• Share
• Email
• Embed
• Like
• Save
• Private Content
Proposal  kajian tindakan

Proposal kajian tindakan

on

• 16,787 views

Statistics

Views

Total Views
16,787
Views on SlideShare
16,787
Embed Views
0

Actions

Likes
10
Downloads
731
Comments
4

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

14 of 4 previous next Post a comment

• Full Name Full Name Comment goes here.
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
Post Comment
Edit your comment

Proposal  kajian tindakan Proposal kajian tindakan Document Transcript

• UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN B
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAJUK : TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. ABD. LATIF BIN HAJI GAPOR
DISEDIAKAN OLEH:
BILNAMA AHLINO MATRIK1.ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT TAIBL201110065002.NORLIZA BINTI SAFFIEEL201110065093.MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN KAMARUDINL201110066974.AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMADL20111006699
ISI KANDUNGAN
BABPERKARAMUKA SURAT
ABSTRAKi
SENARAI JADUALii
BAB 1PENGENALAN

• Pendahuluan1 - 2
• Latar belakang kajian2
• Pernyataan masalah2
• Objektif 3
• Tujuan kajian3
• Soalan kajian3
• Kepentingan Kajian4 - 5
• Batasan kajian5
• Definisi konsep5 - 6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7 - 8
2.2 Kajian yang berkaitan8 - 9
2.3 Kesimpulan9
BAB 3METODOLOGI
3.1 Pengenalan 9
3.2 Kaedah kajian9 - 10
3.3 Kaedah analisis data10
3.4 Tempat kajian10
3.5 Populasi dan tempat kajian 10 - 11
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1Pengenalan11
4.2Dapatan temubual11 - 13
4.3 Dapatan soal selidik : bahagian A13 - 16
4.4Dapatan soal selidik : bahagian B16 – 17
4.5 Dapatan ujian Pra17 – 18
4.6 Dapatan ujian Pos18 - 20
BAB 5PERBINCANGAN
5.1 Perbincangan masalah20
5.2 Punca masalah21 - 22
5.3 Cadangan 22 - 23
5.4 Kesimpulan23
RUJUKAN
LAMPIRAN
TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
Bab 1
1.1 Pendahuluan
Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Matlamat pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ‘ditadabbur’, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur hal-hal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang mencukupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.
Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca Al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dan tafsir ialah:
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain
yang melibatkan bacaan Al-Quran.
2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah
kepada Allah.
3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan
dalam Al-Quran.
4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.
Oleh sebab itu, subjek Al-Quran telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan para murid tentang kepentingan Al-Quran.
1.2 Latar belakang kajian
Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka, Ipoh Perak merupakan mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh muridnya. Sukatan pelajaran merangkumi asas-asas Fardhu Ain, asuhan tilawah Al- Quran, Ulum Syariah, Akhlak Islamiyah dan mata pelajaran jawi. Kajian yang dilakukan memfokuskan tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak. Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi mengetahui permasalahan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan menguasai pembacaan Al-Quran. Kajian ini juga mengambil kira aspek faktor murid, faktor keluarga dan juga faktor sekolah. Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid darjah Tiga Ishak iaitu 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan tentang penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka.
1.3 Penyataan masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah utama yang melibatkan kelemahan murid darjah Tiga Ishak dalam menguasai subjek Al- Quran. Ia berfokus kepada:

• Mengkaji tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid Darjah Tiga Ishak secara keseluruhan.
• Mengkaji tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran.
• Penyelidik juga mengkaji masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-Quran.
1.4 Objektif kajian
Kajian terhadap tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1Mengenal pasti tahap sebenar secara keseluruhan murid di dalam kelas Tiga Ishak.
1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran.
1.4.3Mengenal pasti punca-punca murid lemah dalam penguasaan Al-Quran.
1.5 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah sebenar murid dalam subjek Al-Quran, mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan bacaan Al-Quran murid secara lebih dekat, dan mengenal pasti masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh murid-murid darjah Tiga Ishak. Melalui pendedahan dan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah dapat memahami keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu bahagian pentadbiran sekolah dalam merancang dan mengemaskini pelbagai keperluan dan kemudahan kepada murid. Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru yang berkaitan diberikan latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Bagi murid-murid pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor pendorong atau perangsang serta penghalang pencapaian mereka dalam aspek bacaaan Al-Quran, seterusnya berusaha memperbaiki diri dan membuat latihan serta aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan mereka dari semasa ke semasa.
1.6 Soalan kajian

• Apakah tahap keseluruhan murid di dalam Tiga Ishak terhadap subjek Al-Quran?
• Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran?
• Apakah punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran?
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti murid-murid, guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan sekolah bagi mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Hasil kajian ini juga penting kepada pihak universiti terutamanya Fakulti Pendidikan supaya dapat melatih dan menyediakan guru-guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, personaliti dan membuat persediaan dalam melaksanakan tugas dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Selain itu, kajian ini juga berguna kepada pihak KPM dalam mencari dan memilih bakal-bakal guru yang memenuhi segala aspek pengajaran sebagai seorang pendidik yang berwibawa dalam mendidik anak bangsa dan negara. Selain itu, pihak KPM juga boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini dalam merangka program serta langkah-langkah bagi menangani masalah murid yang lemah dan kurang mahir dalam penguasaan subjek Al-Quran.
Selain KPM, Kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kemajuan murid serta menaikkan nama sekolah sekiranya terdapat guru-guru yang memenuhi kriteria sebagai seorang pendidik. Bagi guru-guru dalam jurusan pendidikan Agama Islam terutamanya, kajian ini penting kepada mereka bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran supaya bertepatan dan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid. Secara tidak langsung kajian ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan prestasi kendiri dan memperbaiki kelemahan murid serta dapat menaikkan nama dan prestasi sekolah itu sendiri.
Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu murid dalam mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika proses P&P berlangsung. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui kaedah pengajaran guru yang paling sesuai supaya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Al-Quran.
Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dan dekat dengan anak-anak . Segala perlakuan dan perbuatan yang dilakukan akan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai ‘role model’ kepada anak-anak, ibu bapa boleh mengaplikasikan hasil dapatan kajian ini dalam mendidik anak-anak mereka di rumah dengan lebih efektif.
Di samping itu, kajian ini juga penting kepada masyarakat supaya mereka dapat melahirkan dan mendidik anak bangsa supaya sikap budaya ilmu dan penerapan nilai-nilai murni dapat dibentuk bersesuaian dengan matlamat pendidikan di Malaysia iaitu melahirkan masyarakat yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
1.8 Batasan kajian
Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar iaitu seramai 150 orang, pengkaji hanya mengambil 21 orang murid sahaja sebagai responden. Untuk mendapatkan sampel di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Sampel yang kecil atau tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kejadian untuk digenerasikan ke situasi lain. Dengan lain perkataan hasil kajian berkenaan hanya benar untuk situasi sampel berkenaan sahaja.
Selain itu, masalah untuk mendapatkan sampel yang memuaskan juga dihadapi oleh pengkaji kerana responden yang terlibat kurang berminat untuk mengisi borang kaji selidik dan kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang sahih itu sukar (kebarangkalian responden menjawab dengan jujur atau tidak soalan kaji selidik).
Seterusnya, kekangan masa juga turut mempengaruhi batasan kajian. Ini kerana masa yang diperuntukan amat terhad dan menyebabkan pengkaji tidak dapat membuat pemerhatian dan menemubual guru dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, pengkaji menghadapi beberapa masalah dari segi kos di mana pengkaji terpaksa pulang ke kampung untuk mengedarkan borang kaji selidik di sekolah tersebut. Kos yang tinggi diperlukan dalam menjalankan kajian ini.
1.9 Definisi konsep
Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini agar pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Kajian bertajuk :
“TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA”
Perkataan tahap membawa maksud peringkat atau tingkat (Kamus Dewan, 2005: 1569). Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran pada tingkat penguasaan murid dalam subjek Al-Quran.
Maksud penguasaan pula menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai ilmu Al-Quran yang dipelajari oleh murid tersebut.
Sampel utama dalam kajian ini ialah murid darjah tiga yang merupakan responden kepada pengkaji. Maksud murid berdasarkan Kamus Dewan (1989), murid didefinisikan sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya). Murid yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Cempaka.
Makna Al-Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Para ulama pula mentafsir Al-Quran dalam berbagai kitab ‘ulumul qur’an, ditinjau dari segi bahasa bahawa Al-Quran merupakan bentuk mashdar dari kata qoro’a – yaqro’uu – qiroo’atan – wa qor’an – wa qur’aanan.  Kata qoro’a bererti menghimpun dan menyatukan. Al-Quran pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang menjadi satu ayat, himpunan ayat-ayat menjadi surat, himpunan surat menjadi mushaf Al-Quran. Di samping itu, para ulama mengatakan bahawa Al-Quran dengan akar kata qoro’a, bermakna tilawah: membaca. Kedua-dua makna apabila disatukan akan menjadi “Al-Quran” iaitu merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang dapat dibaca. (Ustaz Anshar,2000).
Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) merupakan sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat sekolah rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak lagi SAR yang tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana kategori sekolah-sekolah di Malaysia. SAR lazimnya diasaskan oleh tokoh-tokoh agama dan mengamalkan sistem pembelajaran tradisional, serta menggunakan kurikulum pembelajarannya yang tersendiri.
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.

• Sabda Rasulullah s.a.w :“ Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”(Riwayat al-Bukhari)
• Sabda Rasulullah s.a.w :“ Orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”(Riwayat Muslim)
• Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya."(Hadis riwayat At Tabrani).
Dari keterangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya ilmu Al-Quran dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan dengan permasalahan kepada mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun, hasil tinjauan yang dilakukan, didapati tidak banyak kajian berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran secara terperinci.
2.2 Kajian yang berkaitan
2.2.1Nik Rusila Bt Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas kerja dalam jurnal pendidik dan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara terperinci menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.
2.2.2 Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya.
Kajian ini berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Kajian ini melibatkan modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana, pada masa tersebut j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun satu.
2.2.3 Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu.
Kajian ini berkaitan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
Kajian ini berfokuskan kepada ketidakupayaan pelajar dalam menguasai tahap kemahiran membaca Al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, sifat dan fasahah yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej, atau institusi-institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Pelajar kurang lancar membaca Al-Quran
2. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid
3. Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf
4. Pelajar lemah tulisan jawi
2.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi subjek Al-Quran.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.
3.2 Kaedah kajian
Kaedah ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kaedah ini melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab dan akibat. Ianya juga melibatkan penetapan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25). Menurut Mohd Majid Konting, 1990 kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana penyelidik mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan borang soal selidik, kaedah temubual terhadap guru kelas dan melakukan ujian pra dan pos ke atas murid darjah Tiga Ishak. Izham (2000), menyatakan bahawa kebanyakkan penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik kerana responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat yang lebih baik kepada penyelidik. Soal selidik adalah alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik. Temubual pula lebih sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang soal selidik kurang jelas. Ujian Pra diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak adalah untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek Al-Quran manakala ujian pos dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid terhadap subjek Al-Quran setelah pelbagai kaedah digunakan untuk melihat peningkatan murid. Penyelidik juga menggunakan maklumat dari sumber lain seperti daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-kajian lepas dari sumber internet.
3.3 Kaedah analisis data
Kesemua data yang diperolehi daripada responden melalui edaran borang soal selidik dan ujian pra dan pos dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisian. Bagi maklumat seperti latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal yang dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan hubungan di antara satu sama lain.
Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan. Proses tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang responden dan Bahagian B berkenaan dengan faktor penguasaan Al-Quran. Bahagian A mengandungi empat item iaitu jantina, minat, tempat mula mempelajari Al-Quran dan kekerapan membaca Al-Quran di rumah. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan yang dibina berpandukan kepada persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.
3.4 Tempat kajian
Kajian ini dilakukan terhadap murid darjah Tiga Ishak Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka iaitu di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
3.5 Populasi dan persampelan
Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan semua murid Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka iaitu seramai 150 orang pelajar. 21 orang murid darjah Tiga Ishak dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Pengkaji mengumpul data dalam bentuk temubual guru kelas, mengedarkan borang soal selidik dan memberi ujian pra dan pos kepada murid-murid darjah Tiga Ishak. Data-data ini dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif di mana temubual dianalisis dalam bentuk kualitatif manakala soal selidik dan ujian pra dan pos pula dianalisis dalam bentuk kuantitatif.
4.2 Dapatan temubual
Pengkaji telah menemubual seorang guru kelas Tiga Ishak yang bernama Puan Patimah. Pelbagai soalan telah ditujukan kepada guru tersebut bagi mendapatkan jawapan dalam menjalankan proposal kajian tindakan ini. Antara soalan yang ditujukan kepada guru tersebut ialah:-

• Apakah tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak secara keseluruhan?
• Sejauh mana tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran?
• Apakah masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-Quran?
4.2.1 Soalan pertama yang telah pengkaji tujukan kepada guru tersebut ialah apakah tahap keupayaan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid dajah Tiga Ishak secara keseluruhannya?
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, di dapati tahap bacaan Al-Quran dalam kalangan murid yang dikaji tidaklah berada pada tahap yang terlalu lemah. Walau bagaimanapun, kelemahan dan ketidakupayaan sebilangan murid untuk membaca Al-Quran dengan baik dan lancar sebenarnya memang wujud. Menurut guru tersebut, terdapat 5 orang murid yang begitu lemah dalam subjek Al-Quran yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kelima-lima orang murid ini lemah dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Manakala hanya 3 orang murid sahaja yang menunjukkan prestasi yang tinggi dalam subjek ini dan selebihnya iaitu seramai 13 orang murid menunjukkan tahap yang sederhana dalam subjek Al-Quran.
4.2.2 Soalan seterusnya ialah sejauh mana tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran?
Menurut guru kelas darjah Tiga Ishak, kebanyakan murid-muridnya tidak tahu membaca kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf hijaiyyah dengan tepat. Kebanyakan murid-murid mempunyai sikap negatif terhadap penulisan huruf-huruf hijaiyyah seperti susah untuk dipelajari. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ini akan semakin ketinggalan dalam subjek Al-Quran. Walau bagaimanapun, murid-muridnya mempunyai sikap yang rajin dan mendengar arahan apabila disuruh untuk menyalin semula huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat di papan hitam. Melalui pemerhatian guru tersebut, murid-murid juga lebih suka atau gemar mendengar guru membaca Al-Quran dan kemudian mereka akan mengikut atau mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca oleh guru tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat menghafal dan mengingat bacaan Al-Quran berbanding dengan menulis dan membaca. Tambahan pula, pembacaan Al-Quran itu dilakukan dengan kaedah menyanyi menyebabkan murid-murid suka dan mudah untuk mengingatinya.
4.2.3Apakah masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-Quran?
Menurut guru tersebut, murid gagal dalam menguasai subjek Al-Quran ini disebabkan oleh sikap murid itu sendiri dalam menguasai subjek ini. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti tidak berminat dalam subjek Al-Quran, tidak memberi tumpuan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) berlangsung, mereka tidak mempraktikan pembacaan Al-Quran ini di rumah dan tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Kebanyakan murid suka bermain dan bersembang di dalam kelas dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap P&P di dalam kelas. Selain itu, mereka juga tidak faham dengan subjek ini menyebabkan kebanyakan mereka kurang berminat dengan apa yang diajar di dalam kelas.
Selain itu, faktor guru juga merupakan salah satu punca masalah murid dalam menguasai subjek Al-Quran ini. Hal ini demikian kerana, di sekolah ini hanya terdapat sebilangan kecil guru yang mahir dalam mengajar subjek Al-Quran. Kekurangan guru di sekolah turut mempengaruhi masalah ini. Selain itu, kekurangan bahan bantuan mengajar juga menyebabkan murid kurang berminat dengan subjek Al-Quran. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan guru di sekolah ini menggunakan kaedah tradisional atau lama dalam P&P.
Faktor seterusnya ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Terdapat sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka terutama dalam subjek Al-Quran. Hal ini demikian kerana ibu bapa terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengajar anak-anak mereka di rumah. Oleh sebab itu, anak-anak mereka tidak didedahkan dengan bacaan Al-Quran di rumah. Secara tidak langsung, menyebabkan anak-anak mereka lemah dalam subjek Al-Quran.

• Dapatan Soal selidik : Bahagian A
`Jadual 4.3.1: Jantina
JANTINABILANGANlelaki10perempuan11JUMLAH21
Jadual 4.3.1 dan carta pai menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya, sebanyak 21 responden telah terpilih untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan. Jadual menunjukkan responden terdiri daripada murid lelaki dan juga murid perempuan. Sebanyak 10 orang murid lelaki atau meliputi sebanyak 48% terlibat dalam menjayakan kajian ini. Manakala murid perempuan yang terlibat terdiri daripada 11 orang atau 52%. Ini menunjukkan responden perempuan lebih ramai terlibat berbanding responden lelaki dalam kajian ini.
Jadual 4.3.2: Minat murid terhadap subjek Al-Quran.
ITEMbilanganminat3kurang minat13tidak minat5JUMLAH21

Jadual 4.3.2 dan carta pai menunjukkan tahap minat responden terhadap subjek Al-Quran. Apa yang dapat dilihat di sini ialah sebanyak 13 orang iaitu 62% daripada keseluruhan responden menyatakan dengan bahawa mereka sememangnya kurang berminat untuk mempelajari subjek Al-Quran. Sebanyak 5 orang responden atau 24% daripada keseluruhan responden pula menyatakan bahawa mereka sememangnya tidak meminati dengan subjek Al-Quran. Manakala hanya 3 orang responden iaitu meliputi 14% responden menyatakan bahawa mereka meminati subjek Al-Quran. Hasil yang didapati bahawa sebahagian besar daripada responden sememangnya kurang berminat terhadap subjek Al-Quran.
Jadual 4.3.3: tempat bermulanya murid mempelajari Al-Quran
TEMPATBILANGANPERATUSrumah523.8sekolah tadika1047.6Sekolah rendah (KAFA)628.6JUMLAH21100%

Jadual 4.3.3 dan carta bar menunjukkan tempat di mana murid-murid mula mempelajari Al-Quran. Kebanyakan murid-murid darjah Tiga Ishak mula mendapat pendidikan awal Al-Quran di sekolah tadika dengan jumlah sebanyak 10 orang murid atau 47.6%. Seterusnya sebanyak 6 oarang murid atau 28.6% mula mendapat pendidikan Al-Quran di sekolah rendah (KAFA) dan diikuti di rumah sebanyak 5 orang murid atau 23.8%.
Jadual 4.3.4: kekerapan murid membaca Al-Quran di rumah.
ITEMBILANGANPERATUSsetiap hari14.8seminggu sekali1152.4seminggu 3 kali29.5tidak pernah733.3JUMLAH21100%
Jadual 4.3.4 dan carta bar menunjukkan kekerapan murid darjah Tiga Ishak dalam membaca Al-Quran di rumah. Kebanyakan murid darjah Tiga Ishak membaca Al-Quran di rumah hanya seminggu sekali dengan jumlah 11 orang murid atau 52.4%. Seterusnya adalah tidak pernah membaca Al-Quran di rumah dengan jumlah sebanyak 7 orang murid atau 33.3%. ini diikuti dengan 2 orang murid atau 9.5% membaca Al-Quran di rumah sebanyak seminggu 3 kali. Akhir sekali ialah setiap hari yang membaca Al-Quran di rumah hanya seorang murid sahaja dengan 4.8%.

• Dapatan soal selidik - Bahagian B
Jadual 4.4.1 : Murid menyukai guru Al-Quran
ITEM SUKAKEKERAPANPERATUSya1885.7tidak314.3JUMLAH21100 %

• Jadual 4.4.1 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap guru yang mengajar mereka dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 18 orang murid atau 85.7% menyukai guru mereka dalam mengajar subjek Al-Quran. Manakala hanya 3 orang murid atau 14.3% tidak menyukai guru mereka.
Jadual 4.4.2: Kefahaman murid terhadap cara guru mengajar Al-Quran.
ITEMKEKERAPANPERATUSya838tidak1362JUMLAH21100 %

• Jadual 4.4.2 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap kefahaman mereka dengan cara guru mengajar dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 13 orang murid atau 62% tidak faham dengan cara guru mereka mengajar dalam subjek Al-Quran. Manakala hanya 8 orang murid atau 38% faham dengan cara guru mengajar dalam subjek Al-Quran.
• Jadual 4.4.3: Kefahaman murid terhadap membaca Al-Quran, menulis dan menghafal
• Al-Quran
ITEMMEMBACAMENULISMENGENAL HURUFya101015tidak11116JUMLAH212121

• Jadual 4.4.3 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap bacaan Al-Quran, menulis dan mengenal huruf hijaiyyah. Sebanyak 15 orang murid dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. Manakala hanya 6 orang murid tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik dan tepat. Bagi membaca dan menulis masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak 10 orang murid tahu membaca Al-Quran dan menulis huruf hijaiyyah manakala 11 orang murid tidak tahu membaca Al-Quran dan menulis huruf hijaiyyah.
• Dapatan Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek Al-Quran. Ujian pra ini mengandungi tiga soalan yang berkaitan dengan subjek Al-Quran iaitu soalan mengenai kemahiran mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca surah Al-Maidah ayat 5. Masa yang diberikan untuk menjawab ujian pra ini ialah 25 minit.

Rajah 4.5.1 : Kefahaman murid dalam menjawab ujian pra

Rajah 4.5.1 menunjukkan seramai 16 orang murid iaitu 77% daripada 21 orang murid darjah Tiga Ishak yang mampu menjawab ujian pra yang diedarkan oleh pengkaji dan 5 orang iaitu 23% lagi tidak mampu menjawab ke semua soalan tersebut. Kelima-lima murid tersebut masing-masing memiliki markah serendah 39/100 ke bawah.

• Dapatan Ujian Pos
Untuk menilai keberkesanan tindakan yang di ambil, satu ujian pos diberikan kepada lima orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran dengan kebenaran guru kelas Tiga Ishak. Langkah dan soalan yang sama dengan ujian Pra sebelum ini diberikan kepada lima orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran ini. Kaedah ini bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada murid-murid berkaitan subjek Al-Quran. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan murid berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.
Ujian pos ini diberikan selepas tiga minggu di mana kelima-lima murid yang lemah ini diberi latihan yang berterusan bagi meningkatkan prestasi mereka dalam subjek ini. Lima orang murid yang lemah diminta supaya menulis satu huruf sambil menyebutkannya sebanyak dua muka surat di dalam buku latihan yang telah disediakan pada setiap jam pertama kelas iaitu pada jam 3.00pm hingga 4.00pm setiap hari. Selepas menyiapkan latihan, baharulah murid tersebut dibenarkan duduk bersama-sama dengan murid lain di dalam kelas bagi meneruskan pembelajaran mereka dan membuat tugasan baru dalam subjek Al-Quran. Kaedah ini telah mendatangkan kesan yang positif ke atas lima orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran.
Rajah 4.6.1: Perbandingan ujian pra dan pos bagi lima orang murid.
NamaMarkah ujian praGredMarkah ujian posGredHana31D72BAisyah23D66BFakrul37D80ASaiful28D69BFatih20D50C
Skema pemarkahan :

• 80 – 100
• 66 – 79
• 40 – 65
• 0 – 39
Rajah 4.6.1 menunjukkan perbandingan ujian pra dan pos bagi lima murid yang lemah dalam subjek Al-Quran iaitu terdiri daripada Hana, Aisyah, Fakrul, Saiful dan Fatih. Berdasarkan pada rajah tersebut didapati terdapat lonjakan perubahan kecemerlangan ke atas kelima-lima murid yang lemah dalam subjek Al-Quran ini. Kelima murid ini telah mendapat markah yang tinggi dan lulus dalam ujian pos ini berbanding markah ujian pra di mana kesemuanya mendapat markah yang rendah dan gagal dalam ujian ini. Dalam ujian pos ini, Fakrul telah mendapat markah yang tinggi iaitu 80 markah dengan gred A. Manakala Hana, Aisyah dan Saiful masing-masing mendapat gerd B dalam ujian pos ini dengan markah 72, 66, dan 69. Fatih pula mendapat gred C dengan 50 markah. Oleh itu, latihan berterusan perlu diberikan kepada Fatih bagi meningkatkan lagi markahnya dalam ujian yang seterusnya.
BAB 5: PERBINCANGAN
5.1Perbincangan masalah
Pengkaji telah mengenal pasti masalah sebenar murid darjah Tiga Ishak dalam subjek Al-Quran iaitu mereka mempunyai masalah dalam 3M (mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca).

• Murid-murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyyah dengan baik. Ini kerana kurangnya pendedahan dari awal pendidikan kanak-kanak terhadap bahan bacaan dan penulisan jawi yang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan di antara tulisan jawi dengan tulisan Arab.
• Murid-murid juga tidak dapat menguasai penulisan dalam huruf hijaiyyah. Ini disebabkan oleh, kurangnya pendedahan maklumat berkenaan dengan bahan ilmiah dalam huruf hijaiyyah. Terdapat juga segelintir daripada mereka kurang berminat untuk membuat latihan menulis. Oleh sebab itu, mereka lemah dan tidak dapat membiasakan diri dalam menguasai penulisan ini dengan baik.
• Murid-murid darjah Tiga Ishak yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik kerana kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran (hijaiyyah) dengan betul. Walau bagaimanapun, mereka dapat mempelajarinya dan menghafal Al-Quran melalui pendengaran bacaan Al-Quran oleh guru. Murid-murid ini kemudiannya akan mengikut atau mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca oleh guru tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat menghafal dan mengingat bacaan Al-Quran. Selain itu, murid-murid ini juga dapat mempelajari teknik membaca dan menghafal Al-Quran melalui bahan-bahan berbentuk audio, visual dan audio visual yang bercorakkan nyanyian ataupun hiburan. Kaedah ini dapat membantu murid-murid membaca dan menghafal ayat atau surah dengan lebih efektif walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran.
5.2Punca-punca yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai subjek Al-Quran :

• Murid tidak dapat pendidikan awal Al-Quran oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.
Di sebabkan kejahilan dan sikap tidak minat ibu bapa atau penjaga terhadap ilmu Al-Quran ini menyebabkan anak-anak dibiarkan begitu sahaja di dalam kejahilan tanpa didedahkan secara khusus terhadap pembelajaran Al-Quran ini.
Selain itu, kesibukan ibu bapa dalam urusan duniawi tanpa sepadan untuk meluangkan masa dengan anak-anak juga merupakan antara faktor penyebab kegagalan mereka dalam menguasai ilmu Al-Quran. Anak-anak dibiarkan dengan urusan sendiri sehinggakan mereka tidak diberi penekanan terhadap ilmu-ilmu Al-Quran secara formal seperti menghantar anak-anak ke sekolah agama rakyat atau melalui pengajian bertalaqqi bersama guru yang mahir ilmu Al-Quran. Anak-anak ini juga tidak didedahkan dengan penggunaan video cakera padat Al-Quran, buku-buku jawi dan sebagainya di rumah bagi mendalami ilmu agama dan Al-Quran.
Terdapat juga ibu bapa yang hanya mementingkan pembelajaran akademik semata-mata tanpa mengendahkan pengajian Al-Quran ini. Mereka lebih sanggup membelanjakan wang mereka beratus ribu ringgit untuk membiayai perbelanjaan kelas tambahan anak-anak mereka berbanding dengan kelas pengajian Al-Quran dan fardu ain. Secara tidak langsung menyebabkan anak-anak lemah dalam subjek Al-Quran.

• Suasana dan budaya membaca Al-Quran tidak berlaku dalam masyarakat.
Anak-anak zaman sekarang tidak didedahkan secara langsung terhadap suasana ilmu Al-Quran oleh ibu bapa atau masyarakat sama ada melalui aktiviti tadarus Al-Quran secara beramai-beramai, kelas pengajian Al-Quran dan program-program ilmiah berkaitan celik Al-Quran. Masyarakat setempat juga kurang berperanan dalam memikul tanggungjawab ini bagi memastikan anak-anak setempat diberi pengetahuan yang mengimbangi pendidikan akademik dan pendidikan agama.

• Media massa (media elektronik & media cetak) kurang mendedahkan program-program ilmiah yang berteraskan jawi dan Al-Quran.
Media massa adalah salah satu saluran terbaik bagi menyampaikan rancangan berbentuk ilmiah berteraskan jawi dan Al-Quran. Pada pandangan pengkaji, media massa tidak berperanan dengan baik dalam menyalurkan program-program ilmiah yang berteraskan Al-Quran berbanding program-program hiburan kepada masyarakat. Mereka hanya lebih mencari keuntungan dari mendidik manusia berpengetahuan luas dalam segenap bidang ilmu tanpa ada diskriminasi terhadap ilmu pengetahuan itu sendiri. Media cetak juga tidak banyak berperanan untuk membuat penambahbaikan dan memperkembangkan lagi tulisan jawi di dalam akhbar-akhbar dan majalah.

• Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang Al-Quran.
Di sesetengah penempatan juga berlaku kekurangan tenaga pengajar yang mahir menyebabkan masyarakat tidak berpeluang menimba ilmu pengetahuan agama khususnya ilmu Al-Quran dan jawi. Tenaga pengajar yang ada tidak mencukupi untuk menampung anggota masyarakat yang ramai bagi memastikan ilmu itu dapat disebar secara meluas dan praktikal.
5.3Cadangan dalam mengembalikan masyarakat celik Al-Quran.

• Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana membaca Al-Quran sejak dari perut ibu mengandung lagi dan di dalam rumah dengan memutarkan bacaan-bacaan Al-Quran dan mendidik anak dengan memberi pendedahan secara formal atau tidak formal sama ada melalui pendekatan video interaktif atau mengamalkan bacaan tadarus Al-Quran bersama dengan ahli keluarga dan jiran tetangga.
• Program-program yang telah disiarkan melalui stesen televisyen yang tertentu seperti tilawah interaktif, akademi Al-Quran, imam muda, mari bertarannum, mari mengaji dan sebagainya perlu diteruskan dan di perbanyakan lagi program seumpamanya dengan diberi pemurnian yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat sekarang supaya ia lebih dekat di hati dan mesra penonton.
• Kelas pengajian fardu ain dan tenaga pengajar perlu di perbanyakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Kelas fardu ain ini juga merupakan tempat untuk pelajar-pelajar menimba ilmu agama selain ilmu akademik yang telah mereka pelajari di sekolah rendah membantu membentuk peribadi yang baik. Tenaga pengajar mahir yang sedikit akan membebankan mereka dalam membantu pembentukan generasi celik Al-Quran secara praktikal.
• Perisian-perisian komputer yang berteraskan Al-Quran perlu di perbanyakan dan di sebar luaskan. Ini membolehkan para pelajar dapat menimba ilmu melalui perisian-perisian yang lebih praktikal dan menarik minat remaja untuk mendekati dengan lebih dekat lagi terhadap ilmu Al-Quran.
• Tenaga pengajar mahir juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajian berteraskan teknik-teknik mudah mengenal Al-Quran sebagai alat bantu mengajar. Contohnya, kaedah qiraati atau iqra’ dan kaedah al-Baghdadi (kaedah lama) yang perlu dikekalkan dan diberi pemurnian. Kaedah-kaedah ini merupakan satu pendekatan yang praktikal dan lebih mudah bagi pelajar-pelajar untuk menguasai subjek Al-Quran dengan baik.
• Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menyuburkan kembali aktiviti-aktiviti kerohanian yang mencorakkan warga dan ahli masyarakat terdedah kepada majlis-majlis ilmu khususnya dalam pengajian Al-Quran sebagai contohnya menganjurkan program tadarus Al-Quran secara berkala dan secara berterusan. Selain itu, pertandingan menghafal Al-Quran dengan menghafal surah-surah lazim perlu didedahkan sejak awal kanak-kanak lagi agar mereka dapat mencambah dan membenihkan minat mereka terhadap ilmu Al-Quran ini.
5.4KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap subjek Al-Quran. Pencapaian murid semakin baik dengan adanya latih tubi, alat bantu belajar (ABM), kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan di dalam kelas. Selain itu, kaedah ini juga telah berjaya menarik minat murid darjah Tiga Ishak dalam subjek Al-Quran dan berjaya meningkatkan motivasi murid di samping mengembirakan murid dalam proses pembelajaran. Kaedah yang dijalankan dengan kerjasama guru kelas secara tidak langsung, memberi impak yang positif kepada proses pembelajaran murid.
SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

• Jantina
• Lelaki ( )Perempuan ( )
• Adakah anda minat dengan subjek Al-Qur’an?
• Minat ()
• Kurang minat ()
• Tidak minat ()
• Anda mula mempelajari Al-Quran di:-
• Rumah()
• Sekolah tadika()
• Sekolah rendah (KAFA)()
• Berapa kali anda membaca Al-Quran di rumah
• Setiap hari () Seminggu 1 kali ( )
• Seminggu 3 kali ()Tidak pernah ( )
BAHAGIAN B: FAKTOR PENGUASAAN AL-QURAN

• Adakah anda suka Ustaz / Ustazah yang mengajar anda disekolah? : YaTidak
• Adakah anda faham dengan cara ustaz / ustazah mengajar anda ? : YaTidak
• Adakah anda tahu membaca Al-Quran?Ya Tidak
• Adakah anda pandai menulis jawi?Ya Tidak
• Adakah anda mengenal huruf hijaiyyah? Ya Tidak
UJIAN PRA DAN UJIAN POS

• Sebutkan huruf-huruf dibawah.
يءلاهشسبلاتنضصثقفغعخحجدةروذظز

• Sila tulis huruf yang diminta.
• Jim :__________6. Kaf :_________
• Ha :__________7. Lam :__________
• Ra’ :__________8. Mim :__________
• Lam alif :_________9. Nun :_________
• Hamzah :__________10. Wau :_________
• Sila baca potongan ayat di bawah.
ا.
Jadual kelas Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Cempaka.
Isnin3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRSirahBahasa ArabSDarjah 2Al-QuranEBahasa ArabAkidahODarjah 3Al-QuranHFekahSirahLDarjah 4Al-QuranAAkhlakFekahADarjah 5Al-QuranTAkidahAkhlakT
Selasa3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRAkidahAkhlakSDarjah 2Al-QuranESirahFekahODarjah 3Al-QuranHAkhlakBahasa ArabLDarjah 4Al-QuranABahasa ArabAkidahADarjah 5Al-QuranTFekahSirahT
Rabu3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRFekahAkhlakSDarjah 2Al-QuranEAkhakFekahODarjah 3Al-QuranHAkidahBahasa ArabLDarjah 4Al-QuranASirahAkidahADarjah 5Al-QuranTBahasa ArabSirahT
Khamis3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRAkhlakAkidahSDarjah 2Al-QuranEFekahSirahODarjah 3Al-QuranHBahasa ArabAkhlakLDarjah 4Al-QuranAAkidahBahasa ArabADarjah 5Al-QuranTSirahFekahT
Jumaat3.00pm-4.00pm4.00pm-4.15pm4.15pm-4.45pm4.45pm-5.15pm5.15pm-6.00pmDarjah 1Al-QuranRBahasa ArabAkidahSDarjah 2Al-QuranEAkidahSirahODarjah 3Al-QuranHSirahAkhlakLDarjah 4Al-QuranAFekahBahasa ArabADarjah 5Al-QuranTAkhlakFekahT
JADUAL ANGGARAN PERBELANJAAN
BILITEMJUMLAH1Kos perjalanan (pergi dan balik) Rm 74.00 x 2RM 148.002Percetakan soal selidikRM 2.203Percetakan proposalRM 8.00JUMLAHRM 158.20
JADUAL KERJA
BILPERKARATARIKH1Mesyuarat Jawatankuasa05.8.20112Penulisan kertas cadangan12.8.20112Mesyuarat perancangan19.8.20114Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos22.8.20115Pelaksanaan data ujian pra26.8.20116Memproses data ujian pra09.9.20117Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian16.9.20118Analisis data ujian pra, dan pemerhatian23.9.2011
GAMBAR MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA

RUJUKAN
Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Book
Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya di capai dari http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/2011/05/kajian-tulisan-jawi.html
Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah sekolah
Menengah terpilih di Negeri Terengganu.
Mohd Aderi Che Noh. Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi
Guru di Sekolah Menengah Harian. Di capai dari http://journalarticle.ukm.my/765/1/5_0.pdf
Mohd Alwi Yusoff. et al. Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al Quran.
Di capai dari http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/ahmadKUIMkk.pdf
Mohd Abbas Bin Abdul Latiff & Farihatun Nadia Binti Yaacob. Persepsi Pelajar Terhadap
Program Membudayakan Al-Quran dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar. Di capai dari http://eprints.utm.my/10434/1/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PROGRAM_MEMBUDAYAKAN.pdf