Memahami Ayat Aktif dan Ayat PasifJun 16, 2007 — mindabahasaRagam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan rag...
Contoh ayat daripada kata makan dan minum:a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang.b) Kanak-ka...
Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikansubjek dalam ayat pas...
a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin.b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.c) Syamsyu...
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melay...
[sunting] Ayat pasif       Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, a...
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN       hendaklah digugurkan.[sunting] Ayat nafiAy...
1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.   2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" ...
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel"kah" untuk mencipta ayat tanya su...
Buah itu sudah masakke?       Mereka hendak menolong kitake?"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh ...
[sunting] Ayat gabunganAyat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkanmenjadi satu aya...
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yangseakan-akan tidak ada perkaitan. Co...
Cetak/eksportAlatan         Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:20, 27 Oktober 2011.         Teks disediakan denga...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Memahami ayat aktif dan ayat pasif

2,228 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,228
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
86
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Memahami ayat aktif dan ayat pasif

  1. 1. Memahami Ayat Aktif dan Ayat PasifJun 16, 2007 — mindabahasaRagam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.Dua perkara yangmembezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yangdigunakan.Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktiftransitif yang berimbuhan meN-….Contoh ayat aktif:a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yangberimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerjapasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan dirikedua.Contoh ayat pasif:a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi.c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi.d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya.e) Baju sekolah saya sudah berbasuh.f) Baju itu belum bergosok.g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam.h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong.i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap.j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak. KATA KERJA TRANSITIFTANPA IMBUHANBiasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN-… kecuali kata makan dan minum.
  2. 2. Contoh ayat daripada kata makan dan minum:a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang.b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. KATA KERJABERAWALAN MEN-… TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF)Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagaijudul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atauklausa komplemen.Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerjatransitif aktif dalam ayat itu digugurkan.Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayuadalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalanmeN-….Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayatyang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN-… dalam ayat:a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak.b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah.c) Padi di sawah nenek sudah menguning. Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mestimenerima objek, terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek keranaobjek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat).Namunbegitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. Contoh ayat transitif aktif yang objeknya bolehdigugurkan:a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel,sajak, dan sebagainya)b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya)c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya)d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu)e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya)Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktiftidak dinyatakan.
  3. 3. Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikansubjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalamayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan.Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas:a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya.b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur.c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik.d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing.e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi.Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR-….Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yangmenerima awalan teR-… terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikutioleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR-… apabila dipasifkan.Contohayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. :a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat.c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas.d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu?e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila katanama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR-… itu dijadikan juduldalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, katasendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalanteR-…. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerjatransitif pasif berawalan teR-… daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah:a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang.b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya.d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu?e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. Selain itu, terdapat sebilangan kata kerjatransitif aktif yang menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i mempunyai dua objek, iaitu objektepat dan objek sipi. Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek:
  4. 4. a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin.b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan.d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. Sekiranya ayat-ayat aktif transitifdengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalamayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin.b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu.c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan.d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.
  5. 5. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup sertamenarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu padapembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenisayat yang lain, sesuai dengan keperluan.Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: 1. Ayat penyata: o Ayat transitif dan ayat intransitif o Ayat aktif dan ayat pasif o Ayat sungsang o Ayat nafi o Ayat inti dan ayat gabungan 2. Ayat perintah 3. Ayat tanya 4. Ayat seruIsi kandungan[sorokkan] 1 Ayat aktif 2 Ayat pasif 3 Ayat perintah 4 Ayat nafi o 4.1 Penggunaan dengan frasa nama o 4.2 Penggunaan dengan frasa sendi o 4.3 Kesalahan yang biasa berlaku 5 Ayat tanya o 5.1 Cara-cara untuk membentuk ayat tanya  5.1.1 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata  5.1.2 2. Menggunakan partikel "kah"  5.1.3 3. Menggunakan pelbagai kata o 5.2 Kesalahan yang biasa berlaku 6 Ayat songsang 7 Ayat inti 8 Ayat gabungan o 8.1 Ayat pancangan[sunting] Ayat aktif Ayat aktif dengan kata kerja transitif Ayat aktif dengan kata kerja pasif
  6. 6. [sunting] Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekananterhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidakperlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendakpentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikanadalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikanperkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itumenegaskan pelaku "dia".[sunting] Ayat perintahAyat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Contoh penggunaan Perintah Berdiri di atas kerusi itu. Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul. Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Permintaan Tolong angkat baju itu. Ajakan Mengucaplah banyak-banyak. Silaan Sila jamu selera. Doa Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan. HarapanPerhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidakdinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah ituditujukan.Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidakdigugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
  7. 7. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.[sunting] Ayat nafiAyat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakanuntuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatumaksud. Contohnya: Ayat biasa Ayat nafi Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayatnafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,umpamanya: 1. Bukankah orang itu guru kamu? 2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? 3. Anda sudah faham, bukan?[sunting] Penggunaan dengan frasa namaSecara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasanama. Contohnya: 1. Ini bukan kucing. 2. Malaysia bukan negara republik. 3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalamhubungan seperti yang berikut: 1. Dia bukan bodoh, tetapi malas. 2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
  8. 8. 1. Dia tidak bodoh, tetapi malas. 2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahanmaksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan"bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.[sunting] Penggunaan dengan frasa sendiUntuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: 1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. 2. Saya bukan dari sektor kerajaan. 3. Malaysia bukan di benua Afrika. 4. Buku ini bukan untuk anda.Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Olehsebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".[sunting] Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata"bukan" dan "tidak".[sunting] Ayat tanyaAyat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:[sunting] Cara-cara untuk membentuk ayat tanya[sunting] 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentukdengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atasdinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.[sunting] 2. Menggunakan partikel "kah"
  9. 9. Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu? Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu? Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkankesamaran makna.[sunting] 3. Menggunakan pelbagai kataAyat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana,berapa, mengapa, mana, dan siapa. Ayat tanya Kata Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Ada Tiada Adakah cara saya ini betul? Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi? Bagaimana cara untuk Bagaimanakah cara untuk Bagaimana mendaftar diri? mendaftar diri? Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang? Mengapa kamu datang Mengapakah kamu datang Mengapa lambat hari ini?. lambat hari ini?. Mana Mana ibu? Manakah ibu? Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun,partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.[sunting] Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah?Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake?
  10. 10. Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake?"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan.Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.[sunting] Ayat songsangDalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujungayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEKAyat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantumenghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkanbahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika andaperlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan. Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri. Ayat inti Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu. Ayat Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu? tanya Kamu belum makan? Belum makankah kamu? Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu. Ayat pasif Saya ketinggalan bas pada hari Ketinggalan bas saya pada hari itu. itu.Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayattanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayatsongsang itu.[sunting] Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkansesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripadasatu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untukmenimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  11. 11. [sunting] Ayat gabunganAyat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkanmenjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi,lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yanglain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: 1. Ayat dengan ayat 2. Subjek dengan subjek 3. Predikat dengan predikat 4. Adverba dengan adverba 5. Objek dengan objek. 6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan. Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan Abu amat rajin bekerja. Abu amat rajin bekerja dan Ayat dengan ayat Majikan menaikkan majikan menaikkan gajinya. gajinya. Ali suka makan manggis. Ali dan Ahmad suka makan Subjek dengan subjek Ahmad suka makan manggis. manggis. Mereka menghadiri Mereka menghadiri ceramah ceramah itu. Predikat dengan itu kerana mereka Mereka menganggap predikat menganggap ceramah itu ceramah itu sangat sangat berfaedah. berfaedah. Saya akan menghabiskan kerja Adverba dengan itu besok. Saya akan menghabiskan adverba Jika tidak jadi, saya kerja itu besok atau lusa. akan menghabiskan kerja itu lusa. Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli sayur dan ikan di Objek dengan objek Ibu membeli ikan di pasar. pasar. Ayat gabungan Sedangkan dia tidak dapat dengan kata - memasuki kolej itu, apatah penghubung yang lagi saya. berpasangan
  12. 12. Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yangseakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: 1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. 2. Polar tidak percaya.Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabunganyang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.[sunting] Ayat pancanganAyat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa(ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.Kategori: Tatabahasa bahasa Melayu Log masuk / buka akaun Rencana Perbincangan Baca Sunting Lihat sejarah Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawakPerhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi
  13. 13. Cetak/eksportAlatan Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:20, 27 Oktober 2011. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

×