Manusia sebagai organisma yang kompleks

82,455 views
83,603 views

Published on

First time buat powerpoint sejak masuk Sekolah Menengah...salah silap harap dimaafi..saya budak baru belajar dan baru tingkatan 1...

20 Comments
67 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
82,455
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,805
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
20
Likes
67
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Manusia sebagai organisma yang kompleks

  1. 1. MANUSIA SEBAGAIORGANISMA YANG KOMPLEKS
  2. 2. PENGENALAN DIRI…..• Muna Syahmina binti Ma’som.• 1 Abu Bakar.• Puan Zahran Binti Abu Bakar.• Sains• Sekolah Menengah Agama Parit Raja
  3. 3. Tidak seperti organisma unisel yang merupakan organisma ringkas, manusia dianggap sebagai organisma yang kompleks. MENGAPA?? Hal ini kerana manusia boleh melakukan pelbagai aktivitiyang tidak boleh dilakukan oleh organisma lain. Tambahan pula, manusia lebih bijak daripada organisma lain kerana manusia mampu berfikir. Kebolehan ini menjadikan manusia lebih istimewa berbanding dengan organisma lain.
  4. 4. Aktiviti yang dilakukan manusia… Mencuci pinggan tidur
  5. 5. MANUSIA SEBAGAI ORGANISMA YANG KOMPLEKS• Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.• Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.• Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.• Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.• Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.
  6. 6. RANGKA TULANGMANUSIA
  7. 7. ORGANISASI SEL DALAM TUBUH MANUSIA :)• Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis GALERI INFO!!! sel. Manusia berfikir dengan• Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk menngunakan otak . Tahukah anda bahawa dan struktur, untuk membolehkannya berat otak manusia melaksanakan tugas-tugas tertentu. kira-kira1300 g ? Beruk yang mempunyai saiz• Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi badan yang hampir sama dengan manusi khusus, yang mana setiap jenis sel memiliki otak seberat hanya melakukan satu fungsi yang 300 g – 500 g sahaja. spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan
  8. 8. JENIS SEL DI TUBUHMANUSIA… Sel saraf. Sel darah merah. Sel epitelium. Sel sperma (pembiakan lelaki). Sel otot rangka. Sel tulang.
  9. 9. TISU…• Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu.• Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat- sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu• Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium ,tisu penghubung ,tisu otot dan tisu saraf.
  10. 10. JENIS DANFUNGSI TISU
  11. 11. • Tisue epitelium• - Terdiri daripada sel-sel epitelium yang tersusun dalam lapisan.• - Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya.• - Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.• Tisu penghubung• - Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organ-organ dan badan.• - Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.
  12. 12. • Tisu otot• - Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian- bahagian badan melalui penguncupan.• - Tisu otot terdapat didalam badan.• - Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung.• - Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah.• Tisu saraf• - Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan.• - Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara
  13. 13. ORGAN – ORGAN...  Sekumpulan tisu yang berlainan yang menjalankan proses kehidupan yang tertentu dipanggil organ.  Sebagai contoh, kulit adalah organ yang terbentuk daripada tisu epitelium, tisu penyambung, otot tissu dan tisu saraf. Contoh lain organ-organ ialah manusia perut, paru- paru, jantung, buah pinggang, dan otak.  Setiap organ melaksanakan fungsi tertentu didalam badan.
  14. 14. ORGAN-ORGAN DALAM BADAN :)
  15. 15. SISTEM• Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan.• Sebagai contoh, organ seperti hidung, paru- paru, bronkus, dan tiub bronkiol adalah saling berkait antara satu sama lain untuk membentuk sistem pernafasan .• Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.
  16. 16. Sistem perkumuhan (excretory system).Membuang produk sisa toksik
  17. 17. SISTEM PEMBIAKAN SISTEM RANGKA Sistem rangka (skeletal system).Sistem pembiakan (reproductive system). Memberi sokongan badan dan perlindunganMenghasilkan anak. untuk organ dalaman yang lembut.
  18. 18. SISTEM PERNAFASAN SISTEM LIMFA Sistem pernafasan (respiratory system). Sistem limfa (lymphatic system). Menyerap, mengangkut oksigen dan Mempertahankan tubuh daripada membuang karbon dioksida. penyakit.
  19. 19. SISTEM PEREDARAN SISTEM ENDOKRINDARAH Sistem peredaran darah Sistem endokrin (endocrine system). (blood circulatory system). Mengeluarkan hormon yang mengawal Mengangkut bahan-bahan aktiviti badan. makanan, oksigen, hormon, d an lain-lain ke seluruh badan
  20. 20. SISTEM SARAF SISTEM OTOTSistem saraf (nervoussystem).Menyelaras dan mengawal -Sistem otot (muscular system).semua aktiviti badan yang -Membantu pergerakan badan.berkaitan dengan impuls dantindak balas.
  21. 21. Sistem penghadaman (digestive system)Memecahkan makanan kompleks kepada bahan-bahan yangmudah bagi memudahkan penyerapan oleh sel-sel badan.
  22. 22. KEPENTINGAN ORGINASASI SEL• Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak.• Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar.• Organisma multisel boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sekitarnya.
  23. 23. SEKUMPULAN SISTEM MEMBENTUKORGANISMA• Urutan organisasi sel daripada yang mudah kepada yang kompleks ialah seperti yang berikut: - Sel -Tisu - Organ - Sistem - Organisma
  24. 24. TAMAT…SEKIAN DULU DARIPADASAYA.SALAH SILAP HARAPDIMAAFI.Yang baik itu daripada AllahYang buruk itu daripada saya

×