
c) Terdapat 2 kali penilaian Ujian Pencapaian. Pertama dilakukan pada bulan JUN.Sekiranya
murid
mencapai wajaran dalam penilaian tersebut,ia akan dikembalikan ke kelas biasa. Sementara jika
ia
gagal,P&P akan diteruskan untuk menduduki penilaian bulan OKTOBER.
7. Balik ke kelas biasa.(Kerja Susulan):
a) Murid-murid yang telah dikenal pasti mencapai tahap wajaran,perlu dihantar segera balik ke
kelas
biasa.
b) Penghantaran murid ini dilakuakn secara rasmi dengan mengisi borang khas yang perlu
ditandatangani
oleh guru besar atau guru penolong kanan.
c) Guru Pemulihan Khas perlu memantau murid tersebut dari semasa ke semasa agar ia dapat
terus
mengekalkan prestasinya.Kerja-kerja ini disebut KERJA SUSULAN. Semua pertemuan sama
ada
dengan guru mata pelajaran atau murid yang dipantau perlu direkodkan sebagai rujukan.
*Pada tahun 2012, Program Pemulihan Khas Tahap satu telah diambil alih oleh
Program LINUS. Program Pemulihan Khas tahap dua masih diteruskan seperti biasa.
Jika ada murid tahun 3 yang gagal saringan 9 Program LINUS(gagal ke arus
perdana),murid ini akan mengikuti Program Pemulihan Khas Tahap Dua (Tahun 4).
Posted by mdzani at 09:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Konsep Pemulihan Khas
Pendidikan Pemulihan Khas adalah satu cabang pendidikan,khusus bagi mengatasi masalah kanak-
kanak yang tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran. Kanak-kanak ini berkemungkinan mempunyai
kecerdasan tinggi,sederhana dan di bawah paras sederhana. Tidak termasuk kategori kanak-kanak
yang terlalu lemah (mentally retarded).
Kemahiran asas dalam program Pemulihan Khas ialah:
1. Lisan
2. Ejaan
3. Bacaan
4. Tulisan
Posted by mdzani at 07:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Tuesday, 4 December 2012
Contoh Rancangan Pelajaran Harian Kelas
LINUS Tegar.
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia (LINUS Tegar) Kelas : Tahun 1M&K Masa : 8.30-9.30
pagi Standard Pengajaran: Unit 1&2 (Asas literasi Tahun 1 / buku 1) Konstruk :
1,2,3,Kemahiran : abjad kecil & besar,vokal,KV. Objektif Pengajaran: 1. Murid dapat menyebut
abjad kecil dari a hingga e dengan betul. 2. Murid dapat menyebut abjad besar dari A hingga E
dengan betul. 3. Murid dapat menyalin abjad kecil dan besar dengan betulAktiviti Pengajaran: 1.
(Mengenal benda maujud).Murid menyebut benda maujud yang ditunjukan. 2. Murid mengambil
benda maujud yang disebut oleh guru kemudian bertukar-tukar benda maujud yang diperolehi
dengan rakan- rakan. 3. Murid membaca abjad kecil dan besar berpandukan slaid dengan bimbingan
guru secara kelas dan individu. 4. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar yang disebut oleh
guru kemudian sebut. 5. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar di dalam kotak secara rawak
secara individu kemudian sebut dan susun mengikut urutan dengan bimbingan guru. 6. Murid
menyebut dan membunyikan huruf vokal berpandukan slaid secara kelas dan individu dengan
bimbingan guru. 7. Murid memadankan abjad kecil dengan abjad besar berpandukan carta abjad
dan bimbingan guru. 8. Murid menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar yang
disenaraikan. Bahan bantu mengajar: Benda maujud(pensel,pemadam,pembaris,pen),kad abjad
kecil dan besar, komputer & LCD, lembaran kerja, buku modul. Penilaian Pengajaran &
Pembelajaran :menyebut abjad kecil & besar,memadankan abjad kecil dengan abjad
besar,menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar, membunyikan huruf vokal. Nilai Murni :
rajin Refleksi Pengajaran :-3 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dan besar dari
a hingga e dengan kadar sederhana. -1 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dari a
hingga e dengan baik. -100%(6 orang) dapat menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar dengan
baik.
Posted by mdzani at 20:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Huraian Konstruk (Literasi membaca &
menulis) Program LINUS.
Konstruk 1: Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan.
( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.).
Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka.
( Contoh: sa,bu,ca dll.).
Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka.
( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.).
Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup.
(contoh: pan,dol,kon, dll.).
Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup.
( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.).
Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
'ng'.
( contoh: arang,kompang,longgok, dll.).
Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong.
( contoh: garau,kilau,pandai,dll.).
Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.).
Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf dan
konsonan bergabung.
( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.).
Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.).
Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah.
( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.).
Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan.
( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan
tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).
Posted by mdzani at 17:23 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Penetapan Murid ke Program LINUS atau
Arus Perdana.
1. Penguasaan konstruk dalam kedua-dua literasi membaca dan menulis diambil kira bagi
menentukan
sama ada murid memasuki Program LINUS atau Arus Perdana.
2. Murid yang memasuki Program LINUS:
- Murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 1 hingga 8.
3. Murid yang memasuki Arus Perdana:
- Murid yang menguasai konstruk 1 hingga 8.
Posted by mdzani at 08:25 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Manual Pentadbiran Instrument Program
LINUS.
Kaedah Pentadbiran:
1. Prosedur pentadbiran instrument
2. Penggunaan manual.
3.Tatacara pengisian borang pelaporan penguasaan individu (BPPI)
4. Penetapan murid ke Program LINUS atau Arus Perdana.
Pentadbiran Instrument:
1. Konstruk ( 12 konstruk)
2. Arahan guru
3. Tindakan murid.
Posted by mdzani at 08:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Strategi Untuk Mencapai Sasaran Program
LINUS.
Bagi mencapai sasaran ini,kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi
memastikan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada
usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dan dihuraikan seperti di
bawah:
* Proses Saringan: Saringan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac,Jun dan September
bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut
akan mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas.
* Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul ini berasaskan beberapa konsep untuk
membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan
literasi dan numerasi secara bersepadu,ansur maju,didik hibur,penggabungjalinan dan
pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang
perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.
* Pengukuhan Amalan Pedagogi : Menyedari kekurangan guru pakar dalam bidang pengajaran
asas literasi dan numerasi latihan guru secara intensif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu
pengetahuan dan pedagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
* Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan : Program dan aktiviti kesedaran
akan dianjurkan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, ibu
bapa, Persatuan Guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan
masing-masing dalam menjayakan program LINUS.
* Memantau dan menyelia : Pemantauan dan penyeliaan secara intensif akan membantu pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerad dan sekolah
untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.
* FasiLINUS di peringkat Daerah : Merupakan Pegawai FasiLINUS yabg diberi tanggungjawab
untuk membantu guru literasidan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran
Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah
membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu
khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-
sekolah dibawah seliaannya.
Peranan Pentadbir Sekolah Tentang Program
LINUS.
1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
2. Membentuk dan melantik Jawatankuasa kerja LINUS di sekolah.
3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
4. Membuat perancangan tahunan.
5. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukan ke
dalam
portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk
penambahbaikan.
8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru Pemulihan Khas.
9. Memastikan guru LINUS dan guru Pemulihan Khas menggunakan modul LINUS yang dibekalkan
oleh
KPM.
10.Bekerjasama dengan ibu bapa dan PIBG dalam memberi kesedaran,maklumat dan kepentingan
program
LINUS.
11.Mencerap pelaksanaan p&p guru LINUS dan Pemulihan Khas.
Posted by mdzani at 06:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Monday, 3 December 2012
Mentakrifkan Asas Literasi dan Numerasi.
Literasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan dan ayat yang
mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pe.ngetahuan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian
Numerasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis,mengira dan menyusun nombor sehingga
1000,menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah,menolak,mendarab dan
membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang,masa, dan ukuran panjang.
Posted by mdzani at 08:20 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Kemahiran Asas Literasi Program LINUS.
Tahun 1:
Boleh membaca,menulis,dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
Tahun 2:
Boleh membaca , menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah
menggunakan kata sendi.
Tahun 3:
Boleh membaca,menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan
kata sendi
dalam satu perenggan.
Posted by mdzani at 07:58 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Konsep Modul Literasi Program LINUS
Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi.
1. Konsep unsur maju.
2. Konsep penggabungjalinan.
3. konsep pengulangan.
4. Konsep didik hibur
5. Konsep literasi bersepadu.
Posted by mdzani at 07:47 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Peranan Guru Pemulihan Khas.
1. Melaksanakan saringan lisan dan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru
LINUS.
2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran.
3. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS Tegar dan murid pemulihan.
4. Mengjar murid LINUS Tegar.
5. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.
Posted by mdzani at 00:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Definisi dan matlamat LINUS
LINUS bermaksud "Literacy & Numeracy Screening" (Literacy = bacaan/huruf manakala Numeracy
= kiraan/nombor.
Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan,ayat
tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung serta mengaplikasi
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Matlamat Program LINUS: Adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program
LINUS berkeupayaan untuk menguasai leterasi dalam bahasa Melayu dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.
Friday, 16 November 2012
Peranan Guru LINUS (Literasi dan Numerasi)
1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru selepas setiap kali berkursus.
2.Melaksanakan saringan bagi lisan dan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.
3.Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS Tegar,LINUS dan Arus perdana.
4.Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid.
5.Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan
program
Literasi dan Numerasi.
6.Mengisi data selepas setiap saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh yang
ditetapkan.
7.Mencetak dan memfailkan data yang telah diisi di portal NKRA.
8.Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9.Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.
LINUS TEGAR
Maklumat Ringkas Tentang Program LINUS.
Murid tahun satu wajib menjalani saringan khas Linus di awal tahun.
Dalam program Linus mengandungi dua elemen iaitu leterasi(membaca) dan numerasi(mengira).Di
dalam kedua-dua elemen mengandungi 12 konstruk dan di dalam setiap konstruk mengandungi
kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan.
Murid yang gagal melepasi konstruk 1 dan 2 dalam saringan awal,murid ini dikotegarikan sebagai
murid Linus Tegar.Murid ini dianggap belum menguasai kemahiran asas membaca dan
mengira.Murid ini akan diajar di dalam kelas yang berasingan dan dikendalikan oleh Guru
Pemulihan Khas atau Guru Pemulihan Linus.
KANDUNGAN KEMAHIRAN LITERASI
Kandungan Kemahiran Literasi
1.0
1.0 Mengenal dan Menulis Huruf
1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a – z
1.2 Menulis huruf kecil a – z
1.3 Mengenal bentuk huruf besar A - Z
1.4 Menulis huruf besar A – Z
2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK
2.4 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf
2.5 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.0 Membina dan Menulis Suku Kata
3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV
3.2 Membina dan menulis suku kata tertutup KVK
3.3 Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
3.4 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.5 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
4.0 Membaca Perkataan
4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV
4.2 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KV
4.3 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KV
4.5 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK
4.7 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
4.8 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
4.9 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
4.11 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
4.12 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
4.13 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
4.14 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
4.16 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
4.18 Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19 Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20 Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21 Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22 Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan
5.0 Membina dan Menulis Perkataan
5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
5.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV
5.3 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV
5.4 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KV
5.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
5.9 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
5.10 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
5.11 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
5.14 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
5.15 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
5.16 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
5.17 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
5.19 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.
5.20 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
5.21 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
5.22 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan.
6.0 Membaca Rangkai kata
6.1 Membaca rangkai kata.
7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata
7.1 Membina dan menulis rangkai kata.
8.0 Membaca Ayat
8.1 Membaca ayat tunggal.
8.2 Memahami ayat tunggal yang dibaca.
8.3 Membaca ayat majmuk
9.0 Membina dan menulis ayat tunggal.
9.1 Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar :
( FN+FN ) ( FN+FK ) ( FN+FA ) ( FN+FS ).
9.2 Menulis ayat tunggal.
9.3 Membina ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.
9.4 Menulis ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.

More Related Content

What's hot

Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSZurainah Lokman
 
Program intervensi linus 2015 tibu
Program intervensi linus 2015 tibuProgram intervensi linus 2015 tibu
Program intervensi linus 2015 tibuAyah Darwisy
 
Linus konsep literasi
Linus   konsep literasiLinus   konsep literasi
Linus konsep literasiNor Azlina
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3ahmad shah
 
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbain
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbainKursus+kelestarian+linus+slaid+rbain
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbainGrace Yen
 
Analisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotAnalisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotsmklunas2011
 
Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2nor azilah
 
Projek serlah membaca
Projek serlah membacaProjek serlah membaca
Projek serlah membacajasmi jaafar
 
Modul matematik kssr tahun 3
Modul matematik kssr tahun 3Modul matematik kssr tahun 3
Modul matematik kssr tahun 3makhyudin
 
Presentation program peningkatan
Presentation program peningkatanPresentation program peningkatan
Presentation program peningkatansue_hairi73
 
Modul transisi 2022 2023
Modul transisi 2022   2023Modul transisi 2022   2023
Modul transisi 2022 2023IswarSvaran1
 

What's hot (20)

Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
 
Pelan tindakan 2016
Pelan tindakan 2016Pelan tindakan 2016
Pelan tindakan 2016
 
Program intervensi linus 2015 tibu
Program intervensi linus 2015 tibuProgram intervensi linus 2015 tibu
Program intervensi linus 2015 tibu
 
Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)
 
Linus tahun 2
Linus tahun 2Linus tahun 2
Linus tahun 2
 
Linus konsep literasi
Linus   konsep literasiLinus   konsep literasi
Linus konsep literasi
 
LITERASI BAHASA KIA2M
LITERASI BAHASA  KIA2MLITERASI BAHASA  KIA2M
LITERASI BAHASA KIA2M
 
PAMPLET LINUS SK JIJAN
PAMPLET LINUS SK JIJANPAMPLET LINUS SK JIJAN
PAMPLET LINUS SK JIJAN
 
PROGRAM LINUS
PROGRAM LINUSPROGRAM LINUS
PROGRAM LINUS
 
Apa linus
Apa linusApa linus
Apa linus
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3
Modul p&p sukatan dan geometri tahun 3
 
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbain
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbainKursus+kelestarian+linus+slaid+rbain
Kursus+kelestarian+linus+slaid+rbain
 
Analisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotAnalisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swot
 
Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2
 
Projek serlah membaca
Projek serlah membacaProjek serlah membaca
Projek serlah membaca
 
Konsep Program PROTIM
Konsep Program PROTIMKonsep Program PROTIM
Konsep Program PROTIM
 
Modul matematik kssr tahun 3
Modul matematik kssr tahun 3Modul matematik kssr tahun 3
Modul matematik kssr tahun 3
 
Presentation program peningkatan
Presentation program peningkatanPresentation program peningkatan
Presentation program peningkatan
 
Modul transisi 2022 2023
Modul transisi 2022   2023Modul transisi 2022   2023
Modul transisi 2022 2023
 

Similar to PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS

pelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docxpelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docxHashimah Hamid
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxKalpanaMoorthy3
 
Assignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanAssignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanRozita Yaacob
 
Model blajaran
Model blajaranModel blajaran
Model blajaranUNIMUS
 
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkala
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkalaFinal buku-saku-asesmen-kognitif-berkala
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkalaNettaGumilang
 
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptx
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptxMateri 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptx
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptxnovilianasari3
 
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7Restiana8
 
Pengayaan IPA SMP.pdf
Pengayaan IPA SMP.pdfPengayaan IPA SMP.pdf
Pengayaan IPA SMP.pdfHermaWati44
 
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptxSevtyaDwi
 
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docxyusalvar2
 
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptx
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptxIMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptx
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptxrashintta
 
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdf
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdflaporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdf
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdfCosllowBlakrakan
 
Kelas 1 tema 2 buku guru
Kelas 1 tema 2 buku guruKelas 1 tema 2 buku guru
Kelas 1 tema 2 buku guruHeri Suryono
 
MODUL AJAR siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alam
MODUL AJAR  siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alamMODUL AJAR  siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alam
MODUL AJAR siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alamhabibialwinata011019
 
Modul Ajar IPS Kelas 7.docx
Modul Ajar IPS Kelas 7.docxModul Ajar IPS Kelas 7.docx
Modul Ajar IPS Kelas 7.docxAbdulMuis10967
 
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docx
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docxMODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docx
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docxJuniartiJun
 
Modeldick[1]
Modeldick[1]Modeldick[1]
Modeldick[1]julaizah
 
Modeldick[1]
Modeldick[1]Modeldick[1]
Modeldick[1]julaizah
 

Similar to PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS (20)

pelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docxpelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docx
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
 
Assignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikanAssignment teknologi pendidikan
Assignment teknologi pendidikan
 
Model blajaran
Model blajaranModel blajaran
Model blajaran
 
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkala
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkalaFinal buku-saku-asesmen-kognitif-berkala
Final buku-saku-asesmen-kognitif-berkala
 
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptx
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptxMateri 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptx
Materi 3.1_Capaian pembelajaran untuk Dinas Pendidikan.pptx
 
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7
MODUL AJAR PERTEMUAN 1 MATEMATIKA KELAS 7
 
Pengayaan IPA SMP.pdf
Pengayaan IPA SMP.pdfPengayaan IPA SMP.pdf
Pengayaan IPA SMP.pdf
 
Isi makalah bk
Isi makalah bkIsi makalah bk
Isi makalah bk
 
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
 
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx
1. Format RAT-SAT Mata KUliah PDGK4403-ikin.docx
 
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptx
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptxIMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptx
IMPLEMENTASI_KM_Yadika.pptx
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdf
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdflaporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdf
laporan-pembelajaran-kelas-rangkap_compress.pdf
 
Kelas 1 tema 2 buku guru
Kelas 1 tema 2 buku guruKelas 1 tema 2 buku guru
Kelas 1 tema 2 buku guru
 
MODUL AJAR siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alam
MODUL AJAR  siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alamMODUL AJAR  siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alam
MODUL AJAR siklus 2 Mardia hayati.pdf untuk Ilmu Pengetahuan alam
 
Modul Ajar IPS Kelas 7.docx
Modul Ajar IPS Kelas 7.docxModul Ajar IPS Kelas 7.docx
Modul Ajar IPS Kelas 7.docx
 
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docx
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docxMODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docx
MODUL A. PERUBAHAN POTENSI SDA.docx
 
Modeldick[1]
Modeldick[1]Modeldick[1]
Modeldick[1]
 
Modeldick[1]
Modeldick[1]Modeldick[1]
Modeldick[1]
 

PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS

  • 1. Tuesday, 11 December 2012 Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 1. Pencalonan Murid: Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru kelas,guru mata pelajaran,guru besar, dan ibu bapa atau penjaga. a) Guru Kelas: Boleh mencalonkan murid-murid mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis dan membaca),hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan,semester atau ujian setiap kemahiran. b) Guru Mata Pelajaran: Boleh mencadangkan berdasarkan pemerhatian dan pencapaian murid yang didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran. c) Guru Besar: Boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. d) Ibu bapa atau penjaga: Boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka. 2. Pengumpulan Maklumat: Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan.Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi,guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid. Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat: a) Guru Besar: berdasarkan rekod murid,pemerhatian dan perhubungan. b) Guru Kelas: boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,ketepan masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain. c) Ibu Bapa: boleh memberitahu tentang tingkah laku umum,kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan Program Pemulihan Khas berjalan lancar. 3. Ujian Saringan: a) Ujian saringan ialah satu instrument pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu.Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. b) Ujian ini dijalankan oleh guru Pemulihan Khas pada awal bulan Januari (Tahun 2)
  • 2. menggunakan IPP2M (Bahasa Melayu) dan IKAM (Matematik). c) Sebelum wujud program LINUS(2010),murid-murid tahun 1 yang gagal ujian KIA2M pada bulan Oktober akan dimasukkan ke Program Pemulihan Khas pada tahun berikutnya (tahun 2). Walau bagaimanapun,murid-murid yang mendapat skor 0 hingga 9 akan dicadangkan ke Program Pendidikan Khas. Penempatan ke Program Pendidikan Khas hanya boleh di buat apabila ada pengesahan dari pegawai perubatan dan Jabatan Pelajaran Negeri. d) Bagi murid-murid tahun 2 dan 3,pencalonan hendaklah menjalani ujian saringan IPP2M yang dilakukan oleh Guru Pemulihan Khas. 4. Ujian Diagnostik: a) Ujian diagnostik adalah ujian terpenting dalam Program Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. b) Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah- masalah yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. c) Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.cara ini dapat membantu guru pemulihan khas mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kesukaran yang dihadapi. d) Analisis keputusan ujian tersebut dapat membantu guru merancang sesuatu program pengajaran yang khusus kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Rancangan Pengajaran: Dua perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru pemulihan khas sebelum merancang pengajaran: a) Apa yang diketahui oleh muri sebelum P&P dimulakan. b) Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas P&P dilakukan. 6. Penilaian: a) Dilakukan selepas P&P kepada murid. b) Diberi kepada murid yang dikenalpasti telah menguasai kemahiran yang diajar. c) Terdapat 2 kali penilaian Ujian Pencapaian. Pertama dilakukan pada bulan JUN.Sekiranya murid mencapai wajaran dalam penilaian tersebut,ia akan dikembalikan ke kelas biasa. Sementara jika ia gagal,P&P akan diteruskan untuk menduduki penilaian bulan OKTOBER. 7. Balik ke kelas biasa.(Kerja Susulan): a) Murid-murid yang telah dikenal pasti mencapai tahap wajaran,perlu dihantar segera balik ke kelas biasa. b) Penghantaran murid ini dilakuakn secara rasmi dengan mengisi borang khas yang perlu
  • 3. ditandatangani oleh guru besar atau guru penolong kanan. c) Guru Pemulihan Khas perlu memantau murid tersebut dari semasa ke semasa agar ia dapat terus mengekalkan prestasinya.Kerja-kerja ini disebut KERJA SUSULAN. Semua pertemuan sama ada dengan guru mata pelajaran atau murid yang dipantau perlu direkodkan sebagai rujukan. *Pada tahun 2012, Program Pemulihan Khas Tahap satu telah diambil alih oleh Program LINUS. Program Pemulihan Khas tahap dua masih diteruskan seperti biasa. Jika ada murid tahun 3 yang gagal saringan 9 Program LINUS(gagal ke arus perdana),murid ini akan mengikuti Program Pemulihan Khas Tahap Dua (Tahun 4). Posted by mdzani at 09:05 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Konsep Pemulihan Khas Pendidikan Pemulihan Khas adalah satu cabang pendidikan,khusus bagi mengatasi masalah kanak- kanak yang tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran. Kanak-kanak ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan tinggi,sederhana dan di bawah paras sederhana. Tidak termasuk kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded). Kemahiran asas dalam program Pemulihan Khas ialah: 1. Lisan 2. Ejaan 3. Bacaan 4. Tulisan Posted by mdzani at 07:28 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Tuesday, 4 December 2012 Contoh Rancangan Pelajaran Harian Kelas LINUS Tegar. Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia (LINUS Tegar) Kelas : Tahun 1M&K Masa : 8.30-9.30 pagi Standard Pengajaran: Unit 1&2 (Asas literasi Tahun 1 / buku 1) Konstruk : 1,2,3,Kemahiran : abjad kecil & besar,vokal,KV. Objektif Pengajaran: 1. Murid dapat menyebut abjad kecil dari a hingga e dengan betul. 2. Murid dapat menyebut abjad besar dari A hingga E dengan betul. 3. Murid dapat menyalin abjad kecil dan besar dengan betulAktiviti Pengajaran: 1. (Mengenal benda maujud).Murid menyebut benda maujud yang ditunjukan. 2. Murid mengambil benda maujud yang disebut oleh guru kemudian bertukar-tukar benda maujud yang diperolehi dengan rakan- rakan. 3. Murid membaca abjad kecil dan besar berpandukan slaid dengan bimbingan guru secara kelas dan individu. 4. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar yang disebut oleh guru kemudian sebut. 5. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar di dalam kotak secara rawak secara individu kemudian sebut dan susun mengikut urutan dengan bimbingan guru. 6. Murid menyebut dan membunyikan huruf vokal berpandukan slaid secara kelas dan individu dengan bimbingan guru. 7. Murid memadankan abjad kecil dengan abjad besar berpandukan carta abjad dan bimbingan guru. 8. Murid menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar yang disenaraikan. Bahan bantu mengajar: Benda maujud(pensel,pemadam,pembaris,pen),kad abjad kecil dan besar, komputer & LCD, lembaran kerja, buku modul. Penilaian Pengajaran & Pembelajaran :menyebut abjad kecil & besar,memadankan abjad kecil dengan abjad besar,menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar, membunyikan huruf vokal. Nilai Murni : rajin Refleksi Pengajaran :-3 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dan besar dari
  • 4. a hingga e dengan kadar sederhana. -1 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dari a hingga e dengan baik. -100%(6 orang) dapat menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar dengan baik. Posted by mdzani at 20:30 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Huraian Konstruk (Literasi membaca & menulis) Program LINUS. Konstruk 1: Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan. ( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.). Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka. ( Contoh: sa,bu,ca dll.). Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka. ( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.). Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup. (contoh: pan,dol,kon, dll.). Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup. ( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.). Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'. ( contoh: arang,kompang,longgok, dll.). Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong. ( contoh: garau,kilau,pandai,dll.). Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. ( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.). Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf dan konsonan bergabung. ( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.). Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. ( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.). Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah. ( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.). Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan. ( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.). Posted by mdzani at 17:23 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Penetapan Murid ke Program LINUS atau Arus Perdana. 1. Penguasaan konstruk dalam kedua-dua literasi membaca dan menulis diambil kira bagi menentukan sama ada murid memasuki Program LINUS atau Arus Perdana. 2. Murid yang memasuki Program LINUS: - Murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 1 hingga 8.
  • 5. 3. Murid yang memasuki Arus Perdana: - Murid yang menguasai konstruk 1 hingga 8. Posted by mdzani at 08:25 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Manual Pentadbiran Instrument Program LINUS. Kaedah Pentadbiran: 1. Prosedur pentadbiran instrument 2. Penggunaan manual. 3.Tatacara pengisian borang pelaporan penguasaan individu (BPPI) 4. Penetapan murid ke Program LINUS atau Arus Perdana. Pentadbiran Instrument: 1. Konstruk ( 12 konstruk) 2. Arahan guru 3. Tindakan murid. Posted by mdzani at 08:12 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Strategi Untuk Mencapai Sasaran Program LINUS. Bagi mencapai sasaran ini,kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dan dihuraikan seperti di bawah: * Proses Saringan: Saringan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac,Jun dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas. * Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul ini berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu,ansur maju,didik hibur,penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. * Pengukuhan Amalan Pedagogi : Menyedari kekurangan guru pakar dalam bidang pengajaran asas literasi dan numerasi latihan guru secara intensif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pedagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. * Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan : Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, ibu bapa, Persatuan Guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS. * Memantau dan menyelia : Pemantauan dan penyeliaan secara intensif akan membantu pihak
  • 6. Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerad dan sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan. * FasiLINUS di peringkat Daerah : Merupakan Pegawai FasiLINUS yabg diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasidan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah- sekolah dibawah seliaannya. Peranan Pentadbir Sekolah Tentang Program LINUS. 1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS. 2. Membentuk dan melantik Jawatankuasa kerja LINUS di sekolah. 3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS. 4. Membuat perancangan tahunan. 5. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. 6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan. 8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru Pemulihan Khas. 9. Memastikan guru LINUS dan guru Pemulihan Khas menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh KPM. 10.Bekerjasama dengan ibu bapa dan PIBG dalam memberi kesedaran,maklumat dan kepentingan program LINUS. 11.Mencerap pelaksanaan p&p guru LINUS dan Pemulihan Khas. Posted by mdzani at 06:12 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Monday, 3 December 2012 Mentakrifkan Asas Literasi dan Numerasi. Literasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pe.ngetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian Numerasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis,mengira dan menyusun nombor sehingga 1000,menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah,menolak,mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang,masa, dan ukuran panjang. Posted by mdzani at 08:20 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Kemahiran Asas Literasi Program LINUS. Tahun 1: Boleh membaca,menulis,dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
  • 7. Tahun 2: Boleh membaca , menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. Tahun 3: Boleh membaca,menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. Posted by mdzani at 07:58 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Konsep Modul Literasi Program LINUS Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi. 1. Konsep unsur maju. 2. Konsep penggabungjalinan. 3. konsep pengulangan. 4. Konsep didik hibur 5. Konsep literasi bersepadu. Posted by mdzani at 07:47 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Peranan Guru Pemulihan Khas. 1. Melaksanakan saringan lisan dan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS. 2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran. 3. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS Tegar dan murid pemulihan. 4. Mengjar murid LINUS Tegar. 5. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah. Posted by mdzani at 00:38 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Definisi dan matlamat LINUS LINUS bermaksud "Literacy & Numeracy Screening" (Literacy = bacaan/huruf manakala Numeracy = kiraan/nombor. Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Matlamat Program LINUS: Adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai leterasi dalam bahasa Melayu dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS. Friday, 16 November 2012 Peranan Guru LINUS (Literasi dan Numerasi)
  • 8. 1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru selepas setiap kali berkursus. 2.Melaksanakan saringan bagi lisan dan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan. 3.Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS Tegar,LINUS dan Arus perdana. 4.Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid. 5.Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan program Literasi dan Numerasi. 6.Mengisi data selepas setiap saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh yang ditetapkan. 7.Mencetak dan memfailkan data yang telah diisi di portal NKRA. 8.Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 9.Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah. LINUS TEGAR Maklumat Ringkas Tentang Program LINUS. Murid tahun satu wajib menjalani saringan khas Linus di awal tahun. Dalam program Linus mengandungi dua elemen iaitu leterasi(membaca) dan numerasi(mengira).Di dalam kedua-dua elemen mengandungi 12 konstruk dan di dalam setiap konstruk mengandungi kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan. Murid yang gagal melepasi konstruk 1 dan 2 dalam saringan awal,murid ini dikotegarikan sebagai murid Linus Tegar.Murid ini dianggap belum menguasai kemahiran asas membaca dan mengira.Murid ini akan diajar di dalam kelas yang berasingan dan dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas atau Guru Pemulihan Linus. KANDUNGAN KEMAHIRAN LITERASI Kandungan Kemahiran Literasi 1.0 1.0 Mengenal dan Menulis Huruf 1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a – z 1.2 Menulis huruf kecil a – z 1.3 Mengenal bentuk huruf besar A - Z 1.4 Menulis huruf besar A – Z 2.0 Membaca Suku Kata 2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV 2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK 2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK 2.4 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf 2.5 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf 3.0 Membina dan Menulis Suku Kata 3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV 3.2 Membina dan menulis suku kata tertutup KVK 3.3 Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
  • 9. 3.4 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf 3.5 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf 4.0 Membaca Perkataan 4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV 4.2 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KV 4.3 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV 4.4 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KV 4.5 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV 4.6 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK 4.7 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK 4.8 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK 4.9 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK 4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK 4.11 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK 4.12 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK 4.13 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK 4.14 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK 4.15 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK 4.16 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK 4.17 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK 4.18 Membaca perkataan yang mengandungi diftong 4.19 Membaca perkataan yang mengandungi digraf 4.20 Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding 4.21 Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung 4.22 Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan 5.0 Membina dan Menulis Perkataan 5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV 5.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV 5.3 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV 5.4 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KV 5.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV 5.6 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK 5.7 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK 5.8 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK 5.9 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK 5.10 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK 5.11 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK 5.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK 5.13 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK 5.14 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK 5.15 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK 5.16 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK 5.17 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK 5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. 5.19 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf. 5.20 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. 5.21 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung. 5.22 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan. 6.0 Membaca Rangkai kata 6.1 Membaca rangkai kata. 7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata
  • 10. 7.1 Membina dan menulis rangkai kata. 8.0 Membaca Ayat 8.1 Membaca ayat tunggal. 8.2 Memahami ayat tunggal yang dibaca. 8.3 Membaca ayat majmuk 9.0 Membina dan menulis ayat tunggal. 9.1 Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar : ( FN+FN ) ( FN+FK ) ( FN+FA ) ( FN+FS ). 9.2 Menulis ayat tunggal. 9.3 Membina ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’. 9.4 Menulis ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.