Bloodddddd...... (1) (2)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bloodddddd...... (1) (2)

on

  • 90 views

 

Statistics

Views

Total Views
90
Views on SlideShare
90
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
1
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bloodddddd...... (1) (2) Bloodddddd...... (1) (2) Presentation Transcript

  • PLASMA Ciri-ciri • Cecair yang merangkumi 55% daripada keseluruhan darah • berwarna kuning • Bersifat sedikit alkali Fungsi • Mengangkut bahan sisa seperti urea, asid amino, lemak asid, garam mineral dan karbon dioksida terlarut. • Mengangkut bahan organik seperti hasil pencernaan dan vitamin. • Mengangkut enzim, hormon dan antibodi. • Mengangkut oksigen terlarut dan sel-sel darah lain.
  • SEL DARAH MERAH (Eritrosit) Ciri-ciri • Kaya dengan hemoglobin • Berwarna merah, berbentuk dwicekung, dan tiada nukleus • Jangka hayat 120 hari • Dihasilkan di sumsum tulang Fungsi • Mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan • Mengangkut karbon dioksida dari seluruh badan ke paru-paru
  • SEL DARAH PUTIH (Lukosit) Ciri-ciri • Tiada warna, tiada bentuk tetap da nada nucleus • Jangka hayat 2 hingga 4 hari • Dihasilkan di sumsum tulang dan limpa • Sesetengah sel darah putih mempunyai granul dan sitoplasma Fungsi • Mempertahankan badan daripada penyakit • Mengekalkan sistem imunisasi badan
  • PLATLET (Trombosit) Ciri-ciri • Tiada warna, kecil, berbentuk cakera dan tiada nukleus • Jangka hayat 4 hari • Dihasilkan di sumsum tulang Fungsi • Membantu pembekuan darah
  • Kumpulan Darah • Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.
  • • Sebenarnya selain daripada Sistem ABO ini, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. • Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain.
  • Kumpulan Darah Penderma dan Penerima • Apabila terdapat perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu memastikan kumpulan darah penderma dan penerima adalah sama atau serasi. Perkara ini disistemkan dengan lebih jelas melalui Sistem ABO yang dibangunkan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Jika darah yang digunakan adalah tidak sama dan serasi, darah tersebut akan menggumpal. Hal ini akan membunuh penerima darah tersebut.
  • • Berikut adalah jadual yang boleh digunakan bagi menentukan sama ada darah penderma tadi adalah sesuai atau tidak dengan darah penerima. • Jika penderma adalah berdarah kumpulan A, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah A dan juga AB. • Jika penderma adalah berdarah kumpulan B, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan B dan juga AB. • Jika penderma adalah berdarah kumpulan AB, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah AB sahaja. • Jika penderma adalah berdarah kumpulan O, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan A, B, AB dan O.
  •  Penderma Universal o Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja. o Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.  Penerima Universal o Manakala kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja. o Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.
  • Kepentingan Menderma Darah • Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan. Pendarahan yang berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun penyakit. Jadi, darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima. Syarat bagi penderma darah:  antara kumpulan umur 18-60 tahun.  berat badan 45 kg atau lebih.  haemoglobin adalah 12.5 gm% minimum.  derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.  sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.  telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi. • Walaubagaimanapun, ada beberapa faedah yang berkaitan dengan kepentingan menderma darah.
  • Kepentingan Menderma Darah • Antara faedah menderma darah ialah: A. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.
  • Kepentingan Menderma Darah B. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan dengan darah. • Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet. • Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting.
  • Kepentingan Menderma Darah • Kepentingan kepada penderma sendiri:  Membantu mengurangkan risiko kanser.  Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru.  Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik.  Membakar kalori.  Warga emas rasa lebih bertenaga.
  • Langkah 1(kaunseling) • Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.
  • Langkah 2(Derma) • Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.
  • Langkah 3(Ujian Darah) • Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.
  • Langkah 4( Saringan Darah) • Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.
  • Langkah 5( simpan) • Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan seperti berikut: Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari Plasma - dibekukan selama 1 tahun
  • Langkah 6( proses pemindahan) • Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada lengan.