PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU                        Formatted: Top: 0.87", Bottom: 0.87"                                    ...
(Joyce Tan Sue Lee), konduktor ‘choral speaking’ peringkat Lembah Klang         (Shamineswari) dan karate (Rishantinie)  1...
kerjasama dan permuafakatan yang baik antara guru dan ibu bapa maka hasilnya         ialah kecemerlangan pelajar-pelajar.3...
7 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan 2011/2012  7.1       Laporan Kewangan PIBG 2011/2012 dibentangkan oleh ...
8.38.2 Puan Tan Lay Kuen memohon kepada pihak sekolah agar menetapkan tempat atau       bilik tertentu untuk murid-murid y...
8.88.6 Puan Fatimah Abdul Latif menyusulkan tentang seluar sukan terlalu ketat        dibahagian peha dan mahukan cekak ge...
Puan Rohana menjelaskan pPihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan         secara berkala di kantin. Aduan pili air d...
Bendahari Kehormat        :       Pn. Nur Hidayah binti Mohd Noor         Naib Bendahari Kehormat   :       Pn.Noor Fazill...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)

2,184 views
2,066 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,184
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
46
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)

  1. 1. PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU Formatted: Top: 0.87", Bottom: 0.87" SMK CONVENT SENTUL JALAN SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR Tel: 603-40417190 Fax: 603-40440291 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-37 Tahun 2012Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)Masa : 4.30 petangTempat : Dewan SMK Convent SentulKehadiran : 126 orang ibu bapa 62 orang guruAGENDA MESYUARAT : 1 Ucapan Pengetua 1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun ini. Pengetua berbangga dan bersyukur atas komitmen ibu bapa dan berharap agar sokongan dan kerjasama akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pun PIBG sendiri. 1.2 Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para AJK PIBG terutama Puan Rose @Saadiah selaku Yang diPertua yang telah menghadiri setiap majlis atau program yang diadakan di sekolah serta kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah memberikan banyak dana dan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah. 1.3 Data sekolah setakat ini ialah pelajar seramai 1107 orang manakala guru pula seramai 65 orang. Sekolah masih kekurangan 3 orang staf iaitu 2 orang guru dan seorang pembantu makmal. 1.4 Untuk laporan sekolah, sekolah telah berjaya memenangi Piala Datuk Bandar untuk tahun ke-3. Pencapaian akademik dalam PMR pula sebanyak 24.22 %. Nama pelajar cemerlang PMR telah dimuatkan dalam Buku AGM. 1.5 Sekolah juga telah menjalankan Program MAD (Make A Diffrenece) dimana pelajar berpotensi dan menunjukkan banyak penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan. Pengetua juga menunjukkan analisis peperiksaan SPM dari tahun 2006-2010. 1.6 Antara aktiviti HEM adalah program sahsiah selepas PMR (Ppasca PMR) yang telah dijalankan ialah Uncle Button (Badut), model yang menunjukkan transformasi iaitu Michelle dan guru buta yang boleh bermain catur, piano dan gitar (Encik Lim) 1.7 Pencapaian Ko-kurikulum pada tahun lepas ialah ‘choral speaking’, catur peringkat Kebangsaan (Pavitranayagi), ‘public speaking’ peringkat kebangsaan 1
  2. 2. (Joyce Tan Sue Lee), konduktor ‘choral speaking’ peringkat Lembah Klang (Shamineswari) dan karate (Rishantinie) 1.8 Takwim program dan cuti sekolah boleh dirujuk pada muka surat 34. 1.9 Ketidakhadiran ke sekolah akan memberikan kesan kepada pelajaran pelajar. Pengetua menunjukkan data ketidakhadiran dan perkaitan dengan prestasi pelajaran. 1.10 Pengetua menjemput dan menggalakkan ibu bapa untuk melawat laman web sekolah kerana terdapat banyak maklumat sekolah serta cara untuk menghubungi sekolah pada laman web tersebut. Terdapat juga tinta pengetua yang merupakan hasil tulisan daripada pengetua sendiri. Gambar-gambar aktiviti sekolah serta pengumuman akan dimaklumkan melalui laman web sekolah. 1.11 Pengetua memberikan definisi/maksud kepada usul atau cadangan. Usul ialan satu input/cadangan yang mungkin mempengaruhi perjalanan PIBG dari segi peruntukan, pembiayaan, peraturan, perundangan dan prosedur. Ini memerlukan supaya ianya dibincangkan oleh PIBG AGM untuk diluluskan dan diterima. Contoh usul ialah meningkatkan bayaran PIBG dari RM25.00 kepada RM30.00 manakala cadangan pula bermaksud satu input/cadangan yang dianggap lazim dan operasi serta menepati peraturan dan prosedur sedia ada dan tidak mempunyai impak kewangan dan peruntukan. Perkara ini boleh diambil tindakan selanjutnya oleh mesyuarat AJK PIBG AGM. Contoh cadangan ialah projek untuk meningkatkan bilangan buku di pusat sumber.2 Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah 2.1 Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG ini. 2.2 Pihak Lembaga Pengelola Sekolah telah mendapat banyak dana daripada syarikat- syarikat luar untuk menaik taraf sekolah. Encik Lee juga berharap ibu bapa bekerjasama untuk menjadikan sekolah lebih baik. 2.3 Sekolah telah banyak melakukan kerja menaik taraf infrastruktur sekolah yang telah dilaksanakan pada tahun 2011-2012. Antara kerja yang telah dijalankan ialah mengecat dewan sekolah dan pemasangan kipas di dinding dewan, pembinaan longkang baru yang berjaya mengelakkan berlakunya banjir kilat, mengecat ‘façade’ luar sekolah serta bahagian dalam bilik darjah atau kelas, pemasangan 30 unit komputer baru untuk makmal komputer, membaiki piano ( yang berusia 61 tahun ), memasang siling baru untuk bilik ERT dan bilik Guru Kanan, penambahan unit pendingin hawa di bilik guru, pemasangan kipas dinding di setor sukan, bilik SBPT dan bilik mesyuarat, dan lain-lain. 2.4 Semua kerja menaik taraf adalah untuk keselesaan semua guru dan murid-murid. Keselesaan akan membolehkan guru memberikan idea-idea yang lebih bernas dan pelajar dapat belajar dan memberikan fokus yang lebih baik. 2.5 Encik Lee berharap agar kerjasama dan sikap tolong menolong antara guru-guru dan para ibu bapa dapat diperkukuhkan lagi agar tidak berlaku gejala menuding jari dalam warga SMK Convent Sentul. Segala permasalahan haruslah diselesaikan dengan cara yang baik dan berhemah. Apabila wujud hubungan 2
  3. 3. kerjasama dan permuafakatan yang baik antara guru dan ibu bapa maka hasilnya ialah kecemerlangan pelajar-pelajar.3 Ucapan Pengerusi (Yang diPertua PIBG) 3.1 Yang diPertua PIBG, Puan Rose@Saadiah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini. Puan Rose@Saadiah juga merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa dan guru yang telah bertungkus-lumus demi kejayaan pelajar-pelajar PMR pada bulan Disember tahun lalu. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru sangat penting. 3.2 SMK Convent Sentul merupakan sebuah sekolah yang hebat dan mempunyai tenaga pendidik yang komited. Kemajuan sekolah kini berada pada tahap yang membanggakan. Puan Rose@Saadiah juga berbangga dengan ibu bapa dan guru yang melibatkan diri dalam program-program sekolah. 3.3 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Geok Ai, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah mendapatkan banyak dana dalam menaik taraf sekolah. 3.4 Tujuan utama adalah untuk memajukan sekolah dan kejayaan sekolah menuntut kerjasama daripada semua pihak.4 Pengesahan Minit Mesyuarat 4.1 Minit Mesyuarat PIBG kali ke-367 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir. Pencadang : Encik M.S Guna a/l Pichapillay Penyokong : Encik Lim Eng Seng Makluman5 Perkara-perkara berbangkit 5.1 Tiada perkara berbangkit.6 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012 6.1 Puan Rose@Saadiah meminta ibu bapa dan guru – guru yang hadir menyemak dan meneliti Laporan Tahunan PIBG sesi 2011/2012. 6.2 Puan Rose@Saadiah membentangkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012 . Formatted: Indent: Left: 0" Formatted: Normal, Indent: Left: 1" Formatted: Indent: Left: 0" 3
  4. 4. 7 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan 2011/2012 7.1 Laporan Kewangan PIBG 2011/2012 dibentangkan oleh Pn Suriani binti Zainal Abidin. Beliau membacakan laporan kewangan satu persatu secara terperinci. 7.2 En. Rajgendra a/l Rengan bertanya tentang laporan kewangan untuk setahun hanya 1 helai sahaja. Beliau mencadangkan agar setiap perbelanjaan perlu ada lampiran dan lampiran tersebut perlu dilampirkan dalam Buku AGM. Pengetua memaklumkan bahawa laporan kewangan secara terperinci telah dibuat semasa Mesyuarat AJK PIBG yang telah diadakan sepanjang tahun dan lampiran telah disertakan. Pengetua bersetuju dengan cadangan tersebut. 7.3 Penyata kewangan PIBG 2011/2012 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir. Pencadang : En. Alan Chee Chan Loon Penyokong : En. Rajgendra a/l Rengan Tindakan : Pn Suriani Binti Zainal Abidin8 Membincangkan Usul-usul Bertulis Formatted: Indent: Left: 0.75", No bullets or numbering 8 8.1 Puan K. Rajeswary A/P SP Karuppiah mengusulkan Senarai Kutipan Bayaran Khas Sekolah Tahun 2012 seperti pada mukasurat 36 dalam buku AGM PIBG kali ke-37 supaya Yuran PIBG seharusnya dinaikkan untuk tahun berikutnya sejajar dengan sekolah-sekolah lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini adalah RM25 satu keluarga, sewajarnya dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak, bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan sekolah dinikmati oleh semua pelajar. Maklum balas : Setelah perbincangan, semua yang hadir bersetuju sebulat Formatted: Indent: Left: 1", No bullets or numbering suara bahawa Yuran PIBG bermula bagi tahun 2012 ini ialah sebanyak RM35.00 sekeluarga bukan seorang pelajar. 8.2 Beberapa ibu bapa mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG diadakan Formatted: Indent: Left: 1", No bullets or numbering pada hari Sabtu. Maklum balas : Puan Tan menunjukkan data kehadiran ke mesyurat agung beberapa tahun lepas. Majoriti sebulat suara memutuskan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan kehadiran pada tahun lepas (2011) baik. Tahun Bilangan ibu bapa yang Hari mesyuarat hadir diadakan 2009 40 Sabtu 2010 221 Jumaat 2011 156 Jumaat 4
  5. 5. 8.38.2 Puan Tan Lay Kuen memohon kepada pihak sekolah agar menetapkan tempat atau bilik tertentu untuk murid-murid yang belajar Bahasa Cina setiap seminggu sekali. Maklum balas : Pn Tan menjelaskan kelas Bahasa Cina Ting 1 dan 2 ditempatkan dibilik Sal manakala kelas Ting 3, 4 & 5 di tempatkan di blok Ting 4. bahawa pengambilan wajib tidak sama dengan hanya mengambil peperiksaan. 8.4 Encik Z. Amran Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah Formatted: Indent: Left: 1", No bullets or numbering yang telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang baru untuk kemudahan dan keselamatan murid semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap, keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas, saya telah usulkan dan hal ini dibentangkan dalam mesyuarat. Maklum balas : Puan Tan mengucapkan terima kasih kerana memberikan usul pada mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk kebaikan bersama.8.58.3 Puan Rani a/p Nadasen menyusulkan bayaran untuk kelas komputer tetapi tidak belajar untuk bayaran tersebut dan gelanggang badminton yang sangat kecil dan kelas untuk Karate-Do tidak dijalankan setiap minggu. Maklum balas : Puan Tan menjelaskan pada tahun lepas terdapat beberapa kelas yang telah menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga beberapa kelas yang tercicir berikutan masalah-masalah tertentu. Antaranya ialah memasang unit komputer baru dalam baikpulih makmal komputer. Pihak sekolah akan membuat pPemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar. Jadual telah diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb lalu. Guru-guru yang terlepas kelas pada tahun lepas telah ditegur dan mereka telah memberikan surat janji dan akan menggantikan kelas yang ketinggalan. Datin Cheam pula menjelaskan gelanggang badminton tidak dapat dibesarkan kerana kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate bagi tahun ini telah dirancang bersama dengan jurulatih dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada latihan semasa bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum tidak memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.8.68.4 Encik Subramaniam Perumal mengusulkan bahawa ada usaha mengutip yuran kelas, yang mahal setiap minggu sebanyak RM1.00 setiap murid. Setiap bulan sebanyak RM4.00. Jika murid satu kelas ada 40 orang, sebanyak RM1600.00 akan terkumpul untuk 10 bulan. Maklum balas : Cik Hamidah menjelaskan bahawa kutipan yuran kelas sebanyak RM4.00 hanya dikutip satu bulan sahaja dan telah dipersetujui oleh majoriti murid. Dana tersebut digunakan untuk keceriaan kelas. Rekod kutipan dan bil pembelian boleh dirujuk kepada Bendahari kelas.8.78.5 Puan Sarimah Jamaluddin menyusulkan bahawa beliau mendapati seluar sukan sangat tidak berkualiti dari segi ketahanan, jahitan yang mudah koyak. Pelajar terpaksa memakai seluar sukan yang lain tetapi akan ditulis nama oleh pengawas. Diharap pihak sekolah dapat menjual seluar sukan yang berkualiti dengan harga yang sesuai. Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa jika seluar sukan tidak boleh digunakan lagi, pelajar boleh memakai seluar yang sama warna dengan seluar sukan sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo sekolah di seluar tersebut. 5
  6. 6. 8.88.6 Puan Fatimah Abdul Latif menyusulkan tentang seluar sukan terlalu ketat dibahagian peha dan mahukan cekak getah di bahagian hujung kaki. Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa koperasi sekolah telah berusaha mendapatkan ‘track bottom’ yang lebih berkualiti tetapi malangnya harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal di kalangan ibubapa yang sanggup menawarkan ‘track bottom’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan beliau mengalu-alukan supaya menghubungi beliau.8.98.7 Encik Murugam a/l Periasamy mencadangkan agar aktiviti kokurikulum diadakan pada hari persekolahan dan bukan pada hari sabtu. Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu ialah aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan beruniform hanya dikehendaki berjumpa 180 kali setahun sahaja. Sekolah menghadapi masalah ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari persekolahan. Di samping itu tahap kebisingan semasa aktiviti koko akan menganggu proses P & P sesi petang.8.108.8 Puan Asnah Bt Wahab berharap agar pihak sekolah lebih menumpukan perhatian kepada semua murid agar jangan sampai terjebak dengan gejala sosial contohnya lesbian. Maklum balas : Puan Tan menjelaskan terdapat program/ motivasi yang telah dan akan dijalankan untuk murid-murid di bawah unit displin dan kaunseling. Antaranya ialah ceramah oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat) selama 2 jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli kelas yang cenderung ke arah perkara tersebut. Ibu bapa perlu menerapkan role model’ male female’ di rumah agar masalah ini dapat dibendung bersama.8.118.9 Beberapa ibu bapa menyusulkan tentang makanan yang tidak sihat yang di jual di kantin dan keadaan kantin yang tidak bersih. Maklum balas : PK HEM Pn Rohana menyatakan pPihak sekolah telah membuat beberapa teguran secara lisan dan bertulis kepada pengusaha kantin. 2 surat amaran secara bertulis telah diberikan.8.128.10 Puan Halimah Alias menyusulkan supaya memastikan pakaian ke sekolah sama ada untuk keperluan aktiviti luar kelas yang bersesuaian. Maklum balas : Cik Hamidah memaklumkn bahawa sSemua aktiviti sekolah yang dirancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua murid dan keperluan memakai pakaian yang sesuai juga telah diumumkan. Contohnya, semasa aktiviti SENAMROBIK pada 11 Februari, semua murid telah diarahkan memakai pakaian PJ pada hari tersebut.8.138.11 Premdeep Kaur menyusulkan tentang stokin sekolah amat ketat walaupun free saiz dan semua pili air di kantin sekolah tidak berfungsi iaitu jika hendak cuci tangan, murid terpaksa membuka dari bahagian bawah dan hanya satu pili air sahaja yang berfungsi. Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan bahawa sSelama ini tidak ada aduan tentang saiz stoking. Namun begitu koperasi akan berunding dengan pihak pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan untuk tempahan yang berikut. Kemungkinan besar harga stoking akan dinaikkan. 6
  7. 7. Puan Rohana menjelaskan pPihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala di kantin. Aduan pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik. 8.148.12 Wakil ibu bapa bangkitkan keselamatan jalan raya di hadapan sekolah masih menjadi isu. Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa pPengawal keselamatan memang menjalankan tugas untuk mengawal keselamatan murid semasa murid lalu lintas balik dan datang ke sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan guru bertugas harian memang ditugaskan untuk memantau murid semasa pergi dan balik ke sekolah. Sekolah tidak layak untuk mendapat ‘warden traffic’ yang rasmi. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak DBKL supaya membina garisan kuning agar dapat mengurangkan kelajuan kenderaan namun tiada balasan daripada pihak DBKL. 8.158.13 Puan Linda Ong menyatakan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru terlalu banyak. Kebanyakan latihan hanya salin daripada buku teks dan tidak mencabar minda murid. Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa sSemua guru telah diarahkan memberikan nota dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat mengurangkan masa untuk menyalin nota penting dan pihak sekolah akan memantau perkara ini samada dilaksanakan atau tidak oleh guru-guru. 8.168.14 Puan Shaarah Bt Othman mencadangkan program kerjasama antara pihak ibu bapa dan guru-guru, jabatan atau kerajaan yang berminat iaitu “ Lawatan Mesra PIBG Bersama Masyarakat”. Antaranya ialah lawatan amal ke pusat perlindungan & jagaan anak OKU, serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah. Maklum balas : Puan Tan mengucapkan tTerima kasih atas cadangan yang telah diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos lawatan tersebut. Sekolah ini bukan merupakan sekolah pendidikan khas dan kekurangan tenaga untuk memberikan perhatian yang lebih kepada OKU. Sebagai makluman, sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran.9 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013 9.1 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang sesi 2011/2012 sebelum jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 dibubarkan. 9.2 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2011/2012. 9.3 Sesi pencalonan dan pemilihan AJK sesi 2012/2013 dimulakan. 9.4 Senarai keputusan AJK PIBG sesi 2012/2013 Penasihat : Pn. Tan Tee Hwa Yang dDiPertua : Pn. Rose @ Saadiah Binti Ismail Naib Yang dDiPpertua : En. Mohd Tarmezi Bin Jusoh Setiausaha Kehormat : Pn. Noor Mazita Binti Ismail Naib Setiausaha Kehormat : Pn. Erlina Binti Rahim 7
  8. 8. Bendahari Kehormat : Pn. Nur Hidayah binti Mohd Noor Naib Bendahari Kehormat : Pn.Noor Fazillay Binti Mat Said AJK Ibu bapa En. Rajgendra a/l Rengan Encik Solaimannan a/l Alagumalay En. Subramaniam Perumal En. Alan Chee Chan Loon En. Jauhari bin Shamsuddin En. M.S Guna a/l Pichapillay Pn. Fauziah binti Othman AJK Guru : Pn. Norreha Binti Jani Pn. Siti Shazalina binti Shafie Cik Kamala Devi a/p Subramaniam Pn. Sharifah Noorazreen binti Syed Ghazali Formatted: Indent: Left: 0", First line: 0" Ex-Officio : Cik Rozinah binti Husain Pn. Rohana binti Abu Hassan Datin Cheam Swee Har Cik Hjh. Hamidah binti Mohamed Guru B&K : Pn. Madiha @ Sarah Aisyah Binti Mansor Juruaudit (Ibu Bapa) : En. Stanislas a/l Sinappan Juruaudit (Guru) : Pn. Bong How Lian Formatted: Indent: Left: 0.49", First line: 0.49" Tindakan : Setiausaha Kehormat10 Penutup 10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.15 malam. 10.2 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 Tahun 2013. Disediakan oleh, Disemak oleh, (NOOR MAZITA BINTI ISMAIL) (ROSE @ SAADIAH BINTI ISMAIL) Setiausaha Kehormat PIBG, Yang Dipertua PIBG, SMK Convent Sentul, SMK Convent Sentul, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. 8

×