Your SlideShare is downloading. ×
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Remot sensing dan kepentingan
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Remot sensing dan kepentingan

5,839

Published on

Published in: Education, Technology, Travel
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,839
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
141
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1.
• Pengenalan
Remote Sensing atau penderia jauh adalah salah satu daripada teknologi yang tertua di dunia dan digunakan sejak berabad-abad yang lalu. Teknologi itu kini digunakan secara meluas dengan pelbagai pembaharuan yang semakin canggih sehinggakan kita bukan sahaja mampu untuk melihat keluasan sesuatu kawasan, tetapi juga sehingga ke peringkat apakah jenis kasut yang dipakai oleh seseorang.
Teknologi remot sensing atau penderiaan jauh merupakan teknologi yang menggunakan satelit untuk merakam gambar sebarang aktiviti alam dan manusia di bumi. la mula diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk tujuan ketenteraan terutama semasa peperangan. Pada 1972 Amerika Syarikat turut menggunakan teknologi itu untuk mengintip keluasan tanaman gandum Russia. Amerika Syarikat berbuat demikian untuk menganggarkan keluaran gandum Russia sekali gus Aamerika Syarikat dapat menentukan harga gandurn itu di pasaran dunia.
Definisi remote sensing
Remote Sensing merupakan terjemahan dari istilah penginderaan jauh. Mengikut Lillesand dan Kiefer (1998), Remote Sensing adalah ilmu dan seni untuk memperolehi informasi tentang suatu objek, daerah, atau fenomena melalui analisis data yang diperoleh dengan suatu alat tanpa kontak langsung dengan objek, daerah, atau fenomena yang dikaji.
Menurut Curran ( 1985).Penginderaan jauh (remote sensing), adalah penggunaan sensor radiasi elektromagnetik untuk merekam gambar lingkungan bumi yang dapat diinterpretasikan sehingga menghasilkan informasi yang berguna.
Menurut, Colwell,( 1984). Penginderaan jauh (remote sensing), adalah suatu pengukuran atau perolehan data pada objek di permukaan bumi dari satelit atau instrumen lain di atas jauh dari objek yang diFoto udara, citra satelit, dan citra radar adalah beberapa bentuk penginderaan jauh.
Kepentingan remote sensing
Kemajuan penerokaan angkasa lepas banyak berfaedah kepada beberapa bidang tertentu.  Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan.  Satelit navigasi menerusi teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA.  Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah.  Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini.  Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut.  Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-kapal lain yang sedang melalui perairan negara.
Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas ialah bidang geografi.  Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh.  Sebarang bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih awal.  Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat diambil.  Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah.  Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara lebih baik dengan bantuan satelit.
Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan.  Oleh kerana perairan negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik.  Perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasan-kawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia.  Oleh yang demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan.
Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang besar kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini.  Antara bidang industri aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat.  Bidang ini telah mencambahkan hasilnya di negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa pemandu pertamanya pada tahun 2001.  Pesawat yang dikenali sebagai Eagle Airborne Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama  dengan British Aerospace System (BAE).  Selain daripada membantu kemajuan sistem pertahanan negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke luar negara.

• Pengenalan
Apabila berbicara mengenai satelit, sudah tentu ramai daripada kita telah sedia maklum mengenai teknologi tersebut terutama bagi mereka yang telah mempunyai siaran televisyen satelit. Secara mudahnya, begitulah caranya teknologi satelit berfungsi iaitu satu alatakan dipasang di bumi (di rumah untuk siaran televisyen) yang kemudiannya dihubungkan dengan satelit yang terdapat di angkasa. Stesen televisyen yang menawarkan perkhidmatan televisyen tersebut akan memancarkan siarannya kepada satelit di angkasa (yang mengelilingi bumi) dan kemudiannya satelit tersebut akan memantulkan siaran tersebut kepada semua alat penerima signal berbentuk piring (satellite receiver) yang terdapat di bumi atau bumbung rumah kita.
Satelit untuk kegunaan siaran televisyen tersebut dikenali sebagai satelit komunikasi kerana kemampuannya untuk menghantar bunyi, data, video dan grafik dari satu lokasi kepada lokasi yang lain. Bentuk komunikasi yang digunakan membabitkan penggunaan satelit yang mampu melakukan komunikasi, menyiarkan siaran televisyen, radio atau apa-apa signal yang dipancarkan dari pemancar di bumi.
Definisi Satelit
Terdapat banyak  definisi  yang diberikan berhubung  dengan perkataan satelit. Ianya bergantung kepada sudut mana definisi itu diberi samaada dari sudut bahasa,saintifik,teknologi dan  sebagainya.   Dari  sudut bahasa mengikut kamus satelit didefinisikan sebagai…planet yang mengedari  planet lain yang lebih besar . Sementara itu satelit juga didefinisikan sebagai “ natural body in space orbiting around the larger body especially plane ”.  Dengan itu satelit adalah satu objek yang  berputar atau beredar mengeliling satu objek yang lain seperti bulan adalah satelit kepada bumi atau bumi adalah satelit kepada matahari.
Satelit didefinisikan berdasarkan teknologi komunikasi sebagai satu parabola digunakan sebagai komunikasi perhubungan tanpa wayar sebagai penghubung seperti  mobil telefon,siaran television dan sebagainya.  Sementara komunikasi bagi tujuan perbincangan ini difokuskan kepada perhubungan diantara dua pihak termasuk bagi penghantaran dan penerimaan data. Satelit komunikasi pula merujuk kepada suatu teknologi komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan satelit parabola yang berada di angkasa mengeliling dunia. Secara  amnya satelit  mengandungi  dua element asas iaitu satelit dan stesyen  bumi.
Kepentingan Satelit
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan Satelit Komunikasi. Kemajuan satelit komunikasi telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan satelit. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Sebagai contohnya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Jika dahulu ada yang merujuk kepada keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Contohnya, Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia untuk mengawal. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal.
Teknologi satelit komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan”.Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Siaran langsung seperti konsert, perlawanan bola sepak dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Jepun mahupun Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung.
Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro. telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasa nikmat ini.
Kewujudan satelit komunikasi turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Bagi sekolah yang berada di pedalaman boleh menggunakan kemodahan para bola untuk melayari internet.
Pengenalan
Sistem suria kita terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi, komet, meteoroid dan asteroid. Sistem suria terletak di dalam galaksi yang bernama Bima Sakti. Iaitu di antara berjuta galaksi di alam semesta. Sembilan planet yang mengorbit matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Planet” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "pengembara" kerana planet-planet ini kelihatan bergerak laju apabila dilihat melalui teleskop. Semua planet kecuali Utarid dan Zuhrah mempunyai satelit semula jadi yang sentiasa mengorbit planet. Satelit semula jadi Bumi dinamakan bulan dan satelit ini tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya dari Matahari.
Selain planet-planet, terdapat juga serpihan kecil atau dunia kerdil yang terapung di angkasa yang dinamai asteroid. Asteroid merupakan satu lingkaran yang wujud di antara Marikh dan Musytari. Lingkaran asteroid ini membahagikan sistem suria kepada dua kumpulan iaitu, planet kerdil dan planet gergasi.
Definisi Sistem Suria
Sistem suria merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti. Terdiri daripada berbilion bintang, sembilan buah planet, Metaor, asteroid dan komet yang mengelilingi Matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
Kepentingan sistem solar