Your SlideShare is downloading. ×
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni

11,941

Published on

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI-EMOSI, KOGNITIF, FIZIKAL, SOSIAL DAN EFEKTIF

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI-EMOSI, KOGNITIF, FIZIKAL, SOSIAL DAN EFEKTIF

Published in: Education
1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
11,941
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
401
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI - Kepentingan dari segi Emosi, kognitif, fizikal, afektif dan sosial MURNI MOHAMAT @ ABDUL
  • 2. ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 Pengenalan 3 2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5 3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5 4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 6 5.0 Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 10 6.0 Kajian dan Tinjauan Sukan Sepanjang Hayat di Sekolah 11 Luar Negara 7.0 Brosur Program Sukan Sepanjang Hayat 18 8.0 Kesimpulan 18 9.0 Rujukan 18
  • 3. 1.0 PENGENALAN Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.Sukan rekreasi mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialahuntuk mencari kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukanatas pilihan sendiri , dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannyadilakukan secara berkumpulan . aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentukpertandingan dan persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang .Maklumat asas tentang sukan rekreasi amat penting untuk kita mengertiketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya dikalangan peserta , pendidik, penganjur acara, dan para professional. Sukan rekreasikadangkala dikenali sebagai sukan intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal,aktiviti fizikal atau program kecergasan . namun , semua istilah ini tidakmemberikan keterangan lengkap dan makna yang sebernya selagi ia tidak dinilaidari sesuatu perspektif. Sukan rekreasi dipayungi istilah yang lebih besar sepertileisure, rekreasi dan sukan.Leisure: leisure bermaksud ´masa lapang , ´ satu aktiviti atau ´ keadaandalam fikiran . Di Malaysia , konsep ini dirujuk sebagai ´ aktiviti masa lapang . Kataini berasal daripada kata latin , licere yang bermaksud ´bebas. Ia kadangkaladikaitkan dengan bahasa Perancis, „loisir‟yang bermaksud ´diizinkan .Dapat disimpulkan makna „leisure‟ berada dalam konteks masa kadangkala disebutmasa senggang .Masa lapang adalah masa yang digunakan oleh seseorang individuatau kumpulan secara sukarela untuk beraktiviti sama ada bersukan, berkelah ataubersiar-siar . Mereka bebas memilih aktiviti tanpa ada unsur paksaan.
  • 4. 2.0 Konsep sukan rekreasi Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi danberturutan, merupakan sebahagian daripada pendidikan bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan sertakecergasan dalam kehidupan seharian. Proses pembelajaran yang dilaksanakan merangkumi aspek-aspek tertentu akan diberi peluang kepada pelajar untuk mencuba semua aktiviti fizikal.Menurut daripada pakar Pendidikan Jasmani pada tahun 1990-an. Pendidikan Jasmani diterima secara luas sebagai model “Pendidikan Jasmani dikatakan merupakan pendidikan dari, tentangdan melalui aktiviti jasmani”.Pendidikan Jasmani diertikan sebagaipendidikan melalui fizikal. Pendidikan Jasmani terkaitan dengan kelompok , pembelajaran mental,intelektual, emosional dan estetika.Pendidikan melalui fizikal maksudnya adalah pendidikan melalui aktiviti yang mencakupi semua aspek perkembangan pendidikan termasuk pertumbuhan mental dan sosial murid. Berasaskan aktiviti darat Lasak Alam Berasaskan aktiviti air Berasakan aktiviti dalaman Campuran kedua aktiviti Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat.
  • 5. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalampembentukan personaliti . pembangunan insan pembangunan negara gaya hidup sihat kepimpinan kecerdasan sosialisasi pendidikan sepanjang hayat dinamik kumpulan 3.0 Definisi Sukan Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaanumum istilah tersebut.Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dansebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagaisukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Sukanterdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dansebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
  • 6. sebagaisukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja.Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan „demi‟ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikal seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya.Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan- makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi.Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat. 4.0KEPENTINGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI Sukan dan rekreasi dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, psikomotor, afektif, dan kognitif murid- murid. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan
  • 7. keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka dalam:- i. Meningkatkan daya tahan otot ii.Menguatkan sistem kardiovaskular iii. Mengelakan kecederaan iv. Meningkatkan kekuatan badan v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor x. Membantu pengembangan diri individu xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan motor. • Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran. • Senaman sebagai rutin harian secara berterusan • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal • Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat. 4.1Kepentingan Emosi • Meningkatkan minat untuk bersukan
  • 8. • Menghilangkan stress dan tekanan • Menimbulkan perasaan gembira • Mengawal emosi • Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi • Boleh membuat keputusan dengan bijak • Boleh memupuk perasaan sabar • Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya • Boleh memahami perasaan orang lain 4.2 Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal Matlamat aktiviti fizikal dalam sukan adalah untuk membina masyarakat dengan membantu perkembangan diri individu dalam memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi. • Sukan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan. • Sukan mendatangkan keseronokan dan kepuasan. • Sukan merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang hayat. 4.3 Aspek Kognitif Pembangunan Kognitif melibatkan pengumpulan keupayaan berfikir serta menginterpretasi.Pembangunan Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemenkreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan, pengamalan dan pengukuhan.Pengetahuan dalam aktiviti Pendidikan luar misalnya dapat menjadikan Pendidikan luar dapatdilaksanakan dengan berkesan.Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagimenjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna.Kebaikan pendidikanluar boleh memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif.Selainitu, pendidikan Jasmani bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikirseperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti.Aspek Kognitif merangkumi pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padangpermainan gelanggang, olahraga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yangdiceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil yang baik akan diperolehi bukan sajamemberi kekuatan fizikal ,malah harus memberi kekuatan kognitif.Dalam aspek Kognitif beberapa sifat yang penting memainkan
  • 9. peranan yang tertentu.Aspek Kognitif adalah kemampuan murid-murid dalam berfikir, mengetahui dan memecahkanmasalah, penyelesaian masalah, selain itu murid hendaklah mempunyaisikap ingin tahu dan sikap berimaginasi kreatif dan kritis.Kepentingan Intelektual dapat; • Membentuk daya pemikiran yang positif • Melahirkan modal insan yang celik akal • Menyihatkan kesihatan otak • Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis • Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat • Dapat membentuk idea-idea yang bernas • Dapat berfikir dengan waras • Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir 4.4Kepentingan Persekitaran Sosial Sukandan rekreasi adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat.Dengan kata lain sukan berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat.Sifat kepimpinan yang baik melalui sukan dan rekreasi merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti , sukan dan rekreasi mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. • Mengeratkan hubungan antara keluarga, pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan guru dengan pelajar sentiasa baik • Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain • Mewujudkan komunikasi yang positif • Meningkatkan kualiti hidup • Mewujudkan persekitaran yang sihat • Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi • Menggalakan gaya hidup sihat • Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan • Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan • Membantu membina hubungan yang sihat
  • 10. 4.5Kepentingan Sukan Jasmani dalamkurikulum sekolah Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup. 4.6Kepentingan sukandan rekreasi dari segi Afektif Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Sukan mampu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan.Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi.Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara
  • 11. (vii) Bersikap positif 5.0PROGRAM SUKAN DAN REKREASI YANG MAMPU DILAKSANAKAN DI SEKOLAH Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1S adalah seperti berikut: a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun ♦ Latihan Rumah Sukan (wajib) ➤ Merentas desa ➤ Sukan / permainan ➤ Balapan dan padang ♦ Pertandingan Merentas Desa( wajib ) ♦ Sukantara (wajib) ♦ Kejohanan Balapan dan Padang b) Kelab Sukan dan Permainan (wajib) - sepanjang tahun ♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah ♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah ♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun ♦ Pertandingan antara rumah sukan ♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas ♦ Pertandingan antara dorm di asrama d) Pertandingan Lain ♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) ♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) ♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa e) Aktiviti Sukan Lain
  • 12. 6.0 KAJIAN DAN TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DI LUAR NEGARA Usaha yang hanya terarah kepada kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik akan mengakibatkan pelajar menjadi pasif. Oleh itu, usaha berkesan untuk melahirkan pelajar proaktif dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ialah dengan membahagikan masa antara pelajaran dan sukan. Kita dapat melihat usaha ini dilaksanakan dengan mewujudkan Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) seperti Sekolah Sukan Negeri SMK Tun Hussein Onn, Kluang, Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pencapaian pelajar di peringkat negeri dijadikan batu loncatan untuk memastikan pelajar memaksimumkan usaha mengasah bakat mereka ketika di SSM kerana mereka akan mewakili negara dalam kejohanan sukan di peringkat dunia. Sumbangan sekolah sukan dapat dilihat daripada kejayaan atlit negara yang berkebolehan dan berdisiplin dalam kejohanan tertentu.Dalam hal ini, kita tidak dapat menolak anggapan bahawa SSM dan SSN sudah berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Negara luar sedang memerhatikan perkembangan positif ini dan kelihatan negara ASEAN yang lain seperti sudah ketinggalan standard permainan mereka berbanding di negara Malaysia. Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci. 6.1 PERKEMBANGAN AWAL
  • 13. Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius. Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan .Ini berlarustan sehingga abad ke 17. Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang. Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland. Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu.Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan.Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya.dikuasai oleh Amerika Syarikat. Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini. Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran
  • 14. kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta- peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand. Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan . Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan. Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik. Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece ( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin.Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
  • 15. Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh .Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia.Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta. Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992.Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan.Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia. Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkanwang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang atlet. Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik , Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang
  • 16. bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini.Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini. 6.2 OLAHRAGA WANITA Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi.Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri. Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki.Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita. Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International.Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita.Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya.Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita.Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai. 6.3 OLAHRAGA Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. Acara balapan 2. Acara-acara padang 6.4 ACARA BALAPAN
  • 17. Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki. Acara balapan ialah :- 1. Lari Pecut a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter 2. Lari berganti-ganti a) 4 x 100 meter b) 4 x 200 c) 4 x 400 3. Lari berpagar a) 100 meter wanita b) 110 meter lelaki c) 400 meter 4. Steeplechase a) 3,000 meter 5. Lari jarak sedarhana dan jauh a) 800 meter b) 1,500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter e) 10,000 meter 6. Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km
  • 18. 6.5 ACARA- ACARA PADANG 1. Acara lompatan 2. Acara balingan Terdapat dua jenis acara lompatan: a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang. 1. Acara Balingan : a) lempar cakera b) rejam lembing c) lempar tukul d) lontar peluru. Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga : a) Decathlon b) Penthathlon c) Marathon d) Merentas desa 7.0 BROSUR SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI ( Rujuk lampiran ) 8.0 KESIMPULAN Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan minda kelas pertamayang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS).Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasimenjadi salahsatu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani.Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkankeadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.
  • 19. 9.0 RUJUKAN Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kementerian Belia dan Sukan.(1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia.(1997). Sekolah bestari di Malaysia. Kuala Lumpur: Pasukan Petugas Sekolah Bestari. http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/dasar1m1s.pdf http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi

×