Ulasan jurnal

4,794 views
4,603 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,794
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
172
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan jurnal

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN B ULASAN JURNALJURNAL 1 : HOW TO MOTIVATE STUDENTS THROUGH THE USE OF ACTIVITIES.JURNAL 2 : PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN ELEKTRONIK DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. ABD. LATIF BIN HAJI GAPOR DISEDIAKAN OLEH:BIL NAMA AHLI NO MATRIK 1. ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT L20111006500 TAIB 2. NORLIZA BINTI SAFFIEE L20111006509 3. MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN L20111006697 KAMARUDIN 4. AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMAD L20111006699
  2. 2. JURNAL 1 : HOW TO MOTIVATE STUDENTS THROUGH THE USE OF ACTIVITIESPENGENALAN Penyelidik, Maria Del Carmen Bermejo Mantrana merupakan seorang guru bahasaInggeris yang mengajar di sekolah awam di Moratalaz (Madrid). Beliau mengajar di kelas yangmempunyai 27 orang murid yang berumur di antara 16 dan 17 tahun. Tujuan penyelidikmembuat kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui bagaimana penyertaan pelajar terhadaptugas-tugas dan topik-topik di dalam kelas boleh membantu para pelajar dalam pembelajarandan pada masa yang sama menggemari subjek bahasa Inggeris. Ini kerana, pelajarnyamempunyai tahap sederhana dalam bahasa Inggeris di mana ada yang pandai dan tidak pandai.Di samping itu, penyelidik cuba untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajarannya (P&P)serta meningkatkan motivasi para pelajarnya di dalam kelas bahasa Inggeris. Berdasarkan Jurnalini, reka bentuk kajian tindakan ini boleh dilihat melalui Model Stringer (2004). Model Stringermempunyai lima proses iaitu mereka bentuk, mengumpul data, menganalisis data, menyampaihasil dan mengambil tindakan. 1. Mereka bentuk Pada permulaannya, pemerhatian dijalankan oleh penyelidik bagi mengenal pasti masalahpelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik mendapati pelajarnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :- i. Kekurangan minat, perhatian dan penglibatan. ii. Sesetengah pelajar suka bercakap di dalam kelas
  3. 3. iii. Seperti biasa, pelajar tidak menyampaikan / membentangkan kerja rumah yang diberikan. iv. Sebahagian daripada mereka (pelajar) tidak menyiapkan atau menyempurnakan tugasan/ kerja yang diberikan v. Kekurangan motivasi apabila membuat sesuatu aktiviti. 2. Mengumpul data Penyelidik mengumpul data dengan menggunakan sampel seramai 27 orang pelajar didalam kelas bahasa Inggeris. Teknik yang digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul datameliputi aspek membuat pemerhatian, mengedarkan soal selidik kepada pelajar danmenggunakan buku catatan harian supaya mengetahui rutin dan kelakuan pelajar di dalam kelasterhadap aktiviti yang diberikan. 3. Menganalisis data Data ini dianalisis dalam bentuk kualitatif. Data kualitatif ialah di mana data yangdisajikan dalam bentuk kata-kata yang mengadungi makna. Data ini dianalisis berdasarkanpemerhatian yang dilakukan ke atas pelajar. Selain itu, soal selidik diberikan kepada pelajar sertapenggunaan buku catatan harian bagi mengetahui rutin dan kelakuan pelajar tentang aktiviti yangdilakukan di dalam kelas. Penyelidik memutuskan untuk mengubah sikap pelajarnya terhadapaktiviti-aktiviti yang lebih sempurna dengan melakukan :- i. Pertama, penyelidik menganalisis perbezaan aktiviti dalam buku teks dan buku kerja dengan reaksi pelajar.
  4. 4. ii. Kedua, penyelidik menganalisis sikap pelajar terhadap latihan yang diberikan untuk melihat jika mereka menunjukkan tahap motivasi yang tinggi atau tidak. iii. Ketiga, penyelidik perlu menemui keutamaan dan kesukaan pelajar mengikut tahap, umur dan sebagainya. iv. Akhir sekali, penyelidik menganalisis kelakuan atau sikap pelajar di dalam kelas melalui penglibatan dalam kumpulan atau berpasangan. 4. Menyampaikan hasil Berdasarkan kajian tindakan ini, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian, soalselidik dan juga catatan harian oleh penyelidik. i. Pemerhatian - Kaedah ini membolehkan penyelidik mengetahui tahap prestasi dan motivasi pelajar di dalam kelas Bahasa Inggeris. Pemerhatian yang dilakukan membolehkan penyelidik mengetahui bahawa aktiviti yang dilakukan memberi ransangan dan maklum balas positif dari pelajar. ii. Soal selidik - Diedarkan kepada pelajar bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan dan penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang diberikan di dalam kelas Bahasa
  5. 5. Inggeris. Melalui kaedah ini pelajar dapat menanda dengan jujur kerana borang ini berbentuk sulit di mana identiti pelajar yang menjawab tidak akan diketahui kerana ianya berbentuk “ anonymous “. Hasil daripada soal selidik, penyelidik mendapati bahawa pelajar lebih berminat sekiranya di dalam kelas diadakan pelbagai aktiviti, menggunakan komputer, menonton filem dan mendengar lagu bagi meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris.iii. Catatan harian oleh penyelidik.- Penyelidik akan sentiasa mencatat perubahan dan proses setiap aktiviti yang dilakukan. Tujuannya adalah untuk memantau sama ada pelajar menerima atau tidak aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan catatan tersebut, didapati bahawa pelajar tidak bermotivasi disebabkan :- a) tidak memberi tumpuan di dalam kelas b) tidak berminat dengan topik yang dibincangkan c) suka bersembang dengan rakan di sebelah. Masalah suka bersembang disebabkan struktur penyusunan kerusi di dalam bilik darjah adalah berpasang-pasangan.- Berdasarkan masalah yang dilihat, pengkaji menggunakan kaedah aktiviti dalam kumpulan bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi antara pelajar bagi meningkatkan motivasi dalam penggunaan bahasa Inggeris di dalam
  6. 6. kelas. Di dalam kumpulan juga dapat memperlihatkan minat dan penglibatan para pelajar ketika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang diberikan. Aktiviti yang diberikan adalah berdasarkan kandungan buku teks dan dipelbagaikan aktiviti bagi menarik minat pelajar untuk belajar bahasa Inggeris. 5. Mengambil tindakan. Penyelidik menggunakan langkah pendekatan dengan memfokuskan kepada kehendakpelajar. Penyelidik bimbang sekiranya aktiviti yang diberikan tidak sesuai dengan pelajar. Olehitu, penyelidik membuat blog dan website bagi membolehkan pelajar meluahkan perasaan danmemberi pendapat terhadap P&P di dalam kelas. Sebelum memulakan aktiviti P&P, penyelidikakan melakukan ‘warm-up activity’ sekurang-kurangnya 5 minit bagi membolehkan pelajarberada dalam keadaan selesa dan dapat memulakan pembelajaran dengan lebih fokus.Berdasarkan pemerhatian penyelidik, di dapati pelajar lebih berminat sekiranya dilakukanpelbagai aktiviti di dalam kumpulan dan memberi kebebasan kepada pelajar dalam memilih ahlikumpulan masing-masing. Ini kerana, dalam kumpulan mereka akan lebih berinteraksi dansecara tidak langsung akan meningkatkan motivasi pelajar terhadap bahasa Inggeris.KESIMPULAN Keputusan kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik selepas tiga minggu di dapatiterdapat perubahan terhadap pelajar. Melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan, penyelidikmendapati pelajar lebih gembira dan lebih bermotivasi di dalam kelas. Penyelidik jugamerasakan keputusan dan pemerhatian dalam kajian tindakan yang dilakukan dapat membantu
  7. 7. penyelidik dalam proses P&P dan membantu pelajarnya lebih meminati bahasa Inggeris didalam kelas. JURNAL 2 : Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Subjek Elektronik : Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Menengah TeknikPENGENALAN Penyelidik adalah Ramlee Mustapha dan Zaharatul Laili Abdul Rahim merupakanpensyarah dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian tindakan inidijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar KejuruteraanElektrik dan Elektronik (PKEE) dalam topik transistor dan seterusnya melihat sikap pelajarterhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian tindakan ini dilakukan secarakolaboratif antara pengkaji dan guru PKEE serta 30 orang pelajar Tingkatan 5E3 di SekolahMenengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki, 9 orang pelajarperempuan yang dilaksanakan selama sembilan minggu. Fokus utama kajian ini adalahmengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Berdasarkan jurnal ini,penyelidik memilih menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai proses kajiantindakan dilaksanakan. Model Kemmis dan Mc Taggart ini meliputi proses merancang,bertindak, memerhati, dan mereflek.Proses Kajian tindakan mengikut Model Kemmis dan Mc Taggart :
  8. 8. Reka Bentuk Kajian 6. Merancang Tindakan Penyelidik mengetengahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagaifokus dalam proses pembelajaran berkesan. Ia didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalammeningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepadapembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerjadalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Dalam PBM ini, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi dan dikehendakimenyelesaikannya dengan mencari input – input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah,internet dan organisasi – organisasi yang terlibat. Dengan kaedah ini, membantu pelajarmencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan danberkemampuan. Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam topik transistor, ujianpencapaian pra dilaksanakan untuk mengesan kefahaman pelajar. Pelajar dibentuk enamkumpulan kecil yang heterogen (berdasarkan pencapaian ujian pra dan gender) digelung pertama.Merancang menjalani sesi pembelajaran berasaskan masalah sekurang-kurangnya tiga minggudalam satu gelung yang dibina. Kemudian pelajar perlu menduduki ujian pos 1 bagi memastikanpengukuhan pemahaman terhadap topik transistor. 7. Menjalankan tindakan
  9. 9. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dilaksanakan oleh penyelidik dengan dibentukenam kumpulan kecil yang heterogen berdasarkan pencapaian ujian pra. Guru menyatakanpermasalahan yang sebenar, manakala pelajar akan berbincang dalam kumpulan untukmenyelesaikan masalah tersebut. Pelajar merangka tindakan dan mengumpulkan maklumat untukmenyelesaikan masalah tersebut dan menyediakan maklum balas. Penyelidik juga menjalankan ujian pra terhadap pelajar bagi mengesan kefahamanpelajar berkaitan dengan subjek transistor. Borang soal selidik juga diedarkan dan membuattemu bual untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah, sikap pelajarterhadap PBM, pencapaian pelajar dan pandangan pelajar terhadap fasilitator. 8. Memerhati Tindakan Penyelidik mengumpul data dengan menganalisis data terhadap langkah yang diambildengan melihat prestasi pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos, kolaborasi pelajar,pemerhatian terhadap kompetensi dan interaksi pelajar serta modul yang dihasilkan melaluitindakan yang telah dijalankan. Penyelidik memberi tumpuan untuk menganalisis data berkenaan dengan mendapatkandapatan kajian seperti berikut : i. Punca – punca kesukaran pelajar untuk menguasai topik transistor bagi subjek PKEE. - Berdasarkan dapatan ujian pra, penyelidik merumuskan, punca-punca kesukaran pelajar menguasai topik transistor iaitu;
  10. 10. (a) Tidak memahami rumus (b) Guru mengajar terlalu laju (c) Sukar menghafal rumus (d) Sesi pengajaran kurang berkomunikasi dan interaksi (e) Susah untuk memahami topik transistor (f) Tidak faham hendak selesaikan masalah (g) Kurang latihan dan membuat latihan ii. Pencapaian pelajar setelah menjalani proses pembelajaran berasaskan masalah dalam tajuk transistor bagi subjek PKEE. - Setelah mengikuti ujian pra dan ujian pos, dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang agak ketara pencapaian pelajar daripada ujian pra dengan gelung pertama, gelung kedua dan ketiga.iii. Sejauh manakah ahli – ahli kumpulan dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah bekerja secara koperatif bagi mencapai kemahiran berkolaborasi. - Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan, dapatan menunjukkan peningkatan bagi setiap gelung dan pelajar mencapai kemahiran kolaborasi yang positif.
  11. 11. iv. Sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam topik transistor bagi subjek PKEE. - Hasil dapatan soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PBM dalam topik transistor bagi subjek PKEE menunjukkan bahawa hampir kesemua peserta aktif dalam perbincangan kumpulan. 9. Merefleksi Penyelidik membuat muhasabah diri dengan melihat kembali hasil dapatan kajian bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan kajian bagi melakukan penambah baikkan di gelung yang seterusnya.KESIMPULAN Hasil kajian mendapati kemahiran berkolaborasi pelajar meningkat di setiap gelung,pencapaian pelajar semakin baik, sikap pelajar positif terhadap PBM, pandangan pelajar sangatpositif terhadap fasilitator dan PBM. Secara keseluruhannya, di dapati kaedah PBM telahmemberi impak yang positif kepada P &P di dalam kelas.

×