KAE3013EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKTAJUK TUGASANPEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAKPRASEKOLAHKUMPULANEL A 30 (...
2ISI KANDUNGANPERKARA HALAMAN1.0 Pendahuluan2.0 Definisi Pemikiran Kreatif3.0 Ciri-ciri Kreativiti3.1 Bersifat Fleksibel3....
31.0 PendahuluanKanak-kanak merupakan individu yang suka meneroka sesuatu yang baru. Sifat ingintahu sangat tinggi dalam d...
42.0 Definisi Pemikiran KreatifAbdul Shukor Hashim et. al (2011) mengatakan kreativiti berasal daripada perkataanLatin iai...
53.0 Ciri-ciri KreativitiKreativiti boleh dikelaskan sebagai sebuah proses, iaitu proses untuk menghasilkansesuatu yang ba...
63.3 Sensitif dan PekaSensitif dan peka juga merupakan salah satu ciri individu yang kreatif. Sifat sensitifdan peka akan ...
74.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakTerdapat ramai tokoh pemikiran yang membincangkan tentang kreativiti kanak-k...
8pelbagai kemungkinan jawapan yang akan diperolehi. Hal ini kerana soalan-soalansebegini akan membantu merangsang pemikira...
9masalah dapat dilakukan, perbincangan tersebut akan melibatkan semua isu yangberbangkit dalam sesuatu aktiviti yang henda...
10persoalan yang akan timbul tentang cara perlaksanaan aktiviti tersebut dibuatsetelah semuanya dirancang dengan terperinc...
115.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanakTerdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti ka...
12grafik yang cantik dan grafik bergerak seperti filem. Kanak-kanak akan lebihmudak memahami tentang perkara yang hendak d...
13mereka sepanjang hari terutamanya pada waktu petang. Guru seharusnya menyusunsesi pembelajaran dengan baik bagi memastik...
14Uzi Dollah (1996) berpendapat guru berperanan besar dalammempertingkatkan motivasi para pelajar untuk belajar. Di sini b...
156.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanakTerdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan dalam me...
16Antara aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak adalah permainan puzzle. Permainan pu...
17diperbuat daripada tepung dan pewarna makanan yang pelbagai. Doh yangdigunakan dalam permainan ini mudah dibentuk kepada...
18Permainan lego akan menguji tahap pemikiran kanak-kanak dalammenghasilkan bentuk yang pelbagai. Daya imaginasi kanak-kan...
19untuk berfikir dengan lebih teliti dan kompleks dalam menyelesaikan masalah yangrumit. Maka keadaan tersebut akan menyeb...
206.6 Aktiviti LuarAktiviti terakhir yang dicadangkan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah aktiviti luar...
217.0 KesimpulanKesimpulannya pemikiran kreatif kanak-kanak berkembang sejak awal usia mereka lagi.perkembangan kognitif y...
22BibliografiAmabile, T. M. (1987). The Motivation to be Creative. NewYork: Springer Verlag.Amabile, T. M., Hill, K. G., H...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Esei 1 kae3013

280

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
280
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Esei 1 kae3013"

  1. 1. KAE3013EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKTAJUK TUGASANPEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAKPRASEKOLAHKUMPULANEL A 30 ( PJJ 121 )DISEDIAKAN OLEH:NAMA NO. ID NO. TELEFONSUHAILA BINTI OMAR D20112053883 013 2276747NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEINTARIKH SERAH: 25 APRIL 2013PEMARKAHAN1 TUGASAN 12 TUGASAN 2JUMLAH
  2. 2. 2ISI KANDUNGANPERKARA HALAMAN1.0 Pendahuluan2.0 Definisi Pemikiran Kreatif3.0 Ciri-ciri Kreativiti3.1 Bersifat Fleksibel3.2 Bersifat Terbuka3.3 Sensitif dan Peka3.4 Logik3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen3.6 Berfikiran Bebas4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak4.1 Peringkat Rangsangan4.2 Peringkat Penerokaan4.3 Peringkat Perancangan4.4 Peringkat Aktiviti4.5 Peringkat Kajian Semula5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan5.2 Pengalaman Deria5.3 Masa5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel5.5 Rangsangan5.6 Hormat-menghormati6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak6.1 Permainan Puzzle6.2 Permainan Doh6.3 Permainan Lego6.4 Permainan Catur6.5 Kubus Rubiks6.6 Aktiviti Luar7.0 KesimpulanBibliografi345556666778891011111112131314151516171819202122
  3. 3. 31.0 PendahuluanKanak-kanak merupakan individu yang suka meneroka sesuatu yang baru. Sifat ingintahu sangat tinggi dalam diri kanak-kanak menyebabkan mereka sering bertanya tentangkewujudan dan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Kadang kala mereka akan mencubapelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau menyelesaikan sesuatuperkara. Malah mereka akan menonjolkan sifat kreativiti mereka dalam menyelesaikansesuatu perkara tersebut. Proses pendidikan dan pengalaman yang diterima kanak-kanaksejak awal lagi akan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Amabile (1992)menyifatkan institusi pendidikan khususnya pendidikan prasekolah merupakan tempatyang paling penting untuk memupuk alam kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Olehitu pendidikan awal dikatakan boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalammenjalani kehidupan.Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakatdan negara telah lama disedari. Kenyataan ini menunjukkan pemikiran kreatif pentingdalam mewujudkan negara yang membangun disamping menghasilkan rakyat yangberkualiti. Oleh itu kreativiti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan ia perludipupuk sejak awal lagi melalui proses pendidikan dan pengalaman yang pelbagai.Mihalyi (1990) mendapati pendidikan memainkan peranan yang minimum dalammemupuk bakat-bakat kreatif. Pendidikan dilihat sebagai elemen yang penting dalammemupuk kreativiti kanak-kanak.Namun begitu de Bono (1970) mengatakan kreativiti itu memang berlaku tanpadisedari oleh manusia itu sendiri. Kenyataan de Bono menyifatkan pendidikan bukanlahelemen utama bagi memupuk kreativiti seseorang individu. Beliau menyatakan sebarangperkara boleh merangsang kepada pemikiran kreatif seseorang individu tanpa individutersebut menyedarinya. Kreativiti perlu dilihat sebagai suatu aspek yang penting dalampembentukan perilaku seorang kanak-kanak. Hal ini kerana kreativiti kanak-kanak akanmembawa banyak makna dan kesan dalam hidup mereka. Oleh itu pelbagai langkahharuslah diambil bagi mewujudkan sifat kreatif dalam diri kanak-kanak.
  4. 4. 42.0 Definisi Pemikiran KreatifAbdul Shukor Hashim et. al (2011) mengatakan kreativiti berasal daripada perkataanLatin iaitu ‘creare’ yang membawa maksud membuat. Manakala dalam bahasa Greekpula, ‘creare’ bermaksud memenuhi. Webster (1976) mendefinisikan pemikiran kreatifsebagai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. May (1975)mendefinisikan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.Melalui beberapa pendapat tokoh di atas, boleh disimpulkan bahawa pemikiran kreatifmerupakan proses melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan sesuatu yang baru.Kesan daripada perlakuan individu tersebut akan menghasilkan inovasi dalam tindakanyang baru dihasilkan.Torrance (1970) mendefinisikan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyaikeunikan. Keunikan yang dimaksudkan oleh beliau mungkin merujuk kepada hasilperlakuan yang dihasilkan melalui proses kreativiti. Hal ini kerana perlakuan yangdihasilkan melalui kreativiti akan menghasilkan sesuatu baru yang lebih baik.Schirmacher (1988) menyatakan perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepadadua iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmachermenjelaskan bahawa sebarang aktiviti harian yang dilakukan oleh kanak-kanaktermasuklah aktiviti seni akan merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menghasilkansesuatu yang kreatif. Di sini jelas menunjukkan bahawa kreativiti seseorang individuboleh dirangsang melalui pelbagai faktor.Manakala Rand (1981) pula berpendapat kreativiti adalah proses di mana seseorangindividu sebagai hasil daripada kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalaminteraksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yangmemadai untuk situasi yang bersangkutan. Keadaan ini akan menghasilkan produk yangbersifat atau abstrak. Pendapat yang dikemukakan oleh Rand ini menjelaskan bahawakreativiti bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri untuk menghasilkannyaserta beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi individu tersebut untukmenghasilkan produk yang dikehendakinya.
  5. 5. 53.0 Ciri-ciri KreativitiKreativiti boleh dikelaskan sebagai sebuah proses, iaitu proses untuk menghasilkansesuatu yang baru. Terdapat dua jenis kreativiti utama iaitu kreativiti intuitif dankreativiti analitik. Kreativiti intuitif merupakan kreativiti yang terhasil secara spontanmelalui proses penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik pula merupakan kreativitiyang dihasilkan melalui apa yang mereka gunakan iaitu apa yang telah dirancang untuktujuan yang telah ditetapkan. Kreativiti analitik lebih bersifat sesuatu yang dirancangmanakala kreativiti intuitif pula berlaku secara spontan. Namun begitu proses kreativitiseseorang individu biasanya berlaku hasil gabungan daripada kreativiti intuitif dankreativiti analitik. Terdapat beberapa ciri kreativiti yang sering dibincangkan iaitubersifat fleksibel, bersifat terbuka, sensitif dan peka, logik, gagasan/idea yang asli dantulen, serta berfikiran bebas.3.1 Bersifat FleksibelIndividu yang kreatif dikatakan bersifat fleksibel kerana mereka mampumenyesuaikan diri mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga bersifatlebih optimis dan berkeyakinan tinggi dalam sesuatu perkara. Keyakinan yangtinggi menyebabkan mereka yakin menghasilkan sesuatu karya tanpa memikirkanpenerimaan orang ramai dan sedia menerima pendapat yang bakal diutarakan.3.2 Bersifat TerbukaIndividu kreatif juga dikatakan mempunyai sifat terbuka. Mereka mempunyai sifatketerbukaan yang tinggi dalam menerima pendapat dan pandangan orang mengenaihasil karya dan kerja yang mereka hasilkan. Mereka sedia menerima pandanganorang lain bagi menambah baik hasil karya yang dihasilkan. Individu kreatif jugamengamalkan sikap bebas dan demokratik. Hal ini demikian kerana merekabersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pendapat orang lain, sertamenjadikannya sebagai perangsang kepada individu tersebut untuk lebih kreatif.
  6. 6. 63.3 Sensitif dan PekaSensitif dan peka juga merupakan salah satu ciri individu yang kreatif. Sifat sensitifdan peka akan membolehkan seseorang individu itu mempunyai daya sensitivitiyang tinggi terhadap keadaan persekitarannya. Mereka peka terhadap keperluan,gaya hidup, deria dan persekitaran. Segala elemen-elemen tersebut akan digunakanbagi menghasilkan sesuatu produk melalui proses kreativiti. Penggunaan deriasecara menyeluruh akan membantu mereka menjaga idea yang kreatif dalammenghasilkan sesuatu produk bermutu dan berkualiti tinggi.3.4 LogikIndividu yang kreatif sentiasa berfikiran logik dan rasional dalam menghadapisesuatu perkara. Mereka sentiasa peka tehadap sebab dan punca sesuatu perkara ituberlaku dan mempercayai setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Selain itumereka juga sangat menghargai dan menghormati masa.3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan TulenIndividu kreatif biasanya mempunyai banyak idea dan gagasan untuk menghasilkansesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan mereka boleh menghasilkan pelbagaikarya dan hasil kerja yang unik dan menarik. Hasil karya yang dihasilkan tidakstereotaip dan tidak kovensional, malah karya yang dihasilkan juga sering kaliberbeza daripada karya asalnya.3.6 Berfikiran BebasIndividu kreatif biasanya mempunyai daya pemikiran yang luas dan tidakbergantung kepada satu-satu faktor sahaja. Mereka bijak dalam mengatur sesuatuperkara bagi memastikan perkara tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Malahmereka juga sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
  7. 7. 74.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakTerdapat ramai tokoh pemikiran yang membincangkan tentang kreativiti kanak-kanaksecara terperinci antaranya adalah Edward de Bono melalui teori Six Thinking Hats yangmembincangkan emosi penting dalam proses berfikir, Paul Torrence dengan teoriKreativiti Paul Torrence yang menerangkan tujuh elemen dalam mempengaruhi prosesmencungkil kreativiti, Calvin W Taylor dan teorinya Theory Multiple Creative Talentyang menerangkan lima sifat kreativiti, Lowenfeld melalui teorinya Theory LowenfeldStages of Artistic Development yang menerangkan lapan kategori kreatif serta Fishermelalui teorinya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher yang menerangkan tentang limatahap pemikiran kreatif.Namun begitu, teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang paling terkenaldiperkatakan adalah teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943). Antara elemen yangdibincangkan oleh Fisher dalam teorinya adalah tahap peringkat rangsangan, peringkatpenerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula.4.1 Peringkat RangsanganPeringkat rangsangan merupakan peringkat dimana pemikiran kreatif kanak-kanakdirangsang dengan cara mengemukakan soalan yang pelbagai melalui kata kunciberbeza seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya. Melalui semuabentuk soalan ini, guru boleh membantu kanak-kanak dalam membentuk interaksidua hala secara aktif. Guru akan mula merangsang pemikiran kanak-kanak denganbertanya beberapa soalan.Apabila muncul persoalan dalam sesuatu situasi yang diberikan oleh guru,kanak-kanak akan menjana idea untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikankepada mereka. Guru juga boleh mengemukakan soalan yang lebih kritikal kepadakanak-kanak bagi merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif dengan
  8. 8. 8pelbagai kemungkinan jawapan yang akan diperolehi. Hal ini kerana soalan-soalansebegini akan membantu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.4.2 Peringkat PenerokaanPeringkat penerokaan pula merupakan peringkat di mana memerlukan seseorangkanak-kanak untuk berfikiran maju ke depan atau berpandangan jauh. Peringkatpenerokaan memerlukan kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada masalah atausoalan melalui cara yang pelbagai dalam menyelesaikannya seperti menggunakankaedah eksperimentasi, kajian, dan latihan. Guru akan cuba merangsang pemikirankanak-kanak dengan memberikan situasi bermasalah atau soalan yang perludiselesaikan dengan menggunakan cara-cara tersebut. Oleh itu kanak-kanak akancuba berfikir untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan.Peringkat ini akan membolehkan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalahdengan cara penerokaan. Oleh itu kanak-kanak akan berfikiran kreatif untukmencari jalan penyelesaian dan masalah melalui pelbagai cara, teknik dan gayayang digunakan. Kanak-kanak akan berasa seronok melalui penemuan penyelesaianmasalah dengan menggunakan cara yang pelbagai ini. Kanak-kanak juga akan lebihkreatif dengan memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya.4.3 Peringkat PerancanganPeringkat perancangan pula merupakan peringkat di mana segala kemungkinan,cadangan aktiviti dan segala perkara yang hendak digunakan disusun atur dan didrafdengan baik bagi dijadikan gambaran awal dalam perlaksanaan aktiviti. Antaraperkara penting yang perlu dilakukan dalam peringkat ini adalah perancangansecara verbal dan perancangan secara visual. Perancangan secara verbal merupakanperancangan yang melibatkan komunikasi seperti komunikasi dua hala bagimewujudkan interaksi yang baik. Melalui perancangan verbal juga perbincangan
  9. 9. 9masalah dapat dilakukan, perbincangan tersebut akan melibatkan semua isu yangberbangkit dalam sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan.Segala idea akan dijana bersama dan disusun atur dengan baik bagimemastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Segala kemungkinan dan risikoyang bakal dihadapi akan dibincangkan dengan terperinci dan langkah penyelesaianakan dicadangkan sebagai langkah awal menangani masalah tersebut. Pemerhatianakan dijalankan secara terperinci bagi memastikan secara isu berbangkitdibincangkan dengan sepenuhnya dan penerangan yang lebih jelas mengenai isutersebut dapat diutarakan. Sebagai contohnya guru boleh mengutarakan persoalankepada kanak-kanak bagi membentuk komunikasi dalam perbicangan aktiviti yanghendak dilakukan. Keadaan ini akan mengakibatkan kanak-kanak dirangsang untukberfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan pendapat mengenaiperbincangan tersebut.Perancangan secara visual pula dilakukan melalui gambaran yang jelas sepertigraf, jadual, imej lukisan, visual dan sebagainya. Perancangan yang mempunyaigraf dan jadual akan lebih memudahkan individu mendapat gambaran yang jelasmengenai perancangan aktiviti yang hendak dibuat. Imej lukisan dan visual yangdigunakan semestinya akan dapat membantu individu tersebut mengenai maklumataktiviti yang hendak dilaksanakan. Sebagai contohnya, gambarajah yang digunakanakan membolehkan kanak-kanak membayangkan aktiviti yang hendak dilakukandan merangsang mereka untuk berfikir mengenai perlaksanaannya. Keadaan iniakan membantu kanak-kanak mengeluarkan tanggapan positif dan seterusnyamenarik minat mereka dalam aktiviti yang bakal dilakukan.4.4 Peringkat AktivitiPeringkat aktiviti merupakan peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak yangbermula dengan set idea atau minda. Peringkat ini merupakan peringkat di manasegala perancangan yang telah dibuat hendak dilaksanakan. Namun begitu
  10. 10. 10persoalan yang akan timbul tentang cara perlaksanaan aktiviti tersebut dibuatsetelah semuanya dirancang dengan terperinci. Hal ini kerana pada ketika ini kanak-kanak akan berfikir cara untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak jugaakan cuba mengingat kembali segala perancangan yang dibuat bagi perlaksanaanaktiviti tersebut dan tindakan akan diambil.Pemikiran kreatif akan dilahirkan melalui tindakan yang diambil bagimelaksanakan sesuatu perkara yang telah dirancang. Keadaan ini kerana tindakanyang diambil adalah hasil daripada pemikiran kreatif kanak-kanak. Hal ini demikiankerana aktiviti yang dicadangkan adalah sama, namun begitu perlaksaan aktivititersebut mungkin berbeza bagi setiap individu mengikut cara pemikiran mereka.Oleh itu pemikiran kreatif akan dijana pada ketika ini.4.5 Peringkat Kajian SemulaDalam teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang dikemukakan oleh Fisherini, peringkat kajian semula merupakan peringkat terakhir yang dibincangkan.Peringkat ini merupakan peringkat untuk menilai segala tindakan yang telahdiambil dalam aktiviti yang dijalankan sama ada mencapai objektif yang ditetapkanatau tidak. Peringkat ini juga merupakan peringkat bagi mengenalpastipenambahbaikan dan cadangan yang boleh dilakukan bagi melaksanakan aktivitisusulan pada masa hadapan.Pada peringkat ini juga segala elemen negatif dan positif perlaksanaan aktivitiakan dibincangkan. Hal ini kerana bagi menjalankan penambahbaikan dan menjanaidea baru bagi mengelakkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diinginiberlaku dalam aktiviti susulan yang bakal dilakukan. Melalui peringkat ini jugakanak-kanak akan dirangsang untuk mengeluarkan idea-idea baru bagipenambahbaikan yang boleh dibuat serta refleksi diri boleh dilakukan terhadapmereka bagi aktiviti yang dijalankan itu. Hal ini demikian kerana pemikiran kanak-kanak dapat dijana melalui sumbang saran idea yang dilakukan.
  11. 11. 115.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanakTerdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanaksebagai contohnya melalui permainan atau pembelajaran melalui bermain. Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Kenyataan inimenunjukkan bahawa sifat kreativiti dipunyai oleh setiap individu termasuklah kanak-kanak dan kreativi tersebut haruslah dipupuk dan dibentuk serta dicungkil melaluipelbagai cara seperti penggunaan bahan dan peralatan serta pengalaman deria, pengajarandan pembelajaran fleksibel, rangsangan5.1 Penggunaan Bahan dan PeralatanPenggunaan peralatan dan bahan merupakan salah satu cara yang boleh digunakanuntuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Alatan alat tulis bewarna seperti warnaair, krayon, pensil warna dan sebagainya boleh digunakan di dalam kelas untukmenarik perhatian kanak-kanak untuk meluahkan emosi atau bakat mereka melaluipenggunaan warna yang pelbagai. Guru juga boleh menggunakan peralatan mediabagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak seperti penggunaan alatan ICT, rakamanvideo, gambar dan sebagainya. Melalui penggunaan alatan yang pelbagai, kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar di dalam kelas. Apabila prosespembelajaran berlaku, maka perkembangan kognitif kanak-kanak menunjukkanproses yang sama. Keadaan ini semestinya akan meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam menjana pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru.5.2 Pengalaman DeriaSecara umumnya proses pembelajaran yang menggunakan deria secara keseluruhanyang melibatkan deria, bau, dengar, rasa dan lihat akan mewujudkan sesipembelajaran yang berkesan. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih aktif denganpengunaan kesemua deria ini. Sebagai contohnya bagi pembelajaran yangmenggunakan visual, guru boleh menggunakan sebarang peralatan bergambar,
  12. 12. 12grafik yang cantik dan grafik bergerak seperti filem. Kanak-kanak akan lebihmudak memahami tentang perkara yang hendak disampai oleh guru mereka danmempunyai gambaran yang jelas mengenainya.Guru juga boleh mewujudkan pembelajaran secara auditori bagi mencungkilminat dan kreativiti kanak-kanak mengenai proses pembelajaran yang dilakukan.Guru boleh mewujudkan interaksi interaktif dengan kanak-kanak melalui beberapasoalan yang ditanya. Soalan yang ditanya oleh guru akan merangsang pemikirankanak-kanak untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan persoalan yangdiberikan kepada mereka. Setiap idea yang dinyatakan oleh kanak-kanak hendaklahdiambil perhatian oleh guru. Hal ini kerana jika pendapat yang diberikan olehkanak-kanak tidak dilayan oleh guru, kanak-kanak mungkin akan malu atau takutuntuk bertanya kepada guru mereka pada waktu lain. Keadaan ini semestinya akanmendatangkan kesan buruk kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak.Pembelajaran secara kinestetik juga merupakan pembelajaran yangmelibatkan pengalaman deria. Kanak-kanak biasanya akan lebih efektif melaluipenggunaan kaedah ini. Kaedah ini boleh melibatkan pergerakan kanak-kanak dansentuhan. Sebagai contohnya guru boleh melibatkan kanak-kanka untuk melakukansebarang pergerakan seperti aktiviti teater, menari, permainan dan sebagainya.Kanak-kanak akan begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang diberikan keranakaedah ini akan melibatkan pengalaman sebanar kanak-kanak. Oleh itu, jikakesemua deria ini digunakan dalam pembelajaran, pemikiran kreatif kanak-kanakpasti dapat dikeluarkan melalui aktiviti yang dilakukan.5.3 MasaMasa juga merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan dalammeningkatkan kreativiti kanak-kanak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanak-kanak mempunyai daya penumpuan yang singkat dalam sesuatu masa. Kanak-kanak tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pembelajaran
  13. 13. 13mereka sepanjang hari terutamanya pada waktu petang. Guru seharusnya menyusunsesi pembelajaran dengan baik bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dengansempurna seterusnya membolehkan kanak-kanak tersebut meneroka, berfikir danmembuat sebarang eksperimen. Keadaan ini semestinya akan memberikanpengalaman yang baru kepada kanak-kanak seterusnya telah merangsang kanak-kanak untuk lebih kreatif.5.4 Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelDalam menigkatkan kreativiti kanak-kanak, guru juga haruslah lebih fleksibelterhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadang kala gurumungkin boleh mengubah cara pengajaran di dalam kelas mengikut cadangan danidea daripada kalangan kanak-kanak. Sebagai cotohnya guru akan menerangkanterlebih dahulu tentang tema pengajaran minggu tersebut dan guru akan bertanyamengenai cadangan dan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan mengenai temapengajaran tersebut. Kanak-kanak akan mengutarakan pendapat mereka dan merekaakan berusaha menyakinkan guru untuk melaksanakan idea tersebut. Kanak-kanakakan memerah otak mereka untuk memikirkan idea dan sebab bagi perlaksanaanaktiviti tersebut untuk diterima oleh guru.5.5 RangsanganTerdapat pelbagai rangsangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kreativitikanak-kanak seperti mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas. Jikaguru mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas, mereka akanmerasakan hasil karya mereka dihargai dan ingin melakukannya dengan lebih baikbagi membolehkan guru mempamerkan hasil karya mereka di dalam kelas. Gurujuga boleh menggunakan sebarang pujian atau galakkan motivasi sebagairangsangan untuk kanak-kanak menghasilkan karya mereka.
  14. 14. 14Uzi Dollah (1996) berpendapat guru berperanan besar dalammempertingkatkan motivasi para pelajar untuk belajar. Di sini boleh dilihat bahawaperanan dan tidak balas guru terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas akanmemberi kesan terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu guru perlumemberikan peneguhan positif bagi memastikan kanak-kanak ingin mencuba untukmenghasilkan sesuatu yang baru serta boleh meningkatkan kreativiti mereka dalampenghasilan karya baru.Guru juga sepatutnya mengelakkan penggunaan peneguhan negatif yangketerlaluan bagi hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Keadaan ini bagimengelakkan kanak-kanak patah semangat serta berputus asa untuk mencubanyakembali. Skinner (1977) turut mengatakan bahawa hukuman tidak sesuai digunakandalam kegiatan pembelajaran. Hal ini kerana pengaruh hukuman terhadapperubahan sesuatu perkara adalah bersifat sementara, namun kesan psikologi burukmungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama. Oleh sebab itu peneguhan negatiftidak sesuai digunakan dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanakakan lebih bermotivasi jika guru cuba memberitahunya secara baik dan guru hendakmelihat karyanya dengan lebih banyak dalam pelbagai versi.5.6 Hormat-menghormatiSebagai seorang guru yang bitara, guru haruslah bersikap rasional terhadap karyayang dihasilkan oleh murid mereka terutamanya kanak-kanak. Sebagai contohnyaguru seharusnya menghormati setiap karya yang telah dihasilkan oleh kanak-kanakdengan menunjukkan komitmen dan respon yang diberikan bagi karya-karya yangtelah dihasilkan. Indrawati (2003) mendapati faktor pengajaran guru mempunyaipengaruh yang kuat terhadap prestasi kanak-kanak. Oleh itu jika guru tidak bolehmenunjukkan komitmen mereka terhadap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak,kanak-kanak mungkin tidak mahu menghasilkan karya lain . Tambahan pula akankanak-kanak akan berasa sedih mengenai komitmen negatif yang ditunjukkan olehguru terhadap karya mereka.
  15. 15. 156.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanakTerdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan dalam merangsang pemikiran kreatifkanak-kanak seperti pembelajaran interaktif atau belajar melalui bermain. MenurutDaucer & Pangrazi (1983), pengalaman peringkat awal kanak-kanak harus ditumpukankepada pergerakann kreatif yang mempunyai pelbagai fungsi tertentu sepertipertumbuhan perkembangan psikologi dan mental, fisiologi dan motor serta rohani dansosial. Pergerakan kreatif boleh diwujudkan dalam pembelajaran interaktif danpembelajaran melalui bermain. Oleh itu aktiviti ini penting dalam merangsang pemikirankreatif kanak-kanak.Gallahue (1987) berpendapat pergerakan kreatif dapat membantu prosespembelajaran berlaku secara menyeluruh meliputi peringkat awal kehidupan danpendidikan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana pergerakan kreatif kanak-kanak sepertiaktiviti bermain akan membantu kanak-kanak mengalami perkembangan secaramenyeluruh terutamanya dalam perkembangan fizikal, rohani, jasmani, sosial dan intelek.Keadaan ini kerana badan yang cergas semestinya akan membentuk otak yang sihat.Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak adalah permainan puzzle, permainan doh, permainan lego, permainan catur, kubusrubiks dan aktiviti luar.6.1 Permainan Puzzle
  16. 16. 16Antara aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak adalah permainan puzzle. Permainan puzzle merupakan permainan yangmelibatkan penyusunan kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yanglengkap. Permainan puzzle terdiri daripada pelbagai jenis gambar, warna dan saiz.Dalam melaksanakan permainan ini, kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihankecil gambar bagi menjadikannya sebuah gambar lengkap. Permainan inimemerlukan penelitian bagi memastikan serpihan gambar yang dicantumkan adalahtepat, kanak-kanak juga harus mengingati susunan tersebut dengan betul bagimenyelesaikan gambar yang hendak dicantumkan.Melalui permainan puzzle kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuanmereka dalam matematik seperti memahami konsep warna, bentuk, jumlah danukuran. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas, mereka boleh diberikan puzzle yanglebih kompleks dari segi warna dan gambar bagi menguji serta meningkatkankeupayaan kognitif mereka dalam menyelesaikan cantuman puzzle tersebut. Bagikanak-kanak normal, mereka haruslah diberikan permainan ini pada tahap biasa.Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan pemikiran kreatif melaluimasalah cantuman kepingan kecil puzzle tersebut.6.2 Permainan DohPemikiran kreatif kanak-kanak juga boleh dirangsang melalui permainan doh.Permainan doh merupakan permainan yang melibatkan penggunaan doh yang
  17. 17. 17diperbuat daripada tepung dan pewarna makanan yang pelbagai. Doh yangdigunakan dalam permainan ini mudah dibentuk kepada pelbagai objek kerana dohtersebut merupakan struktur bahan yang lembut, malah doh tersebut juga tidakmerbahaya digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menghasilkanpelbagai bentuk mengikut idea dan kreativiti mereka.Oleh itu permainan ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanakkerana kanak-kanak akan menjana idea mereka untuk menghasilkan bentuk-bentukyang berbeza yang disukai dan digemari mereka. Kanak-kanak juga akan memilihwarna doh yang pelbagai bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang lebih menarik.Permainan doh ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanakmelalui penggunaan jari untuk menghasilkan bentuk yang pelbagai. Kanak-kanakjuga akan melahirkan perasaan yang seronok dan gembira melalui penghasilankarya mereka yang pelbagai.6.3 Permainan LegoPermainan lego juga merupakan salah satu permainan yang boleh merangsangpemikiran kreatif kanak-kanak. Lego merupakan sejenis alat permainan yangberbentuk bongkah plastik dan terdiri daripada pelbagai warna yang menarik.Terdapat beberapa jenis permainan lego yang terdapat di pasaran seperti lego basic,lego piraks, lego town dan banyak lagi. Cara bermain permainan ini adalah melaluiproses penyusunan dan penyantuman bongkah-bongkah lego bagi menghasilkansatu model yang sempurna dan lengkap.
  18. 18. 18Permainan lego akan menguji tahap pemikiran kanak-kanak dalammenghasilkan bentuk yang pelbagai. Daya imaginasi kanak-kanak yang kuat akanmendorong mereka menghasilkan pelbagai model lego yang menarik seperti bentukmodel bangunan, model kereta, model rumah, model kapal terbang dan sebagainya.Gabungan daya imaginasi dan daya pemikiran yang kreatif akan menghasilkanbentuk model yang cantik dan pelbagai. Pemikiran kreatif akan meningkat melaluipermainan ini kerana mereka perlu menjana idea bagi menghasilkan model yangpelbagai dengan menggunakan bongkah lego yang berwarna-warni.6.4 Permainan CaturPermainan catur pula merupakan satu permainan yang berbentuk perang abstrakatau juga dikenali sebagai permainan seni mempertahankan diri yang memerlukankemahiran kognitif yang tinggi dalam menyelesaikannya. Permainan ini terdiridaripada papan bersaiz 8X8 petak iaitu 64 petak berwarna terang dan gelap yangbersilih ganti. Manakala askar-askar permainan catur pula terdiri daripada lapanbidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Permainanmemerlukan kemahiran dan strategi bagi melawan pihak lawan.Kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun boleh dilatih bagi permainanini. Permainan catur sangat bagus digunakan bagi melatih perkembangan kognitifkanak-kanak kerana mereka perlu berfikir bagi merancang strategi permainan iniuntuk melawan pihak musuh atau pihak lawan. Oleh itu permainan ini akanmeningkatkan daya kreativiti kanak-kanak seterusnya merangsang kanak-kanak
  19. 19. 19untuk berfikir dengan lebih teliti dan kompleks dalam menyelesaikan masalah yangrumit. Maka keadaan tersebut akan menyebabkan proses perkembangan kognitifkanak-kanak berlaku dengan baik.6.5 Kubus RubiksBagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak, permainan kubus rubiks jugaboleh digunakan. Kubus rubiks merupakan permainan yang telah diperkenalkanoleh Prof. Emo Rubik yang berasaskan permainan teka-teki mekanik. Permainan inimelibatkan penggunaan kiub plastik yang berbentuk kubus dan boleh didapatidalam empat versi iaitu kiub poket (2x2x2), kiub piawai (3x3x3), dendam rubik(4x4x4) dan kiub profesor (5x5x5). Permukaan kiub biasanya disertakan denganpelekat yang terdiri daripada enam warna dengan satu warna pada setiap sisi kiub.Permainan ini memerlukan keupayaan daya kognitif yang tinggi bagimembolehkan individu yang menyusun warna-warna kiub tersebut dalam kelompokyang sama mengikut masa yang ditetapkan. Permainan kubus rubik ini merupakansalah satu permainan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali danmemahami objek yang berbentuk 3D. Permainan ini juga merupakan permainanyang memerlukan strategi dan langkah yang tepat bagi menyelesaikan penyusunanwarna kiub mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu aktiviti permainan iniakan merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif bagi merancang danmelaksanakan permainan tersebut dengan cepat dan tepat.
  20. 20. 206.6 Aktiviti LuarAktiviti terakhir yang dicadangkan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah aktiviti luar kelas. Terdapat pelbagai aktiviti luar yang bolehdigunakan dalam merangsang pemikiran kanak-kanak seperti membina istana pasir,bermain di taman permainan, membina kebun sayur dan sebagainya. Kadang kalaguru perlu melakukan kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaranterhadap mereka. Keadaan ini penting bagi memberikan situasi dan persekitaranyang berbeza kepada kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak merasa bosanduduk di dalam kelas sahaja. Kekreatifan guru akan membantu kanak-kanak untukberfikir dengan lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.Permainan luar ini dikatakan mampu meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak kerana mereka mempunyai pengalaman baru belajar di luar kelas. Sebagaicontohnya melalui aktiviti membina istana pasir di pantai atau di luar kelasprasekolah dan tadika. Kanak-kanak akan merasa teruja untuk membina istanaimpian mereka sendiri, malah mereka akan berusaha untuk membina istana rajayang terbaik bagi dinilai oleh guru. Hal ini kerana kanak-kanak amat sukakanpujian dan kata-kata yang positif. Pembinaan istana pasir mampu meningkatkandaya imaginasi dan daya kreativiti kanak-kanak melalui pembinaan istana pasiryang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut.
  21. 21. 217.0 KesimpulanKesimpulannya pemikiran kreatif kanak-kanak berkembang sejak awal usia mereka lagi.perkembangan kognitif yang baik akan merangsang pertumbuhan otak yang baik bagikanak-kanak. Di sini semua pihak haruslah bekerjasama dalam membantu meningkatkanpemikiran kreatif kanak-kanak dengan penggunaan pelbagai aktiviti yang menarik danjelas. Perkembangan kognitif kanak-kanak haruslah dipandang serius bagi memastikankanak-kanak tidak mengalami masalah dalam kehidupannya. Hal ini kerana jika salahsatu elemen dalam badan kanak-kanak berlaku dengan tidak seimbang, perkara tersebutakan mengakibatkan aspek-aspek lain turut terganggu.Ibu bapa, guru dan masyarakat haruslah mengambil langkah inisiatif dalammembantu kanak-kanak menyuburkan perkembangan pemikiran kreatif mereka. Ibu bapaboleh mengaplikasikan pelbagai cara dalam membantu merangsang pemikiran kreatifkanak-kanak mereka dirumah seperti menyediakan permainan doh, lego dan sebagainya.Guru pula haruslah membentuk pembelajaran interaktif atau pembelajaran melaluibermain bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar di dalam kelas seterusnyamerangsang pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut. Pemikiran kreatif kanak-kanakpenting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas serta membolehkan kanak-kanak lebih memahami mengenai proses pembelajarantersebut. Masyarakat pula haruslah mendorong kanak-kanak disekeliling mereka denganmemberikan dorongan dan semangat kepada kanak-kanak ini. Jika keadaan tersebutberlaku, pemikiran kreatif kanak-kanak pasti boleh dirangsang dengan baik.
  22. 22. 22BibliografiAmabile, T. M. (1987). The Motivation to be Creative. NewYork: Springer Verlag.Amabile, T. M., Hill, K. G., Hennessey, B. A. and Tighe, E. M. 1994. The WorkPreference Inventory: Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations.Journal of Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967.Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, andPersonality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268.Harris, D. B. (1963). Children’s as Measure of Intelligence Maturity, New York:Harcourt, Brace & World.Jonassen, D. H. (1998), Designing Constructivist Learning Environment 1. In C. M.Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ:Lawrence, Erlbaum.Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan MultimediaSdn. Bhd.Nuthall, G. (1996). Commentary: Of Learning and Language and understanding TheComplexity of The Classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214Ormrod, J.E. (2003). Educational Psychology: Developing Learners. Upper SaddleRiver, NJ: Pearson Education Inc.Convay, J. (1997). Educational Technology’s Effects on Models of Instruction. (Articleposted May, 1997). Diambil pada 19 April 2013 daripadahttp://udel.edu/~jconway/EDST666.htm.Figg, G. (2003). Children’s Drawing. Dalam Janet Atkin (Ed.) Early Education ChildDevelopment Series. Diambil pada 20 April 2013 daripada http://www.early-education.org.uk/1leaflet1.htm

×