Pakaraffiliatereport

206 views
171 views

Published on

<a><img src="http://www.rahsiarumah.com/images/150x600.gif"></a>

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
206
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pakaraffiliatereport

  1. 1.   PPAAKKAARR AAFFFFIILLIIAATTEE Laporan Istimewa Hadiah Kereta & Wang Affiliate $2,745 USD
  2. 2. NOTIS: Anda Mempunyai Kebenaran  Untuk Menyebarkan Transkrip Ini!    Anda Dibenarkan Untuk Menyebarkan   Secara Percuma, Menjual Dan Berkongsi   Laporan Ini Dengan Orang Lain.     Untuk mendapatkan “Pakar Affilite – Panduan Pemasaran Affiliate”, sila lawati www.PakarAffiliate.com Copyright © www.PakarAffiliate.com. All Rights Reserved No part of this consumer report may be reproduced or transmitted in any form without the written permission of the author. This electronic book is optimized for viewing on a personal computer screen, but is optimally organized so that it can be printed out and assembled in a traditional book form. Since this electronic book is optimized for viewing on a personal computer screen, the font type used is larger than that of which is traditionally utilized in printed books.
  3. 3. Disclaimer  This report was diligently researched and compiled with the intent to provide information for persons  wishing to learn about building an internet business. Throughout the making of this consumer report,  every effort has been made to ensure the highest amount of accuracy and effectiveness for the  techniques suggested by the author. The report may contain contextual as well as typographical  mistakes.   No information provided in this report constitutes a warranty of any kind; nor shall readers of this report  rely solely on any such information or advice. All content, products, and services are not to be  considered as legal, medical, or professional advice and are to be used for personal use and information  purposes only. This report makes no warranties or guarantees express or implied, as to the results  provided by the strategies, techniques, and advice presented in this report. The publishers of this report  expressly disclaim any liability arising from any strategies, techniques, and advice presented in this  report.  The purpose of this consumer report is to educate and guide. Neither the publisher nor the author  warrant that the information contained within this consumer report is free of omissions or errors and is  fully complete. Furthermore, neither the publisher nor the author shall have responsibility or liability to  any entity or person as a result of any damage or loss alleged to be caused or caused indirectly or  directly by this report.     
  4. 4.           Hadiah Kereta & Wang Affiliate $2,745 USD Oleh Zamri Nanyan 2003 merupakan tahun di mana saya mengorak langkah di dalam bisnes internet. Tak tahu apa yang hendak dilakukan, saya pilih untuk mempromosikan produk orang lain di dalam bidang yang saya sendiri tidak fahami – pemasaran berbilang tingkat atau multi- level marketing. Terkejut besar saya bila ada orang dari Amerika Syarikat beli produk yang saya pomosikan. Mana tidaknya, saya orang Malaysia dan si pembelinya pula tinggal beribu batu jauhnya. Komisyen jualan affiliate pertama saya sebanyak $9.97 dikreditkan namun nilai tersebut tidaklah sebegitu penting. Yang paling berharga ialah saya sudah dapat idea yang saya tak perlu produk sendiri untuk menghasilkan pendapatan di internet. Dari hari itu, saya berazam untuk terus berjaya. Kini saya boleh berasa gembira kerana dengan usaha yang saya lakukan berterusan semenjak tahun 2003 lagi telahpun membuahkan hasil yang lumayan. Tetapi ada satu perkara yang perlu saya perbetulkan. Disebabkan saya bina laman web yang membincangkan bisnes multi-level marketing pada masa permulaan saya membina bisnes internet, ramai yang beranggapan bahawa itulah model bisnes saya – membina jaringan rakan niaga. Mereka silap.
  5. 5. Walaupun perkara yang saya bincangkan di dalam laman web dan mailing list saya adalah berkaitan jualan langsung dan multi-level marketing, pada masa tersebut, saya bukanlah ahli mana-mana syarikat multi-level marketing lagi. Laman web yang dibina adalah untuk saya menjelajahi bisnes ini sendiri. Jadi, kalau saya tidak melakukan bisnes multi-level marketing, apa yang saya buat? Nak tahu? Saya sebenarnya adalah seorang affiliate. Ya, saya seorang affiliate yang sama seperti ribuan individu lain yang mempromosi produk orang lain yang tidak semestinya berkaitan dengan produk yang multi-level marketing. Mari kita lihat laman web pertama yang saya bina – www.MLMLessons.com Ini merupakan laman web yang berjaya menghasilkan jualan pertama saya di Internet dan biar saya terangkan di sini bagaimana laman web ini mampu memberikan potensi jualan kepada saya.
  6. 6. Anda lihatlah sendiri imej atau grafik kulit buku dan banner yang saya letakkan di muka pertama laman web ini, dan di sini saya rumuskan produk-produk tersebut. Bersedia? Ya! Semua poduk ini bukanlah hasil ciptaan saya. Anda boleh lihat di dalam imej di atas di mana tertera nama pencipta produk seperti Jack M. Zufelt, Tom “Big Al” Screiter dan David Ledoux. Yang lebih menarik lagi ialah saya cuma letakkan banner dan e-cover buku di atas di laman web saya (ditambah dengan satu strategi rahsia) dan sekiranya ada yang klik gambar tersebut, mereka akan dibawa ke satu lagi laman web di mana sekiranya mereka membuat pembelian, saya akan mendapat komisyen daripada jualan tersebut. Buat pengetahuan anda juga, kesemua produk tersebut pernah saya jual dan bayangkan… komisyen untuk salah satu jualan produk di atas ialah USD$48.50. Tidakkah itu bersamaan hampri RM200 setiap jualan? Kemudian, kalikan 10 atau 50 jualan yang dapat anda hasilkan. Lumayan, bukan? Jadi, bagaimana anda dapat menjana pendapatan lumayan dengan mempromosikan produk sebegini? Jawapannya ialah dengan menjadi affiliate kepada produk orang lain dan mempromosikannya kepada pasaran sasaran anda. Mencari produk affiliate tidaklah sesukar yang anda fikirkan.
  7. 7. Yang lebih penting, bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate sebegini. Saya ada jawapannya di www.PakarAffiliate.com di mana saya dan Patric akan dedahkan pelbagai strategi yang saya dan Patric gunakan untuk menghasilkan ribuan ringgit mempromosikan produk orang lain. Bukan setakat itu sahaja, anda tak perlu bersaing di pasaran antarabangsa untuk menjana pendapatan lumayan melalui program affiliate. Di dalam pasaran tempatan sahaja sudah terdapat pelbagai produk yang anda boleh promosikan dan mendapat komisyen hasil jualan atau rujukan pelanggan kepada usahawan internet tempatan. Anda cuma perlu pilih produk dan promosikannya dengan berkesan di internet. Saya pernah bertanya kepada guru internet sebelum ini “apakah cara paling mudah untuk mula menjana pendapatan di internet?” Jawapan beliau, “affiliate marketing”. Saya mungkin tidak percaya kata-kata beliau jika perkara ini tidak berlaku kepada saya. Tetapi apabila saya sendiri merasainya, saya juga boleh berikan nasihat yang sama kepada anda… belajar bagaimana untuk menjadi seorang pakar affiliate. Dan, sebelum saya tinggalkan anda, izinkan saya sampaikan sebuah kisah yang terjadi kepada saya pada penghujung tahun lepas. Ini artikel yang saya muatkan di dalam blog saya. Proton Wira Coklat, US$2742.25 dan “The Secret” Pernahkah anda menonton video “The Secret” atau membaca buku karangan Rhonda Byrne yang mempunyai tajuk yang sama? Di dalam buku atau video ini, anda akan mempelajari satu konsep yang dinamakan “The Law Of Attraction” atau “Hukum Tarikan”. 1. Pohon apa yang anda inginkan 2. Alam ini akan menjawabnya 3. Anda akan dapat apa yang anda minta
  8. 8. Ini merupakan sinopsis daripada “The Secret” tetapi bagi saya dan anda yang percaya wujudnya Tuhan, konsep ini sama dengan melakukan doa kepada yang Maha Esa. Doakan sesuatu yang anda inginkan dan jika diizin olehNya, maka sesuatu yang anda doakan akan dimakbulkan. Walaupun konsepnya semudah A-B-C atau 1-2-3 seperti di atas, ianya memerlukan penghayatan dan kepercayaan yang mendalam sebelum anda dapat merasainya. Buku seperti “Think & Grow Rich” daripada Napoleon Hill juga menekankan pemikiran (Think) untuk mencapai kekayaan (Grow Rich) dan tidak hairan lagilah kenapa banyak buku dan program pembangunan diri seperti NLP, motivasi, keyakinan diri dan banyak lagi dianjurkan walaupun ianya tiada “kaitan secara langsung” dengan membina kekayaan. Ini kerana kaitan yang wujud ini sukar difahami dan dimengertikan melainkan seseorang itu sendiri yang mengalami apa yang diajarkan. Apa kaitannya dengan Proton Wira Coklat dan US$2,742.25? Biar saya ceritakan satu pengalaman menarik yang berlaku kepada saya 2 minggu yang lepas. Sudah sekian lama saya bercadang untuk membeli sebuah kereta untuk ibu bapa saya. Kereta Ford yang lama sudah tidak dapat digunakan lagi. Jadi, saya membuat cadangan untuk setiap beradik daripada keluarga saya menyumbangkan apa yang termampu untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan ayah dan emak saya. Saya menyumbangkan hampir RM10,000 dan selebihnya disumbangkan oleh 3 orang adik saya. Wang pun cukup dan sebuah kereta Proton Wira berwarna coklat pun dibeli.
  9. 9. Saya pasti ayah dan emak saya gembira. Saya pun puas dengan apa yang kami adik beradik lakukan untuk ayah dan emak. Paling tidak, sekarang mereka akan senang bergerak ke sana sini dengan Proton Wira tersebut. Walaubagaimanapun, saya berazam dan berdoa supaya wang yang saya keluarkan akan saya usahakan untuk mendapatkannya kembali. Bukannya berkira tetapi saya lakukannya sebagai motivasi diri. Sudah ada perancangan di dalam fikiran untuk melakukannya dan seperti “magik”, sesuatu yang saya tidak fikirkan berlaku. Saya memang selalu menerima pembayaran melalui PayPal (sistem pembayaran melalui internet). Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak tetapi satu transaksi pada 23 Disember yang lepas menarik perhatian saya. US$2,742.25 dibayar kepada saya di atas usaha saya mempromosikan produk “Affiliate Classroom“. Setakat yang saya tahu, saya cuma mempromosikan Aff Sphere sebelum ini dan selebihnya pemilik program “Affiliate Classroom” ini menjalankan “follow-up” dan jualan produk susulan lain bagi pihak saya. Selepas ditukarkan ke matawang Ringgit Malaysia (RM), saya dapati nilainya hampir sama dengan wang yang saya sumbangkan untuk membeli kereta kepada ayah saya.
  10. 10. Saya terdiam sejenak. Mungkinkah inilah “The Law Of Attraction” yang dibincangkan atau mungkin inilah hasil doa dan usaha saya untuk sentiasa memberikan saingan kepada diri saya sendiri. Walau apa pun yang anda andaikan, saya percaya bahawa rezeki yang telah ditetapkan untuk saya tidak ke mana. Ianya cuma beralih arah untuk seketika dan kembali kepada saya dalam masa yang begitu singkat. Sudah tentu saya masih lagi menerima pembayaran melalui PayPal selepas peristiwa ini berlaku tetapi US$2,742.25 adalah satu angka yang terlalu dekat dengan apa yang saya belanjakan untuk kesenangan ayah dan emak saya - dan ini memeranjatkan saya. Peringatan untuk saya yang seterusnya ialah sentiasa berbudi kepada ayah dan emak kerana ada berkat di dalam perkara baik yang anda curahkan kepada mereka. Sungguh bermakna sekali pengajaran yang saya terima pada kali ini. Ya, cerita ini sungguh bermakna. Walaupun di dalamnya saya berikan contoh “Hukum Tarikan” (The Law Of Attrraction), terdapat satu lagi rahsia yang tersembunyi. Saya rasa anda pun boleh agak. Walaupun saya keluarkan RM10,000 dahulu untuk membeli sebuah kereta Proton Wira buat ibu bapa saya, ianya sebenarnya ialah hasil komisyen jualan 1 (SATU) program affiliate yang sedang menanti saya untuk keluarkannya. Sekarang, bayangkan jika anda boleh hasilkan pendapatan yang sama seperti saya untuk beberapa lagi produk affiliate yang anda promosikan. Sudah tentulah, pendapatan anda berlipat kali ganda. Di sini, saya boleh katakan bahawa kereta yang ibu bapa saya pandu adalah hasil komisyen jualan produk affiliate. Best, bukan? ☺ Perkara ini telah berlaku kepada saya. Saya pasti ianya boleh berlaku kepada anda.
  11. 11. Anda cuma perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan produk affiliate dengan menggunakan strategi dan taktik yang berkesan di internet. Di dalam program “Pakar Affiliate”, saya dan Patric akan dedahkan, tanpa perlu bersaing di pasaran antarabangsa, anda pun mampu menjana pendapatan 5 angka dengan produk affiliate. Layari www.PakarAffiliate.com untuk keterangan lanjut.     PAKAR AFFILIATEPAKAR AFFILIATE PPaanndduuaann RRaahhssiiaa PPeemmaassaarraann AAffffiilliiaattee

×