Your SlideShare is downloading. ×
ISI KANDUNGAN
1.0 Penghargaan 2
1.1 Perkara Membatalkan Iman dan Cara Mengatasinya 3
2.0 Pengertian Islam dan Iman 3
2.1 A...
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka
dapatlah saya melaksanakan tugas...
Pengertian islam dan iman dan asasnya sangat penting bagi semua umat islam dan
juga bagi seorang pendakwah kerana ramai di...
patung yang mereka sembah ataupun apa yang ada di permukaan bumi yang mereka
rasa ada kebesarannya. Perbuatan ini adalah “...
Dalam dunia yang amat mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga
agar tidak terpesong sama ada secara sedar ata...
Sebagaimana pembentukan iman dibentuk melalui hati, lidah dan anggota, maka
begitu juga cara iman boleh terbatal iaitu mel...
Contoh syirik khafi adalah riak(menunjuk-nunjuk bakat atau kehebatan dan
kelebihan diri), ujub (mengagumi diri sendiri) se...
perbuatan dan lisan seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum
yg terdapat dlm al-Quran, menyatakan solat fa...
Seharusnya, kita meyakini bahawa Islam adalah agama yang tertinggi
dan tiada agama lain yang lebih tinggi melainkan Islam....
Sihir merupakan ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk halus, dengan bantuan syaitan/jin b...
iaitu perlu bersama-sama mengikhtiarkan atau mencari idea bagaimana untuk
mengatasi perkara-perkara yang membatalkan iman ...
menjadi semakin tunduk dengan kepatuhan, ketaatan dan keimanan secara
langsung dan tidak langsung.
Mendekati masyarakat di...
Demi menghindari perbuatan sihir, seharusnya individu tidak mudah
memberikan kerjasama dengan sesiapa yang dikenal pasti a...
4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf
14
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

2,221

Published on

perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,221
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya"

  1. 1. ISI KANDUNGAN 1.0 Penghargaan 2 1.1 Perkara Membatalkan Iman dan Cara Mengatasinya 3 2.0 Pengertian Islam dan Iman 3 2.1 Apa Itu Islam 4 2.2 Apa itu iman 4 3.0 Keperluan Iman Dalam Kehidupan 5 4.0 Perkara Membatalkan Iman 6 4.1 Syirik 6 4.2 Kufur 7 4.3 Murtad (Riddah) 8 4.4 Kurafat 9 4.5 Sihir 10 4.6 Nifaq 10 5.0 Cara Mengatasi Perkara Yang Membatalkan Iman 6.0 Bibliografi 14 1
  2. 2. PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka dapatlah saya melaksanakan tugasan kerja kursus Pendidikan Islam PIK2102W ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin meluahkan rasa amat berterima kasih kepada pensyarah mata pelajaran kami iaitu Dr Zanariah Binti Aiyub kerana dengan berkat pertolongan yang beliau salurkan,maka boleh sudah kami menyiapkan kerja ini dalam masa yang diperuntukkan. Selain mencurah ilmu yang bermanfaat,beliau juga telah menegur tatacara dan kesalahan-kesalahan yang wujud dalam kerja kursus kami ini.Beliau juga tidak rasa jemu untuk terus membantu kami.Justeru, memastikan kerja kursus ini siap dalam keadaan baik dan teratur. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas mahupun rakan-rakan daripada kelas lain yang banyak membantu menyelesaikan masalah tatkala kami tidak mengetahuinya.Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang di rumah sentiasa berdoa untuk anaknya agar berjaya dalam pengajian mereka.Seperti dalam Al-Quran ada menyebutkan dimana jika kamu tidak mengetahui sesuatu,maka pergi kepada orang yang mengetahuinya daripada kamu.Pepatah melayu juga mengatakan malu bertanya sesat jalan.Jadi, jasa baik tuan puan tidak berdayalah kami hendak membalasnya. Akhir kata,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah membantu dan juga kepada yang terlepas pandang.Jutaan kemaafan dipohon agar tiada rasa sakit hati menular dalam diri kita dan jika ada salah silap kami sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, harap diampun. Sekian,terima kasih. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN IMAN DAN CARA MENGATASINYA 2
  3. 3. Pengertian islam dan iman dan asasnya sangat penting bagi semua umat islam dan juga bagi seorang pendakwah kerana ramai di kalangan orang islam yang islamnya tidak sempurna dan apabila islamnya tidak sempurna maka begitulah juga imannya sehingga ramai orang islam yang tidak melaksanakan sembahyang, tidak melaksanakan amalan puasa,tidak melaksanakan amalan zakat tetapi ia mengatakan dirinya islam. Kebanyakkan orang islam mengatakan dirinya islam walhal hakikatnya mereka tidak tahu hakikat islam yang sebenar. Hal ini seperti yang terkandung di dalam Surah Al- Baqarah dalam ayat 208 Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya" PENGERTIAN ISLAM DAN IMAN APA ITU ISLAM “Islam itu ialah kembali atau penyerahan kepada Allah dengan bertauhid dengan menyelamatkan diri dengan menyerahkan ketaatan kepadaNya, membersihkan diri dari mensyirikkan, menjauhkan diri dari perkara bidaah” Semua orang ingin mengembalikan dirinya kepada Allah swt, orang yahudi menyerahkan dirinya kepada Allah swt tapi mereka tidak mentauhidkan Allah kerana selain mereka menyerahkan diri kepada Allah swt mereka juga menyerahkan diri kepada berhala. Begitu juga kaum Nasara, mereka menyerahkan diri kepada Allah tetapi mereka juga menyerahkan diri kepada Isa dan Maryam. Adapun orang Majusi selain menyerahkan diri kepada Allah, mereka juga menyerahkan diri kepada patung- 3
  4. 4. patung yang mereka sembah ataupun apa yang ada di permukaan bumi yang mereka rasa ada kebesarannya. Perbuatan ini adalah “syirik akbar”. Jadi bagi orang yang beriman, apabila ia mengatakan islam, bermakna dia serahkan diri kepada Allah swt dengan tauhid dan tidak menyembah selain dariNya kemudian menyelamatkan diri dengan menyerahkan ketaatan kepadaNya, yakni melakukan semua suruhanNya dan memenuhi semua kewajibanNya. Selain itu islam juga membersihkan diri dari kesyirikan. APA ITU IMAN Dalam sahih muslim kitab yang terawal adalah Iman didefinisikan dari aspek bahasa sebagai percaya, mengakui dan membenarkan manakala pengertian iman dari aspek istilah menurut ulama’ Ahli Sunnah wal Jammah (ASWJ) pula adalah mengakui serta beri’tikad di dalam hati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah, berikrar dengan lidah iaitu bersyahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dengan amalan anggota badan dengan melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan semua larangannya. Allah berfirman di dalam Surah Al-Anfal, ayat ke-2 : Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. KEPERLUAN IMAN DALAM KEHIDUPAN 4
  5. 5. Dalam dunia yang amat mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam. Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT. Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al- Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan. Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa Sikap orang mukmin yang sejati itu, apabila Allah Taala mendatangkan hukum hakam dan peraturan hidup, dia tidak memilih mana yang sesuai mengikut kehendak nafsunya dan menolak mana yang bertentangan dengan kehendak nafsunya. Orang mukmin yang sejati tidak menyoal dan mempertikaikan hukum Allah dan bersikap lurus dalam melaksanakan hukum Allah atau dalam meninggalkan larangan-Nya walau pun apa yang terjadi. Dia akan terus melaksanakan perintah Allah tanpa ragu oleh kerana jiwa tauhidnya berakar umbi di dalam hati. Dia patuh dan akan memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap segala perintah Allah. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 5
  6. 6. Sebagaimana pembentukan iman dibentuk melalui hati, lidah dan anggota, maka begitu juga cara iman boleh terbatal iaitu melalui niat (hati), lafaz (lidah) dan melakukan perbuatan yang secara terang-terangan bertentangan dengan syariat Islam (anggota). Enam perkara yang boleh membatalkan iman seseorang adalah Syirik, Kufur, Murtad (Riddah), Khurafat, Sihir dan Nifaq. Kupasan enam perkara yang membatalkan iman ini adalah seperti berikut : 1. Syirik Maksud syirik adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifatnya dan af’al (perbuatan). Contoh perbuatan syirik adalah seperti menyembah patung, mempercayai batu boleh mengubah nasib seseorang, memakai tangkal azimat, menyatakan Nabi Isa itu anak Allah, Allah itu al-Masih/Tiga dan sebagainya Syirik terbahagi kepada dua kategori iaitu syirik jali (perbuatan syirik secara terang-terangan) dan syirik khofi (perbuatan syirik yang tersembunyi. Syirik Jali iaitu syirik yang dapat dilihat secara terang-terangan boleh berlaku sama ada secara lisan atau perbuatan. Contoh syirik jail melalui perbuatan adalah menyembah atau sujud kepada berhala, memohon keramat di tanah perkuburan, memakai tangkal, dan meminta bantuan daripada bomoh yang mengamalkan ilmu ghaib untuk berubat dengan bantuan jin. Mengaku bahawa Nabi Isa itu anak Allah pula adalah contoh syirik jail melalui lisan. Syirik Khafi pula adalah syirik tersembunyi iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat. Syirik Khafi berlaku melalui hati dan tidak dapat ditentukan atau disabitkan kesyirikannya oleh manusia kerana manusia tidak dapat menyelidiki atau mengetahui niat yang hadir dalam hati seseorang. 6
  7. 7. Contoh syirik khafi adalah riak(menunjuk-nunjuk bakat atau kehebatan dan kelebihan diri), ujub (mengagumi diri sendiri) serta takabbur (bangga diri). Melalui contoh-contoh yang diberikan ini, jelas bahawa hanya Allah, pemilik hati atau diri individu itu sendiri yang mengetahui sama ada dia telah melakukan syirik secara sembunyi atau tidak. Justeru, kita sebagai umat islam perlu sentiasa bermuhasabah dan berdoa agar terhindar daripada segala penyakit hati yang menyebabkan kita menghapiri perbuatan syirik. Walau bagaimanapun, syirik khafi tidak membatalkan iman. Hal ini demikian kerana, pelaku syirik khafi mungkin melakukan perbuatan syirik itu atas faktor kejahilan diri, lemahnya iman dan dorongan akibat terlalu mengikut hawa nafsu. Pelaku syirik khafi tidak dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang secara jelas menduakan Allah. Dalam Surah Luqman ayat 13 Allah swt berfirman : "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". 2. Kufur Maksud kufur adalah tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Gelaran bagi golongan yang tidak mempercayai Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah kafir/kufur. Menjadi kafir/kufur secara automatiknya membatalkan iman seseorang. Lawan kepada kufur adalah syukur. Dua kategori kufur adalah kufur hakikat dan kufur nikmat. Kufur hakikat secara istilahnya adalah perbuatan ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kufur hakikat adalah perkara yang boleh membatalkan iman seseorang. Contoh perbutan kufur hakikat melalui 7
  8. 8. perbuatan dan lisan seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum yg terdapat dlm al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa, menyatakan puasa Ramadhan melemahkan ekonomi negara dan syarikat dan sebagainya. Kufur nikmat pula adalah perbuatan tidak bersyukur atau menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepadanya iaitu mengingkari Khaliq/Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia . Contoh perbuatan kufur nikmat adalah menggunakan nikmat Allah ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat/sedekah, boros membelanjakan harta. Melakukan perbuatan yang menunjukkan kufur nkmat ini hukumnya berdosa besar. 3. Murtad (Riddah) Murtad atau istilah bahasa arabnya riddah adalah berpaling atau keluar dari agama Islam melalui perkataan, niat atau perbuatan. Murtad boleh membatalkan iman dan berdosa besar. Adalah amat tidak wajar bagi seseorang yang telah diberi petunjuk atau cahaya di dalam hidupnya iaitu dengan mengenali Islam untuk berpaling dari Islam Murtad boleh berlaku melalui niat/iktikad iaitu apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam (secara bersungguh-sungguh atau main-main utk keluar dari agam Islam). Selain itu, murtad juga boleh berlaku melalui lisan atau perkataan yang diucapkan seseorang seperti perbuatan mengisytiharkan dirinya keluar dari agama Islam dengan mengatakan saya bukan beragama Islam sedangkan dia seorang muslim, mempersendakan agama Islam dan menghina al-quran Terjadinya murtad melalui perbuatan adalah apabila seseorang itu menganut agama selain daripada agama Islam atau keluar dari Islam serta membesarkan dan berbangga dengan agama lain. 8
  9. 9. Seharusnya, kita meyakini bahawa Islam adalah agama yang tertinggi dan tiada agama lain yang lebih tinggi melainkan Islam. Berbanggalah menjadi seorang muslim yang beragama Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam 4. Khurafat Kepercayan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam adalah definisi bagi khurafat. Khurafat juga dikaitkan dengan perbuatan tahyul iaitu meminta pertolongan atau bantuan dan memohon hajat kepada sesuatu makhluk dan bukannya pada Allah. Contoh perbuatan khurafat termasuklah mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu, Mengunjungi kubur yang dianggap karamah utk meminta sesuatu hajat, perbuatan memuja pantai demi memohon sesuatu hajat, menepung tawar dan menabur beras ketika majlis persandingan pengantin agar pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan sepanjang usia perkahwinan mereka. Kesemua penerangan dan contoh yang diberikan adalah perbuatan yang sering berlaku di dalam masyarakat. Lebih memburukkan keadaan apabila masyarakat lebih mudah teriku-ikut dengan perbuatan atau adat daripada agama lain berbanding ajaran islam yang sebenar yang secara disedari atau tidak disedari telah menjerumuskan diri melakukan perbuatan khurafat. Seharusnya kita sebagai makhluk dan hamba Allah hanya mengharapkan dan memohon sesuatu hajat atau keperluan kepada Allah semata-mata. 5. Sihir 9
  10. 10. Sihir merupakan ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk halus, dengan bantuan syaitan/jin bertujuan memudaratkan atau mengelirukan manusia. Sihir juga dikenali sebagai ilmu hitam dan dituntut dalam tempoh yang lama. Umat islam dilarang sama sekali untuk mempelajari ilmu sihir yang menggunakan perantaraan syaitan. Contoh perbuatan sihir seperti santau, pukau, menggunakan darah haid wanita sebagai dakwat untuk menulis ayat al-Quran secara terbalik, menggunakan bayi sebagai alat perubatan dan lain-lain. 6. Nifaq Nifaq adalah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah swt. Gelaran bagi mereka yang melakukan perbuatan atau perlakuan nifaq adalah munafiq. Ciri-ciri atau perbuatan seseorang yang nifaq atau munafiq adalah seperti berbicara yang delaputi dusta semata, khianat apabila diamanahkan, memungkiri janji, melampaui batas jika bertengkar, menggalakkan berlakunya kemungkaran. CARA MENGATASI PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Setelah mengetahui enam perkara utama yang menjurus kepada terbatalnya iman seseorang, tugas kita menjadi lebih besar dan berat lagi kini 10
  11. 11. iaitu perlu bersama-sama mengikhtiarkan atau mencari idea bagaimana untuk mengatasi perkara-perkara yang membatalkan iman tersebut. Menjadi muslim dan mukmin, kita juga harus menyedari bahawa hanya dengan menyampaikan dakwah atau seruan islam yang benar, kita dapat mengajak masyarakat untuk mengamalkan islam sebenar yang disampaikan oleh rasulullah saw dan para nabi. Dan tanggungjawab yang berat ini tidak hanya boleh disandarka kepada golongan tertentu seperti para ustaz dan ustazah sahaja. Sebaliknya, semua umat islam sebagai umat terbaik yang diciptakan allah perlu berganding bahu menyampaikan risalah islam ini ke seluruh pelusuk dunia sebagaimana firman allah di dalam surah ali-imran, ayat 110 Secara umumnya, untuk mengatasi perkara-perkara yang membatalkan iman ini, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan ahli masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan. Selain itu, dalam usaha mendidik masyarakat, perlu juga diterapkan unsur ketegasan yang bersifat denda atau hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Hal ini demikian kerana, manusia sentiasa diulit oleh hawa nafsu yang agak sukar dikawal dengan pendekatan yang lembut. Justeru, dengan adanya hukuman tegas seperti penguatkuasaan undang-undang yang melarang perbuatan syirik, khurafat, murtad dan lain-lain dibentuk, sedikit sebanyak manusia dapat mendidik hawa nafsu yang sentiasa berusaha merajai hati untuk 11
  12. 12. menjadi semakin tunduk dengan kepatuhan, ketaatan dan keimanan secara langsung dan tidak langsung. Mendekati masyarakat di pelbagai lapisan usia dan latar belakang semestrinya memerlukan variasi pendekatan yang memerlukan kreativiti para pendakwah. Bagi menarik minat golongan muda seperti remaja dan belia untuk mendekati islam, bahan-bahan media seperti iklan, poster dan risalah menarik lagi kreatif perlu dipelbagaikan. Golongan ini lebih mudah tertarik kepada maklumat-maklumat yang bersifat santai dan interaktif. Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan pemujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan loaksi menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu. Pihak berkuasa juga perlu mempergiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu. Bagi mengatasi masalah murtad, perlu diwujudkan suatu badan yang berperanan melindungi, mendidik dan menjadi tempat rujukan muallaf atau saudara baru Walau bagaimanapun, tidak dinafikan peranan setiap individu dalam masyarakat untuk mendidik diri sendiri juga adalah penting untuk mengatasi diri daripada terjebak melakukan perbuatan yang membatalkan iman. Individu muslim perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan allah dengan meningkatkan amal ibadat, menzahirkan rasa kesyukuran atas setiap nikmat allah, menghadiri majlis-majlis ilmu sebagai santapan rohani dan memperbanyakkan berdoa kepada allah agar dikurniakan keteguhan iman dan dihindarkan daripada fitnah akhir zaman. 12
  13. 13. Demi menghindari perbuatan sihir, seharusnya individu tidak mudah memberikan kerjasama dengan sesiapa yang dikenal pasti atau diketahui melakukan tau mempelajari ilmu sihir. Dengan cara ini, secara tidak langsung, pengamal ilmu sihir tidak dapat meluaskan kuasa dan pengaruh sihirnya kerana sekiranya tiada permintaan pasti tidak akan wujud penawaran BIBLIOGRAFI 1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm 2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html 3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan-akidah.html 13
  14. 14. 4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf 14

×