Your SlideShare is downloading. ×
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Gambaran vle
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Gambaran vle

143

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
143
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.3 Gambaran Keseluruhan Frog VLE (Pengguna: Guru) 1.3 Frog VLE Overview (User: Staff)
  • 2. transforming education through the Internet 8 TUGASAN: Memberi gambaran keseluruhan tentang Frog VLE. OBJEKTIF: Memastikanpenggunamemahamisecaraumumfungsi-fungsiFrogVLEagarmerekabolehmenggunakannya dengan lebih berkesan. TEMPOH MASA: 20 minit ALATAN DIPERLUKAN: • VIDEO 1.3 – Gambaran Keseluruhan Frog VLE • Komputer • Papan putih • Pen dan buku nota • Projektor TATACARA: 1. PENGENALAN Frog VLE adalah sejenis VLE yang dipilih untuk pelaksanaan projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai komuniti pembelajaran untuk warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah sistem pembelajaran yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep pendidikan konvensional dan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan memeriksa tugasan secara maya, sementara pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah mereka menerusi VLE. Para guru dan pelajar turut boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan akan dapat dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa kerana Frog VLE adalah berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Dengan ini, proses pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 2. OBJEKTIF Memastikan pengguna memahami fungsi-fungsi VLE. 3. LOG MASUK KE DALAM VLE Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE. Gambaran Keseluruhan Frog VLE
  • 3. 9transforming education through the Internet 4. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Frog VLE Mainkan video dan hentikannya seketika selepas setiap bahagian. Minta peserta menekan bahagian- bahagian yang lain di dalam platform sambil mengikuti video. 5. SESI IMBASAN Imbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan penggunaannya.   Panduan Pengguna Antara muka (Interface) Frog VLE Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta. Kemudian, klik Login. Penting! Anda mestilah log keluar daripada akaun Google yang lain sebelum anda log masuk ke dalam Frog VLE. Jika tidak, sebagai pengguna baru, anda tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE. Antaramuka(Interface)FrogVLEyangdirekauntuk memudahkannavigasidanpenggunaanFrog.Penerangan tentang fungsi ikon dan kegunaannya akan diberikan di bahagian seterusnya. Frog Bar Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin Frog VLE yang membolehkan anda mengakses System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar ini tidak boleh dipadam.
  • 4. transforming education through the Internet 10 Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen yang berikut: Menu Frog Head Menu Frog Head memberi anda akses pantas ke ruangan System Options VLE. Di dalamnya terkandung: • Help – Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini. • My Preferences – Tetapan asas VLE boleh diubah di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada: • Language – Bahasa VLE boleh ditukar di antara Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Anda boleh memilih bahasa pilihan anda. • My Background – Anda boleh menetapkan latar Frog VLE anda dengan memilih imej yang disediakan. Anda juga boleh memuat naik imej anda sendiri. • Change Password – Tukar kata laluan Frog VLE di sini. • About Us - Untuk melihat maklumat tentang Frog VLE. • Log Out – Membolehkan anda log keluar dari VLE selepas menggunakannya. Kawasan Semasa Kawasan Semasa menjadi petunjuk tentang lokasi anda di dalam VLE. Teks di dalam kotak berwarna merah di atas akan berubah mengikut lokasi di mana anda berada di dalam VLE. Help Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang dipaparkan. Dashboard Switch Dengan menekan butang di dalam kotak berwarna merah di atas, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi (My Dashboard) ke Dashboard Sekolah dan begitu juga sebaliknya. Global Search Box Dalam kotak carian ini, anda boleh mencari sumber atau tarikh janji temu yang terdapat di dalam Frog VLE. Jika terdapat aplikasi yang sedang aktif, pencarian anda akan bermula dari dalam aplikasi tersebut sebelum ia merentasi ke seluruh Frog VLE. Hasil carian kemudiannya akan memaparkan beberapa sumber atau temu janji. Jika terdapat lebih banyak padanan, pautan More akan memaparkan hasil carian selebihnya.
  • 5. 11transforming education through the Internet Home Butang Home berfungsi untuk membawa anda kembali ke Dashboard. Quick Launch Ikon Quick Launch memaparkan menu Quick Launch. Di sini anda boleh meneroka semua bahagian VLE. Resource Manager ResourceManageradalahibaratjantungkepadaFrogVLE.Disiniandabolehmembuatdanmenyimpansebarang sumber. Application Tray Application Tray membolehkan anda menukar antara laman atau aplikasi yang telah dibuka. Apabila anda mengklik butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan dipaparkan. Jika anda klik mana-mana ikon yang terdapat pada Tray , anda akan dibawa ke halaman yang diklik. Laman atau aplikasi yang sedang aktif di dalam Application Tray boleh ditutup dengan mengklik butang [x]. Notifications Ikon Notifications akan memaparkan petunjuk yang berwarna merah apabila terdapatnya mesej baru. Ikon ini menunjukkan tentang jumlah pemberitahuan yang belum lagi dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan mempamerkan pemberitahuan dari Calendars, Assignments, Wall, Quizzes, Poll dan Forms. Apabila anda klik pada mana-mana mesej di dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Pemberitahuan yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya daripada pelajar yang sama, akan dikumpulkan di dalam Events Feed. Nota: Notification Widget yang terdapat di dalam Content Panel boleh diletakkan di dalam My Dashboard.
  • 6. transforming education through the Internet 12 Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam Frog VLE. Pautan-pautan ke ruangan ini boleh didapati dalam menu Resource Manager pada Frog Bar. Klik pada ikon Resource Manager.Pilih satu ikon dari menu Applications. Ikon-ikon adalah seperti di bawah: Gambaran Keseluruhan menu Quick Launch (paparan Guru)
  • 7. 13transforming education through the Internet Bookshelf Pengguna: Guru, Ibu Bapa, Pelajar Pentadbir Frog VLE. Bookshelf adalah aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk melihat buku-buku digital mereka melalui FrogStore. BookShelf bukan sahaja boleh menyimpan buku-buku digital tetapi turut menyediakan pembaca buku digital. Assignments Pengguna: Guru, Pelajar (paparan penerima) dan Pentadbir Frog VLE. Aplikasi Assignments disediakan bagi membolehkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan mengubah tugasan yang disediakan untuk pelajar. Setelah Site untuk tugasan disediakan, ia boleh dihantar kepada pelajar melalui satu proses mudah. Assignments boleh diberikan kepada pelajar secara individu ataupun berkumpulan. Aplikasi Assignments ini juga turut memudahkan guru untuk menghantar mesej kepada pelajar yang diberikan tugasan. Mesej boleh dihantar kepada pelajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Apabila pelajar menghantar tugasan mereka, ia akan dihantar kembali ke kawasan Assignments agar guru dapat menyemak dan memberi komen. Guru akan menerima pemberitahuan di dalam panel Notifications, jika sebarang tugasan telah dihantar atau sebarang mesej diterima.
  • 8. transforming education through the Internet 14 Calendar Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Calendar ini dapat memudahkan anda untuk menguruskan semua aktiviti. Jika perlu, anda juga boleh kongsikan kalendar anda dengan guru-guru lain. Anda turut boleh membuat kalendar-kalendar lain dan kongsikannya secara umum ataupun tertutup. Ia mungkin kalendar untuk aktiviti ko-kurikulum ataupun untuk sebarang acara istimewa. Anda juga boleh meletakkan maklumat tambahan untuk sesuatu acara/aktiviti, seperti lokasi acara, jemputan dan nota. Pelajar tidak boleh memberi tugasan. Mereka hanya boleh melihat, menyiapkan dan menghantarnya kepada guru. Sebaik guru memberi tugasan, pemberitahuan akan dihantar kepada pelajar menerusi panel Notifications. Tugasan boleh dibuka dengan hanya mengklik pemberitahuan tersebut. Jika markah telah diberi, pelajar juga akan turut menerima pemberitahuan.
  • 9. 15transforming education through the Internet Booking Calendar Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE. Booking Calendar digunakan apabila anda ingin menempah bilik atau sumber di sekolah anda. Sekiranya bilik/sumber tersebut telah ditempah, pengguna lain tidak akan boleh membuat tempahan untuk sumber atau bilik tersebut, pada waktu dan tarikh yang sama. Pentadbir Frog boleh memasukkan bilik atau sumber baru ke dalam Booking Calendar. School Dashboard Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. School Dashboard memaparkan notis dan maklumat yang diuruskan oleh pihak sekolah. Di sini anda boleh melihat papan notis, imej, video dan memuat turun fail-fail penting. Ia juga mengandungi suapan MOE RSS yang sentiasa memberikan anda maklumat tentang berita pendidikan atau maklumat untuk pihak sekolah dan guru-guru. School Dashboard hanya boleh diuruskan oleh Pentadbir Frog sahaja.
  • 10. transforming education through the Internet 16 Community Site Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE. Community Site adalah portal untuk guru-guru mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video bantuan serta menyediakan ruangan forum untuk perbincangan tentang isu-isu semasa yang relevan. Community Site ini adalah berasaskan konsep berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki Wall masing-masing yang membolehkan setiap ahlinya menghantar mesej. Guru boleh mencari dan menyertai mana-mana kumpulan yang dipaparkan dalam hasil carian. Jika tiada kumpulan yang ditemui, kumpulan baru boleh diwujudkan dengan salah satu pilihan berikut: Public – kumpulan akan terpapar dalam hasil carian dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Private – kumpulan tidak akan terpapar dalam hasil carian dan mereka yang mahu menjadi ahli perlu menerima jemputan daripada pemilik kumpulan. My Dashboard Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui sebaik anda log masuk ke dalam VLE. Anda boleh mengubah suai halaman ini dengan memasukkan kalendar sekolah, RSS Feeds atau pemberitahuan. Kandungan peribadi seperti gambar, video atau pautan ke laman kegemaran anda juga boleh dimasukkan. Gunakan Widgets untuk mengubah wajah dan kandungan Dashboard, pada bila-bila masa dan mengikut citarasa anda.
  • 11. 17transforming education through the Internet Nota: My Dashboard tidak boleh dikongsi atau diserahkan kepada pengguna lain. Departmental Sites Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Setiap bidang memiliki Department Site masing-masing. Di laman utamanya terpapar notis alu-aluan, carta organisasi bidang/panitia, markah peperiksaan dan notis-notis lain. Dalam Laman Bidang/Panitia, mata pelajaran yang berkaitan dipautkan agar pelajar mudah mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran. Dalamlamanitu,kandungansepertimaklumatkurikulum,galeri,video,profilguru,panduanulangkaji,soalan tahun lepas dan lain-lain, boleh dimasukkan. Laman Bidang/mata pelajaran juga boleh ditambah, jika perlu.
  • 12. transforming education through the Internet 18 Pin-Point Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Pin-Point adalah alat carian pantas untuk kandungan. Ia menarik kandungan dari My Library, selepas kandungan tersebut ditambah melalui FrogStore dan juga Internet menerusi YouTube, Vimeo dan Flickr. Pin-Point boleh diakses sama ada dari menu Quick Launch atau dari beberapa widget di dalam platform Frog. Ia termasuklah widget Media, Pautan ke Fail dan Pautan Luar. Pin-Point juga boleh diakses apabila item media ditambah seperti kuiz dan imej. FrogStore Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu bapa dan Pentadbir Frog VLE. FrogStore adalah satu pasar pengajaran dan pembelajaran yang memberi akses lancar untuk anda mendapatkan perkhidmatan, produk dan kandungan pendidikan yang ‘terbaik dalam kelas’ bagi tujuan mempertingkatkan perjalanan pembelajaran anak-anak.
  • 13. 19transforming education through the Internet FrogStore terdapat di dalam Frog VLE pengguna. Ibu bapa turut boleh mengakses FrogStore melalui Frog VLE atau portal 1BestariNet. Kandungan yang diperolehi oleh ibu bapa akan diasimilasikan ke dalam Frog VLE untuk kegunaan anak-anak mereka di sekolah. Item yang lebih besar seperti peranti mudah alih atau Chromebook akan dihantar terus ke pintu rumah anda atau boleh diambil di kedai-kedai YES yang terdekat. Google Drive Pengguna: Guru, Ibu Bapa, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Google Drive adalah perkhidmatan penyimpanan ‘awan’ peribadi yang disediakan oleh Google untuk membolehkan anda menyimpan dan berkongsi kandungan digital menerusi komputer, komputer riba dan telefon bimbit.
  • 14. transforming education through the Internet 20 The Pond Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Lompatlah ke The Pond, bagi mencetus dan berkongsikan idea-idea yang hebat. The Pond disediakan khas untuk golongan pelajar. Pelajar boleh mula menimba pengalaman bersama Frog dengan memanfaatkan tip -tip dan idea-idea tentang cara untuk menggunakan Frog dengan berkesan. Learn Centre Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir Frog VLE. Learn Centre mengandungi halaman bantuan dan video untuk memastikan anda mendapat yang terbaik daripada Frog VLE anda. Sama ada anda seorang guru, pelajar atau ibu bapa, panduan yang disediakan boleh membantu anda menggunakan Frog VLE dengan cepat dan cekap.
  • 15. 21transforming education through the Internet Learning Styles Report Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE. Learning Styles adalah aplikasi yang membolehkan pelajar mengetahui tentang gaya pembelajaran pilihan mereka berdasarkan jawapan mereka terhadap satu siri soalan. Learning Styles Report kemudiannya memaparkan jadual gaya pembelajaran setiap pelajar, sama ada mereka adalah pelajar visual, auditori atau kinestetik. Email Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir Frog VLE. Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE akan mendapat akses ke e-mel mereka sendiri. E-mel boleh dihantar kepada, dan diterima daripada, mana-mana pengguna lain, bukan sahaja di kalangan pengguna di sekolah tetapi di mana sahaja. Alamat e-mel tersebut adalah sama dengan ID pengguna yang anda gunakan untuk log masuk ke dalam VLE.
  • 16. transforming education through the Internet 22 Aplikasi User boleh digunakan oleh pentadbir untuk mewujudkan, mengedit atau menghapuskan pengguna dalam Frog VLE. Analytics Pengguna: Pentadbir Frog. Analytics di dalam Frog VLE menyimpan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan VLE. Ini termasuklah tentang log masuk pengguna dan pembinaan laman. Dengan maklumat yang dikumpulkan, anda dapat melihat kekerapan pengguna melog masuk ke dalam VLE, selain ia memaparkan pengguna yang tidak pernah log masuk ke dalam VLE. Maklumat pembinaan laman membolehkan anda melihat bilangan laman yang telah dihasilkan, dalam tempoh masa yang ditetapkan. Users Pengguna: Pentadbir Frog VLE.
  • 17. 23transforming education through the Internet Groups Pengguna: Pentadbir Frog VLE. Groups adalah satu aplikasi yang membolehkan sesebuah kumpulan diwujudkan, diedit, disalin dan dihapuskan, dalam Frog VLE anda. Ia adalah satu kumpulan pengguna yang diwujudkan agar anda mudah untuk mengedarkan tugasan, berkongsi laman and menguruskan jemputan kalendar anda. Sites Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE . Sites adalah laman-laman yang diwujudkan dalam VLE. Laman-laman ini boleh ditag dengan kata kunci agar ia mudah dicari dan dibahagikan mengikut kategori. Laman-laman yang diwujudkan akan tersenarai di dalam My Sites di Resource Manager. Laman yang ditag dengan nama mata pelajaran khusus, misalnya English; akan muncul dalam kategori Subject Sites. Laman yang ditag dengan aktiviti kokurikulum seperti kelab dan lawatan pula akan muncul di dalam Co-curricular Sites. Other Sites menyenaraikan laman-laman yang tidak ditag dengan kata kunci berkaitan mata pelajaran atau kokurikulum tertentu, ataupun laman-laman yang ditag dengan kata kunci ‘other’ , untuk laman-laman yang dikongsikan dengan anda. Demi keselamatan, kawasan Sites tidak boleh diakses jika pengguna tidak log masuk ke dalam VLE. Pembuat laman mengawal hak ‘akses dan edit’. Sekiranya sesebuah laman itu tidak dikongsikan dengan anda, ia tidak dapat dilihat di dalam Resource Manager.
  • 18. transforming education through the Internet 24 Laman yang dihasilkan boleh dihantar ke MoE Repository untuk dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia. Setelah dimuat naik, laman tersebut akan disemak dan disenaraikan untuk muat turun. Hanya guru yang boleh memuat naik dan memuat turun laman-laman melalui MoE Repository. Learning Styles Pengguna: Pelajar Aplikasi Learning Styles membolehkan pelajar mengetahui gaya pembelajaran pilihan mereka: Visual (melihat), Auditori (mendengar) atau Kinestetik (pergerakan), berdasarkan kepada jawapan mereka terhadap satu siri soalan. Sebaik pelajar selesai menjalani ujian, guru kemudiannya dapat melihat gaya pembelajaran pilihan pelajar terbabit.
  • 19. 25transforming education through the Internet Forums Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Forums memaparkan Forum Sekolah. Forum ini adalah untuk warga sekolah dan boleh dilihat oleh guru-guru dan para pelajar. Hanya Pentadbir Frog VLE yang boleh memasukkan topik dalam Forum Sekolah. Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan tentang topik tertentu berkaitan sekolah. Di setiap topik terdapat tarikh yang membolehkan guru menyemak perbincangan dan mengetahui tentang individu yang telah memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum boleh mengawal semua topik, akses dan tetapan. Preferences Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE. Tetapan asas VLE boleh diubah di sini, iaitu Language, My Background dan Change Password.

×