Kesusasteraan melayu

3,468 views
3,159 views

Published on

Published in: Sports, Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,468
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
224
Actions
Shares
0
Downloads
63
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kesusasteraan melayu

  1. 1. Kajian sajak “Kau dan Aku” karya A.Rahim Hamid dalam Antologi Sajak Cermin Diri KESUSASTERAAN MELAYU
  2. 2. Huraian Maksud Dalam usaha memberi maksud, kita mempunyai kebebasan untuk mentafsir maksud mengikut kefahaman masing- masing. Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. HURAIAN MAKSUD KESELURUHAN SAJAK Sajak ini mengisahkan tentang seorang bapa yang sangat kasihkan anak-anaknya. Dia menginginkan anak-anaknya berkelakuan baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi nakal dan tidak menurut kata. Anak-anaknya semakin berkelakuan liar namun bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak- anaknya tanpa membuat apa-apa. Jiran yang memerhati memuji akan sikap bapa yang baik hati itu. Akhirnya, bapa itu menyisihkan dirinya dengan anak- anaknya kerana dia tidak lagi diperdulikan oleh anak-anaknya.
  3. 3. HURAIAN MAKSUD SETIAP RANGKAP  RANGKAP 1: •Seorang bapa yang ingin menjadi pemurah dan pengasih terhadap anak-anaknya. Dia menginginkan anak-anaknya berkelakuan baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi nakal dan tidak menurut kata. Sungguhpun kelakuan anaknya sedemikian rupa, bapa tersebut tetap berlembut, mengalah dan menurut sahaja akan kemahuan anak- anaknya.
  4. 4. RANGKAP 2: Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan tidak mahu mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak-anaknya tanpa membuat apa-apa. Jiran yang memerhati memuji akan sikap bapa yang baik hati itu. Walaupun bapa itu senang menerima pujian tersebut, akan tetapi di benak hatinya dia merasa sunyi dan berduka kerana dia tidak dapat melakukan apa-apa lagi untuk mendidik anak-anaknya itu supaya berkelakuan baik.
  5. 5. RANGKAP 3: Anak-anak itu semakin liar dan dan berani mengikuti ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Bapa tersedar bahawa dia tidak berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan yang semakin teruk. Sementara itu, anak perempuan pula telah melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah dengan bangsa asing sehingga melahirkan anak luar nikah. Jirannya masih mengatakan bapa itu baik hati walaupun pada hakikatnya bapa itu merasa semakin kecewa dan malu atas
  6. 6. RANGKAP 4: Keadaan yang berlaku pada bapa dan anak- anaknya menyebabkan hubungan menjadi rengang dan terpisah. Si Bapa tidak lagi dipedulikan oleh anak-anaknya. Kini, si bapa semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia pun menyisihkan dirinya dari anak-anaknya yang tidak bermoral itu.
  7. 7. PROSA SAJAK MEMPROSA SAJAK KAU DAN AKU Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah dan jua kau adalah bapa yang ingin menjadi pengasih. Kini, jadilah anakmu seorang anak perkasa yang gagah dan memiliki mata bolanya api yang merah. Dan kau pun menjadi lilin yang melembutkan. Di dalam rumahmu, anak-anakmu lebih bersuara lantang namun matamu hanya mampu berkelip-kelip cuma. Walaubagaimanapun, jiran masih mengatakan bahawa kau sangat baik hati dan senang hatimu menerima pujian tersebut. Kini, kau pun semakin terasa sunyi. Anak-anakmu menjadi semakin berani dan mulai berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba. Dan baru kau sedar kini bahawa langkahmu semakin terbelenggu. Sementara itu, anakmu si manis pula pulang bersama dengan cucumu yang berambut warna perang. Sunggguhpun begitu, jiran masih mengatakan kau memang baik hati sedangkan hatimu semakin dilanda pilu. Beginilah lumrahnya alam, kau pun telah tersisih dari anak-anakmu. Di perlabuhan waktu, kau berada di sisiku di sepanjang hujung perjalananmu dan aku pun terpisah. Memprosa puisi berbeza dengan mentafsirkan atau memberi maksud. Ganti nama diri perlu dikekalkan (tidak boleh ditukar). Contohnya jika penyajak menggunakan perkataan aku, kau dan kami, maka perkataan tersebut perlu dikekalkan. Begitu juga dengan ganti nama tempat. Tugas memprosa hanya mengubahkan bahasa puisi kepada bahasa prosa karangan biasa.
  8. 8. BENTUK SAJAK • RANGKAP: Pelajar perlu menyatakan berapa jumlah rangkap bagi sesebuah sajak itu. • BARIS: Pelajar perlu menyatakan jumlah baris dalam satu rangkap beserta namanya. Misalnya: monoton (1 baris), distikon (2 baris), terzina (3 baris) dan sebagainya. • SUKUKATA: Pelajar perlu menyatakan suku kata yang paling pendek dan yang paling panjang bagi sesebuah sajak itu. • RIMA: Rima akhir merujuk kepada huruf terakhir bagi setiap baris dalam setiap rangkap. Kemudian dinyatakan menggunakan format a/b/c/d/e. Bentuk sajak itu merujuk kepada luaran atau fizikal sajak sebelum menyelami kandungan sajak itu. Perkara yang diberi perhatian dalam menganalisis bentuk sajak ialah rangkap, baris, suku kata dan rima.
  9. 9. BENTUK SAJAK “KAU DAN AKU” Sajak ini mempunyai empat rangkap. Rangkap satu mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap dua mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap tiga mempunyai sembilan baris. Rangkap empat mempunyai lima baris (quint). Jumlah sukukata yang paling pendek ialah empat suku kata. Contohnya, Di/rum/ah/mu/ (R2, B1). Jumlah sukukata yang paling panjang ialah lima belas suku kata. Contohnya, kau/a/da/lah/ba/pa/ya/ng/ing/in/ja/di/pe/mu/rah (R1, B1). Rima akhir bagi rangkap satu ialah a/a/b/c/c/d. Rangkap dua ialah a/b/c/d/d/d. Rangkap ketiga ialah a/b/c/a/d/e/e/a/d dan rangkap keempat ialah a/b/b/b/c. Kesimpulannya, sajak ini bebas dan tidak terpengaruh dari puisi lama sama ada dari segi jumlah baris dalam serangkap, jumlah sukukata dan rima akhirnya.
  10. 10. TEMA • TEMA: Kegagalan seorang bapa dalam mendidik anak-anak yang tidak berakhlak • Penjelasannya: Seorang bapa merasa kesal atas kelakuan anak- anaknya yang semakin terpesong dan tidak bermoral. Demi kasihnya terhadap anak- anaknya, dia sanggup mengalah dan menuruti apa saja keinginan anak-anaknya. Dia hanya mampu berdiam diri melihat kerenah anak- anaknya yang semakin liar itu. Anak lelaki telah mengikuti ajaran yang bertentangan dengan agama Islam dan anak perempuan pula telah melahirkan anak luar nikah. Tatkala keadaan menjadi semakin teruk, dia tersedar bahawa tingkahlaku anak-anaknya tidak lagi dapat diperbetulkan. Hati si bapa menjadi pilu dan mulai membawa dirinya jauh dari anak- anaknya. Dia gagal mendidik anak-anaknya supaya berkelakuan baik. Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan- persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema.
  11. 11. PERSOALAN Persoalan yang timbul dalam sajak “kau dan aku” ialah: 1. Kasih sayang ayah terhadap anak- anaknya -Seorang bapa yang sangat mengasihi anaknya sehingga sanggup mengalah dan menuruti kemahuan anak-anaknya yang nakal. 2.Kekesalan seorang bapa terhadap anaknya -seorang bapa merasa kecewa terhadap anak- anaknya yang berkelakuan tidak bermoral dan tidak berakhlak. 3. Anak yang tidak menurut kata dan menyisihkan orang tuanya -anak-anak yang telah mulai melampaui batasan sehingga berani meninggikan suara dan tidak mahu mendengar nasihat dari orang tuanya Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak
  12. 12. PERUTUSAN Antara perutusan yang dapat diambil dari sajak “kau dan aku”: 1. Sebagai ketua keluarga, seorang bapa harus bersikap tegas dalam menangani soal anak-anaknya. Apabila anak melakukan sesuatu kelakuan yang tidak baik, bapa mesti menegur anak tersebut dan bukan mendiamkan diri sahaja. 2. Ibu bapa hendaklah mendidik anak- anak mereka dengan baik dan mengasuh mereka dengan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. 3. Seorang anak hendaklah menuruti perintah dan kata, menerima teguran dengan baik dan tidak sekali-kali menderhaka kepada orang tuanya. Mereka hendaklah menghormati orang tuanya dan berkelakuan baik kepada mereka. Perutusan juga dikenali sebagai pengajaran. Selepas mentafsir maksud sajak, pelajar perlu mencari apakah pengajaran di sebalik sajak itu dibuat. Perutusan sajak itu boleh diambil melalui sajak sama ada yang bersifat langsung atau tidak langsung
  13. 13. corak • Elegi - kesedihan dan kekecewaan bapa terhadap kelakuan anak- anak yang melampaui batasan dan tidak menghormati bapanya lagi. Contohnya: Di rumah, anak- anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan tidak mahu mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak- anaknya tanpa membuat apa-apa. *ELEGI-Bermaksud sajak yang menekankan kepada ratapan, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, kesal, kecewa, hampa dan sebagainya terhadap sesuatu peristiwa mahupun kehidupannya. Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah pelajar benar- benar membaca dan mendalaminya dengan penghayatan yang baik. Biasanya corak dapat dikesan setelah seseorang dapat mengetahui maksud, persoalan dan tema. Ia juga dihubungkan dengan motif atau pengajaran sajak itu. Antara corak dalam sajak ialah satira, ode, epigram, elergi dan himne.
  14. 14. NADA • Kecewa dan hampa- memperlihatkan perasaan kecewa dan hilang harapan seorang bapa terhadap anak-anaknya. Contohnya: Si bapa merasa pilu kerana anak-anaknya semakin liar dan anak perempuannya telah melakukan perbuatan yang dikutuk sehingga melahirkan anak luar nikah. Dia tidak lagi berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan yang semakin teruk lalu dia meninggalkan anak-anaknya. *Kecewa dan hampa – Nada ini biasanya terdapat dalam sajak yang memperlihatkan perasaan putus asa dan hilang harapan. Diksi yang dipilih bernada rendah dan lembut bagi mengimbangi emosi kecewa atau hampa itu. Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat penyajak ketika mengungkapkan isi dalam sajaknya. Antara nada yang selalu digunakan adalah seperti protes, kecewa dan hampa, semangat dan harapan, simpati, sinis dan romantis
  15. 15. ALIRAN • Realisme iaitu nyata memang terdapat sesetengah anak-anak yang tidak lagi menghormati kepada orang tuanya. Di samping itu, memang terdapat juga sesetengah orang tua yang gagal dalam mendidik anak-anak mereka. • Didaktisisme iaitu mendidik masyarakat supaya memberi perhatian kepada anak dalam soal menberi kasih sayang. Ibu bapa perlu tegas terhadap anak-anak mereka sekiranya mereka melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik. *Realisme-Aliran ini mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang dapat dilihat dalam kehidupan sebenar atau seharian. Didaktisme- Aliran ini merujuk kepada maksud mengajar, membimbing, menasihati, mengajak kepada kebaikan dan menjadi perbandingan untuk ikutan pembaca. Aliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Aliran dapat dikesan setelah memahami maksud sajak. Antara aliran-aliran itu ialah realisme, simbolisme, humanisme, naturalisme, didaktisme dan idealisme
  16. 16. GAYA BAHASA A. Asonasi- pengulangan huruf vokal dalam satu baris Contohnya: kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih (vokal a), kau di sisiku di hujung perjalananmu (vocal u) B. Aliterasi- pengulangan huruf konsonan dalam satu baris Contohnya: Matamu mampu berkelip- kelip cuma (konsonan m) C. Repitasi- pengulangan kata di mana-mana. Contohnya: Kau, mu, anak-anakmu D. Simbolik- kata perlambangan. Contohnya: 1. Api( R1 B5): marah, bahaya dan kejahatan 2. Merah (R1 B5):bahaya dan garang 3. Gagak-gagak (R3 B3): kejahatan E. Gandaan- kata yang berganda 1. Contohnya: 2. Anak-anak (R2 B2) 3. Berkelip-kelip (R2 B3) 4. Gagak-gagak (R3 B3) Gaya Bahasa merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh penyajak dalam sajaknya. Antara aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah diksi, frasa, unsur perbandingan dan unsur pengulangan
  17. 17. SEKIAN, TERIMA KASIH

×