PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG
SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA

A...
Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap,
mengadakan skim latihan dan prog...
Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung
tangan ketika mengendalikan mesin pemotong ...
Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan
selamat. Terdapat pekerja baru yang men...
kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak
kerana banyak bahan-bahan bakar sep...
Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian
tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak ma...
pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan
peraturan keselamatan di tempat ke...
tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan
berbahaya serta melabelkan setiap bekas baha...
Yang Benar,

...........................
(NORASIAH BT ABDULLAH)
Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja,

9
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Asg report oumh 2012

389

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
389
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asg report oumh 2012

  1. 1. PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta mengelakkan sebarang kejadian buruk yang mungkin terjadi. Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke bahagian pengendalian bahan baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang-terangan telah mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri. Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat. Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan Pengabaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tentunya akan mendatangkan banyak risiko buruk kepada pekerja dan majikan. Antaranya ialah kemalangan, kebakaran dan kematian. Jika ini berlaku, majikan juga akan menanggung akibatnya. Sekiranya kadar kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat diurus dengan sempurna kerana terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga tindakan undang-undang. Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan mereka setiasa terpelihara. Kemalangan di tempat kerja melibatkan kilang produk kayu sering didengari. Contohnya Berita dari Harian Metro (22 Jun 2011) , seorang pekerja kilang warga Myanmar di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dan cedera matanya .Justeru itu, kita amat berharap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku di syarikat ini.Oleh itu,bersama laporan ini, saya kemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko di tempat kerja. 1
  2. 2. Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap, mengadakan skim latihan dan program kesedaran pekerja, menganjurkan kursus keselamatan, menyenggara mesin dan jentera dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Saya juga menyatakan kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan bagi melaksanakan langkah-langkah keselamatan ini. Pihak majikan perlu menyedari pengeluaran wang bagi keselamatan pekerja adalah lebih baik dari menanggung kerugian akibat kemalangan yang mungkin terjadi. Saya berharap pihak tuan dapat meneliti laporan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah pengabaian pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Untuk makluman tuan, di sini saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para pekerja untuk siasatan dan tindakan pihak tuan. Kesalahan-kesalahan pekerja yang telah dikenalpasti ialah:1. Pekerja Tidak Memakai Peralatan Keselamatan yang Lengkap (Personel Protevtive Equipment) Berdasarkan lawatan saya , saya dapati para pekerja tidak memakai peralatan keselamatan yang lengkap yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Peralatan Keselamatan Diri (PPE) ialah alat yang disediakan kepada pekerja untuk melindungi daripada kecederaan. Alat ini akan melindungi bahagian kepala, kaki, tangan, sistem pernafasan dan keseluruhan anggota badan. Contoh peralatan keselamatan ialah topi keselamatan, google, apron, sarung tangan dan kasut getah. Hasil tinjauan saya, didapati ramai pekerja tidak memakai google (pelindung muka) ketika mengendalikan mesin memotong kayu, melicinkan permukaan kayu dan sebagainya.. Ini akan menyebabkan pekerja akan terdedah kepada habuk-habuk kayu dan bahan kimia yang merbahaya. Pekerja juga akan menghadapi masalah kecederaan mata (eye injury) akibat terkena serpihan atau habuk kayu di mana kes yang lebih serius boleh menyebabkan masalah buta kepada mangsa. Saya juga mendapati para pekerja telah mengabaikan keselamatan dengan tidak memakai kasut sarung getah yang sesuai dengan tempat kerja. Pemakaian kasut getah adalah penting bagi kawasan kerja yang menggunakan gris dan minyak untuk mengelakkan kecederaan kaki atau tergelincir. Terdapat pekerja lelaki memakai kasut sandal dan kasut kulit manakala pekerja perempuan memakai kasut bertumit dan yang terbuka di bahagian hadapan semasa bekerja .Keaadan ini tentulah akan menyebabkan pekerja terdedah kepada kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. 2
  3. 3. Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung tangan ketika mengendalikan mesin pemotong kayu atau gergaji “roller blade” yang tajam.Hal ini amatlah membimbangkan kerana pekerja akan terdedah kepada bahaya terluka,terpotong atau terputus anggota badan yang melibatkan jari,tangan,lengan dan kaki akibat terkena mata gergaji ataupun objek-objek tajam berasaskan kayu. Terdapat juga pekerja yang memakai pakaian longgar dan berbulu, malahan ada pekerja yang bertali leher. Pakaian sebegini tidak sesuai dipakai ketika mengendalikan mesin kerana boleh menyebabkan baju yang longgar, berbulu atau tali leher akan tersepit ke dalam mesin dan mengakibatkan kecederaan kepada pekerja. 2. Pekerja Tidak Memakai Penutup Hidung dan Penyumbat Telinga Hasil lawatan saya juga , didapati pekerja mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai penutup hidung dan penyumbat telinga.Pekerja terdedah kepada habuk-habuk kayu ketika mengendalikan mesin pemotong kayu. Pekerja juga terdedah kepada ancaman tersedut habuk –habuk halus ketika mengendalikan proses melicinkan permukaan kayu secara “sanding”yang menghasilkan habuk-habuk halus. Begitu juga di bahagian penyemburan cat atau lekar kayu yang tertutup yang menghasilkan wap-wap bahan pelarut organic seperti “thinner” dan “tupertine” turut disedut oleh pekerja. Akibatnya dalam jangka masa panjang, pekerja akan mengalami masalah kesihatan badan kronik seperti radang paru-paru,asma ,kanser paru-paru di samping impak irritasi pada salur pernafasan kesan terdedah kepada keadaan kerja sekitar yang bahaya dan kotor. Hal ini dapat dielakkan sekiranya pekerja memakai penutup hidung setiap masa ketika menjalankan tugas mereka. Pekerja juga didapati tidak memakai penyumbat telinga yang lengkap ketika mengendalikan mesin dan menggergaji kayu bermotor yang menghasilkan bising yang berterusan. Pekerja terdedah kepada ancaman keadaan bunyi bising yang melampau yang boleh mengakibatkan masalah pendengaran (hearing impairment) untuk jangka masa beberapa tahun.Masalah ini tentulah dapat dihindari sekiranya pekerja sentiasa memakai alat perlindungan diri seperti penutup hidung dan penyumbat telinga setiap masa. Pekerja mesti sedar bahawa menjaga keselamatan diri adalah amat penting dari merawatnya. 3. Tatakerja Pekerja yang Tidak Selamat 3
  4. 4. Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan selamat. Terdapat pekerja baru yang menggunakan peralatan mesin dengan tidak betul tanpa dipantau oleh penyelia atau pekerja lama. Saya telah memeriksa kelajuan mesin itu telah diubah dari yang sepatutnya. Terdapat bahan buangan yang telah diletakkan dengan mesin yang sedang bergerak. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ianya akan menyebabkan mesin terbakar dan meletup. Banyak kes kecederaan dan kemalangan di tempat kerja adalah berpunca dari penyalahgunaan pekerja dalam mengendalikan mesin atau jentera. .Seksyen 25 AKKP 1994 . menyatakan kewajipan pekerja untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Berita dari Harian Metro 29 Mei 2012, patut dijadikan pengajaran kepada kita semua.Seorang pekerja kilang kayu hancur kaki kanannya setelah terkena bilah mesin pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling.Kejadian berlaku apabila pekerja tersebut menggunakan kaki kanannya yang hanya berselipar menekan brek yang terletak di bahagian tepi mesin berkenaan, tetapi malangnya kakinya tergelincir ke dalam mesin yang sedang berputar. Berpandukan kisah yang dinyatakan, memang jelas keselamatan diri semasa bekerja amatlah penting dan tidak boleh diabaikan oleh para pekerja. Saya amat berharap pihak tuan dapat memberi latihan yang sepenuhnya kepada para pekerja bagi meningkatkan tatakerja yang selamat.Pihak penyelia diharapkan sentiasa mengawasi dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh pekerja. 4. Pekerja Tidak Menjaga Kebersihan Persekitaran Kerja Hasil lawatan saya juga didapati, para pekerja tidak menjaga kebersihan di persekitaran tempat kerja .Para pekerja didapati tidak membersihkan habuk- habuk kayu yang dihasilkan dari mesin pemotong kayu, mesin melicinkan kayu dan lain-lain bahagian. Terdapat juga pekerja yang makan dan minum di kawasan tempat kerja. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko terdedah kepada kebakaran. Lebih malang lagi, saya mendapati ada pekerja lelaki yang merokok di kawasan pengendalian mesin. Perbuatan ini adalah salah sama sekali dalam peraturan keselamatan 4
  5. 5. kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak kerana banyak bahan-bahan bakar seperti kayu, thinner dan tupertine. Saya juga mendapati alat pemadam api tidak disediakan . Perkara ini amatlah membahayakan kerana sekiranya berlaku kebakaran, tiada alat yang dapat mecegahnya dan ini akan membahayakan nyawa pekerja. Berdasarkan AKKP 1994 ,terdapat peruntukan ,tanggungjawab pekerja untuk samasama berganding dengan majikan menangani kecederaan di tempat kerja.Setiap pekerja perlu memastikan tempat kerja mereka selamat, bersih dan kemas tanpa sebarang ancaman bahaya kesihatan mahupun fizikal. Pekerja mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja terjamin. Saya berharap pihak tuan dapat menambah papan tanda mengenai bahaya kebakaran serta panduan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran di kawasan tempat kerja. Plan-plan kebakaran serta laluan kecemasan perlu dipamerkan untuk panduan pekerja.Selain itu, pekerja diberi latihan kebakaran serta cara penggunaan alat penyembur api yang betul. Sekiranya kecederaan atau kemalangan berlaku di tempat kerja, sudah tentu pihak majikan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tindakan undang-undang dan pampasan. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti laporan dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya nyatakan kos-kos yang dianggarkan bagi perkara-perkara berikut: Bil Peralatan / bahan 1 Anggaran kos Peralatan Keselamatan Diri (PPE) earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye RM2,000 satu set goggle, hand glove dan safety boot 2 Papan Tanda Peraturan keselamatan RM3,000.00 3 Papan tanda panduan kebakaran RM3,000.00 3 Alat pemadam api RM500.00 satu set 4 Latihan kebakaran RM2,000.00 satu sesi 5 Risalah keselamatan dan Kesihatan Pekerja RM3,000.00 5
  6. 6. Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak majikan bagi meningkatkan tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan diri sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja. 1. Membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang Selamat Seperti yang telah diperuntukkan dalam AKKP 1994, sebahagian daripada seksyen telah memerlukan majikan untuk menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para pekerja.Oleh itu, saya mencadangkan pihak majikan perlu memperuntukkan PPE yang sesuai serta selamat kepada pekerja . Majikan perlu membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk melindung keselamatan dan kesihatan pekerja . Perlu diingatkan bahawa PPE tersebut mestilah bersesuaian dengan tahap risiko kerja serta selesa dipakai oleh para pekerja . Ini bertepatan dengan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 . (Laporan Media 27 Ogos 2001). Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994 (Seksyen 51). 2. Mengadakan skim latihan serta program kesedaran tatakerja sihat dan selamat Bagi meningkatkan tahap kesedaran para pekerja terhadap peraturan keselamatan , pihak majikan perlu memberi arahan, maklumat , latihan dan penyeliaan yang sesuai mengenai keselamatan kepada pekerja semasa mereka bekerja. Pihak majikan boleh mengadakan skim latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat dan selamat, contohnya penggunaan PPE yang betul dan selamat. Latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan boleh dilakukan contohnya drill kebakaran, mengangkat beban secara manual dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.Bagi kakitangan baru 6
  7. 7. pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan peraturan keselamatan di tempat kerja. 3. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerja Kempen keselamatan di tempat kerja perlulah diadakan dengan mempamerkan dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis. Pihak majikan perlu menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk setiap kakitangan. Program kesedaran keselamatan atau “minggu keselamatan” perlu diisi dengan taklimat atau ceramah kesihatan yang dapat memberi kesedaran kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, pihak majikan perlu mengadakan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja(noise monitoring), pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan tempat kerja (safety audit). Ini dapat membantu pekerja mengesan bahaya di tempat kerja dan tahu cara menghindarinya. 4. Menyenggara peralatan dan mesin Tahap keselamatan mesin perlu dipantau dan dipastikan keselamatannya. Pihak majikan perlu memastikan pengoperasian dan penggunaan jentera atau alatan itu adalah selamat dan tidak memberi risiko kesihatan. Sekiranya mesin dikaji tidak selamat, pihak majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan tahap keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah pengadang mata gergaji pada mesin gergaji ataupun meletakkan besi pengadang di sekitar mesin untuk mengelak pekerja lain memasuki kawasan kerja tersebut. Selain itu, pihak majikan boleh meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang sistem ekzos dengan “scrubber" atau “collector” yang baik untuk membuang serta menyedut keluar wap-wap cat, pelarut organik ataupun habuk-habuk kayu halus yang bahaya.Ini merupakan kaedah pencegahan yang baik bagi menjaga keselamatan para pekerja. 5. Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat Pihak majikan adalah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat bagi pekerja. Majikan mestilah menyediakan laluan yang mencukupi di kawasan 7
  8. 8. tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan. Majikan juga perlu menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, hose reel, penggera dan kotak pertolongan cemas. Selain itu, pihak majikan hendaklah memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa. Majikan perlu memastikan persekitaran kerja sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. 6. Mengadakan kaedah pengurusan kerja yang berkesan Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja ,pihak majikan juga bertanggungjawab mengadakan kaedah pengurusan berkesan (administrative control) seperti mengujudkan jadual kerja bergilir (rotating work schedule ).Jadual kerja bergilir ini khususnya untuk pekerja-pekerja yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di kawasan penyemburan cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising.Kaedah jadual kerja bergilir ini dapat mengurangkan frekuensi pendedahan pekerja terhadap bahaya kerja yang dilakukan. Besarlah harapan saya, sekiranya pihak tuan dapat meneliti serta menyiasat mengenai sikap pekerja yang mengabaikan peraturan keselamatan di tempat kerja. Diharapkan pihak tuan dapat meninjau ke kawasan tempat kerja dan membuat penambaikan masalah-masalah yang telah dinyatakan tadi. Pihak tuan juga dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dan melaksanakannya secepat mungkin bagi memastikan pekerja sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja. Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak ialah keinsafan, rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan keselamatan pekerja. Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam kejayaan sesuatu industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan pekerja mereka kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah di kalangan majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini. Sekiranya aspek keselamatan pekerja diutamakan , sudah tentu pekerja akan lebih berusaha bersungguhsungguh dan sekaligus produktiviti syarikat akan semakin meningkat. 8
  9. 9. Yang Benar, ........................... (NORASIAH BT ABDULLAH) Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, 9

×